Showing posts with label surau. Show all posts

TEMPAT YANG PALING 'MESRA ISLAM' DI KOREA

TEMPAT YANG PALING 'MESRA ISLAM' DI KOREA. Kalau kita nak melancong ke negara bukan Islam ni memang nak cari tempat yang senang kita cari makanan halal, tempat yang senang nak bersolat.. Pendek kata yang muslim friendly la. Korea adalah salah satu destinasi pilihan ramai tapi kita sedia maklum korea bukan negara Islam jadi mungkin menjadi sedikit masalah bagi orang Islam yang nak melancong ke sana.


Ada satu tempat yang menarik boleh ada kunjungi di korea. Bukan sahaja menyediakan banyak kemudahan untuk orang orang islam seperti masjid, surau & restoran makanan halal malah di situ jugak anda boleh belajar mengenali budaya mereka & melihat sendiri rumah rumah tradisional yang lengkap dengan peralatan tradisi & sejarah mereka. Malah katanya ada sebuah rumah di perbuat daripada Choco Pie. Nak ke tempat tersebut jugak senang sebab ada bas.

Selain tu di situ jugak mempunyai satu taman tema air yang di iktiraf sebagai Taman Tema Air ke 4 di dunia. Banyak permainan air yang mencabar boleh anda cuba di situ selain anda boleh bersauna. Nak kena taman tema ni katanya ada service ulang alik percuma dari seoul.

Bagi peminat kosmetik berasaskan bahan organik kat sini la tempat yang perlu anda kunjungi. Bukan sahaja anda boleh membeli kosmetik organik malah anda boleh membuat sendiri produk anda seperti sabun, syampoo, mask yang menggunakan bahan bahan yang selamat untuk kanak kanak.

Banyak lagi tempat yang boleh anda lawati bila anda datang ke tempat yang di katakan Muslim Friendly di korea ni. Nak tahu di mana tempat tersebut meh baca kat sini >> Tempat Menarik Yang Paling 'Mesra Muslim" Di Korea Mesti Anda Lawati << Jadi Kpopers sekalian kalau datang ke korea jangan lupa terjah ke tempat tu, ok! Baru Kpopers katanya. hehehehe

Aku ni asyik up entri tempat2 menarik kat korea gamaknya bila nak sampai korea kan? Manalah tau ada rezeki dapat tajaan bercuti sekeluarga di korea.. Sapa tahu. hehehe

MASIH SELAMATKAH BUAT PERKARA NI KAT STESEN MINYAK

MASIH SELAMATKAH BUAT PERKARA NI KAT STESEN MINYAK. Zaman media sosial sekarang tak perlu nak tunggu keluar surat khabar atau berita TV.. kadang2 kat paper & TV pun siar berita yang kita rasa dah basi sebab kita terlebih dahulu tahu berita tu melalui media sosial. Medium paling pantas menyebarkan cerita, berita, fitnah, provokasi, gosip & macam2 lagi la. Pendek kata dari sebaik baik perkara sampai la seburuk buruk nya semua ada kat media sosial.


Kalau tengok video rompakkan, samun, ragut dekat stesen minyak ni memang kadang2 ada yang sampai trauma tiap kali nak pergi isi minyak. Apatah lagi nak buat perkara lain kat stesen minyak. Rasa macam tak selamat. Rasa macam penjenayah sedang memerhati menunggu masa nak jadikan kita mangsa. Kalau muka orang jahat tu boleh nampak dari air muka senang la nak detect. Sebab kadang2 orang muka nampak macam jahat tapi sebenarnya tak jahat tapi yang muka nampak suci murni pulak tetiba dia la penyangak. Kita pun rasa tak tau nak percaya siapa.

Stesen minyak sekarang dah ada berbagai kemudahan. Tapi masih selamatkah kita untuk lakukan semua perkara ni >> 8 Perkara Kecemasan Yang Orang Malaysia Selesaikan Di Stesen Minyak << kat stesen minyak. Dalam surau pun ada penyamun inikan di luar surau & masjid. Orang sekarang dah tak kisah nak lakukan jenayah di mana mana saja walau dalam rumah Allah. Stesen minyak menyediakan kemudahan tapi tetap kita kena sentiasa berhati hati sebab stesen minyak adalah tempat terbuka yang boleh berlaku macam2 jenayah.

