Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

HOUSEMATE POCONG FIKSYEN ATAU BENAR?

HOUSEMATE POCONG FIKSYEN ATAU BENAR? Masih hangat di media sosial isu kisah housemate pocong di salah sebuah rumah sewa jalan kebun shah alam tu. Ada yang percaya dan ada yang pertikaikan kesahihan cerita tu. Masing masing mula berhujah dengan pendapat sendiri. Begitulah kehidupan di media sosial ni kan tak pernah sunyi dengan isu isu hangat. 

Aku pun ada baca dan kongsi kisah tu di blog ni. Kalau dah lama ikuti blog aku memang aku antara blogger yang suka & minat dengan cerita cerita seram ni. Tak kira filem je, kisah kisah di ceritakan dari mulut ke mulut ke aku suka baca & tonton. Aku pun ada koleksi dvd filem seram yang sampai hari ni aku simpan. Anak anak pun  tak boleh sentuh tau. Ada sebakul aku simpan semua original bukan pasar malam. Kat situ pun boleh nampak minat aku pada cerita cerita seram ni. 


Taksubkah aku dengan dunia mistik ni? Tak juga. Aku bukan pentaksub dengan perkara perkara macam tu. Aku cuma suka membaca, menonton & mendengar lebih kepada hiburan. Yer.. Kita kena percaya memang wujud makhluk makhluk alam ghaib. Aku pun percaya mereka wujud dalam dimensi yang berbeza. Dengan izin Allah mereka boleh menjelma dalam bentuk apapun. Semua tu boleh berlaku dan biasa berlaku. Tapi manusia yang taksub ni kadang kadang ambil kesempatan secara berlebihan dalam mengambarkan kewujudan makhluk makhluk halus ni. Itu yang jadi salah. 

Kisah housemate pocong tu.. Ramai meragui kesahihan cerita tu. Kalau betul mereka harap wakil dari keluarga cikgu nina akan tampil bagi penjelasan. Sampai sekecil perkara pun ada pertikaikan.. Hantu boleh jawab salam ke? Aku baca pun rasa kelakar juga. Ramai merasakan cerita tu cuma fiksyen yang di ceritakan seolah olah benar benar berlaku. Ada juga yang percaya cerita itu benar. Dan aku macam biasa baca sekadar hiburan. Apa yang baik kita ambil sebagai pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Kesahihan cerita tu setakat ni tiada siapa boleh buktikan. 

Banyak je cerita cerita seram yang menjadi lagenda sesebuah negara atau kaum yang sampai hari ni tiada siapa tahu sejauh mana peristiwa seram tu pernah berlaku. Bukan perkara baru yang berlaku dalam kehidupan kita malah dari zaman dulu lagi. Dulu pernah hangat cerita hantu kumkum, orang minyak.. Sampai kat kampung aku masing masing pasang buluh kuning padahal tak ada siapapun yang di serang atau di ganggu. Cerita tu di sebarkan dari mulut ke mulut ja tapi seorang mangsa pun aku tak pernah tengok kena. Kita pun jadi takut sebab percaya dengan apa yang kita dengar. Lebih lebih kanak kanak kan. 

Jadi bagi aku benar atau fiksyen kisah housemate pocong tu.. Biarlah. Sebab aku tak ambil berat sangat. Dalam perkongsian aku tentang kisah tu pun aku dah mention jangan taksub. Baca sekadar untuk hiburan. Kita masing masing dah dewasa. Bukan lagi di zaman filem sundelbolong yang lepas tonton filem tu nak pergi tandas pun kita jadi takut. Waktu tu masih budak budak tak pelik la mudah di pengaruhi. Tengok filem hantu cina lompat lompat pun kita boleh ikut tahan nafas. Betul tak Gen Y sekalian? Tapi sekarang masing masing dah dewasa takkan la mentaliti kita masih sama. Tolong la dewasa.. 


INFLUENCER DAN BAD MARKETING

INFLUENCER DAN BAD MARKETING. Banyak isu isu viral kat social media sekarang. Semua berkaitan dengan Influencer. Cerita artis sekarang nampak macam tenggelam sikit sebab media sosial di kuasi dengan cerita cerita Influencer. Biasa yang viral ni kebanyakan Influencer yang terpalit dengan pelbagai kontroversi la. Jarang la Influencer yang naik secara positif akan ada isu kontroversi kan?


Tak tahu la samada Influencer macam ni sengaja mencetuskan kontroversi untuk memastikan nama & jenama dia kekal relevan & viral demi kelangsungan bisnes dia atau ia berlaku secara tidak sengaja atau di rancang. Tapi kalau kerap sangat berlaku viral dengan isu isu tidak sihat ni netizen pun susah untuk bersangka baik ia tidak sengaja. Rata rata mungkin menganggap ia adalah strategi marketing mereka sahaja. Sebab ramai Influencer sekarang menggunakan teknik 'Bad marketing is marketing'. Free marketing & tiada kos tapi mampu memberi pulangan yang besar cuma ikut nasib juga. Tak semua bad marketing tu mampu menaikan perniagaan & nama. Kadang kadang ia akan merosakan reputasi & kepercayaan pengikut lalu kempen boikot akan di jalankan. Netizen Malaysia antara paling power bab boikot ni. 

Pada Influencer rasa hentikan guna bad marketing ni. Sampai masa netizen akan jemu juga. Selalunya marketing macam ni tidak bertahan lama pun. Last last melingkup juga hangpa. Lepas tu mula guna slogan Melayu suka jatuhkan melayu padahal tak semak diri sendiri dulu. Dia pun melayu bermakna dia la yang menjatuhkan diri sendiri la kan. Jadi slogan tu ada benarnya cuma jangan gunakan untuk letak kesalahan pada orang lain sebaliknya ucapkanlah pada diri sendiri dahulu.

Bab jatuh guna sentimen bangsa bila kau tengah di puncak tak ingat pulak siapa yang menyokong & mendokong hang sampai ke puncak tu. Tak ke bangsa sendiri juga? Yang tu hang tak dak pulak nak cipta slogan melayu banyak support bangsa sendiri asyik dok puji cina konon kalau cina berniaga depa support bangsa sendiri sehingga berjaya. Habis hang yang berjaya tu bangsa cina ke support sedangkan kuasa membeli kat Malaysia ni adalah melayu sebab melayu adalah majoriti bukan minoriti ok! Kaum paling ramai kat malaysia ada Melayu.

Jadi pada Influencer dia luar sana jangan hanya pandai mencipta tagline naik tanpa menjatuhkan orang tapi kena tahu macam mana nak pastikan produk atau jenama kita boleh naik dengan marketing yang positif untuk pastikan ia boleh bertahan lama. Contohi Khairulaming yang mencipta nama & jenama dengan cara yang bermaruah, positif & kreatif. Khairulaming sampai sekarang tak ada isu kontroversi yang melibatkan dia tapi dah mampu bukan 2 kilang untuk produk dia. Tak perlu buat isu yang triggered netizen untuk dapat perhatian & viral pun. Tak perlu guna personal issue untuk meraih simpati & pancing emosi netizen. Semua tu tak perlu pun untuk khairulaming tapi dia still boleh berjaya, kaya & di hormati.

Moral of the story.. Berhenti salahkan orang lain dan belajar semak diri sendiri dulu. Apa berlaku kadang kadang kita sendiri yang mengundang cuma tak berlaku seperti yang kita rancang. Sebab kita hanya perancang tapi kita tahu yang merealisasikan semua perangcangan kita adalah Allah. Kalau niat kita tak baik.. Mungkin yang berlaku tak baik walau kita dah plan supaya hasilnya jadi baik dari niat & perancangan yang tak baik kita tu. Sebab kita tak ada kuasa.. renung renungkan selamat beramal.



PENGASAS PRODUK DNARS MENINGGAL DUNIA DALAM KEMALANGAN?

PENGASAS PRODUK DNARS MENINGGAL DUNIA DALAM KEMALANGAN?Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Jika betul perkhabaran yang di terima salam takziah di ucapkan kepada seluruh ahli keluarga, sahabat & saudara mara kepada pengasas produk kosmetik terkenal yang di khabarkan telah meninggal dunia dia hatyai Thailand akibat kemalangan.


Saya di tag seseorang bertanyakan kepastian tentang perkara ni.. Dan saya terbaca posting dari salah seorang kenalan di facebook tentang perkara ni. Kemudian di tag lagi pada satu posting dari seorang individu yang mengesahkan berita ni. Kalau betul memang satu berita yang mengejutkan kerana beliau seorang pengasas yang kita sedia maklum amat di kenali di Malaysia.

Satu video yang di kongsikan anak beliau mengesahkan perkara tersebut. Boleh tonton video ni kat sini : https://www.facebook.com/watch/?v=605928406574850


Tentang isu produk tu kita letak tepi dulu.. Kita kena ada kemanusiaan jugak kan? Atas perikemanusiaan sebab saya pun manusia biasa yang penuh khilaf juga. Mungkin antara kami ada perbezaan pendapat dalam isu isu produk kosmetik tapi saya tidak membencinya sebagai seorang manusia.. Tetap mendoakan kebaikkan buat beliau jika benar beliau sudah tiada lagi di dunia ni. Pergi di bulan yang Mulia.. semoga Allah muliakan jenazahnya & tutup segala keaiban semasa hayatnya. Amin..

Portal berita Sinar Harian juga mengesahkan Pengasas Dnars Kosmetik terkorban dalam kemalangan di Hatyai Thailand

Jom sama sama kita doakan kebaikan buat Allahyarhamah.. semoga semua urusan akhir beliau di permudahkan. Amin...

PRODUK KOSMETIK MENDAPAT KELULUSAN KHAIRUL YOI

PRODUK KOSMETIK MENDAPAT KELULUSAN KHAIRUL YOI.  Nama khairul Yoi menjadi fenomena di social media kerana kelantangan dia mendedahkan produk produk bahaya yang berleluasa sekarang ni. Memang sangat di geruni ramai pengeluar produk terutama yang produce produk bahaya, beracun, overclaim la. Yang keluarkan produk berkualiti, selamat & cukup kriteria tu mesti happy sebab kalau nasib baik dapat free review dari Khairul Yoi sebab Misi dia adalah mengajak pengguna untuk memilih produk yang selamat.

