Showing posts with label mampu. Show all posts

ANTARA BENDA HANYA MAMPU TENGOK JER

ANTARA BENDA HANYA MAMPU TENGOK JER. Kita di lahirkan dalam background keluarga yang berbeza, taraf hidup yang berbeza, keturunan yang berbeza.. sampai la cara di besarkan juga tidak sama. Dalam hidup ni kemampuan setiap orang memang tak sama. Ada yang mampu delivery fastfood setiap hari tanpa gagal membayar.. Ada orang pulak jangan kan fastfood.. dapat makan biskut pun dah cukup mewah bagi dia.


Kadang2 ada orang yang sebenarnya dia bukan mampu sangat pun.. Kalau buat boleh ke arah 'mampus' tapi sebab tak sedar diri dia sanggup mampus untuk buat benda yang dia tak mampu. Spesis yang tak ukur baju di badan sendiri tu kadang2 tersingkat.. tersingkap.. & tersendat tu. Alih2 sesak nafas menyusahkan orang nak bagi cpr.

Banyak benda yang aku hanya mampu tengok jer.. Tapi aku ok je. Tengok pun ok what.. At least dapat jugak tengok kan dari tak tahu langsung pasal kewujudan benda tu. Aku tak nak la dok pulun sangat nak nampak macam orang 'ada ada' padahal tak berapa ada sampai nak shopping kat the store pun nanti tak ada budget. Itu mungkin akan menjadi episod paling trajidis dalam hidup aku. Nak2 lagi kalau sampai tahap aku hanya mampu pandang guardian & berlalu dengan kerinduan yang teramat. hahaha..

Antara benda yang aku hanya mampu tengok je setakat ni adalah benda ni >> BMW X1 and the new BMW 3 Series. Tak ada duit jangan clik & tengok ok! << Hanya Orang Kaya Je Mampu, Orang Miskin Mampu tengok je. Kot2 Orang Kaya Bagi Tumpang Mampu la Merasa. Tak tau la akan datang tetiba dapat title datin paduka Puan Seri Seram.. dapat Royalti & elaun sebulan ratusan ribu ringgit ke. Mungkin masa tu takde la aku nak tengok jer kan.. Rembat la sebiji dua buat hiasan depan laman rumah katanya. hahahaha... berangan sampai langit ke tujuh katanya.

Apapun.. harta dunia ni tak mustahil siapa2 pun boleh dapat kalau usaha. tapi kalau dok berangan atas katil dari pagi membawa ke pagi esoknya.. mereput la kau kat situ. hehehe

TAK SUSAH SANGAT LA KALAU MASIH MAMPU BELI SUSU ANAK

TAK SUSAH SANGAT LA KALAU MASIH MAMPU BELI SUSU ANAK. Kita kadang2 susah untuk rasa bersyukur bila kita sentiasa rasa kita susah sedangkan kita sendiri tahu sesusah manapun kita ada lagi orang lebih susah dari kita. Kadang2 manusia ni suka duduk merintih kesusahan mereka tanpa ada usaha lebih untuk ubah nasib. Sekarang ni pulak musim semua benda nak naik.. Lagi banyak la rungutan pasal bebanan hidup. Merungut tu tak salah.. Tapi kalau asyik merungut atas katil depan smartphone 24/7 seminggu pun rasa macam tak berapa layak merungut la. Makan pakai berak kencing semua orang tanggung.. Gamaknya dia susah celah mana, ye dak??


Aku ni pun bukan orang kaya.. Sampai ada anonymous keji aku orang susah, miskin hina & di benci masyarakat.. Hahahaha.. Tu la kan jadi orang susah ni asyik kena hina je. Tapi sebab aku tak pernah anggap aku susah sangat, so aku tak rasa sangat la macam perlu merintih, merungut, merayu setiap masa. Apa yang aku buat cuba la cari apa2 yang boleh jadi sumber rezeki. tak banyak.. sikit pun ok la dari takde langsung kan. lepas la nak topup skincare yang dah abis.hehehe

Bila tengok kisah sepasang suami isteri yang pada mulanya dah hidup dengan selesa dengan kerjaya masing2 boleh jatuh susah sampai tak mampu beli susu anak.. Sangat2 menginsafkan & memberi motivasi pada aku. Walaupun kita pernah berada di Zon selesa tak mustahil kita boleh tersungkur dalam satu situasi yang kita sendiri tak pernah hadapi atau bayangkan. 

Jadi jangan rasa down sangat dengan kesusahan hari ni atau rasa bangga sangat dengan kemewahan yang kita nikmati sebab semua tu boleh berubah sekelip mata tanpa kita jangka. Selagi kita mampu beli makan pakai & anak kita minum susu pun tak pernah skip.. Tu tak susah sangat la. Kita pun masih mampu makan kat luar.. makan western food bagai. Boleh windows shopping kat mall tu tak berapa susah sangat la tu. Sebab zaman sekarang nak gerak setapak pun semua kena bayar. Orang susah ni kadang2 walau kerja tak ada cuti pun masih tak cukup.. Jangankan nak beli susu anak.. nak beli beras pun tak ada duit. Bersyukurlah.. apa yang kita ada masih cukup menampung hidup kita.

