Showing posts with label PKR. Show all posts

AKU BUKAN AHLI UMNO,PAS ATAU PKR AKU CUMA SEORANG IBU

Semalam aku ada buat entri pasal ada peserta perhimpunan membantah cukai GST membawa bersama bayi dalam perhimpunan tu. Walau ia perhimpunan Aman.. Alhamdulillah setakat ni aku tak dengar lagi berlaku apa2 perkara buruk dalam perhimpunan semalam tapi sebagai seorang ibu yang mengambil iktibar dariperhimpunan2 yang pernah di buat sebelum ni aku memang la sedikit rasa risau, marah & macam tak puas hati pulak tengok tindakkan segelintir mak bapak yang bawak anak kecil dorang ke tempat tempat macam tu walau bukan bawak anak aku tapi bawak anak dorang sendiri.

Ada yang kata... bawak anak pergi tengok konsert, pergi jom heboh, pergi tempat hiburan yang sesak dengan orang boleh tapi bawak pergi tempat perhimpunan macam tu nak tegah sangat konon bahaya. Ni jawapan dari aku lah yer.. Pun tak berapa cerdik kalau ada mak bapak bawak anak2 kecil kat tempat2 macam konsert bagai tu. Tapi semalam tu aku cakap pasal perhimpunan membantah GST jadi aku tak list la semua tempat2 yang tak relevan nak bawak anak. Kenapa tak boleh?? Sebabnya perhimpunan2 yang lepas.. kita sendiri tahu bila berlaku kekecohan.. datang FRU bagai sembur air... sembur gas tak sure  pulak. Ada budak2 sampai menangis.. Bahaya jika dalam sesak2 orang berlari selamatkan diri.. kita dok kendong baby atau pimpin anak kecik.. terjatuh ke, di pijak ke.. sapa tahu. Benda nak jadi kita tak boleh jangka jadi sebelum berlaku la kena ambil langkah berjaga jaga.

Aku suka dengan pendapat GH Syukri bukan sebab dia sokong pendapat aku yer.. 

Ada jugak yang cakap.. kalau bahaya ni bawak pergi Mall pun bahaya. Ramai jugak kanak kanak hilang dekat Mall... Ye betul kat memana pun tak ada jaminan selamat 100%. Kalau nak protect anak kurung dalam rumah pun belum tentu selamat. Tapi sekurang kurangnya kita bawak anak kita tempat yang kurang berisiko & soal selamat atau tak kat tempat2 macam tu bergantung pada diri kita mengawal anak kita.

Gambar ni merujuk dari entri ni >> Peserta perhimpunan bantah GST bawa bayi <<

Allah bagi kita akal untuk berfikir. Jangan kita jadi manusia yang taksub sampai semua pun kita rasa betul. Aku bukan anti orang berhimpun untuk perjuangkan hak rakyat.. Aku bukan sokong GST & aku pun bukan orang kaya.. cuma aku memang tak boleh terima bila ada mak bapak yang sanggup memperjudikan keselamatan anak2 kecil untuk kepentingan sendiri. Mereka terlalu kecil untuk menghadap risiko2 macam tu. Tolong kasihani si kecil yang masih belum mengenal dunia sepenuhnya.Kita bukan di negara yang berperang atau bergolak.. Kita masih ada tempat selamat untuk pastikan anak anak kita tidak terdedah pada bahaya jadi kita masih ada pilihan. Aku bukan ahli UMNO,PAS atau PKR aku cuma seorang ibu apa yang aku tulis ni adalah lahir dari naluri keibuan aku sendiri jadi jangan pulak ada yang panggil aku macai pencacai bagai pulak. Op's aku pun bukan puteri UMNO yer. kena bagitau kang muncul komen yang menyindir aku konon puteri UMNO pulak, padahal tak pernah aku daftar sebagai ahli atau terlibat dengan apa2 aktiviti dengan mana2 parti politik pun.

P/S : Jangankan konsert.. nak bawak anak aku pi pasar malam Jalan TAR tu pun aku tak berapa ada kuasa sebab terlalu padat dengan manusia. berjalan pun berlaga bontot.

P/S : Aku tak pandai membodek even siapapun korang. Kalau aku rasa tak betul pada pandangan aku.. aku akan cakap tak betul. Harap perbezaan pendapat tak buat siapa2 memusuhi aku. Peace! kekekeke


PADAN MUKA KARPAL SINGH, MATI JUGAK KAU!

Tu dia tajuk boleh mengugat keamanan negara ni. Mesti ramai yang akan menyerang & menghentam tajuk entri. Ramai jugak pak2 & mak2 nujum akan tetiba jadi pandai scan cerita hanya melalui tajuk. Tak caya.. tunggu & lihat.


