Showing posts with label kesan. Show all posts

TANDA TANDA SESEORANG DI ROGOL & MENGANDUNGKAN ANAK JIN

TANDA TANDA SESEORANG DI ROGOL & MENGANDUNGKAN ANAK JIN. Boleh ke wanita di rogol & mengandungkan anak jin ni? Ye ke ni... Boleh percaya ke? Ni mesti kes terlampau taksub dengan benda benda tahyul. Almaklum la orang melayu katanya.. Percaya sangat dengan benda - benda mistik. Tapi kalau hangpa orang Islam wajib percaya kepada perkara ghaib. Antara perkara ghaib adalah kewujudan makhluk bernama Jin ni. Jin bukan malaikat yang tiada nafsu.. So, tak payah pelik jika jin bernafsu dengan manusia seterusnya melakukan hubungan intim dengan manusia.


Bolehkah jin merogol manusia? Apa pulak tak boleh.. Kalau jin boleh berkahwin dengan manusia, apa alasan dia tak boleh merogol manusia kan? Kes - kes di rogol jin ni bukan perkara baru berlaku cuma dalam bidang sains perubatan memang tak ada bukti. Kena merujuk kepada rawatan berbentuk spiritual jugak. Kalau orang islam kena cari la kaedah rawatan Islam supaya tidak berlaku perkara2 syirik & khurafat semasa rawatan. Kalau spesis perawat nak telur ayam pulut kuning bagai.. Jangan percaya. Rawatan Islam selalunya tak guna semua benda tu ok!

Dirogol jin ni bukan spesis jin belaan macam hantu raya jer.. Boleh juga berlaku dari spesis jin lain termasuk Jin Islam. Jin pun macam manusia even Islam bukan semua baik. Ada juga perangai macam setan.. Sebab depa makhluk yang bernafsu macam manusia.. Tengok perempuan2 dari spesis manusia ni tetiba jadi naik nafsu tak mustahil boleh berlaku perbuatan rogol cuma kau nak pi buat report di rogol jin memang report kau tak di terima la.

Mereka yang berisiko kena rogol dengan jin ni adalah mereka mereka yang suka tidur dalam keadaan..

1. Suka tidur keadaan seksi. Baju tidur yang macam kain langsir tu jangan pakai kalau taknak berisiko kena rogol dengan jin.
2. Suka tidor terkangkang
3. Tidur seorang diri
4. Tidur dengan tapak tangan tebuka
5. Suka Tidur dalam keadaan telentang.

Oleh sebab itu Nabi SAW “melarang wanita tidur dalam keadaan telentang dan lelaki tidur dalam keadaan meniarap” ,Sunnah Nabi SAW sendiri mengajar agar kita tidr secara mengiring dengan mengepit kaki.

Apa tanda tanda seseorang tu di rogol jin? Pada peringkat awal inilah tanda tandanya...

1. Semasa Tidur terasa seperti dihimpit lembaga
2. Terasa seperti ada sesuatu berbaring atau tidur disebelah
3. Ternampak kelibat lembaga

Bagaimana mengesan samada seseorang di rogol jin..

1. Bangun tidur badan rasa letih
2. Ada kesan lebam di peha atau celah peha
3. Dengar seperti ada sesuatu sedang main guli
4. Mendengar seseorang berbisik di telinga
5. Ada kesan di kaki seperti corak batik

Biasanya berlaku kepada wanita yang berumur 26 - 30 tahun & wanita yang bekerjaya yang jarang memikirkan soal kahwin. Jadi pada wanita di luar sana cepat2 la merancang cari jodoh yer sebelum jadi mangsa rogol jin hehehehe

Pada permulaan mungkin seseorang itu cuba menghalang dari di rogol tapi bila berlaku kes rogol macam ni lama kelamaan, Pada peringkat akhir.. mangsa akan membiarkan perlakuan tu bila rasa tidak mampu melawan.. Pada masa tu la mangsa akan mula rasa..

1. Khayal dan nikmat
2. Tidak ada nafsu ingin bercumbuan dan bersetubuh
3. Rasa tidak mahu berkahwin
4. Klimaks atau basah dgn mencapai nikmat jimak
5. ada kes tertentu wanita merasakan mengandung dan melahirkan anak dalam mimpi serta menyusukan babi atau dipanggil SAKA yg diturunkan dari anak Jin itu.
6. Ada juga kes anak yang dikandung itu hilang bila kandungan mencecah 9 bulan. Tanpa diduga. Menurut Dr Haron Din antara lain kemungkinan besar benih jin itu lebih besar dr benih manusia dan menyebabkan jin itu mengambil anaknya.

Tanda tanda wanita mengandung anak jin.

1. Emosi tidak stabil
2. Panas baran
3. Sering bersendirian dan takut dengan orang.
4. Sering bermimpi berjimak
5. tidak memikirkan tentang jodoh
6. perut buncit seperti orang mengandung tapi bila cukup bulan bayi hilang dalam kandungan

Jadi kalau isteri atau ahli keluarga anda ada mengalami simtom2 tersebut segeralah merujuk kepada pengamal perubatan Islam. Jangan biar benda tu jadi semakin teruk.. Mungkin susah nak di ubati atau menghalang perlakuan terkutuk jin tersebut.

Moral of the story.. perbanyakkan ibadat & sentiasa mengamalkan ayat ayat suci al Quran sebagai pendinding Insya Allah dapat mengelakkan dari gangguan jin.

BERAT BADAN MENURUN SELEPAS 2 MINGGU BERHENTI PIL PERANCANG

BERAT BADAN MENURUN SELEPAS 2 MINGGU BERHENTI PIL PERANCANG. Aku ada baca jugak pil perancangan (planning pills) ni boleh menyebabkan berat badan naik dengan jayanya. Tapi mengikut pengalaman mak aku dulu katanya bila dia ambil pil perancangan berat dia jadi terlalu susut.. so, dia tak meneruskan pil perancangan biar je beranak setiap tahun sampai 7 orang lepas tu terus ikat lepas lahir anak ke 7. Tu pengalaman mak aku sendiri..


Aku.. yup pengamal pil perancangan sejak kelahiaran anak. Anak aku sorang je & aku takde planning nak tambah rakyat malaysia lagi buat masa ni. Sebabnya.. perlu ke aku nak bagitau. Apapun sebab cukup korang tahu aku ada alasan aku tersendiri kenapa & mengapa.. Selama mengamalkan planning pills ni.. Memang perasan berat badan tu naik jugak la walau tak sampai tahap gemuk atau obesiti. Paling berat selepas ada anak.. adalah 45kg. Memang serius chubby sungguh aku time tu. Sebab tinggi aku cuma 140 & berat ideal aku sepatutnya 38 -39kg. Sekarang berat aku 40kg. Tu last aku timbang la..

Tapi terasa jugak la baju seluar longgar sejak akhir akhir ni.. Dok terfikir jugak kenapa tetiba macam mengurus je ni.. Diet tu tidak tapi aku biasa makan tak ikut time. Dulu pun sama, gemuk jugak. Bila teringat je la aku dah skip planning pills dekat 2 minggu sebab lupa nak topup stok habis. Di tambah sejak mertua sakit.. ni banyak perkara jadi lupa nak buat. Suami pun sibuk dengan kerja.. sibuk uruskan hal mak dia.. kadang2 pesan pun dia terlupa, Tak salahkan dia la.. sebab time ni memang nampak dia sangat sibuk nak uruskan semua perkara. Nak skip kerja selalu kang terbantut pulak ekonomi kami ni.. Jadi terpaksa jugak la suami aku bahagikan masa dia yang memang nampak sangat tak cukup tu demi tanggungjawab dia pada mak dia & pada anak & isteri. terima kasih suami hehehehe

Di sebabkan tu.. aku secara tak sengaja stop la planning pills sebab dah skip lebih 2 minggu so kalau nak continue kena tunggu next period.. Secara tak pulak badan semakin mengecil. Hahaha.. ok la tu kira niat nak kurus tetiba je dia bagi kurus tanpa diet. Tapi hope tak kurus sampai tahap jerangkung la hahaha.. Kang sedih pulak tengok diri sendiri.

Tu pengalaman aku la.. bukan merujuk dengan mana2 doktor. Aku agak je la sebab skip ambil planning pills berat pun turun sebab biasanya kita sedia maklum kan.. kesan pengambilan planning pills ni adalah pertambahan berat badan. Sebab ramai orang merancang secara semulajadi.

Moral of the story.. Tak kisah korang nak pilih plan secara semulajadi atau dengan ubat. hak masing masing la kan.. Tak perlu nak kondem. Apapun yang kita pilih ada risiko cuma kurang atau lebih je risiko. hehehehe

KULIT BERJERAWAT TERUK AKIBAT GUNA PRODUK BERMERKURI BOLEH CUBA RAWAT DENGAN PRODUK NI

KULIT BERJERAWAT TERUK AKIBAT GUNA PRODUK BERMERKURI BOLEH CUBA RAWAT DENGAN PRODUK NI. Sekarang tengah hot pasal isu local produk yang katanya ada mercury & chemical yang banyak sehingga menyebabkan ada di antara pengguna produk ni mengalami masalah kulit wajah yang serius.. Bukan setakat berjerawat.. siap jerawat bernanah lagi. Selain katanya menyebabkan jerawat selepas stop pakai produk tu lepas seminggu.. ada juga yang kata kulit timbul bintik2 putih di muka..Tak tau adakah betul produk ni banyak mercury & chemical kena tunggu penjelasan dari pengasas produk tu la. Nak tahu jugak kat mana dia buat ujikaji produk dia. kalau dia kata produk dia selamat bebas chemical & mercury kan. Mesti kena ada satu pihak yang mengesahkan tentang tu.. So tunggu je sebab benda ni pun mula jadi viral.


