KEMENTERIAN KESIHATAN BRUNEI SAHKAN TATI SKINCARE TIDAK SELAMAT

4/06/2017 11:34:00 AM suria lekatlekit 4 Comments

KEMENTERIAN KESIHATAN BRUNEI SAHKAN TATI SKINCARE TIDAK SELAMAT. Rasanya pernah jadi viral dulu pasal produk ni selepas seorang pengguna berkongsi kisah ngeri dia selepas menggunakan produk dari jenama tersebut. Masa tu pihak Tati menidakkan perkara tersebut & konon nak ambil tindakkan mahkamah kepada mereka yang menyebarkan perkara tu yang pihak tati anggap fitnah. Tapi memang tak ada sebarang tindakkan undang undang di ambil terhadap sipolan yang menjadi viral lepas muka dia rosak teruk guna produk tu. Mungkin pihak tati pun masa tu tak boleh membuktikan produk dia memang selamat.


Memang kebanyakkan mereka yang menggunakan produk tu rata2 akan cakap dapat kesan yang cepat seawal 3 - 7 hari. Memang masa pakai kulit depa jadi sangat cantik dalam tempoh yang singkat. Tapi selepas berhenti menggunakan even ter skip 1 - 2 hari je pun akan mula nampak kesan buruk pada kulit. Normally produk yang selamat rasanya tak bagi kesan macam tu. Selepas isu tu reda nampak pihak tati pun diam jer...

Orang ramai yang telah membeli atau menggunakan produk-produk tersebut dinasihatkan untuk memberhentikan pengunaannya dengan serta merta.

Tup tup hari ni terbaca keratan akhbar dari brunei yang di kongsikan geng kat facebook. Mamaniza tu.. dia la mangsa produk tu dulu. Kementerian kesihatan brunei menasihatkan orang awam tidak menggunakan 3 produk ni.Produk-produk berkenaan ialah Tati Skincare 5 in 1 Set – Night Cream dan Lyanaz Beauty Care Magic Night Cream yang dicemari merkuri dan Tati Skincare 5 in 1 Set – Treatment pula dicemari hydroquinone dan tretinoin.. salah satunya Tati Skincare, Ok!. kerana terdapat bahan terlarang yang tidak di isytihar. Sebab ia boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Seriau ok baca berita berita macam ni. Yang masih guna tu.. sila pertimbangkan balik. Mungkin kesan anda tak nampak sekarang.. akan datang belum tentu walaupun kat Malaysia KKM tak ada keluarkan sebarang kenyatan selamat ke bahaya ke produk ni.Mungkin kat brunei je kot jadi bahaya.. kat malaysia masih selamat tak tau la kan. Faktor cuaca mungkin kat brunei jadi bahaya. hahahahaha

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007, untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik dipasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di Kementerian Kesihatan dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi $5,000, penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Kementerian Kesihatan juga memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini. - sedutan keratan akhbar -

Pada pengasas produk kecantikkan ni tak kira la apa jenama sekalipun.. Please la bertanggungjawab pada sesuatu yang nak jual. Jangan asal ada modal jer terus label jenama sendiri & jual. Tak melalui proses yang sepatutnya untuk pengesahan keselamatan sesuatu produk sebelum di pasarkan. Anda memperjudikan kesihatan orang lain. Ingat banyak nyawa berdepan dengan risiko hanya kerana kerakusan anda untuk meraih keuntungan dengan mudah & senang.

Jangan bila orang report produk anda bagi kesan buruk.. terus ugut nak saman. Pada kaum wanita terutamanya yang memang sukakan kecantikkan.. Please berhati hati ok! Semua orang nak cantik.. Tapi kalau cantik lepas tu sakit pun tak guna. Alih2 kecantikkan tu hilang macam tu je.. anda derita sepanjang hayat.

4 comments:

  1. procedure nak dapat kelulusan KKM cuma kena declare contain yg ada dlm product tu. content yg berbahaya confirm xkan nak declare iyo dok?
    bila customer ada report side effect br lah KKM akan siasat dan tarik balik kelulusan KKM.
    gitulah yg sy faham procedure KKM. sb tu sy x percaya kalau org tu ckp brg ni selamat walau ada kelulusan KKM. ada duit daftar je KKM.
    sy selalu ikut jgk pharmacy Brunei fb pages. Kat situ lebih update, mybe setiap product yg nak masuk brunei diorg check sendiri ingredient bukan percaya bulat2 yg declare tu.
    allahualam.

    ReplyDelete
  2. Kalau nak cantik, mana ada jalan shortcuts. Mesti kena ikut jalan berliku punya. Kalau sekadar hari ni pakai, esok lusa dah lawa, memang something wrong somewhere tu, Suria.

    Nak cantik boleh tapi biarlah berhati-hati. Kasi cantik dalaman dulu. Hahaha!

    ReplyDelete
  3. I pernah guna then i skip for 4 days habis muka i 😭 sekarang tengah recovery muka aduii janganlah rosakkan muka

    ReplyDelete
  4. nyaris-nyaris terpedaya :D adik saya pakai skarang muka dia banyak blackhead and jerawat besar.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com