Showing posts with label berani. Show all posts

UNTUK MEREKA YANG CONFIDENT SENYUM SAMPAI NAMPAK GIGI

UNTUK MEREKA YANG CONFIDENT SENYUM SAMPAI NAMPAK GIGI. Aku memang tak confident & segan nak senyum nampak gigi ni sebabnya aku adalah golongan OKU yang cacat pada gigi katanya. Hahahaha... Masa aku umur 8 tahun.. satu peristiwa hitam telah berlaku dalam hidup aku & mengubah sedikit kemanisan pada senyuman ku ni...


Alkisahnya.. pada suatu hari di rumah. Dalam keadaan happy tak tau nak habaq.. aku bermain main dengan adik aku. Aku berlari adik aku kejar.. aku masuk bilik aku tutup pintu & aku halang dengan badan aku. Bila aku penat dok halang pintu yang adik aku dok tolak dari luar aku pun cakap dah penat tak nak main. Jadi aku lepaskan badan dari halang pintu tapi tanpa sengaja adik aku tertolak pintu maka berlaku satu kemalangan separa ngeri dalam hidup aku. Pintu tu melanggar tepat pada gigi kapak aku yang kat depan. Maka sumbingla sikit. Tapi tak patah semua. Kalau patah semua senang je aku pakai gigi palsu. Ni dia patah sikit jer kat hujung. Pernah jugak la buat appointment dengan klinik nak sambung gigi yang patah sikit tu.. Tapi aku bab2 berurusan dengan doktor ni memang selalu je kena penyakit lemah tenaga batin. So aku tak pergi sampai la sekarang aku dah kahwin & laki aku elok je terima seadannya aku yang gigi sumbing.

Selama ni aku rasa macam ok je hidup dengan gigi sumbing ni so aku pun tak berniat lagi nak menyambung kembali gigi yang tersumbing. Biarlah kekal sebagai satu identiti aku. Tapi tu la kalau ambil gambar aku jadi segan nak senyum nampak gigi. walaupun rasa hati aku ni teringin jugak nak tengok betapa manisnya rupa aku dalam gambar dengan senyuman nampak gigi tu. Dan sebab tu aku jarang nak masuk apa2 contest melibatkan senyuman ni. hahahaha. Tapi kalau korang yang jenis memang confident suka senyum & selfie nampak gigi ni tak kira gigi tak cukup jemaah ke, atau gigi terlebih capasiti boleh la try ni >> Untuk Yang Berani Selfie Dengan Senyuman Nampak Gigi << Tak kisah la korang pakai braces ke,korang gigi ada bekas palam ke atau pakai gigi palsu sekalipun janji korang spesis confident senyum nampak gigi je. Kalau macam aku tak confident memang tak berani la. hahahaha

Moral of the story.. Walaupun senyum seindah suria (kata2 dalam lirik lagu) tapi aku tetap rasa kalau aku senyum nampak gigi tak berapa indah sangat la. hahahaha

ANTARA BLOG YANG SUKA KECAM ORANG

ANTARA BLOG YANG SUKA KECAM ORANG. Tu dia... Kritik ke puji ke tak tau la kan. Katanya blog lekatlekit.com ni blog yang banyak tulis entri kecam orang sana sini. Dengar statement macam tu aku terbayang yang blog aku ni sangat bahaya. Seolah2 mengambarkan sesiapa sahaja di kecam dalam blog lekatlekit.com akan jadi viral di mana hidup mereka akan berubah 360 darjah. Mereka takkan berani lagi keluar rumah. Hidup mereka akan di selubungi ketakutan. hahahaha


Melampau sangat la kan imaginasi aku hanya kerana satu statement seseorang yang katanya dulu suka baca blog lekatlekit ni tapi sekarang dah tak suka sebab banyak kecam sana sini. Zaman blog lekatlekitgurl.blogspot.com memang aku akui.. entri2 aku banyak mengupas kupis & kopek dengan rakus & kejam isu2 semasa, dunia hiburan atau apa2 yang berlaku di media sosial. Memang aku tulis tanpa belas kasihan. Konsep aku sapa makan cili dia terasa pedas, kalau aku tak point sebiji2 nama atau muka sesapa. Kalau aku point seseorang tu maka tuju kat dia je la tapi selalu aku guna konsep mengecam secara umum. Orang kata kecam tapi sebenarnya menegur secara outspoken apa yang aku rasa tak patut berlaku.

