Showing posts with label tati skincare. Show all posts

WANITA YANG PERNAH VIRAL KULIT ROSAK TERUK AKIBAT GUNA LOCAL PRODUK, INILAH WAJAH TERKINI BELIAU YANG MENGEJUTKAN

WANITA YANG PERNAH VIRAL KULIT ROSAK TERUK AKIBAT GUNA LOCAL PRODUK, INILAH WAJAH TERKINI BELIAU YANG MENGEJUTKAN. Masihkah kau ingat dengan seorang wanita yang pernah jadi viral bila dia mendedahkan bahaya menggunakan satu jenama local produk sehingga kulit dia rosak teruk. Takkan tak ingat kot.. Gempar seantero alam maya gitu. Produk yang pernah dia guna pun sekarang KKM dah sahkan tidak selamat kerana mengandungi racun berjadual.

Inilah rupa wanita tersebut selepas guna local produk yang di sahkan KKM mempunyai racun berjadual. Ni rupa yang dulu... Yang sekarang teruskan membaca nanti hangpa boleh tengok

Maka semua orang pun dah tahu produk tu memang bahaya bukan sebab fake ke original. Malas nak mention kat entri ni satgi orang kata aku ni suka menyibuk hal produk orang secara berlebihan pulak kan? Tapi ada jugak pengedar dia yang tak boleh terima hakikat tetap salahkan KKM katanya buat ujikaji keatas produk tiruan. Biaq pi la depa tak mau terima hakikat.. kita yang dah terima info macam tu jadikan pengajaran la kan? Tak payah nak mempertikai kredibiliti pihak KKM.. depa memang pakar dalam bidang tersebut. Depa bukan buat eksperimen bakar atas sudu ok! Depa buat ujikaji dalam makmal dengan kelengkapan & peralatan yang canggih gitu. Tak main spekulasi spekulasi je ok! Depa ada bukti dari ujikaji yang depa buat.. So, no point hangpa nak nafikan lagi.

Yang produk tu biarkan depa dengan labu labinya.. Ni kami nak cerita kat hangpa salah sorang mangsa produk tu yang pernah jadi viral. Kalau hangpa follow dia kat facebook mungkin hangpa selalu nampak dia share setiap perkembangan kulit dia selepas menggunakan satu produk yang lebih selamat ni. Produk tu tak ada kontroversi merkuri ke, racun tikus ke atau kandungan clorox untuk memutihkan kulit. Produk tu memang sangat terkenal & tidak pernah ada sebarang kontroversi tidak sihat berkaitan penggunanya.

Selepas consistent dengan produk tersebut mangsa local produk yang pernah jadi viral ni.. Progress kulit dia memang mengejutkan. Confirm ramai yang akan cerca dia.. Lebih2 lagi geng2 tak boleh terima hakikat dok jual racun kat orang tu la. Tapi serius kami sangat kagum ok! Berkat usaha & istiqomah nak pulihkan kulit dia yang dulunya umpama jalan tar... Kini tiada lagi tar tar hitam berlobak & berliku. Korang boleh tengok sendiri gambar kat bawah ni...

Berbeza kan dengan gambar kat atas. Memang nampak perubahan yang ketara & kulit dia pun semakin cantik & sihat

Nampak tak sangat berbeza dulu & sekarang. Dulu masa dia mula2 pakai local produk tetttttt.. tu memang muka dia cantik.. selepas dia skip pakai terus muka dia jadi rosak.

sumber gambar Norhasniza Khalid

Perempuan mana tak nak cantik kan.. Atas keinginan nak cantik & nak kulit dia kembali sihat.. Dia berusaha bukan saja dari segi masa tapi kewangan jugak beli produk yang lebih terjamin & tidak berisiko. Nak tau dia pakai produk apa.. hangpa skodeng la sendiri yer.. kekekekeke. Nak cantik macam beliau kena la usaha siasat sendiri ok! Jangan tunggu orang suap sampai ke otak pulak. ada paham???

Moral of the story.. Please nak rawat kulit bermasalah ni.. bukan 3 - 4 hari nampak kesan. Kalau ada produk yang janjikan kesan 3 - 7 hari tu sila la siasat kandungan produk tu apa, kat mana produk tu di ujikaji & dimana kilang produk tu. Setakat logo KKM kat kotak tu belum tentu selamat.. Kadang2 logo KKM pun ada orang palsukan. Produk yang tak tau asal usul.. kat mana di proses ni.. Perlu kita rasa was was ok. Ia bukan berkaitan dengan duit kita semata mata tapi risiko yang kita bakal tanggung tu.. Kalau setakat rosak luar kulit ok lagi kalau effect organ dalaman.. Hangpa ingat organ dalam manusia ni ada jual kat pasar macam organ dalaman, ayam lembu kambing bagai tu. renung renungkan.. selamat memilih produk yang terbaik untuk kecantikkan & kesihatan.

