Showing posts with label pelawak. Show all posts

PAK HAMID GURKHA TIADA LAGI..

PAK HAMID GURKHA TIADA LAGI.. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Membaca perkhabaran tentang pemergian Bintang Vateran Tanahair Pak Hamid Gurkha yang telah pun menghembuskan nafas terakhirnya awal petang tadi pasti menjadi satu berita sedih buat semua penggiat dan peminat industri seni tempatan. 

Allahyarham Pak Hamid di khabarkan telah meninggal dunia jam 2.11 petang tadi. Sebelum ini pak Hamid sememangnya dalam keadaan uzur kerana faktor usia. Tapi masih sihat dan masih mampu berinteraksi dengan baik. Namun sudah sampai waktu ajalnya..Arwah pergi buat selamanya.

Sedikit info berkaitan Allahyarham..

Abdul Hamid Bin Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Hamid Gurkha (lahir 22 Ogos 1933) merupakan seorang pelawak dan pelakon lelaki Malaysia. Pak Hamid pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982.

Aktiviti seni bermula ketika menyertai Pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965 dan merangkul tempat pertama.Kemudian Kementerian Kebudayaan dan Kesenian menawarkan beliau membuat persembahan pentas. Sejak itu beliau bergerak di bawah kementerian .Tidak lama kemudian, Datuk Jamali Shadat (pelawak) mengajak menyertainya sebagai pelawak pentas.

Antara filem pernah di lakonkan Allahyarham adalah filem Sikit Punya Gila (1982), Ragam Pemandu (1986), dan Main-main Hantu (1990) memberi impak besar kerana filem itu memperkenalkan nama saya kepada masyarakat. Beliau juga pernah menjayakan filem Gila-Gila (1979), Aku Yang Berhormat (1983), Filem Talak (1984), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006), Zombi Kampung Pisang (2007) dan terbaru, Alamak Toyol (2011).

Sumber Wikipedia.

Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Pak Hamid Gurkha. Semoga tabah menerima ujian kehilangan orang tersayang dan semoga rohnya di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman.

DATO JAMALI SHADAT MENINGGAL DUNIA

DATO JAMALI SHADAT MENINGGAL DUNIA. Pagi ni terbaca satu perkhabaran sedih. Pemergian seorang pelakon & pelawak vateran Dato Jamali Shadat telah pulang kerahmatullah.

Innalillahhiwainnalillahhirojiun. Salam takziah buat seluruh keluarga Allahyarham Dato Jamali Shadat atas pemergian insan tersayang. Sesungguhnya setiap yang bernyawa itu pasti akan mati. Semoga roh beliau di ampuni dosa dan di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman & beramal soleh.

Bagi generasi baru mungkin kurang mengenali penghibur terkenal satu masa dahulu ini. Sedikit tentang Dato Jamali Shadat

Dato' Jamali Shadat atau nama penuhnya Jamali bin Shadat, merupakan pelawak yang terkenal kerana kebolehannya meniru pelbagai dialek seperti Mandarin, Jawa dan Tamil dalam persembahan-persembahan pentas yang dijayakannya sejak tahun 1970-an sehingga kini.

Malaysia kehilangan seorang lagi bintang yang sangat berharga. Sama sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk Allahyarham Dato Jamali Shadat.

PELAKON & PELAWAK ACCAPAN MENINGGAL DUNIA

PELAKON & PELAWAK ACCAPAN MENINGGAL DUNIA. Accapan seorang pelawak & pelakon yang banyak membintangi filem filem, drama & sitcom melayu di Malaysia. Sejak tahun 80an lagi beliau telah mewarnai industri seni tempatan. Beliau seorang pelakon & pelawak yang memang di kenali ramai.


Namun kini negara kehilangan satu bintang yang pernah menyinari.. Yang pernah buat kita ketawa dengan lawaknya.. Terbaca perkongsian di laman Facebook milik Anak mendiang beliau di khabarkan telah meninggal dunia awal pagi tadi dan akan di kebumikan hari ini.



Salam Takziah buat seluruh keluarga, saudara mara & rakan taulan mendiang. Semoga mereka bertabah & bersabar dengan kehilangan orang yang tersayang.

Sedikit info berkaitan Mendiang

Samynathan A/L Rethinam di Lahirkan di Parit Buntar, Perak pada 27 Januari 1958 atau lebih dikenali sebagai Accapan ialah seorang pelakon dan pelawak India Malaysia yang fasih berbahasa Melayu.