Saya antara individu yang pernah di kaitkan dengan Khairul yoi padahal den ni Khairul Yoi pun tak pernah jumpa. Cuma saya salah seorang followers dia je sebab kan dia selalu berkongsi info tentang produk produk. So dari situ kita ceduk sikit ilmu dia untuk rujukan. Sebab saya kan blogger yang membuat review produk. Kalau dulu main review sekarang dah ada kesedaran untuk memilih produk produk yang selamat sahaja. Dah tahu apa kriteria perlu ada pada sesuatu produk untuk membuktikan ia selamat di gunakan. Walaupun di  tuduh sebagai individu yang menggunakan identiti Khairul Yoi hanya sebab den kena saman dengan ponder produk tapi hakikatnya.. Saya bukan dia. Sapa masih percaya tu.. Kesian hangpa. Kalau saya Khairul Yoi tak ada nya sampai kena saman juta juta lemon kan?? kalau saya Khairul Yoi tak la struggle nak collect derma bayar kos guaman.

Sekarang ni memang nampak kalau produk yang Khairul Yoi review memang lebih mendapat kepercayaan dari pengguna berbanding dapat Notifikasi KKM. Kita sedia maklum la Notifikasi KKM (NOT KKM) pada produk kosmetik ni bukan jaminan selamat pun. Nak apply NOT tak sesusah kriteria yang Khairul Yoi tetapkan untuk dia review produk hangpa ok! Tak cukup dokumen yang di perlukan & bukti sokongan produk hangpa tu berkualiti & selamat.. Mimpi la dia nak review. Sebab dia bukan buat review berbayar atau buat servis pengiklanan. Dia tetap dengan prinsip dia menyampaikan kesedaran kepada pengguna terutama berkaitan produk kecantikkan ni. Jadi memang tak simply nak dapat review dari Khairul Yoi selain dia juga membuat kerja kerja khidmat masyarakat yang lain. Tak la 100% pasal produk jer.. Isu isu semasa lain pun dia ada bagi khidmat percuma juga.

Semalam terkejut tengok kat Header Group TPOM (The Power Of Makeup) terpampang banner iklan produk korean skincare Beauarti. Yang rasa macam kelakar tu sebab dia siap mention Approved by Khairul Yoi. Allahu.. Besar pengaruh Budak Yoi ni kan sampai orang lebih yakin kalau Yoi yang bagi kelulusan dari KKM. Tapi tak pelik la.. Produk kosmetik di Malaysia ni macam di katakan la.. Apply NOT KKM je dah lepas boleh jual. Lepas tu kalau KKM dapat aduan sesuatu produk yang bernotifikasi dia akan ambil sampel buat labtest kalau di kesan mengandungi bahan terlarang & notifikasi di batalkan lepas tu just denda RM25K di mana denda yang tak buat founder2 tak bertauliah & bertanggungjawab ni serik pun. Sebab depa dah kaya.. Bayar denda, tukar packaging produk & claim sebagai produk baru, apply balik NOT KKM, buat iklan dengan claim formulasi baru then jual balik settle. Kena lagi ulang2 buat benda yang sama sampai Minah & DO mati katanya... rasanya KKM kena naikkan denda RM1juta keatas juga untuk mengawal pengeluaran produk beracun di pasaran.


Sebab tu NOT KKM dah macam tak ada fungsi bagi kebanyakkan pengguna sekarang. Cuma antara kriteria yang di perlukan sebelum menggunakan sesuatu produk kosmetik iatu perlu Bernotifikasi KKM selain yang di titik beratkan adalah, RnD, dermatalogy test, labtest, clinical approval bla.. bla.. yang mana produk produk yang ada kriteria macam ni banyak di jual di drugstore.

Atas sebab sebab macam tu.. Khairul Yoi yang mencetuskan fenomena luar biasa sebagai aktivis anonymous yang paling berpengaruh menjadi kepercayaan kebanyakkan pengguna. Yelah.. Siapa sanggup buat perkara perkara berisiko macam ni. Tak ramai. Den sendiri pun dah kena saman beb! Ni pun struggle cari dana  nak habiskan kes den. So sesapa yang nak membantu boleh rujuk posting di bawah yer...


Walaupun bahasa Khairul Yoi menjadi pertikaian tapi posting dia la paling sampai kepada masyarakat & kesedaran yang di sampaikan pendek kata memang banyak menyedarkan pengguna tentang produk produk beracun & bahaya di pasaran. Banyak pengakuan pengguna yang mendapat petunjuk & hidayah selepas follow Khairul Yoi & berhijrah menggunakan produk yang selamat. Tu tak termasuk seller produk yang berhenti dari terus menjual produk2 berisiko kepada pengguna. Yelah dulu depa pun tak tahu sebab kurang pendedahan.. Bila dah tahu yang mana ada rasa tanggungjawab tu of course la tak sanggup lagi nak teruskan, ye dak. Ia berkaitan dengan soal halal, haram & keberkatan rezeki yang kita dapat juga.

Apapun.. Yang baik kita ambil sebagai panduan, yang buruk jadikan sempadan. Bahasa Khairul Yoi memang lantang, kejam & keras so kalau rasa tak boleh terima just ambil input & info yang dia sampaikan. Ilmu ni.. jangan tengok siapa yang menyampaikan tapi apa yang di sampaikan. Simple.

Moral of the story.. Nampaknya Khairul Yoi kena ada satu cop mohor.. Untuk Approve lagi banyak produk produk lepas hahahahaha. Just Joke!

KISAH DI SEBALIK KEMATIAN BUDAK 3 TAHUN YANG DI TEMUI DI HUTAN GUNUNG RAYA, LANGKAWI

KISAH DI SEBALIK KEMATIAN BUDAK 3 TAHUN YANG DI TEMUI DI HUTAN GUNUNG RAYA, LANGKAWI. Tu dia.. tetiba pagi ni nak tulis kronologi kes kematian seoarang anak kecil yang minggu ni mengemparkan para bawang rangers di media sosial. Maka boleh la kita baca macam macam komen simpati, marah, geram & macam macam emosi la yang di luahkan melalui penulisan di media sosial.

Anak Syurga Nur Aisyah Aleya. Tidur lah nak.. Tiada kesakitan lagi. Bermainlah kamu di taman syurga

So far seperti bawang bawang lain.. Eden pun ikuti juga kes ni. Dari dia di laporkan hilang & gerakkan mencari sampai la mayat di temui di ikuti dengan macam macam pendedahan. Mula2 di katakan di larikan pengasuh.. lepas tu dah dapat tangkap orang yang di dakwa menjaga budak tu baru tahu bahawa kanak kanak tersebut telah meninggal dunia. Menurut pengasuh dia.. Konon budak tu di serang penyakit sawan ketika di mandikan.. lepas tu meninggal. Sebab panik dia pergi buang mayat budak tu dalam hutan di gunung raya langkawi. Selepas tu suspek melarikan diri ke lembah kelang bersama keluarganya.

Selepas tertangkap suspek.. Baru si ibu kanak kanak tersebut buka cerita. Katanya anak dia tak pernah ada penyakit sawan. Pengasuh anak dia tu sebenarnya boyfriend mak budak tu merangkap suami kepada perempuan lain. Si suami ni bawa balik skandal tinggal serumah dengan bini dia tapi dia tak bagitau la bini dia tu skandal dia.. Dia bagitau kawan. Sebab suami dia dah biasa bawa balik perempuan & bagi tumpang.. So bini ni tak syak la apa apa. Sampai la kantoi bahawa mereka sebenarnya pasangan kekasih gelap. Apa lagi si bini halau la skandal laki dia tu dari rumah.. Yang agak bodoh perempuan tu keluar rumah boyfriend dia.. tak bawa anak sekali. Allahu dah kenapa pun tak tau.

Menurut cerita si ibu kanak kanak malang tersebut.. Boyfriend dia memang panas baran & suka pukul anak dia. Mak Aii.. Dah tau laki tu suka pukul anak kau berani kau tinggalkan anak kau kat dia untuk di jaga. Laki tu juga tak bekerja. Bila dia datang semula seminggu selepas tu untuk ambil anak dia.. Pasangan suami isteri tu cakap anak dia dah di serahkan kepada orang yang tidak di kenali untuk di jaga tapi sebelum tu katanya anak kepada pasangan suami isteri tu pernah bagitau yang kanak kanak malang tersebut dah mati. Dia dah mula syak berlaku sesuatu tak baik kepada anak dia. Pasangan suami isteri tu katanya pujuk perempuan ni untuk balik tinggal dengan mereka. Tapi sebab dia rasa mereka tak jujur & tak nak bagitahu kat mana anak dia.. Dia tolak permintaan mereka.

Si ibu membuat laporan polis & gerakkan mencari anak dia & suspek (pengasuh) barulah terbongkar segalanya dan akhirnya mayat kanak kanak malang itu di temui dalam hutan gunung raya yang di sumbat dalam beg. Mayat pun dah tak sempurna di percayai di makan binatang buas. Hanya cebisan rambut & tengkorak ditemui dalam kawasan gaung yang curam iaitu kira-kira 30 meter dari jalan raya yang menghala ke puncak Gunung Raya. . Tapi kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak

Masih tak tahu punca kematian tapi nampak kalau betul budak tu meninggal dunia kerana sakit yang tiada unsur pembunuhan takkan mayat dia nak di campak dalam hutan dengan alasan panik kan.. Mesti ada something wrong somewhere. Kat situ dari awal netizen mula curiga dengan kenyataan awal dari suspek. Yelah.. secara logik kalau kau tak salah buat apa kau nak takut kan?

Apa yang kita boleh ambil pengajaran dalam kes ni.. Pantun melayu ada menyebut..

Anak udang udang juga,
mana sama anak tenggiri,
anak orang.. orang juga,
Mana sama anak sendiri.

Kat situ memberitahu segalanya.. Mereka boleh jaga anak mereka dengan baik tapi bila anak orang di bawah jagaan mereka berlaku kekejaman yang kita sebagai manusia tak boleh nak terima. Cuma tak faham kenapa si ibu masih percaya untuk meninggalkan anak dia di bawah jagaan orang macam tu walau dia nampak sendiri sebelum ni anak dia selalu kena pukul dengan lelaki tu. Tak tahu apa masalah sebenarnya dia.. Tapi bila dah jadi kes macam ni tak guna dah nak menangis atau menyesal.

Moral of the story.. Sudah sudah la mengecam tindakkan si ibu yang meninggalkan anak dia bawah jagaan manusia bertopengkan syaiton nirrojim. Mungkin dia ada alasan lain walau memang saya sendiri rasa geram je tapi ambil pengajaran jangan skandal dengan laki orang lebih lebih lagi laki tu panas baran. Peace!

