Bertegur sapa.. beramah mesra.. bergurau senda sesama kita takde salah pun walaupun ada perbezaan dalam politik. Definasi politik bukan bermusuh tapi sebab kerana golongan penyokong yang taksub buat perbezaan politik bertukar maksud menjadi permusuhan. Kalau ko pacak bendera tak sama dengan bendera aku.. Maka kau lawan. Jangan harap nak jadi kawan. Padahal depa lupa depa bernaung di bawah 1 bendera Malaysia jugak. Bendera parti ja tak sama tapi bapak segala bendera kat Malaysia ni adalah Jalur Gemilang jugak, kan??
Den tak nak point mana2 penyokong parti politik tapi bagi den yang over acting dalam berpolitik memang golongan BODOH. Bila tersebar gambar Tok Najib & Tok Nuar minum semeja sambil bergurau senda mula la nak sentap. Yelah.. depa2 bermati matian perang mulut.. perang kempen.. perang maki hamun kempen, demo bagai.. alih2 ketua depa boleh je rilex minum kopi bersama sambil bergelak ketawa.
Kemesraan mereka buat penyokong depa mula panas hati (sumber DISINI)
Dei.. Salah tang mana kalau depa sekali sekali nak duduk semeja & lupakan pasal politik. Bermesra sebagai saudara seIslam?? Yang korang teruk2 sangat nak marah tu dah kenapa?? Sebenarnya penyokong ni la lebih sudu dari kuah.. Tapi tak boleh salah penyokong jugak sebab yang bagi minyak pada api pemimpin depa jugak.. Alih2 penyokong sesama penyokong sampai bertumpah darah tertelan gigi bagai.. Pemimpin depa boleh pulak rilex minum kopi kan??
Moral Of the story yang korang boleh amik adalah.. Korang jangan jadi alat untuk di perbodohkan oleh pemimpin korang. Korang yang teruk2 gaduh demo bagai.. Korang nak sokong apapun biarlah terjaga kepentingan korang jugak. Berkempen pun biar berpada pada jangan sampai korang yang dapat susah balik. Perbezaan politik tu bukan bukan bermakna korang kena bermusuh. Hak korang nak sokong sapa.. pilih sapa atau pertahankan sapa tapi tolong jangan jadikan hak tu sebagai perisai untuk mereka2 mempergunakan korang macam keldai politik. Korang susah2 kat luar kempen.. berdemo.. terjerit.. terpekik.. terlolong.. pasang bendera.. poster.. sebar fitnah.. edit gambar bagai.. bertumbuk.. berparang.. alih2 korang masuk lokap, pemimpin lepak minum kopi jer.
Depa pun nak merasa berkawan jugak.. apa salahnya (Sumber DISINI)
Kita rilex2 sudah.. kita tengok mana yang boleh memimpin dengan adil sampai masa PRU kita pangkah. Depa nak pengaruh untuk menang biar depa yang buat kerja keras.. Sebab kuasa pilihan di tangan kita, buat apa kita nak teruk2 sangat raih sokongan bukan kita pun di angkat sebagai pemimpin. Bukan kita yang dapat gaji menteri.. Jadi sebagai rakyat kita buat tugas kita sebagai rakyat. Mereka2 yang di angkat sebagai ketua biar depa buat kerja sebagai ketua, hokay!! Tak payah bergaduh.. update status setiap masa kat FB semata2 nak semarakkan mood bergaduh sesama sendiri.
huhu..dorang beriya2 bergaduh bagai... tapi org atas..rileks jerk.. so, terang2 kat sini nampak kebodohon mereka yg buat kerja xmendatangkan faedah kan..kan..
ReplyDeletehaaaaa... dunia... dunia... dunia politik yang memualkan..
ReplyDeletekan bagus klu dunia politik macam tue...boleh duduk elok2 gelak sama2 takde la huru hara sana sini
ReplyDeleteler... kemain bebaik lagi? gambar je kot... skeptikal la.. hmm.. tapi kalau diorang bebaik... bagus la.. cuma, aku tetap x bleh blah ngan Nuar... hahaha..
ReplyDeletebetol jgk tuh, penyokong2 je bergado sesama sendiri, org atasan rileks je bergurau senda...
ReplyDeleteSalam mummy lala..
ReplyDeletehehe.. politik den tak campur..
bahagia2 mcm ni sudah le.. ;)
baik yg kerajaan baik yg pembangkang sama je, lakonan mantap !!!!
ReplyDelete