Showing posts with label kakak kepada artis terkenal. Show all posts

ADIK KAU ARTIS TERKENAL, KENAPA MESTI KAU MERAIH SIMPATI DENGAN BLOGGER MACAM AKU?

ADIK KAU ARTIS TERKENAL, KENAPA MESTI KAU MERAIH SIMPATI DENGAN BLOGGER MACAM AKU? Kepantangan aku adalah bila orang menipu & ambil kesempatan atas kebaikkan aku. Dah la aku ni bukan jenis baik sangat.. Kau bagi pulak point aku nak melantang katanya.. Bertambah tambah orang pandang aku buruk perangai. Biarlah orang pandang aku buruk perangai at least aku tak ambil kesempatan pada orang lain semata mata kerana nak senang cara mudah...


Memang aku tak puas hati sebab benda ni pernah melibatkan aku.. Atas dasar simpati & perikemanusian aku tolong. Bukan tu jer siap ajak blogger lain ramai2 tolong sipolan ni. Sedih dengar cerita dia sakit, terkontang kanting bela anak sorang2 dalam keadaan dia yang uzur tu. Demi mencari sesuap nasi dia berniaga la secara online.. Dia pun ada blog yang di buat oleh seorang blogger yang bersimpati dengan dia. Dia ada connection dengan ramai blogger..

Aku salah sorang blogger yang pernah terlibat untuk bantu dia sebab kesian dia susah katanya.. jaga mak dia yang sakit lagi. Seolah2 dia kena tanggung semua padahal dia ada lagi adik beradik lain yang masih berkemampuan nak jaga mak dia. alih2.. aku dapat tahu adik dia artis yang tengah popular sekarang ni. Kiri kanan job masuk.. Tiap2 minggu muka keluar tv dalam rancangan realiti tv! Adik retis popular camtu takkan sedara kandung sendiri tak boleh tolong. Kenapa mesti kau nak menagih dengan aku & blogger lain? Tu yang aku musykil sangat tu.. Kalau betul kau nak meniaga sebagai sumber pendapatan.. boleh minta adik dia tolong iklankan jualan kat IG dia.. retis kot. Iklan apapun cepat sampai nak2 lagi kalau dia mention sedara kandung dia seorang ibu tunggal yang sedang sakit & terpaksa menyara anak anak yang masih bersekolah. Silap2 boleh masuk bersamamu. Bagi aku kalau betul2 susah tak salah nak minta tolong melalui rancangan bersamamu. Sebab setiap caption dia buat memang mengambarkan dia sentiasa kesempitan duit & sentiasa ada masalah kewangan.

Yang pelik  Kenapa dia tak minta adik dia sendiri viralkan kesusahan & barang perniagaan dia? Adik dia artis kot. Kenapa dia mesti guna blogger & pengamal media sosial lain? sedangkan dia mempunyai adik yang sangat berpengaruh & ramai peminat. Adik dia ada cafe lagi.. Tak boleh je minta adik kau letak jualan kau tu kat cafe dia.. Tumpang jual tolong adik beradik susah takkan tak boleh. Musykil.. musykil...

Aku siap stalk IG adik dia yang retis.. memang ada gambar anak dia & mak dia. Tengok rumah family dia pun.. bukan jenis orang susah. FB dia pun aku stalk jugak. Dia memang dari keluarga yang bukan susah. Ada yang sanggup kutip derma untuk di salurkan kepada sipolan ni.. Memang kalau tengok cara orang cuba membantu dia.. Mengambarkan dia sangat susah sedangkan dia mempunyai background family yang bukan calang calang orang. Kesian..  Orang lain bekerja untuk membantu kau.. Kau cuma dengan bermodalkan cerita sedih je.. Nak kata hubungan dia dengan adik beradik tak baik.. kalau tak baik takkan yang retis tu nak upload gambar anak dia dengan caption anak buah kesayangan. Kat situ nampak hubungan kekeluargaan antara mereka agak rapat.