Bila baca ramai yang terkesan pada local produk tu.. Ada yang tengah guna & nak stop tapi takut menerima kesan yang sama.. Jadi kat sini aku nak share satu produk berasaskan bahan semulajadi. Natural produk jugak la tapi tidak la mahal sangat.. Produk ni senang korang boleh beli kat mana2 farmasi, guardian,watson atau kalau kat tempat korang susah nak jumpa watson & guardian ni boleh je beli melalui website lazada. Sebab Guardian ada jual barang kat website lazada. Kat pasaraya setakat ni tak jumpa pulak ada jual. Sebab produk memang aku guna jadi aku berani la nak rekemen. Selama aku guna memang tak bagi apa2 pun kesan buruk walau kadang2 aku stop bila aku curang dengan produk2 lain. On off guna pun dia menyumpah muka korang jadi bukan bukan jangan risau. hehehehe

Ada yang masih tak tau tentang produk Garden Of Eden. Bukan produk baru yer.. dah lama ada kat pasaran. Pengalaman aku sebelum ni la.. Bukan tak pernah tersalah guna produk. Malah dulu aku juga salah seorang pengguna tegar local skincare dulu. Banyak jugak jenama aku try tapi masa tu sangat jahil tentang produk skincare. Normally produk yang aku guna cream dia memang melekit. Tu salah satu ciri2 produk yang ada mercury. Bila pakai tu elok la.. Bila stop jerawat meriah berpesta muda mudi kat muka. Tapi time tu dok rasa kulit aku ni jenis memang mudah berjerawat tak fikir pasal kesan daripada produk yang ada mercury. Yelah time tu mercury pun tak tau apa benda hahahaha.

Bila terjebak dalam dunia blog kadang2 perlu review produk skincare ni. Ada produk yang tak sesuai dengan kulit atau terlampau mengejut tukar produk akan effect jugak kat kulit. Bila berlaku macam tu selalunya untuk merehat & menaturalkan balik kulit yang terkesan akibat penggunaan produk yang tak sesuai atau produk tu mungkin mengandungi mercury atau chemical yang berlebihan.. aku akan guna Garden Of eden Rosa T Mild Cleanser. Harga dia antara RM18 - RM21 untuk 100ml. Harga memang tak tetap. Lain tempat lain harga. Cleanser dia memang berbau natural takde bau wangi ke masam ke hapa. Dalam seminggu guna kalau ada keradangan kulit macam jadi merah2 ke hapa.. dia akan reda. Kalau jerawat.. jerawat akan mula kecut & kering.

Garden Of Eden Rosa T Mild Cleanser. Ni memang sentiasa ada stok. Walau aku guna produk lain yang ni tetap aku simpan jugak. Untuk mengelakkan berlaku masalah jerawat kalau tersalah pakai apa2 produk

Aku pernah mengalami masalah jerawat yang serius jadi aku pernah guna Tripple Action Acne serum garden of eden. Masa tu aku beli harga dalam RM31++ untuk 5ml. Aku pakai 2 botol serum dalam tempoh sebulan memang masalah jerawat tu berjaya di selesaikan.
Garden Of Eden Rosa T Tripple Action Acne Serum

Atau boleh guna bersama Garden Of Eden Acne Gel.. Yang ni selalu aku stanby kat rumah. Yelah.. kadang2 tumbuh jugak sebiji dua jerawat merenyam time2 bulan nak mengambang. Almaklum la perempuan kan.. Jadi kalau ada jerawat singgah.. aku sapu je. nanti di kecut la.

Garden Of Eden Rosa T Acne Gel

Produk Garden of eden ni kalau kau nak harap muka kau jadi glowing, flawless atau gebu macam Emma Maembong tu mungkin tidak la untuk set jerawat. Dia memang semata mata merawat jerawat tapi sangat berkesan. Cuma bila guna Rosa T Mild Cleanser tu aku nasihatkan guna juga apa2 pelembab sebab bila nak rawat jerawat ni dia akan keringkan sikit kulit sebab nak keringkan & kecutkan jerawat tu. Tapi tahap kering dia tu tak sampai la mengelupas cuma kita boleh rasa kulit kita kering sedikit. Tapi kalau guna dengan Acne & scar serum tu.. Dia akan melembabkan kulit sebab serum dia macam minyak pati tumbuh tumbuhan. Tapi sekarang tengok dah ada Satin White cream tu mungkin membantu mengimbangi kekeringan kulit la kot.  Sebab aku belum pernah try yang satin white cream tu tak tau la effect dia macam mana.Kulit jadi licin macam kain satin ke hapa.. Try la hangpa guna nanti bagitau aku. hehehehe. Aku cuma share yang aku pernah guna la..

Produk Garden Of Eden Untuk Set Jerawat

Produk Garden Of eden sebenarnya ada banyak set bukan untuk jerawat jer.. untuk pigmentasi pun ada. Cuma rasanya dia tak jual dalam bentuk set dia jual single2 macam tu. Tak tau la kot2 hangpa pi cari jumpa dia jual set macam kat dalam gambar tu kan. Tapi setakat ni yang aku jumpa semua jual single je. Tapi untuk apa2 masalah kulit kat packaging dia tu dia akan mention untuk kegunaan apa. Atau korang nak survey tentang produk ni boleh tengok kat Facebook Garden Of Eden.

Garden of eden adalah produk berasaskan ektrak tumbuh tumbuhan. Memang bebas chemical. Kesan dia bukan macam produk yang ada mercury.. 3 hari boleh nampak kulit gebu, jerawat hilang bagai. Semestinya tidak begitu cepat. Dia merawat perlahan lahan.. selepas seminggu tu kalau masalah jerawat.. jerawat akan stop & mula kering/mengejut sikit demi sedikit. Tapi antara produk yang berkesan aku cuba untuk masalah jerawat. Jadi guna produk2 natural macam ni memang kena sabar & istiqomah yer. Tapi jangan risau Insya Allah.. dapat membantu masalah jerawat yang berbunga mekar di wajah masing masing.

Kesimpulannya.. semua orang nak kulit cantik macam gambar guna applikasi kamera 360 tu.. Takde sapa nak kulit muka macam kawah bulan atau macam kodok.. Tapi dalam mengejar kecantikkan tu please jangan jadi obses nak cantik dalam kadar segera. Bila kulit kita ada masalah kalau merawat cara selamat memang ambil masa untuk nampak hasil. Kalau boleh dapat kesan yang terlalu cepat mungkin anda perlu meragui sesuatu produk tu. Mungkin sedikit siasatan perlu di lakukan. Nak cantik tu kekal berpanjangan memang kena cari produk yang tidak mengandungi bahan kimia & mercury. Yup.. Natural produk adalah salah satu pilihan yang selamat.

TANDA BAYI,KANAK KANAK & WANITA HAMIL YANG TERKENA GANGGUAN JIN UMMU SIBYAN

TANDA BAYI,KANAK KANAK & WANITA HAMIL YANG TERKENA GANGGUAN JIN UMMU SIBYAN. Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar nama Ummu Sibyan ni. Sebagai pengenalan siapa Ummu Sibyan ni.. ia berasal dari kaum jin Betina (erkk.. jin orang tak panggil perempuan kan?) yang suka menganggu bayi (kanak kanak yang berusia di bawah 2 tahun) dan juga wanita yang mengandung (hamil). Sebab tu la Islam menyuruh kita mengazankan bayi yang baru di lahirkan agar bayi tersebut tidak di ganggu oleh jin spesis ni.


Jin Ummu Sibyan ni di gambarkan memiliki muka yang ngeri dengan mata yang besar & berjalan atas dinding macam cicak. Spiderwoman rupanya Jin Ummu Sibyan ni. hehehehe. Dia juga mampu mengikat atau menyumbat rahim wanita supaya tidak boleh mengandung & boleh membunuh janin yang masih dalam kandungan. OO.. ada skill doktor jugak rupanya.hikhikhik

Jin Ummu Sibyan memiliki muka yang mengerikan dengan mata yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak,Ummu Sibyan juga boleh mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.
Seperti yang di ceritakan dalam kisah “Jin Ummu Shibyan Dengan Nabi Sulaiman”,jin ini berkata ia bisa memasuki dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum itu tidak mengandung. 

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil, di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar jin ini akan menendanggnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.

Tanda - tanda bayi atau kanak kanak yang terkena gangguan Ummu Sibyan ni adalah

1. Bayi menangis dengan kuat sambil matanya memandang ke atas atau satu sudut tertentu.
2. Kanak kanak berjalan seperti hendak jatuh (bagai ada sesuatu yang menolaknya)
3. Mengigau sambil mengetip gigi berulang kali
4. Demam panas hanya selepas Asar & sebelum subuh (Yang ni pernah berlaku kat anak aku masa terkena gangguan dulu)

Kesan dari gangguan tersebut akan menyebabkan seorang bayi atau kanak kanak tersebut mengalami..

1. Sawan Tangis
2. Autisme, hyperactive
3. Nakal yang diluar kawalan
4. Terencat Akal
5. Pelbagai kompilasi Otak

Tanda tanda wanita mengandung yang terkena gangguan Jin Ummu Sibyan ni pula adalah..

1. Rasa sesak di bahagian dada terutama selepas waktu Asar & mungkin berlarutan sehingga tengah malam
2. Fikiran jadi kusut & bercelaru
3. Sakit bahagian tulang belakang
4. Mengigau ketika tidur
5. Bermimpi perkara yang menakutkan

Cara mengelak dari terkena Gangguan Jin Ummu Sibyan ni adalah..

1. Tutup pintu & tingkap bila dah maghrib (Benda ni rasanya di ajar mak bapak kita dari kecik)
2. Jangan angkat pakaian yang dah semalaman berada di luar rumah (Ni kes kadang2 baju tak kering & tak hujan so dia biar la jemuran dia sehari semalam kat luar)

Kaedah rawatan pada bayi yang terkena gangguan Ummu Sibyan ni adalah..

