Showing posts with label keywords. Show all posts

INI BUKTI BULAN PUASA PUN ORANG MASIH CARI HANTU

INI BUKTI BULAN PUASA PUN ORANG MASIH CARI HANTU. Kalau dah suka hantu tu tak kira bulan apa kerja dia nak cari hantu je. siang malam pagi petang cari hantu katanya. Dari januari sampai december dia tetap memburu hantu. Aku baru dok berniat nak bercuti memburu hantu sepanjang bulan puasa ni nampaknya bulan puasa pun permintaan masih tinggi nanti la aku  fikirkan semula.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Kalau siang hari tak habis habis orang dok cari kepastian hukum cium mulut la, hukum pegang kemaluan pasangan la.. Siang2 hari pun tak boleh control nafsu syahwat katanya. Tak boleh berat berat nak ringan ringan jugak. Bak kata mummydearie mungkin pasangan baru kahwin. Baru pertama kali berpuasa dengan pasangan. Mood bulan madu lagi so memang pantang jumpa nak manja2 je kerjanya. Yang dah masuk zon pengantin kepam ni Insya Allah.. Takat puasa dari terbit matahari sehingga terbenam matahari tu takde masalah la. Hope pasangan bulan madu di awan biru tu bawak2 bersabar yer.. hehehe

Tu cerita siang hari.. cerita malam hari pulak tak habis2 orang dok cari hantu. Memang beginilah keywords blog aku menjelang malam hari dari sebelum bulan puasa lagi. Asal malam je depa cari hantu, asal hantu je blog aku. Hantu pun bercuti di bulan ramadan ni.. Yang hangpa dok cari dia buat apa. Erkk.. tapi yang aku tahu jin memang tak bercuti. Masih ada & masih melakukan rutin harian dia menyakat orang walaupun di bulan puasa. Sebab tu tak pelik la kalau ada yang kena rasuk bulan puasa ni. Makcik aku dulu pun pernah di rasuk masa nak bangun masak sahur. Time tu aku budak budak lagi. Tapi aku dah pernah cerita dulu dalam blog malas la nak ulang lagi cerita lagi.

Keywords blog lekatlekit.com malam hari.

Kalau dah korang sangap sangat nak cari cerita hantu yang seram hangpa pi tengok ni >> Berdasarkan kisah benar, Sekuel kedua filem seram ni menggunakan audio sebenar rakaman suara roh jahat << Ada berani tengok? Kalau betul betul peminat cerita seram mesti berani, ye dak? Apa barang tengok filem ni sambil tutup muka dengan bantal katanya.

Moral of the story tak salah cari hantu tapi bulan2 puasa ni jangan hangpa pulak jadi hantu & menghantui orang lain. Elok2 depa dah cuti.. hangpa pulak dok take over tugasan iblis & syaitan dok menghasut orang buat jahat.

HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG CARI BENDA NI

HARI PERTAMA PUASA RAMAI YANG CARI BENDA NI. Hari ni seluruh umat Islam memulakan ibadah puasa. Amacam? Ok ke? hari pertama confirm ramai yang excited & bersemangat bangun sahur. Juadah bersahur pun mesti meriah karipapusing kan? Kemain penuh meja depa punya lauk pauk. Aku takde la.. ikan goreng, sayur campur, ikan masak asam asam telur masin je. Nak beriya masak sapa yang nak habiskan nanti. Korang nak tolong datang habiskan ke? hahahaha.. Aku memang tak excited sangat la bab makanan ni. Sahur atau berbuka aku trick macam biasa. Cuma beza waktu makan tu je. Kau nak membazir sangat dah kenapa katanya.

Sumber Google

Bila tiba bulan puasa blog aku mesti tersangkut keywords2 ni. Time puasa je mula la orang cari benda ni. Depa ni tak tau la hanya mampu puasa makan minum je kot.. Yang lain2 tak tahan nak puasa katanya. Antara keywords yang melekat lekit di pagi 1 ramadan yang mulia ini adalah...

