ANAK SCHA ALYAHYA & AWAL ASHAARI, LARA ALANA ADA CIRI AUTISME?
Tapi statement dari tajuk tu anda tanda soal (?) maka ia jadi satu pertanyaan bukan kenyataan. Jadi kat sini bukan aku kata anak depa autisme tapi satu pertanyaan sebab tetiba hari ni banyak pulak menyangkut keywords 'lara Alana Autism'.
Jadi aku pun google celah mana datangnya gosip si comel lara alana ni autisme. Rupanya gosip tu aku dapat detect dari komen2 pembaca blog beautifulnara kat entri pasal Rancangan realiti khas, Lara Oh Lara. Aku tak pernah tengok pun rancangan tu sebab kat astro. aku ni mana mampu langgan astro katanya. hanya mampu langgan streamyx & tengok benda2 ni je kat internet >> 14 Plot secara rawak yang anda boleh tengok di internet & Ia memang di luar jangkaan << Dari komen2 penonton rancangan tu katanya lara nampak ada ciri2 autisme macam kurang eye contact, speech delay & bila dia berjalan nampak macam kurang pandai mengimbang badan. Dalam usia dia sekarang kata mereka masalah tu dah tak patut ada pada seorang kanak kanak.
Sumber Beautifulnara |
Aku ni ada anak yang ada masalah jugak dalam perkembangan. Masih belum di dignose secara rasmi tapi aku memang suka mencari info. Dari ciri2 yang depa sebut memang ada jugak ciri autisme cuma bukan kita selayaknya nak dignose dia. Sebab ciri2 autisme ni kadang2 setiap budak tu tak sama. Kadang2 ada kanak kanak yang nampak macam ada ciri2 autisme tapi bukan autisme. Tu apa yang doktor anak aku bagitau. Tapi untuk mengenal pasti inilah Antara ciri2 tipikal yang selalu ada pada kanak kanak autisme ..
Lambat Bercakap - Kesukaran berinteraksi (lambat bercakap) merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini.
Tidak suka pada perubahan - Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)
Obses kepada sesuatu - Sangat sayang kepada objek seperti kotak, kain..& banyak lagi. Akan marah jika kehilangannya.
Berkelakuan pelik - Meneliti objek dengan cara yang aneh seperti menggigit, mencium, perhati dekat dengan mata dan menjauhkannya, memusing objek atau melihat menembusi sesuatu gambar tanpa melihat gambar tersebut.
Tidak tahu erti bahaya - Mereka akan bermain dengan api, melintas jalan, memanjat bumbung rumah dan lain-lain lagi
echolalia - Menyebut, meniru atau mengulangi perkataan yang sama berulang ulang tanpa memahami maksudnya. Atau bercakap sesuatu yang tidak kena pada situasi
Pergerakan aneh seperti menghantukkan kepala ke dinding, menggoyangkan badan, menepuk tangan, melompat, membuat muka berbagai bentuk, berjengkit, mengembangkan jari di hadapan muka, suka dengan gerakan hayunan, goyangan dan lain-lain lagi.
Secara ringkas ciri2 utama autisme. Sumber Yang Istimewa |
Tidak perlu ada semua ciri yang di sebut untuk di sahkan sebagai autisme. Ada dua ciri utama seperti lambat bercakap atau tidak boleh bercakap & tiada eye contact pun berkemungkinan kanak kanak itu adalah autisme. Kadang2 autisme ni dia tak nampak ketara ciri cirinya dalam umur bawah 4 tahun.. lebih2 lagi yang dalam kategori mild. Cuma selalunya ibu bapa mengesan kelainan seorang anak tu bila masuk 4 tahun masih belum pandai bercakap. Tapi autisme boleh di kesan seawal 2 tahun atau setahun pun kalau ciri2 dia ketara dah boleh di kesan. Jadi penting kita pantau perkembangan anak.. Jangan anggap kelainan tu perkara biasa sampai kita terlepas pandang masalah yang ada pada anak anak kita.
Autisme ni sangat unik tau sebab dia bukan penyakit.. ada 3 peringkat autisme several, moderate & mild.. Asperger pun autisme tapi asperger ni dia kategori high functioning dimana ciri autisme dia tak ketara & nampak macam budak normal jugak cuma ada sedikit masalah pergaulan la. Susah ni golongan asperger ni nak berkawan. Ciri2 dia boleh di hilangkan sehingga seorang yang ada autisme boleh mencapai tahap normal kalau yang kategori mild ni walau autisme tu tetap ada. At least dia boleh menjalani hidup macam manusia normal sebab dah ramai anak anak autisme yang berjaya di pulihkan & mampu hidup macam orang yang normal. Autisme bukan semua kurang upaya cuma kelainan upaya jer. Ramai kot yang mampu sambung belajar sampai ke universiti, berkahwin & bekeluarga. Jadi jangan down sangat la kalau anak anda salah seorang anak autisme. Banyakkan memohon doa, hantar terapi & buat terapi di rumah, Insya Allah.. Akan membantu anak anda berdikari di masa depan nanti.