Di Malaysia sekarang tiada jaminan tempat tu betul betul selamat walau dalam rumah sendiri apatah lagi di luar rumah macam di stesen minyak atau kat mana mana. Jadi kita yang perlu ambil langkah keselamatan awal & sentiasa alert dengan persekitaran sebab kita tak tahu siapa bakal jadi mangsa jenayah seterusnya. Penyamun sekarang tahap perikemanusiaan dah ke level 0. Dia tak kira lelaki ke perempuan ke budak ke atau bayi sekalipun asal target dia ada apa dia nak dah cukup untuk dia tak rasa was was nak buat jenayah.

Sebab tu jangan la pakaikan anak2 kecil dengan barang kemas bila kat luar. Emas tu hilang takpe takut sekali dengan anak hilang menyesal tak sudah. Sentiasa simpan barang2 berharga di tempat tersorok. Jangan nak tayang2 sangat. Lepak2 kat cafe tu jangan la nak menunjuk sangat gadget2 mahal atas meja. Lepas guna simpan terus.

Moral of the story.. kadang2 kita sendiri yang mendedahkan diri kita kepada penjenayah. Jadi trend nak menunjuk2 di khalayak ramai dah tak berapa selamat nak di pratikkan,

SKANDAL TERSEMBUNYI BUDAK LELAKI SELUAR PINK

Hari ni hari pembongkaran katanya... Rahsia yang tersimpan sekian lama, akhirnya terkantoi jugak. Bak kata pepatah simpan durian dalam peti ais akhirnya terbau jugak. hahaha.. Ok! Maaf sebab otak blur tak jumpa pepatah yang sesuai jadi hentam sajalah labu.. Hari Jumaat ni mulakan dengan gosip skandal orang dah kenapa?? Alahai.. Takpe sebelum pergi solat Jumaat katanya meh kita baca gosip dulu.

Alkisah seorang budak lelaki ni.. Sangat la pendiam. Aku namakan dia sebagai Apit (bukan nama sebenar).. selama 6 tahun duduk sekelas dengan dia. Sepatah pun tak pernah bertegur sapa apatah lagi bertepuk tampar jauh sekali bersembang ramah dengan dia. Punya diam.. sampai tak tau la alunan suara dia tu macam mana. Lunak merdu ke atau sumbang mambang. Jauh sekali nak ada adegan dating dalam surau macam rosman (bukan nama sebenar) & fisha (pun bukan nama sebenar).. Jauh sekali dating belakang kelas macam mimi (bukan nama sebenar) & pian (juga bukan nama sebenar) hahahaha...

Nak dengar dia berdehem pun susah.. Yang dok nampak biji mata berbulu mata lentik je terkebil kebil. Tapi tak sangka diam diam ubi keladi jugak... Rupanya ada skandal cuma tak nampak dengan mata kasar. Bukan... dia tak skandal dengan orang bunian.. Tapi skandal dia semua dating kat telefon je. Namun masih misteri siapakah yang pernah berskandal dengan dia dalam telefon???  Adakah dia selalu call Norli (bukan nama sebenar) atau fisha sebab depa pernah di usik2 bersama sebab nama nak sama.. ha***.. hafis** katanya.

Tapi skandal budak lelaki seluar pink ni tak boleh lawan skandal rosman.. Juara skandal terbanyak dulu. dah tu katanya pernah hantar surat cinta kotak kotak bertulisan arab lagi. Kelas kau abang rosman!! hahahaha....

Tapi hangpa tak payah serius sangat sampai nak muncung2 mulut bergosip dari tepi telinga ke tepi telinga... Ni kisah cinta monkey ek ek ek.. Budak sekolah rendah dulu ja. Entri menyakat kengkawan den yang baru terjejak kasih kat group whatsapp maka keluarlah segala cerita nostalgia & skandal lama...