Antara filem yang pernah di lakokan mendiang adalah

Mamak Cupcake - (2014)
Jin Notti - (2009)
Biar Betul - (2004)
Gila Bola - (2003)
Iskandar - (2003)
Lagi-Lagi Senario - (2001)
Ghazal Untuk Rabiah (1997)
Suratan Kasih - (1996)
Bisikan Cinta - (1995)
Simfoni Kasih - (1994)
Hanny - (1993)
Sahabat - (1992)
Rimba Malam - (1992)
Mira Edora - (1990)
O.K (Orang Kampung Otak Kimia) - (1990)
Sejati - (1990)
Adik - (1990)

VIRAL DAVID TEO KENA TAMPAR, SEMUA SEBAB MASING2 KURANG AJAR

VIRAL DAVID TEO KENA TAMPAR, SEMUA SEBAB MASING2 KURANG AJAR. On je FB hari ni kecoh semua orang cakap pasal tampar. Mula2 malas nak ambil tahu isu2 viral memandangkan keadaan diri yang kurang sihat. Tapi lepas makan ubat rasa macam sihat sikit layan buletin 1.30 kat tv3 ada jugak isu david teoh kena penampar dengan pelawak yang di kenali sebagai Mat Over tu. Sedutan video tu pun ada di tayangkan jugak.


Bila aku tengok memang aku setuju David Teo kena penampar sebab cara dia bercakap agak kurang ajar. Ada aku baca dari akhbar online katanya dia merampas mic dari pengacara majlis, Dato Rosyam Nor. Tu pun kurang ajar jugak.  Bukan sebab aku sokong kepimpinan Dato Seri Najib.. Tapi walau macam mana pun kita tetap kena respect. Tak bermakna aku setuju David Teo kena penampar aku sokong perbuatan Mat Over tu..

Memang david teo agak kurang ajar tapi cara mat over bertindak pun boleh di lihat sebagai tindakkan kurang ajar kerana mencetuskan kekecohan & tak menghormati majlis yang sedang berlangsung. Walau marah macam mana sekalipun.. kekasaran bukan penyelasaian yang terbaik.

Dalam video ni pun dengar pengacara majlis pun cakap dia memang kurang ajar. Sapa dia tak tau la kan. hehehee

Ada juga yang kata drama je semua tu.. Semua dah di rancang. Tak tau la orang gila mana rancang kejadian macam tu dalam majlis yang melibatkan pemimpin negara. Mentang2 yang hadir kebanyakkan orang yang terlibat dalam industri hiburan tak semestinya apa yang berlaku drama yang telah di rancangkan. Yang pasti dari pandangan mata aku.. Aku tak terfikir benda ni drama.. Mat Over tu pun memang pernah ada isu bergaduh masa perlawanan bola antara artis dulu. So, memang dia ada sikap baran kot...

Apapun David Teo memang dah terkenal dengan mulut dia yang cakap ikut sedap jer.. Dengan penampar macam tu hope lepas ni dia lebih reti belajar beradab bercakap dalam majlis2 rasmi macam tu. Tak payah nak terpekik terlolong sangat.

Moral of the story... David Teo, jangan sombong & angkuh. Mat over jangan over. hehehehe

SARI YANTI & JEP SEPAHTU KAWEN SENYAP SENYAP

SARI YANTI & JEP SEPAHTU KAWEN SENYAP SENYAP. Mula dah viral kat media sosial pasal pernikahan pasangan retis kita ni.. semua orang sedia maklum depa memang pasangan bercinta jadi kalau kawen tu bukan benda pelik atau mengejutkan sangat la. Dah suka sama suka kan.. Cuma tu la tak ada angin tak ada ribut.. tak dengar pun planning nak kawen yang di gembar gemburkan di media tetiba selamat dah menikah depa hari ni. Alhamdulillah..


Tak salah pun depa nak kawen senyap senyap.. Sebab apa depa buat perkara baik. Mendirikan rumahtangga tu umpama membina masjid besar pahalanya cuma dalam Islam ni bila nak nikah ni di galakkan kita me war war kan perkahwinan tersebut supaya tidak timbul fitnah. Nak - nak lagi retis la.. Jangan sorok benda ni bakal mencetuskan kontroversi & fitnah terhadap diri anda jugak. Kawen senyap senyap tetiba orang tahu korang tinggal serumah.. nak di jadikan kesah hangat lagi tup tup kau termengandung bagai.. Orang tak tau kau dah nikah sebab konon tak privacy bagai... Kan dah jadi fitnah yang maha besar.