Baringkan bayi dengan cara meniarap & jangan biarkan dia melihat kearah yang dia lihat ketika menangis. Baca ayat Qursi & 3 Qul kemudian tiup pada ubun ubun sampai bayi berhenti menangis. Halaulah makhluk itu (jin) dengan bahasa yang kita guna seharian.. kalau kau melayu yang masih menggunakan bahasa melayu maka buat la ayat menghalau tu dalam bahasa melayu.. contoh ayat..  Wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku. InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi. Spesis Jin tak berapa degil sangat la kan. hehehehe

Bagi wanita mengandung yang terkena gangguan Ummu Sibyan pulak..

Bacakan doa doa yang menghindari syaitan termasuk doa mengelak dari sihir seperti surah al Fatihah, ayat Qursi, surah al Baqarah, Surah Ali-Imran dan Surah Al-Mu'awwizat pada satu sudu madu asli & kurma & di makan setiap hari sebelum mengambil sarapan. Boleh jugak di bacakan pada minyak zaitun untuk di sapukan di bahagian dada, dahi & tulang belikat sebelum tidur.

Semoga dengan perkongsian kecil dari hasil pembacaan saya ni dapat membantu sedikit sebanyakkan untuk orang lain mengelak atau merawat gangguan Ummu Sibyan ni.

SEBELUM MENJELANG 2017 JOM DELETE BROKEN LINK DI BLOG

SEBELUM MENJELANG 2017 JOM DELETE BROKEN LINKS DI BLOG. Aku serius memang rajin menghapdet blog. Satu hari paling2 dua ke tiga entri aku up. Tapi sangat la terhad ilmu aku pasal berblog ni.. Nak2 lagi bab nak jaga maintenance blog katanya. Ternampak post dari blogger lain pasal broken link.. Rasanya dulu aku dah pernah cuba buat tapi sebab kekurangan fahaman dalam bab tu maka aku biarkan ia berlalu. Sebab rasa benda penting untuk menaikkan prestasi blog di carian google maka untuk kali ni aku rajin sikit la nak buat.

Sebagai pengenalan apa itu broken links & kenapa anda perlu membuangnya dari blog anda. Broken Link adalah pautan rosak yang terdapat di dalam blog anda. Broken bermaksud mati, rosak, pecah dan link pula bermaksud pautan, tautan, jaringan, laluan. Pasti ada banyak link rosak ini berada di dalam blog anda dan ini akan menjejaskan SEO di blog anda. Biasanya kita jumpa dengan link ini dengan mendapat masej seperti berikut "Page Not Found", "Error 404 Not Found". Kalau dalam istilah bahasa Melayu ialah sejenis pautan yang rosak "Ralat", "404-Halaman Tidak Dijumpai".

Dari tutorial blogger lain maka aku pun check la berapa broken link yang ada dalam blog aku.. Kebanyakkan backlink ke blog atau website lain termasuk link link iklan 8share yang dah lama. Walaupun beratus istiqomah jugak aku buat pelan pelan.. Memang takkan mampu habis untuk 1 hari ni at least berkurang sikit. Takpe la aku akan delete dari masa ke semasa sampai habis bila ada masa terluang. Jadi bagi blogger lain yang nak delete broken links kat blog korang tapi tak reti meh la sini nak bagi tutorial sikit..

1. Mula2 korang kena ke clik website ni dulu --> http://www.brokenlinkcheck.com/

2. lepas tu masukkan url blog anda kat kotak ni. Rujuk gambarajah di bawah


3. lepas korang dan masukkan url blog korang clik find broken links button tu dia akan keluar macam ni...


4. Masukkan security code & clik Find broken links now. Lepas tu dia akan scan semua broken links di blog korang & akan keluar paparan macam ni..


5. Cara nak delete broken links tu ada clik pada link src & dia akan keluar paparan coding yang yang highlight dengan backgroun warna pink. (Rujuk gambarajah pertama). Kalau nak tahu kat mana entri yang mempunyai broken links tu cuma clik pada url. Dia akan keluar entri yang mempunyai broken link. Atau  korang boleh je search tajuk entri di ruangan post kat blog. Cuma cari broken link tersebut & buang saja. Boleh rujuk gambarajah di bawah.

Contoh broken links yang ada dalam entri aku. Cuma perlu remove sahaja

Nak cari broken links tu memang tak susah tapi nak delete satu persatu broken links yang beratus macam aku ni sebenarnya tak mudah. hahahahaa

Moral of the story... Rajin2 la check broken links kat blog korang. Jangan setahun sekali nak buat jenuh nak delete beratus broken links macam aku hahahaha.

WALAU DI ANGGAP TIDAK KENAL HURUF TAPI DAH BOLEH TULIS NAMA SENDIRI SELEPAS AMALKAN ESSENTIAL OIL

WALAU DI ANGGAP TIDAK KENAL HURUF TAPI DAH BOLEH TULIS NAMA SENDIRI SELEPAS AMALKAN ESSENTIAL OIL. Seronok tau bila boleh tengok progress anak yang nampak semakin laju bila kita amalkan sesuatu produk. Tak sabar nak share dengan orang lain supaya orang yang memerlukan sama sama dapat manafaat & kebaikkan. Sebab aku percaya dengan berkongsi kebaikkan dengan orang lain, kita akan sama2 mendapat kebaikkan tu. So, tak payah kedekut sangat kan..

Comel kan tulisan shahila bila menulis hahahaha

Dah masuk bulan kedua shahila amalkan pengambilan produk Young Living Essential Oil untuk focus blend. Kesan dia pada shahila boleh nampak seawal 3 hari. Nanti korang boleh baca entri sebelum ni yang aku share pasal perkembangan shahila selepas guna essential oil, focus blend ni. Seperti semua sedia maklum shahila ada masalah dalam perkembangannya.. Sebab kekurangan dia memang tak nampak dengan mata kasar so selalunya orang nampak dia macam budak2 normal yang lain. Kena mendekati & mengenali dia.. Baru akan nampak kekurangan dia tu. Baru2 ni shahila di refer ke pakar psychologist kanak kanak untuk membuat IQ test & dignosis. Malangnya shahila kurang bagi kerjasama sebab masalah low attention (Kurang Tumpuan) & Speech Delay (Lambat bercakap). Walaupun shahila dah masuk kategori Verbal (boleh bercakap) tapi masih dalam level speech delay. Sebab komunikasi dia masih di tahap kanak kanak 3 tahun setengah macam tu menurut doktor.

Dalam laporan review & IQ test tu ada perkara aku tak puas hati dalam laporan di keluarkan di mana tertulis shahila masih tidak mengenal beberapa huruf, nombor & bentuk.. sedangkan test yang di buat keatas shahila cuma memadankan gambar jer. Macam mana seorang pakar boleh menulis laporan macam tu tanpa ujian. Sedangkan shahila kenal huruf, nombor & bentuk sejak umur 3 tahun setengah. Mustahil dia boleh menulis ejaan perkataan yang aku sebut kalau dia tak kenal huruf. Mustahil dia boleh membaca 1 - 100 kalau dia tak kenal nombor. Kadang2 dia membentuk nombor2 sendiri guna magnet nombor kat peti ais. Walau bukan dalam susunan yang betul dia boleh baca semua nombor yang aku tanya dengan betul. Dia tidak menghafal seperti yang doktor sangka tapi aku tahu shahila kenal semua number & huruf. Takpe aku just ignore semua yang aku rasa tidak tepat berkaitan shahila sebab aku lebih tahu tentang anak aku berbanding orang lain yang tak bersama dia hari hari. Dalam perjumpaan yang singkat doktor pun kadang2 boleh buat silap dalam penilaian dia. Aku terus ajar dia kat rumah macam biasa. Takde apa yang buat aku rasa down pun..

Kalau nak tengok banyak lagi aktiviti & perkembangan shahila boleh follow IG : @lalalekatlekit kat sini susah nak upload video2 dia belajar.

Sekarang shahila dah semakin boleh menulis & mengeja banyak perkataan.. Sebelum ni pun dia dah tahu membaca sikit sikit tapi bila kita suruh tulis apa2 perkataan memang susah even nak ajar tulis nama sendiri pun cukup payah dia nak bagi kerjasama. Bagi dia menulis perkataan tu perlu ambil masa yang lama berbanding menulis huruf macam ABC... Kalau membaca tu dia nak juga sebab hanya perlu tengok & sebut je kot. Tu pun tak lama sekejab sekejab je. Bukan tak reti tapi dia tak boleh fokus pada sesuatu perkara dalam jangkamasa yang lama. Baru2 ni dia bagi kejutan..dia menulis sendiri nama dia. Ya Allah.. Dalam usia 5 tahun dengan masalah yang dia ada.. Dia berjaya menulis nama sendiri & beberapa perkataan yang lain. Alhamdulillah.. Tumpuan dia pun semakin baik bila dia boleh menulis lebih dari 12 perkataan dalam 1 masa. Melukis pun dah semakin nampak dia pandai menggunakan imaginasi. Kalau dulu awal tahun serius hanya menconteng memang tak ada nampak gambaran apa2 pun dalam lukisan dia. Alhamdulillah selepas lebih dari sebulan amalkan Essential Oil Focus Blend banyak sangat perkembangan positif yang dia tunjuk. Salah satu dulu dia memang tak reti guna konsep melukis & mewarna. Baru2 ni aku nampak dia melukis kemudian dia mewarna lukisan dia sendiri berbanding sebelum ni dia kalau lukis just lukis je la.. Kalau mewarna dia akan mewarna pada lukisan yang dah di cetak pada buku atau kertas. Sekarang dia boleh melukis & mewarna lukisan dia dengan guna pelbagai warna sebab dulu kalau dia mewarna dia just guna satu warna je. Lagi satu dia boleh focus 2 perkara dalam 1 masa.. Sambil tengok Tv sambil dia melukis & mewarna. Fokus dia pun dah semakin lama & baik berbanding dulu. Alhamdulillah.. Tu antara perkembangan yang baik untuk persediaan dia ke tadika tahun depan. Hope dia boleh duduk & belajar macam budak2 lain nanti.