Yup.. masa tu memang aku umpama sang singa yang sentiasa mencari mangsa je. Jangan dok bagi aku nampak benda pelik & jelik mesti aku kupas,kupis & kopek dengan lantang kat blog sampai ada yang rasa nak menangis bawah bantal. Tu dulu la... Zaman lekatlekit.com sekarang ni kelantangan tu rasanya makin kurang even tak hilang. Mustahil manusia mampu berubah secara drastik. Entri2 blog aku sekarang leih kepada review produk,cerita seram, isu semasa tu still ada, resepi & entri2 dari special 8share yang aku rasa best nak share kat blog. Sebab banyak sangat isu jadi aku tak tumpu pada konsep mengecam orang sangat la. Yelah.. aku kecam orang nampak yang orang kecam aku sapapun tak peduli. Kesian kan... Padahal aku ni antara manusia yang memang menjadi bahan kecaman orang cuma orang2 mengecam ni depa jenis buat cara sorok2. tup tup dengar je orang bagitau sipolan tu kemain mengumpat aku, kemain hasut orang suruh benci aku, kemain kutuk aku. Yang tu lagi bahaya. Macam virus.. tetiba mati je tak tau punca. Tapi macam biasa... sikit pun aku rasa tak mengugat kebahagian rumahtangga aku. Jadi telan & hadam biar dia jadi taik.. lepas tu buang kau akan rasa lega sangat. hahahaha

Orang nampak aku jahat sebab sikap aku yang suka bagi pandangan yang tak ada unsur2 kipas susah mati. Kau kawan ke lawan ke.. Kalau aku tak setuju samada aku tak join perbincangan dengan kau atau aku komen ikut apa yang aku rasa betul. Bukan aku kata aku sentiasa betul.. Maksudnya aku bagi pandangan mengikut apa yang aku setuju je. Kalau pandangan kau aku rasa tak setuju.. maka aku cakap tak setuju la. Nak suruh aku jadi hipokrit sangat kau dah kenapa? Kalau kau harap aku kawan dengan kau aku perlu setuju semua cara & pendapat kau la. Kirim salam tepi tepi je la.. Mimpi la kau harap aku akan puji kau sampai langit ke 7 setiap masa.

Cuma bezanya sekarang.. mungkin faktor usia semakin emas ni & faktor komitmen yang semakin bertambah. Banyak perkara yang aku nak kena fokus terutama anak aku yang masih perlu lebih perhatian dalam segala bab.. Maybe sebab tu kot aku semakin tak ada masa nak ikuti banyak sangat isu yang berlaku melibatkan manusia lain di media sosial. So mempengaruhi la penulisan aku di blog. Sebab konsep aku menulis apa yang aku tahu & suka. Apa yang kita suka ni boleh berubah sebab hati manusia ni hati yang boleh berubah. Tak mustahil dari blogger tetiba berubah jadi atlik sukan macam depa ni >> Inilah Atlit wanita Yang Ramai Orang Ingin Tengok Mereka Beraksi di Suka Olimpik 2016. Boleh tahan lawa jugak la << Jadi apa nak pelik tetiba nampak blog lekatlekit.com ni dulu kemain lancang kuning dia menulis sekarang dah jadi blog ala2 mak mak yang gilakan kecantikkan & masakan gitu. Padahal benda tu bukan baru sekarang aku suka.. Jadi tak mustahil kalau tetiba lepas ni Blog lekatlekit.com jadi blog sukan pulak, kan? Minat aku menulis ni boleh berubah bila2 masa jer... So kalau tetiba aku jadi blogger pengulas sukan pun aku rasa tak mustahil. hahahaha

Entri popular kat blog aku pun banyak pasal skincare. Bermakna orang baca blog aku bukan semata mata nak tengok sapa mangsa kecaman aku yang seterusnya la. Orang nak tahu jugak pasal produk kecantikan selain cerita seram. So sesapa rasa nak guna khidmat aku untuk review produk, meh email lekatlekitgurl@yahoo.com atau nak letak iklan dalam bentuk banner pun boleh

Aku cuma manusia.. Yang mungkin berubah bersama masa. Aku cuma manusia yang mustahil sempurna. Aku cuma manusia yang ada keinginan untuk jadi yang baik, terbaik & paling baik.. Cuma manusia ni kadang2 susah nak control nafsu jadi kesempurnaan sebagai manusia tu bukan senang untuk di miliki. Yang penting kita ada niat & usaha kearah itu, Insya Allah.. Allah akan sedia memberi kita petunjuk & hidayah.