Sebab tu la apa yang Islam galakkan kita buat ada sebab & kebaikkan dia. Takde sesaja dia nak suruh hangpa war war kan perkahwinan sebab nak suruh menunjuk nunjuk kat orang hangpa dah kawen. Bukan itu sebabnya yer adik adik. Sekadar untuk mengelak fitnah sahaja.


Tapi Jep & Sari Yanti ni tak di kira kawen senyap senyap dah sebab semua orang dah tau. So, takde la berlaku fitnah apa - apa kan. Maybe bukan perancangan depa nak kawen senyap senyap kot cuma depa nak buat suprise je kat peminat & wartawan. Kalau betul depa nak kawen sembunyi sembunyi takde la gambar depa nikah tersebar ke serata alam maya sekarang ni kan? Rasanya gimik je kot ni... Sekadar meraih publisiti katanya hahahaha

Video semasa akad nikah Jep Sepahtu & Sari Yanti

Apapun selamat pengantin baru buat mereka. Semoga perkahwinan antara mereka kekal hingga ke syurga.

PELAWAK SHAH TAPAW CUMA BERGURAU ISU NAMA ANAK PUTRA NARUTO

PELAWAK SHAH TAPAW CUMA BERGURAU ISU NAMA ANAK PUTRA NARUTO. Ada jugak aku nampak sejak semalam jadi viral satu gambar baby bersama salinan surat beranak dia. Kat situ tertera nama Muhammad Putra Naruto Bin Mohd Shah Rizal. Hari ni baru aku tau rupanya dia anak seorang pelawak yang terlahir dari satu rancangan realiti tv iatu Shah Tapaw. Kalau sebut nama shah Tapaw serius aku pun tak tau yang mana satu tapi tengok gambar baru tau.. Oo.. dia ni rupanya shah tapaw. Ada la nampak keluar TV cuma tak ambil kisah sangat nama dia hahahaha


Katanya salinan surat beranak tu dia edit je dengan nama tu.. Tapi dia mengaku memang mula2 dia nak bagi nama anak dia Naruto di sebabkan keluarga semua tak setuju so tak jadi dia nak menamakan anak dia macam tu. Apa ke pelik bapak budak ni nak bagi anak nama Naruto hahahaha.. Kalau pun minat sangat dengan watak kartun Naruto tu jangan la obses sangat yer. Bagi la nama elok sikit kat anak. Nasib baik keluarga dia tak setuju.. Buatnya family dia tak tegah.. Gamaknya memang anak dia nama Naruto jugak.

Bila dia upload gambar dengan nama anak dia macam tu ramai yang mengkritik dia.. Nitezen pun cepat sangat percaya. Edit benda2 macam tu simple sangat kot. So korang kena belajar jugak ok! Jangan terus nak kecam je tanpa usul periksa.

Dia buat macam tu katanya saja nak usik ahli keluarga dia. Konon saja nak bagi depa percaya dia betul betul letak nama anak dia macam tu. Alih2 orang lain pulak yang terlebih percaya & terlebih concern hahaha. Almaklum la rakyat Malaysia memang sangat prihatin. hehehe


Apa dia buat tu bukan nak mencetuskan kontroversi cuma dia tak sangka benda tu boleh jadi viral pulak. Tak payah bergurau pelik pelik sangat la nak2 lagi kau tu seorang retis harus la jadi viral kan. Tapi dari awal lagi aku memang boleh agak benda tu cuma di edit jer. Sebab tu aku malas nak ulas pada permulaannya. hahahaha. Nama anak dia Putra Iyyad bukan Naruto yer. hehehehe

Moral of the story.. Nama yang baik menjadi doa yang baik tiap kali orang menyebutnya. Tapi nama yang membawa maksud yang baik tak semestinya di ambil dari nama arab sahaja ok! 