Budak Apit tu dulu sangat la pendiam.. Tapi sekarang kat group whatsapp dia sembang macam bertih jagung tapi kalau jumpa kat luar katanya dia lagi banyak gelak dari sebut apa2 perkataan. Orang diam ni tak semestinya.. tak ada nakalnya. Nama pun budak lelaki. Tapi kenapa pulak dia di gelar budak lelaki seluar pink?? sebabnya gambar ni hahahahaha

Cuba cari budak lelaki pakai seluar pink?? hahahaha

Moral of the story... Kalau zaman aku budak2 dah pandai tulis surat cinta, dah pandai dating belakang kelas & dalam surau apatah lagi budak zaman sekarang. Dulu ok la istilah dating takat sembang sembang jer.. Topik pun takde la i love u.. u love me bagai. Topik maybe pasal sekolah & kengkawan jer...  nak cuit hujung jari pun tak berani tapi budak zaman smartphone ni kena lebih pantauan.. bukan takat cuit2 hujung jari jer depa boleh buat...cium2 hujung bibir pun tak mustahil. Zaman dah berubah maka budak2 pun tak sama lagi cara membesar so cara didikan pun dah berubah. Tak boleh lagi anggap.. 'Alah.. budak budak je'. Dulu maybe kita boleh anggap 'cuma budak' tapi zaman sekarang.. tidak lagi.

Kalau nak baca entri2 throwback skptd sebelum ni boleh baca kat sini
Budak Pendek Yang Tak Pernah Dapat duduk Bila Bergambar
Terbongkar Skandal Ustaz Zaman Sekolah Rendah

HARUS BACA SEKIRANYA MASJID & SURAU TIADA KARPET ATAU SUDAH LUSUH

 Cuba tengok kat surau atau masjid atau pejabat korang berkarpet ke tidak. Atau karpet tu masih elok atau dah uzur koyak & lubang sana sini. Sekiranya masjid,surau atau pejabat korang memang memang tak pernah berkarpet atau karpet tu dah terlalu lama di gunakan & keadaan dia pun dah tak macam karpet elok la korang baca entri ni sampai habis. Sebab masa itu emas bukan fake gold maka janganlah kita membuang masa merata rata. Moh ler kita baca cerita pasal karpet ni...


Hari ni kita nak story pasal karpet tapi bukan karpet yang benggali kayuh basikal jual dari rumah kerumah tu. yang tu lain. Tapi ni karpet untuk ruang solat macam masjid, surau atau pejabat. Jadi yang berhajat nak pasang karpet kat sini aku nak suggest satu company yang menyediakan service pemasangan karpet iatu D Strike Solution. Manalah tau pihak pengurusan masjid atau surau nak tukar karpet baru untuk keselesaan jemaah sebelum raya. Boleh la berurusan dengan D Strike Solution. Nak tahu kenapa mesti pilih D strike Solution?



Kepakaran syarikat D Strike Solution ialah membekal dan memasang karpet surau dan karpet masjid serta memberi ruang dan peluang kepada pelanggan memilih 1001 corak serta mengikut bajet mereka sendiri. Sebab tema mereka ""Kepuasan pelanggan keutamaan kami", syarikat mereka menyediakan tenaga mahir dalam melakukan kerja pemasangan karpet ni. Paling penting syarikat dan pekerja2 mereka semua beragama Islam bersesuaian dengan perkhidmatan mereka yang memasang karpet di ruang solat, surau & masjid. Yelah.. lebih elok yang buat kerja pemasangan karpet di rumah Allah ni dari mereka yang beragama Islam sebab lebih faham adab dalam masjid @ surau. Almaklum la non muslim bukan faham sangat.. nama pun non muslim, ye dak?? Lagipun lebih baik support perniagaan orang Islam untuk mengukukuhkan ekonomi umat Islam.



Bagi yang berhajat nak pasang karpet tak kisah la di surau, masjid atau pejabat boleh hubungi :
Alamat Pejabat
PUTRAWALK
(berhadapan Jusco Taman Equine)
JALAN PP25, TAMAN PINGGIRAN PUTRA
43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR
TEL. NO.:
 019-3800890 – SUKUR /
019-6359772 – SYAZWANI
FAX NO.: +603-89580890
EMAIL: dstrikesolution@gmail.com

atau korang boleh tengok contoh - contoh pemasangan karpet yang pernah di lakukan oleh D Strike Solution kat sini >> D Strike Solution << >>D Strike Solution 2 <<

Moral of the story.. Bila bersolat di ruang yang selesa & cantik benda tu bagi semangat kita untuk melakukan ibadah. Takkan bersama Allah kat tempat2 selekeh pulak kan sedangkan kita berkemampuan untuk adakan tempat yang bersih,selesa & cantik.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com