1. hukum memegang kemaluan di bulan puasa
2. apa boleh pegang kamaluan saat puasa
3. bercium pada bulan puasa bukan muhrim
4. boleh ke suami sentuh isteri punye ketika bulan puase
5. bergesel kemaluan di bulan puasa
entri : HUKUM MENYENTUH KEMALUAN PASANGAN & BERCIUM KETIKA BERPUASA
6. Boleh puasa sekiranya kena ambil darah
entri : SUNTIKAN,AMBIL DARAH & MIMPI BASAH TIDAK MEMBATALKAN PUASA

Ni la keywords paling popular kat blog aku di pagi hari pertama puasa. Entri yang aku letak tu adalah entri yang duduk kat first page carian google dari keywords2 tersebut. Depa dok cari hat tu jugak. Tang tu maybe depa tak mampu nak puasa kot hahaha. Tapi yang ambil darah tu mungkin ibu2 yang tengah mengandung & ada check bulanan. So memang kena ambil darah. Yang tu boleh la berbaik sangka. Yang lain2 tu hahaha... Tak tau la depa nak buat apa.

Ni la keywords blog aku di hari pertama puasa tahun 2016

Walaupun Syaitan semua bercuti bulan puasa ni tapi nafsu manusia ni kadang2 mengatasi bisikan syaitan. Buktinya bulan puasa pun orang tak mampu mengawal nafsu serakah walaupun kita sedia maklum setan iblis semua kena jail time ni. Jadi tak ada alasan nak salahkan makhluk tu lagi.

Banyak perkara kita boleh manafaatkan di bulan puasa ni untuk menyekat nafsu kita dari buat perkara perkara yang membatalkan puasa. Jangan dok fikir sangat la benda2 yang berahi time2 puasa ni. Selain memperbanyakan ibadah & baca al Quran sesekali nak rehatkan minda boleh la window shopping raya kat sini >> Ini cara Anda Nak Dapat Diskaun Semasa Membeli Belah Di Zalora << Manatau ada yang berkenan boleh la shopping raya terus kan. Dah tak payah nak berlanggar bontot kat luar sana nak shopping baju raya. Duduk depan pc/smartphone/tab clik2 bayar je. Nanti dia hantar depan hidung korang.

Moral of the story.. Tak salah kita nak cari info ia juga satu ilmu cuma bulan puasa ni elak la dari dok buat benda2 yang boleh menaikkan nafsu syahwat takut satgi puasa lapar & dahaga jer. Bila terfikir sesuatu yang boleh membatalkan puasa cepat2 la istighfar yer. Insya Allah.. nafsu2 jahat tu dapat di kawal.

CERITA YANG MENYETIMKAN LELAKI

CERITA YANG MENYETIMKAN LELAKI. Tu dia cerita apa ni.. Hang biaq betoi dok tulis cerita yang menyetimkan pulak. Dah teruk sangat ka traffic blog hang sampai terpaksa tulis benda benda tak senonoh macam ni.. Insaflah.. Insaflah... Kembalilah kepangkal Jalan sebelum anda di kembalikan ke jalan bawah tanah katanya...


Amboi hangpa... tergamak tuduh cheq lagu tu noh. Takkan la lekatlekit yang sopan santun nak tulis cerita tak senonoh lagu tu. Malu aih... Tapi cerita yang menyetimkan ni tak semestinya cerita SX kan? Macam2 cerita boleh 'menyetimkan' tak kira la lelaki atau perempuan. Kalau perempuan ni tak semestinya cerita ranjang je buat dia rasa 'tersetim' kadang2 cerita pasal barang kemas, skincare, fesyen, makeup, shopping pun terus nafsu dia melonjak ke high level. Lelaki tak tau la.. dia 'menyetim' faktor apa. Tengok perempuan ke, baca cerita lucah ker.. Almaklum la cheq pompuan kurang arif pulak bab lelaki.