Moral of the story.. Kadang2 orang yang suka merungut, merintih ni hidup dia tak susah mana pun tapi sebab jenis taste tu melebihi kemampuan tu yang buat dia rasa susah. Macam aku ni serius aku sentiasa sedar diri kemampuan aku takat mana sebab tu sampai tak berani nak mengidam benda bukan2 hahaha. takut kempunan terus majuk minta batu belah telan hidup hidup. hahahaha

ORANG MISKIN TAK MAMPU MAKAN MEATBALL & SHOPPING KAT IKEA

Kesian kan.. tak mampu nak makan meatball & shopping kat Ikea.. Tempat2 retis ni hanya yang level retis jer mampu katanya. Level2 blogger picisan macam aku  mana la layak katanya.. belum tahap blogger retis selagi Bro Framestone tak gosip kat blog retis dia katanya... hahahaha

Sumber google

sedih tak ayat aku. Bak kata Bro Framestone.. Bukan je tak mampu, malah takde sematpon camera nak amik gambar. So kalau mana pihak nak taja boleh la. Tu dia ni tahap mengemis ka hapa. Miskin sangat ke lekat lekit Ooi.... Sedih sangat ayatnya..

Majoriti makan benda ni kat Ikea mesti upload hahahaha

Alkisahnya pasal entri siang tadi. Entri ni sebenarnya bukan cerita pasal Ikea ke hapa.. cuma biasa la aku kan.. Kalau menaip penuh dengan kiasan, perumpamaan jugak sindiran.. Tapi tu la kita tak boleh budget yang semua orang paham apa yang kita maksudkan sehingga berlaku perkara yang aku rasa nak tergelak jugak la.. Komen dari Anonymous baik ni...

Boleh rujuk entri ni Kedai Borong Bangla Kerek

Moral of the story.. kalau nak sarcasm biar nampak sarcasmnya.. kalau nak buat perumpamaan biar orang faham maksudnya kalau tak nak jadi benda2 camni. Maaf yer Anonymous buat hang bersimpati dengan cheq ni... Yelah.. nanti ada rezeki melimpah ruah cheq belanja hang makan meatball kat Ikea sampai muak.. cheq tukang tengok jer. Cheq tak makan meatball cheq makan karipap teloq ja.. cheq tak shopping kat Ikea tapi kat mydin ja. Cheq bukan level2 retis @ orang kaya lagi nak shopping kat situ hahahaha


PEREMPUAN PENDEK TAK MAMPU LAYAN SUAMI,TAK BOLEH MENGANDUNG & BERANAK NORMAL

Betul ke? Perempuan kecik, pendek,ketot, tak mampu untuk jadi seperti wanita yang berketinggian normal macam orang lain lebih2 lagi dalam hubungan suami isteri,zuriat & bersalin secara normal dengan kandungan yang cukup matang? Betul ke? Kajian dari doktor kepala hotak mana?? Tu dia keluaq dah ayat2 nak melahar ni...

Sumber google

Yelah.. mana rasa tak melaharnya. Aku pun tergolong dalam golongan perempuan yang tak berketinggal normal macam orang lain tapi bukan kerdil yer.. Kerdil tu lain tapi ni golongan perempuan yang tingginya tak menepati piawaian umur dia. Yang berumur 20an keatas tapi berketinggian antara 135cm -140cm. Memang akan di pandang macam alien atau satu manusia yang special case sangat.

Semalam.. terbaca status blogger comel yang lebih kurang sama size dengan aku tentang pertikaian & pandangan orang pada kemampuan dia untuk jadi seorang isteri & ibu sebab fizikal kecil.


Aku pernah tulis entri pasal ni dulu. Pasal orang pandang aku macam makhluk pelik bila aku mengandung. Masing2 kalau ternampak aku excited nak tengok seolah olah alien yang turun ke bumi dengan perut boyot berisi bayi. Hati aku.. memang tak suka dengan pandangan macam tu. Bila check up pun nurse2 sibuk check umur aku kat buku merah dengan ayat.. keciknya awak. Umur awak ni berapa? Sebelum kawen pun aku dah hadapi ayat2 mencengkam jiwa.. konon tak boleh layan suami la.. tak boleh mengandung la.. & susah dapat jodoh. Ada sorang kakak yang aku ingat dia sebut 'Rabak' kalau kawen sebab fizikal aku kecik (harap korang faham rabak yang di maksudkan sebab aku malu nak tulis secara detail). Sentapnya perasaan aku masa tu Allah saja yang tahu seolah2 aku ni terlalu kekurangan sampai banyak benda orang rasa aku tak mampu buat sebab fizikal aku yang kecik tak macam orang lain.

