Showing posts with label buruk. Show all posts

BERAT BADAN MENURUN SELEPAS 2 MINGGU BERHENTI PIL PERANCANG

BERAT BADAN MENURUN SELEPAS 2 MINGGU BERHENTI PIL PERANCANG. Aku ada baca jugak pil perancangan (planning pills) ni boleh menyebabkan berat badan naik dengan jayanya. Tapi mengikut pengalaman mak aku dulu katanya bila dia ambil pil perancangan berat dia jadi terlalu susut.. so, dia tak meneruskan pil perancangan biar je beranak setiap tahun sampai 7 orang lepas tu terus ikat lepas lahir anak ke 7. Tu pengalaman mak aku sendiri..


Aku.. yup pengamal pil perancangan sejak kelahiaran anak. Anak aku sorang je & aku takde planning nak tambah rakyat malaysia lagi buat masa ni. Sebabnya.. perlu ke aku nak bagitau. Apapun sebab cukup korang tahu aku ada alasan aku tersendiri kenapa & mengapa.. Selama mengamalkan planning pills ni.. Memang perasan berat badan tu naik jugak la walau tak sampai tahap gemuk atau obesiti. Paling berat selepas ada anak.. adalah 45kg. Memang serius chubby sungguh aku time tu. Sebab tinggi aku cuma 140 & berat ideal aku sepatutnya 38 -39kg. Sekarang berat aku 40kg. Tu last aku timbang la..

Tapi terasa jugak la baju seluar longgar sejak akhir akhir ni.. Dok terfikir jugak kenapa tetiba macam mengurus je ni.. Diet tu tidak tapi aku biasa makan tak ikut time. Dulu pun sama, gemuk jugak. Bila teringat je la aku dah skip planning pills dekat 2 minggu sebab lupa nak topup stok habis. Di tambah sejak mertua sakit.. ni banyak perkara jadi lupa nak buat. Suami pun sibuk dengan kerja.. sibuk uruskan hal mak dia.. kadang2 pesan pun dia terlupa, Tak salahkan dia la.. sebab time ni memang nampak dia sangat sibuk nak uruskan semua perkara. Nak skip kerja selalu kang terbantut pulak ekonomi kami ni.. Jadi terpaksa jugak la suami aku bahagikan masa dia yang memang nampak sangat tak cukup tu demi tanggungjawab dia pada mak dia & pada anak & isteri. terima kasih suami hehehehe

Di sebabkan tu.. aku secara tak sengaja stop la planning pills sebab dah skip lebih 2 minggu so kalau nak continue kena tunggu next period.. Secara tak pulak badan semakin mengecil. Hahaha.. ok la tu kira niat nak kurus tetiba je dia bagi kurus tanpa diet. Tapi hope tak kurus sampai tahap jerangkung la hahaha.. Kang sedih pulak tengok diri sendiri.

Tu pengalaman aku la.. bukan merujuk dengan mana2 doktor. Aku agak je la sebab skip ambil planning pills berat pun turun sebab biasanya kita sedia maklum kan.. kesan pengambilan planning pills ni adalah pertambahan berat badan. Sebab ramai orang merancang secara semulajadi.

Moral of the story.. Tak kisah korang nak pilih plan secara semulajadi atau dengan ubat. hak masing masing la kan.. Tak perlu nak kondem. Apapun yang kita pilih ada risiko cuma kurang atau lebih je risiko. hehehehe

PETANDA KENING & KELOPAK MATA BERGERAK

PETANDA KENING & KELOPAK MATA BERGERAK. Tetiba hari ni nak google pasal petanda anggota badan bergerak gerak.. Aku selalu mengalami gelaja kelopak mata bergerak gerak ni.. Walaupun macam2 tafsiran yang di buat melalui gejala kelopak mata tiba2 bergerak sendiri tapi aku tak nak ambil sebagai satu kepercayaan tapi aku ambil sebagai satu kebetulan..


Yup selalunya kalau kelopak mata kanan bergerak gerak.. akan di susuli berita gembira selepas tu & kalau kelopak mata kiri bergerak gerak ada je perkara duka atau sedih atau sakit hati nak berlaku.. Tapi yang jarang berlaku pada aku adalah kening bergerak gerak sendiri.. Kebetulan pagi ni tetiba kening kiri bergerak gerak sendiri.. Gerakkan yang kuat & terasa jugak la. Sesaja la google nak tahu apa tafsiran di sebalik kejadian macam tu..

Yang aku baca kalau kening kiri bergerak gerak petanda nak dapat duit.. Alhamdulillah. Moga melimpah ruah la rezeki aku hujung tahun ni. Tapi takde la aku percaya & berharap sangat. Nak duit macam biasa la kena kerja.. So aku terus je buat kerja aku macam biasa yang boleh mendatangkan duit. Rezeki tu semua dari Allah.. Kening bergerak ke hapa.. Mungkin 'sign' dari Allah mungkin jugak kebetulan.. Wallahualam. Allah lebih mengetahui segalanya.

👀 Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
👀 Alis Kiri – akan mendapat wang.
👀 Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
👀 Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
👀 Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
👀 Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
👀 Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
👀 Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
👀 Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
👀 Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
👀 Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.

Dari sudut sain perubatan & kesihatan pula ada alasan dia tersendiri.. Jika kelopak mata bergerak gerak ni dari sudut kesihatan ia di sebut sebagai ‘Eye Twitching‘. Antara penyebab berlakunya eye twitching ini adalah

Tekanan
Keletihan
Eye Strain (Ketegangan Mata)
Mata Kering
Pemakanan Yang Tidak Seimbang


Mungkin juga la kan.. Kadang2 letih dok tengok skrin pc buat kerja2 kat blog, scroll FB bagai. Nak nak lagi kalau dapat data Internet macam ni >> 10 GB Facebook + 10GB Basic Internet. Kalau Nak Sila Tengok kat sini << Confirm melekat lekit terus depan skrin phone sampai tak berkedip mata. Mungkin benda tu menyebabkan berlaku ketegangan mata, mata jadi kering. Di tambah lagi kita ni bukan pengamal diet seimbang sangat hahahaha...

Apapun andai ia satu 'Signal' dari Allah pada sesuatu perkara moga yang datang tu baik baik saja.. Kalau yang kurang baik pun moga di permudahkan segalanya. 

TREND MEME MEMPERSENDAKAN ORANG BERWAJAH PELIK DI MEDIA SOSIAL

TREND MEME MEMPERSENDAKAN ORANG BERWAJAH PELIK DI MEDIA SOSIAL. Aku perasan jugak trend ni.. Tapi aku maybe kurang layan benda2 macam tu so tak terasa terhibur pun nak share benda2 macam tu. Nak troll orang hanya kerana kepelikkan atau ketidakkan cantikkan wajah orang ni aku selalu rasa malu sebab sedar diri la kita pun bukan secantik mana nak jadikan wajah atau fizikal orang lain tu sebagai bahan bergurau senda & bergelak ketawa. dua tiga hari ni nampak satu trend guna gambar insan yang mungkin agak unik & pelik (nak guna perkataan hodoh macam kejam sangat kan) untuk di jadikan bahan gurauan dengan caption kononnya dia cari seseorang bernama.. senah.. Ali.. Leha.. So, masing2 pulun dok share & tag kawan yang ada nama tersebut lepas tu komen dengan riang ria.

Ni contoh meme yang di buat dengan tujuan bergurau guna wajah orang lain. Sungguh biadap. Ni version english yang version melayu pun semalam aku tengok bersepah friendlist kat facebook aku share sambil tag nama kawan2 mereka yang berkenaan.

Tak terfikir langsung kan.. Macam mana kalau muka kita yang di jadikan bahan senda gurau orang atas sebab mungkin muka kita buruk. Rasanya kita seronok tak di perlakukan macam tu. Tipu sangat la kalau muka kau yang kena kau rasa terhibur sampai senyum sepanjang hari. Tak menangis depan orang pun confirm menangis bawah bantal. Silap haribulan bunuh diri sebab terlampau stress orang gunakan gambar kau macam tu.

Wajah kita ni bukan kita boleh lukis macam mana kita nak.. Semua ini adalah lukisan dari Allah sebab Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Kalau kau mempersendakan muka orang lain sama la kau mempersendakan kejadian Allah. Kau siapa nak menghina ciptaan Allah?? Sila sedar diri sikit, hokay!!! apa kau ingat gambar kau dapat like & komen konon lawa & hensem tu dah rasa kau elok sangat ke dari orang lain?? Mohon pergi bunuh diri je kalau kau ada perasaan macam tu.

Tak semua perkara boleh di jadikan bahan gurau lebih2 lagi berkaitan dengan rupa & fizikal orang ni. Nak bergurau pasal rupa & fizikal pun ada limit dia & dengan orang2 tertentu jer. Aku sendiri dulu pernah rasa down sebab aku mempunyai fizikal yang rendah yang tak ramai orang ada ketinggian macam aku. Bila orang panggil 'pendek' nak2 lagi orang kita tak kenal atau orang yang kita tak pernah berkawan walau kenal, memang sentap jugak la. memang dulu aku pernah rasa terhina jugak tapi bila lama2 dah biasa dengan ejekkan baru aku boleh 'move on' katanya. Tapi nak ambil masa terima benda tu memang akan melalui fasa yang sangat menyakitkan hati,jiwa & perasaan kalau orang panggil pendek ni.