Hari ni kita di gembarkan dengan berita kemalangan maut yang melibatkan ahli politik yang memang popular di Malaysia iatu YB Karpal Singh. Terlebih dulu den nak ucap takziah kepada seluruh ahli keluarga beliau moga tabah menghadapi kematian orang tersayang.

Bila orang yang di kenali.. nak2 lagi orang politik ni meninggal dunia macam biasa akan muncul ucapan2 simpati juga ucapan2 memaki. Yang simpati tu takpe la.. Memang takde salah kat memana pun. Even tak simpati pun tapi di lahirkan rasa simpati dalam ucapan pun takpe sebab tu perbuatan baik. Tapi yang dok memaki dengan ucapan2 kesat tu.. Bukan takat penyokong jer.. yang bergelar pemimpin & orang2 ternama dalam politik pun buat macam tu. Aku yang tak educated ni pun bila baca rasa macam nak hantar depa ni pi tadika balik jer.

Mati ni rasanya bukan balasan dari kejahatan ke apa.. Mati ni memang Allah dah tulis sejak azali bila & bagaimana. Mati ni wajib keatas semua hidupan. Cuma kita bermohon pada Allah agar kita di matikan dalam keadaan mulia agar jenazah kita tidak menjadi aib. So, tak perlu la cakap padan muka kau mati. Tu la sapa suruh tak sokong tu... tentang ni... buat tu.. cakap ni... Bila dia dah mati tu, moga jadi iktibar pada kita yang masih hidup.

Rasanya bila seseorang itu mati, Ucapan yang paling tak relevan untuk kita ucap adalah Padan Muka kau dah mati! Kalau rasa tak boleh sangat nak ucap takziah atau ucapan yang elok2.. orang kata diam itu lebih baik, kan?? Harus di ingat apa yang kita ucap ketika kematian orang lain boleh jadi kita juga akan terima ucapan yang sama bila kita dah mati nanti. Yang perlu hadap ucapan tu bukan kita dah masa tu tapi ahli keluarga kita tapi mungkin ucapan tu menjadi satu doa untuk kita yang dah mati. So, mari kita renung renungkan. Selamat beramal. peace!

P/S : Yang mati tu kita sedia maklum akan kematiannya.. kita nampak jasad dia kaku tak bernyawa namun yang mati tak berjasad hanya mati dalam teori manusia jangan kita lupa. Doakan buat semua mangsa MH370.. Semoga ada khabar di hari yang ke 40 ini. 

P/S :kang ada tak paham pulak kena jelaskan tajuk entri tu lebih kepada sarcasm atau kita paham sebagai sindiran


MISTERI KEHILANGAN PESAWAT MH370 MELAHIRKAN RAMAI RAJA BOMOH TANPA KITA SEDAR

Tudia.. yang kita kenal sekarang raja bomoh cuma seorang Mahaguru Datuk Ibrahim Mat Zin. Tapi tanpa kita sedar sebenarnya ramai lagi bomoh2 yang terlahir & muncul sejak kehilangan pesawat MAS MH370. Kita nampak tapi kita tak sedar. Korang yang baca ni entri ni pun ada yang tak perasan di kalangan kita sebenarnya ada jer bomoh2 edisi Khas MH370

Nak tahu siapa bomoh2 yang terlahir & termuncul sejak kehilangan pesawat MH370..  pakar2 spekulasi la siapa lagi. Tak di nafikan ada spekulasi yang ada logik nya.. ada spekulasi yang hanya logik kalau fikir ikut kepala lutut tapi spekulasi akan kekal sebagai spekulasi selagi takde bukti. Bila aku menolak spekulasi ada yang labelkan aku sebagai suka di perbodoh bodohkan oleh kerajaan pemerintah.. Apa pilihan yang aku ada. Kalau aku minta bukti, pakar spekulasi ada ke? Takde jugak..

Sekarang kapten Zaharie yang di tugaskan membawa pesawat Mh370 yang hilang tu di siasat kediamannya sebab dia bina simulator kat rumah . Baru di siasat tapi orang lain dah macam menjatuhkan hukuman pada dia. Sebab dia penyokong pembangkang maka ramai yang menyokong kerajaan mula melihat dia sebagai seorang penjenayah sekaligus cuba mencipta spekulasi untuk mengaitkan dia sebagai seorang penyebab pada trajedi ni. Yelah dulu yang sokong kerajaan ni depa la beriya sangat dok sebar spekulasi katanya kerajaan cuba sembunyikan sesuatu.. tup2 jadi tak percaya pulak kat kerajaan padahal sebelum bagai nak rak backing kerajaan.. Bila dapat tahu jer kapten Zaharie ni penyokong pembangkang.. U-turn balik katanya. Ini konspirasi Pemimpin pembangkang yang gunakan kapten Zaharie untuk jatuhkan pemimpin kerajaan sekarang.