KKM SAHKAN PRODUK TATI SKINCARE & MOLEEK SKINCARE MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL

KKM SAHKAN PRODUK TATI SKINCARE & MOLEEK SKINCARE MENGANDUNGI RACUN BERJADUAL. Lepas satu.. satu lagi kontroversi mengaitkan produk Tati Skincare  ni kan.. Takkan la pengasas dia nak pretend teraniaya lagi kot. Dah terang terang Kementerian Kesihatan Malaysia keluarkan laporan bahawa produk krim malam & treatment cream dia mempunyai bahan terlarang. Ni bukan pengesahan dari kementerian kesihatan zimbakwe ke.. toronto ke hapa. Malaysia ok. Hope pengasas produk ni please hentikan jualan.. Jangan makan hasil merosakkan kulit orang lepas tu pi mekah buat umrah.. tak baik ok!


Satgi mai la supporter Tati skincare dok serang & tanya.. dari mana dapat khabar angin ni. Pepandai ja tuduh produk Tati Skincare ada racun.. Kami pakai elok ja. Pakat gebu macam emma maembong. Hang yang tak pernah guna produk tu suka hati nak cakap ada racun bagai.. Dengki la tu tak boleh tengok bangsa sendiri berjaya katanya..


Sabar dulu na... aku pun tak berani nak petik nama KKM ni kalau tak ada sumber berita sahih sebagai rujukkan. Aku tak banyak duit sangat nak naik mahkamah & bayar ikat jamin keluar lokap yer. Sumber berita ni aku baca kat Harian Metro ok.. Siap aku screenshot sebagai bahan bukti..

Laporan Harian Metro

Puas hati para Tati fans sekalian... Ni bukan fitnah atau spekulasi lagi. Produk tu terang terang memang tak selamat. Bukan tati je.. Tu ntah apa nama produk moleek skincare pun sama. Aku sendiri tak pernah dengar nama moleek skincare tu rupanya ada jual dalam pasaran yer. Nama je moleek.. tapi ingredient dia tak molek langsung. Mohon meninggal pengasas2 produk tak bertanggungjawab macam ni. Hangpa ingat senang ka muka orang yang dah rosak nak pulihkan balik. Hangpa beli produk timbang pakai kati ikan.. lepas tu print label tempek kat botol & jual. Ntah - ntah hangpa sendiri pun tak pakai produk hangpa juai tu muka dok elok tak rosak apa - apa.


Kepada kaum wanita terutamanya.. Insaflah.. harga sebuah kecantikkan ni bukan murah & mudah. Nak murah kena susah sikit. Ikut petua2 lama guna herba2 semulajadi tu. Kalau nak senang.. menabung la hangpa beli produk organic ka.. natural produk ka tapi rega memang la tak berapa murah cuma tidak berisiko. Berbaloi la kan dari pakai produk menjanjikan 3 hari pakai muka gebu tahap lantai mar mar punya licin lepas seminggu bertukar dari lantai marmar kepada jalan tar. hang nak camtu?


Moral of the story.. pengasas Tati Skincare & Moleek skincare.. semoga insaf tak jual produk timbang kilo dah lepas ni.

PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE BAKAL TUNAI UMRAH & RASA TERANIAYA?

PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE BAKAL TUNAI UMRAH & RASA TERANIAYA? Amboi Puan lekatlekit puaka gunung gondol ni.. Kemain meriah kan hang dok up entri pasal Produk ni. Tak ada apa la.. Pengasas dia pun dah macam selebriti kat media sosial sejak dua menjak ni kan. Almaklum la produk dia semakin popular & hangat di perkatakan.. Mesti ramai nak tahu apa aktiviti dia kan. Lumrah public figure memang ramai peminat maka sebagai penyampai.. Den menyampaikan khabar jer..

Terbaca kat satu pos di Page Pengasas Produk tati Skincare ni. Tapi dia tak buat la post pasal nak pi umrah cuma dia buat post something yang krik krik krik.. Seolah2 sedang memberi tahu tentang apa yang sedang melanda diri dia sekarang. Yelah.. Semoga bertabah buat Puan. Dok baca la jugak komen2 follower dia.. tengok ramai jugak dia reply. Kat situ dia ada bagitau dia bakal pergi menunaikan umrah pada 15 - 24 April. Alhamdulillah.. Rezeki dia menjadi tetamu Allah, Insya Allah. Bukan semua orang di rezeki kan kesana even harta berkoyan koyan macam jamal pak tongkol saudagar unta tu. Hanya insan - insan terpilih jer Allah jemput jejak kaki ke tanah suci ni.