Yang tu kat media sosial kalau luar media sosial pun jangan bila kawan2 ajak lepak atas sebab2 ni >> 6 Sebab Paling Popular Kawan Kawan Korang Ajak Lepak. Betul tak?? << Jangan pulak dok ambil kesempatan bergurau menyentuh pasal fizikal ke, rupa paras ke. Nak2 lagi yang dah lama tak jumpa tu. Mungkin dulu slim sekarang dah gempal. Mungkin dulu dia sporting tapi tak mustahil meningkat usia hormon berubah tahap ke sporting'an dia tu dah kurang. Almaklum la orang kata makin tua ni makin sensitif. Jadi hati2 kalau nak bergurau pun. Jangan melampaui batas sampai dah nampak macam menghina.

Moral of the story.. Mungkin bagi kita benda tu.. alah tak ada apa sangat la. Yelah.. sebab bukan muka kita jadi kita rasa macam remeh sangat bergurau macam tu untuk orang lain ambil hati. Tapi ingatlah penerimaan setiap orang tak sama dalam bergurau nak2 lagi sampai jadi troll & viral kat media sosial.

SURAT PEMBATALAN UNDANGAN KEPADA TUN MAHATHIR KE MAJLIS MELAFAZ & MENANDATANGANI SURAT SUMPAH JAWATAN OLEH SERI PADUKA BAGINDA JADI VIRAL

SURAT PEMBATALAN UNDANGAN KEPADA TUN MAHATHIR KE MAJLIS MELAFAZ & MENANDATANGANI SURAT SUMPAH JAWATAN OLEH SERI PADUKA BAGINDA JADI VIRAL. Kadang2 sedih jugak melihat satu persatu penghinaan di lakukan oleh mereka2 iu terhadap Tun Mahathir yang semua orang tahu jasanya membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata dunia. Seolah - olah jasa yang pernah di lakukan Tun dulu kini bagai debu debu berterbangan di tiup angin & hilang hanya kerana dia tidak menyokong pemimpin sekarang.


Jangan kata Tun.. Sebenarnya ramai rakyat malaysia tak sokong pemimpin yang ada sekarang tapi bukan sebab parti politik ok! Kita sedia maklum kenapa rakyat sekarang mula menunjukkan penolakkan kepada pemimpin sekarang. At least zaman Tun memerintah kita tak terbeban sangat dengan gst & kos sara hidup yang betul2 menjerut leher walau zaman tu tak ada BR1M. Kita pun waktu tu tak payah hadap dengan kenyataan2 menteri kurang bijak yang menyakitkan hati.

Semalam orang mula Viral pasal satu surat pembatalan jemputan ke majlis melafaz & menandatangani surat sumpah jawatan oleh seri paduka baginda yang di pertuan Agung XV atas alasan mereka tidak menyediakan tempat untuk Tun & sekiranya Tun hadir akan menyebabkan 'kesipuan' katanya. Selalin surat pembatalan tu perkataan 'Kesipuan' pun tengah jadi troll... hahahaha.. Dah jemput lepas tu tarik balik jemputan.. hurmmmm


Sepatutnya mereka yang patut rasa 'Kesipuan' melayan Tun Macam tu. Berbeza pendapat dalam mentadbir negara atau berbeza fahaman politik tak semestinya harus melayan mereka yang pernah berjasa macam kain buruk. Masa cantik kau belai.. kau puji.. Bila dah buruk kau buang macam dia tak pernah berkhidmat dengan kau dulu.


Apapun sememangnya bangsa kita mudah lupa.. Mereka akan kembali sedar bila segalanya hilang. Takpe la.. terus lupa sampai satu masa korang akan kembali ingat segalanya. #PrayForMalaysia


JANGAN BERANI CAKAP AKU TAK CANTIK

JANGAN BERANI CAKAP AKU TAK CANTIK. I bekas Ratu cantik ok! Tapi Ratu cantik dalam mimpi je la. Hahaha.. Tak kira ratu cantik dalam mimpi ke hapa tapi jangan sesekali nak cakap aku tak cantik. Sebelum kau cakap aku tak cantik, better kau cermin muka kau sendiri!! ops! cermin sekarang pun dah tak boleh percaya apatah lagi gambar kan?? hehehehe

Gambar sekadar hiasan

Tu dia mukadimah penuh riak, bongkak & perasan lawa katanya. Mesti la! I memang lawa pun.. Lawa kalau ambil gambar guna beauty camera kalau tak lawak je. Hahaha... Tak kira la gambar I edit ke tidak yang penting ramai puji I lawa, okay! Kalau U tetiba nak mempertikaikan pasal kecantikkan I, siap U. I akan printscreen semua komen2 yang memuji kecantikkan I untuk I buktikan pada U yang I ni memang lawa. Even kawan2 realiti I pun cakap I lawa, ok! Kenapa U sorang je songeh sangat.. Nak real pic tanpa makeup la, tanpa editing la.. Cukup la apa U tengok tu dah lawa. So, terima je I memang lawa.

Penat pulak ahkak membebel.. Tu sekadar lakonan je la. Lakonan yang di adaptasi dari apa yang berlaku di media sosial. Sapa yang taknak nampak cantik ye dak.. Tapi tu la jangan sampai tak boleh terima kenyataan bila ada yang memandang kita tak cantik. Bila ada yang mempertikaikan kecantikkan kita hanya 'palsu' jangan la marah. Biasa la kita orang perempuan ni memang jarang nak tunjuk rupa sebenar bagi yang kaki makeup, kaki edit gambar. Mengaku je la yang cantik tu banyakkan 'touch up' & editing je. Tak perlu la kau nak petik2 pujian kengkawan yang ntah ikhlas, ntah nak jaga hati bagi membuktikan kau sebenarnya cantik pada pandangan mata orang lain. Kita semua cantik sebenarnya.. Tapi kalau ada orang rasa kita tak cantik tu hak mereka. Sebab cantik pada pandangan mata setiap manusia bukan sama.

Tak payah sentiasa harap sangat orang puji kita ni cantik sampai tak boleh terima kenyataan bila orang mempertikaikan kecantikkan kita yang macam fake Sampai nak compare pulak dengan orang lain yang kita rasa lebih buruk dari kita. Dalam perasan lawa ni pun perlu ada limit & batasannya. Aku pun kadang2 perasan lawa jugak nak2 lepas cuci muka atau makeup. Cermin kat rumah aku pun kadang2 boleh tahan jugak pandai bodek. Mungkin dia takut kena baling dengan botol bedak tu yang kadang2 Tengok macam lawa sangat dah.. tup tup tengok cermin kat side mirror kereta laki aku sipi sipi je nak macam hantu kak limah. Mujur la conteng2 sikit dengan makeup. hahahaha

Kesimpulannya kat sini.. Jangan perasan lawa tanpa batasan sampai rasa sapa yang pertikai pasal kecantikkan kau yang tak nampak natural beauty atau original tu dengki. hakikatnya kau tahu gambar kau tu ada edit atau tak. Tak kira la edit brightness ke edit jadi flawless ke, atau smartphone kau tu standard camera dia memang dah auto edit macam OPPO Pakar selfie anda tu.. Kalau ada sentuhan kecundang guna aplikasi tu, tetap la edit, kan? Bukan apa bila kau bermati matian dok mempertahakan yang kau sebenarnya cantik macam bidadari, Orang yang baca rasa macam... hurmm... kesian. Tak boleh terima kenyataan rupanya.

Moral of the story.. Biar ada orang mengeji rupa paras kita, tak perlu kita buktikan sangat yang kita sebenarnya cantik. Bersyukur dengan lukisan Indah di wajah kita & jaga baik baik pun dah cukup. Biar orang pandang kita buruk, tapi Allah dah jadikan kita sebaik baik ciptaanNya. Menghargai rupa yang kita ada dah cukup buat kita rasa cantik & tak perlu pun mengharap sangat pujian orang lain untuk membuktikan kecantikkan yang Allah lukis di wajah kita.

Apapun cantik je kalau tak berduit & asyik nak menumpang kekayaan orang je pun nampak buruk jugak walau tak buruk rupa tapi buruk perangai. Jadi untuk jadikan perempuan cantik nampak perfect kena pandai cari duit jugak Kalau ada duit yang hodoh pun boleh jadi cantik.. Apa ingat rawatan kulit, skincare, makeup semua tu terjun dari langit lepas kau tadah tangan je.. 

