RESEPI BIHUN GORENG KERING SEGERA
RESEPI BIHUN GORENG KERING SEGERA. Mesti ada mencebik.. Alah. Bihun goreng pun nak share resepi. Aku sambil pejam mata je pun boleh masak... Bukan sambil pejam mata jer sambil berzumba pun aku boleh masak. yer.. yer.. chef2 sekalian memang bihun goreng bagi hangpa semua macam goreng telur mata jer tapi bagi orang yang baru belajar masak bihun goreng pun depa rasa macam nak masak kari kepala ikan punya payahnya. Jangan ingat remeh bagi kita remeh jugak bagi semua orang. Masak nasi pun ada orang separuh abad hidup pun masih tak tahu jadi tak mustahil ramai kat luar sana tak reti goreng bihun.Resepi bihun goreng kering segera ni (nama harus gempak ok!) memang sesuai sangat untuk pelajar2 yang menyewa atau geng2 bujang. Sebab apa kalau duduk asrama ni mana boleh masak ye dak. Sebab sesuai sangat untuk budak2 ipt ni adalah kerana bahan bahan dia senang nak dapat. Tak payah nak blend cili bagai. Beli je yang instant. Sebab tu aku namakan bihun goreng kering segera sebab guna bahan2 segera je. hehehe
Bahan bahan dia..
Cili giling puteri. Boleh beli je kat kedai. Kenapa cili giling puteri? sebab cili dia cukup rasa pedas & tak over sangat masam sesetengah cili giling segera jenama lain.
Sos cili
Kicap manis & kicap masin
Ayam/Udang/Sayur (yang tu ikut suka la)
Fish cake & fish ball (ni pun ikut suka la nak masuk boleh taknak pun takpe)
Bawang merah & bawang putih
minyak masak
Bihun
Cara nak buat dia
Rendam bihun dalam air panas sekejab bagi lembut. Sekejab jer jangan lama2 nanti lembik.
Bancuh cili giling dengan kicap manis & masin & sos cili. Buat macam pes.
Aku suka goreng dulu ayam bagi masak. kemudian dah masak angkat dulu.
Tumiskan bawang merah & putih. Dah naik bau baru masukkan cili. Masak sekejab baru masuk udang,fish cake, fish ball & ayam yang dah goreng tadi. Tak payah masak lama2 cili tu sebab dia memang dah masak. Agak - bahan mentah tu dah masak baru masukkan bihun yang di celur lembut tadi. gaul rata. masukkan sayur. Masak sekejab agak2 sayur dah masak. Boleh la di hidang. Untuk buat bihun kering jangan letak banyak minyak.
Senang tak?? Senang jer sebenarnya. Kadang2 sebab kita tak pernah cuba masak kita rasa macam susah sangat padahal sambil goyang inul pun boleh masak. Jadi pada adik2 yang baru berkenalan dengan bakal mertua tu boleh la pratikkan masak bihun koreng kering segera ni. Bukan apa kalau berminyak sangat tak elok nak jamu kat mertua yang dah tua. Nanti kolestrol tinggi katanya. hahaha
Bagi yang ada housemate yang kaki makan boleh la korang try masak masakan yang korang belum expert atau tak pernah masak. Sebab spesis kaki makan macam ni sedap ke tak sedap kadang2 dia belasah jer asal bukan racun sudah. So tak membazir kalau resepi korang tu kurang menjadi. Hahahaha. Tapi kalau tetiba depa jadi kurang makan atau bersikap pelik terhadap makanan korang kena tahu itu dorang sebenarnya sedang bagitahu korang sesuatu. Nak tahu meh baca kat sini >> Yang Ada Kawan Kaki Makan Kena faham Jika kawan Anda Buat Perangai macam ni <<
Aku share resepi simple2 jer sebab aku tau dah banyak orang share resepi berat2 yang kadang2 budak2 baru belajar masak ni rasa tak confident nak buat. Kena belajar masak yang simple2, belajar matching rasa & bahan baru la belajar masak masakan berat2.