Showing posts with label lambat bercakap. Show all posts

ANAK SCHA ALYAHYA & AWAL ASHAARI, LARA ALANA ADA CIRI AUTISME?

ANAK SCHA ALYAHYA & AWAL ASHAARI, LARA ALANA ADA CIRI AUTISME? Tu dia ni kalau mak bapak lara alana baca tajuk entri mati dia sembur aku sampai hangus. Silap haribulan dia viralkan aku tak pasal pasal terpopular aku. Tak pasal2 blog aku terus mencanak juta juta lemon. Takpe la kalau kena viral sebab tajuk entri aku.. bagus tu jugak tu. secara tak sengaja retis mempromosikan blog aku. hahaha


Tapi statement dari tajuk tu anda tanda soal (?) maka ia jadi satu pertanyaan bukan kenyataan. Jadi kat sini bukan aku kata anak depa autisme tapi satu pertanyaan sebab tetiba hari ni banyak pulak menyangkut keywords 'lara Alana Autism'.


Jadi aku pun google celah mana datangnya gosip si comel lara alana ni autisme. Rupanya gosip tu aku dapat detect dari komen2 pembaca blog beautifulnara kat entri pasal Rancangan realiti khas, Lara Oh Lara. Aku tak pernah tengok pun rancangan tu sebab kat astro. aku ni mana mampu langgan astro katanya. hanya mampu langgan streamyx & tengok benda2 ni je kat internet >> 14 Plot secara rawak yang anda boleh tengok di internet & Ia memang di luar jangkaan << Dari komen2 penonton rancangan tu katanya lara nampak ada ciri2 autisme macam kurang eye contact, speech delay & bila dia berjalan nampak macam kurang pandai mengimbang badan. Dalam usia dia sekarang kata mereka masalah tu dah tak patut ada pada seorang kanak kanak.

Sumber Beautifulnara
`

Aku ni ada anak yang ada masalah jugak dalam perkembangan. Masih belum di dignose secara rasmi tapi aku memang suka mencari info. Dari ciri2 yang depa sebut memang ada jugak ciri autisme cuma bukan kita selayaknya nak dignose dia. Sebab ciri2 autisme ni kadang2 setiap budak tu tak sama. Kadang2 ada kanak kanak yang nampak macam ada ciri2 autisme tapi bukan autisme. Tu apa yang doktor anak aku bagitau. Tapi untuk mengenal pasti inilah Antara ciri2 tipikal yang selalu ada pada kanak kanak autisme ..

Lambat Bercakap - Kesukaran berinteraksi (lambat bercakap) merupakan antara tanda UTAMA dalam autisme. Ibu bapa biasanya akan menyedari masalah autisme di dalam diri anak mereka melalui gejala ini.

Tiada eye contact (hubungan mata) - Seawal bayi lagi, anak – anak yang mempunyai masalah autisme tidak memberi respon atau fokus kepada sesuatu benda dalam jangka masa yang lama. Mereka gagal memberi respons apabila namanya dipanggil seolah olah macam pekak @ tidak dengar atau ditanyakan soalan walaupun ianya mudah. Ini disebabkan mereka gagal untuk menafsir maklumat yang diterima dan tidak tahu bagaimana untuk membalasnya secara lisan. Mereka kelihatan sama seperti anak-anak yang normal namun sebenarnya mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial. Apabila mereka mempunyai kekurangan dalam komunikasi sosial, bermain dalam kumpulan adalah aktiviti yang paling tidak disukai mereka. 

lebih suka bersendiri - Mereka lebih suka berada di dalam ‘dunia’ mereka sendiri dan kadangkala ketawa dan mencederakan diri sendiri tanpa sebab. Apabila ditegur untuk berhenti, mereka akan bertindak agresif kerana tidak sukakan sebarang perubahan tingkahlaku dengan segera. Kanak-kanak ini menganggap manusia sebagai objek dan hanya akan berinteraksi jika didekati dengan cara yang tertentu dan orang yang disukai sahaja

