Showing posts with label buang hadiah. Show all posts

ISU ISTERI CIKGU BUANG HADIAH RM2 PEMBERIAN MURID

ISU ISTERI CIKGU BUANG HADIAH PEMBERIAN MURID. Semalam terbaca satu tangkap layar yang di viralkan tentang pengakuan seorang isteri kepada seorang guru yang katanya akan buang hadiah berharga RM2 yang bagi dia tidak bermanafaat sebab terlampau banyak mencetuskan kontroversi juga la di media sosial. Perkara ni mungkin menyentuh sensitiviti sesetengah ibu bapa yang mungkin hanya dapat sediakan hadiah yang di beli dari kedai ECO saja. 

Aku memang tak menyokong menormalisasi pemberian hadiah untuk sambutan hari guru tapi aku tak ada masalah pun kalau ibu bapa lain nak bagi hadiah pada cikgu anak anak mereka. Cuma bila tercetusnya isu macam ni, sedikit sebanyak dah jadi satu persepsi yang tidak baik pada cikgu. Memang aku tengok fenomena sekarang berlumba lumba ibu bapa & murid nak sama sama bagi hadiah pada cikgu. Sampai ada yang menjadi beban pada mak ayah yang tak mampu. Budak budak macam dah tanam dalam fikiran mereka.. Hari guru kena bagi hadiah. Bukan salah mereka tapi perkara ni sebenarnya kita orang dewasa yang buat mereka  rasa benda tu wajib buat. Tak buat akan jatuhkan air muka kau di hadapan rakan rakan lain. Tapi ada juga guru yang bagi aku matang & berperikemanusiaan yang awal awal melarang murid dia dari bagi hadiah sebab dia tahu perkara ni akan buat yang tidak berkemampuan rasa rendah diri & malu seterusnya pilih untuk tidak hadir ke sekolah meraikan hari guru.

Aku memang tak normalisasi pemberian hadiah pada guru guru anak aku. Tapi aku ajar dia pergi sekolah & raikan hari guru. Tu cara kita menghargai dan menyambut sesuatu keraian. Hadiah bukan keutamaan. Biar dia duduk dalam kelompok yang tak bagi hadiah. Cuma aku akan bagi berbentuk sumbangan tunai untuk aktiviti sekolah & pembelajaran. Ada rezeki lebih bagi lebih. Suami aku amalkan macam tu. Sebab anak aku belajar di kelas ppki dimana dana untuk ppki ni sentiasa tak mencukupi. prasarana untuk pelajar ppki ni aku rasa basic sangat. Kelas pun tak banyak.. Guru pun tak ramai. Kelas pun bercampur tak ikut tahap kemampuan seoarang murid. PPKI ni sedia maklum untuk pelajar yang berstatus OKU. OKU pulak pelbagai. Ada yang dislesia, autisme, adhd, sindrom down, masalah pembelajaran, slow leaner etc.. Tahap kemampuan mereka ni semua berbeza tapi di sebabkan sekolah bantuan kerajaan ni bukan cukup dana sangat. Cikgu pun tak ramai jadi nak asingkan ikut tahap intelectual pelajar memang tak boleh. Jadi berkumpul la mereka dalam satu kelas. Sebab tu aku lebih utamakan pemberian sumbangan untuk aktiviti sekolah bagi tujuan pembelajaran dari hadiah hadiah ni.

Isu buang hadiah murah & rasa tak bermanafaat ni bagi aku satu tindakan yang agak keterlaluan. Dah kau buang kau bagitau pulak kat media sosial. Tak semua benda kita perlu cerita lebih lebih lagi akan mencetuskan kontroversi & perbalahan. Kau rasa nak buat.. itu hak kau. Tapi pendedahan ni juga sebenarnya untuk membuka mata para ibu bapa jangan terlalu try hard nak sediakan hadiah walau tak mampu atau belajar untuk bagi hadiah yang lebih bermanafaat. Contoh pen, whiteboard marker, kertas A4 atau makanan yang kita tahu boleh di manafaat untuk sambutan hari guru. Sebab kita tak mampu nak bagi hadiah habib jewels macam seorang bapa yang viral hadiahkan guru guru anak dia barang kemas habib tu. Hadiah yang dah tentu takkan ke tong sampah. Kita sendiri pun tak pernah beli barang habib kan. Jadi.. setakat hadiah frame gambar kedai eco, atau barang perhiasan atas meja ni kebanyakan mungkin tidak di gunakan agak tinggi. Kalau terlalu banyak dia akan jadi bersepah dan makan ruang untuk simpan. Akhirnya ke tong sampah. Kalau yang ada otak sikit mungkin dia sedekahkan kat orang lain.

Bagi hadiah tak salah cuma itulah.. bila menjadi budaya kanak kanak akan faham sebaliknya. Mereka tak faham perkara tu tidak semestinya kena buat walau boleh buat tapi bila di normalisasi kanak kanak akan faham wajib buat. Nak asuh balik pemikiran mereka tu mungkin ambil masa. Mungkin selepas ni sambutan hari guru kita boleh sama sama tolong fikirkan kaedah sambutan yang lebih baik di mana semua murid boleh datang meraikan tanpa ada rasa rendah diri atau malu. Nanti cakap pihak sekolah kena fikirkan cara ada pula kata semua beban letak atas bahu guru. Jadi kita boleh turut sama sama tolong fikir, hulurkan tangan dan ringankan beban.

Sebab isu ni aku share kat facebook aku di label bodoh, miskin & papa kedana oleh seorang guru sebab katanya aku ajak orang jangan bagi hadiah pada hari guru. Mungkin dia rasa puas hati boleh maki macam tu.. lantak dia la kan. Tapi aku berdoa dia takkan jadi cikgu anak aku. Kita tak tahu bumi ni bulat pusing pusing tiba tiba dia mengajar anak aku pulak akan datang. siapa tahu. Risau juga hari guru anak aku tak bawa hadiah dia kata bodoh, miskin dan papa kedana pulak.


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com