Video yang sempat aku record masa shahila menulis nama dia sendiri

Untuk masalah Behavior (kelakuan) pun nampak perubahan yang banyak. Kanak kanak yang ada masalah attention memang sukar duduk statik di sesuatu tempat dalam tempoh yang lama.. Dia akan nak sentiasa bergerak setiap 5 - 10 minit. Nak2 kat tempat yang dia rasa boring. Baru2 ni ada bawa dia pergi planetarium negara.. So kali kedua shahila kami bawa masuk tengok teater kat planetarium tu.. Memang shahila nampak tak berminat sangat nak tengok tentang angkasa lepas. Dengan sound effect yang kadang2 buat dia rasa seram tu.. lagi la dia tak nak tengok. Tapi yang bagusnya dia tetap duduk diam & tak bising atau mengamuk sampai habis tayangan. Yang best habis je tayangan terus dia cakap.. 'Dah habs". Macam nak bagitau lega sangat bila dah habis. hehehehe. Kalau dulu confirm dia dah nak bangun & bergerak atau mengamuk nak keluar. Alhamdulillah.. Dia dah boleh behave kat tempat2 yang memerlukan dia duduk diam dalam tempoh yang lebih dari 30 minit.

Dari segi komunikasi Alhamdulillah semakin banyak dari masa ke semasa selain echolalia. Dia dah pandai menggunakan ayat untuk bercakap pada situasi yang betul.Dia nak cakap apa2 sekarang ni dia dah boleh bagitau dengan cara komunikasi dua hala. Insya Allah.. Akan berkembang lebih baik dari masa ke semasa.

Selain tu dia lebih dengar kata la & kurang tantrum bila dia tak dapat sesuatu. Kalau dulu, pantang kena reject permintaan dia confirm mengamuk walau tantrum dia tak lama.. Kalau kat rumah ni aku bagi arahan apa2 pun banyak dia boleh buat dah. Walaupun doktor anggap dia menghafal rutin bukan memahami arahan tapi aku sentiasa test dia dengan task2 baru.. Benda2 yang mungkin aku tak pernah minta dia buat & aku akan tiba2 suruh dia buat. Yup banyak jugak dia faham & tahu buat. Bagi aku doktor berpendapat macam tu sebab shahila susah nak bagi kerjasama setiap kali appointment dia dengan doktor.. Kadang2 dia malu.. kadang2 memang faktor masa. dia dah letih, mengantuk.. Yelah.. kalau appointment kat hospital tu dari pagi sampai pukul 1 - 2 baru dapat turn jumpa doktor. Time tu dia memang kadang2 dah mengantuk.. So, dia dah taknak bagi kerjasama untuk apa2 aktiviti dah dengan doktor.

Lagi satu.. Shahila sekarang suka selfie ok! Normally budak yang ada masalah low attention ni memang susah nak tengok camera ambil gambar, tapi shahila ni sekarang kalau nampak je aku atau bapak dia nak selfie.. time tu la dia nak posse jugak. Dia pun pandai dah buat posse ok! Lagipun shahila punya eye contact memang dah ok berbanding masa umur dia 2 - 3 tahun dulu. Takde masalah respond bila di panggil. Cuma selepas amalkan essential oil, focus blend ni dia banyak tunjuk ciri2 yang biasa ada pada kanak kanak tipikal. Yang paling penting sangat suka meniru. Behavior ni maybe ada pada kanak kanak yang masuk usia 2 tahun.. Tapi shahila baru ada dalam usia 5 tahun. Aku ni kan suka makeup jadi anak aku pun pantang jumpa makeup jugak la.. Kalau masak.. pun dia nak join buat apa yang kita buat. Shahila tak ada sangat sikap yang suka berada dalam dunianya sendiri sebab dia lebih suka apa2 aktiviti ada yang join dia bersama. Bermakna kalau dia nak bermain atau belajar dia suka kita participate jugak. Kalau dulu dia suka menyanyi jer.. Sekarang dia dah boleh ikut step tarian dari lagu kanak kanak yang dia tengok. Tu pun satu perkembangan yang baik juga bagi aku.

So, far.. Shahila nampak semakin baik perkembangan dia tak kira dari segi pelajaran & kelakuan dia selepas aku amalkan secara consistent essential oil, focus blend ni. Sebab dalam flavor essential oil yang di gunakan untuk focus blend memang ada khasiat2 yang membantu kanak2 lebih focus, lebih tenang & boleh meransang perkembangan pertuturan bagi anak2 yang speech delay.. Juga sesuai untuk kanak kanak yang ada masalah hyperactive. Bila kanak - kanak lebih tenang dia akan lebih focus apa saja yang  diajar & dia boleh ikut. Untuk Perkembangan otak shahila pun aku nampak sangat membantu sebab nampak dia lebih cepat belajar walau sekali je aku ajar. So, tak kira la anda ada anak yang normal atau ada masalah autisme, disleksia, hyperactive, slow learner atau apa2.. Boleh cuba produk young living essential oil ni. Salah satu ikhtiar selebihnya tetap kena usaha, doa & tawakal. Yang Maha memberi kesembuhan adalah Allah SWT.

Essential oil,Focus Blend

Kalau berminat nak cuba untuk anak anak anda boleh hubungi :

Puan Shareena Shaifudeen : 013-3993407
Facebook : Shareena Shaifudeen

SINDROM WILLIAM JARANG DI DENGAR & SUKAR DI KESAN PADA PERINGKAT BAYI & KANAK KANAK

SINDROM WILLIAM JARANG DI DENGAR & SUKAR DI KESAN PADA PERINGKAT BAYI & KANAK KANAK. Normally yang biasa kita dengar sindrom down & aku yakin ada antara kita yang tidak pernah dengar pasal sindrom william ni. Walaupun sindrom William ni tak ada kena mengena dengan anak aku. Anak aku setakat ni cuma di letak bawah kategori speech delay + low attention (Add).. Tetap aku rasa tertarik nak ambil tahu bila ada seorang ahli kat group autisme bagitau anak dia salah seorang pengidap Sindrom william. Aku sendiri rasanya baru pertama kali dengar. Agak menarik jugak sebab aku rasa satu ilmu baru yang tak salah aku nak ambil tahu.


Dari apa yang aku google ciri2 sindrom william ni memang sukar di kesan oleh orang biasa mahupun doktor kecuali pakar genetik & jantung. Sebab setiap pengidapnya mempunyai ciri2 yang berbeza & tidak ada ciri khusus yang boleh mengesahkan seorang bayi atau kanak kanak tersebut mengidap sindrom william ni. Kanak-kanak Sindrom William ni kelihatan normal, sangat peramah serta ceria. Tapi ciri yang boleh di kesan adalah bila ada masalah jantung, saluran injap yang sempit, masalah saluran usus serta memiliki bentuk wajah yang unik.

Sindrom ni berpunca dari masalah genetik yang bukan berpunca dari ibu bapa.Ia berpunca apabila berlaku secebis bahagian pada kromosom nombor 7 telah hilang. Kromosom nombor 7 adalah kilang untuk memproses protein bagi menghasilkan elastin yang berfungsi membesarkan salur-salur darah, kulit dan rongga mengikut usia bermula dari dalam kandungan. Kehilangan sebahagian cebisan ini menyebabkan 70 hingga 80% penghidap Sindrom Williams berhadapan dengan masalah jantung.

Setiap manusia mempunyai 46 kromosom atau 23 pasang yang menyimpan 30,000 gen. Apabila terdapat sedikit kecacatan pada kromosom itu, ia akan membentuk pelbagai komplikasi dalam tubuh   Untuk mengesan pengidap sindrom william ni di peringkat awal memang agak susah sebab dia tak ada ciri2 khusus macam sindrom down.

Jika tidak diagnosis lebih awal, Sindrom Williams boleh mengancam nyawa kerana komplikasi yang dihadapi, terutamanya membabitkan jantung. Sekiranya doktor mendapat maklumat awal yang lengkap, Sindrom Williams boleh didiagnosis pada peringkat awal dengan menjalankan beberapa ujian khusus terutama yang membabitkan masalah jantung.


Perkembangan otak untuk bayi & kanak2 sindrom williams ni jugak agak lambat. Kira tak sama la perkembangan dia dengan kanak kanak normal. Ia akan memberi kesan pada perkembangan & pembelajaran mereka. Mungkin akan hadapi sedikit masalah sebab mereka pun bukan kategori kanak kanak tipikal atau normal, kan. Tapi kalau dapat di kesan di peringkat awal boleh hantar terapi & di letakkan di sekolah khas untuk mereka belajar berdikari & tidak ketinggalan jauh sangat dari kanak kanak yang normal. Kat situ pun dah menunjukkan dengan terapi Insya Allah dapat membantu mereka berkembang dengan lebih baik. Allah dah kata.. tiada penyakit atau masalah tiada ubat atau jalan penyelesaian kecuali mati. Jadi selagi hidup teruskan berusaha.

Di sebalik kekuranganya masih ada kelebihan pengidap Sindrom Williams ni sebab mereka ni ada keunikkan tersendiri. Antara keunikkan mereka adalah sangat peramah tapi percakapan & pertuturan mereka ni memang susah nak di fahami sikit. Selain tu mereka juga mudah ketawa. Mereka juga di kenali sebagai happy face sebab wajah mereka sentiasa ceria. Dari kajian menunjukkan pengidap sindrom william mempunyai memori pendengaran yang lebih tinggi dari orang normal.