MALAIKAT MEDIA SOSIAL SEMAKIN RAMAI

MALAIKAT MEDIA SOSIAL SEMAKIN RAMAI. Zaman media sosial dengan trend viralnya kita boleh baca macam2 kisah dari perkongsian orang lain. Ada yang kisah benar.. ada jugak yang nak popular create kisah imaginasi yang seolah2 mengambarkan perkara tu benar benar berlaku. Kadang2 aku dok baca viral kat facebook ada yang aku rasa macam tak berapa logik walau ramai percaya. Sebab zaman orang semua berebut2 nak jadi popular di media sosial.. nak jadi hotstuff.. nak dapat ramai follower.. macam2 trick depa guna. So, apa yang kita baca.. tak semua boleh di ambil sebagai satu kebenaran.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Tadi terbaca satu viral kisah seorang 'Paklong' katanya pergi ke ATM mesin naik motor dengan seorang anak perempuan. Nak ambil duit sebab duit makan dah tak ada. Gas kat rumah pun dah habis.. tekan2 duit tak keluar. Bukan duit dalam mesin ATM tu habis tapi duit dalam account dia yang tak ada. Anak dia tak masukkan lagi walaupun anak dia dah janji nak masukkan. Bila call katanya anak dia sibuk... suruh call balik malam. Menurut cerita tu anak dia kerja kat KL..  Paklong tu tak tau la dari mana.. Tak tertulis dalam kisah yang di viralkan..


Aku hanya membaca & tak rasa aku perlu menghentam anak dia. Dia cuma cakap anak dia kat KL.. kita tak tau anak dia kerja apa, tinggal kat mana. Hangpa tau dak.. Kat KL tu berlambak golongan gelandangan yang bekerja cuma tak mampu nak sewa bilik atau rumah sebab sewa kat sana mahal sedangkan kos sara hidup tinggi. Sapa tahu anak paklong tu antara mereka tergolongan dalam golongan miskin bandar? Kita tak tau masalah orang.. Kita tak payah nak menghukum sangat. Pun macam tu aku tak kata la anak paklong tu pun susah kat KL sebab tu tak mampu nak hantar duit kat family dia kat kampung.. Yang aku nak bagitau kat sini. Tak ada sapa tahu apa kisah anak dia kat KL.. so tak payah nak jadi nujum pak belalang.. Nujum temberang sangat la dok menilik kehidupan orang seolah2 hangpa tau semua perkara yang jadi dalam keluarga depa. Samada betul ke anak dia mengabaikan dia atau sebenarnya anak dia kat sana pun kais pagi makan pagi, mereka je tahu.

Yer.. betul ada banyak kes anak anak abaikan mak bapak bila dah berjaya. Tapi yang korang tak tahu kadang2 bapak atau mak yang terabai masa tua tu ada sejarah masa mudanya. Mungkin depa mengabaikan anak anak masa kecik.. Banyak kes.. Ibu terpaksa membesarkan anak sendirian. Bapak ada pun macam bangkai. Tak guna sesen. Tak peduli anak anak. Bila dah tua.. anak dah membesar tanpa didikan agama yang cukup. Bapak pun perangai syaiton nirrojim.. Bila anak dah ada kehidupan sendiri benda tu jadi macam satu dendam lama yang tunggu masa nak membalas. Tu yang kadang2 berlaku kes mak bapak terabai di hari tua. Yer.. betul la walau macam mana pun.. Mak Ayah ni wajib kita jaga. Kalau kita derhaka tak cium bau syurga. Tapi tu la kesan dari membesar melihat perangai mak bapak tak bertanggungjawab.. anak anak pun rasa mereka pun tak perlu bertanggungjawab. Sebab manusia ni kita faham la.. Hati lebih menguasi akal. Nafsu lebih menguasi Iman.. Point dia tetap apa yang berlaku bukan dari kesalahan sebelah pihak je. Walau bukan semua kes mak bapak terabai tu tak jaga anak dengan baik. Tapi ada sesetengah kes.. kisah silam dia macam tu.

Yer.. aku dulu pun kadang2 suka judge juga dari cerita sebelah pihak.. tapi kalau dah lama hidup di media sosial patut dah faham permainan media sosial ni. Patut belajar banyak perkara bukan main share je tak tau hujung pangkal.

Kes Paklong tu.. Pada yang memviral kalau niat kau nak membantu, bantu je la. Perlu ke kau mengaibkan anak dia walau orang tak kenal anak dia pun. Yelah.. orang sekarang buat benda baik kena viralkan. Semua berlumba lumba nak jadi 'malaikat' media sosial kan. Tunjuk mereka dah melakukan satu kebaikkan tapi pada masa yang sama kebaikkan yang depa buat tu di sertakan dengan kisah yang mengaibkan orang lain. Itulah 'Malaikat' media sosial yang rasa mereka dah cukup baik.. spesis macam ni sama je poyo macam mamat2 ni >> VIDEO] Pernah tak jumpa orang yang poyo macam 4 budak ni? << hehehe

Apapun aku doakan buat Paklong, Family Paklong & anak paklong tu di limpahi rezeki yang berpanjangan supaya mereka dapat hidup dengan selesa. Semoga anak anak beliau akan sentiasa menjadi anak yang mengenang budi. Amin...

PANAS! FILEM PEKAK TIDAK LULUS TAYANGAN DI BRUNEI KERANA ADA ADEGAN YANG BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH

PANAS! FILEM PEKAK TIDAK LULUS TAYANGAN DI BRUNEI KERANA ADA ADEGAN YANG BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH. Wah aku baru je teruja nak tengok filem ni sebab tengok iklan promo dia kat TV macam best je. Tapi macam biasa la aku kalau tengok pun tunggu keluar dalam bentuk DVD. Filem ni pelakon utama dia pun pelakon2 yang hebat.. Sapa tak kenal Sharifah Amani & Zahiril Adzim. Kualiti lakonan mereka memang tak boleh di pertikaikan lagi.


Terbaca Harian Metro Online tadi..Filem yang mula di tayangkan semalam seluruh pawagam di Malaysia tidak lulus tayangannya di Negara Brunei yang kita sedia maklum dengan ketegasan pemimpinnya kalau melibatkan hal ehwal agama. Antara sebab filem pekak tidak lulus di tayangkan kat sana adalah sebab ada adegan wanita merokok, aksi menghisap dadah & babak - babak keganasan yang di katakan boleh memesongkan akidah. Lagi satu katanya filem tu tidak memberi moral yang baik.


Biasa la tipikal filem Melayu.. suka mengetengahkan isu2 masalah sosial. Benda tu kita sedia maklum jarang jadi moral of the story tapi selalu je jadi pengaruh untuk orang lain mencuba walaupun orang tahu perkara tu memudaratkan & membawa malapetaka. Katanya pengurus besar syarikat penerbitan tu frust sikit la sebab di terima di negara lain tapi tidak negara jiran. Boleh menjejaskan kutipan jualan tiket katanya

Kita kena la akur dengan rules di negara orang. Aku tak pelik pun kalau itu alasan brunei tak meluluskan tayangan kat sana. Produksi sini kata nak paparkan realiti sebenar yang wujud dalam kehidupan... Kerajaan brunei tak suka menonjolkan realiti yang tak baik dalam filem nak di tayangkan kat sana.. sebab depa sedia maklum.. benda tu memang akan mempengaruhi orang lain. Redha je la yer..

Apapun aku masih teruja nak tengok filem pekak ni. Semoga filem ni mendapat sambutan pecah panggung walau brunei reject tayangan kat sana.

Sumber : Harian Metro

ASTAGFIRULLAH.. APA YANG AWAL ASHAARI PAKAI TU?

ASTAGFIRULLAH.. APA YANG AWAL ASHAARI PAKAI TU? Awal Ashaari antara retis yang suka mengutuk & mengondem blogger kalau nak tahu. Dia ni macam Anti sangat dengan blogger.. Padahal dia tak tau dia masih bertahan dalam dunia seni hiburan kerana adanya blogger yang masih menulis pasal dia tak kira la benda baik atau buruk. At least orang sentiasa kenal dia melalu penulisan di blog.


Awal ashaari antara artis yang tak habis2 dengan kontroversi.. Kontroversi melibatkan anak dia la.. bini dia la.. Antara retis yang agak emosional jugak la. Tadi tengok orang mula Viral fesyen yang dia pakai dalam satu showcase fashion katanya. Nak gelak ke tidak tak tau la. Ni ke di namakan fesyen zaman sekarang. Rasanya ni bukan fashion terkini tapi fashion ni nampak macam uniform sekolah di convert menjadi fashion lelaki metroseksual yang hipster katanya. Sebab kat Malaysia memang uniform sekolah budak perempuan macam ni hahaha

Apa keburuk sangat fesyen kau pakai ni awal?? Kau ni memang main sarung je asal orang bayar. Macam dah tak ada ego & harga diri. Kalau orang sarung kau dengan guni beras then bayar kau pun aku rasa dia ni pakai jugak.  Pandangan mata masyarakat Malaysia confirm majoriti tak rasa fesyen ni fashionable pun. hehehehe

Katanya ni pakaian tradisi Scotland.. tapi nampak janggal kot dalam budaya & masyarakat melayu kat malaysia ni. Tak payah nak jadi orang Scotland sangat la kan.. hahaha

Hope selepas di kritik nitezen awal kembali ke pangkal jalan. Kembali berpakaian lelaki yang macho bukan pakai kemeja dengan skrit macam ni walaupun sekadar mengayakan fesyen tu hanya satu hari. Sebab kesannya orang akan kritik kau berhari hari. Dari kau pakai skrit kau pakai kain pelekat lagi nampak jantan. lelaki melayu lebih nampak jantan dalam pakaian tradisi melayu bukan dalam pakaian tradisi Scotland katanya.. Ni nampak alahai macam pondan tak pondan je aku tengok.

