TREND MAKI HAMUN UNTUK VIRALKAN PERNIAGAAN DI FB

10/30/2015 10:54:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

TREND MAKI HAMUN UNTUK VIRALKAN PERNIAGAAN DI FB. Macam2 cara zaman sekarang orang buat menarik pengguna media sosial untuk memviralkan sesuatu. Terbaru trend guna mukadimah ala2 macam maki hamun.konon macam marah sangat tapi sebenarnya nak kiaskan benda tu sesuatu yang sangat mengakumkan. Almaklum la zaman media sosial sekarang kalau guna ayat2 skema orang dah tak pandang katanya..

Sekadar hiasan. Sumber Google

Kita yang baca mula2 apalah yang orang tu buat sampai kena hamun macam tu sekali alih2 ending ni sebenarnya nak memviralkan barang jualan atau niagaan seseorang. Punya gigih dia buat ayat macam marah sangat. Aku sekali dua terkena la jugak tapi bila dah makin ramai buat style macam tu dah boleh agak.yelah bila sorang buat dapat feedback yang baik maka ramai lagi la akan ikut bila dah ramai gimik macam tu lama2 jadi basi & orang dah tak terpedaya lagi.

Salah satu viral yang terbaru dengan trend terkini maki hamun sebab terlampau suka cara abang ni meniaga. Suka pun kena maki kurang ajar.

Pengggunaan bahasa agak kasar ni bergantung pada penerimaan masing2 la.ada orang mungkin rasa cara macam tu tak sesuai sangat di jadikan gimik untuk memviralkan sesuatu perkara baik.mungkin menjadi ikutan budak2. Ada orang yang lebih terbuka mungkin anggap perkara tu sesuatu yang kreatif. Tapi bagi aku tak perlu melampau sangat penggunaan kata2 kesat untuk menarik perhatian orang membaca post kita seterusnya memviralkan. Perkataan kurang ajar tu bagi aku agak berat jugak la untuk memviralkan perkara baik.

Kalau benda ni jadi trend tak mustahil banyak lagi kata2 kesat & maki hamun.. Tak mustahil jugak perkataan mencarut pun orang guna untuk mensensasikan sesuatu post tu bagi menarik orang lain untuk membaca seterusnya memviralkan. So, bagi aku nak kata setuju sangat dengan trend macam ni.. tak jugak la. Mungkin boleh di olah dengan perkataan yang lebih elok kot.

Moral of the story, kreativiti tu luas tapi tetap ada batas. Kita dok kutuk Azwan Ali suka maki hamun orang tup tup kita pulak menjadikan maki hamun satu trend untuk mempromosikan perniagaan atau jualan. So, apa beza kita dengan azwan Ali ye dak? Cuma aku rasa Azwan Ali ok la dia maki orang bila marah tu normal.. tapi orang maki orang sebab suka tu tak normal sangat la. Hahahaha. Ingat budi bahasa budaya kita.

3 comments:

  1. Akak pon penah terpedaya T_T tipah tertipu kekdahnye...hujung2 ko pomot pulak barang ko kan! Dasar kutu beras la diorang ni....sori terrremosi pulok :p

    ReplyDelete
  2. betui kan... teknik tajuk dan bercerita seolah produk tu tak bagus ....last tunjuk kesan ..pening haku baca kadang tu

    ReplyDelete
  3. Iklan sengal namanya ni. Hehehe.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com