P/S : Maaf ni bukan entri drama airmata bagai.. Entri sekadar bercerita.Kalau orang lain boleh cerita pasal diri dia kat blog kenapa tetiba aku tak boleh & nampak annoying kan? Apa ingat dalam hati aku tak ada taman ke? hahahaha

GAYA SELFIE YANG CONFIRM LELAKI TAK BERANI BUAT

GAYA SELFIE YANG CONFIRM LELAKI TAK BERANI BUAT. selfie ni selalu sinonim dengan perempuan tapi sebab zaman sekarang lelaki & perempuan dah tak banyak beza selain alat sulit. Tu pun kalau yang tak tukar jantina la. Jadi budaya berselfie ni bukan lagi sinonim dengan perempuan. Kalau kat news feed aku bersepah lelaki dok upload gambar selfie dengan muka acah2 macho, manja,gedik bagai. hahahaha, Tapi takat tu je la keberanian seorang lelaki berselfie. Lebih dari tu tak ramai ada confident nak buat.


Lelaki kalau suruh selfie kat puncak menara KLCC memang takde hal la. Tapi cuba suruh selfie dengan gaya & solekkan macam ni?? Rasanya ramai fikir juta kali nak buat sebab tak ada confident. Rasa macam hilang habis kelakian dia. Tapi sebenarnya inilah selfie paling mencabar untuk seorang lelaki bukan selfie kat tempat2 berisiko jatuh boleh hancur berkecai tulang temulang.

Kalau betul anda lelaki yang pantang di cabar.. Meh tengok berani tak korang berselfie macam ni >> Adakah Anda Seorang Yang Yakin Berselfie? Jom tengok apa yang korang boleh dapat dengan selfie macam ni. <<  So, lelaki boleh ke tidak buat? Kalau boleh jangan sia siakan peluang yang terbuka luas tu. Rebut peluang dengan sahut cabaran selfie tu.

Apapun.. Selfie bukan perkara yang salah tapi jadi salah mungkin pada cara. Jadi berselfie la dengan perkara2 yang betul. Tak payah la nak selfie dengan mayat, jenazah bagai tak kira la milik ahli keluarga kita atau orang lain. Nampak sangat tak menghormati orang yang dah meninggal dunia. Aku tengok trend macam tu mula di pratikkan dah. Terbaru aku nampak selfie seorang perempuan dengan seorang kanak kanak meninggal dunia akibat jerebu. Tak faham aku.. time sedih pun still ada mood nak berselfie.

15 AKTIVITI UNTUK ORANG YANG RASA HIDUP DIA MEMBOSANKAN

15 AKTIVITI UNTUK ORANG YANG RASA HIDUP DIA MEMBOSANKAN. Ada orang celik mata jer.. Rasa hidup dia bosan sangat. Apa dia hadap, apa dia buat benda yang sama je hari hari. Akibat rasa bosan sampai jadi stress... Bila stress mungkin jadi masalah besar. Punca sebenarnya kecik jer.. Bagi mengelakkan golongan yang sentiasa bosan dengan hidup dia ni jadi gila.. marilah membaca sambil belajar kat sini mungkin hidup korang kembali cerita & bahagia. Kalau rasa gembira jangan lupa tepuk tangan... hehehhe

Kita kalau boleh nak hidup dalam keadaan tenang & senang serba serbi. Malas la nak struggle sangat orang kata... Tapi bukan semua orang suka hidup dia terlalu simple. Ada orang suka hidup dia lebih mencabar.. Sebab kehidupan dia maybe penuh dengan kemudahan yang tak perlu susah payah dia nak cari. Bila dia nak hidup lebih mencabar maka dia cari lah aktiviti yang mencabar...

Nak buat aktiviti mencabar tak semestinya kena panjat gunung.. Mencabar diri anda buat benda yang paling takut yang tak payah pergi mana2 pun salah satu aktiviti mencabar jugak. Contoh kalau dah bosan sangat hidup terlampau selesa.. celik je mata semua dah tersedia.. Apakata bermain dengan serangga yang paling anda takut & geli? Tu contoh aktiviti yang mencabar diri anda jugak.. selain tu boleh mengatasi fobia atau geli pada sesuatu perkara tu.

Contoh aktiviti yang kategori mencabar jugak. Kau berani?? kalau ni pun kau tak boleh buat jangan berangan nak masuk fear factor. rancangan lari pun belum tentu layak katanya hahahaha

Atau korang boleh cuba buat 15 aktiviti ni pun best jugak. Walau ada di antara 15 aktiviti macam kerja gila sikit. Maybe tak semua orang sanggup buat tapi ok jugak la untuk mencabar keberanian diri melakukan sesuatu yang tak semua orang boleh buat walau perbuatan tu nampak simple & tak memudaratkan tapi perlukan keyakinan diri untuk melakukannya. Pendek kata.. yang confident & berani je boleh buat.