GAMBAR PELAKON & BEKAS AHLI KUMPULAN SENARIO ILYA BERSAMA KEMBAR SEIRASNYA

GAMBAR PELAKON & BEKAS AHLI KUMPULAN SENARIO ILYA BERSAMA KEMBAR SEIRASNYA. Kalau anda membesar di zaman kegemilangan kumpulan lawak lagenda senario rasanya korang masih kenal dengan salah seorang bekas ahli kumpulan senario dulu, Ilya. Dia antara ahli kumpulan senario yang berjasa dalam menaikkan nama senario dulu. Tapi pernah berlaku satu kontroversi dengan syarikat pengurusan kumpulan senario ada dua orang ahli asal kumpulan senario menarik diri dari kumpulan tersebut. Salah seorang ilya.


Ilya ni pun lawak dia memang bersahaja & mampu buat orang pecah perut gelak. Memang boleh nampak bakat semulajadi dia berlawak tu.. Takde la nampak terlampau buat buat atau mengikut skrip. Walaupun zaman populariti senario dah macam berakhir tapi baru sekarang aku tahu Ilya ni ada kembar seiras. Memang seiras sangat sampai tak berapa nampak perbezaan wajah mereka tu.

Menurut sumber yang aku baca kembar kepada pelakon Ilya tu seorang guru. Mesti anak anak murid teruja tengok cikgu dia muka sama macam pelakon kan? Gamaknya kembar Ilya ni kelakar macam Ilya tak? Kalau kelakar mesti di sukai ramai murid murid. Yelah.. kita sekolah dulu pun enjoy je belajar kalau cikgu tu jenis pandai buat kelakar. Tak la mengantuk sangat dalam kelas.

Mesti korang tak sabar nak tengok gambar kembar kepada pelakon Ilya ni kan.. Serius sama ok muka, ketinggian & size badan dorang. Nak2 lagi dorang pakai baju yang sama. Gamaknya bini bini dorang ni tak tersilap suami ke tak? hehehehe..

Aku boleh teka mana satu Ilya & mana satu kembar dia.. korang boleh teka tak? cer teka

Kembar seiras ni memang selalu jadi perhatian nak2 lagi bila mereka bersama. ramai orang mengimpikan dapat anak kembar seiras sebab nampak comel je kan. Kembar ni pun faktor keturunan jugak. Tapi yang takde sejarah anak kembar dalam ahli keluarga dia pun tak mustahil boleh dapat anak kembar juga dengan izin Allah. Sebab masa aku pregnant dulu nurse akan siasat samada sebelah aku atau suami ada anak kembar. Mak mertua aku ada anak kembar perempuan. bapak & mak sedara asben aku sebelah ayah dia pun ada kembar. Jadi kalau ada rezeki untuk next baby kalau tetiba dapat kembar pun tak pelik sangat la kan.. hehehehe

Moral of the story.. kadang2 tak ada anak kembar pun boleh nampak macam kembar jugak macam aku dengan adik aku dulu. Sebab kami beza setahun jer.. Dah tu belum genap setahun dah adik aku lahir.. Adik aku lahir 15 Aug & aku lahir 28 Aug... Bila semakin membesar nampak macam sama besar jer. Tapi bila dah besar.. tetiba dia lebih besar (tinggi) dari aku pulak. hahahahaha

PELAWAK PIE MENINGGAL DUNIA

PELAWAK PIE MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Sebelum ni kita hanya mendapat khabar fitnah tentang kematian seorang insan seni berbakat besar, Namun di Malam Jumaat penuh berkat ni Seorang yang kita kenali sebagai Pak Pie.. pelawak terkenal negara pergi mengadap ilahi. Berita ni saya dapat melalui post Aznil hj nawawi yang di repost penyampai radio Haiza.


Allahuakhbar.. hanya mereka yang terpilih dapat pergi mengadap ilahi di hari Jumaat yang mulia. Semoga Allahyarham Pak Pie di ampuni segala dosanya & di tempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Arwah moga sabar menerima kehilangan insan tersayang.

VIRAL PELAWAK ACAPAN PELUK ISLAM ADALAH TIDAK BENAR

VIRAL PELAWAK ACAPAN PELUK ISLAM ADALAH TIDAK BENAR. Ni aku nak marah ni. Aku ni kira kategori yang tak percaya sangat la semua viral tapi tengok pada sumber jugak. yelah.. sebab sumber dari FB page pelakon terkenal Mustapha Kamal tu ingat dorang dalam industri hiburan tu takde la semborono nak sebar viral2 yang tak sahih. Rupanya page tu ada admin lain jugak yang mewakili Mustapha kamal. Sebab aku tersebar berita tak betul maka kena la betulkan balik.

