Showing posts with label penderaan. Show all posts

#JUSTICEFORBELLA BUKAN TAKUT TAPI TAK ADA DUIT JE

#JUSTICEFORBELLA BUKAN TAKUT TAPI TAK ADA DUIT JE. Bagi pengamal sosial media tegar macam saya ni tak payah nak tanya apa kes.. apa isu tetiba ramai hashtag #Justiceforbella ni sebab kami sedia maklum apa yang berlaku. Almaklum la memegang jawatan sebagai netizen ni kita harus peka dengan isu isu semasa,isu viral & isu isu yang tengah trending kalau tak jangan mengaku diri tu netizen. Hehehehehe..

Bagi yang tak tahu kempen #justiceforbella adalah kempen untuk menyokong seorang anak sindrom down yang di dakwa telah di dera semasa berada di sebuah rumah perlindungan milik seorang pengasas sebuah NGO. Kesan kecederaan yang di alami tu memang teruk dan dari apa yang saya baca kenyataan dari saksi kes ni pun cara penderaan yang di lakukan tu boleh tahan la tak ada perikemanusiaan. Namun kita sebagai netizen ni cuma membaca dari laporan media dan media sosial. Jadi nak komen lebih lebih pun risau juga. Sebab apa yang kita komen ni silap haribulan boleh makan diri juga.

Semalam bila saya komen 'takut nak kecam lebih lebih sebab tak kaya' merujuk pada satu posting yang melibatkan peguam tertuduh ada yang sindir macam macam la. Konon takut dengan manusia lebih kepada Allah. Ada yang suruh bayangkan kalau jadi kat anak anak sendiri..kita juga mengharapkan sokongan orang lain. Jauh sangat apa yang depa ni faham dari komen saya tu.

Memberi sokongan tak semestinya kena kecam kaw kaw kan. Boleh je kita tegas & outspoken cuma jangan sampai tak berfakta. Nak kecam tu pilihan individu. Macam saya ni bekas OKS (orang kena saman). Dah melalui susah payah naik turun mahkamah sebab kes saman yang berkaitan penulisan saya dulu jadi sedikit sebanyak saya tahu juga penulisan macam mana berisiko untuk kita di heret kemahkamah sivil ni. Kena saman sivil pun bukan perkara best ok. Kos guaman tinggi, tiada bantuan guaman disediakan, perjalanan kes tu panjang dan ambil masa bertahun. Bukan sebulan dua dah selesai.kes saya dulu pun 3 tahun baru selesai.

Melibatkan kes sivil ni memang masalah utama adalah Duit. Kos guaman sangat tinggi bagi saya. Bukan sebab takut untuk menyatakan kebenaran atau menentang kezaliman tapi kadang kadang bila kita beremosi mungkin penulisan kita juga beremosi. Kita akan secara tidak sengaja mengeluarkan ayat ayat berunsur 'hate speech' yang mungkin berisiko untuk di saman. Orang berduit ni dia boleh apa saja pada golongan tak berkemampuan. Saya pun kadang kadang terbabas juga lagi tapi sedaya upaya juga berhati hati. Sebab Ia bergantung pada nasib je. Nasib baik tak kena tapi kalau nasib tak baik, berpeluh juga ketiak nak hadap.

Apatah lagi bila kita hamburkan kata kata kesat untuk seseorang pengamal undang undang. Dah tentu golongan ni arif tentang undang undang. Memang senang sangat la kalau dia nak heret kita kemuka pengadilan. Tak payah upah lawyer pun dia boleh lawan sendiri. Dia memang dah lawyer kan.. 

Lagi satu kadang kadang komen atau penulisan boleh di twist jadi fitnah walaupun sebenarnya bukan fitnah. Semua boleh berlaku dengan kepakaran seseorang berhujah. Walaupun kita sebenarnya tidak menulis fitnah tapi di sebabkan kita tak menggunakan bahasa atau penulisan rasmi semua boleh twist menjadi maksud yang lain. Benda ni bukan mustahil dan bukan tidak pernah berlaku.

Memang bila ada kes kes seperti ini.. kita perlu lantang bersuara bagi sokongan untuk pastikan keadilan berpihak pada yang benar cuma berhati hati dalam menulis komen atau mengeluarkan pendapat. Takut dalam beribu yang kecam tiba tiba kita yang terpilih untuk di heret ke mahkamah. Dah la B40 mana nak cari duit bayar kos guaman kan?