Kesimpulannya.. Lelaki jangan ingat apa yang perempuan pakai je boleh menyebabkan fitnah kalau lelaki yang pakai macam ni kat Malaysia pun boleh mengundang fitnah jugak tau. Jadi elakkan buat perkara yang boleh menjadi salah faham & fitnah. Ingat semua orang tahu ke pakaian orang Scotland jadi jangan marah la kalau kau kena gelak hehehe

Moral of the story.. Kalau nak bagi award melalui Facebook rasanya awal dapat award yang mana satu yer guna application ni >> 10 Anugerah Yang Boleh Anda Bagi Kepada Rakan Di Facebook << Sebab dalam 10 anugerah ni ada anuegerah The Good Fashion Guru Award.. rasanya bagi je la kat awal ashaari kan. hahahaha

KEKASIH BUAT KEJUTAN BAWA NAIK VESPA LAMA PERGI DATING

KEKASIH BUAT KEJUTAN BAWA NAIK VESPA LAMA PERGI DATING. kecoh la isu pasal ada pasangan kekasih ni yang pakwe dia buat kejutan bawa naik limosin. Kereta orang kaya katanya. Maka ramailah orang tag pasangan masing masing dengan harapan dapat kejutan yang sweet like kencing manis macam tu. Tetiba teringat jugak la kisah cinta jahiliah aku dengan suami dulu..

Gambar sekadar hiasan. Sumber google

Kami dating takde la naik limosin.. naik satria jer masa tu. Tu pun satria laki aku beli sendiri dengan duit dia masa umur 18 tahun. Masa tu kagum jugak la.. dia 18 tahun dah mampu beli kereta walau second hand tapi beli secara cash. Sebab time tu dia nak ambil kereta baru nak buat loan tak lepas lagi. Takpe la 2nd hand pun.. Yang penting dia tak guna duit mak bapak dia nak beli apa dia nak. Dia kerja cari duit sendiri.

Sampai la kenal dengan aku dia still pakai satria tu. Aku pun bukan meterialistik sangat. Kau pakai kereta apapun masa tu bagi aku kereta kau. Aku tumpang duduk sebelah jer.. Tu pun syukur la tak kena bersesak dengan mat bangla naik bas. Dalam sepanjang cinta jahiliah yang tak sampai setahun tu aku pernah la suarakan teringin nak naik vespa. Serius memang time tu aku teringin sangat nak merasa naik vespa. Aku rasa macam retro itu sweet pulak.

Tak sangka wei.. kekasih jahiliah aku masa sanggup pi cari vespa 2nd hand & beli semata mata nak tunaikan impian aku nak naik vespa. Sempat la merasa dating naik vespa sekali dua.. Yang tak tahan tu siap dressing ala2 retro jugak. Punya la nak bagi kena dengan tema vespa tu. Vespa tu memang vespa lama bukan vespa jenis yang baru.. banyak jugak ragam dia. Selalu kena repair.. Dah malas nak jaga maintenance dia laki aku jual balik. Tapi takpe.. aku dah merasa dating naik vespa, cukup la. Jadi kembali la kami naik satria.

Semua orang ada cerita sweet zaman jahiliah dia.. Tapi cuma buat kejutan dengan limosin tu. Kereta tu confirm sewa mahal.. bagi hadik2 yang masih dok seluk poket mak bapak tak payah nak tiru sangat la kan. Belum kawen memang semua sweet like kencing manis.. Kau naik angin pun pasangan kau masih nampak kau sweet. lepas kahwin kau belum naik apa2, dia nak mula naik marah masa tu kau akan sedar, naik limosin tak menjamin dia akan kekal sweet sampai beranak cucu. Sebab hidup kita ni ada fasa.. setiap fasa tu mesti ada perubahan. Ini realiti. Hidup bukan macam drama pukul 7 kat TV3. Lepas kawen baru kau tahu betapa struggle nya kau nak pikat hati suami supaya kembali ke zaman sweet dulu. tak macam zaman bercinta dia yang struggle pikat kau. hehehe

Apapun aku tak rasa isu besar sangat pasal kejutan naik limosin cuma yang tak elok benda tu kalau jadi trend. Yang mampu tu ok la.. takut yang tak mampu, mampus pulak bila awek request nak naik limosin. Almaklum la tak nak kalah.. hehehe

Moral of the story.. Mungkin bagi orang sweet dapat kejutan macam tu tapi bagi aku sekarang paling sweet adalah tiba2 laki aku suruh pakcing baju nak balik kampung. kejutan macam ni tiap2 tahun berlaku ok! Selalu dia buat kejutan sampai kejung aku nak packing last minute. Bukan je balik kampung malah kemana mana pun selalu macam tu. sweet tak laki aku yang selalu buat kejutan. hahahahaha

P/S : ni kisah zaman jahiliah.. apa yang baik ambil sebagai teladan yang buruk jadikan sempadan

TERBONGKAR PERANGAI SEBENAR ANDA HANYA DENGAN 8 SOALAN NI

TERBONGKAR PERANGAI SEBENAR ANDA HANYA DENGAN 8 SOALAN NI. Ramai orang takkan mengaku dia kawan jenis makan kawan atau kawan yang tak baik. Semua rasa dia dah jadi terbaik untuk kawan dia. Bila tak di di peduli dia mula rasa tak di hargai sedangkan jarang orang nak sedar diri sebenarnya perangai dia sebagai seorang kawan pun bukan elok sangat dengan kawan kawan lain. Maka orang pun malas nak layan dia dengan baik.


Manusia mana yang perfect ye dak. Aku sendiri pun mengaku diri aku ada buruk jugak sebagai seorang kawan. Tapi kalau ada kawan yang boleh terima perangai buruk kita tu syukur la kan. Kalau yang tak boleh terima kita tak boleh paksa. Orang nak suka atau tak.. Tu hak dia la kan. Dalam hidup ni mustahil la kita mampu buat diri kita di sukai semua orang. Kalau kita pun ada orang yang kita tak suka apatah lagi orang lain. Mungkin kita salah seorang orang dia tak suka.. tak boleh nak buat apa la kan.

Sebagai manusia yang kadang2 kita tergolongan dalam golongan tak sedar diri jugak.. Dok sentiasa rasa diri dah cukup baik pada kawan kawan kadang2 boleh buat kita tak nampak kesalahan & keburukkan kita yang buat orang benci kita. Kena ada orang atau sesuatu yang menyedarkan kita. Ingat senang ke nak cari seseorang yang mampu buat kita sedar diri yang kita tu buruk perangai. Kebanyakkan dari kita memang susah nak mengaku perangai kita buruk, ye dak?? Alah.. tak payah nak menidakkan sangat la.. Memang kebanyakkan kita ada perangai macam tu.

Jadi kalau nak harap manusia tegur kadang2 kita tak boleh terima teguran sesama manusia ni. Almaklum la spesis manusia ni memang ada ego tersendiri. Kalau yang ego high level sampai ke langit tujuh tu lagi la susah nak tegur. Jadi untuk tidak buat kita terus hanyut dalam anggapan sendiri yang konon kita dah cukup baik dengan kawan kawan, elok la tengok kat sini macam mana 8 soalan ni mampu membongkar segala perangai buruk & baik kita terhadap seorang kawan >> 8 Soalan ni mampu membongkar perangai sebenar anda pada seorang kawan <<

Sekarang dah tau sebenarnya perangai korang tu macam mana? Kalau sedar bagus la. Ternyata anda dah mampu berpijak di bumi yang nyata bukan lagi terawang awang dengan persepsi sendiri terhadap diri sendiri. Apa yang buruk tu berusaha perbaiki & yang baik tu kekalkan. Insya Allah bila masing2 sedar diri buruk & baik kat mana.. Tak ada persengketaan yang akan berlaku.

KISAH SERAM POCONG ALMARI BURUK GANGGU PELAJAR KEM MOTIVASI DI JOHOR

KISAH SERAM POCONG ALMARI BURUK GANGGU PELAJAR KEM MOTIVASI DI JOHOR. Masa kecik kecik dulu makcik aku selalu momokkan aku dengan hantu kum kum dalam almari. Katanya dalam almari dia ada hantu kum kum. Memang masa tu aku percaya la jugak. Almaklum zaman budak tanpa gadget ni memang mudah percaya dengan cerita dogeng nak2 ada unsur2 seram ni. Bila teringat momokkan makcik aku masa kecik dulu tetiba rasa nak puaka kan blog lekatlekit.com malam ni dengan kisah seram yang melibatkan almari.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Maka malam ni aku nak share dalam segmen seram serik lekat lekit sebuah kisah yang berlaku di sebuah kem. Kem ni katanya terletak jauh di pendalaman di johor. Nak di jadikan sebuah kisah seram untuk tatapan masa depan.. Tempat ni di adakan satu kem motivasi untuk pelajar sekolah. Kat kem tu ada 4 dorm. 2 dorm untuk lelaki & 2 dorm  untuk perempuan. 1 dorm ni boleh muat 12 orang. Dalam 1 dorm ada 6 katil dua tingkat. Jadi memang cukup la 12 katil. Dalam dorm tu semua kelengkapan ni masih baru kecuali 1 almari usang & buruk yang terletak hujung katil.