Dalam banyak banyak komen dok bagi kata2 semangat tertarik dengan satu komen ni.. Hangpa baca la noh cheq screenshot kat bawah tu. hehehehehe


Cuma masalahnya kita tak tahu sapa menganiaya & sapa teraniaya. Hanya pengasas Tati Skincare je tahu dia di pihak teraniaya atau menganiaya kan? Bukan apa.. pasal kontroversi produk tu kalau kata satu khianat & sabotaj.. Apa yang di laporkan walau bukan dari akhbar malaysia tapi di sahkan oleh pihak yang di iktiraf. Bukan dari bekas pengguna.. Kalau baca dari komen2 bekas pengguna pun terlalu banyak feedback yang kurang baik tentang produk tu. So, berhati hati la kan.. Takut kita dok pretend teraniaya sedangkan sebenarnya orang lain yang di aniaya. hehehehe

Tapi statement teraniaya tu bukan la dia buat secara direct to the point oleh pengasas dia.. Cuma hint2 dari kiasan kata kata tu ada gambaran sedang di uji dengan dugaan yang hebat takhkala ni. Cuma komen dari pengikut dia je yakin macam orang menganiaya produk tu.

Pasal kontroversi produk tati skincare tu hope ada campur tangan dari kementerian kesihatan Malaysia untuk buat ujikaji terhadap produk tu & dapat keluarkan keputusan supaya pengguna tahu samada ia betul - betul bebas bahan merbahaya atau sebaliknya. Sebab produk tu pun tak tau kat mana kilang dia.. Kat mana ujikaji di buat.. So, boleh timbul macam2 spekulasi tak baik. Jadi adalah yang terbaik pihak kementerian kesihatan campur tangan.

Moral of the story.. Zaman semua orang berlumba lumba nak cantik ni memang ada yang sanggup ambil risiko dengan guna produk2 yang merbahaya padahal boleh ja nak cantik ikut guna produk yang di jual di farmasi. tak berisiko & berbaloi untuk cantik ok! better la dari guna produk yang mempunyai tahap chemical & merkuri yang tinggi kan? Biarlah nampak lambat kesan dia dari merosakkan kulit hangpa.

P/S : Gamaknya pengasas produk yang jadi kontroversi ni depa pakai ka dak produk yang depa juai tu?? Tanya ok bukan spekulasi hehehehe

KEMENTERIAN KESIHATAN BRUNEI SAHKAN TATI SKINCARE TIDAK SELAMAT

KEMENTERIAN KESIHATAN BRUNEI SAHKAN TATI SKINCARE TIDAK SELAMAT. Rasanya pernah jadi viral dulu pasal produk ni selepas seorang pengguna berkongsi kisah ngeri dia selepas menggunakan produk dari jenama tersebut. Masa tu pihak Tati menidakkan perkara tersebut & konon nak ambil tindakkan mahkamah kepada mereka yang menyebarkan perkara tu yang pihak tati anggap fitnah. Tapi memang tak ada sebarang tindakkan undang undang di ambil terhadap sipolan yang menjadi viral lepas muka dia rosak teruk guna produk tu. Mungkin pihak tati pun masa tu tak boleh membuktikan produk dia memang selamat.


Memang kebanyakkan mereka yang menggunakan produk tu rata2 akan cakap dapat kesan yang cepat seawal 3 - 7 hari. Memang masa pakai kulit depa jadi sangat cantik dalam tempoh yang singkat. Tapi selepas berhenti menggunakan even ter skip 1 - 2 hari je pun akan mula nampak kesan buruk pada kulit. Normally produk yang selamat rasanya tak bagi kesan macam tu. Selepas isu tu reda nampak pihak tati pun diam jer...

Orang ramai yang telah membeli atau menggunakan produk-produk tersebut dinasihatkan untuk memberhentikan pengunaannya dengan serta merta.

