Showing posts with label perniagaan. Show all posts

GAMBAR AZNIL HJ NAWAWI DI MANIPULASIKAN OLEH PEMINAT

GAMBAR AZNIL HJ NAWAWI DI MANIPULASIKAN OLEH PEMINAT. Macam macam ragam peminat sekarang. Suka suka hati dia je jadikan retis duta tak berbayar dia kan. Senang la kerja macam tu. Jumpa artis kat luar kemudian minta nak bergambar kemudian gunakan gambar tu untuk melariskan perniagaan yang di buat. Konon macam retis tu dah terlibat dalam perniagaan yang dia sertai. Nak2 lagi yang jenis MLM ni.


Berani sungguh depa noh.. banyak sangat ke duit kalau tetiba retis yang sentap guna lawyer untuk saman. Nasib baik paknil just bagi warning supaya jangan gunakan gambar dia untuk mempromosikan perniagaan peminat dia ni. Yelah.. orang tua ni selalunya macam tu la.. Dia bagi peluang dulu takde terus nak terjah surat saman bagai kan.

Tapi yang si peminat tu nampak sangat la kau ambil kesempatan. Walaupun depa retis kita sebagai peminat tak boleh suka2 hati nak guna nama depa. Dah tu menipu pulak. Bukan apa buatnya dia tu penipu.. Tak pasal pasal pulak retis yang tak tau apa2 tu tempias kena. Yelah.. Artis kan golongan yang di kenali. Apa2 yang berlaku memang cepat sangat orang sebarkan kalau pasal artis ni.


Atas desakan hidup macam macam orang buat nak cari sumber pendapatan lebih. Yelah semua pun dah mahal2.. Satu kerja tak cukup kata Ahamad Maselan. Kena buat dua kerja. Bila kerja kena cari downline bagai ni guna pelaris muka retis la kot2 laku sikit kan. Tapi tu la bila muka retis yang dia jual tu tak dapat kebenaran dari pihak retis tu sendiri tu dah menjadi kesalah besar.

Kalau dah takde sangat cara nak cari side income dengan lebih mulia meh la try join Giveaway ni kot2 nasib baik menang hadiah bernilai RM2000 >> THE BIG #TREATMESAYS GIVEAWAY << Kita usaha cara baik, Insya Allah rezeki yang kita buat pun lebih berkat. ye dak..

Moral of the story.. Menipu macam ni tak kemana pun. Bila kantoi gambar tersebar orang tengok kan dah tak tau nak sorok muka celah mana.

TAK SUSAH SANGAT LA KALAU MASIH MAMPU BELI SUSU ANAK

TAK SUSAH SANGAT LA KALAU MASIH MAMPU BELI SUSU ANAK. Kita kadang2 susah untuk rasa bersyukur bila kita sentiasa rasa kita susah sedangkan kita sendiri tahu sesusah manapun kita ada lagi orang lebih susah dari kita. Kadang2 manusia ni suka duduk merintih kesusahan mereka tanpa ada usaha lebih untuk ubah nasib. Sekarang ni pulak musim semua benda nak naik.. Lagi banyak la rungutan pasal bebanan hidup. Merungut tu tak salah.. Tapi kalau asyik merungut atas katil depan smartphone 24/7 seminggu pun rasa macam tak berapa layak merungut la. Makan pakai berak kencing semua orang tanggung.. Gamaknya dia susah celah mana, ye dak??


Aku ni pun bukan orang kaya.. Sampai ada anonymous keji aku orang susah, miskin hina & di benci masyarakat.. Hahahaha.. Tu la kan jadi orang susah ni asyik kena hina je. Tapi sebab aku tak pernah anggap aku susah sangat, so aku tak rasa sangat la macam perlu merintih, merungut, merayu setiap masa. Apa yang aku buat cuba la cari apa2 yang boleh jadi sumber rezeki. tak banyak.. sikit pun ok la dari takde langsung kan. lepas la nak topup skincare yang dah abis.hehehe

Bila tengok kisah sepasang suami isteri yang pada mulanya dah hidup dengan selesa dengan kerjaya masing2 boleh jatuh susah sampai tak mampu beli susu anak.. Sangat2 menginsafkan & memberi motivasi pada aku. Walaupun kita pernah berada di Zon selesa tak mustahil kita boleh tersungkur dalam satu situasi yang kita sendiri tak pernah hadapi atau bayangkan. 

Jadi jangan rasa down sangat dengan kesusahan hari ni atau rasa bangga sangat dengan kemewahan yang kita nikmati sebab semua tu boleh berubah sekelip mata tanpa kita jangka. Selagi kita mampu beli makan pakai & anak kita minum susu pun tak pernah skip.. Tu tak susah sangat la. Kita pun masih mampu makan kat luar.. makan western food bagai. Boleh windows shopping kat mall tu tak berapa susah sangat la tu. Sebab zaman sekarang nak gerak setapak pun semua kena bayar. Orang susah ni kadang2 walau kerja tak ada cuti pun masih tak cukup.. Jangankan nak beli susu anak.. nak beli beras pun tak ada duit. Bersyukurlah.. apa yang kita ada masih cukup menampung hidup kita.