Kalau korang nak tau apa 15 aktiviti mencabar walau simple je perbuatan dia meh tengok kat sini >> 15 AKTIVITI UNTUK KELUAR DARI ZON SELESA <<

Yelah.. mana tau kot2 korang memang jenis enjoy bila menyusahkan diri kan. Elok la cuba buat mana tau jadi viral boleh jadi terkenal seantero alam maya seterusnya di offer menjadi retis bawah naungan MiG.. hahahaha

Moral of the story.. Enjoy tak salah, yang slaah cara kita enjoy. Peace Yo!


PENGAKUAN BERANI DEDAH DARI PENGGUNA BIO ESSENCE

Jeng... Jeng.. Jeng.. Inilah pengakuan berani dedah bukan berani mati yer.. dari mereka yang pernah guna produk Bio Essence. Antara salah seorang pengguna dia.. adalah diri aku sendiri. Pengakuan ni mungkin buat korang rasa tak senang duduk.. Tapi aku rasa perlu jugak aku dedahkan semua pengakuan ni demi kebaikkan semua, katanya.

Sumber google

Sabtu lepas aku menambah lagi koleksi produk Bio Essence.. Yang sempat aku rembat lepas bayar ada Bio Essence Bio Energy Snail Repair & smooth cream. Menjadikan jumlahnya sebanyak 5 produk dari bio essence aku ada sekarang. Pencuci muka jer dah dua aku ada. Selebihnya Tanaka White double whitening cream bio essence & Moisturizing + sunblock sekali.

Semua ni hasil rembat lepas bayar kat guardian.

Macam biasa la.. lepas tambah koleksi harus upload untuk share dengan orang lain. Sebab ada pengaruh produk ni. Tak dinafikan bio essence memang bagus.. Jarang dengar bagi kesan buruk pada kulit. Apa jenis produk dia setakat ni memang serasi dengan kulit sensitif aku ni. Diakui kebaikkannya oleh mereka2 yang menggunakannya.


Yang ada masalah jerawat & parut tu boleh la try produk SNAIL dari bio essence ni sebab aku baca testimoni dari seorang blogger.. memang membantu menyelesaikan masalah jerawat & parut dia. Aku baru je try Snail cream ni sabtu lepas.. Hari ni baru masuk hari ke 3 aku guna.. So far so good & testimoni nantilah tunggu seminggu dua lagi yer.

Untuk baca testimoni sila clik kat sini Selepas Sebulan Guna

Produk dia mungkin ada yang kata mahal sebab aku akui harga cream2 dia pun kalau tak offer semua harga dalam RM50++ tapi aku beli semua masa offer... Tanaka White Double whitening harga asal tak silap dekat RM70 tapi sebab offer aku beli dalam RM48+++, Snail Repair & smooth cream harga asal RM99++ tapi aku beli offer RM69++, snail cleanser RM24++ & miracle Bio water Cleanser aku beli masa offer RM19++. Moisturizing dia dalam RM20++ kot. Tapi aku tak beli sekaligus semua.. aku beli satu dua dalam satu masa. Aku tak beli set.. aku beli yang mana aku rasa nak pakai jer.

Tapi cream dia aku rasa tahan lebih dari sebulan & packaging dia pun cantik. Nampak kelas jer botol2 dia tu. Harus la.. appearance tu penting jugak tau selain kualiti & kuantiti.. ye dak. Lagipun produk bio essence ni senang di beli kat luar.. supermarket pun ada jual. Atau selalu aku beli kat guardian.. nak kumpul setem guardian katanya. hahahaha. Kalau korang beli cream2 yang harga dalam RM40++ kat online pun campur kos pos dah lebih kurang je kan beli salah satu cream Bio essence. Kadang2 mentaliti pembeli ni even RM40 tahan sebulan jer dia anggap murah dari RM70 tahan 3 bulan. Tanaka White Night Cream tu pun dok banyak lagi even dah sebulan aku guna. So, bagi aku tak mahal melampau la bio essence sebab tahan lebih dari sebulan.

Setakat hari ni aku pakai produk bio essence.. Yup kulit makin cerah, jerawat semua dah kecut & parut jerawat makin pudar even masih perlu treatment lagi. Sebenarnya aku ambil planning pills, baru tukar yang jenama lain so maybe ganggu sikit hormon menyebabkan jerawat tumbuh bagai di baja. Luar biasa banyak pulak tumbuhnya.. Tapi Alhamdulillah.. sekarang makin ok dah sikit. kekekeke

Selepas sebulan guna Tanaka White double Whitening Night Cream Bio Essence. Yang hadapi masalah kulit gelap & kusam boleh try Tanaka White Bio Essence. Tak mampu beli set pakai night cream pun dah ok. Tanpa penglupasan bio essence mampu memberi hasil memuaskan.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com