Showing posts with label memudaratkan. Show all posts

BANYAK SUMBER REZEKI HARAM YANG NAMPAK HALAL, ADAKAH SEDEKAH MEREKA DI TERIMA?

BANYAK SUMBER REZEKI HARAM YANG NAMPAK HALAL, ADAKAH SEDEKAH MEREKA DI TERIMA? Bila bercakap pasal rezeki kadang2 takut jugak. Walau tak haram tapi tak berkat pun tak jadi apa sangat dengan rezeki yang dapat tu. Mungkin tak jadi harta yang bermanafaat. Apatah lagi hasil rezeki tu dari sumber yang haram kan? Ada orang hidup senang, kaya raya.. Boleh tayang gambar stereng kereta jenama mewah bagai, duduk banglo.. Tapi hati tetap tak tenang. Hidup dalam ketakutan. Mungkin sebab apa yang dia buat tak betul. Harta setinggi gunung pun tetap tak mampu beli ketenangan.


rezeki dari sumber yang haram ni tak semestinya hasil dari merompak, mencuri, makan rasuah bagai.. Kadang2 dalam urusan jual beli kita pun boleh menjadikan rezeki yang kita dapat tu jatuh haram walaupun barang dagangan kita tu halal. Nak2 lagi zaman sekarang, masing2 berlumba untuk berniaga sebab berniaga ni salah satu cara yang boleh buat orang jadi kaya. Islam pun menggalakkan umatnya berniaga. Nabi Muhammad SAW pun berniaga. Salah satu pekerjaan sunnah juga.

Cuma apa yang kita niaga adakah mengikut cara Rasulullah? Barangan yang kita jual tu adakah memberi manafaat atau memberi kemudaratan pada orang lain? Menjual barang yang memudaratkan orang lain seperti dadah, ubat ubatan terlarang atau produk beracun, hukumnya haram sebab memudaratkan orang lain. Adakah kita kisah tentang semua tu? Atau kita cuma kisah dari hasilnya sahaja? Walupun nampak secara lahiriahnya kita melakukan kerja itu secara halal dari segi undang - undang, ada lesen, ada notifikasi KKM bagai.. tapi selagi apa yang kita jual itu memudaratkan orang lain tetap la hukumnya haram di sisi Allah.

Ramai yang melakukan perkara macam ni zaman sekarang. Nampak perniagaan mereka seolah olah dengan cara yang halal, hakikatnya apa yang mereka dapat itu dah jadi dari sumber yang haram bila apa yang di perdagangkan tidak mematuhi garis panduan agama. Na'uzubillah.. Semoga kita terhidar dari melakukan perkara perkara tersebut.

Kita nak membuka pintu rezeki kita amalkan sedekah, tapi sedekah dari hasil rezeki yang haram.. Adakah sedekah kita di terima? Menurut apa yang saya baca..

Sedekah dengan Harta Haram

Mengenai sedekah dengan harta haram, Boleh dilihat dari tiga kategori berikut:

1- Harta yang haram secara zatnya. Contoh: khomr, babi, benda najis. Harta seperti ini tidak diterima sedekahnya dan wajib mengembalikan harta tersebut kepada pemiliknya atau dimusnahkan.

2- Harta yang haram kerana berkaitan dengan hak orang lain. Contoh: HP dicuri, kereta yang dicuri. Sedekah harta sebegini tidak diterima dan harta tersebut wajib dikembalikan kepada pemilik sebenarnya.

3- Harta yang haram kerana pekerjaannya. Contoh: harta riba, harta daripada hasil dagangan barang haram. Sedekah dari harta jenis ketiga ini juga tidak diterima dan wajib membersihkan harta haram sebegitu.

Namun apakah pengubahan harta seperti ini disebut sedekah? Para ulama berselisih pendapat dalam masalah ini. Intinya, jika dinamakan sedekah, tetap tidak diterima kerana Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda..

"Tidaklah diterima sembahyang tanpa bersuci, tidak pula sedekah dari ghulul (harta haram)" (HR. Muslim no. 224). 
Ghulul yang dimaksudkan di sini adalah harta yang berkaitan dengan hak orang lain seperti harta yang dicuri. Sedekah tersebut juga tidak diterima kerana alasan dalil lain yang telah disebutkan, 

"Tidaklah seseorang bersedekah dengan sebutir kurma dari hasil kerjanya yang halal melainkan Allah akan mengambil sedekah tersebut dengan tangan kanan-Nya lalu Dia membesarkannya sebagaimana ia membesarkan anak kuda atau anak unta betinanya hingga sampai semisal gunung atau lebih besar dari itu "(HR. Muslim no. 1014). Lihat bahasan Syaikh Sa'ad bin Nashir Asy Syatsri dalam Syarh Al Arba'in An Nawawiyah, hal. 92-93.

Adapun bersedekah dengan harta yang berkaitan dengan hak orang lain (barang curian, misalnya), maka Ibnu Rajab membaginya menjadi dua perkara,

1- Jika bersedekah atas nama pencuri, sedekah tersebut tidaklah diterima, bahkan ia berdosa kerana telah memanfaatkannya. Pemilik sebenarnya pun tidak mendapat pahala kerana tidak ada niat sedekah dari dirinya. Demikian pendapat majoriti ulama.

2- Jika bersedekah dengan harta haram tersebut atas nama pemilik sebenarnya ketika ia tidak mampu mengembalikan pada pemiliknya atau pun ahli warisnya, maka ketika itu dibolehkan oleh kebanyakan ulama di antaranya Imam Malik, Abu Hanifah dan Imam Ahmad. Lihat Jaami'ul 'Ulum wal Hikam, 1: 264-268.

Zaman sekarang ni ramai yang mendapat sumber rezeki yang haram dari perniagaan. Menutup kesalahan dengan alasan mereka berniaga secara jujur, tidak makan riba sebagainya tapi sebaliknya apa yang mereka dagangkan itu jatuh haram cuma mungkin tidak nampak sangat kejahatannya. Tapi kena ingat yang haram kekal haram.. Takkan kita nak biarkan keturunan kita menikmati hidup dari harta yang haram sampai kiamat.

Moral of the story.. Entri ni cuma perkongsian sebagai peringatan pada diri sendiri & semua pembaca blog lekatlekit.com. Moga yang baik dapat memberi manafaat kepada kita semua.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com