MEMBAWANG ISU KESIHATAN, SALAH KE?

MEMBAWANG ISU KESIHATAN, SALAH KE? Sekarang ni semua dah guna istilah membawang.. Tak kira la membawang yang membawa maksud mengumpat atau perbincangan. Dah tak boleh judge membawang tu membawa maksud yang negatif je. Almaklum la.. tengah in trend perkataan membawang tu kan.. So, dalam apa situasi orang suka guna istilah membawang. Yang pasti isu membawang ni mesi buat ada hati yang pedih. Bawang kan.. Mesti la pedih. Kekekekeke


Dekat news feed saya sekarang banyak isu kesihatan yang di bawangkan.. Ye circle saya bukan lagi blogger. Certain blogger maybe tak suka dengan saya. Dulu outspoken.. lepas kena saman katanya suka menyibuk konon nak bagi awareness kat orang. Tak serik serik lagi kena saman. Jaga periuk nasi sendiri sudah la.. Buat apa nak sibuk bagi kesedaran bagai kat orang lain.

Takpe la.. setiap dari kita ada tanggungjawab masing masing. Saya pilih perkara ni sebab saya nak bagi kesedaran pada orang lain tentang produk produk bahaya di pasaran. Sebab saya pun antara mangsa yang pernah terpedaya dengan produk produk macam ni sebab kurang ilmu, info & pendedahan masa tu. Jadi saya rasa betapa penting ramai orang membantu menyampaikan kesedaran & info info kesihatan tak kisah la kita sekadar share posting dari mereka yang pakar & bertauliah at least benda tu dapat di sebarkan kepada ramai orang.

Apa yang saya tahu.. saya kongsikan di posting saya dengan cara santai yang mudah di fahami oleh golongan macam saya. Kadang kadang bahasa formal & dengan istilah saintitik atau medic ni bukan semua orang faham. So kena someone yang translate dalam bahasa mudah faham agar semua golongan faham mengikut taraf pendidikan masing masing. Saya memang dari dulu suka penulisan santai dengan bahasa bahasa pasar ni. Orang kata lebih mesra & dekat dengan pembaca. Sebab bukan semua orang suka penulisan formal kan..

Yer.. memang ada yang sinis.. konon keyboard warrior la. Konon suka perbesarkan isu yang tak ada kena mengena dengan kita. Contoh macam isu doula & anti vaksin sekarang. Ada yang anggap.. buat apa nak sibuk sibuk.. Lantak la yang tak nak vaksin tu anak depa, bukan anak hang. Masalahnya.. kalau anak yang anti vaksin bergaul dengan anak kita yang dah kita vaksin.. Kalau anak anti vaksin tu mendapat penyakit yang boleh di cegah melalui vaksin.. sekali dengan anak kita yang di vaksin tu pun berisiko. Selagi benda tu merisikokan kita tetap ia jadi masalah kita juga. So untuk elak bercambahnya golongan macam ni.. kita kena sama sama bantu sampaikan kesedaran. Nak sampai kesedaran bukan setakat sekali share ok dah. Confirm seluruh rokyat malaysia akan dapat kesedaran. Benda ni perlu berterusan sehingga kurang populasi golongan macam tu.

Tu contoh anti vaksin.. Produk pulak.. Selagi masih bersepah produk beracun di jual & di beli selagi tu target nak kurang kan populasi pengeluar & produk beracun di pasaran tak tercapai. Benda tu pun perlu sentiasa di beri kesedaran.

Memang tak ada paksaan bagi yang tak nak buat. Sebab benda pilihan masing masing. Kena ada keinginan nak buat. Tapi jangan la sinis pada golongan yang volunteer nak buat. Ramai dah pakar & mereka yang bertauliah tampil untuk berjuang memberi kesedaran pada netizen sebab mereka sedar benda ni perlu ada yang buat. Kalau tak buat.. Percayalah statistik penyakit yang boleh menyebabkan organ rosak akibat pengambilan atau penggunaan produk tidak selamat atau overclaim ni akan bertambah.

Secara jujur sejak kena saman.. Banyak benda saya dapat belajar sepanjang kes saman berlangsung. Banyak info yang saya dapat jadi saya gunakan untuk berkongsi ilmu tu dengan orang lain contoh dulu saya tak tahu apa prosuder kkm sebelum mengeluarkan laporan sesuatu produk tu beracun. Betul ke wujud kkm salah ambil sampel produk. Bila saya dah tahu.. Benda tu sangat mustahil untuk kkm buat analisa pada produk tiruan (Fake Product) seperti alasan yang segelintir founder guna bila produk depa di kesan mengandungi bahan beracun. Hangpa boleh refer entri ni :


Ramai yang tak tahu.. Tapi ada juga yang kita bagitau dia masih tak nak terima sebab terbuai dengan kecantikkan hasil dari produk beracun. Sementara muka masih elok.. esok esok dah jahanam tahap nirrojim baru masa tu dia percaya. Segelintir founder kalau dia ada rasa tanggungjawab dia takkan memanipulasi laporan KKM.. dia takkan jual produk beracun. Selagi dia masih jual.. Serius hang tunjuk la baik macam mana pun.. di mata ku hang tetap syaiton bertopengkan manusia sanggup menganiaya orang lain untuk hidup senang lenang.

Dari saman ni juga.. At least saya belajar penulisan macam mana berisiko untuk kita di heret ke tindakkan undang undang. Sebab di court dia tak ambil kira niat.. Apa kita tulis tu di nilai samada fakta tu ada bukti yang jelas atau tidak. Walaupun kita tulis perkara benar sekalipun kalau tak cukup bukti.. Susah jugak nak menang. Sebab mahkamah dunia adakala kebenaran tu sukar untuk di buktikan. Tu kita kena akur.. so dari situ saya belajar menyampaikan kesedaran dengan cara lebih selamat la.

Biarlah orang nak anggap saya membawang ke.. tak serik serik ke.. Niat saya cuma nak sampaikan info & ilmu yang saya tahu dengan orang lain. Saya bukan pakar atau golongan profesional yang berpendidikan tinggi tapi sekadar membantu mereka yang ber autoriti menyampaikan kesedaran.

Moral of he story.. SALAH KE MEMBAWANG ISU BERKAITAN KESIHATAN? tepuk dahi tanya hati...

PENJELASAN DR SHEIKH MUSZAPHAR TENTANG KENYATAAN BUMI 'FLAT'

PENJELASAN DR SHEIKH MUSZAPHAR TENTANG KENYATAAN BUMI 'FLAT'. Kecoh rokyat malaysia dengan kenyataan dari seorang bekas anggota kumpulan nasyid terkenal yang sejak dua menjak ni dok meroyan dengan statement statement mengundang kontroversi & kecaman netizen. Baru baru ni dia mencabar angkasawan Malaysia Dr Sheikh Muszaphar mengangkat sumpah kalau betul bumi tu berbentuk sphere katanya... Bersungguh nau dia nak buktikan bumi tu flat.

Tak tau la mana dia dapat ilham mengeluarkan info info macam ni.. Yang pasti perangai dia sekarang nampak macam attention seeker je. Tak pun macam orang tak berapa sihat. Atau dia tertekan dengan kehidupan dia sapa tahu. Tapi kita doakanlah yang baik baik pada dia.. Manatau kalau sakit Allah bagi kesembuhan.. Kalau ada masalah gangguan apa apa Allah jumpakan dia dengan penawar yang boleh mengembalikan dia pada realiti..

Di sebabkan kecoh sangat pasal isu abang mie minta Dr Sheikh bersumpah bagai.. Terbaca pagi ni satu posting yang di buat di laman Facebook  Dr Sheikh Muszaphar FanClub bagi menjawab kenyataan yang di buat abang mie tu..

Pic - Is the Earth flat ?

Hati ini terdetik untuk menjawab desas desus mengenai persoalan di atas ...
Sebagai Angkasawan Islam yang ke 9 menerokai angkasa lepas , adalah menjadi tanggungjawab untuk diri ini menceritakan fakta sebenar ...
Mengelilingi Bumi sebanyak 16 kali sehari 
Setiap 45 minit matahari terbit dan terbenam 
Mengelilingi Orbit dengan kelajuan 27000km/hr
Laungan Azan kedengaran seketika 
Bibir terkumat kamit terpegun dengan kebesaran Illahi
Melihat Bumi dengan mata sendiri 
Degupan jantung berhenti seketika 
Meremang Bulu Roma 
Mata tidak terkebil 
Melihat Kebesaran Maha Pencipta 
Amat sukar untuk digambarkan suasana di angkasalepas ...
Bergetar jiwa sepanjang 12 hari di sana 
MasyaAllah ...SubhanAllah ...
And the Earth is spherical in shape .
Geosphere to be exact .
Squashed at the poles and bulged at the Equator . 
Not like a ball but more to an egg .
Every human being should go to space if given the opportunity .
It changes your perspective on life as a whole .
It makes you a true believer on the Creator
The experience is truly amazing and spectacular.
It’s hard to change the minds of the flat-Earth believers 
But here I am sharing you my experience of what I have seen .
In the name of Allah it comes from my heart 
Salam Jumaat Everyone ...
Semoga mendapat Barakah semua .
Amiinn ...
Love As Always ...
PS - Just wanted to straighten the facts !

Moga Abang mie berpuas hati & tidur lena lepas baca kenyataan ni yer. Bukan apa lagi tak menjawab satgi dia dok fikir kesian pulak makan tak lalu, mandi tak basah & nak homeschooling anak anak dia pun takde mood pulak. Kalau ada show satgi nak perform pun tak boleh nak feel masa nyanyi kan?

Tapi tu la bila di jawab dengan fakta.. dia konar baring pulak. Nak bersumpah betul betul.. hang ingat hang tu sapa sampai orang nak layan semua permintaan hang abang Mie Oooi.. Tak payah la try hard sangat raih attention orang orang hebat macam Sheikh Muszaphar ni. Level dia dengan hang bagai langit dengan bumi flat hang tu. Orang dah bagi kenyataan tu bersyukur la orang prihatin juga dengan statement merapu hang.


Moral of the story.. Biarlah kita buat buat bodoh dari berlagak pandai yang nampak bodoh. Benda tu bukan je memalukan diri sendiri malah memalukan keluarga, bangsa, agama & negara.