Kena ingat walaupun anak anda boleh membaca ABC atau nombor tak semestinya ia normal kalau dalam usia sepatutnya dia masih belum boleh berkomunikasi 2 hala. Yer.. ada anak2 yang lambat bercakap tapi normal tapi tak salah kita membuat pemeriksaan awal sebab autisme ni lagi awal di kesan lagi baik sebab kita boleh membantu mereka dengan terapi untuk hilangkan ciri ciri autisme tu.
Ada ramai di kalangan anak anak autisme bijak dalam pelajaran.. ada jugak berbakat dalam seni terutama seni lukis & muzik jadi jangan anggap autisme tiada kelebihan & potensi untuk berjaya. Kebanyakkan anak anak autisme ni sangat tajam ingatan..
Kalaupun Lara Alana salah seorang kanak kanak autisme rasanya mak bapak dia mampu hantar dia ke tempat terbaik untuk sesi terapi untuk hilangkan ciri2 autisme dia tu. Sebab kos terapi ni mahal.. Tapi kalau pasangan selebriti macam scha & awal tu takkan tak mampu. Anak depa pun kecik2 dah kena kerah bekerja.. takkan nak cakap tak mampu kot. hehehe. Tapi aku tak kata pulak si lara ni confirm autisme ok! aku pun sendiri tak tahu sebab aku bukan ikuti sangat perkembangan dia..
Antara selebriti tempatan yang mempunyai anak autisme.. contoh yang semua orang tahu pelakon Zarina Zainuddin & yang orang mungkin tak tahu Edry KRU jugak mempunyai seorang anak lelaki autisme.
Moral of the story.. Memiliki anak istimewa bukan pilihan manusia tapi setiap apa yang Allah beri pada kita adalah yang terbaik. Bukan kerana balasan dosa sesiapa.. tapi mungkin Allah nak bagi lubuk pahala bagi meringankan timbangan dosa yang pernah kita lakukan. Jadi sentiasa bersangka baik dengan Allah.. redha dengan ketentuanNya.
Actually nampak dan terfikir jugak perkara yang sama (If Lara autism) tapi tak berani la judge. Tunggulah Lara besar sikit. If yes, harap parent dia boleh terima macam Zarina Zainuddin :)
ReplyDeletesemoga dipermudahkan urusan untuk Lara
ReplyDeleteOh, ya ke? Tak tahu pun sebab tak pernah pun ambil tahu tentang anak Scha & Awal ni. Tahu rupa aje tapi tak pernah mengikuti perkembangannya.
ReplyDeleteMakpak selebriti macam ni tak akanlah tak mampu kalau betul anak mereka ada autisme. Kita ni sebagai ibubapa, asal anak ada masalah aje, kitalah orang pertama yang akan mencuba segala daya untuk mencari penyelesaian masalah!
Huhu tgk pun dh terfikir gitu tp x smpai Hati lak..mgkin ya mgkin x
ReplyDeleteBkn satu dosa ada anak autism. Ada jer yg autism menjadi org2 hebat.
ReplyDeleteSebenarnya perasan jgk pasal lara ni. Ciri2 autisme tu mmg ada. Sbb my bff almost everyday share di wa n fb pasal anak dia umur 4 thn yg mild autisme. Klu tgk ciri2 perlakuan tu mmg sebiji mcm anak my bff tu. Bila pegi check mmg Dr sahkn asperger autism. Wallahualam.
ReplyDeleteselalu ikuti lara oh lara tu.. terfikir juga mcm tu... sebab anak nurul masa 2 tahun pun sama mcm karektor lara tu, tapi macam biasalah... naif time tu..... sbb fikir biasalah budak2...dah besar sikit ok lah...dah 4 tahun... masih tak boleh berkomunikasi, g tadika, barulah cikgu bgtahu anak ada ciri2 autisme.... dan suruh nurul g checkup dekat ppukm sbb dkt sana tempat terbaik utk anak2 autisme
ReplyDeleteanak perempuan bongsu kami lambat bercakap sehingga usia 6 tahun suka bermain sendirian sampaikan hampir masuk kelas pemulihan masa drj 1,panas baran dan kami risau jugak tapi semakin dewasa dia mula matang dan normal dan agak aktif diuniversiti..Alhamdulillah
ReplyDeletePkara biasa je...pmbsrn kanak2 adalah Berbeza.ibubapa kna lapang dada m Cr alternative bg mmbntu pkmbgn anak..lbih itamakan alquran n sunnah
ReplyDeleteYa... Mmg nmpak Ank dia ada sakit sikit..xpela Cuba tgok bila dia Besar sikit
ReplyDeleteTp ibu bapak kenelah awl2 ambil tahu sng boleh rawar Dr awl..
Budak2 autism ni mmg ada spruh yg menghafal...ABC, Lagu dn mcm2 lg.. Tp bila dah Besar Bru nmpak