Tapi yang peliknya.. Macam mana boleh masuk jerat keywords macam ni kat blog den?? Pelik sungguh... macam macam benda orang google. Ni tak tau dari pihak mana yang google. Perempuan ke lelaki. Boleh jadi perempuan sebab mungkin dia tengah membuat kajian tentang lelaki. tapi keywords dia google tu macam kelakar pun ada. Dari mana dia dapat perkataan 'menyetim' pun tak tau. Menangis cikgu bahasa melayu dia baca. Silap haribulan cikgu sains pun turut sama menangisi. hahahaha


Zaman teknologi sekarang orang lebih 'Menyetim' dengan gadget2. takde orang nak 'menyetim' sangat baca cerita lucah ni. hahahaha...

Moral of the story.. Nak menyetim ke nak menyentap ke.. Pastikan salurkan pada tempat yang betul. tak salah nak menyetim tapi pilih la jalan yang benar jangan pilih jalan yang menyesatkan. Sekian ceramah setazah blog.. sampai kita berjumpa lagi di lain entri. Assalamualaikum. peace yo!

CERITA PEREMPUAN BERNAFSU MISTIK

CERITA PEREMPUAN BERNAFSU MISTIK. Tu dia malam ni segmen seram serik cerita pasal nafsu pulak. Siapa gamaknya perempuan bernafsu yang menyeramkan ni. Macam mana orang yang bernafsu mistik ni. Dia lebih bernafsu dengan makhluk ghaib & jin ke? Ke dia taste dengan hantu raya yang memang terkenal sebagai hantu perogol. Dari mana datangnya nafsu mistik ni. Jangankan hangpa aku pun tertanya tanya jugak nafsu mistik tu macam mana gayanya. Tak terjangkau akal aku yang suka cerita berunsur mistik ni. Hahahaha


Aku dah cuba google memang tak jumpa apa2 info berkenaan manusia yang bernafsu mistik cuma aku rasa orang yang bernafsu mistik ni mungkin lebih berminat kepada makhluk ghaib kot. Nafsu tak semestinya berkaitan hubungan seks je. Mungkin nafsu merujuk kepada minat @ obses dia terhadap perkara mistik. Macam aku bernafsu nak tonton cerita seram je. Kalau cerita cinta ni sesungguhnya nafsu serakah aku turun ke level paling bawah hahaha.

Mesti korang tertanya dari mana aku dapat ilham nak buat cerita pasal nafsu mistik ni. Terkejut tengok kat keywords blog aku sangkut carian 'perempuan bernafsu mistik'. Dah kenapa pulak blog aku jadi mangsa. Aku perempuan bernafsu normal lagi cuma minat cerita seram je hahaha


Kira ni keywords paling rare la yang pernah sangkut kat blog aku. Rasanya sebelum ni aku tak pernah nampak lagi keyword macam ni terlekat lekit kat blog aku. Sapa gamaknya dok cari perempuan bernafsu mistik. Takkan jin kot dok google. Manalah tau jin pun baca blog aku sebab aku banyak tulis pasal spesis depa. Hahaha

Tak payah la bernafsu mistik sangat... nafsu la kepada benda lain macam bernafsu dengan lelaki yang seksi macam ni ke >> Inilah ciri2 lelaki seksi yang sebenar << Untung2 yang bujang boleh tackle buat suami. ye dak? Dok bernafsu dengan jin tu buat apa. Satgi hidup tak macam orang. Memang ada orang kawen dengan jin tapi tu la kehidupan dia takkan sama macam berkahwin sesama manusia.

Moral of the story.. Jangan melawan fitrah. Bernafsu la seperti manusia normal. Nafsu kuda ke, nafsu hantu raya ke.. semua tu nafsu syaitan & haiwan. Jadi jangan ikut nafsu. hehehe

CARA NAK RAMPAS LAKI ORANG

CARA NAK RAMPAS LAKI ORANG. Amboi kemain nak bagi tutorial cara rampas laki orang ye Jemah?? jaga2 kang orang guna tips kau bagi rampas laki kau pulak. Baru padan muka kau! Konon pandai sangat la nak bagi tips & tutorial cara nak rampas laki orang. laki orang selamat laki kau pulak dalam dakapan orang lain. hahahaha


Na'uzubillah... Mana ada aku reti nak rampas laki orang apatah lagi nak bagi tips untuk rampas laki orang. Yang tu aku tak expert la.. Hangpa boleh minta tips pada mereka yang berpengalaman skandal seterusnya merampas dengan rakus laki orang. Rampas & kongsi adalah dua perkara berbeza hokay! So kena faham tak semua orang berkongsi suami tu adalah perampas. Perampas ni merujuk kepada wanita yang dah la ambil laki orang lepas tu bolot sorang2. Yang lama dia suruh terminated je sebagai bini. Tu baru kategori rampas.