BANYAK BETUL ISU 'MEMBAWANG' MINGGU NI

BANYAK BETUL ISU 'MEMBAWANG' MINGGU NI. Jarang sangat nak tulis entri entri santai sesekali layan boleh la kan.. Almaklum la kita kan pengamal social media yang tegar. Bermakna memang hari hari scroll news feed FB, IG.. twitter je sekali sekala. So apa apa isu yang tengah trending atau viral.. of course la tahu. Tak payah nak stalk stalk bagai.. benda dah terhidang depan mata. Kadang kadang tak ada niat pun nak ambil tahu tapi dah sehari sampai beratus kali lalu depan mata.. Mesti terbaca juga kan isunya.

Ni semalam ada yang terpikat dengan baju ni..Korang boleh usha dekat https://cycledesign.my/product/skuad-bawang-short-sleeve/ ..Harga ada dinyatakan dalam link ni.. So toksah tanya aku lagi berapa
#Owner: Zulhafidz Yahaya
- Sumber : FB Jijah -

Tapi minggu ni skuad bawang nampaknya kena overtime kot.. banyak betul isu 'membawang'.. dari isu persembahan abang pian kat AJL, Isu ex abang pian buat ucapan dari mekah, isu timah buka tudung.. Semalam terbaca isu instafamous di kecam tayang harga beg branded belas ribu di IG. Ni pun rasa ada lagi isu isu yang terlepas pandang.. selain isu pasal abang Mie dengan fakta songsang.. anti tu anti ni masih hangat di perkatakan.

Jadi tak pelik la banyak syarikat majalah hiburan & rancangan gosip hiburan makin kurang rating. Sekarang ni nak dapat gosip, kontroversi, isu isu hangat fresh from oven tak payah nak tunggu melodi, Mbuzz, nak baca mangga, URTV bagai dah.. Buka Pesbuk ja.. tu dia.. semua ada.

Ada isu saya cuma baca & just kunci jari.. Ada isu saya komen juga sepatah dua kan. Bergantung pada isu juga. Apa ingat den ni asal jumpa port nak membawang jer semua isu den membawang ke? Tak juga.. Macam buruk sangat kan lekatlekit ni pada pandangan mata hangpa..

Bukan isu isu gosip golongan popular tak kira artis atau media sosial public figure.. Isu isu semasa lain pun den suka baca juga termasuk politik. Baca jer.. tak semestinya kita taksub. Satgi ada kata.. dari baca benda benda tu semua lagi bagus baca Al Quran. Tu ibadah den. Antara saya dengan Tuhan. Takkan la saya nak update tiap kali saya buat. Apa yang tak perlu kita cerita.. kita simpan untuk kita kita saja. Ibadah ni.. kalau terlalu di tunjuk satgi tanpa sedar macam riak pulak. Rasa diri kita lebih baik dari orang lain. Takut sia sia je.. Tak dapat ganjaran apa apa bila dah berhijrah ke alam barzakh kan.

Bila dok baca isu isu tengah viral kadang kadang.. Bukan nak salahkan pihak yang kena viral tapi semua berpunca dari mereka sendiri terutama orang orang yang di kenali la. Sesuatu takkan berlaku kalau kita sendiri tak expose benda tu. Yer.. kadang kadang niat kita tak seperti apa yang orang faham.. Niat kita berkongsi tapi apa yang orang nampak sebaliknya. Jadi kena bersedia la dengan penerimaan positif & negatif dari netizen ni. Kejayaan & kegemilangan yang anda raih selama ni juga datang dari mereka mereka juga. So setiap apa yang berlaku tu ada baik & buruknya.

Inilah kehidupan.. Tak kira di media sosial atau realiti yang kita hadap. Apapun kita buat boleh jadi isu even kadang kadang tak buat apa apa pun boleh jadi isu. Orang yang di kenali dah sememangnya cerita mereka di buru.. Tapi kita yang biasa biasa ni pun tak mustahil boleh jadi viral bila bila masa saja. So, tiada siapa tiada risiko di viralkan.. di kecam atau di angkat sebagai seseorang yang hebat dengan kuasa Viral sekarang. Apapun tindakkan kita.. Just kena fikir banyak kali nak buat. Kalau tak sengaja terbuat juga.. Anggap je ujian Allah yang mungkin nak tegur kita yang lalai atau cara Allah nak hadirkan nikmat yang lebih besar selepas musibah.

Moral of the story.. Kadang kadang kita adalah punca orang lain berkata kata.

JURURAWAT SAMAN ARTIS.. ARTIS SAMAN NETIZEN

JURURAWAT SAMAN ARTIS.. ARTIS SAMAN NETIZEN. Isu pasal seorang artis memviralkan ketidakpuasan hati dia terhadap layanan kakitangan hospital (merujuk kepada sekumpulan individu (jururawat) nampaknya tak habis setakat tu. Sebelum ni.. Jururawat yang tidak terlibat tapi gambarnya di viralkan memfailkan saman terhadap artis tersebut. Tempoh masa di beri untuk membuat permohonan & membayar gantirugi telah tamat.. Update terkini yang den baca katanya saman dah di failkan secara online.

Tup tup hari ni terbaca artis tersebut bakal memfailkan tuntutan saman kepada 100 netizen yang terlibat mengeluarkan komen2 mengaibkan/fitnah terhadap beliau berkenaan isu perang beliau dengan jururawat terlibat. Wow.. siapakah 100 netizen yang bakal dapat NOD tu yer? Hope bukan den la.. den tak terlibat sangat mengeluarkan sebarang komen terhadap isu tu. Kalau ada pun komen2 biasa jer takkan tu pun kena NOD. Sian baru nak berehat dari court case ni tau.. hehehehe

Nampaknya isu saman ni dah jadi macam isu saman 3 penjuru. Kau saman aku.. aku saman depa. Kalau semua proceed saman.. jenuh dok naik turun mahkamah juga la kan retis tu. Untuk kes dia di saman & kes dia menyaman. Wow!! Memang kuat juga mental dia hadap.. den kena saman pun struggle mental & material juga wei.

Menurut laporan dari Mymetro.. Penyanyi tersebut bakal memfailkan saman terhadap lebih 100 pengguna laman sosial yang menulis komen keterlaluan hingga memburukkan diri dan keluarganya berhubung isu fitnah sekumpulan jururawat di Hospital Shah Alam pada Disember lalu.

beliau menuntut individu berkenaan membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi platform media sosial yang digunakan. Katanya sekarang pihak mereka sudah mengenal pasti individu terbabit berdasarkan komen keterlaluan mereka. Buat masa sekarang, pihak mereka masih dalam proses mengumpul butiran lanjut kesemua netizen yang hendak di saman. Selepas itu, baru notis akan dihantar.

Tuntutan artis tersebut adalah mahu mereka yang terlibat buat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hingga 14 hari selepas notis diterima. Jika tidak berjawab, tindakan saman bakal diambil.

Dengan saman ni maka dia menjadi artis pertama yang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna laman sosial. Dalam masa sama, kes membabitkan saman jururawat terhadap dirinya sedang berjalan di Mahkamah Shah Alam.

Tapi isu retis saman netizen ni sebenarnya tak berapa menarik berbanding isu yang di kongsikan oleh Doktor Rafidah di media sosial..

Lepas ni mana2 pengguna yang mendapat kemudaratan @ kesan buruk selepas menggunakan sesuatu produk boleh memfailkan saman sivil terhadap pengeluar/founder dah. Ini kerana ada Firma Guaman yang mula menjalankan aktiviti  aktiviti Corporate Social Responsibility (CSR). Boleh refer screenshot di bawah.


Alhamdulillah moga dengan aktiviti khidmat masyarakat macam ni.. Nasib pengguna terbela. Sebab kebanyakkan sebelum ni pengguna yang mendapat kemudaratan selepas mengambil atau guna sesuatu produk bila di dedahkan di social media mereka di ugut saman oleh pihak 'ponder'. Atas ketidakmampuan dari segi kewangan & tiada knowledge tentang undang undang & court case kebanyakkan mereka takut & menarik balik kenyataan seterusnya membuat permohonan maaf secara terbuka seolah olah mereka memfitnah. Semua di buat kerana terpaksa.. sebab takut di saman.

Harap dengan aktiviti CSR dari firma guaman tersebut mengubah trend.. Pengguna tidak boleh di buli lagi.

Apapun isu Jururawat vs retis vs netizen tu ada jalan penyelesaian terbaik & isu lambakkan produk beracun & pengguna teraniaya yang tidak mendapat pembelaan sebelum ni.. 2019 adalah tahun permulaan pengguna mengguna hak & kuasa pengguna mengheret pengeluar produk tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan. Amin..

Moral of the story.. Akhir zaman ni.. Mahkamah dunia memang tak habis dengan macam macam kes. Tu baru mahkamah dunia.. Mahkamah akhirat lagi maha dahsyat.

TAK VAKSIN, TAK HANTAR SEKOLAH & KURUNG ANAK BINI DI RUMAH

TAK VAKSIN, TAK HANTAR SEKOLAH & KURUNG ANAK BINI DI RUMAH. Memilih suami ni umpama membuat satu keputusan yang sangat besar dalam hidup. Silap pilih suami memang akan effect kehidupan, rumahtangga & masa depan seorang wanita tu. Tapi kadang2 hidup ni kita sukar nak ramal apa yang bakal berlaku sebab kita berkahwin dengan manusia. Hari ni dia baik.. mungkin esok lusa dia berubah jadi sebaliknya. So.. kalau kita dah cuba sebaik mungkin memilih pasangan dari kalangan mereka yang baik tapi berlaku sebaliknya.. Mungkin Allah nak uji kita la tu.


Terbaca dua tiga hari ni viral pasal sorang retis nasyid ni.. Lama tak baca kontroversi yang di cetuskan beliau ni. Maybe dia rasa nama dia dah suam suam taik hidung so dia muncul dengan posting yang jadi kontroversi balik. Semua orang tahu retis nasyid ni dia memang antivaksin sejak dulu. Pergi ke klinik/hospital pun sekadar nak buat pemeriksaan kesihatan. Lepas tu ubat yang di bekalkan dia buang dalam tong sampah. Kejam kan? dah la guna perkhidmatan kilinik/hospital gomen lepas tu simply je buang ubat ubat tu. Taknak pun kembalikan la balik. Ada orang memerlukan. Nampak alim & islamik tapi kenapalah ikut perangai syaiton jugak suka membazir. Ingat ubat ubat di klinik & hospital govement tu dapat free turun dari langit lepas tadah tangan berdoa ke?