Aku sendiri tak tahu samada dia ni betul2 susah atau sebaliknya tapi memang bila aku siasat memang banyak krik.. krik.. krik.. Aku dengar macam2 cerita pasal dia sejak semalam. Siap bukti screenshot bagai depa bagi kat aku. Dulu pun aku dengar cerita dia hampir terkantoi dengan seorang blogger tapi mungkin sebab cerita tu tak di panjangkan so selamat la sampai sekarang. Ingat.. Tuhan bagi kita nikmat hidup.. Bagi kau lahir dalam keluarga yang berpendidikkan & tak hidup melarat macam orang lain.. Belajar la menghargai & bersyukur dengan nikmat tu. jangan sampai satu masa Allah tarik semua nikmat yang kita ada.. Baru kita nak belajar erti penyelesalan.

Aku ni bukan lahir dari keluarga yang kaya.. mak bapak aku pun sekolah tak tinggi. Kerja pun level2 buruh ja.. Untung la kau beb! Mak bapak bekas kakitangan awam.. ada duit pencen.. adik beradik semua educated. Rasa macam pelik sikit la kan bila dia mengambarkan hidup dia seolah olah sangat susah.

Adik kau artis.. kalau dia tahu sedara kandung dia dok buat kerja meraih simpati dengan cerita2 kesusahan yang tak tau betul ke tidak susah sangat. Mungkin susah sebab tak berapa sihat tapi hasil siasatan aku takde la daif sangat orangnya ni.. Kesian adik awak tu, kalau orang tahu itulah sedara kandung dia yang sedang meraih belas ehsan orang demi meneruskan hidup, Mesti dia malu sebab cara awak tu memang mengambarkan awak terlalu miskin & susah. Sebab saya sendiri membayangkan awak macam tu pada mulanya. Kalau dapat kat wartawan cerita awak tu beb! Tercemar imej adik awak. biar kakak minta simpati sana sini. Confirm adik awak kena kecam lumat dengan nitezen.

Kalau betul awak nak cari rezeki dengan meniaga online.. Buat cara betul. Nak minta tolong blogger tulis pasal jualan kau, Inysa Allah boleh tapi please jangan guna cara yang betul. Awak mahupun blogger sama2 cari makan. Kalau awak gunakan blogger untuk kepentingan peribadi awak.. Ingat Allah maha mengetahui segalanya. Saya memang tak rasa rugi apa2 tolong awak beb.. Cuma saya rasa sedikit terkilan & rasa macam sedang ditipu. Kesian family awak.. Mesti orang ingat adik beradik awak tak pedulikan awak sampai awak terpaksa minta simpati orang lain. Saya sendiri kalau betul2 susah.. Saya dahulukan dengan minta tolong adik beradik. Seboleh bolehnya Saya tak mahu orang luar tahu susah senang saya selagi saya mampu survive.

Sudah - sudah la tu.. kalau betul2 susah sekalipun awak masih ada adik beradik lain & tak salah awak berniaga untuk cari sumber pendapatan cuma tak perlu sampai mengambarkan macam awak seseorang yang terlalu susah. Adik beradik awak pun bukan calang2 orang. Jadi macam pelik pulak orang fikir.. background dari orang senang, tapi cerita macam fakir miskin sangat. Nak meniaga tu meniaga je la.. Tapi tak payah nak buat caption penuh airmata sangat. Kesian beb family awak! Please.. jaga air muka depa. Hari ini orang tak tahu satu hari nanti orang akan tahu jugak.

Moral of the story.. Selalunya orang betul2 susah ni.. susah nak cerita dengan orang kesusahan depa. Yang rajin cerita kebanyakkan acah acah susah jer. Jenis aku memang boleh tolong orang susah tapi kepantangan aku orang yang guna alasan susah untuk ambil kesempatan keatas orang lain.

P/S : aku pun jenis tak upload sangat gambar sendiri.. Tapi bukan dari dulu. Aku banyak connection dengan orang2 yang kenal aku secara realiti.. kawan sekolah.. adik beradik.. sedara mara semua. Tapi sipolan ni kalau korang check account media sosial dia memang macam tak ada connection langsung dengan orang yang kenal dia secara realiti. Takde friends dengan adik beradik atau kenalan rapat. Mustahil adik beradik dia tak ada account media sosial. Gambar dia pun yang ada tak ada yang jelas. Semua gambar2yang samar & gambar jualan. Ada satu dua gambar anak.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com