Tidak suka pada perubahan - Mereka tidak sukakan perubahan samada drastik atau tidak terutama yang akan mengubah emosi mereka ketika itu. Perbuatan menggunakan tandas atau pergi ke sekolah adalah perkara yang sukar bagi mereka. Rata-rata anak yang menghidapi autisme masih menggunakan pampers di usia 5-6 tahun disebabkan mereka gagal untuk ke tandas dengan sendirinya. (tidak kesemuanya begitu)

Masalah sensory - Uniknya pula, ada sebahagian mereka yang kurang sensitif kepada rasa sakit namun mereka lebih sensitif kepada bunyi, sentuhan serta sensori (deria rasa). Sifat sensitiviti mereka yang kuat ini merupakan jawapan mengapa mereka yang tidak mahu dirangkul atau dipeluk.

kurang daya imaginasi - Contoh macam tak pandai bermain olok2 (Pretend Play). Bermain olok2 ni macam main masak - masak konon macam mereka tengah memasak. Selalunya kanak kanak autisme ni kalau main permainan macam kereta mainan.. dia main satu part jer.. contoh kebanyakkan mereka suka pada benda berpusing & bulat macam roda.

Obses kepada sesuatu - Sangat sayang kepada objek seperti kotak, kain..& banyak lagi. Akan marah jika kehilangannya.

Berkelakuan pelik - Meneliti objek dengan cara yang aneh seperti menggigit, mencium, perhati dekat dengan mata dan menjauhkannya, memusing objek atau melihat menembusi sesuatu gambar tanpa melihat gambar tersebut.

Tantrum - Marah amat sangat atau mengamuk dengan jeritan, menangis, menendang, menggigit dan sebagainya samada apabila hilang objek kesayangan, dilarang memakan sesuatu yang disukai, hilang orang yang disayangi atau pun tanpa sebab jugak mereka boleh tantrum.
 
Gangguan pergerakan - Perlakuan terlampau aktif , berlari tanpa letih, berjaga lewat malam, kadangkala bermain dengan gembira dan kadangkala menjerit atau menangis.

Tidak tahu erti bahaya - Mereka akan bermain dengan api, melintas jalan, memanjat bumbung rumah dan lain-lain lagi

echolalia - Menyebut, meniru atau mengulangi perkataan yang sama berulang ulang tanpa memahami maksudnya. Atau bercakap sesuatu yang tidak kena pada situasi

Pergerakan aneh seperti menghantukkan kepala ke dinding, menggoyangkan badan, menepuk tangan, melompat, membuat muka berbagai bentuk, berjengkit, mengembangkan jari di hadapan muka, suka dengan gerakan hayunan, goyangan dan lain-lain lagi.

Secara ringkas ciri2 utama autisme. Sumber Yang Istimewa

Tidak perlu ada semua ciri yang di sebut untuk di sahkan sebagai autisme. Ada dua ciri utama seperti lambat bercakap atau tidak boleh bercakap & tiada eye contact pun berkemungkinan kanak kanak itu adalah autisme. Kadang2 autisme ni dia tak nampak ketara ciri cirinya dalam umur bawah 4 tahun.. lebih2 lagi yang dalam kategori mild. Cuma selalunya ibu bapa mengesan kelainan seorang anak tu bila masuk 4 tahun masih belum pandai bercakap. Tapi autisme boleh di kesan seawal 2 tahun atau setahun pun kalau ciri2 dia ketara dah boleh di kesan. Jadi penting kita pantau perkembangan anak.. Jangan anggap kelainan tu perkara biasa sampai kita terlepas pandang masalah yang ada pada anak anak kita.