Viral ini adalah palsu

Maka viral pasal acapan memeluk Islam tu dengan rendah hati aku memohon maaf kepada semua pembaca blog lekatlekit.com. Maka aku jadikan perkara ni satu pengajaran. Akan lebih berhati hati untuk menulis sesuatu berita tak kira la berita dari tv3 ke, admin page selebriti terkenal ke, pendakwah ke atau sesapa saja. Geram tau aku kalau tertulis cerita2 viral tak betul ni.


Sebagai blogger macam aku ni.. Memang aku menulis cerita,berita, isu2 semasa,gosip,dunia hiburan,resepi, review, produk, kosmetik,skincare bagai tapi bukanlah niat aku nak kejar traffic sampai tergamak tulis berita palsu. Tapi tu la sebagai manusia.. Kadang2 kita tertipu jugak. Jadi sebelum pengumuman tu di buat kat mana2 page berita rasmi tak payah la gigih sangat nak tulis yer lekatlekit. Kang tak pasal pasal kena carut.

Inilah dugaan ramadan gamaknya. Nak2 lagi yang berusia remaja macam aku ni. Mudah percaya khabar angin katanya hehehe.. Tu bagi yang muda remaja tapi dugaan berpuasa bagi golongan berusia 20an pulak lain. Nak tau apa dugaan berpuasa bagi peringkat umur 20an ni meh la baca kat sini >> Dugaan Berpuasa Bagi Golongan Berusia 20an & Tips mengatasinya << Walau setan iblis kena jailed.. Dugaan & ujian kepada kita masih ada.

Moral of the story.. Maaf kepada sesiapa yang terpercaya & terpedaya dengan entri yang aku tulis berkaitan pelawak acapan tu. Sesungguhnya aku cuma manusia biasa... Hanya mampu memohon kemaafan di kala termelakukan kesilapan. Ampunkan kami penunggu gua.

PELAWAK ACAPAN PELUK ISLAM DI BULAN RAMADAN

PELAWAK ACAPAN PELUK ISLAM DI BULAN RAMADAN. Dah masuk 8 ramadan hari ni. Ya Allah sekejab je kan.. Memang masa semakin pendek. Kalau dulu nak tunggu berbuka pun rasa lama sangat apatah lagi nak tunggu raya menghitung hari jugak. Tapi sekarang masa berlalu tak terasa. Tak tau la kalau ada masih yang malas puasa sebab tak tahan lapar. Padahal setiap hari kenyang sahur pun kadang2 belum habis dah nak berbuka. Tu aku la.. Maybe sebab tu jugak semalam mak mertua aku tegur dah kurus. Aku pun belum timbang berat tak tau la banyak mana yang turun.


Tu la keistimewaan ramadan.. Tak perlu diet boleh kurus katanya janji masa berbuka kau tak payah rakus sangat melantak. Buat macam aku makan macam biasa je. Kadang2 tak makan nasi pun. Buka puasa minum air & makan kuih jer.. erkk.. rasanya aku nak cerita pasal pelawak otai Acapan yang di khabarkan telak memeluk Islam di bulan ramadan ni. Kenapa pulak cerita pasal puasa aku ni? hahahhaha


Ok ok.. berbalik pada kisah Uncle Acapan kita kita.. Beliau seorang pelawak yang rasanya ramai kenal. Dia mula terjebak dalam industri hiburan dari tahun 80an kalau tak silap. Lawak2 beliau memang antara lawak yang mampu buat orang gelak. Seorang berbangsa india yang banyak berlakon dalam filem & drama melayu. Melalui page Mustapha Kamal katanya beliau telah memeluk islam. Alhamdulillah hidayah di bulan ramadan.


Mungkin banyak bergaul dengan orang2 melayu yang beragama Islam buat beliau tertarik dengan ajaran Islam. Apapun satu penghijrahan yang mulia & baik. Semoga Acapan @ Sharin Muhammad di berikan hidayah untuk terus mendalami Islam.