Kita netizen ni fungsi memang besar. Memang di perlukan. Tanpa netizen memang banyak insan teraniaya tak dapat pembelaan. Yang menjadi sesuatu perkara itu viral adalah dari perkongsian netizen juga baru la dapat perhatian pihak tertentu. Tapi kena ingat netizen juga selalu jadi mangsa keadaan. Menjadi kambing hitam untuk mengugut netizen lain. Contoh saman seorang netizen untuk menakutkan netizen lain supaya berhenti menyebarkan salah laku seseorang atau pihak. Yang ni kerap berlaku.

Tapi netizen Malaysia ni boleh di puji tahap keberanian mereka. Mereka akan terus berjuang tanpa gentar pun. Tak semua perkara yang bernama netizen tu buruk. Pada saya netizen lah banyak membantu. Pun begitu ada juga la yang tak baik. Biasa la fitrah manusia. Buruk baik tu sentiasa berdampingan sebab kita semua tak sempurna. Ye dak??

Apapun.. tak salah kita terus zahirkan sokongan pada bella dan menentang kezaliman yang berlaku. Tak salah untuk terus bersuara lantang dan keras dengan penulisan kita. Tak salah untuk mengutuk perbuatan zalim cuma berhati hati sahaja. Semoga setiap kezaliman dan penindasan mendapat pembalasan di dunia & akhirat.

KISAH DI SEBALIK KEMATIAN BUDAK 3 TAHUN YANG DI TEMUI DI HUTAN GUNUNG RAYA, LANGKAWI

KISAH DI SEBALIK KEMATIAN BUDAK 3 TAHUN YANG DI TEMUI DI HUTAN GUNUNG RAYA, LANGKAWI. Tu dia.. tetiba pagi ni nak tulis kronologi kes kematian seoarang anak kecil yang minggu ni mengemparkan para bawang rangers di media sosial. Maka boleh la kita baca macam macam komen simpati, marah, geram & macam macam emosi la yang di luahkan melalui penulisan di media sosial.

Anak Syurga Nur Aisyah Aleya. Tidur lah nak.. Tiada kesakitan lagi. Bermainlah kamu di taman syurga

So far seperti bawang bawang lain.. Eden pun ikuti juga kes ni. Dari dia di laporkan hilang & gerakkan mencari sampai la mayat di temui di ikuti dengan macam macam pendedahan. Mula2 di katakan di larikan pengasuh.. lepas tu dah dapat tangkap orang yang di dakwa menjaga budak tu baru tahu bahawa kanak kanak tersebut telah meninggal dunia. Menurut pengasuh dia.. Konon budak tu di serang penyakit sawan ketika di mandikan.. lepas tu meninggal. Sebab panik dia pergi buang mayat budak tu dalam hutan di gunung raya langkawi. Selepas tu suspek melarikan diri ke lembah kelang bersama keluarganya.

Selepas tertangkap suspek.. Baru si ibu kanak kanak tersebut buka cerita. Katanya anak dia tak pernah ada penyakit sawan. Pengasuh anak dia tu sebenarnya boyfriend mak budak tu merangkap suami kepada perempuan lain. Si suami ni bawa balik skandal tinggal serumah dengan bini dia tapi dia tak bagitau la bini dia tu skandal dia.. Dia bagitau kawan. Sebab suami dia dah biasa bawa balik perempuan & bagi tumpang.. So bini ni tak syak la apa apa. Sampai la kantoi bahawa mereka sebenarnya pasangan kekasih gelap. Apa lagi si bini halau la skandal laki dia tu dari rumah.. Yang agak bodoh perempuan tu keluar rumah boyfriend dia.. tak bawa anak sekali. Allahu dah kenapa pun tak tau.