Autisme ni sangat unik tau sebab dia bukan penyakit.. ada 3 peringkat autisme several, moderate & mild.. Asperger pun autisme tapi asperger ni dia kategori high functioning dimana ciri autisme dia tak ketara & nampak macam budak normal jugak cuma ada sedikit masalah pergaulan la. Susah ni golongan asperger ni nak berkawan.  Ciri2 dia boleh di hilangkan sehingga seorang yang ada autisme boleh mencapai tahap normal kalau yang kategori mild ni walau autisme tu tetap ada. At least dia boleh menjalani hidup macam manusia normal sebab dah ramai anak anak autisme yang berjaya di pulihkan & mampu hidup macam orang yang normal. Autisme bukan semua kurang upaya cuma kelainan upaya jer. Ramai kot yang mampu sambung belajar sampai ke universiti, berkahwin & bekeluarga. Jadi jangan down sangat la kalau anak anda salah seorang anak autisme. Banyakkan memohon doa, hantar terapi & buat terapi di rumah, Insya Allah.. Akan membantu anak anda berdikari di masa depan nanti.

Kena ingat walaupun anak anda boleh membaca ABC atau nombor tak semestinya ia normal kalau dalam usia sepatutnya dia masih belum boleh berkomunikasi 2 hala. Yer.. ada anak2 yang lambat bercakap tapi normal tapi tak salah kita membuat pemeriksaan awal sebab autisme ni lagi awal di kesan lagi baik sebab kita boleh membantu mereka dengan terapi untuk hilangkan ciri ciri autisme tu.

Ada ramai di kalangan anak anak autisme bijak dalam pelajaran.. ada jugak berbakat dalam seni terutama seni lukis & muzik jadi jangan anggap autisme tiada kelebihan & potensi untuk berjaya. Kebanyakkan anak anak autisme ni sangat tajam ingatan..

Kalaupun Lara Alana salah seorang kanak kanak autisme rasanya mak bapak dia mampu hantar dia ke tempat terbaik untuk sesi terapi untuk hilangkan ciri2 autisme dia tu. Sebab kos terapi ni mahal.. Tapi kalau pasangan selebriti macam scha & awal tu takkan tak mampu. Anak depa pun kecik2 dah kena kerah bekerja.. takkan nak cakap tak mampu kot. hehehe. Tapi aku tak kata pulak si lara ni confirm autisme ok! aku pun sendiri tak tahu sebab aku bukan ikuti sangat perkembangan dia..

Antara selebriti tempatan yang mempunyai anak autisme.. contoh yang semua orang tahu pelakon Zarina Zainuddin & yang orang mungkin tak tahu Edry KRU jugak mempunyai seorang anak lelaki autisme.

Moral of the story.. Memiliki anak istimewa bukan pilihan manusia tapi setiap apa yang Allah beri pada kita adalah yang terbaik. Bukan kerana balasan dosa sesiapa.. tapi mungkin Allah nak bagi lubuk pahala bagi meringankan timbangan dosa yang pernah kita lakukan. Jadi sentiasa bersangka baik dengan Allah.. redha dengan ketentuanNya.

MEMAHAMI MASALAH PERKEMBANGAN ANAK. APA ITU ASD

MEMAHAMI MASALAH PERKEMBANGAN ANAK. APA ITU ASD. Sebab aku ada anak yang ada masalah dalam perkembangan terutama speech & attention maka aku banyak jugak google tentang perkembangan kanak kanak terutama tentang autisme, delay development, disleksia dan sebagainya. Aku ada join group autisme malaysia di Facebook.. sememangnya banyak info yang aku dapat. Dulu aku tak tahu apa itu ASD, ADHD & banyak lagi. Dari group tu jugak aku banyak dapat info selain aku cuba google untuk mendapat info.


Bila anak masuk 2 tahun kalau tiada sebarang perkataan dia sebut, tiada respond bila di panggil, sukar bertentang mata (eye contact). Please la jangan ikut sangat cakap orang tua2 yang kononnya baby cepat jalan lambat cakap, baby lelaki berat mulut bagai. Terus bawa jumpa doktor bahagian Paedriatik. Aku dulu pun refer paedriatik masa umur anak aku 2 tahun. Masa tu eye contact dia sangat teruk. Alhamdulillah sekarang dah ok. Sampai la sekarang anak aku masih lagi follow up dengan Pakar setiap 6 bulan selain masuk sesi terapi. Yup.. Anak aku memang ada masalah macam aku pernah bagitau sebelum ni. Anak aku mungkin ASD mungkin tidak & mungkin Asperger Sindrome je. Apa itu ASD & Asperger Sindrom? Mesti ramai parents yang ada anak2 yang normal tak pernah tahu apa itu ASD ?