Berita Ini adalah Palsu. Sila Rujuk Entri Ni >> Viral Pelawak Acapan Peluk Islam Adalah Tidak Benar <<

WATAK RANI KULUP , BOMOH VIP IBRAHIM MAT ZIN & DIDIE ALIAS JIKA BERLAKON DALAM FILEM X-MEN

WATAK RANI KULUP , BOMOH VIP IBRAHIM MAT ZIN & DIDIE ALIAS JIKA BERLAKON DALAM FILEM X-MEN. Kita sedia maklum Ayahanda Rani Kulup ni terkenal dengan ativiti dia yang rajin buat report polis kalau ada apa2 isu. Bomoh VVIP pulak dia kita sedia maklum la dengan ritual2 bomoh dia yang kelakar tu. MH370 hilang dia gunakan teropong buluh hapa ntah nak teropong lokasi MH370, hujan tak turun dia pecahkan tembikai & banyak lagi ritual dia yang menjadi kontroversi. Pelakon Didie Alias pulak sejak masuk zon tua ni.. Dia punya fesyen pulak ala2 lady gaga malaysia katanya. Tak pelik bukan Didie Alias. Kadang2 sampai tak nampak rupa manusia dah.. Dah macam Alien.

Rani Kulup. Raja Report Negara

Depa depa ni memang spesis yang suka buat benda2 yang agak pelik pada pandangan mata masyarakat la. Kepelikkan mereka tu la buat mereka di kenali. Maybe cara tu je kot yang paling senang nak menyerlah. Buat benda mengarut memang la orang akan bercerita pasal dorang. Almaklum la manusia ni spesis yang paling susah nak mengawal lidah & mulut termasuk la aku sendiri. hahahaha Jadi bila ada spesis lain dari yang lain atau membuat benda2 yang di luar logik akal manusia memang akan jadi perhatian.

Ibrahim Mat Zin, Raja Bomoh VIP

Gamaknya kalau depa ni di satukan dalam filem X-men mesti gempak gila. Mesti korang tak terbayang kan apa watak paling sesuai untuk mereka mereka ni. Aku pun bukan tengok filem X-Men jadi aku sendiri tak tahu watak watak dalam filem tu cuma terbaca satu artikel ni >> Bayangkan 5 Karektor filem X-Men ni Di lakonkan 5 Orang femes kat Malaysia Ni << Memang terkekek kekek jugak gelak. Bukan apa terbayang Rani Kulup, Bomoh VVIP, Didie Alias & beberapa orang lagi orang yang di kenali dengan benda2 pelik dorang buat berlakon dalam filem X-Men. Memang tak jadi filem aksi dah rasanya.. Jadi filem pecah perut bukan pecah panggung. Hahahahaha

Didie Alias Lady Gaga Malaysia

Moral of the story.. Tak salah kita nak cipta identiti sendiri yang lain dari yang lain tapi jangan la buat sesuatu yang boleh mengaibkan diri sendiri sampai jadi bahan ejekkan & hinaan orang lain. Berpada pada kalau nak buat sesuatu yang boleh menonjolkan diri. Kadang2 yang simple itu lebih indah. Bersederhanalah..

PELAKON & PELAWAK MR OS MENINGGAL DUNIA

PELAKON & PELAWAK MR OS MENINGGAL DUNIA. Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga pelakon & pelawak Mr Os yang di khabarkan telah meninggal dunia hari ni.


Sesungguh Arwah antara yang terpilih untuk pulang kerahmatullah di hari Jumaat. Semoga Allah mengampuni segala dosa2 beliau & moga di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman.


Hilangnya sebutir bintang di persada seni negara.. Mr Os. Beliau popular sekitar 80an. Selepas lama senyap dari dunia seni, beliau kembali memeriahkan industri seni. Ternyata bakat beliau sebagai seorang penghibur tidak pernah hilang.

Kini tiada lagi Dia yang di panggil Mr Os di dunia ni. Namun kenangan dalam dunia seni hiburan akan menjadi satu lagenda, Insya Allah.

Sama2 kita sedekahkan Alfatihah..

PELAWAK PIE ANGGAP FITNAH 'DAH MATI' SEBAGAI DOA UMUR PANJANG

PELAWAK PIE ANGGAP FITNAH 'DAH MATI' SEBAGAI DOA UMUR PANJANG. Mungkin dah jadi trend kot pengamal media sosial sekarang. Nak cepat dapat rating & traffic buat je fitnah artis meninggal dunia. Bukan sorang dua artis yang kena malah dah ramai. Nak2 lagi yang sedang uzur yang tu la jadi sasaran depa nak menyebarkan berita palsu konon dah mati. Gamaknya seronok sangat kot kalau ada selebriti yang meninggal dunia ni.