Apapaun.. Macam mana pun seorang anak itu di lahirkan samada normal atau ada kelainan.. Kena cakap kelainan sebab tak semua orang suka di gelar cacat. So, kita sebut la kelainan.. lebih sedap sikit orang dengar ye dak.. Ok sambung balik macam mana pun seorang anak tu di lahirkan samada normal atau ada kelainan.. Ingat itu semua dari Allah & Allah tidak pernah tersilap pencaturan. Apa yang dia bagi pada kita tu.. Itulah yang terbaik. 

8 HAIWAN YANG DI KATAKAN BOLEH MENGESAN KEHADIRAN MAHLUK HALUS

8 HAIWAN YANG DI KATAKAN BOLEH MENGESAN KEHADIRAN MAHLUK HALUS. Dalam masyarakat kita memang ada yang percaya haiwan boleh nampak atau rasa kehadiran makhluk halus atau makhluk ghaib ni. Dari kecik pun rasanya kita biasa dengar orang tua2 kaitkan haiwan dengan kehadiran makhluk halus ni. Jadi kita pun membesar la dengan kepercayaan tu...


Katanya.. Kehadiran makhluk halus jugak boleh di kesan dengan perilaku atau bunyi dari haiwan yang tiba2 mungkin perangai dia jadi pelik & mencurigakan.. atau bunyi dia jadi lain macam yang boleh buat kita rasa seram. Betul tak betul.. Allah maha mengetahui segalanya..

Antara 5 haiwan yang di katakan boleh mengesan kehadiran makhluk halus ni adalah..

1. Burung hantu
mentang2 nama dia burung hantu.. hangpa pun nak kaitkan dia dengan hantu jugak. Tapi burung hantu ni rupa pun agak menyeramkan & dia pun jenis hidup waktu malam jer. Antara kepercayaan yang karut atau mitos ni adalah.. Bila dengar suara burung hantu, harus segera masuk kerumah atau menjauhi tempat burung hantu bertenggek. Kononnya kalau kita tetap berada di tempat yang berdekatan dengan burung hantu akan menerima gangguan dari makhluk halus. Katanya boleh menyebabkan histeria jugak. Menurut orang tua tua.. bila burung hantu berbunyi ia petanda ada makhluk halus disitu.

2. Ayam Jantan
Mitos tentang ayam jantan yang boleh mengesan kehadiran makhluk halus ni adalah.. Katanya kalau ayam jantan ni berkokok di waktu tak sepatutnya macam malam hari tu petanda kehadiran makhluk halus kat situ. Ni kira greeting la kot.. nak menyambut makhluk halus yang datang bertandang hahaha...

3. Anjing
Yang ni ramai orang percaya. Tapi bunyi anjing ni ada macam2 tone tau. Kalau tone dia nampak makhluk halus tu dengar macam sayup sayup jer... Kalau kita dengar pun meremang bulu roma. Kalau setakat dia menyalak macam menyampah tengok muka kita lain bunyinya. Ada mitos yang mengatakan anjing dapat berinteraksi dengan makhluk halus.

4. Burung Gagak
Menurut kepercayaan sesetengah orang kalau burung gagak tiba2 berbunyi riuh berdekatan dengan rumah menandakan ada orang yang meninggal dunia. Selain boleh mengesan kematian, burung gagak jugak dia anggap haiwan yang sial. Sampai hati tau labelkan burung gagak macam tu walau dia agak pengotor. Ada orang percaya kalau burung gagak banyak di kawasan rumah mereka penghuni rumah boleh terkena sihir. Selain tu burung jugak di percayai sesetengah orang menjadi tumpangan atau tunggangan makhluk halus untuk datang mengganggu manusia.

5. Kucing Hitam
Sebagai pencinta kucing.. yang ni paling aku rasa mengarut. Selama dok bela kucing berbagai warna termasuk kucing warna hitam pekat melekat ni memang tak ada pun rasa ia ada kaitan dengan makhluk halus. Tapi kalau di eropah.. kucing hitam di percayai ada kaitan dengan makhluk halus sebab mereka percaya kucing hitam tu jelmaan ahli sihir. Yang biasa kita dengar mitos kalau kucing hitam langkah mayat.. adalah petanda tidak baik. Selain tu kalau kucing hitam mengiau bunyi macam sedih jer.. petanda kehadiran makhluk halus. Ada orang percaya.. setiap langkah kucing hitam tu sebenarnya dia ikut makhluk halus.

6. Cicak
Ada orang kata kalau cicak bunyi tu tempat tu ada la sesuatu yang menumpang atau tinggal terutama rumah la. Ni kira mitos yang agak popular jugak la...

7. Ikan Puyu
Ikan puyu di memang terkenal dalam kepercayaan mitos orang2 melayu. Ada orang percaya selain ikan puyu mampu melindungi rumah dari di masukkan pencuri atau orang yang cuba nak guna ilmu pukau sebab katanya pukau takkan berjaya selagi ada benda hidup di dalam rumah yang masih berjaga. Kalau malam2 ni rasanya bukan ikan puyu je berjaga.. lipas pun banyak suka berjaga malam hahaha. Jadi selamat la kot kalau rumah tak ada ikan puyu tapi banyak lipas. ikan puyu sejenis ikan yang tidak tidur malam. Tapi setakat ni kepercayaan tu masih dalam kategori mitos. 

8. Angsa
Ni samseng paling Otai dalam kampung zaman aku kecik kecik dulu. Dia tak kira kau jahat ke baik ke hantu ke manusia.. semua dia kejar lepas tu dia sudu. Angsa di katakan haiwan yang sangat peka melihat daripada sudut jauh & dapat mengesan kehadiran makhluk halus atau jin khadam seseorang. Tapi macam biasa.. sejauh mana kebenarannya tidak dapat di pastikan.

Itulah 8 haiwan yang di kaitkan dengan makhluk halus bersama kisah kisah mitosnya tersendiri. Info ini sekadar hiburan bukan untuk menjadi kepercayaan. Kalau dah mitos tu bermakna ia tidak ada fakta atau rujukan sahih dari mana2 bagi membuktikan kebenarannya. Apapun tanpa makhluk halus ni kat mana2 pun ada.. cuba check atas kepala. mana tau ada makhlus halus.. petanda atas kepala anda makhluk halus adalah anda sering rasa gatal2 & terasa sesuatu yang sedang merayap di atas kulit kepala anda. hehehehe...

Tapi kalau anda peminat cerita seram.. rasa boring la blog lekatlekit.com ni.. kata blog seram tapi tak seram pun cerita2 dia. Ok ok.. ada lebih seram korang boleh tengok kat sini >> Apabila Pelawat misteri Memasuki kampung yang tenang ini ... satu persatu hilang nyawa << Ada berani? Kalau tak berani tak payah gebang sangat la.. hahahahhaa

ANAK SCHA ALYAHYA & AWAL ASHAARI, LARA ALANA ADA CIRI AUTISME?

ANAK SCHA ALYAHYA & AWAL ASHAARI, LARA ALANA ADA CIRI AUTISME? Tu dia ni kalau mak bapak lara alana baca tajuk entri mati dia sembur aku sampai hangus. Silap haribulan dia viralkan aku tak pasal pasal terpopular aku. Tak pasal2 blog aku terus mencanak juta juta lemon. Takpe la kalau kena viral sebab tajuk entri aku.. bagus tu jugak tu. secara tak sengaja retis mempromosikan blog aku. hahaha


Tapi statement dari tajuk tu anda tanda soal (?) maka ia jadi satu pertanyaan bukan kenyataan. Jadi kat sini bukan aku kata anak depa autisme tapi satu pertanyaan sebab tetiba hari ni banyak pulak menyangkut keywords 'lara Alana Autism'.


Jadi aku pun google celah mana datangnya gosip si comel lara alana ni autisme. Rupanya gosip tu aku dapat detect dari komen2 pembaca blog beautifulnara kat entri pasal Rancangan realiti khas, Lara Oh Lara. Aku tak pernah tengok pun rancangan tu sebab kat astro. aku ni mana mampu langgan astro katanya. hanya mampu langgan streamyx & tengok benda2 ni je kat internet >> 14 Plot secara rawak yang anda boleh tengok di internet & Ia memang di luar jangkaan << Dari komen2 penonton rancangan tu katanya lara nampak ada ciri2 autisme macam kurang eye contact, speech delay & bila dia berjalan nampak macam kurang pandai mengimbang badan. Dalam usia dia sekarang kata mereka masalah tu dah tak patut ada pada seorang kanak kanak.

Sumber Beautifulnara
`

Aku ni ada anak yang ada masalah jugak dalam perkembangan. Masih belum di dignose secara rasmi tapi aku memang suka mencari info. Dari ciri2 yang depa sebut memang ada jugak ciri autisme cuma bukan kita selayaknya nak dignose dia. Sebab ciri2 autisme ni kadang2 setiap budak tu tak sama. Kadang2 ada kanak kanak yang nampak macam ada ciri2 autisme tapi bukan autisme. Tu apa yang doktor anak aku bagitau. Tapi untuk mengenal pasti inilah Antara ciri2 tipikal yang selalu ada pada kanak kanak autisme ..

Lambat Bercakap - Kesukaran berinteraksi (lambat bercakap) merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini.

Tiada eye contact (hubungan mata) - Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil seolah olah macam pekak @ tidak dengar atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial. Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. 

lebih suka bersendiri - Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera. Kanak-kanak ini menganggap manusia sebagai objek dan hanya akan berinteraksi jika didekati dengan cara yang tertentu dan orang yang disukai sahaja

Tidak suka pada perubahan - Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)

Masalah sensory - Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

kurang daya imaginasi - Contoh macam tak pandai bermain olok2 (Pretend Play). Bermain olok2 ni macam main masak - masak konon macam mereka tengah memasak. Selalunya kanak kanak autisme ni kalau main permainan macam kereta mainan.. dia main satu part jer.. contoh kebanyakkan mereka suka pada benda berpusing & bulat macam roda.