Hari pertama di kem tersebut tak ada apa2 berlaku. So, enjoy la bebudak tu sebab babak babak seram belum muncul. Tapi malam kedua & seterusnya.. kejadian berlaku selepas aktiviti sahsiah diri. Masing2  bawa diri ke dorm masing2 la nak tidur. Tapi malam kedua tu sesuatu telah berlaku kat dorm yang ada almari buruk ni.. Tak payah teka. Bukan almari tu tetiba keluar lembaga menyeramkan. Asal ada kaitan dengan almari je hangpa ingat semua babak hantu muncul keluar dari almari lah yer.. Tidak untuk kisah ini.

Pada malam tu seorang pelajar lelaki ni. Katil dia kat bahagian bawah & lokasi dia paling hujung dekat dengan almari buruk tu. Katanya masa dia pujuk kawan dia yang masih menyambung tangisan selepas aktiviti sahsiah diri tu tiba tiba... dia ternampak seperti satu bayangan besar bersize manusia sedang melompat atas tiang bumbung. Almaklum la kem depa ni memang tak ada siling. Kalau  tak ada siling memang boleh nampak tiang2 yang menongkat bumbung tu. Tapi dia buat tak tau je la & anggap mungkin mainan perasaan dia je. Dia pun kembali menoleh kearah kawan dia yang tak sudah sudah menangis dari tadi tapi alangkah terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh bila yang ada kat sebelah dia bukan lagi kawan dia tapi.... satu makhluk berbungkus macam jenazah kena kafan.. Pendek cerita pocong la. Senang sikit nak paham. Kias kias sangat jenuh imaginasi hangpa nak bekerja membayangkan rupa makhluk tu pulak.

Kau rasa kalau budak tu nampak pocong live depan mata dia sempat lagi ke nak capai smartphone kemudian ber wefie dengan pocong tu? Kalau dia masih terfikir nak bergambar memang aku salute 3 jari la kat budak tu tapi tipikal manusia nampak makhluk macam tu. Meremang bulu roma tak payah cakap la.. Menggigil la budak tu. Terus baring tutup muka dengan bantal. Maka terkumat kamit la dia membaca ayatul kursi katanya. Maka bergegar la katil dia lepas baca ayat kursi seolah olah gegaran tu macam menyatakan kemarahan padanya. Semua pelajar dalam bilik tu pun boleh rasa gegaran & dapat lihat pocong tersebut tapi tak dapat buat apa2 sebab terlalu takut. Masing2 mendiamkan diri di katil masing masing.

Sampai subuh kejadian seram tu berlaku dan berakhir bila fasililator datang kejutkan mereka untuk solat subuh. Time tu la masing2 menangis tanpa henti akibat ketakutan sepanjang malam dengan kejadian seram tu. Tapi  fasililator kat situ tak bagitau kat bebudak ni kejadian sebenar pernah berlaku kat dorm tu sebab taknak mereka di hantui ketakutan & trauma sepanjang kem tu cuma nak di jadikan cerita ada budak dengar perbualan  fasililator. Katanya pernah salah seorang  fasililator terjumpa satu mayat dalam almari buruk tu. Selepas kejadian tu ramai orang cuba alihkan almari tu tapi semuanya gagal. Sejak kejadian tu dorm tu di tutup & tidak di benarkan sesiapa pun masuk ke situ.

Asal tempat tu berlaku kematian yang mungkin akibat di bunuh atau bunuh diri je mesti hantu nak jadikan port seram kan? Tapi kalau almari korang tahap sarang tikus sebab terlampau banyak sangat baju bajan & barang2 di sumbat.. takde hantu pun boleh nampak menyeramkan. Bagi yang suka sangat menyumbat semua benda dalam almari & akhirnya jadi tak tersusun elok la korang tengok ni macam mana nak menyelesaikan masalah almari anda yang dah nampak rupa puaka tu >> Ini penyelesaian Kalau Almari anda selalu sesak <<

Moral of the story.. untuk sekian kalinya aku nak ingatkan. Yang jadi puaka @ makhluk seram tu bukan orang yang pernah mati dalam almari tu tau! Manusia yang dah mati takkan kembali kedunia dalam apa bentuk jelmaan pun kalau ada yang menjelma macam dia itu hanya jelmaan jin & syaitan yang nak menyesatkan manusia.

Sumber cerita : The Vampire Diaries

AWAS! KENA TAHU KENAPA NAJIS BURUNG BAHAYA PADA KERETA

AWAS! KENA TAHU KENAPA NAJIS BURUNG BAHAYA PADA KERETA. Sebut najis ni macam skema pulak yer.. Macam nak tulis karangan bahasa melayu kat sekolah. Senang sebut tahi je la. takde la nampak macam ikut format karangan sangat kan. almaklum la konsep entri blog lekatlekit.com ni santai2 bawah pokok jer.. kekdahnya tulis entri macam borak2 kosong. Hahaha... Awas! adik adik jangan guna format santai ni dalam karangan bahasa melayu kat sekolah ok kalau korang tak nak kurang nombor pada kertas soalan nanti.


walaupun aku ni tak pandai drive apatah lagi memiliki kereta hatta kereta mainan pun aku takde koleksi... Yang banyak koleksi skincare dengan dvd filem seram je. gamaknya akan datang benda tu sesak2 boleh jual tak? hahahaha... Tapi aku suka jugak membaca pasal kereta terutama tip2 penjagaan kereta ni. yelah.. boleh tumpang jaga kereta suami yang aku dok lenjan selalu. Jadi penumpang sebelah pemandu jer.. At least kita boleh share tips ni kan dengan suami agar kereta hak milik bersama tu kurang sikit kos nak merepair bila kita tahu macam mana nak jaga dengan baik.

Tengah2 dok baca tips penjagaan kereta ni secara tak sengaja pulak terbaca bahaya najis burung pada kereta. Nak2 orang yang suka sangat cari port bawah pokok konon nak park kereta tempat teduh sikit. Jaga2 bawah pokok hangpa park kereta atas pokok ada burung tengah parking. Burung ni dia nak berak takde dia cari tandas awam bagai.. mana dia bertenggek situ la jamban dia. Nasib la time dia lepak2 atas dahan pokok tetiba dia rasa nak membuang hajat. Kebetulan kereta hangpa parking bawa tu.. Maka tersadai la sisa2 kumuhan burung tu atas kereta hangpa. Nak2 lagi kalau parking dekat dengan BSN sungai buloh yang terkenal tempat pengumpulan gagak hitam. Memang kalau balik tak bawa bersama cenderahati dari gagak hitam tak sah la. Hahahaha

Ada orang malas nak cuci dia biar je taik burung bercorak atas kereta dia.. Katanya.. alah taik burung je bukan ada bau sangat. tak masuk kereta pun. Tapi dia tak tau kesan biarkan tahi burung melekat kat kereta dia lama lama. tahukah korang bahaya biarkan tahi burung lebih dari 48 jam melekat pada kereta anda. Nak tahu kenapa bahaya meh baca kat sini. tentu korang tak sangka >> Ini sebab kenapa Perlu bersihkan dengan segera Najis Burung yang melekat di kereta <<

Moral of the story.. Yang bernama tahi ni tak elok la di simpan lama lama.. walaupun tahi hidung. Yang namanya tahi ni takde satu pun yang menarik lebih2 tahi burung yang melekat atas kereta. Jadi jangan malas sangat...

INI SEBAB TAK PERNAH MENANG PERTANDINGAN MEWARNA

INI SEBAB TAK PERNAH MENANG PERTANDINGAN MEWARNA. Masa sekolah rendah dulu kalau ada pertandingan mewarna confirm la la bebudak excited nak join. Aku pun dulu macam tu jugak walau tengah mewarna tetiba orang datang tengok, confirm muka terus jadi berblusher tahan malu. Macam tu jugak time exam pendidikan seni.. Kalau pengawal dewan tu tengok sedaya upaya sorok lukisan tu. malu kot.. nak kata abstract tak berapa abstarct.. Sikit lagi nak sama level budak tadika je walau time tu dah PMR katanya. hahaha

Adult coloring book yang tengah trend sekarang

Sekarang trend pulak adult coloring book.. Ramai juga nampak kengkawan aku dok upload hasil mewarna depa kat FB. Cecantik belaka.. Konon aku pun tak nak ketinggalan dengan trend katanya pinjam coloring book anak aku sebab aku memang tak pernah nak membeli adult coloring book ni. Aku pun bukan minat sangat nak menconteng arang ke buku mewarna ni. Kesian pulak rasanya lukisan yang cantik di aib kan dengan hasil kerja tangan aku yang macam ni.