Habis tu apa kaitan tajuk entri kau?? Takde la tetiba nampak kat keywords blog orang google "cara rampas laki orang". Tak tau entri mana yang sangkut dengan keywords tu. Tu dia teknologi sekarang.. Semua main google je termasuklah cara nak rampas laki orang. Ni kira keywords yang boleh di siarkan secara umum lagi la kat blog aku. Ada yang keywords yang aku rasa macam blog lucah pulak padahal aku takde pulak tulis perkara2 lucah apatah lagi berkongsi tip & tutorial cara berjimak ke hapa macam ada sesetengah blogger pernah buat. Tahap malu aku masih di paras selamat kot. Takde la open minded sampai selak selimut tunjuk kat orang apa yang kita buat dengan laki bini.


Walaupun orang tak tahu siapa yang google benda2 pelik kat internet tapi ketahuilah anda adalah seperti apa yang anda baca, tonton, lihat & dengar. Kalau baik, baik la anda. Kalau yang buruk maka buruk la anda. Kalau rasa macam tak berapa mengenali diri sendiri sangat nak tau macam mana diri anda di gambar dari apa yang anda tonton meh try test kat sini >> Ini Yang Favourite Tv Show Kata Tentang Anda << Manalah tau dengan cara ni korang boleh tau yang selama ni apa yang anda tonton mengambarkan perangai yang buruk. hahahaha. tapi yang google cara rampas suami orang ni aku tak sure la samada dia memang nak rampas suami sapa2 atau dia saja cari bahan untuk tulis tutorial kat blog. Tu dia berbaik sangka sangat kan?hahahaha

Moral of the story.. Kita adalah seperti apa yang kita suka. Jadi sukalah sesuatu yang baik, Insya Allah ia juga mendorong kita untuk jadi lebih baik.

P/S : Ini bukan kali pertama aku dapat keywords "Cara Rampas Laki Orang"

LUAH PERASAAN MARAH DI CARIAN GOOGLE SEBAB TAK DAPAT TENGOK PORNO

Sampai macam tu sekali marah tak dapat nak tengok porno. Gamaknya takde tempat dia nak tempiaskan perasaan marah yang membuak buak kot. Rasa lawak dalam kegeraman pun ada. Nak gelak sambil marah jer. Hahahahaha

gambar carian google

Korang mesti nak tahu apa kes kan? cerita apa & cerita siapa ni yang meluahkan perasaan kat carian google bila tak dapat tengok porno. Jangan la serius sangat. Hari sabtu hari minggu jadi kita santai2 sudah. Blog melekit ni hari2 cerita yang buat orang panas bontot je maka hari sabtu minggu ni apa kata kita rilex sikit sambil gelak2 ayam.

Pepagi check cik Nuffnang.. manatau tetiba dapat bonus ribu riban ke. Boleh jugak la buat2 belanja shopping kat mydin 3 bulan lagi. Alang2 dah membuka pekung di dada nuffnang tu terlajak laris sekali la check keywords. Tergelak tanpa bunyi sekejab. Sapalah yang taip carian macam ni sampai melekat lekit kat blog den ni. Marah nampak tak dapat tengok porno. Maybe pc dia di block website2 lucah tu yang melekat keywords tu kat blog den. hahahahaha


Dengan ini maka ketahuilah anda blog den memang takde benda2 lucah sebab tu tak kena block walau banyak sangat keywords lucah yang singgah minum pagi petang siang malam kat sini.kekekekeke

Moral of the story.. Jangan melucah merata rata.