Sekali lagi beliau ni mencetuskan kontroversi dengan posting mengharamkan anak bini dia gemuk.. Yang tu pilihan & pendapat dia. Dia nak anak bini dia sihat & anak bini dia tak terbeban dengan perkara tu ok la tapi yang tak best anak anak dia tak di hantar ke sekolah. Cuma homeschooling ikut masa dia free je. Katanya dia penyanyi.. Masa dia tak menentu. Atas alasan dia tak percayakan sistem pendidikkan sekarang dia kata dia tak nak bazirkan duit & habiskan masa hantar anak dia kat sekolah. Sebab dia kata sekolah sekarang kurang tekankan didikkan agama.

Kat Malaysia ni banyak sekolah boleh pilih. Kau nak yang lebih kepada Islamik hantar je sekolah agama. Ada swasta & sekolah bantuan kerajaan sepenuhnya. Kesian anak di halang bersosial sebab kat sekolah salah satu cara anak belajar bersosial & bergaul. Dia tak tau ke banyak parents anak anak keperluan khas ni di reject pihak sekolah sejak tadika.. Struggle jadi sekolah yang boleh terima anak anak mereka untuk belajar & bersosial tapi ni dapat anak sempurna fizikal & mental reject sekolah pulak.

Kadang - kadang alasan berunsur keagamaan ni macam sengaja di jadikan alasan demi memenuhi tuntutan ego sendiri sebagai seorang ketua keluarga. Didikan agama & dunia kena seiring even kita di akhir zaman sekalipun. Yer semua orang akan mati.. tapi sementara hidup mereka perlu meneruskan hidup. Jangan fikirkan kepuasan sendiri.. Fikirkan kepentingan anak anak juga. Dia sendiri perlu hidup bersosial dengan orang lain demi mencari rezeki.. Dia sendiri di hantar ke sekolah & universiti untuk menuntut ilmu kenapa anak anak dia di halang dapat semua tu.

Yer betul ilmu bukan hanya ada di sekolah... Tugas mendidik bukan terletak hanya pada guru tapi pada ibu bapa tapi sekolah di ciptkan untuk memudahkan anak anak kita belajar mengikut masa. Sekaligus benda tu mengajar anak kita berdisplin. Kalau bapak dia kata dia boleh ajar anak dia kat mana2 saja ikut masa terluang dia ada.. hurmm.. konsep belajar menepati masa tu mungkin tak dapat di ikuti.

Bab vaksin tu.. Lantak dia la. Malas nak komen isu vaksin ni sebab mufti pun dah keluarkan fatwa kan. Ada otak pakai.. Ada bijak jangan gadai!

Tapi tu la.. Itulah pilihan dia kan? Keputusan untuk anak bini dia.. dia yang buat. Dari pihak isteri & anak anak kita tak pernah dengar apa2 statement so kita tak tahu samada depa enjoy je dengan life macam tu atau sebaliknya. Tapi tak salah even kita tak setuju dengan cara hidup dia.. Kita doakan yang baik baik je untuk mereka sekeluarga moga doa yang baik itu berbalik kepada kita semula.

Moral of the story.. Apa yang baik kita ambil sebagai pengajaran Yang buruk tu jadi sempadan.

LAKSA PENANG TERKENAL CAMPUR DARAH BABI

LAKSA PENANG TERKENAL CAMPUR DARAH BABI. Semalam terbaca satu artikel yang di kongsikan satu page ni pasal.. Kuah laksa yang di campur dengan darah khinzir @ babi bagai menyedapkan rasa. Kedai tu milik bukan muslim & tiada status halal. So, suka hati dianak letak bahan haram bagi umat Islam makan pun Agama dia tak haram pun nak makan. Dia pun tak mention halal kot. Hangpa gigih makan buat apa.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), juga telah memberi maklum balas berhubung perkara ini. JAKIM telah mengesahkan bahawa mereka memang tidak mempunyai sijil Halal.

Tapi tu la yang pelik.. Kebanyakkan orang luar yang datang ke Penang ni.. rata rata suka sangat makan di kedai/gerai non muslim. Aku sampai jadi pelik jugak kadang kadang bila tengok perkongsian di media sosial ataupun rancangan kat tv depa ni main makan jer.. Sebab saya ni dari kecik memang penang tu macam tempat bermain. Selalu mak ayah bawa jenjalan kat sana bila cuti sekolah atau ada bajet lebih. Almaklum la kulim dengan penang tak la jauh mana. Sebagai orang kampung yang bukan kaya raya nak berjalan jauh masa kecik kecik.. Dengan adik beradik yang berderet macam keretapi ni. Penang salah satu destinasi kami sekeluarga berjalan jalan. Tak ada transport naik bas je balik hari. Pergi pagi petang balik la.


Tapi tu.. Tak pernah terfikir atau terdetik sampai la sekarang even dah berhijrah ke negeri orang & dah jarang dapat pergi penang berbanding masa kecik2 & remaja dulu, Nak makan di kedai atau gerai non muslim di penang. Sebab penang masih banyak pilihan makanan yang halal kot. Ada masakan melayu & ada masakan mamak. Kenapa masakan non muslim yang tiada pengiktirafan halal juga hangpa nak makan. Jakun lahai.. Datang penang macam pelancong luar negara. Rembat apa je yang jual. Macam semua makanan tu bebas bahan haram untuk umat Islam.

Nak salahlah peniaga non muslim dalam hal ni pun tak boleh. Hangpa yang nak makan bukan depa paksa hangpa makan. Setakat laksa bersepah orang melayu juai kat penang sana nu.. Yang hang gigih nak makan laksa cina sangat dah kenapa? Awat anak cacing dalam perut tu meronta ronta sangat ka minta makan? Darurat sangat ka sampai tak boleh cari kedai @ gerai muslim kat penang sana nu..

Ni Malaysia kot tak susah pun nak cari makanan halal & kedai/gerai/restoran orang Islam kat memana pun. Dari perlis sampai la ke sabah.. kita semua sudah merdeka! Ops ternyanyi pulak. Acah acah macam pi america pulak hangpa nak main terjah je tempat makan non muslim. Orang pi america pun seboleh bolehnya cari makanan halal atau bawa bekalan makanan kering sendiri. Tak dak nak main serkap.. telan je makanan tak halal apalah sangat setakat penang tu.

Moral of the story.. Bab makanan ni tak perlu la open minded sangat. Tang makan hangpa tak mau support bisnes sesama agama & bangsa tang produk beracun.. Kemain guna alasan nak support perniagaan orang melayu. Tak kira makanan atau produk.. Pilihlah yang selamat, bersih & halal.

YA! ISLAM MEMBENARKAN ANJING DI BUNUH TAPI BACA DULU

YA! ISLAM MEMBENARKAN ANJING DI BUNUH TAPI BACA DULU. Kecoh sekarang screenshot geng masjid racun anjing terbiar di kawasan kejiranan mereka dengan mencampurkan racun dengan makanan anjing tersebut. Dengan bangga pembunuh pembunuh ni berkongsi kejayaan mereka selepas meracun anjing anjing terbiar itu dengan jayanya di dalam 1 group whatsapp yang menjadi tular sejak minggu lepas.


Wah! tetiba gaya penulisan den macam pengacara rancangan 999 mengulas isu jenayah pulak kan? Ewah ewah kau.. dah kena sampuk ke? hehehehe.. Yelah kang bahasa pasar sebut perkataan carut orang marah. Tak elok katanya perempuan dok carut carut ni. Orang lelaki takpa depa lelaki kan? so fitrah lelaki kasar boleh depa mencarut. Kalau perempuan mencarut nanti merendahkan martabat sendiri. Kata setazah Tia Fatihah pada salah satu komen di posting kerol Ayoi hehehehe

Wokey la Setazah.. teguran membina & berat sebelah tu den ambil yang positif. So kita kembali ke topik asal. Betul ke Islam membenarkan membunuh anjing? Yer betul tapi bukan kau nampak anjing je terus bunuh tanpa sebab. Di bolehkan membunuh anjing ni sekiranya dia mendatangkan bahaya & kemudaratan kepada kita contoh dia ganas & menyerang kita. Jadi boleh la di bunuh untuk keselamatan kita.

ini berdasarkan hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Sayidah Aisyah, dia berkata bahwa Nabi saw. bersabda; 
خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِى الْحِلِّ وَالْحَرَمِ الْحَيَّةُ وَالْغُرَابُ الأَبْقَعُ وَالْفَارَةُ وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ وَالْحُدَيَّا
“Lima (haiwan) perosak yang boleh dibunuh baik di luar tanah suci dan di tanah suci, aitu ular, gagak, tikus, anjing yang galak, dan rajawali.”
anjing yang tidak berbahaya dan tidak mengganggu, maka kebanyakan ulama Syafiiyah berpendapat tidak boleh dibunuh, baik ada pemiliknya atau liar, berwarna hitam atau lainnya. Mereka mengatakan bahwa alasan anjing boleh dibunuh apabila ia berbahaya. Jika tidak berbahaya, maka dilarang dibunuh.

Kadang2 orang melayu kat Malaysia ni kan.. Bila sebut anjing ja mentaliti depa dah set binatang haram. So kena di jauhi & tak boleh di beri simpati & kasih sayang. Memang la anjing tu dalam kategori najis berat tapi itu bukan alasan kita nak menganiaya anjing. Dia dok elok2 berjalan.. dok elok2 lepak.. tetiba kau baling batu. Jadahnya lahai.. Mati masuk nuraka kau kalau tak bertaubat sebab menganiaya anjing.

Anjing ni ada tercatat kisahnya di dalam Al Quran.. dimana kisah seekor Anjing bernama khidmir yang menemani 7 orang alim yang lari dari pemerintahan raja yang zalim waktu tu. Sempai sekarang pun anjing memang di jadikan penjaga rumah, kebun , harta benda dan sebagainya. Kita orang Islam pun boleh bela anjing tu untuk tujuan tu cuma tak boleh di letakkan dia dalam rumah & di jadikan pets macam kita bela kucing tu je.

Dah 2019 masih ramai orang melayu kat malaysia ni masih di tahap kuno persepsi & penerimaan mereka terhadap anjing. Asal anjing haram.. jangan dekat.. halau jauh jauh.. bunuh kalau ada di kawasan perumahan orang Islam. Kalau anjing tu menyebabkan kacau ganggu report je kepada pihak sepatutnya macam dbkl atau majlis pembandaran di tempat anda. Tak payah ambil tindakkan sendiri  kalau anjing tu tidak menyerang atau memberi ancaman kepada anda. Depa pun makhluk Allah yang ada hak di bumi ni. So jangan kejam sangat ok!