Dah dah.. jangan nak hina lebih2 hasil kerja tangan aku mewarna ni. Kira cantik la banding anak aku yang mewarna hahahahaa

Baru habis sekor ikan aku warna.. Dah rasa bosan. Nak2 lagi tengok hasilnya. Jadi tak pelik la aku tak pernah menang pertandingan mewarna masa sekolah dulu. Memang takde talent langsung mewarna. Melukis jangan cakap la.. Memang azab la sapa2 tengok aku melukis. Boleh di selubungi misteri sepanjang hayat. hahahaha

Takpe la aku rasa better aku cari isu2 yang best untuk update blog je. Mungkin talent aku lebih kepada membebel dalam blog je dari mewarna. Almaklum la jari2 dah keras. Nak tenyeh pensil color pun dah tak ada seninya. Lagipun seni ni banyak cabangnya.. Penulisan jugak salah satu cabang seni. Malah.. Main lego pun jugak salah satu seni jugak, sebab tu peminat lego tak kira budak atau dewasa sanggup berebut nak dapatkan koleksi lego. Sebab seni tu berkaitan dengan kreativiti. Apa saja bidang berbentuk kreatif itu adalah seni.

Moral of the story.. Setiap orang di lahirkan dengan bakat yang berbeza jadi tak perlu nak jadi macam orang lain kalau kita memang tak ada minat atau bakat dalam sesuatu perkara tu. Nak buat sebab kita nampak orang success dalam sesuatu kita pun nak tiru sedangkan kemampuan kita tak ada. Hasilnya memang 'sedih'. Jadi dari buang masa buat sesuatu yang kita tak ada skill baik fokus apa yang kita minat & ada bakat.

AKU NAK BONGKAR PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL SUNGAI BULOH

AKU NAK BONGKAR PENGALAMAN BERSALIN DI HOSPITAL SUNGAI BULOH. Sekarang ni tengah viral pasal seorang individu yang mendakwa terima layanan buruk dari nurse kat situ. Kemudian katanya ada yang sampai kena tidur atas lantai sebab tak cukup katil. Yang dah ada bukaan pun terpaksa menunggu di kerusi. Aku salah seorang yang ada pengalaman bersalin di hospital sungai buloh jadi aku rasa tergerak hati nak share jugak la secebis kenangan aku semasa melalui detik2 penuh mendebarkan bagi seorang yang baru nak bergelar ibu masa tu.

Gambar Yang Menjadi Viral

Tahun 2011.. Masa tu bulan puasa. 20 Ogos 2011 pagi tu air ketuban dah pecah. Dalam pukul 7 pagi macam tu. Dalam pukul 8 macam tu.. aku gerak ke hospital dengan suami aku. Time tu dah rasa contraction. Sampai hospital dalam 8.30 macam tu.. Terpaksa tunggu kat kerusi sebab katil dah penuh. walau contraction dah kuat tapi memang time tu berlaku jugak perkara yang aku rasa nak marah. Nurse masa tu boleh cakap biasa je tu bila nampak aku muka menahan sakit. Mundar mandir kat tempat menunggu tu. Sampai la seorang attendant staff ke hapa position dia aku tak pasti tapi lelaki & pakai uniform putih jugak la. tengok aku sakit sangat dia minta nurse bagi aku katil & check bukaan. Lepas check tu memang tak tunggu lama terus dorang tolak masuk LR. tak sempat tukar baju ke hapa. Aku pun bukan reti sangat.. Tak tau bukaan tu berapa cm ke hapa. Yang aku tau sakit yang amat. Masuk LR dalam pukul 9.00am & aku bersalin secara normal tapi kena vacum sikit. 9.20am anak aku dah keluar. Dalam lebih kurang pukul 11.00 kot aku dah masuk wad. Dalam LR tu cuma ada seorang je nurse yang agak garang tapi bukan melayu. Dia garang sebab aku minta bersalin cara lain selain kena push macam tu. Aku dah tak larat sebab sahur aku tak bangun. Sehari sebelum bersalin buka puasa last tu aku tak makan sangat. tetiba pagi tu dah nak bersalin. Awal dari due date 3 minggu. Dia cuma cakap.. You Tak cuba You dah cakap tak boleh. Tu je la dia cakap. Lepas tu ada nurse yang prihatin walau aku tak minta dia yang pergi panggilkan suami untuk bagi support. Tapi yang lain2 termasuk doktor yang jahit luka aku tu semua baik baik. Masa jahit pun berkali kali dia tanya kalau sakit bagitau dia tambah ubat. Memang tak sakit la kan aku masa kena jahit. Alhamdulillah berkat doa suami, mak, makcik & orang2 yang aku sayang Allah permudahkan semua urusan aku bersalin.

Masa kat wad pun.. Walau memang wad pun penuh time tu tapi aku tak nampak pun ada sapa2 tidur atas lantai ke hapa. Mungkin kat sudut lain aku tak sure la kan. Aku pun bukan sempat nak jenjalan sekitar tempat tu. Almaklum baru lepas bersalin. Sampai hospital pun tak sempat nak beramah mesra dengan sesapa terus bersalin je. Aku di tempatkan kat class kedua. Nurse2 kat situ pun Alhamdulillah baik. Sentiasa tanya kalau aku perlukan apa2. Nak ke tandas ke hapa dorang nak tolong cuma aku segan. Aku tunggu jugak suami aku. Anak aku masa tu masuk NICU sekejab sebab tak cukup berat tapi keesokkan harinya dua2 boleh keluar wad. Anak aku sihat & tak ada masalah apa2. Aku pun tak ada apa2 masalah. Nurse pun layan ok.. doktor pun masa check up takde kasar2 atau sombong tak tentu pasal. Majoriti bagi aku service di Hospital sungai buloh ok! Satu dua yang mula2 tu yang tak alert pasal orang sakit tu aku maafkan je. Sebab setiap tempat nak jumpa yang 100% baik memang tak ada kat dunia ni. Syurga je ada. Dalam masjid pun macam2 perangai orang ada inikan hospital.

Aku pernah masuk wad dengan anak aku sebab kuning. Sepanjang berada di wad lebih kurang 4 hari kalau tak silap. Alhamdulillah nurse, doktor & semua kat situ baik baik belaka. Kira Allah datangkan kat aku masa tu semua orang yang baik2 je la. Syukur la kan.

Sampai sekarang aku masih berurusan dengan hospital sungai buloh. Alhamdulillah.. Aku di temukan dengan orang2 yang baik je kat situ. Tak kira dari nurse, doktor, therapist anak aku.. semuanya layanan sangat mesra. Tak tahulah kenapa ada orang yang bernasib tak baik berurusan dengan hospital sungai buloh ni. Samada kesilapan tu di sebabkan sikap tak bertanggungjawab pihak tertentu atau kita kena check balik diri kita mungkin kita pun ada silap kat mana2 sehingga Allah menyusahkan kita dengan ujian2 macam tu. Atau Allah terlalu sayangkan kita sebab tu dia uji keimanan kita dengan cara macam tu. hehehehe. Tengah sakit kadang2 kita jadi terlalu sensitif.. Yelah sakit nak bersalin tak ada yang tak sakit. Sakit yang amat2 sangat.

Kalau ada rezeki untuk anak untuk lain kali.. Aku tak rasa serik untuk bersalin kat hospital sungai buloh & harap aku tetap di beri rezeki berurusan dengan orang yang baik baik je kat sana. Moga Allah sentiasa permudahkan semua urusan aku.

ORANG PERASAN CANTIK JE SUKA KUTUK ORANG GUNA CAMERA 360

ORANG PERASAN CANTIK JE SUKA KUTUK ORANG GUNA CAMERA 360. Aku pernah tulis pasal isu sindir menyindir orang yang tak perlukan application camera untuk cantikkan muka depa yang katanya natural beauty tu. Ambil gambar muka tengah teran nak berak pun tetap nampak cantik. So,apa kelas nak guna camera effect ni. Berbanding orang yang mungkin muka tak la comel sangat,kulit pun tak gebus gebas.. Dah la tengok muka sendiri dalam cermin asyik terkejut je. Nak jugak tengok muka sendiri dalam gambar sambil tersenyum.


Yelah.. bila tengok applikasi camera yang mampu buat beast jadi beauty at least bagi motivasi jugak depa untuk menjaga kebersihan, kesihatan & kecantikkan diri. Aku pun macam tu. Bila tengok gambar yang editing cantik nak mampus.. Aku pun semangat sikit nak menghabiskan duit kat guardian beli skincare katanya. Bukan apa nak jugak suatu hari nanti jangankan jerawat.. ruam sebijik pun tak ada kat muka. Gebu macam emma maembong katanya. Boleh la main lempang2 manja kat tempat awam dengan laki sendiri sambil minum est cola.

manusia mana tak mengimpikan wajah yang menarik.. Kalau tak cantik pada pandangan mata orang pun cukup la cantik kat pandangan mata sendiri & pasangan. Beruntung la hangpa yang lahir dengan kecantikkan semulajadi. Kulit tak sensitif. Takde masalah jerawat,jeragat,sopak,kurap,panau bagai walau bangun tidur pun kadang2 sampai mandi baru muka tu kena air. Apatah lagi nak beli skincare penuh meja solek.. memang tak la. tapi tetap jugak cantik walau ambil gambar guna camera dari sematpon galaxy Y yang dah masuk kategori ketinggalan zaman tu. Sebab Allah dah bagi kelebihan kat hangpa walau cuci muka pakai sabun cap kapak pun lawa tak abis jangan dok kutuk sangat orang yang gambar nampak cantik sebab camera effect. Kalaupun hangpa lawa tak payah la perasaan sangat hangpa paling lawa dengan dok kutuk muka orang tanpa camera effect macam celaka bagai. Bukan tak ada yang buat status menghina macam ni kat FB. Aku sendiri pernah baca & komen kat status macam tu. Padahal aku tengok gambar dia pun tak macam original sangat. Macam ada jugak kesan2 editing.