Samada betul atau salah spekulasi korang.. selagi tak terbukti apa yang korang buat & sebar tetap lagi menjadi satu kesalahan even hujung2 nanti spekulasi korang tu maybe jadi kebetulan betul sekalipun. Inilah Ujian Allah pada manusia.. Nak tengok sejauh mana manusia mampu mengawal nafsu. Semua orang boleh buat spekulasi & teori tapi yang paling pasti, nyata & jelas takde seorang pun yang tahu apa yang berlaku di sebalik kehilangan pesawat MH370 melainkan mereka2 yang terlibat. Jangankan bukti, petunjuk pun belum ada.. tapi ramai yang dah buat kesimpulan & jawapan. Jadi apa beza korang dengan raja bomoh sekarang? Dua2 pun sekadar buat spekulasi & tilikan cuma cara jer berbeza. Sorang dengan cara kuno.. sebahagian lagi cara nampak macam moden tapi sebenarnya dua2 pun sekadar macam jawab teka teki jer. Entah betul entah tidak.. depa sendiri pun sebenarnya takde jawapan.

Sapa2 nak terus sebar spekulasi dengan jayanya aku dah taknak tegur la.. kang jadi gaduh pulak. Tapi aku akan terus la berkata2 seperti apa yang aku rasa nak kata. Kalau terasa tu bermakna korang buat la..  simple. Kalau suka terus baca kalau tak suka pejam mata.

Marilah kita sama2 berdoa semoga Allah membuka jalan untuk para penyelamat menjejaki mereka. Semoga apa yang benar tersembunyi selama ni mengakhiri segala spekulasi. Hanya Allah lebih mengetahui.. Kita cuma ada akal tapi Allah punya kuasa dan kita cuma hamba.

P/S : aku bukan ada kepakaran atau seorang yang bijak pandai nak menganalisis atau membuat teori dengan isu2 besar macam ni. Apa yang aku tulis bukanlah satu teori berkenaan kehilangan MH370 tapi sekadar pandangan aku melihat manusia2 ghairah mencipta spekulasi. Kalaupun satu hari nanti spekulasi korang betul... Tak bermakna korang boleh ketawakan orang yang tak percaya spekulasi hari ini kerana kami hanya orang biasa yang tak punya kepakaran apa2 sekadar menunggu jawapan dari sesuatu yang berbukti. Cakap semua orang boleh cakap.. Tapi bukti tak semua orang boleh tunjuk

Nukilan hari ke 10 kehilangan MH370
10 hari berlalu
kepulangan belum bertamu
entah dimanakah kamu?
semua masih buntu
pakar juga keliru
kami hanya mampu menunggu.
10 hari penuh teka teki
Andaian masih belum memberi jawapan
kamu masih disana entah dimana
tak terteka akal manusia

Tuhan sungguh misteri Ujian ini
Tuhan jawaplah bagi pihak kami
Tuhan kembalikan mereka yang kami nanti
Moga ada simpati dari Mu, Ya Tuhan ku.

#prayformh370

DUNIA POLITIK! DEPA RILEX MINUM KOPI TAPI HANGPA TELAN GIGI

Bertegur sapa.. beramah mesra.. bergurau senda sesama kita takde salah pun walaupun ada perbezaan dalam politik. Definasi politik bukan bermusuh tapi sebab kerana golongan penyokong yang taksub buat perbezaan politik bertukar maksud menjadi permusuhan. Kalau ko pacak bendera tak sama dengan bendera aku.. Maka kau lawan. Jangan harap nak jadi kawan. Padahal depa lupa depa bernaung di bawah 1 bendera Malaysia jugak. Bendera parti ja tak sama tapi bapak segala bendera kat Malaysia ni adalah Jalur Gemilang jugak, kan??

Den tak nak point mana2 penyokong parti politik tapi bagi den yang over acting dalam berpolitik memang golongan BODOH. Bila tersebar gambar Tok Najib & Tok Nuar minum semeja sambil bergurau senda mula la nak sentap. Yelah.. depa2 bermati matian perang mulut.. perang kempen.. perang maki hamun kempen, demo bagai.. alih2 ketua depa boleh je rilex minum kopi bersama sambil bergelak ketawa.