Menurut cerita si ibu kanak kanak malang tersebut.. Boyfriend dia memang panas baran & suka pukul anak dia. Mak Aii.. Dah tau laki tu suka pukul anak kau berani kau tinggalkan anak kau kat dia untuk di jaga. Laki tu juga tak bekerja. Bila dia datang semula seminggu selepas tu untuk ambil anak dia.. Pasangan suami isteri tu cakap anak dia dah di serahkan kepada orang yang tidak di kenali untuk di jaga tapi sebelum tu katanya anak kepada pasangan suami isteri tu pernah bagitau yang kanak kanak malang tersebut dah mati. Dia dah mula syak berlaku sesuatu tak baik kepada anak dia. Pasangan suami isteri tu katanya pujuk perempuan ni untuk balik tinggal dengan mereka. Tapi sebab dia rasa mereka tak jujur & tak nak bagitahu kat mana anak dia.. Dia tolak permintaan mereka.

Si ibu membuat laporan polis & gerakkan mencari anak dia & suspek (pengasuh) barulah terbongkar segalanya dan akhirnya mayat kanak kanak malang itu di temui dalam hutan gunung raya yang di sumbat dalam beg. Mayat pun dah tak sempurna di percayai di makan binatang buas. Hanya cebisan rambut & tengkorak ditemui dalam kawasan gaung yang curam iaitu kira-kira 30 meter dari jalan raya yang menghala ke puncak Gunung Raya. . Tapi kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 48(2) Akta Kanak-Kanak

Masih tak tahu punca kematian tapi nampak kalau betul budak tu meninggal dunia kerana sakit yang tiada unsur pembunuhan takkan mayat dia nak di campak dalam hutan dengan alasan panik kan.. Mesti ada something wrong somewhere. Kat situ dari awal netizen mula curiga dengan kenyataan awal dari suspek. Yelah.. secara logik kalau kau tak salah buat apa kau nak takut kan?

Apa yang kita boleh ambil pengajaran dalam kes ni.. Pantun melayu ada menyebut..

Anak udang udang juga,
mana sama anak tenggiri,
anak orang.. orang juga,
Mana sama anak sendiri.

Kat situ memberitahu segalanya.. Mereka boleh jaga anak mereka dengan baik tapi bila anak orang di bawah jagaan mereka berlaku kekejaman yang kita sebagai manusia tak boleh nak terima. Cuma tak faham kenapa si ibu masih percaya untuk meninggalkan anak dia di bawah jagaan orang macam tu walau dia nampak sendiri sebelum ni anak dia selalu kena pukul dengan lelaki tu. Tak tahu apa masalah sebenarnya dia.. Tapi bila dah jadi kes macam ni tak guna dah nak menangis atau menyesal.

Moral of the story.. Sudah sudah la mengecam tindakkan si ibu yang meninggalkan anak dia bawah jagaan manusia bertopengkan syaiton nirrojim. Mungkin dia ada alasan lain walau memang saya sendiri rasa geram je tapi ambil pengajaran jangan skandal dengan laki orang lebih lebih lagi laki tu panas baran. Peace!

PENGASUH TASKA SERAH DIRI SELEPAS VIDEO PUKUL & PAKSA BAYI MAKAN UBAT TERSEBAR

Rasanya semua pun ingat lagi video penderaaan bayi kat salah satu taska.. di mana seorang pengasuh senior katanya melakukan kekasaran semasa memberi seorang bayi makan ubat. Di tampar & di marahnya budak yang tak tahu apa2 tu. Didedahkan sendiri oleh bekas pekerja kat taska tu. Dia tak tahan tengok akak ni asyik berkasar dengan budak2.. nak tegur katanya tak berani sebab dia senior kat situ. Apa boleh buat just record je la perbuatan akak tu.

Sumber google

Akibat dari video yang tersebar tu.. Si pelaku (pengasuh taska) tu tertekan & maybe dia takut kot menyebabkan dia sendiri pergi serah diri. Dah pun di reman sejak 1 november lalu untuk siasatan. Moga jadi pengajaran la buat semua yang ambil tugasan atau bekerja sebagai pengasuh bayi & kanak kanak ni. Ingat.. Ni bukan zaman publick phone ni zaman smartphone. Smartphone cap ayam pun ada camera boleh rakam so, siapa2 saja boleh dedahkan perbuatan salah hangpa.

Sumber harian metro. Kedekut sungguh blur berita. hahaha

Hope berita ni bukan troll dari harian metro pulak. Manalah tau Harian Metro nak buat lawak macam Amran Fans semalam. Takkan kot.. Tak logik harian metro sesaja nak buat gempak camtu.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com