Posts

Showing posts with the label mamat khalid

INI SEBAB BEKAS ROCKERS 80AN & 90AN KENA TENGOK ROCK BRO

Image
INI SEBAB BEKAS ROCKERS 80AN & 90AN KENA TENGOK ROCK BRO . Zaman 80an & 90an adalah zaman kegemilangan bagi lagu2 rock. Zaman tu kalau nak tengok generasi muda belia pakai seluar ketat rambut panjang.. ada yang lurus, ada yang ikal mayang ada yang kerinting memang boleh nampak kat mana2 saja. Zaman tu jugak search, wings, damasutra & banyak lagi kumpulan rock tengah popular. Kira time tu lagu2 rock memang in-trend la. Tapi muzik rock ni aku rasa sampai sekarang pun masih di terima. Kira evergreen la kan... Bagi rockers zaman 80an & 90an kalau nak mengimbau kembali zaman rock anda dulu boleh la pergi menonton filem rock bro.. Sebab filem ni mengisahkan perjuangan rockers zaman tu. Di selang seli dengan babak babak komedi yang aku rasa confirm tak sempat mengantuk punya tengok filem ni. Dalam filem ni menampilkan zaman kegemilangan rock yang dah hujung2 la sebelum kemunculan irama rap & hip hop awal 90an. Filem ni mengisahkan perjuangan 1 kumpul rock anak muda Rimba...

KISAH SAKA RUMAH PUSAKA MENCARI PEWARIS

Image
KISAH SAKA RUMAH PUSAKA MENCARI PEWARIS . Untuk segmen seram serik lekat lekit untuk malam ni aku nak story satu kisah berkenaan saka.. Saka yang mencari pewaris.. Sejenis saka ni adalah dari spesis Jin belaan yang boleh hidup sampai beribu tahun. Sebab tu saka boleh di warisi sampai 7 keturunan sekalipun. Jadi bila pemilik asal saka ni meninggal dunia.. maka anak cucu perlu mengambil alih tugas membela saka sebab saka takkan mati bersama tuannya. Kisah Saka yang menjaga sebuah Rumah banglo pusaka. Alkisahnya bermula di sebuah Rumah Banglo Pusaka Di Simpang Jalan.. Gambar Sekadar Hiasan Saka yang sekian lama menghuni banglo pusaka selepas tuannya mati mencari pewaris untuk menjaganya. Jadi dia mencari semua waris keluarga tersebut yang dah terpisah untuk berkumpul dalam sebuah rumah banglo pusaka. 3 Individu yang berketurunan keluarga tersebut dia panggil kerumah tersebut dengan alasan untuk di wariskan harta peninggalan moyang mereka. Sebab ketiga2 mereka mempunyai masa...