So jangan rasa korang dah buat sesuatu amal baik bila berjaya membunuh anjing di kawasan anda tanpa anjing tu cakar walau segaris pun kat badan sesapa. Setakat dia lepak2 santai di kawasan berhampiran masjid kalau dah macam rasa semak sangat pandangan mata atau berak bersepah sepah ke buat laporan kepada pihak sepatutnya untuk mereka mengambil tindakkan mengikut SOP yang di tetapkan. Jangan jadi pembunuh! Sebab mencederakan, membunuh & menganiaya haiwan termasuk anjing ni pun boleh di kenakan tindakan undang undang juga ok!

Seksyen 44(1) Akta Haiwan 1953 kepada 21 item di dalam Seksyen 28 Akta Kebajikan Haiwan 2015. Ini termasuk mencacatkan, mengabaikan, menggunakan alat-alat bahaya ke atas haiwan – seperti sukan menembak dan melaga-lagakan haiwan. Pelaku boleh dikenakan hukuman denda antara RM20,000 dan RM100,00 dan/atau penjara selama 3 tahun. 
Seksyen 30 dalam akta baru 2015 itu ada menyatakan bahawa, tiada seorang pun boleh membunuh dengan menembak dengan senjata api mana-mana haiwan melainkan jika dibenarkan oleh pihak berkuasa veterinar dalam kecemasan atau demi kawalan penyakit. Pembunuhan haiwan yang sakit teruk atau yang sedang mengalami penderitaan harus mendapat perakuan pihak berkuasa veterinar atau doktor veterinar berdaftar (seperti jika haiwan tersebut mengalami sakit yang tidak dapat dirawat seperti terlibat dalam kemalangan).
Moral.. Di lahirkan sebagai manusia menjadi pemegang amanah besar terhadap hidupan di bumi ni termasuk haiwan. Bukan di lahirkan sebagai manusia kamu menjadi pemilik semua yang ada dalam perut bumi sampai makhluk lain nak share hidup pun tak boleh. Jangan lupa kita ataupun haiwan hanya menumpang di bumi Tuhan yang maha luas ini ok! Kalau sedar diri sama sama menumpang.. pepandai la bawa diri yer. Peace Yo!

KECOH PASAL KFC & AYAM GUNTING UNCLE BOB

KECOH PASAL KFC & AYAM GUNTING UNCLE BOB. Sejak semalam penuh news feed kat facebook den dok cerita pasal KFC. ramai yang tak puas hati.. Terselit celah tu.. Terbaca juga isu Ayam Gunting Uncle Bob.. Pun sama jadi isu yang sedang hangat di perkatakan. Apa kes pulak ni kan.. isu ayam goreng salut tepung tetiba jadi berita hangat di social media. Bukan ke sekarang Ayam je paling murah nak makan kat Malaysia ni.. sebab makanan laut tak kira yang fresh atau yang di keringkan semua dah mahal. Bayangkan 3 ekor ikan kembong sama harga dengan setengah ekor ayam mentah. Tu ikut harga kat kedai runcit rumah den la..


Katanya Hidangan Ayam Goreng KFC & Ayam Gunting Uncle bob dah naik harga yang tahap melampau. Sampai ada yang kata harga dah jadi tak masuk akal. Dikatakan harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60. Ayam Gunting Uncle Bob pulak di katakan dari harga RM5 dah naik ke RM7. Isi ayam makin kurang tepung makin tebal tapi harga makin nanti. Tu menurut dakwaan netizen di sosial media la. Den dah lama tak beli ayam Uncle Bob. KFC tu ada la last makan haritu tu pun husband beli bungkus bawa balik. Tapi jarang sangat nak makan KFC sekarang. Prefer Texas Chicken sekarang ni.. Entahlah saya lebih suka Texas chicken berbanding KFC. KFC ni cepat muak kalau makan..


Maka bagi satu musibah la rokyat malaysia bila harga Ayam goreng terutamanya KFC dah naik harga kan? Almaklum kita dari kecik biasa meraikan apa2 dengan makan KFC. KFC tu seolah olah membesar bersama kita kan? Sama la macam saya.. dulu kalau mak ayah dapat gaji mesti bawak balik KFC selain hari minggu mak akan bawa keluar pergi pekan, jalan jalan & tengok wayang. Weekend selalu arwah ayah tak ikut sebab kerja. Betapa KFC ni terpalit seribu satu kenangan dalam hidup ku katanya. Mau tak mengelabah bila harga hidangan ayam goreng KFC dah naik harga. kekekekeke

Tak cukup dengan isu KFC & Ayam Gunting Uncle bob.. isu kelapa malaysia katanya tak laku terbuang macam tu je sedangkan harga kelapa di pasaran tetap mahal. Yelah.. pelik kenapa kelapa tak laku sedangkan di pasaran memang harga masih mahal. Sebiji kelapa parut RM2.50 uolls.. Kalau tak laku mesti harga dia lagi murah kan? Kalau tak terjual.. turunkan la harga tu dari terbuang macam tu ye dak? Biar untung tak banyak asalkan tak rugi terus... Senang surirumah macam den nak masak. tak payah beli santan kotak kalau kelapa parut tu murah. Sebab harga sebiji kelapa parut sama harga dengan santan kotak Ayam brand 200ml. Yer betul la santan kotak tak fresh santanya.. Tapi sebab murah & banyak kalau nak jimat santan kotak la jadi pilihan.

Apapun barang keperluan memang akan sentiasa naik tak kira la kerajaan mana pun memerintah. Tapi hope harga barang di kawal & peniaga tak boleh sesuka hati la naikkan harga. Kalau dah tahap melampau sangat naiknya.. Kesian kami rokyat marhaen yang berpendapatan rendah ni. Kalau dah semua mahal.. gamaknya nganga depan kipas makan angin je kot. Tu pun nak kena bayar bil elektrik pun mahal juga.

Macam KFC & Ayam Uncle Bob tu adalah pilihan bukan keperluan.. Kalau mahal sangat jangan beli. Padan muka depa! Bila tak laku nanti depa turunkan harga balik baru kita beli. Tapi majoriti rokyat malaysia ni.. jenis bising jer.. Penuh juga KFC.. berbaris juga kat gerai Ayam Uncle Bob tu! Lepas beli viralkan kata mahal la.. tak berbaloi.. bla.. bla..

Moral of the story.. Isu kasut hitam mahal dah lenyap selepas isu harga KFC ni naik kan? kekekekeke

SUNNAH YANG PUNAH

SUNNAH YANG PUNAH. Rasa macam dah lama sangat kan tak menulis kat blog ni. Hurmm.. susah betul nak cari masa yang tenang nak menaip kat blog ni. Terlalu banyak benda nak buat dalam satu masa jadi gitu la.. Blog pun dah up & down updatenya. kadang kadang ada isu nak tulis tapi mood nak menulis tu pulak macam tak berapa cukup strong hehehehehe. Takpe la kan.. At least tak la bersawang sangat blog ni. Ada jugak la update2 dari di biarkan sepi tanpa khabar bertahun tahun.

Baru baru KKM telah mengeluarkan laporan satu produk berasaskan makanan sunnah katanya mengandungi steroid.. iatu salah satu bahan yang tidak di benarkan dalam produk & boleh memudaratkan kesihatan pengamalnya. Nama jus pun claim sunnah.. Maka berpusu pusu la rokyat Melayu Islam beli. Konon nak dapat khasiat & kebaikkan dari makanan sunnah tu. Almaklum la.. orang kita ni masih ramai mudah di tipu dengan claim produk & testimoni. Even testimoni membohong pun dia tak kaji & siasat dah. Terutama orang2 tua la.. Yelah, depa bukan tau sangat pasal produk produk ni. Cuma depa berharap dapat menjalani kehidupan tua dengan sihat jer.

Zaman sekarang penunggang agama memang ramai.. Semua berlumba lumba nak meraih keuntungan & kekayaan dunia. Dia tak peduli dah berkat ke tidak rezeki dia.. halal ke tidak rezeki dia. Janji katanya aku tak jual babi.. Aku tak melacur.. aku tak jual dadah.. bla.. bla.. Tapi kau jual produk claim yang berunsur keagamaan.. sunnah bagai padahal produk kau tiada bukti kajian yang mengesahkan khasiatnya boleh membantu kesihatan manusia. Semua kau claim pakai hukum akal kau jer. Kau tak jujur declare bahan bahan dalam produk kau.. Kau tak peduli la kandungan bahan terlarang dalam produk kau asalkan marketing kau bagus maka ramai orang beli. Kau boleh pergi oversea bercuti.

Imej2 penjual produk yang kita nampak macam islamik sangat.. alim sangat semua tu dah tak boleh percaya. Bukan zamannya kita nak judge kejujuran seseorang melalui imej yang di tunjukkan pada umum. Zaman sekarang kau nak ambil atau guna apa apa produk.. Kau tetap kena minta dia bukti2 yang mengatakan produk dia selamat, produk dia dah melalui R&D yang membuktikan khasiatnya mampu membantu masalah yang di claim pada produk. Setakat kenyataan pakai air liur tanpa bukti yang berfakta.. Sila hindari.

Sekarang terlalu banyak produk yang claim berasaskan makanan sunnah tapi akhirnya punah. Kesihatan orang terbarai macam tu je akibat percaya akan khasiat palsu yang di canang canang. Tolong jadi bijak selepas ni.. Nak ambil makanan sunnah ambil terus dari sumbernya. Contoh nak khasiat kurma makan kurma bukan produk berasaskan buah kurma. bila dah jadi produk ia bukan lagi makanan sunnah.. Bila dah di formulasi dalam bentuk produk tak mustahil ia di campur dengan bahan bahan lain.


Bila ada yang cuba menentang produk produk macam ni muncul la hero hero melayu konon memperjuangkan nasib peniaga melayu Islam. Kenapa kita mesti mempertahankan produk produk yang memudaratkan & merisikokan pengguna? Nak jaga ekonomi peniaga melayu tapi dalam pada masa yang sama merisikokan kesihatan orang melayu sendiri. Bila cakap baik baik... Pengeluar produk macam ni takkan peduli bila guna konsep lantang sikit mulalah memasing mengelabah.. Teguran tak beradap.. Guna kata kata kesat... kurang ajar bla.. bla.. Habis tegur cara baik tak bagi kesan terpaksa guna cara yang lebih keras kan.