Tup tup hari ni terbaca keratan akhbar dari brunei yang di kongsikan geng kat facebook. Mamaniza tu.. dia la mangsa produk tu dulu. Kementerian kesihatan brunei menasihatkan orang awam tidak menggunakan 3 produk ni.Produk-produk berkenaan ialah Tati Skincare 5 in 1 Set – Night Cream dan Lyanaz Beauty Care Magic Night Cream yang dicemari merkuri dan Tati Skincare 5 in 1 Set – Treatment pula dicemari hydroquinone dan tretinoin.. salah satunya Tati Skincare, Ok!. kerana terdapat bahan terlarang yang tidak di isytihar. Sebab ia boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Seriau ok baca berita berita macam ni. Yang masih guna tu.. sila pertimbangkan balik. Mungkin kesan anda tak nampak sekarang.. akan datang belum tentu walaupun kat Malaysia KKM tak ada keluarkan sebarang kenyatan selamat ke bahaya ke produk ni.Mungkin kat brunei je kot jadi bahaya.. kat malaysia masih selamat tak tau la kan. Faktor cuaca mungkin kat brunei jadi bahaya. hahahahaha

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007, untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik dipasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di Kementerian Kesihatan dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi $5,000, penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Kementerian Kesihatan juga memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini. - sedutan keratan akhbar -

Pada pengasas produk kecantikkan ni tak kira la apa jenama sekalipun.. Please la bertanggungjawab pada sesuatu yang nak jual. Jangan asal ada modal jer terus label jenama sendiri & jual. Tak melalui proses yang sepatutnya untuk pengesahan keselamatan sesuatu produk sebelum di pasarkan. Anda memperjudikan kesihatan orang lain. Ingat banyak nyawa berdepan dengan risiko hanya kerana kerakusan anda untuk meraih keuntungan dengan mudah & senang.

Jangan bila orang report produk anda bagi kesan buruk.. terus ugut nak saman. Pada kaum wanita terutamanya yang memang sukakan kecantikkan.. Please berhati hati ok! Semua orang nak cantik.. Tapi kalau cantik lepas tu sakit pun tak guna. Alih2 kecantikkan tu hilang macam tu je.. anda derita sepanjang hayat.

PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE BAGI PENJELASAN TENTANG VIRAL PRODUK MEREKA YANG DI KATAKAN TIDAK SELAMAT

PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE BAGI PENJELASAN TENTANG VIRAL PRODUK MEREKA YANG DI KATAKAN TIDAK SELAMAT. Sebagai blogger kena la adil. Kita tak boleh post untuk sebelah pihak.. Kena post untuk kedua dua belah pihak katanya. Semua rasanya sedia maklum kan dua hari ni hangat di perkatakan tentang local produk yang tengah popular ni. Walau tak di mention oleh bekas pengguna tapi sebab mungkin ramai yang mengalami perkara yang sama bila berhenti atau skip menggunakan produk tu untuk tempoh lebih kurang seminggu maka ramai yang dapat meneka produk apa.

Jadi di sebabkan benda tu dah jadi viral serata alam maya.. Maka pengasas produk tu tampil memberi penjelasan di laman facebook beliau. Menurut Puan Nurhayati Hashima pengasas produk Tati Skincare.. dia kata ia salah satu konspirasi untuk menjatuhkan perniagaan beliau. Bab2 konspirasi ni aku tak mau buat spekulasi apa apa la.. Sebab benda tu kena ada siasatan dalaman. Yang aku tau bekas pengguna produk ni tidak membayar aku menulis tentang apa yang berlaku kepada dia selepas berhenti guna produk tu. Aku sendiri yang minta nak kongsi kat blog. So, antara dia dengan aku memang tak ada sebarang konspirasi berbayar untuk menjatuh sesiapa.


Pasal katanya ada produk lain cuba mengambil kesempatan mempromosikan produk mereka dari viral tersebut.. Biasa la kan. Strategi marketing katanya. Masa ni la nak membuktikan produk siapa paling bagus mampu menyelesaikan masalah kulit pengguna yang terkesan dari penggunaan produk yang mungkin tidak selamat untuk kulit.

Pada pandangan peribadi aku la.. Aku tak nampak apa yang jadi viral ni satu konspirasi menjatuhkan pihak yang di tuduh tu sebabnya aku sendiri try google & cuba baca semua pendedahan dari pihak pengguna. yer.. ada yang berpuas hati dengan kesan selepas penggunaannya.. Tapi ramai jugak yang memberi feedback yang negatif bila berhenti menggunakan produk tersebut. Aku ni memang suka tukar2 produk.. Sebab aku banyak guna produk jual kat farmasi je sekarang.. Memang kalau aku stop guna apa2 produk yang aku guna sebelum tu memang tak bagi apa2 kesan buruk kepada kulit aku. Yelah.. aku kalau datang musim malas aku pakai cleanser jer... Yang lain2 aku skip. Aku jarang pakai 1 set produk dari brand yang sama.. Skincare aku sekarang ada 2 3 brand. Sebab produk tu kebanyak natural produk memang tak bagi apa2 kesan buruk walau aku mempunyai kulit yang sensitif & silap pakai produk memang akan berjerawat.