Kemesraan mereka buat penyokong depa mula panas hati (sumber DISINI)

Dei.. Salah tang mana kalau depa sekali sekali nak duduk semeja & lupakan pasal politik. Bermesra sebagai saudara seIslam?? Yang korang teruk2 sangat nak marah tu dah kenapa?? Sebenarnya penyokong ni la lebih sudu dari kuah.. Tapi tak boleh salah penyokong jugak sebab yang bagi minyak pada api pemimpin depa jugak.. Alih2 penyokong sesama penyokong sampai bertumpah darah tertelan gigi bagai.. Pemimpin depa boleh pulak rilex minum kopi kan??

Moral Of the story yang korang boleh amik adalah.. Korang jangan jadi alat untuk di perbodohkan oleh pemimpin korang. Korang yang teruk2 gaduh demo bagai.. Korang nak sokong apapun biarlah terjaga kepentingan korang jugak. Berkempen pun biar berpada pada jangan sampai korang yang dapat susah balik. Perbezaan politik tu bukan bukan bermakna korang kena bermusuh. Hak korang nak sokong sapa.. pilih sapa atau pertahankan sapa tapi tolong jangan jadikan hak tu sebagai perisai untuk mereka2 mempergunakan korang macam keldai politik. Korang susah2 kat luar kempen.. berdemo.. terjerit.. terpekik.. terlolong.. pasang bendera.. poster.. sebar fitnah.. edit gambar bagai.. bertumbuk.. berparang.. alih2 korang masuk lokap, pemimpin lepak minum kopi jer.

Depa pun nak merasa berkawan jugak.. apa salahnya (Sumber DISINI)

Kita rilex2 sudah.. kita tengok mana yang boleh memimpin dengan adil sampai masa PRU kita pangkah. Depa nak pengaruh untuk menang biar depa yang buat kerja keras.. Sebab kuasa pilihan di tangan kita, buat apa kita nak teruk2 sangat raih sokongan bukan kita pun di angkat sebagai pemimpin. Bukan kita yang dapat gaji menteri.. Jadi sebagai rakyat kita buat tugas kita sebagai rakyat. Mereka2 yang di angkat sebagai ketua biar depa buat kerja sebagai ketua, hokay!! Tak payah bergaduh.. update status setiap masa kat FB semata2 nak semarakkan mood bergaduh sesama sendiri.

PRU13: NAK TAHU SIAPA YANG PATUT & TAK PATUT KORANG UNDI

Dah tak lama lagi kot nak PRU13 ni kan?? Tunggu je pengumuman tarikh nya. Jadi kita sebagai rakyat malaysia yang beragama Islam, jom kita tengok siapa yang patut kita undi & tidak semasa pilihanraya nanti.

Gambar Carian Google
Dalam surah Ali Imran ayat 28 dan dalam surah An-Nisa' ayat 139 dan juga ayat 144 menegaskan dengan terang larangan melantik orang kafir menjadi pemimpin kepada orang-orang Islam walau dalam apa bidang sekalipun. Ini kerana dalam Islam seorang pemimpin bertanggungjawab soal amar makruf dan nahi mungkar, soal ibadat, dan lain-lain, sedangkan orang yang kafir tidak bertanggungjawab terhadap masalah ini, sebaliknya mereka hanya bertanggungjawab terhadap agama mereka sahaja.

Bagaimanapun di kalangan ulama' ada yang berpendapat boleh melantik orang yang bukan Islam untuk menjadi pemimpin kepada umat Islam bukan dalam bentuknya yang umum seperti presiden atau perdana menteri yang melibatkan urusan langsung umat Islam, tetapi dalam bidang-bidang tertentu yang mana umat Islam belum ada kepakaran tentangnya seperti bidang kedoktoran dan lain-lain.
Berhubung melantik perempuan menjadi pemimpin khususnya pemimpin besar umat Islam, jelas tidak boleh kerana bercanggah dengan nas yang menjelaskan kaum lelaki itu adalah pemimpin kepada kaum wanita dan tidak akan berjaya sesuatu kaum yang melantik kaum wanita mereka menjadi pemimpin mereka. Namun begitu ada beberapa profesion yang boleh kaum wanita menjadi pemimpin di dalamnya seperti bidang kejururawatan, pendidikan anak-anak dan lain-lain yang sesuai dengan fitrah semula jadi yang ada pada diri mereka.
** Rujukan artikel di atas sumber dari SINI **

Jadi paham - paham sendiri la yer.. Jangan taksub sangat dengan parti sampai main pangkah je tak kira apa agama pun. Jadi pada yang berniat nak pergi mengundi & tak tau siapa yang harus di undi, moga dengan perkongsian ringkas ni dapat memberi tips kepada korang semasa memangkah undi nanti yer.