Mustahil untuk pupuskan penjualan produk macam ni di pasaran sebab selagi masih ada yang percaya & support.. 1 Kantoi muncul 10 lagi produk baru yang sama. kesedaran kena bermula dari pengguna sendiri sebab pengeluar kebanyakkan dia tak peduli sangat kemudaratan yang berlaku kepada pengguna. Ada yang cuma tau market produk je.. apa satu pasal produk dia jual pun dia tak tau.

Moral of the story... Nak ambil apa2 produk terutama jenis supplement & jus jus kesihatan ni tak kira claim sunnah ke punah ke ranah ke.. Rujuk la dengan mereka yang pakar seperti doktor. Doktor je tahu apa yang di perlukan badan kita. Jika kita memerlukan supplement atau makanan tambahan, Doktor akan suggest yang sesuai. Sebab nak ambil apa2 pun ubat atau produk perlu menjalani pemeriksaan kesihatan. Sebab mungkin boleh berlaku komplikasi kalau kita ada penyakit tertentu. Mungkin sesuai dengan orang lain tapi bukan sesuai dengan semua orang.

Akhirnya kata.. Jadilah pengguna bijak. Anda mampu mengubahnya. Insya Allah.

ANAK KECIL BUKAN IMUNITI KITA MENCABUL HAK ORANG LAIN

ANAK KECIL BUKAN IMUNITI KITA MENCABUL HAK ORANG LAIN. Dua tiga hari lepas ada terbaca threat yang di screenshot & di viralkan kisah seorang pemuda ni.. Tak sempat habiskan nugget & karipap dia dalam panggung wayang. Dah la kemain banyak di memborong.. macam nak picnic je dia punya stok makanan ringan tu. Ni betul2 makan sambil menonton kekdahnya.


Takpe la.. dia memang suka makan kan. Tu hak dia.. Lantak dia la kan nak beli berapa dozen karipap & nuget pun yang tak best apa pengalaman dia dalam pawagam sehingga tak sempat nak habiskan karipap & nuget apatah lagi movie yang dia beli tiket nak tonton tu. Hanya gara gara seorang budak..

Kesahnya.. Seorang mak ni bawa anak dia pergi tengok wayang. Anak ni maybe tak boleh nak behave tempat tempat macam tu. dia bangun pergi menyanyi depan skrin besar.. Tapi mak dia masih boleh rilex buat peace buat dono jer.. Bila orang tegur di sindirnya orang tu tak pernah ada anak. Baca komen2 pada posting viral tu pun boleh tahan.. Ada yang mempertahankan tindakkan si ibu. Katanya ingat senang ke nak control budak2 umur macam tu. So, di harap orang sekeliling paham.

Bagi seorang ibu yang ada anak autisme & ada masalah behavior ni.. Yer saya faham sangat. Malah perangai anak autisme ni lebih mencabar dari anak anak normal & tipikal. Ada situasi kami harap sangat masyarakat faham dengan masalah kami. Bukan kami tak cuba didik cuma anak anak austime ni dia perlu masa yang lebih panjang untuk matang. Kematangan dia selalunya lebih lambat dari usia so kadang2 kita tengok budak tu sepatutnya tak berkelakuan macam tu dalam umur dia tapi masih berkelakuan seperti kanak kanak.. Jangan pelik la. Memang antara perangai anak anak autisme.

Tapi bukan semua situasi kita boleh jadikan benda tu imuniti dari kita di persalahkan. Macam kat pawagam kau dah tau anak kau memang jenis tak boleh duduk diam & statik pada satu tempat dalam tempoh yang lama.. tak payah la bawa pergi tengok wayang. Benda tu bukan wajib macam solat 5 waktu pun.. Kau gigih jugak nak bawa sampai menyusahkan orang lain yang beli tiket tu dah kenapa. Lepas tu kau suruh orang lain faham & terima sebagai dia masih budak yang tak tahu apa apa.. Watdehek!! Wei.. kalau macam tu aku pun boleh bawak anak aku tengok wayang & anak aku lagi la boleh jadi imuniti besar sebab dia special kids.

Tapi aku tak gila.. Tak tengok wayang pun aku tak kemurungan. aku boleh tengok dvd kat rumah. Kalau takde dvd tak tengok pun rasanya tak sampai hidup aku di rundung kekecewaan yang melampau.

Ada situasi memang kita boleh jadikan anak kecil kita sebagai imuniti & orang lain kena faham. Selalunya situasi di mana kita tak ada pilihan lain.. Benda tu terpaksa kita buat juga walaupun anak kita ada masalah behavior. Contoh macam nak flight ke satu lokasi jauh.. Takkan la kita nak terbang sendiri kan.. Even anak kita mengamuk ke.. bising ke.. Kita maybe cuba cari solution untuk control semua tu tapi kalau dah tak boleh control takpe la kita minta maaf & minta orang boleh faham situasi kita. Ni setakat nak seronok2 tengok wayang bawa anak.. Orang lain terganggu. Yang tu mohon terjun lombong yer..

Saya terus terang.. Nak bertandang kat rumah orang pun saya malas sebab anak saya.. ada kala dia boleh behave tapi kalau ada budak lain dok melompat sana sini, memang jabgi jadi lost control. Kita mak ni nak menyinga macam kat rumah sendiri di rumah orang memang tak boleh.. Orang pulak nafas pun dah bunyi laju walau bibir dok senyum kambing lagi.. jadi pepaham je la yer. Even sekarang ni sejak ada biras tinggal dengan in law pun saya jadi tak selesa nak balik.. kadang2 tengok muka kelat depa sebab anak kita buas.. den dah rasa tak selesa.

Sebab tu saya selesa balik kampung sendiri atau kalau nak keluar.. keluar je kemana mana bukan bertandang rumah orang. Biar la orang cakap tak berdunia ke apa. Bukan semua orang faham situasi kita & kita pun kalau boleh tak nak menyusahkan orang lain dengan perangai anak kita kan.. So, bagi saya apa yang tak boleh saya korbankan sampai la anak saya betul2 behave.

Moral of the story.. Jangan pentingkan diri sendiri dan jangan jadikan anak kita yang masih kecil sebagai alasan untuk kita tidak boleh di persalahkan atas perbuatannya. Ada situasi.. kita memang salah sebab biar je anak buat apapun tanpa berusaha menegah atau menghalang. Sebab lumrah budak ni dia apapun nak cuba.. nak bermain. Kita la kena ajar dia apa yang boleh & tidak

NAK TENGOK PERANGAI SEBENAR SESEORANG TUNGGU PRU

NAK TENGOK PERANGAI SEBENAR SESEORANG TUNGGU PRU. Tu dia.. lama tak mengulas isu isu semasa ni kan? Bz mengalahkan orang yang tercalon sebagai wakil rakyat untuk PRU14 pulak. PRU 1 hari je.. Kes den ni dah makan tahun pun tak settle lagi. Mana nak fikir nak cari sumber kewangan.. Ingat senang ke orang susah nak fight kes saman sivil yang mahal kosnya ni. hehehehe

Back to the topic katanya.. sapa tengah survey menantu time ni la makcik pakcik boleh buat penilaian kepada calon calon menantu. Time lain kadang kadang tak nampak sangat perangai sebenar seseorang tapi time PRU habis terlondeh sampai nampak spender.


Dulu hangpa kata jari lekatlekit ni lantang, garang.. Kalau komen atau bagi ulasan apa2 isu kemain dia. Berani nau! Ayat tu pedih hingga tembus jantung hati limpa bagai. Tu sebab kena saman.. Baru padan muka dia. La.. reti pulak minta simpati orang tolong derma nak settle duit bayar loyer.. Takpa den terima ja kritikan membina & membunuh tu. Apa yang baik saya ambil untuk perbaiki diri & apa yang sampah den hantar ke dalam 'dust bean'. Hangpa manusia manusia lindungan kaabah.. Kata2 sopan tertib lentik.. Jangan jadikan den sebagai contoh dalam kehidupan hangpa, OK!

Tapi Mai musim PRU, masing masing tunjuk dah kaler sebenar. Luar putih tempek merkuri.. dalam barai hancur lebur di mamah racun berbisa katanya. Tu dia pesta maki hamun, kutuk,kecam, sindir, ejek, hina semua ada. Yang mana dok kata aku mulut lantang tahap norrojim dulu.. sama level dah tu. Beza den kena saman sebab mengulas secara outspoken isu produk merbahaya.. depa belum kena saman dok mengecam, menghina, mengutuk, mengumpat, mengata, memfitnah isu isu berkaitan PRU & politik. Gamaknya kalau cakap isu politik ni semua jadi halal kot.. maki halal, mengumpat halal, menghina halal, memfitnah halal.. halal.. bla.. bla.. bla.. JAKIM dot com dot my.

Orang kena saman sebab penulisan lantang ni ja orang nampak jahat.. Kalau tak jahat sapa nak saman katanya. Saman sivil ni ikut nasib la.. Hangpa berani dengan orang yang hangpa tau takkan ambil tindakkan undang undang kat hangpa ja.. Tapi try tengok jentik orang yang sikit sikit see u in court kalau hangpa betul betul berani? Macam den boleh la hangpa kecam, hina, kutuk, fitnah bagai.. sebab hangpa tau den ni tak berkemampuan nak ambil tindakkan undang undang kat hangpa.. Tak ada pengaruh kuasa & harta. Tapi tu la kuasa Tuhan kan.. Dia atur elok dah. Someone yang nothing dia bagi jalan macam mana nak fight lepas kena saman. Kuasa Allah ni sapapun tak boleh lawan, Ingat tu!!

Kami kami yang mulut 'cambabi' mengikut gelaran segelintir netizen ni dah terang terang tunjuk kelantangan kami bila menentang sesuatu.. Tapi hangpa yang selama ni dok tunjuk warak, alim, siang malam bertakzirah tu apsal la musim PRU terus iman lebur bagai bunga bunga cinta layu di pusara? Ke selama ni cuma 'act' je macam malaikat hakikat sebenar.. Sama je kita. Cuma malu nak ngaku.. kan? krik krik krik..

Orang kata bangkai memang tak boleh nak sorok.. Perangai sebenar yang kita cuba sembunyikan sampai satu masa benda tu sendiri akan appear tanpa kita sedar. Bukan saya suruh jadi diri sendiri walau buruk perangai tapi jangan hipokrit sangat la. Jangan asyik dok muncung kat orang.. tapi lupa kita sedang mengata diri sendiri.