Obses kepada sesuatu - Sangat sayang kepada objek seperti kotak, kain..& banyak lagi. Akan marah jika kehilangannya.

Berkelakuan pelik - Meneliti objek dengan cara yang aneh seperti menggigit, mencium, perhati dekat dengan mata dan menjauhkannya, memusing objek atau melihat menembusi sesuatu gambar tanpa melihat gambar tersebut.

Tantrum - Marah amat sangat atau mengamuk dengan jeritan, menangis, menendang, menggigit dan sebagainya samada apabila hilang objek kesayangan, dilarang memakan sesuatu yang disukai, hilang orang yang disayangi atau pun tanpa sebab jugak mereka boleh tantrum.
 
Gangguan pergerakan - Perlakuan terlampau aktif , berlari tanpa letih, berjaga lewat malam, kadangkala bermain dengan gembira dan kadangkala menjerit atau menangis.

Tidak tahu erti bahaya - Mereka akan bermain dengan api, melintas jalan, memanjat bumbung rumah dan lain-lain lagi

echolalia - Menyebut, meniru atau mengulangi perkataan yang sama berulang ulang tanpa memahami maksudnya. Atau bercakap sesuatu yang tidak kena pada situasi

Pergerakan aneh seperti menghantukkan kepala ke dinding, menggoyangkan badan, menepuk tangan, melompat, membuat muka berbagai bentuk, berjengkit, mengembangkan jari di hadapan muka, suka dengan gerakan hayunan, goyangan dan lain-lain lagi.

Secara ringkas ciri2 utama autisme. Sumber Yang Istimewa

Tidak perlu ada semua ciri yang di sebut untuk di sahkan sebagai autisme. Ada dua ciri utama seperti lambat bercakap atau tidak boleh bercakap & tiada eye contact pun berkemungkinan kanak kanak itu adalah autisme. Kadang2 autisme ni dia tak nampak ketara ciri cirinya dalam umur bawah 4 tahun.. lebih2 lagi yang dalam kategori mild. Cuma selalunya ibu bapa mengesan kelainan seorang anak tu bila masuk 4 tahun masih belum pandai bercakap. Tapi autisme boleh di kesan seawal 2 tahun atau setahun pun kalau ciri2 dia ketara dah boleh di kesan. Jadi penting kita pantau perkembangan anak.. Jangan anggap kelainan tu perkara biasa sampai kita terlepas pandang masalah yang ada pada anak anak kita.

Autisme ni sangat unik tau sebab dia bukan penyakit.. ada 3 peringkat autisme several, moderate & mild.. Asperger pun autisme tapi asperger ni dia kategori high functioning dimana ciri autisme dia tak ketara & nampak macam budak normal jugak cuma ada sedikit masalah pergaulan la. Susah ni golongan asperger ni nak berkawan.  Ciri2 dia boleh di hilangkan sehingga seorang yang ada autisme boleh mencapai tahap normal kalau yang kategori mild ni walau autisme tu tetap ada. At least dia boleh menjalani hidup macam manusia normal sebab dah ramai anak anak autisme yang berjaya di pulihkan & mampu hidup macam orang yang normal. Autisme bukan semua kurang upaya cuma kelainan upaya jer. Ramai kot yang mampu sambung belajar sampai ke universiti, berkahwin & bekeluarga. Jadi jangan down sangat la kalau anak anda salah seorang anak autisme. Banyakkan memohon doa, hantar terapi & buat terapi di rumah, Insya Allah.. Akan membantu anak anda berdikari di masa depan nanti.

Kena ingat walaupun anak anda boleh membaca ABC atau nombor tak semestinya ia normal kalau dalam usia sepatutnya dia masih belum boleh berkomunikasi 2 hala. Yer.. ada anak2 yang lambat bercakap tapi normal tapi tak salah kita membuat pemeriksaan awal sebab autisme ni lagi awal di kesan lagi baik sebab kita boleh membantu mereka dengan terapi untuk hilangkan ciri ciri autisme tu.

Ada ramai di kalangan anak anak autisme bijak dalam pelajaran.. ada jugak berbakat dalam seni terutama seni lukis & muzik jadi jangan anggap autisme tiada kelebihan & potensi untuk berjaya. Kebanyakkan anak anak autisme ni sangat tajam ingatan..

Kalaupun Lara Alana salah seorang kanak kanak autisme rasanya mak bapak dia mampu hantar dia ke tempat terbaik untuk sesi terapi untuk hilangkan ciri2 autisme dia tu. Sebab kos terapi ni mahal.. Tapi kalau pasangan selebriti macam scha & awal tu takkan tak mampu. Anak depa pun kecik2 dah kena kerah bekerja.. takkan nak cakap tak mampu kot. hehehe. Tapi aku tak kata pulak si lara ni confirm autisme ok! aku pun sendiri tak tahu sebab aku bukan ikuti sangat perkembangan dia..

Antara selebriti tempatan yang mempunyai anak autisme.. contoh yang semua orang tahu pelakon Zarina Zainuddin & yang orang mungkin tak tahu Edry KRU jugak mempunyai seorang anak lelaki autisme.

Moral of the story.. Memiliki anak istimewa bukan pilihan manusia tapi setiap apa yang Allah beri pada kita adalah yang terbaik. Bukan kerana balasan dosa sesiapa.. tapi mungkin Allah nak bagi lubuk pahala bagi meringankan timbangan dosa yang pernah kita lakukan. Jadi sentiasa bersangka baik dengan Allah.. redha dengan ketentuanNya.

7 MITOS TENTANG PENJAGAAN KULIT WAJAH YANG KITA PERCAYA SELAMA INI

7 MITOS TENTANG PENJAGAAN KULIT WAJAH YANG KITA PERCAYA SELAMA INI. Manusia ni memang suka mencipta mitos. Semua ni berlaku sebab manusia suka buat andaian & anggapan sendiri tanpa mengkaji. Dia rasa apa boleh terima logik akal dia.. maka jadi betul la semua. Lepas tu di kongsikan dengan orang lain..


Macam tu jugak dengan penjagaan kulit wajah. Almaklum muka adalah aset penting pada seorang manusia. Kalau dok ikut panduan yang berunsur mitos ni takut kita tak dapat hasil yang memuaskan malah mungkin memberi kesan buruk pulak pada kulit wajah kita. Benda ni paling di takuti manusia.. Bila muka jadi buruk. Jadi meh sini kita semak apa 7 mitos yang mungkin menjadi amalan & kepercayaan kita selama ni dalam penjagaan kulit wajah..

1. Cukup sekadar membersih muka 2 kali sehari
Memang membersih muka memang sebaiknya di lakukan malam sebelum tidur & waktu pagi selepas bangun tidur. Tapi kalau anda seorang yang aktif bersukan atau bekerja yang banyak mengeluarkan peluh ni adalah lebih baik membersih wajah selepas beraktiviti.

2. Mencuci muka menggunakan span/kain
Benda ni selalunya kita tak buat kat rumah tapi kat spa2 atau salon kecantikkan suka la guna span atau kain bagai bagi membersih kotoran yang melekat di kulit wajah kita. Sebenarnya kaedah paling terbaik adalah menggunakan tangan sendiri macam kebiasaan kita buat tu. Kalau gunakan kain/span mungkin gosokkan tu terjadi sedikit kuat. Kalau guna tangan seeloknya cuci tangan dulu sebelum menggosok muka. Kebanyakkan orang dia terus basahkan muka pakai face wash terus gosok je muka. 

3. Guna air panas membersih wajah
Sebenarnya menggunakan air panas boleh menyebabkan kulit jadi kering tapi kalau guna air sejuk pulak tak mampu untuk membersihkan kesan kotoran,minyak & kesan makeup pada kulit. Yang terbaik adalah guna air suam suam kuku katanya.

4.  Mengecilkan Pori menggunakan ais
Memang masa kita mencuci wajah dengan air ais pori pori akan mengecil. Macam tu jugak bila kita mencuci guna air panas pori2 akan terbuka tapi sebenarnya benda tu berlaku hanya pada waktu tu je. Cuma kesan jangka masa pendek. Jadi sebaiknya untuk merawat masalah pori ni gunakan masker atau scrub untuk membuang sel sel kulit mati & menjadikan kulit wajah menjadi lembut & cerah

5. Bertukar tukar produk supaya kulit semakin jadi cantik
Produk ni kadang2 walau kita guna terus menerus dalam masa yang lama, dia akan semakin berkesan pada kulit sebab kulit kita akan secara semulajadi meneutralisasi bahan tersebut. Tapi kalau rasa produk tu serasi dengan kulit kita & kita nampak keberkesanannya tak perlu nak tukar produk lagi. Yang ni aku susah nak follow sebab bab setia pada 1 jenama produk aku memang tak berapa kuat iman. hahahah

6. Pakai krim antipenuaan malam hari kerana waktu malam waktu terbaik merawat kulit 
Waktu malam, sirkulasi darah di bahagian kulit meningkat & level PH kulit akan menurun sehingga krim rawatan mampu di serap kedalam kulit lebih mudah. Tapi bukan semua krim antipenuaan di formulasi sebagai krim malam. Ada jugak krim antipenuaan dalam bentuk day cream yang mengandungi antioksidan & SPF tinggi bagi melindungi kulit dari sinaran matahari. Jadi lebih sesuai pakai krim antipenuaan yang berbentuk krim siang ni supaya boleh di pakai waktu pagi & siang.

