PANAS! FILEM PEKAK TIDAK LULUS TAYANGAN DI BRUNEI KERANA ADA ADEGAN YANG BOLEH MEMESONGKAN AKIDAH
Terbaca Harian Metro Online tadi..Filem yang mula di tayangkan semalam seluruh pawagam di Malaysia tidak lulus tayangannya di Negara Brunei yang kita sedia maklum dengan ketegasan pemimpinnya kalau melibatkan hal ehwal agama. Antara sebab filem pekak tidak lulus di tayangkan kat sana adalah sebab ada adegan wanita merokok, aksi menghisap dadah & babak - babak keganasan yang di katakan boleh memesongkan akidah. Lagi satu katanya filem tu tidak memberi moral yang baik.
Biasa la tipikal filem Melayu.. suka mengetengahkan isu2 masalah sosial. Benda tu kita sedia maklum jarang jadi moral of the story tapi selalu je jadi pengaruh untuk orang lain mencuba walaupun orang tahu perkara tu memudaratkan & membawa malapetaka. Katanya pengurus besar syarikat penerbitan tu frust sikit la sebab di terima di negara lain tapi tidak negara jiran. Boleh menjejaskan kutipan jualan tiket katanya
Kita kena la akur dengan rules di negara orang. Aku tak pelik pun kalau itu alasan brunei tak meluluskan tayangan kat sana. Produksi sini kata nak paparkan realiti sebenar yang wujud dalam kehidupan... Kerajaan brunei tak suka menonjolkan realiti yang tak baik dalam filem nak di tayangkan kat sana.. sebab depa sedia maklum.. benda tu memang akan mempengaruhi orang lain. Redha je la yer..
Apapun aku masih teruja nak tengok filem pekak ni. Semoga filem ni mendapat sambutan pecah panggung walau brunei reject tayangan kat sana.
Sumber : Harian Metro
banyak jer filem tak lepas kat brunei.. jadi mereka kalau nak tengok, 'menyebelah' jer ke miri. macam hari tu, citer deadpool, awal2 dah sold out tiket,tengok2 ramai mereka datang ke miri nak tengok citer tu...
ReplyDelete