P/S : Hari ke 43 tanpa khabar atau petunjuk pada kehilangan pesawat MH370 bersama anak kapal & penumpang. Masih menjadi misteri. Moga hari ni ada khabar tentang mereka. Teruskan doa tanpa putus asa sesungguhnya Allah maha mengetahui segalanya.


SAPA SUKA TENGOK SPENDER CIKGU??

Ni anak murid cikgu mana la nakal sangat ni kan?? Spender cikgu pun nak di skodeng... Cikgu2 yang suka pakai skrit pendek tu nak duduk or tunduk tu hati - hati sebab anak murid skang semua pakai enpon canggih manggih dah. Semua ada camera.. Takat nokia 3310 yang mak bapak bagi mau lari dari umah seminggu. Paling - paling pun nak iphone gitu! So, dorang pegi skolah masing - masing bawak enpon ada camera.. Kalau ternampak spender cikgu confirm la dorang snap senyap2 gitu. Tak caya student skang minat dengan spender cikgu?? Meh aku buktikan..

Tapi yang paling best tu keywords yang panjang macam karangan. Wah.. ada juga orang search macam tulis karangan yer.. Rajin betul insan tu. Yang di cari secret recipe parit buntar jer. Kekekekekekekekeke..

MISTERI BULU KETIAK ARTIS INDONESIA

Pelik kan?? Apa ada pada bulu ketiak artis indonesia?? Bulu ketiak dorang guna teknik rebonding atau di curl atau di warnakan atau di potong dengan pelbagai fesyen ker?? Dimana keunikkan bulu ketiak artis indonesia ni?? Apa kelebihan bulu ketiak dorang?? Sungguh Misteri kan??

Yang paling penting kenapa cari bulu ketiak artis indonesia kat blog melekit ni?? Wakakakakakakakaka.. Sapalah manusia yang nak tengok bulu ketiak artis indonesia ni?? Macam mana Sang Lekit tahu dorang cari bulu ketiak artis indonesia kat blog melekit ni??

Ni ha... Mengikut kajian nuffnang... (Banyak la ko punya kajian!!) berpandukan keywords nuffnang hari ni pencarian terbanyak di blog melekit adalah bulu ketiak artis indonesia. Tak caya?? Meh nak buktikan...

Carian tertinggi di blog melekit hari ni

Kan?? Kenapa hari ni mereka cari bulu ketiak artis indonesia?? Nak buat tangkal ker?? or pelaris blog?? Entah lah.... tapi memang buat Sang Lekit terasa nak WAKAKAKAKAKAKAKAKA

CIK SHIDA ADALAH KHUNSA

Hampir nak histeria aku.. Ha kau apa tak histerianya kalau tetiba tengok.."Cik Shida Adalah Khunsa". Aduhai.. Apa kes ni?? Mana datangnya cerita pasal ni. Betul ke Cik Shida ni Khunsa. Sapa dapat buktikan?? Tapi ternyata benda ni menjadi pertanyaan ramai sebabnya... Jeng ! Jeng ! jeng!...

Aku pelik betul dengan keywords blog aku ni tak kira la kat nuffnang atau blogspot ni. Hampir 80% tak suci langsung. Memang aku ada tulis artikel pasal cik shida tapi takde lak aku pernah tulis cik shida ni khunsa. Tapi tetiba jer ada. Kalau korang tengok keywords aku hari ni setakat jam ni korang pun akan geleng2 kepala. Hampir semua tak senonoh. Sapalah search tajuk2 camtu yer.. Sungguh tak suci otak kamu, tau! Tempiasnya blog melekit lak ternoda dengan keywords camtu. Meh la share skit keywords dari nuffnang ni..


Yang takde2 lak ter ada dalam keywords blog aku. Bila masa lak aku buat entri kisah pecah dara bagai ni. Kisah jantan bogel pun tak pernah aku tulis apatah lagi kisah main dengan adik. Aduhai keywords macam mana la aku samak ko. Kang tak pepasal blog melekit ni kena cap Blog keywords lucah. Keywords korang camna lak?? Menerima tempias lucah macam keywords aku gak ker??

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com