Mangsa terbaru pelawak & pelakon Pak Pie.. Di katakan meninggal dunia. Tapi pak pie ni memang sempoi dari dulu sampai sekarang. Bila orang tanya komen dia pasal fitnah dia dah meninggal dunia tu dia just cakap.. Tu yang akan buat umur dia makin panjang katanya. Hahaha... Apa nak kesah kan pak pie. Tak payah nak touching sangat. Sebab soal hidup mati ni tertulis sejak azali. Bukan kerana fitnah orang nyawa kita jadi pendek bagai.


Biarlah attention seeker mencari publisiti murahan dengan menyebar berita berita palsu macam tu. Sampai masa nanti buku akan bertemu ruas. Mungkin sekarang depa masih berada di zon selesa & boleh buat perkara terkutuk macam tu tanpa risau di kenakan tindakkan atau menerima pembalasan di dunia. Sampai satu masa setiap perbuatan ada balasan.

Gambar terkini Pak pie & cucu

Buat penyebar berita palsu tu.. Ingat hari ni kita sihat & tak rasa was was nak memfitnah orang dah mati jangan nanti sampai ajal kau mati mereput sorang sapa pun tak tahu. Sebab orang malas nak ambil pot pasal kau yang suka sangat mematikan orang hidup semata mata nak meraih perhatian untuk kepentingan peribadi & mungkin untuk cari duit.

Orang - orang macam ni aku kategorikan terlebih bijak mungkin sebab masa belajar dia tak cukup makan & rehat sebab kena buat benda2 ni bagi menampung keperluan hidup dia di kampus.Tu sebab habis belajar bijak yang dia ada buat orang rasa nak pijak. Hidup kalau stress memang boleh mengubah manusia jadi tak berapa manusia.

Moral of the story.. Bergurau tentang hidup & mati orang lain adalah gurauan paling kurang ajar. Tak guna belajar tinggi2.. boleh buat kerja hanya dengan hujung jari. tak perlu berpanas.. duduk kat rumah tekan2 kebot pun dapat duit tapi cara mencari sumber rezeki tu adalah dengan cara menyebar fitnah tentang orang lain. Betapa rugi ilmu yang ada dapat kalau sekadar hanya pandai menabur fitnah.

PERLU ADA LARANGAN BAWA SMARTPHONE DI KAWASAN PERKUBURAN

PERLU ADA LARANGAN BAWA SMARTPHONE DI KAWASAN PERKUBURAN. Sebelum berhujah ala2 pendebat yang mempertahankan kejuaran setiap tahun aku nak ambil kesempatan dalam ruang yang sempit di blog lekatlekit.com ni mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Pelawak terkenal Malaysia, Allahyarham Yus Jambu, Semoga Allah mengampuni segala dosa dosa beliau & menempatkan beliau di kalangan orang2 yang beriman. Sesungguhnya semua yang hidup pastikan mati. Tiada yang akan kekal menongkat langit.. Bertabahlah pada mereka2 yang kehilangan orang tersayang. Berdoalah semoga di satukan kembali di alam abadi nanti.


Semalam semua di kejutkan dengan berita pemergian Arwah.. Dan berlaku perkara yang bagi aku sangat biadap bila ramai yang ambil gambar jenazah saat kafan di buka kan sebelum di kebumikan dalam liang lahat. Dah la ambil gambar lepas tu sebarkan pulak. Gamaknya dia pergi melawat jenazah semata mata nak dapat shoot yang menarik la kot. Teknologi semakin canggih tapi perangai manusia semakin jahil & tak bertamadun. Sampai tak tahu batas batas nak berseronok. Sampai tak ada rasa hormat kepada orang yang dah meninggal dunia. Yelah.. yang mati tu mati la katanya. Dia bukan nak rasa apa dah.. Tapi kau tak terfikir ke perasaan ahli keluarga dia.

Ini bukan kejadian pertama cuma mungkin berlaku kepada seseorang yang bergelar artis maka isu dia jadi besar. Yang tak di sebar pun mungkin banyak lagi yang buat. Semua ni sebab 'trend'. Trend nak meraih rating. Nak like, share yang banyak. Nanti jadi viral boleh popular cepat. Silap haribulan david teoh offer berlakon filem seram terbaru terbitan MiG.