Siapa kau nak pandang aku tak mampu jadi macam wanita lain?? Allah dah tunjukkan.. aku dah kawen sebelum melepasi zon andartu.. Aku dapat anak.. aku bersalin normal yang Allah permudahkan segalanya. Aku tak diduga dengan sakit yang lama.. Dalam LR pun setengah jam jer aku dah bersalin. NORMAL ok! anak aku even awal 3 minggu tapi cukup bulan. Aku bersalin dalam keadaan muka yang ada makeup & baju yang aku pakai masa nak ke hospital. Tak sempat tukar baju hospital. Kau bayangkan aku sempat makeup sebab masa turun tanda air tu aku tak sakit lagi. Aku mula sakit masa dalam perjalanan ke hospital jer. Tu tandanya kuasa Allah. Dia memberi apa yang dalam kemampuan kita hadapi.

Apa yang yuyu atau orang2 seperti kami rasa..aku tahu rasanya macam mana sebab aku tergolong dalam golongan mereka jugak. Orang lain yang di lahirkan berketinggian normal tak mungkin mampu rasa apa yang kami rasa. Kalau tak mampu nak faham tolong jangan keluarkan statement seolah2 hang tu Tuhan.. yang tentukan sapa boleh sapa tak boleh, sapa mampu & sapa tak mampu. Hangpa yang dok cakap camtu pun belum tentu mampu jadi wanita yang sempurna. Renung renungkan.. Kita di jadikan Allah dengan kelebihan & kekurangan yang tak sama.


KALAU MISKIN JANGAN BERANGAN NAK MASUK ZOO NEGARA APATAH LAGI TENGOK PANDA

Aku tak komen apa2 tentang kedatang makhluk comel si panda ke Malaysia. Yelah.. aku tak pandai pulak nak cakap pasal ekonomi & kepentingan negara dengan meminjam panda tu dari china, so tak perlu aku cakap apa yang aku tak tahu. Kang nampak bodoh pulak kan?? Tapi marilah kita bercakap apa yang kita tahu tentang panda ni.

Semua orang tahu Panda di tempatkan di Zoo negara. Zoo negara ok bukan zoo taiping, so kalau dah nama zoo negara parking pun kena bayar apatah lagi nak masuk zoo tu. Semalam aku baru tahu bahawasanya tiket nak masuk zoo negara dah naik RM30. Last aku pergi zoo ni sebelum ada anak kot masa tu baru RM15 (dewasa). Sekarang ni RM15 harga tiket untuk kanak kanak jer. Telan air liur jugak la kot.. RM30 per person tu... Mak Aii.. Mana ada orang melawat zoo sorang diri ye dak?? Paling2 dengan couple tak pun dengan family. Tu baru tiket nak masuk zoo, okay! Tak makan minum bagai lagi. Nak2 zaman harga barang semua high blood punya...

Apsal ko comel sangat,ha?? Sumber gambar carian google

Tiket nak tengok panda comel yang katanya sekarang ni dah tunjuk tanda2 nak berhoneymoon dengan pasangannya.. Ada harga lain pulak. Kau jangan fikir kau bayar RM30 @ RM15 include semuanya sekali dengan tengok panda yer.. Nak tengok panda sila bayar lagi katanya harga tak lebih dari RM20 tapi belum di umumkan lagi berapa harga tiket panda tu. Kita anggarkan RM20 je la yer.. Kalau sorang dewasa nak masuk zoo & tengok panda RM50 dah wei.. Tak termasuk anak bini atuk nenek bagai.

Kesimpulannya tak payah membebel panjang lebar.. MAHAL! Jadi yang semekin macam aku ni tengok panda dalam TV @ kat youtube sudah. Dah semekin buat cara semekin yer.. Kalau ada orang sponsor tu lain cerita. kekekekekeke. So, Moral of the panda's story.. Hanya golongan kaya & berkemampuan je layak tengok panda secara live kat zoo negara.

P/S : awat mahai sangat.. kata nak tolong rakyat merasa tengok panda tanpa perlu pergi ke negeri china, dah sampai Malaysia pun ramai yang tak mampu lagi nak tengok, camna tu?? Gamaknya nak tengok panda kena gilir2.. sebulan sorang atau dua orang jer boleh tengok panda kalau yang jenis family besar. Aloooo... tak happening la camtu.

P/S : Mesti ada orang akan mencebik.. kalau dah tau tak mampu dok dendiam sudah jangan banyak bunyi. ye.. ye.. tak banyak bunyi cuma teringin jugak nak tengok tapi tak mampu. Peace!
 
P/S : Dalam hidup kita tak boleh fikir perut kita jer kan.. Maybe bagi kita yang family kecik harga tu bukan satu masalah besar, bagi family yang besar lain pula budget dia. Macam aku anak sorang.. so family kami baru 3 orang, Insya Allah kalau nak sangat masuk tu masih boleh bayar cuma kami rasa macam sayang duit nak lebur kat tiket zoo & tiket panda tu. Agak mahal.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com