Tapi tak tau la kan.. Sebab katanya ada fake Tati Skincare ni.. mungkin boleh terima alasan sebab produk tiruan cuma yang musykil ada yang cakap beli direct HQ pun sama juga. Bila stop muka terus jadi bukan bukan. Entah la.. Mungkin pihak Tati Skincare boleh membuktikan produk mereka selamat dengan lampiran pengesahan dari pihak2 yang pernah membuat ujikaji terhadap produk mereka. Mungkin dengan cara tu dapat mengembalikan kepercayaan pengguna.

Apapun... Semoga ada penyelesaian yang baik. Jika terbukti produk tu selamat hope ada la lampiran bukti yang sahih.

INILAH PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE

INILAH PENGASAS PRODUK TATI SKINCARE. Ni tetiba buat entri pasal pengasas Tati Skin Care kau pun terjebak guna produk yang katanya berkesan dalam masa 3 hari & jerawat settle dalam masa 7 hari. Bukan kau shopping skincare kat guardian je ke? Rasanya guardian takde jual produk Tati Skincare ni kan.. Yer betul. aku guna skincare yang jual kat Guardian je. Aku bukan salah seorang pengguna Produk Tati Skincare pun & aku sesungguhnya tidak berani nak ambil risiko guna produk ni.. hahahaha. Hanya yang berkulit kental & kenyal je boleh guna produk ni. Yang berkulit lemah semangat macam kulit aku tak payah la nak cuba - cuba hahahaha


Produk ni sesungguhnya feedback pengguna yang aku baca ada Pro & contra. Ada yang kata kesan dia memang sangat memuaskan hati & ada yang komen sangat mengecewakan.. Sebab aku tak pernah guna komen aku cuma menakutkan je baca feedback dari bekas bekas pengguna produk ni.


Mungkin ramai yang tak kenal siapa pengasas produk yang tengan 'In trend' sepanjang 2016 ni & bakal jadi kontroversi untuk tahun 2017 katanya hehehehe... Pengasasnya bukan seorang lelaki berpewatakkan lembut tapi perempuan original yang bertudung. Perempuan melayu jugak. Nama pengasas produk ni adalah Nurhayati Hashima. Mengikut hasil siasatan aku melaui Facebook.. Beliau berasal dari Pasir Mas Kelantan & menetap di sana jugak. Katanya belajar kat UM Kelantan.


Tu je la yang aku tahu. Bila dia mula mengeluarkan produk Tati skincare ke hapa tak jumpa pulak info pasal tu. Jadi pada mereka mereka yang tertanya tanya siapa gamaknya pengasas produk yang meletop bagaikan pop corn baru masak ni hope dah berkenal kenalan yer. Putih gebu orangnya. Padan la jadi pengasas produk kecantikkan pun. takde la orang pertikai dia keluarkan produk skincare pun hahahaha. Macam aku kalau jadi pengasas produk kecantikkan mungkin kena kecam. Almaklum.. even bebas jerawat pun takde la gebu gebas lagi. Masih banyak perlu di repair kat muka aku ni hahahahaha.. Jadi sapa nak berkolabrasi untuk review kat blog lekatlekit.com ni & ada produk best nak suruh aku test, manatau aku boleh jadi testimoni berjaya kalau betul2 produk korang tu berkesan kan. Jadi boleh la email lekatlekitgurl@yahoo.com. Syarat produk korang bukan produk yang banyak chemical & mercury, ada pengesahan KKM, GMP, Halal (kalau ada salah satu daripada 3 tu pun ok. Tapi paling penting KKM & Halal la) yang sah bukan setakat print sticker kat kotak produk bila di semak tak pernah pun dapat pengesahan atau kelulusan KKM, GMP atau Halal JAKIM.

Kalau korang nak share untuk orang lain mengenali siapa pengasas produk Tati skincare ni pun boleh.. share je pada button2 social media yang ada kat sebelah kiri & bawah artikel ni. Manalah tau ramai lagi yang masih tercari cari siapa sebenarnya pengasas produk ni. Mungkin depa ada urusan nak kenal juga siapa pengasas produk tati skincare kan.. hehehehe

P/S : Ramai kan orang kelantan yang jadi pengasas produk kecantikkan ni. Senang dapat stok kot hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com