P/S : Entri ni tak melambangkan apa2 @ mana2 parti politik sekadar berkongsi info untuk manafaat semua. Bagi daku kalau tak kira parti apapun kalau dia calon wakil rakyat tu seorang yang beragama Islam, elok la kita undi yang seagama dengan kita, ye dak??


 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE <<


PENYOKONG POLITIK ATAS PAGAR

Kalau cakap pasal politik memang la den tak pandai.. Sebab den ni bukan orang politik atau manusia yang fanatik pada politik. Tapi den ni suka ambil tahu sikit - sikit la tentang semua benda & isu. Walau bukan jenis suka khatam.

Terus terang sang lekit tak pernah mengundi & daftar pengundi pun arwah ayah yang daftarkan. Dari di kampung sampai la keluar kampung memang sejak dulu sang lekit tak pernah terlibat dengan mana2 aktiviti yang berkaitan dengan mana2 parti. Cuma memandang saja..

Politik sekarang bagi sang lekit memecah belahkan manusia.. Masing2 rasa diri betul. Sorang pun tak nak mengaku benda tu salah walau terang2 salah. Masing2 anggap perjuangan mereka tu baik untuk rakyat. Bila mula bersaing.. mula timbul macam2 fitnah untuk menjatuhkan sesama sendiri. Bila dah masuk bab politik semua jadi kucar kacir.. Agama di politikkan.. bangsa di politikkan.. semuanya jadi politik.. sampai ada pengikut yang fanatik ni nak sembahyang kat masjid pun tanya dulu.. masjid siapa?? UMNO ke PAS?? Masjid kan rumah Allah.. patut ke masjid pun ada label parti??

Pengikut bahawahan ni la paling teruk fanatiknya.. Dorang la yang mencipta macam2 gelaran, istilah, mengedit gambar2 pemimpin jadi tak senonoh dengan tujuan untuk menjatuhkan & menyakiti mereka2 yang berbeza fahaman politik. Kat FB sekarang ni dah jadi macam kempen pilihanraya sepanjang zaman... Semua nak cakap pasal politik. Semua nak cerita pasal keburukkan parti politik lain. Bila muncul rakyat yang di gelar mereka 'ATAS PAGAR' ni.. (golongan yang takde menyokong mana2 parti politik & melihat je pergolakkan politik) bagi pandangan satu2 isu yang berlaku dalam dunia politik mula la mengelabah. Bila kata parti A ni salah tang sini.. dia siap tampal label..'kau penyokong B memang la ko cakap A salah'. Bila golongan atas pagar cakap apa yang B buat tu salah, menyusahkan orang lain, si B lak cakap.. kau sokong A memang la ko rasa apa B buat salah padahal golongan ATAS PAGAR cuma menyatakan pendapat dia jer. tak kira pihak mana pun betul @ salah dia melihat & membuat penilaian bukan dengan hati yang dah tersemat sayangkan mana2 parti tapi dengan pandangan mata yang melihat betul & salah.

Salah ker golongan atas pagar memberi pendapat berkaitan isu politik walau dia tak sokong mana2 parti pun. Ada undang2 ke cakap nak komen pasal politik make sure kau kena terlibat dalam politik secara serius kalau tak ko di kira orang yang tak layak bercakap pasal politik. Selalunya golongan ATAS PAGAR ni cakap bukan berlandaskan politik cuma bertiangkan pandangan peribadi dari situasi yang dia tengok.

Kalau dia cakap dia kagum dengan Nik Aziz pemimpin yang sangat2 sederhana & low profile. Mudah di dekati.. Tak semestinya dia penyokong PAS tegar. Kalau dia cakap dia memang bantah perhimpunan BERSIH yang menyusahkan banyak pihak bukan bermakna dia sokong BN @ UMNO.Pendapat golongan yang di gelar ATAS PAGAR ni bukan atas dasar sokong siapa & bangkang siapa. Terus terang saya lebih suka mendengar golongan atas pagar ni memberi komen tentang pergolakkan politik zaman sekarang dari yang yang tabsub berparti. Pandangan mereka selalunya berat sebelah.. kalau geng depa buat salah, pejam mata.. puak orang buat silap pakat mengata. Realiti yang terjadi sekarang.

Apapun setiap orang berhak menyatakan pendapat & pandangan & apa yang salah takkan jadi betul dengan apa juga alasan & perjuangan pun. Kadang2 misi perjuangan tu dah betul tapi yang sesetengah pejuang tu yang suka buat benda salah. Jadi renung renungkanlah..

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com