TAK SUSAH SANGAT LA KALAU MASIH MAMPU BELI SUSU ANAK

12/05/2015 03:00:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

TAK SUSAH SANGAT LA KALAU MASIH MAMPU BELI SUSU ANAK. Kita kadang2 susah untuk rasa bersyukur bila kita sentiasa rasa kita susah sedangkan kita sendiri tahu sesusah manapun kita ada lagi orang lebih susah dari kita. Kadang2 manusia ni suka duduk merintih kesusahan mereka tanpa ada usaha lebih untuk ubah nasib. Sekarang ni pulak musim semua benda nak naik.. Lagi banyak la rungutan pasal bebanan hidup. Merungut tu tak salah.. Tapi kalau asyik merungut atas katil depan smartphone 24/7 seminggu pun rasa macam tak berapa layak merungut la. Makan pakai berak kencing semua orang tanggung.. Gamaknya dia susah celah mana, ye dak??


Aku ni pun bukan orang kaya.. Sampai ada anonymous keji aku orang susah, miskin hina & di benci masyarakat.. Hahahaha.. Tu la kan jadi orang susah ni asyik kena hina je. Tapi sebab aku tak pernah anggap aku susah sangat, so aku tak rasa sangat la macam perlu merintih, merungut, merayu setiap masa. Apa yang aku buat cuba la cari apa2 yang boleh jadi sumber rezeki. tak banyak.. sikit pun ok la dari takde langsung kan. lepas la nak topup skincare yang dah abis.hehehe

Bila tengok kisah sepasang suami isteri yang pada mulanya dah hidup dengan selesa dengan kerjaya masing2 boleh jatuh susah sampai tak mampu beli susu anak.. Sangat2 menginsafkan & memberi motivasi pada aku. Walaupun kita pernah berada di Zon selesa tak mustahil kita boleh tersungkur dalam satu situasi yang kita sendiri tak pernah hadapi atau bayangkan. 

Jadi jangan rasa down sangat dengan kesusahan hari ni atau rasa bangga sangat dengan kemewahan yang kita nikmati sebab semua tu boleh berubah sekelip mata tanpa kita jangka. Selagi kita mampu beli makan pakai & anak kita minum susu pun tak pernah skip.. Tu tak susah sangat la. Kita pun masih mampu makan kat luar.. makan western food bagai. Boleh windows shopping kat mall tu tak berapa susah sangat la tu. Sebab zaman sekarang nak gerak setapak pun semua kena bayar. Orang susah ni kadang2 walau kerja tak ada cuti pun masih tak cukup.. Jangankan nak beli susu anak.. nak beli beras pun tak ada duit. Bersyukurlah.. apa yang kita ada masih cukup menampung hidup kita.

Moral of the story.. Kadang2 orang yang suka merungut, merintih ni hidup dia tak susah mana pun tapi sebab jenis taste tu melebihi kemampuan tu yang buat dia rasa susah. Macam aku ni serius aku sentiasa sedar diri kemampuan aku takat mana sebab tu sampai tak berani nak mengidam benda bukan2 hahaha. takut kempunan terus majuk minta batu belah telan hidup hidup. hahahaha

3 comments:

  1. Betul...PC perasan perkara begini...ada yang sentiasa mengeluh...berkeluh kesah...duit tidak cukup..itu ini...yup memang betul...setakat ini memang kos sara hidup sangat tinggi..setuju..tapi yang rajin komplen tulah yang sakan shopping..yang sakan berbelanja..yang sakan ke sana ke sini..jadi rasa tidak puas hati itu apa tujuan sebenarnya..dan apa yang dipelajarinya..manusia cuma perantara..semua dari keizinan DIA..

    ReplyDelete
  2. Susah bermakna betul-betul susahlahkan. Nak makan proper sehari sekali pun siksa. Kalau setakat tak dapat makan KFC sebulan sekali nak melalak lepas tu merintih susah, memang tak tahulah nak kata apa. Daripada dok merintih, lebih baik akal fikiran tu digunakan untuk cari duit lebih. Kalau kita sibuk, kurang sikit peluang nak merintih lebih-lebih!

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com