7. Semakin banyak memakai produk antipenuaan semakin awet muda & cantik
Memakai banyak produk rawatan kulit sebenarnya tidak menjadikan kulit anda semakin cantik atau memberi banyak manafaat. Jadi tak payah berabih duit sangat la. Yang penting sebenarnya adalah memilih produk yang menepati keperluan kulit anda & memakai dengan cara yang betul sahaja. Selain tu memakai krim wajah terlalu tebal akan menutup pori wajah sehinggan menyebabkan blackhead. Yang ni aku setuju dulu aku suka pakai macam2 produk tak cantik mana tapi bila aku dah malas pakai milk cleansing & cleanser eucerin ni kulit jadi makin elok la pulak. Jerawat pun malas nak hinggap. Maka pemilihan produk yang betul sebenarnya sangat penting bukan memakai produk yang banyak.

Cukup la 7 mitos aku share. sebenarnya ada lagi cuma malas nak taip panjang panjang.. hahaha.. Boleh gitu! Boleh jer. Nak tau selebihnya try la google. hehehe. Apapun gunalah produk yang selamat ada pengesahan kementerian kesihatan malaysia. Nak lagi baik cari produk yang ada kelulusan klinikal macam produk eucerin yang aku sedang pakai. Serius.. memang berkesan & tidak menyebabkan kesan sampingan.

PARKING KENDERAAN DEKAT DENGAN PINTU MASUK JUGA BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN

PARKING KENDERAAN DEKAT DENGAN PINTU MASUK JUGA BOLEH MEMBAHAYAKAN KESIHATAN. Kita sedia maklum apa perkara atau perbuatan yang kita buat hari ni takkan memberi kesan sampingan secara drastik tapi ia seolah olah meracun tubuh kita secara perlahan lahan & akan nampak kesan dalam di masa akan datang. Sebab tu banyak di antara kita walaupun orang bagitau jangan buat tu.. jangan buat ni.. Nanti esok2 badan kau yang menanggung azab. Contoh macam orang berpantang la. Masa berpantang konon nak jadi urban taknak ikut pantang larang orang tua tua.. Alih2 umur baru masuk 30an sakit sana sini sebab tak jag betul betul masa pantang.


Sebab tu penting ambil apa yang baik dalam pantang larang orang dulu dulu. Jangan nak asyik nak mengkunokan cara orang tua tua je. Sebab selagi hidup kita berharap la dapat hidup dengan sihat sampai masa di jemput pulang kerahmatullah. Ni baru pulang kerumah dua tiga hari selepas discharge dari hospital dah kena admit balik... Alih2 mati dalam perjalanan ke hospital jer.

Ada beberapa perkara yang kita memang selalu buat.. contoh mengelak dari terkena matahari. Takut hitam katanya. Baru je consistent vitamin C + Collagen nak bagi kulit putih & sentiasa muda. Dalam satu kajian yang di buat orang yang mempunyai masalah radang sendi (sakit lutut) & mempunyai masalah tekanan darah rendah adalah mempunyai 3 kali ganda risiko di jangkiti penyakit. Kerana badan manusia kebanyakkan mempunyai Vitamin D yang memerlukan tindakbalas dari cahaya matahari. Jadi jangan jadi macam ice cream sangat sampai tak nak langsung terdedah dengan cahaya matari sebab cahaya matahari jugak penting untuk tubuh manusia. Sekarang memang kita tak rasa sakit lutut sebab muda lagi... Dah tua2 esok baru benda tu kita akan rasa

Sampai parking kenderaan terlalu dekat dengan pintu masuk.. tak kira la pintu masuk mall ke, supermarket ke, pejabat ke hapa pun boleh bagi kesan pada masa akan datang pada tubuh kita. Benda tu jugak kalau selalu buat akan memberi kesan kemudaratan kepada kesihatan kita. Tapi benda ni memang antara kita semua suka buat sebab malas nak jalan jauh, betul tak? Nak tahu kenapa perkara tu jugak boleh memberi kesan pada kesihatan kita untuk jangka masa panjang meh baca kat sini >> 9 Perkara Yang Anda Buat Setiap Hari Yang Bakal Memberi Kesan Kesihatan Badan Anda Di Masa Akan Datang << Penting sangat kita tahu sebab kadang2 kita rasa apa kita buat untuk untuk kesihatan badan kita untuk masa sekarang & masa depan tapi sebenarnya tidak. Contoh bersenam pun sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan. Nak tahu kenapa baca la kat artikel 9 perkara yang selalu kita buat yang memberi kesan buruk pada kesihatan kita di masa akan datang tu.

Moral of the story.. Apa yang baik boleh memudaratkan kalau di lakukan secara melampau & extreme. Sebab tu Islam menggalakkan melakukan apa juga perkara secara sederhana agar tidak memudaratkan diri atau orang lain.

CARA PALING MUDAH & CEPAT CUCI MINYAK YANG TUMPAH ATAS LANTAI

CARA PALING MUDAH & CEPAT CUCI MINYAK YANG TUMPAH ATAS LANTAI. Tetiba je hari ni nak kongsi tip bagai. Almaklum la bulan puasa.. Nak melazer sangat tak elok la kan. Erkk.. bukan aku kata kalau bulan lain boleh lazer orang sesuka hati tau.. Cuma bula ramadan ni kita tulis benda yang ringan2 sudah untuk tidak menganggu emosi orang tengah berpuasa katanya. Jadi marilah kita belajar macam mana nak cuci minyak yang tumpah atas lantai.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Almaklum la.. yang memang suka memasak ni memang satu masalah jugak bila ada kesan minyak atas lantai. Nak2 lagi kalau menggoreng ni.. Terpecik ke lantai. Kadang2 minyak tertumpah atas lantai tu perkara biasa berlaku. Kalau tak cuci ada pulak tak tersungkur bila terpijak kesan minyak atas lantai ni. Bila minyak & lantai bertemu pepaham je la. Licin gitu. Kalau kita mop terus dengan air yang di campur pencuci lantai memang akan bertambah licin lantai jadinya. Jenuh nak basuh nak hilangkan kesan minyak tu. Memang susah kalau terus mop dengan air ni.

Jadi apa yang korang perlu buat adalah kalau minyak tertumpah atas lantai ambil tepung.. tak kira tepung apapun asalkan tepung. Aku selalu guna tepung gandum je la. Letak tepung atas minyak yang tertumpah atas lantai tu biar dia serap minyak sekejab. Kemudian korang mop jer.. Confirm hilang kesan minyak tu & lantai tak licin lagi.

Senang tak? Sangat senang. Tak payah teruk2 nak bilas lantai yang licin sebab kesan minyak tu. Sebab tepung tu menyerap minyak. Cuma perlu dua kali mop pun dah bersih. Sekali mop tu nak cuci kesan tepung & minyak. Kali kedua mop untuk bilas. Settle.

Jadi kalau minyak tertumpah atas lantai rumah hangpa ingat jangan terus mop dengan air, ok! Sebab benda tu akan buat kerja membersih kesan minyak tu menjadi semakin rumit. Sila letak tepung dulu.

Moral of the story.. biarpun petua ni rasanya petua yang mungkin sesetengah orang dah tahu tapi saja aku tulis balik sebab ada generasi sekarang yang masih tak tahu. Tak percaya tunggu je kat keywords blog. Tak lama lagi sangkut la orang cari cara nak bersihkan kesan minyak kat lantai. hehehe

AWAS! JANGAN TERLALU MESRA DENGAN ANAK KECIL ORANG

AWAS! JANGAN TERLALU MESRA DENGAN ANAK KECIL ORANG. Amboi kau lekit hot & spicy pulak tajuk entri. Takkan la dengan anak anak kecik kita nak buat menyombong pulak. Nak tunjuk macam jijik.. kuis2 hujung jari. Mesti la mak bapak dia terasa nanti. Nak2 lagi anak orang yang ada pertalian darah atau persaudaraan mahupun yang kita kenal. Mesti sedih la hati depa kalau kita buat anak depa macam tu.

gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Bukan kata suruh hangpa pandang anak orang dengan pandangan jijik atau dengan pandangan tak ada perasaan. Tapi tak payah over sangat nak tunjuk sifat keibuan katanya.. Asal jumpa baby.. jumpa budak.. terus nak pegang, peluk, cium & gomol2. Tak kira la anak orang kau kenal ataupun tak. Just tegur.. usik2 bagi dia senyum.. sudah la. Sekarang banyak sangat bayi & kanak kanak di jangkiti macam2 virus & penyakit dari orang orang yang datang melawat, sentuh, peluk & cium mereka... Bahananya bayi & ibubapanya yang dapat susah. Anak sakit memang bukan masalah kecil even demam sekalipun.

Trend anak anak dara ni ada jugak yang suka tunjuk konon ada sifat keibuan sangat sampai pantang jumpa anak orang terus nak cuit2.. nak dukung2. Lebih2 lagi kalau dengan pasangan depa. Lagi nak menunjuk konon mempunyai naluri keibuan walhal kadang2 adik kat rumah jenuh mak minta tolong jaga dia buat dono jer... Tolong la yer.. Jangan menyusahkan orang lain. Kadang2 kita sendiri tak tahu kita membawa kuman & virus apa.. tetiba effect kat anak orang tak rasa bersalah ke?

Zaman sekarang banyak jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan. Kalaupun kita tak membawa apa2 penyakit mungkin kosmetik yang kita pakai tu boleh menjadi alahan pada bayi atau kanak2 melalui sentuhan kulit macam pegang & cium. Jadi berhenti la tunjuk sikap keibuan kepada anak orang walaupun memang kita ada naluri tu & jenis suka budak budak. Tahan keinginan nak menyentuh & mencium anak orang. Kadang2 mak bapak dia pun tak suka cuma nak tegah takut orang terasa hati Contoh baru2 ni pasangan selebriti Scha & awal yang up status kat media sosial anak dia lara alana yang ada masalah ezema terkesan sebab peminat yang jumpa suka dok cium2 pipi dia. Depa dah la retis.. kalau tegur depan2 confirm la jadi kontroversi.. retis sombong bagai. Padahal budak tu ada masalah alergik pada kulit dia.