Moral of the story.. Kadang2 orang yang suka merungut, merintih ni hidup dia tak susah mana pun tapi sebab jenis taste tu melebihi kemampuan tu yang buat dia rasa susah. Macam aku ni serius aku sentiasa sedar diri kemampuan aku takat mana sebab tu sampai tak berani nak mengidam benda bukan2 hahaha. takut kempunan terus majuk minta batu belah telan hidup hidup. hahahaha

TREND MAKI HAMUN UNTUK VIRALKAN PERNIAGAAN DI FB

TREND MAKI HAMUN UNTUK VIRALKAN PERNIAGAAN DI FB. Macam2 cara zaman sekarang orang buat menarik pengguna media sosial untuk memviralkan sesuatu. Terbaru trend guna mukadimah ala2 macam maki hamun.konon macam marah sangat tapi sebenarnya nak kiaskan benda tu sesuatu yang sangat mengakumkan. Almaklum la zaman media sosial sekarang kalau guna ayat2 skema orang dah tak pandang katanya..

Sekadar hiasan. Sumber Google

Kita yang baca mula2 apalah yang orang tu buat sampai kena hamun macam tu sekali alih2 ending ni sebenarnya nak memviralkan barang jualan atau niagaan seseorang. Punya gigih dia buat ayat macam marah sangat. Aku sekali dua terkena la jugak tapi bila dah makin ramai buat style macam tu dah boleh agak.yelah bila sorang buat dapat feedback yang baik maka ramai lagi la akan ikut bila dah ramai gimik macam tu lama2 jadi basi & orang dah tak terpedaya lagi.

Salah satu viral yang terbaru dengan trend terkini maki hamun sebab terlampau suka cara abang ni meniaga. Suka pun kena maki kurang ajar.

Pengggunaan bahasa agak kasar ni bergantung pada penerimaan masing2 la.ada orang mungkin rasa cara macam tu tak sesuai sangat di jadikan gimik untuk memviralkan sesuatu perkara baik.mungkin menjadi ikutan budak2. Ada orang yang lebih terbuka mungkin anggap perkara tu sesuatu yang kreatif. Tapi bagi aku tak perlu melampau sangat penggunaan kata2 kesat untuk menarik perhatian orang membaca post kita seterusnya memviralkan. Perkataan kurang ajar tu bagi aku agak berat jugak la untuk memviralkan perkara baik.

Kalau benda ni jadi trend tak mustahil banyak lagi kata2 kesat & maki hamun.. Tak mustahil jugak perkataan mencarut pun orang guna untuk mensensasikan sesuatu post tu bagi menarik orang lain untuk membaca seterusnya memviralkan. So, bagi aku nak kata setuju sangat dengan trend macam ni.. tak jugak la. Mungkin boleh di olah dengan perkataan yang lebih elok kot.

Moral of the story, kreativiti tu luas tapi tetap ada batas. Kita dok kutuk Azwan Ali suka maki hamun orang tup tup kita pulak menjadikan maki hamun satu trend untuk mempromosikan perniagaan atau jualan. So, apa beza kita dengan azwan Ali ye dak? Cuma aku rasa Azwan Ali ok la dia maki orang bila marah tu normal.. tapi orang maki orang sebab suka tu tak normal sangat la. Hahahaha. Ingat budi bahasa budaya kita.

INI BUKTI POLIS BUKAN HANYA TAHU MAKAN RASUAH

INI BUKTI POLIS BUKAN HANYA TAHU MAKAN RASUAH. Persepsi masyarakat terhadap anggota polis memang sinonim dengan 'duit kopi' atau dalam bahasa jenayahnya 'rasuah' Tak nafikan ada anggota polis yang macam tu tapi biasa la bukan semua walau yang macam tu ramai. Dulu ada sedara aku terpaksa letak jawatan sebagai anggota polis sebab tak sanggup nak terlibat dengan rasuah semasa jalankan tugas. kadang2 manusia ni kalah dengan perikemanusiaan tapi amanah & tanggungjawab buat dia jadi serba salah nak2 lagi bab nak saman menyaman. Jadi sebab sentiasa berdepan dengan situasi tak sampai hati tu dia rasa pekerjaan sebagai anggota polis ni dia tak mampu pikul sebab dia takut kena sifat perikemanusiaan dia yang tinggi dia tak mampu jalankan amanah & tanggungjawab dia dengan sempurna.


Bukan senang nak pikul tanggungjawab menjadi anggota keselamatan dalam negara ni walau security guard sekalipun apatah lagi menjadi anggota polis tapi sayangnya bila yang bekerja hanya kerana duit semata mata makan berlakulah gejala rasuah di kalangan anggota2 beruniform di negara ni.

Pun macam tu masih ada lagi Anggota polis yang boleh berjaya tanpa jadikan Rasuah sebagai side income. Banyak cara boleh buat untuk cari side income. Tak perlu makan rasuah. Macam pakcik ni buat.. bukan setakat dia berjaya malah kaya raya walau pada mulanya dia cuma seorang anggota polis yang jujur & amanah. Sanggup bekorban untuk negara. Nak tahu apa dia buat meh tengok cerita dia kat sini. Mungkin memberi inspirasi kepada anggota2 polis yang lain >> Inilah Kisah Hero Sebenar Seorang Polis <<

Sebab tu kita tak boleh pukul rata judge kalau polis je mesti makan rasuah. Kesian kat depa.. susah2 depa kerja nak beli beras, lauk bagai nak makan nasi tetiba kena tuduh makan rasuah. Pada adik2 polis yang baru berkecimpung dalam dunia kepolisan ni hope tak rambang mata dengan dunia rasuah.. Ingat rasuah haram. Bayangkan rasuah macam babi, gamak ke korang makan babi. Sekian terima kasih.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com