ASD adalah Autism adalah salah satu dari lima spektrum yang berhubungan dengan gangguan neurological dan perkembangan yang disebut dengan Pervasive Developmental Disorders (PDD) atau Autism Spectrum Disorders (ASD). Yang termasuk dalam kelompok gangguan ini adalah:
  1. Autism—Sebuah bentuk dari ASD yang lebih berat.
  2. Pervasive Developmental Disorder–Not Otherwise Ppecified (PDD–NOS) - Sebuah diagnosis yang dibuat ketika seorang anak punya gejala Autism atau Asperger syndrome, tapi tidak memenuhi kriteria spesifik dari keduanya.
  3. Asperger Syndrome—bentuk ASD yang lebih ringan.
ASD jauh lebih umum dibanding banyak gangguan lainnya, misalnya diabetes, spina bifida, dan Down syndrome.

Manakala Sindrom Asperger atau Masalah Asperger merupakan kecacatan spektrum austisma yang disifatkan melalui kesukaran pesakit dalam interaksi sosial bersama dengan tingkah laku yang berulang-ulang dan terhad. Sindrom ini berbeza daripada spektrum autisma yang lain melalui perkembangan linguistik dan kognitif .[1]

Mereka yang mempunyai Sindrom Asperger menunjukkan pelbagai ciri-ciri dan masalah ini berlainan dari serdahana sehingga teruk. Mereka dengan Sindrom Asperger menunjukkan kekurangan dalam kemahiran kemasyarakatan yang jelas, mempunyai masaalah dengan perubahan dan cenderung kepada suasana yang serupa. Mereka sering mempunyai kebiasaan yang sama dan asyik dengan sesuatu perkara. Mereka menghadapi masaalah membaca petunjuk bukan kata (gerak badan) dan sering kali mereka dengan Sindrom Asperger menghadapi masaalah menentukan ruang jarak badan dengan orang lain. Mereka juga biasanya sensitif kepada bunyi, rasa, bau, dan cahaya, seringkali gemarkan kain lembut, makanan tertentu, dan terganggu dengan bunyi atau cahaya yang tidak disedari orang lain. Ia adalah penting bagi menyedari bahawa mereka dengan Sindrom Asperger melihat dunia dengan sudut pandangan yang berlainan sama sekali. Dengan itu kebanyakan tabiat yang kelihatan pelik atau luar biasa biasanya disebabkan oleh kelainan neurological dan bukannya tabiat buruk yang sengaja atau kurang ajar, dan sudah pastinya bukan disebabkan oleh "didikan yang salah".

Macam anak aku dia kategori sederhana, boleh bersosial.. maksudnya takde masalah nak bergaul & berkawan. Anak aku tak ada ADHD. anak aku bukan kategori hyperactive. Nak kata dia obses pada sesuatu tak ada sangat so dia tak ada asyik dengan sesuatu benda je. anak aku tak ada masalah sensitif pada bunyi. Contoh ada kanak2 ASD yang tak boleh dengar bunyi kuat atau sesuatu bunyi dia akan tantrum & mengamuk. Alhamdulillah anak aku memang setakat ni tak ada masalah macam tu. Malah dia pun tak ada tantrum yang teruk. Paling2 dia nangis je sekejab. Atau dia jerit. Nak kata sampai berguling atas lantai, hentak2 kaki, baling barang ke hapa tak pernah selama 4 tahun 6 bulan ni. Bau pun anak aku tak ada masalah. Tapi cuma rasa mungkin ada sebab dia sangat memilih makanan & makan makanan tertentu sahaja. Tabiat pelik rasa tak berapa nampak sangat la. Sebab ciri2 dia tak ketara memang doktor tak berani nak dignose dia apa2 cuma Therapist anak aku kategorikan dia sensory problem. Cuma yang ketara masalah anak aku adalah komunikasi. Sebab dia tak pandai berkomunikasi & low attention. Kat sekolah tu nampak macam dia tak belajar tapi sebenarnya dia belajar. Balik rumah dia boleh sebut apa yang di ajar kat sekolah, nama2 kawan2 kesukaan dia & doa2 yang cikgu baca setiap hari. kat rumah pun aku mengajar dia jugak. Alhamdulillah walau attention dia sekejab2 tapi dia cepat boleh belajar sesuatu.