Tolong la kesian. Nak2 lagi mereka ni di kalangan ibu ibu yang macam ni >> 3 Kisah Penuh Inspirasi dari Ibu Ibu ni Bagaimana mereka struggle dalam rumahtangga & kerjaya << Bayangkan la kalau anak anak depa sakit. Mesti kita tak terbayang macam mana la depa nak handle. Dah la kena jaga anak dalam pada yang sama perlu meneruskan kerjaya. Memang bukan sesuatu yang mudah. Lebih2 lagi yang ada special kids macam salah seorang ibu dalam kisah tu. Bukan sesuatu yang mudah.

Aku sendiri sekarang memang susah nak pegang anak orang. Anak adik ipar aku pun even setiap minggu aku balik rumah in law & jumpa aku memang tak dukung. Sebab selalunya aku balik rumah mertua aku lepas ntah mana2 aku berjimba. Time tu memang selaga mak nenek kuman, habuk bagai melekat. Memang tak nak anak orang pulak jadi mangsa. Just usik2 & cuit2 macam tu je. Nak peluk2 & gomol2 memang tak la. Tak kisah la orang nak cakap apa.. Cara tu jugak boleh elak orang buat benda yang sama kat anak kita. Almaklum la mentaliti manusia ni jenis berdendam.. bila kita tak dukung atau gomol2 anak depa, depa anggap kita sombong so depa akan treat anak kita sama jugak macam kita trick anak depa. Jadi selamat la jugak walaupun niat & persepsi tu berbeza. Kita tak buat sebab nak pastikan anak depa tak di jangkitan sebarang jangkitan kulit atau virus depa pulak buat kat kita sebab nak balas dendam. Lagi satu kalau tak sihat tolong jangan nak gigih sangat pergi melawat anak orang nak2 baby yang baru lahir ni.

Zaman sekarang zaman jenayah berleluasa. jangan sesekali biar orang tak di kenali suka2 pegang & dukung anak kita even di public sekalipun. depa ni kadang tunjuk konon macam suka budak2 tapi siapa tahu kalau depa anak niat nak buat jahat kat anak kita. Zaman sekarang tak boleh bersangka baik dengan semua orang.. ada ketika kita kena bersangka buruk untuk protection.

Moral of the story.. Nak sentuh anak kita atau anak orang pun pastikan kita betul2 bersih. Kalau duduk satu rumah tu lain cerita.. ni sekadar menyinggah nak melawat. Kita yang keluar merayap entah mana2.. tetiba datang melawat anak orang nak gomol2 macam gomol teddy bear.. Berpada pada la. Bukan apa.. mencegah itu lebih baik dari merawati.

QU PUTEH WHITENING PRO 9 DI SAHKAN BAHAYA OLEH KKM

QU PUTEH WHITENING PRO 9 DI SAHKAN BAHAYA OLEH KKM. Tu dia.. Hot from Oven katanya. Tetiba terbaca satu artikel berita kat Berita Harian Online katanya Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), Kementerian Kesihatan menerima laporan kesan advers daripada pengguna yang mengalami tinnitus (ringing in the ears) dan keguguran rambut setelah menggunakan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block (NOT151106645K) selama lebih kurang tiga bulan.


Lepas stop guna katanya baru pulih dari masalah yang di hadapi maka BPFK telah membuat ujian terhadap produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dan Qu Puteh Whitening UV Block. Hasil ujian tersebut menunjukkan, satu produk iaitu produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri pada paras tinggi yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.. Ni la masalah produk tempatan atau produk Asia. Mesti masalah merkuri tinggi. Patut la adik aku kata pakai set Qu Puteh ni rasa belengas. Jadi dia tak suka.. dia tak pakai. Beli 1 set harga RM100++ jugak. Normally produk yang ada merkuri ni memang melekit, belengas & berminyak. Tu dari apa yang aku baca la. Aku pakai bio essence memang cream dia jenis tak berminyak & cepat meresap dalam kulit.
Akibat dari perkara tu maka notifikasi produk Qu Puteh Whitening Pro 9 telah dibatalkan dan syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk berkenaan telah diarahkan untuk memberhentikan penjualan/pembekalan dengan serta-merta. Selain itu, katanya, syarikat itu juga diarah menarik balik produk itu daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Patuh la putih ye dak.. hehehe sebab produk yang ada merkuri ni kebiasaannya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan antipenuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan. Memang la berkesan tapi ada kesan sampingan. boleh memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri juga boleh dialami oleh orang sekeliling apabila produk kosmetik mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak, yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Bayi dan kanak-kanak kecil berisiko terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik itu.

Ada yang komen KKM dengki orang melayu berniaga.. Kalau dah bahaya tak kira la produk melayu ke cina ke india ke tetap la bahaya. Dah KKM pulak di tuduh dengki

So berhati hati lah nak guna apa2 produk pun. Jangan sebab keluar masuk TV 24 jam sehari dari pagi sampai ke pagi kita confident produk tu selamat. Belum tentu... Bukan nak kondem produk tempatan tapi memang banyak produk tempatan yang ada merkuri yang tinggi. Bukan kata aku kaya guna produk Bio essence.. aku dulu pun pernah jadi mangsa produk zaman bodo bodo.. Baby face pun aku pernah try walau perit nak mampu masa kulit mengelupas. Cantik sekejab jer.. lepas tu kembali hodoh seperti sediakala. nasib baik tak kena kanser kulit jer. Sekarang sebab aku dah dapat hidayah.. aku memang tak berani sangat ber eksperimen dengan produk bukan bukan sangat kat muka aku. Jadi elakkan guna produk2 yang berisiko. sebab tu pentingnya pengesahan dari KKM sebab kita tak boleh tahu ingredient sesuatu produk tu selamat ke tidak tanpa pengesahan KKM.

Moral of the story.. Bertabah la kepada pengasas produk ni. Anggap je cuma teguran kecil dari Allah. Mungkin dia rasa makcik dah macam terawang tak jejak kat bumi sekarang ni. Peace Yo!

P/S : Pelik jugak kan.. macam mana produk ni boleh lepas di pasaran.. Lepas pengguna buat aduan baru ujian di jalankan & mendapati mengandungi merkuri yang tinggi. Sebelum ni memang KKM tak pernah check ke cream tu atau memang tak pernah apply pengesahan KKM??

Sumber : Berita Harian

DRAMA AKULAH BALQIS TERKENA BADI HELLO MR PERFECT

DRAMA AKULAH BALQIS TERKENA BADI HELLO MR PERFECT. Tema blog lekatlekit.com hari ni adalah drama melayu. Nak buat macam mana hari ni katanya mood tulis pasal drama melayu. Mood tulis cerita seram dia singgah kat Uberzkistan sat, membeli belah katanya. Nanti dia sampai Malaysia, kita akan kembali di selubungi misteri. hahahaha

Ada orang trauma dengan drama Hello Mr Perfect sampai banned terus slot akasia kat tv3. Sampai macam tu sekali punya fobia nak tengok drama slot akasia kat tv3 katanya sampai tak bagi peluang dah untuk drama lain membuktikan bukan semua drama melayu Level sampah macam Hello Mr Perfect di tayangkan kat slot akasia. Ada ke orang macam tu? Jadi trauma nak tengok drama Melayu.. Ada..  awat tak dak. Aku malas la nak cerita pasal orang jadi marilah kita membuka bra di dada.. ops.. membuka pekung di dada katanya. Maaf termencarut di perenggan kedua. hahahaa


Kalau aku.. Aku takde la sampai serik. Walaupun aku suka kutuk filem seram terbitan MiG tetap aku masih beli dvd filem seram MiG. aku sentiasa bagi peluang.. Sebab ada satu dua filem seram dia boleh layan walau kebanyakkan layak campak ke lautan hindi jer. Prinsip aku senang.. Tak tengok kita tak boleh nak judge. Dah tengok kita ada hak untuk mengkritik. Hahaha.. Tapi laki aku ni ha! Aku nak tengok drama terbaru slot Akasia kat tv3 yang baru ni sampai tak boleh. Sebab dia mula labelkan.. semua drama time tu drama bodoh je selepas drama Hello Mr Perfect. Asal start je cerita tu channel tv terus beralih ke Tv Alhijrah. Aku teruja jugak nak tengok sebab pelakon2 dia bagi aku hebat2. Tengok sikit pun rasa macam boleh layan drama ni tapi sebab taknak lawan cakap suami katanya.. Aku tengok la rancangan berunsur keagamaan & ilmiah sikit kat tv alhijrah. Ada juga baiknya kat situ.. hehehe

Aku ingat pengomen kat entri aku pasal drama Hello Mr Perfect je tertekan dengan drama tu tapi laki aku pun terkesan jugak rupanya. Abis la slot Akasia hilang seorang penonton. Tiada lagi kidungmu... hahahaha. Betul la kata pepatah.. kerana Hello Mr Perfect, akulah Balqis pun terkena badinya. erkk..

Pengajaran untuk tv3 jugak.. Mohon la bahagian kelulusan drama yang nak keluar kat slot akasia ni ada taste. Takkan hangpa layan drama2 bodoh je kot. Kalau kualiti drama slot akasia maintain tahap logi jangan marah. Kalau bodoh tu jangan la bodoh sangat.. Mentaliti penonton Malaysia bukan bangang sangat. Bagi kami yang tak langgan esteruk ni memang tak banyak channel yang boleh tonton. Channel yang ada pun bukan semua boleh tengok. UFO esteruk jajah sampai hilang siaran tv percuma bagi yang takde kuali esteruk tu.

Apapun aku still follow drama Dhia Sofea.. Sebab boleh tahan la drama tu walau aku skip banyak episod. tengok kalau aku rasa nak tengok je. Hahaha. Tu membuktikan masih ada drama melayu yang layak di panggil drama bukan cerita merapu. hehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com