DUNIA POLITIK! DEPA RILEX MINUM KOPI TAPI HANGPA TELAN GIGI
Bertegur sapa.. beramah mesra.. bergurau senda sesama kita takde salah pun walaupun ada perbezaan dalam politik. Definasi politik bukan bermusuh tapi sebab kerana golongan penyokong yang taksub buat perbezaan politik bertukar maksud menjadi permusuhan. Kalau ko pacak bendera tak sama dengan bendera aku.. Maka kau lawan. Jangan harap nak jadi kawan. Padahal depa lupa depa bernaung di bawah 1 bendera Malaysia jugak. Bendera parti ja tak sama tapi bapak segala bendera kat Malaysia ni adalah Jalur Gemilang jugak, kan??Den tak nak point mana2 penyokong parti politik tapi bagi den yang over acting dalam berpolitik memang golongan BODOH. Bila tersebar gambar Tok Najib & Tok Nuar minum semeja sambil bergurau senda mula la nak sentap. Yelah.. depa2 bermati matian perang mulut.. perang kempen.. perang maki hamun kempen, demo bagai.. alih2 ketua depa boleh je rilex minum kopi bersama sambil bergelak ketawa.
Kemesraan mereka buat penyokong depa mula panas hati (sumber DISINI)
Moral Of the story yang korang boleh amik adalah.. Korang jangan jadi alat untuk di perbodohkan oleh pemimpin korang. Korang yang teruk2 gaduh demo bagai.. Korang nak sokong apapun biarlah terjaga kepentingan korang jugak. Berkempen pun biar berpada pada jangan sampai korang yang dapat susah balik. Perbezaan politik tu bukan bukan bermakna korang kena bermusuh. Hak korang nak sokong sapa.. pilih sapa atau pertahankan sapa tapi tolong jangan jadikan hak tu sebagai perisai untuk mereka2 mempergunakan korang macam keldai politik. Korang susah2 kat luar kempen.. berdemo.. terjerit.. terpekik.. terlolong.. pasang bendera.. poster.. sebar fitnah.. edit gambar bagai.. bertumbuk.. berparang.. alih2 korang masuk lokap, pemimpin lepak minum kopi jer.
Depa pun nak merasa berkawan jugak.. apa salahnya (Sumber DISINI)