Showing posts with label kandungan. Show all posts

MOLEEK SKINCARE NAFI PRODUK MEREKA BAHAYA SEPERTI DILAPORKAN KKM

MOLEEK SKINCARE NAFI PRODUK MEREKA BAHAYA SEPERTI DILAPORKAN KKM. Bab Tati skincare yang kecoh seantero alam maya tu kita rehat sekejab.. Semua orang dah tahu kan KKM dah keluarkan laporan pasal produk tu.. Tapi meh kita cerita cerita pasal Moleek skincare pulak. Antara produk yang di sahkan KKM tidak selamat kerana mempunyai kandungan racun berjadual. Aku ni dah macam wartawan la pulak kan. Nak jadi blogger kena rajin ye dak.. Maka aku pun pergi la skodeng page Moleek Skincare ni.. Kebetulan asyik dok lalu lalang kat suggest post di FB aku jer.. So skodeng2 la komen2 pengguna dia.


Nampaknya produk tu masih ada permintaan tapi ada jugak minta penjelasan pasal produk tu selepas KKM mengesahkan Moleek Skincare jugak antara produk yang merbahaya. Ni penjelasan dari pihak Molek Skincare yang aku baca dari FB page depa..


Rupanya Moleek skincare ni di keluarkan dua company yang berbeza yer.. Kalau Tati sebelum ni dok tuduh fake produk, moleek lain pulak. depa habaq yang KKM sahkan bahaya tu bukan keluaran dari syarikat depa. Dia tak kata fake ke original.. Dari penjelasan tu, dia suruh customer semak sendiri dengan KKM samada yang di sahkan mengandungi racun berjadual tu samada dari syarikat mereka atau company lain.


Pening aku.. Kalau ada 2 company keluarkan jenama yang sama tapi ingredient yang berbeza benda ni boleh mengelirukan pembeli tapi pihak pengeluar rilex je tanpa ada sebarang tindakkan. Sebenarnya kau nak cakap produk kau ada fake jugak kan & yang KKM sahkan bahaya tu produk fake, kan? Tanya je bukan tuduh. kekekekeke.

Moral of the story.. Bagi aku la kan kalau dah produk tu ada kontroversi kau cari je produk lain nak cantik. Melambak produk yang tak berisiko ada di pasaran kalau nak cantik & sentiasa awet muda. Gigih sangat nak guna produk yang terang terang KKM dah sahkan tidak selamat tu dah kenapa? Biarlah pengedar atau pengasas dia nak nafikan pun kita sebagai pengguna perlu bijak ambil langkah selamat sudah.

KEMENTERIAN KESIHATAN BRUNEI SAHKAN TATI SKINCARE TIDAK SELAMAT

KEMENTERIAN KESIHATAN BRUNEI SAHKAN TATI SKINCARE TIDAK SELAMAT. Rasanya pernah jadi viral dulu pasal produk ni selepas seorang pengguna berkongsi kisah ngeri dia selepas menggunakan produk dari jenama tersebut. Masa tu pihak Tati menidakkan perkara tersebut & konon nak ambil tindakkan mahkamah kepada mereka yang menyebarkan perkara tu yang pihak tati anggap fitnah. Tapi memang tak ada sebarang tindakkan undang undang di ambil terhadap sipolan yang menjadi viral lepas muka dia rosak teruk guna produk tu. Mungkin pihak tati pun masa tu tak boleh membuktikan produk dia memang selamat.


Memang kebanyakkan mereka yang menggunakan produk tu rata2 akan cakap dapat kesan yang cepat seawal 3 - 7 hari. Memang masa pakai kulit depa jadi sangat cantik dalam tempoh yang singkat. Tapi selepas berhenti menggunakan even ter skip 1 - 2 hari je pun akan mula nampak kesan buruk pada kulit. Normally produk yang selamat rasanya tak bagi kesan macam tu. Selepas isu tu reda nampak pihak tati pun diam jer...

Orang ramai yang telah membeli atau menggunakan produk-produk tersebut dinasihatkan untuk memberhentikan pengunaannya dengan serta merta.

Tup tup hari ni terbaca keratan akhbar dari brunei yang di kongsikan geng kat facebook. Mamaniza tu.. dia la mangsa produk tu dulu. Kementerian kesihatan brunei menasihatkan orang awam tidak menggunakan 3 produk ni.Produk-produk berkenaan ialah Tati Skincare 5 in 1 Set – Night Cream dan Lyanaz Beauty Care Magic Night Cream yang dicemari merkuri dan Tati Skincare 5 in 1 Set – Treatment pula dicemari hydroquinone dan tretinoin.. salah satunya Tati Skincare, Ok!. kerana terdapat bahan terlarang yang tidak di isytihar. Sebab ia boleh memudaratkan kesihatan pengguna. Seriau ok baca berita berita macam ni. Yang masih guna tu.. sila pertimbangkan balik. Mungkin kesan anda tak nampak sekarang.. akan datang belum tentu walaupun kat Malaysia KKM tak ada keluarkan sebarang kenyatan selamat ke bahaya ke produk ni.Mungkin kat brunei je kot jadi bahaya.. kat malaysia masih selamat tak tau la kan. Faktor cuaca mungkin kat brunei jadi bahaya. hahahahaha