Dah tiba masa.. Ada larangan membawa smartphone atau camera ke dalam kawasan perkuburan tanpa alasan yang di bolehkan. Sebab kalau di biarkan rasanya benda2 macam ni akan menjadi jadi. Orang dah meninggal tak harap publisiti.. Dia harap doa2 yang ikhlas dari orang2 yang mengaku sayang dengan dia. So, tak payah nak popularkan dia dah.

Tu baru pakai iPhone belum yang lain. tak tau la macam mana perangai gila nak snap pic orang mati dia macam mana. Silap2 dia buat live streaming lagi saat jenazah di kebumikan. yelah.. jenama smartphone tu katanya ada perjanjian kerjasama dengan youtube yang membolehkan pengguna dia buat live streaming.

Zaman media sosial.. ramai manusia jadi attention seeker. Dah tak kira benda tu baik ke buruk janji boleh tarik perhatian orang lain. Sudah sudah la.. Kalau hangpa tak harap jenazah hangpa jadi bahan share orang lain kat media sosial macam tu jugak dengan orang lain. Jangan sebab anda masih hidup, anda terlupa yang anda jugak akan mati di zaman media sosial. Jadi tak mustahil giliran jenazah anda pulak nanti jadi bahan orang lain meraih perhatian.

Moral of the story.. Jadilah manusia yang moden dengan akal yang bijak bukan manusia moden yang akal buat orang rasa nak pijak2. Peace Yo!

HARUN SALIM BACHIK MENINGGAL DUNIA

Terbaca post Rotikaya yang mengkhabarkan Pelakon Harun Salim Bachik meninggal dunia. Innalillahiwainnalillahirojiun..

Katanya beliau rebah di tandas hentian rehat (RnR) bukit merah. Hilangnya sebutir bintang di persada seni tanah air. Beliau seorang pelakon & pelawak yang sangat berbakat. Lakonan bersahaja mampu mencuit hati penonton


semoga Almarhum Harun Salim Bachik di ampunkan dosanya & di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Takziah kepada seluruh ahli keluarga arwah. Semoga redha & tabah menerima Ujian Allah. Sesungguhnya yang hidup pasti akan mati.

Harun Salim Bachik atau nama sebenarnya Haron Aminar Rashid bin Salim adalah seorang pelakon komedi. Beliau adalah anak lelaki kepada seorang pelakon zaman 50-an iaitu Salim Bachik. Beliau mula dikenali melalui lakonan beliau di dalam drama bersiri Rumah Kedai yang ditayangkan di TV3 pada awal tahun 90-an. Gandingan beliau bersama Sudiro Sukiman berjaya menjadikan sitkom Rumah Kedai diingati sehigga ke hari ini.
Selain daripada drama Rumah Kedai, beliau juga terlibat dalam sitkom bersiri iaitu Gado-Gado yang di tayangkan di TV1. Gado-gado adalah batu loncatan yang sebenar kepada beliau di dalam dunia lakonan.
Selain berlakon beliau juga merupakan seorang penyanyi. Pernah menghasilkan satu album pada tahun 1996 yang berjudul Belilah. Lagu yang paling mendapat sambutan dalam album tersebut ialah Banjir. Antara filem-filem lakonan beliau adalah Man Laksa, Baik Punya Cilok, dan Apa Kata Hati.
Beiau menjadi Presiden Seniman , sebuah persatuan (NGO) yang memperjuang nasib artis di Malaysia. -sumber Wikipedia-


PELAWAK VETERAN MAIDIN MENINGGAL DUNIA.

Berita sedih ni aku baca kat Berita Harian Online yang mengesahkan Pak Maidin yang telah kembali kepangkuan penciptanya jam 2 petang tadi di rumah akibat serangan Jantung.

Pak Maidin antara pelawak yang terkenal kat Malaysia.. Lawak dia sememangnya berjaya mencuit hati penonton. Kini hanya tinggal nama & kenangan. Doakan kesejahteraan rohnya disana. Moga beliau di tempatkan di kalangan orang - orang yang beriman.

Antara filem lakonan beliau adalah mami jarum & banyak lagi. Berlakon dari zaman 80an kalau tak silap.

Takziah untuk seluruh ahli keluarga Pak Maidin.. semoga tabah menghadapi Ujian dari Allah. Dan sedekahkah la Al Fatihah buat arwah..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com