Secara takrifan, mereka dengan Sindrom Asperger biasanya mempunyai IQ biasa dan kebanyakan individual (walaupun bukan semua), menunjukkan kemahiran atau bakat menonjol dalam bidang tertentu. Disebabkan kelebihan mereka dan perangai betul bendul, mereka sering dilihat sebagai pelik dan mudah menjadi mangsa ejekan atau dibuli. Sementara perkembangan bahasa kelihatan, pada luaran, normal, pengidap Sindrom Asperger seringkali mempunyai masalah dalam pragmatik atau paradoks. Perbendaharaan kata mereka amat luas dan sesetengah mereka kedengaran seperti "pensyarah kecil." Tetapi pengidap Sindrom Asperger amat lurus dan menghadapai masalah mengendali bahasa dalam konteks kemasyarakatan.

tentang bahasa ada kanak kanak ASD ni ada sesetengah mereka bercakap macam formal sangat guna bahasa baku. Susah nak faham kiasan atau perumpamaan. Aku pernah terbaca conversation di ruangan komen dengan seorang anak ASD ni. Sipolan tu tanya dia 'Adik umur berapa' dia jawab adik saya umur sekian sekian.. Padahal sipolan bertanya umur dia tapi sebab menggunakan bahasa ganti diri dia adik, dia faham sebagai tanya pasal adik adik dia. Tu sebagai contoh la. Kalau nak cakap kena straight to the point. Nak tanya umur dia kena tanya... 'awak umur berapa?' baru dia faham soalan tu tanya tentang dia.

Pada masa kini terdapat perdebatan panjang lebar mengenai di mana pengidap Sindrom Asperger patut diletakkan. Pada masa kini ia dianggap sebagai masalah spektrum autism. Sesetengah golongan profesion merasakan pengidap Sindrom Asperger sama seperti Autism Fungsi Tinggi, sementara yang lain merasakan ia adalah lebih baik menggambarkannya sebagai Kecacatan Belajar Bukan Verbal. -sumber wikipedia-

Menerima anak yang lahir bersama kekurangan bukan mudah. Sebab banyak benda kita akan fikir tentang masa depan.. macam mana dia nak jaga diri kalau satu masa kita tak mampu lagi jaga dia, risau di buli atau di cederakan bila di sekolah.. Mengharap orang memahami & bersimpati, bukan semua manusia ada perikemanusiaan. Tapi hanya satu je kita boleh buat berusaha untuk beri dia yang terbaik supaya dia lebih memahami keadaan,  tahu untuk melindungi diri & berdikari. Apa yang Allah bagi sesungguhnya tiada satu pun yang sia sia melainkan ada hikmah tersembunyi di sebaliknya.

Moral of the story.. Anak yang normal jugak boleh bertukar menjadi seorang kanak2 ASD. Sebab benda ni berlaku secara spontan bukan kerana penyakit baka/genetik. Tak ada yang mustahil jadi tak payah mencebik melihat anak orang yang mempunyai kekurangan. Kalau Allah nak tarik balik apa yang dia bagi pada kita, bila bila masa pun boleh.

P/S : Cakap pasal kanak kanak ni teringat pulak zaman kanak kanak dulu suka sangat makan benda ni >> Kadang2 Susah Nak Percaya Benda Ni Jadi Favorite kita Zaman Kanak kanak dulu << Tapi anak aku semua benda ni dia tak makan. Yelah.. anak aku ada masalah sensory.. sensory ni termasuklah sensitif dengan rasa. So, benda2 macam ni normally kanak kanak suka tapi tidak anak aku.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com