Orang ramai yang terlibat dalam penjualan produk-produk tersebut (termasuk penjualan secara online seperti melalui Facebook dan sebagainya) adalah diingatkan bahawa menjadi satu kesalahan di bawah Peraturan Ubat (Produk Kosmetik) 2007, untuk mengimport dan memasarkan produk kosmetik dipasaran tempatan tanpa Surat Pengakuan Notifikasi Produk Kosmetik yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di Kementerian Kesihatan dan jika didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi $5,000, penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Kementerian Kesihatan juga memohon kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada Perkhidmatan Peraturan-Peraturan Kesihatan jika mendapati produk-produk berkenaan masih dipasarkan di negara ini. - sedutan keratan akhbar -

Pada pengasas produk kecantikkan ni tak kira la apa jenama sekalipun.. Please la bertanggungjawab pada sesuatu yang nak jual. Jangan asal ada modal jer terus label jenama sendiri & jual. Tak melalui proses yang sepatutnya untuk pengesahan keselamatan sesuatu produk sebelum di pasarkan. Anda memperjudikan kesihatan orang lain. Ingat banyak nyawa berdepan dengan risiko hanya kerana kerakusan anda untuk meraih keuntungan dengan mudah & senang.

Jangan bila orang report produk anda bagi kesan buruk.. terus ugut nak saman. Pada kaum wanita terutamanya yang memang sukakan kecantikkan.. Please berhati hati ok! Semua orang nak cantik.. Tapi kalau cantik lepas tu sakit pun tak guna. Alih2 kecantikkan tu hilang macam tu je.. anda derita sepanjang hayat.

DATO SITI NURHALIZA SAHKAN KANDUNGAN 2 BULAN KEGUGURAN

DATO SITI NURHALIZA SAHKAN KANDUNGAN 2 BULAN KEGUGURAN. Innilillahhiwainalillahirojiun.. Salam takziah kepada Dato siti. Sedih mendengar khabar Dato Siti Nurhaliza keguguran. Yelah, bertahun kot tunggu nak merasa mengandung tetiba gugur. Besar sungguh Ujian Allah pada beliau tapi semoga Dato siti tabah hadapi ujian berat ni & sentiasa bersangka baik dengan Allah..


Takpe la Dato siti mungkin rezeki tu bukan yang terbaik lagi sebab tu Allah tarik balik. Insya Allah.. suatu hari nanti dia akan bagi yang lebih baik dari apa yang diambil. Kalau orang yang tak kuat iman ni boleh tekanan jugak. Tapi Dato Siti Nurhaliza sesungguhnya seorang insan yang sangat kuat & tenang. Dia mampu membuat kenyataan untuk perkara tu di media sosial. Kalau kita rasanya nak hadap media sosial pun dah tak ada mood.. Tu kalau aku la kan. Orang lain tak sure la. Sebab ada jenis orang dia memang tak kira dalam apa situasi pun dia suka ber sosial di laman sosial.


Walaupun keguguran, Insya Allah kasih sayang dato K takkan terkurang pada wife dia yang comel lagi lemah lembut tu. Tak payah nak test2 kat sini >> Cara Nak tahu sejauh mana anda menyanyangi & di sayangi seseorang << Dato K rasanya dah buat lebih dari itu untuk isteri tercinta. Takpe dato siti jangan sesedih yer.. Abang Misai akan sentiasa ada disisimu. hehehehe

Marilah kita sama2 mendoakan yang terbaik buat Dato Siti Nurhaliza. Semoga dia di kurniakan kebahagian & kasih sayang berpanjangan. Semoga ada rezeki Dato Siti memiliki zuriat sendiri satu hari nanti.

ISTERI PELAKON DAN PENGARAH PIERRE ANDRE TERPAKSA GUGUR KANDUNGAN 13 MINGGU

Setiap pasangan yang berkahwin kebanyakkan mengimpikan cahaya mata.. segelintir je yang taknak anak & takut nak ada anak tapi majoriti yang lain semua nak anak sebagai penyambung keturunan. Tapi setiap perancangan manusia tu Allah dah aturkan segalanya.. kadang2.. apa yang berlaku tu bukan dari perancangan kita atau keinginan kita untuk lakukan tapi bila sampai keadaan mendesak.. terpaksa juga lakukan.


Macam tu lah yang berlaku kepada Pierre Andre dan isterinya.. Biarpun kandungan bayi mereka dah cecah 13 minggu tapi terpaksa jugak di gugurkan kerana ada masalah pada janin. Masalah apa tak pulak di ceritakan.. Biarlah mereka & Allah je tahu, kita tak payah nak buat apa2 spekulasi atau andaian kang jadi pitnah pulak. ye dak?? Kesian kan... Siapa yang tak sedih. Mula2 excited dengar dah mengandung.. bakal jadi mak bapak.. tup tup... terpaksa buang janin yang di baru sahaja hidup dalam rahim si ibu.


 Sumber Yahoo news

Takpe la.. mungkin belum rezeki mereka untuk timang cahayamata. Insya Allah.. Allah lebih tahu bila waktu yang terbaik untuk mereka bergelar ibu ayah pada si kecil bernama anak.

P/S : berderet pulak entri pasal retis lepas balik holiday ni. Banyak jugak tempat jenjalan tu.. dari KL ke sabah balik sabah duduk umah 2 hari lepas tu ke cameron highland seterusnya balik kampung kedah.Konvoi dengan adik,kakak & mak. Kalau orang lain sibuk nak mereview percutian depa.. aku lak ntah napa rasa tak berapa best nak buat review sebab aku rasa kalau tempat2 aku pergi tu aku nak review ramai dah kot mereview... so aku pilih apa yang pelik, menarik & luar biasa sikit je nak tulis macam entri pasal sinalau bakas tu. Rupanya ramai yang masih tak tahu apa tu Sinalau Bakas.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com