Showing posts with label menjelang. Show all posts

4 PERKARA YANG BUAT LELAKI JADI STRESS MENJELANG RAYA

dalam seronok seronok nak raya ni jangan ingat takde langsung benda yang akan buat kita stress. Stress tu kadang2 datang dari keterujaan kita sendiri dalam nak sambut raya. Kita yang sebenarnya menempah stress tanpa di paksa. Tapi bagi kaum lelaki pulak mungkin stress tu datang dari kaum wanita yang di sayangi...


Rasanya 4 perkara yang mendatang stress ni kebanyakkan lelaki jer rasa perempuan jarang rasa stress bab ni. Disebabkan perkara perkara ni kaum lelaki terpaksa pecah tabung. Tu namanya pengorbanan ye dak?? Mesti kaum lelaki setuju 4 perkara ni buat depa jadi stress bila menjelang raya. Depa sanggup hadap jem 4 5 jam nak balik kampung tapi rasanya lebih pening kepala bila kena hadap 4 perkara ni.

Nak tau apa 4 perkara yang menyebabkan lelaki jadi stress menjelang raya meh baca kat sini >> 4 Situasi Stress Yang Mungkin Anda Terpaksa Lalui Raya Ini. Boleh Handle Tak? <<

Kaum wanita pun elok baca jugak mana tau boleh bertolak ansur pasal 4 perkara ni agar kaum lelaki tak stress sangat bila menjelang raya. Raya kita nak sama2 happy meraikan.. Tak best pulak kalau lelaki dalam hidup kita jadi stress sebab nak sambut raya. Kang nak makan ketupat pun hilang selera.

Moral of the story.. Stress ni akan datang bila kita mendesak @ di desak untuk buat sesuatu di luar kemampuan. Meriah tu dari cara kita menyambut & meraikan.


9 PERKARA YANG BERLAKU BILA TIBA PUASA & RAYA

Sekembalinya dari bercuti maka kena bekerjaraya di blog pulak untuk cari sepoket duit raya katanya. Yelah.. tak berapa hari lagi dah nak puasa lepas tu raya. Jadi dalam mood yang nak sambut puasa ni entri pun kena ada relate dengan sesuatu yang kita nak sambut nanti. Saja la bagi semangat untuk orang berpuasa. Bukan dengar jer pengumuman raya terus gastrik menyerang dengan jayanya...


9 perkara ni memang elak macam mana pun mesti berlaku jugak masa bulan puasa & menjelang raya. Tak berlaku kat kita berlaku kat orang lain.. Yelah.. kekadang ada jugak manusia beragama Islam tak jalani ibadah puasa.. dia rasa western sangat kot sampai rasa tak perlu nak puasa..

Tapi kalau hangpa baca 9 perkara yang akan berlaku bila tiba bulan puasa & menjelang raya confirm ada yang tersengih & setuju punya. Mesti ada yang mengaku depa pun buat macam tu. Tak caya meh baca kat sini >> 9 perkara yang berlaku bila tiba bulan puasa & raya <<

Dah baca? Betul ke tidak? hahahaha

Moral of the story... Hope tahun ni tak ramai yang di serang gastrik hehehe


AMALAN BIDAAH YANG KITA SELALU BUAT BILA MENJELANG RAYA

Lagi 6 hari kita berpuasa lepas tu raya. Sekarang ni dah start rumah2 pasang pelita.. pasang lampu liplap.. Kebanyakkan rumah mula di terangi cahaya hingga ke pagi. Kecik2 dulu pun aku & adik beradik aku suka jugak pasang pelit malam 7 likur ni tapi bukan paham pun sebab apa pasang pelita & lampu liplap bila dekat nak raya.. Yang paham cuma tu tanda nak sambut raya.

Sumber google

Tu budak2.. dia fikir bila pelita dah pasang, lampu liplap dah bernyala tanda raya dah nak dekat bagi golongan dewasa pula mungkin benda ni menjadi amalan sejak turun temurun. Ada yang percaya sebab 10 Malam terakhir terdapat satu malam Lailatul Qadar maka kena sinari rumah dengan cahaya. Aku nak komen lelebih aku tak pandai.. aku cuma belajar sebab tu aku mencari info bukan nak menyesatkan orang. Kalau salah tegur la
Amalan 'Malam Tujuh Likur' dengan menyalakan pelita, lilin, panjut dan lampu pada malam 27 Ramadan merupakan amalan bidaah dalam Islam.
Mantan Pegawai Agama Istana Negara, Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz menegaskan istilah tujuh likur itu sendiri tidak ada di dalam ajaran agama Islam.
Amalan karut tersebut tidak wujud dalam ajaran Islam lebih-lebih lagi mereka yang percaya pada malam 27 itu perlu disinari dengan cahaya lampu.
"Perbuatan memasang lampu pada malam itu adalah bidaah dan tidak ada di dalam Islam. Tidak kira lampu apa pun sama ada pelita, lilin, atau lampu berwarna-warni,"

 Beliau tidak menafikan ada sesetengah umat Islam menganggap pada malam 27 itu adalah malam Lailatul Qadar sebab itulah mereka menerangkan suasana rumah mereka dengan cahaya lampu atau pelita.
"Sebenarnya, Nabi SAW sudah berkata Lailatul Qadar adalah sepuluh malam terakhir yang kita tidak tahu bila malamnya. Bukannya pada malam 27 Ramadan.
"Sebab malam 27 likur itu tidak ada di dalam nas. Kita bukan suruh orang itu hidupkan malam itu dengan lampu, kita suruh hidupkan malam itu dengan amal ibadat, sebab itu malam sepuluh terakhir, jangan tidur!

 Justeru, Ustaz Abu Hassan menegaskan, amalan karut itu wajar dihentikan dengan segera jika masih ada lagi sesetengah umat Islam yang mengamalkannya.
"Bagi saya kalau hendak pasang juga lampu, biarlah ianya dimulakan pada awal Ramadan sehingga akhir bulan itu. Kalau kita hendak muliakan Ramadan awal lagi kita sudah pasang lampu
-Sumber Rujukan kat SINI-
Sekadar berkongsi info. sekali lagi kalau salah tegurlah secara berhemah. Aku manusia yang ilmu cuma sejengkal. Kalau aku share bermakna aku pun baru belajar bersama.

P/S : yang rasa pasang pelita dengan niat sekadar memeriahkan suasana nak sambut raya tak perlu la terasa. Tapi kalau wujudnya kepercayaan macam ni dulu, tak mustahil masih lagi ada orang percaya macam tu sampai sekarang. Kalau kat kampung tu masih ada orang yang percaya Malam Lailatul Qadar perlu di terangi rumah dengan cahaya, dari pengalaman sendiri dengar someone explain pasal pasang pelita malam 7 likur ni. See.. masih ada yang mempercayai kepercayaan bidaah ni.

Info2 yang berkaitan boleh jugak baca kat sini
 menyalakan pelita pada malam likur ini tiada asasnya dalam sunah Nabi apatah lagi ayat al-Quran. Umat Islam dinasihat meninggalkan amalan sia-sia ini kerana bukan saja membazir, malah membuang masa sehingga menjejaskan penumpuan kepada amal salih yang perlu diutamakan. Selebihnya baca kat sini >>Persoalan agama :PASANG PELITA AMALAN BIDAAH?


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com