Kita ni manusia biasa jer.. dalam baik kita tetap ada buruk yang kita tak dapat nak elak. Kita takkan mungkin jadi sempurna. Jangan pernah rasa diri lebih baik dari orang lain sebab perkara tu sebenarnya membuatkan kita tak nampak keburukkan kita. Saya sendiri pun tak pernah mengaku saya baik dalam semua perkara.. Dan saya tak rasa pun saya lebih baik dari orang lain. Apa yang saya tulis sekadar pesanan untuk sesama kita. Kalau nak tunggu jadi baik & suci dari dosa maka tak ada sesiapa layak untuk menyampaikan kebaikkan pada orang lain.

Moral of the story... Sapa makan cili terasa pedasnya. erkk.. terasa pedas pulak. Maka den mengata diri sendiri.. hahahahhaa. Chow.. sin chi dulu Uolls. Assalammualaikum.

SURAT TERBUKA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA HAJJAH NEELOFA

SURAT TERBUKA MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN KEPADA HAJJAH NEELOFA. Rasanya ramai dah tahu viral hari ni tentang Neelofa artis & ahli perniagaan yang berjaya yang berasal dari kelantan ni. Alah.. Isu pasal majlis launching tudung terbarunya yang di buat di sebuah kelab tu..


Saya tak nak la mengulas isu launching produk tu & isu tarian tiang yang videonya tersebar ke serata alam maya hari ni. Cuma untuk menjelaskan salah faham.. Yang menari dalam video tu bukan neelofa tapi seorang blogger yang sekarang dah jadi retis. Siapa blogger tu saya tak nak sebut cuma nak menjelaskan apa yang menjadi salah faham sahaja. Blogger tu pun katanya dah membuat permohonan maaf atas apa yang berlaku.

Cuma tadi ternampak sharing dari kawan kawan media sosial surat terbuka yang berunsur teguran kepada Neelofa dari Page Mufti Wilayah Persekutuan. Antara isi kandung surat terbuka tersebut adalah..

Semoga Hajjah Neelofa dalam keaadan sihat sejahtera hendaknya.

Alhamdulillah kami merafa’kan setinggi kesyukuran ke atasnya, selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, para sahabat yang mengikut jejak langkahnya hingga ke hari akhirat. Kami telah menerima berita yang hangat melalui Facebook, Instagram dan media sosial lain berkaitan isu pelancaran produk Naelofar Hijab di Zouk, Kuala Lumpur. Kami mendapat pelbagai pandangan sama ada yang mengecam dan tidak kurang juga yang menyokong tindakan tersebut. Justeru kami terpangil untuk menulis surat terbuka kepada Hajjah Neelofa berkenaan hal ini.

1. Tudung adalah lambang kehormatan wanita. Tudung adalah simbol kepatuhan seorang hamba kepada perintah Tuhannya. Tudung juga adalah salah satu bentuk kesempurnaan dalam beragama. Sebenarnya, tudung adalah simbol sifat malu seorang wanita, simbol akhlak Muslimah yang perlu dipelihara dan simbol kemegahan Islam yang wajar dibanggakan.

‎2. Pemakai tudung tidak semestinya sempurna, namun sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dari hari sebelumnya. Indahnya pemakai tudung bukan hanya kerana memelihara auratnya, tetapi lebih daripada itu, mereka sebenarnya memelihara agama-Nya dan mematuhi Allah dan Rasul-Nya.

‎3. Sangat sukar sebenarnya untuk konsisten bertudung dengan memelihara perilaku dan adab kesopanan. Sehinggakan ada yang menolak untuk bertudung kerana tidak mahu hipokrit. Sedangkan perubahan daripada tidak bertudung, kepada bertudung bukanlah satu bentuk hipokrit kerana ia tidak hanya melibatkan penghijrahan diri tetapi juga penghijrahan hati dalam usaha menggapai redha Ilahi. Jika bukan redha-Nya yang kita impikan, apa lagi yang hendak kita cari di dunia ini?

‎4. Tidak salah untuk kita mencari kelainan. Malah, kadangkala kelainan itulah yang melorongkan seseorang ke jalan Tuhan. Namun, fitnah dan tohmahan perlulah sentiasa dielakkan. Satu kaedah yang masyhur di dalam Islam “Matlamat tidak menghalalkan cara”. Benar, perniagaan untuk mendapatkan keuntungan adalah matlamat yang murni. Namun begitu, kaedahnya juga wajib diraikan agar terhasilnya keberkatan.

5. Kami sangat khuatir, apa yang terjadi baru-baru ini bakal membawa satu fenomena normalisasi dalam bertudung. Apa sahaja boleh dan dibenarkan asalkan bertudung. Kekhuatiran ini bukan bermakna agama mengongkong wanita, tetapi agamalah yang sebenarnya membebaskan wanita daripada penjara keterbukaan tanpa had, kepada mendapat hak kebebasan yang bersyariat.

6. Kepada para ikhwah dan akhawat, masyarakat Muslim Malaysia yang memberi teguran dan saranan, kami merasakan banyak manfaat dan istifadah yang dapat dikutip. Dalam keadaan seperti ini, alangkah baiknya kita mempunyai nada yang sama, penuh rahmah dan hikmah dalam memperbaiki diri sesama kita. InsyaAllah itulah yang terbaik. Memalukan, mengaibkan dan memberi tohmahan dan fitnah kepada beliau, bukanlah akhlak seorang Muslim. Semoga amar ma’ruf dan nahi mungkar yang dijalankan dengan kaedah dakwah yang baik akan membekas dalam sanubari kita.

7. Kami mengenali Hajjah Neelofa sebagai simbol Muslimah yang berjaya. Tidak ramai yang mampu menggalas tugas sebagai “wanita besi” dan “gergasi” dalam perniagaan dan kerjaya. Tetapi anda sudah membuktikannya, malah membanggakan Malaysia dan dunia Islam. Akhir kalam, kami berpesan kepada Hajjah Neelofa untuk sama-sama menghayati syariat Islam yang sebenarnya. Kami noktahnya disini 3 perkara: (i) Tanyalah ulama’ sebelum bertindak (ii) Sentiasa memelihara imej wanita bertudung (iii) Carilah rezeki yang diberkati Allah SWT.

Kami berdoa semoga Hajjah Neelofa terus maju di dalam kehidupan dan kerjaya serta sentiasa memperoleh taufiq, hidayah dan rahmat-Nya.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan


Semoga teguran dari Mufti tu Cik Hajjah Neelofa ambil pengajaran.. Ke Cik Hajjah rasa perlu ignore jugak tak tau la. Mufti dah lakukan tanggungjawab dia.. Insya Allah kat sana nanti dah takde dakwa dakwi kenapa tak tegur atau cegah kemungkaran terpulang la kepada Cik Hajjah.

Apapun semoga kita ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. 

FILEM BADANG TERUK DI KECAM NETIZEN?

FILEM BADANG TERUK DI KECAM NETIZEN? Dah tengok ke filem badang? Jangan tanya den la dah tengok ke belum.. Last tengok wayang rasanya masa filem Boboiboy The Movie lepas tu kami berwayang je kat rumah kalau nak tengok apa2 filem pun. Behavior anak den tu tak berapa mengizinkan nak bawa dia tengok wayang. Setakat filem2 superhero yang dia suka boleh la.. Kalau badang ni takut anak den jadi badut dalam pawagam tu nanti hehehehe..


Actually.. Memang tak ada niat pun nak tengok filem badang ni. Even dvd cetak rompak pun den tak terfikir nak beli untuk filem ni. Almaklum la den cuma minat filem seram & zombie je. Normally filem luar la.. Bukan kata filem tempatan tak bagus cuma tak banyak yang bagus dari yang memang boleh bagi Thumbs up.

Tak nak komen apa apa pasal filem Badang tu.. Kita tak layak mengkritik kalau tak menonton kan cuma tengok kecaman hebat yang di hamburkan tanpa perikemanusiaan di social media terhadap Filem Badang Arahan Datuk Profesor Madya Dr A Razak Mohaideen yang heronya Jutawan Kosmetik yang memang sangat di kenali di Malaysia Dato Aliff Syukri Terlajak Laris terbayang teruk sangat ke filem ni. Satu pujian pun tak nampak.

Kalau kat Facebook Search #Badang boleh tengok macam2 komen,posting & troll yang di buat netizen termasuk page2 terhadap filem badang. Alahai.. Kesian pulak kan? Nak buat filem ni modal bukan seratus dua.. Paling2 ratus ribu ada yang juta juga. Gamaknya filem ni boleh cover balik modal tak?? tanya je pun jangan sentap!

Sebab filem ni jadi viral baca juga la sinopsis.. Kisah apa sebenarnya badang pakai kostum ni. Sebab kalau cerita rakyat dulu dulu.. Badang ni seorang yang lelaki melayu yang gagah perkasa yang mendapat kekuatan selepas makan muntah jin. Tapi badang versi telajak laris ni dia macam mana pulak.. Jadi gagah pekasam.. ops  perkasa lepas makan produk ke camna..

Katanya filem badang mengisahkan seorang lelaki lembut yang tetiba dapat kuasa luar biasa kemudian menjadi superhero di tengah bandar kuala lumpur untuk membantu orang yang dalam kesusahan & menentang penjenayah2. Tapi dalam pada masa yang sama dia juga berusaha untuk membalas dendam atas kematian ibunya. Gitulah kisahnya..

Ada terbaca juga, sebelum terima watak Badang Isteri Dato Terlajak Laris ni memang tak setuju takut di kecam orang ramai. Firasat Isteri dia memang betul.. Bila sekarang ia benar benar berlaku kekekeke. Saya rasa isteri Dato Aliff memang seorang penasihat yang baik & bijak cuma mungkin Dato Aliff ni mempunyai satu level confident yang tinggi kadang2 overlimit yang membuatkan dia nak cuba semua perkara dalam hidup dia termasuk berlakon jadi Badang. Ada baik & ada tidaknya..

Rasanya.. Untuk kerja kerja seni macam lakonan ni bagi la pada mereka yang betul2 talented sebab itulah harga yang penonton nak bayar. Kesian penonton.. bila bayar sesuatu yang tak indah khabar dari rupa. Tiket wayang pun bukan murah.. Kalau angkut satu family kau beratus habis kat tiket je belum masuk popcorn bagai.

Apapun.. Ni cuma pandangan peribadi & kupasan isu semasa. Takde niat pun nak menjatuhkan mana2 pihak.

Moral of the story.. Seni sesuatu yang halus & unik bukan sampah. Jadi penggiat seni jangan jadikan seni itu sampah semata mata untuk meraih keuntungan. Hargai seni..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com