Ingat.. sebab Allah bagi muka hangpa cantik je hangpa rasa macam hangpa berhak hina orang bagai. Sekali Allah nak uji muka jadi retak seribu.. Time tu tengok sapa yang gelabah dok search applikasi camera kat playstore.

Orang akan upload gambar yang dia rasa cantik je sebab tu aku kata orang yang perasan cantik tak guna camera effect ni sebab selama ni walau orang tak puji pun dia rasa muka dia lawa tahap dewa dewi bintang tiga dah walau guna camera standard dalam smartphone tu. padahal kadang2 smartphone tu memang dah cipta camera dia bila ambil gambar nampak cantik dah tak perlu nak install applikasi camera gebu gebas.dah include effect tu dalam standard setting camera tu. Sebab tu dia rasa walau tak payah edit gambar nampak cantik. tapi tetap namanya effect camera jugak. Yang rasa lawa pun kadang2 sebab dia guna teknik macam ni je tu gambar dia nampak cantik >> Ini Sebenarnya rahsia gambar nampak cantik << Padahal kalau face by face sama level je muka dia dengan watak hantu kak limah.

Moral of the story.. Orang yang cantik sebenarnya orang yang bijak. Sebab kebijaksaan sahaja boleh membuatkan sesiapa saja nampak cantik

AWAS! INILAH KESAN GUNA PRODUK KOSMETIK SELUDUP

AWAS! INILAH KESAN GUNA PRODUK KOSMETIK SELUDUP. Hari ni cerita kita berkisahkan barangan seludup jer. Bukan nak bagi promosi free kat kempen #taknakseludup ni tapi sekadar memberi informasi kepada semua. Sebagai blogger kita adalah penyampai.. Jadi marilah kita menyampaikan sepatah dua kata kat blog katanya.

Gambar sekadar hiasan

Semua orang tahu produk seludup ni memang murah tapi tahap keselamatan dia tak terjamin. Lebih2 lagi kalau produk skincare @ kosmetik ni. Aku memang tak guna produk2 seludup nak2 lagi dari thailand atau indonesia atau kawasan2 sewaktu dengannya. Almaklum la dah la kulit tak berapa nak gebus gebas.. Dok guna produk takde kkm bagai ni risau jugak. Dari dok nampak rupa orang terus jadi rupa beruang. Jadi memang aku lebih suka beli produk yang terjamin selamat. Kalau dia tak mampu pulihkan masalah kulit pun at least dia tak merosakkan kulit. So, kalau kita cuba tak sesuai.. boleh tukar produk lain. ye dak??

Tengok satu entri kat Oh!bulan gambar kesan dari penggunaan produk kosmetik seludup ni memang agak ngeri jugak bagi aku. Kalau korang tengok pun mesti ngeri jugak la. Boleh tengok entri tu kat sini >>  AMARAN: Sesiapa pernah atau bakal beli benda-benda ni, korang wajib tahu perkara bahaya ni! << Produk yang masuk secara seludup atau haram dalam pasaran ni kadang2 mula2 pakai memang cantik bagai nak rak.. Lepas tu dia mula bagi kesan sampingan yang menakutkan kat muka. Dulu pernah kontroversi pasal produk collagen plus Vitamin e. Produk ni setahu aku memang takde pengesahan KKM pun. Kat kedai serbaneka pun aku tengok ada jual longgok macam tu je. macam mana la orang boleh yakin nak guna. Aku bukan la kaya even aku banyak guna produk bio essence tapi memang kalau dah longgok macam tu nak tenyeh kat muka.. kalau bedak sejuk yang buat dari tepung maybe aku berani la pakai tapi kalau cream2 muka macam tu.. minta maaf la.

Moral of the story... Kalau tak mampu beli produk yang sah & selamat.. Kita ikut petua tradisional yang murah tapi jangan sesekali ambil risiko memperjudikan wajah anda dengan produk kosmetik yang tiada pengesahan KKM atau pihak2 berwajib. Jangan nak cepat cantik dapat sakit. Alih2 jadi wanita berselubung hitam.

KONGSI PENGALAMAN JADI SURIRUMAH SAMBIL BUKA AIB SUAMI

KONGSI PENGALAMAN JADI SURIRUMAH SAMBIL BUKA AIB SUAMI. Zaman sekarang zaman viral. Bila seseorang buat benda tu jadi viral maka berpusu pusu lagi orang lain cuba buat benda yang sama. baru2 ni jadi viral satu status seorang surirumah berkongsi pengalaman sepanjang dia menjadi surirumah. Aku perasan oh!bulan ada ambil status tu di jadikan artikel kat blog dia. Lepas dari status surirumah tu.. muncul pulak status dari surirumah lain berkongsi pengalaman depa jugak.


Kat sini bukan aku nak mempertikaikan para surirumah yang cuba memberitahu pada semua di luar sana bahawa menjadi seorang surirumah bukan semudah yang orang sangka. Bagus jugak depa buka biji mata kaum lelaki supaya tau bini yang jadi surirumah sepenuh masa ni sebenarnya lagi banyak kerja kena buat dari bini yang bekerjaya di luar sana. Tapi hati hati.. nak share pengalaman tak salah untuk di jadikan teladan pada orang lain cuma takut apa yang kita cerita sebagai contoh dari kisah benar yang berlaku tu mengaibkan pasangan kita. Contoh.. dulu laki aku balik rumah jer mesti komplen rumah sepah bagai.. kata aku duduk rumah malas buat kerja. Asyik tidur je. Satu hari dia terpaksa jaga anak.. barulah dia tahu macam mana susahnya menjadi seorang surirumah tangga. Tanpa sedar contoh cerita kita tu dah memberitahu macam mana perangai buruk suami kita. Dah la tak tolong, lepas tu komplen. Sepatutnya kerja rumah tu tanggungjawab suami. Dia tak tau ke? Tu la tak ikut cara Rasulullah.. bla.. bla.. dot com dot my. Kan?? Orang yang geram baca cerita kita pasal suami kita ni kadang2 emo lebih dari kita yang hadapi. Jadi kat situ dah memberi tanggapan buruk kepada suami kita sendiri.


Tu contoh biasa la orang selalu masukkan dalam cerita & teladan kisah surirumah ni.. Tapi ada jugak cerita lebih berat dari situ yang mungkin menjatuhkan maruah walau ending cerita suami dia insaf & sedar perbuatan dia salah. Betul niat kita nak bagi pengajaran tapi tu la.. niat kadang2 tak menghalalkan cara kita. Sebagai isteri kita kena jaga aib suami. Yang buruk pasal suami tu tak patut di cerita secara umum. Sebab tu nak menulis kisah kehidupan rumahtangga kita kena sangat2 berhati hati. Bila kita terlalu terbuka bercakap pasal rumahtangga.. mungkin tanpa sedar kita bukan saja buka aib pasangan malah kita buka aib sendiri jugak. Niat kita mungkin berkongsi pengalaman & pengajaran tapi yang sampai pada orang yang membaca mungkin berbeza sebab persepsi setiap orang tu tak sama.

Moral of the story.. banyak cara kita boleh buat untuk raih perhatian kalau dah kemaruk sangat nak popular tapi tak perlu sampai membuka aib pasangan masing masing. Aib pasangan kita adalah aib kita. Jadi berhati hati. Aku pun seorang surirumah.. suami aku bukan mr perfect 10 sebab dia cuma manusia biasa tapi aku dah pratikkan dari awal tak suka berkongsi cerita rumahtangga secara umum atau dengan sesapa saja kecuali orang yang rapat & aku percaya. Tu pun aku jarang sangat nak share hal rumahtangga aku walau dengan family aku sendiri.

HATI HATI BILA UPLOAD GAMBAR WELFIE BERAMAI RAMAI

HATI HATI BILA UPLOAD GAMBAR WELFIE BERAMAI RAMAI. Ada orang jenis gila selfie setiap hari tak kurang dari 100 gambar dia snap. tak kurang dari 10 gambar dia upload. Maybe dia confident gambar dia menarik.. Tipu sangat la orang suka tunjuk gambar hodoh dia kalau dia sendiri jijik tengok kan? hahahaha... Kebanyakkan dari kita memang akan upload gambar yang kita nampak rupa kita elok je even ada muka orang lain dalam gambar kita dalam keadaan yang sangat memalukan.. kita dah tak kisah. Spesis jaga muka sendiri memang macam tu.. Tak fikir aib orang lain yang penting dia nampak cantik & menyerlah dalam gambar tu. Orang lain nampak buruk lagi bagus...

Gambar sekadar hiasan. Carian Google

Kadang2 pergi tag pulak gambar kawan yang dalam keadaan dia tak bersedia, muka nampak buruk.. Malu sang kawan tu tetiba gambar hodoh muncul kat wall dia & orang lain boleh tengok. Nak Untag kang terasa.. Tapi dia sendiri rasa malu dengan gambar tu. Kadang2 terpaksa biar jugak benda tu menjadi kemaluan paling besar sebab nak jaga hati kawan. Sebab tu aku setting gambar2 yang di tag tak appear kat timelines aku. Tapi even tak appear kat timelines pun bila tag rasa tetap keaiban tu ada sebab tetap appear kat timeline orang lain kan.

Wahai kawan..jangan terlalu selfish sampai tak jaga maruah & aib orang lain semata mata untuk nampak diri lebih menyerlah & cantik berbanding kawan kawan lain. Sebelum upload tu fikirkan la perasaan tuan punya gambar. Letak sekejab diri anda dalam diri dia.. Kalau hangpa pun tak sanggup nak tayang gambar buruk macam tu apatah lagi orang lain. Kadang2 lucu bagi kita tapi mengaibkan bagi orang lain.

Tapi Walaupun macam2 persepsi masyarakat & pakar pada mereka yang suka berselfie & welfie ni tapi kita tak boleh nak nafikan selfie sekarang bukan benda yang sia2 atau sebab mental problem kalau selfie/welfie di salurkan di tempat & cara yang betul. Kalau dah sampai dalam jamban nak selfie tu memang betul2 mental la.. Tapi kalau selfie untuk memberi pulangan pada diri sendiri tu namanya bijak mengambil kesempatan.

Moral of the story.. Nak selfie.. welfie tak salah. Cuma jangan sampai kita terlalu obses sehingga benda tu memudaratkan mengundang persepsi buruk orang pada kita. Buat apapun biarlah berpada pada. Nak upload gambar yang ada orang lain pun perlu fikir banyak perkara. Hormati privacy & hak orang lain walau gambar tu milik kita tapi kalau ada muka orang lain tetap muka depa tu hak depa jugak. Maruah orang adalah milik tuan punya badan walau dalam gambar orang lain punya.

YANG PERLU KORANG TAHU SEBELUM PAKAI CONTACT LENS

Contact lens pun dah jadi macam kosmetik.. Ramai yang nak cantik sekarang ni pakai contact lens tapi entah kenapa aku rasa macam rimas bila pakai contact lens.. Pernah la dulu pakai.. Rasa lagi selesa dengan bijik mata original ni. Takpe la bijik mata standard orang melayu... Syukurlah ada biji mata katanya. Takde warna warni aidilfitri pun takpe dari rasa ada benda melekat je kat biji mata.


Tapi biasa la tuntutan trend & fesyen.. Ramai muda mudi termasuk tua bangka pun nak nampak cantik dengan contact lens... Takpe pakai jer. Semua berhak untuk rasa diri dia cantik. Tapi sebelum korang beli & pakaikan kat bijik mat korang ada beberapa perkara korang kena tahu dulu. Jangan semborono main tempek je kat bijik mata. Silap haribulan nak cantik lain pulak jadinya.

Banyak perkara kena ambil kira dalam pemilihan contact lens ni.. Dari segi kesesuaian hingga pada tahap keselamatan & kesihatan. Jangan ambil mudah.. Kanta lekap ni bila pakai melibatkan keselamatan kornea mata. Kornea mata kategori tisu yang tidak di lindungi & mudah kena jangkitan & menyebabkan kerosakkan kekal pada mata. Sebab tu sangat bahaya kalau korang tersilap beli & pakai contact lens. Mata salah satu deria penting. Jangan nak cantik sekejab.. meraba seumur hidup.

So, atas dasar ke prihatinan aku.. Bila jumpa artikel yang aku rasa bermanafaat nak share dengan hangpa semua maka tanpa ragu ragu aku park la kat blog ni. Tapi tak syok pulak main copypaste jer artikel orang kan. Lebih sopan hangpa sendiri pi baca kat sini >> Cara pilih,pakai & jaga kanta lekap dengan betul <<

Semoga artikel tu dapat membantu hangpa yang memang suka pakai contact lens. Moral of the story.. Hargailah anugerah penglihatan yang Allah bagi. Jangan modified sampai memudaratkan.. Takut nikmat melihat di tarik balik sebab ketidak syukuran kita.

DRAMA ADAPTASI NOVEL AJAR ORANG JADI DERHAKA

Ingat Sinetron Indonesia je rasa nak muntah tengok, drama & novel melayu sekarang pun sama dah. Jenis copypaste idea memang lebih kurang sama jer jalan ceritanya. Tapi Drama & novel melayu sekarang bukan jer jalan cerita jer macam copypaste idea tajuk pun sama.. laki aku sotong, dia bini aku, laki aku belakang rumah, jiran itu bini dia, bini aku bukan bini kau... bla.. bla... bla... Alahai, dah habis ilham ke hapa asyik tajuk laki bini je jadi pilihan.


Kalau sorang buat adaptasi cerita novel pasal suami isteri & berjaya... maka berderet la lepas tu cerita adaptasi novel berkisahkan suami isteri yang kawen pasal terpaksa. Tak laki kena paksa kawen.. mesti bini. Pi mai pi mai tang tu jugak. Tak pun kalau tak berkisah kena kawen paksa mesti kisah pasal laki bini jugak sampai rasa nak muntah atas tv tengok drama drama macam ni. Scene2 dalam drama tu pun typikal perempuan gedik tak pun jantan kasanova. Mesti ada satu watak pembantu yang nak memecah belahkan hubungan tu. Memang totally pelakon jer berbeza jalan cerita lebih kurang sama.

Lagi satu aku perasaan.. banyak drama adaptasi novel sekarang ni memang macam nak highlight sangat kalau kawen terpaksa ni.. laki tak boleh sentuh bini.. bini tak nak layan suami sebagai suami.. Majoriti drama adaptasi novel sekarang cerita dia macam tu. Nak tunggu jatuh cinta dulu baru boleh laksanakan tanggungjawab suami isteri tu. Watdehek! Nampak sangat macam nak ajar orang jadi derhaka kepada pasangan masing2. Lepas tu babak skandal dengan boipren/gepren lama.. Dah satu moral curang di tonjolkan. Asal kawen terpaksa & di paksa mesti perjalanan cerita dia macam tu.

Tak macam dulu.. Rasanya zaman teknologi tak canggih penggiat seni ni lagi kreatif & ber idea dari zaman sekarang. Tak de sangat nak nampak cerita copypaste idea ni.. Tapi sekarang bersepah. Guna pelakon2 yang tengah up sikit, watak sweet2 kencing manis sikit buat gegadis berangan bila tengok drama tu dah.. Kualiti cerita hampeh. rasanya baca buku cerita dogeng kanak kanak lagi enjoy kot.

Tolong la stesen tv.. selected sikit nak pilih drama untuk slot rancangan korang. Jangan la orang luar tengok sampai nangis  berdarah dengan drama melayu sekarang. Kang Julia Perez tengok kutuk drama melayu hangpa nak tacing sampai ke tulang sum sum. Padahal bukan Julia Perez ja rasa nak cerca, aku pun kawal words jer agar tak keluar bahasa2 trajidis bila tengok drama2 Melayu sekarang. Nasib baik aku tak langgan esteruk kalau tak maybe lebih teruk aku kutuk. hahahahahaha...

Apapun aku rasa dua drama melayu sekarang yang maybe ada moral yang elok untuk di tonton iatu.. Asam pedas untuk dia.. sebab dalam drama ni even depa kawen bukan atas suka sama suka tapi moral yang di bawa dalam cerita ni sangat baik. Sebabnya pasangan ni walau kawen terpaksa tapi kedua dua melakukan tanggungjawab seorang suami & isteri dengan baik tak macam drama2 adaptasi novel yang bersepah sekarang.. Yang kedua mestilah cerita Ungku Aziz Ismail.. Teman lelaki upahan sebab watak EL yang cuba menyatukan ahli keluarga kyra tu bagi aku bawak moral yang elok jugak. Sebab drama ni lebih highlight pasal hubungan kekeluargaan lebih2 lagi keluarga sebelah EL. Aku suka jugak watak kyra walau ego dia tinggi tapi dia seorang yang tak berputus asa.. Tak jadikan kekecewaan sebagai sesuatu yang akan buat dia down. Sedih tak buat dia meratap tanpa buat apa2. Yang penting tak gedik sangat dengan jantan. Babak2 dalam drama tu aku suka.. sebab takde perempuan gedik & watak hero dia memang sangat menghiburkan. Mulut macam bertih jagung. hehehehe


At least dalam banyak2 drama sampah ada jugak satu dua boleh hadap kat tv. So, pengarah atau novelis.. sila makan kismis & kurma banyak2 supaya menghasilkan idea yang fresh & original ok. Asyik copypaste idea orang jer... pun nampak macam takde identiti karya korang. Drama2 kena kawen paksa ni hope dah takde lepas ni muncul kat stesen tv.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com