Showing posts with label awek. Show all posts

CIUM DAHI AWEK SAMBIL SELAWAT & NIAT PETUA HUBUNGAN KEKAL

CIUM DAHI AWEK SAMBIL SELAWAT & NIAT PETUA HUBUNGAN KEKAL. Zaman budak budak semakin kreatif ni kita yang dah masuk zon makcik makcik pun jadi seriau dengan amalan amalan baru depa cipta. Nak2 lagi zaman media sosial yang mudah nak sebarkan sesuatu. Kalau yang tersebar tu baik.. maka baik la jadinya tapi bila yang tersebar tu bunyi macam islamik jer tapi sangat menyesatkannya cara tu yang bahaya.


Terjumpa satu post yang mula di viralkan seorang budak perempuan belasan tahun bagi petua hubungan kekal. Mula2 memang rasa nak gelak tapi bila terfikir sejenak bahaya jugak post dia ni. Boleh memesongkan rakan sebaya. Dari mana dia dapat petua sesat macam ni gamaknya. Mencampur adukkan yang betul dengan yang salah. Selawat tu bagus tapi bukan la di susuli dengan perbuatan yang salah macam mencium dahi awek. Nama pun awek confirm la tak ada hubungan yang sah & halal untuk bercium macam tu.

Tak tau la apa yang mendorong dia confident sangat post benda benda macam tu. Ni kalau mak dia baca confirm berbirat kaki kena sebat ke mak dia tak kisah tak tau la. Sebab mak bapak sekarang dah open minded katanya. Apadahal anak2 cium dahi dengan couple memasing.


Cuma tu la akak nak pesan pada hadik2 yang comel... Sebelum percaya ajaran2 atau amalan2 pelik yang di sampaikan oleh rakan sebaya sila rujuk ustazah dulu. Kalau dah budaya bercouple pun tidak di galakkan apatah lagi petua bercium dahi sambil selawat & niat. Umur muda takpe tapi jangan otak jadi terencat yer percaya benda2 mengarut macam tu.

Apa yang berlaku mungkin salah didikan jugak sebab tengok dari perwatakkan macam budak sangat minah ni. Sebab tu pentingnya kita tahu cara yang betul untuk membetulkan atau memberitahu sesuatu pada anak anak dari peringkat kanak kanak lagi untuk mendidik mereka cara berfikir dengan betul. Tapi jangan kata orang lain aku sendiri pun banyak buat salah bila bercakap dengan anak & aku yakin 100% semua kita memang buat kesilapan yang sama bila menjawab atau memberitahu sesuatu pada anak walau kita anggap cara kita selama ni dah betul.

Moral of the story.. Mungkin budak ni dapat petua mengarut dari kawan kawan dia sendiri & tak mustahil dia sendiri yang ciptakan petua tu berdasarkan logik akal dia sendiri. yelah.. maybe dia fikir kalau niat yang baik di sertakan dengan bacaan selawat tu Allah perkenaankan hajat mereka kot untuk kekal couple. Yelah.. boring2 tak tau nak buat apa mula la dia mengarut bukan bukan.

AWEK2 KELANTAN DALAM VIDEO BULI DI BURU PDRM

Tu dia satu lagi kes buli melibatkan anak anak dara ber slang kelantan mendapat perhatian PDRM. mu gocoh lagi mek Ooi.. satu kena belasah ramai ramai.. kemudian record lepas tu upload mu tunggu abe polis date ghumoh jemput mu. Buruk pulak orang kedah cakap kelantan kan? hahahahaha


Semalam terbaca kat page PDRM sedang mencari ahli keluarga mangsa buli dalam video tersebut untuk tampil buat laporan polis & sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kes buli tersebut di minta tampil membantu siasatan. anak anak dara gangster tu hope dapat pengajaran.


Sapa2 rasa nak tunjuk taiko lagi.. Sila upload video belasah orang secara beramai ramai. Sekejab je pemes tak payah masuk akademi fantasia. Orang pun tak susah nak abis kredit enpon sms vote korang.. hanya semudah button share jer korang mampu jadi popular seantero dunia. hahahaha


BLOG AWEK BERTUDUNG SEKSI BAJU KETAT BURU GADIS MELAYU

Sekarang ni macam macam blog @ page wujud untuk mengaibkan golongan bertudung berhijab ni. Yelah sejak tudung hanya menjadi fesyen tutup kepala ni.. golongan bertudung sekarang lebih menghairahkan & seksi. Kadang2 tahap keketatan pakaian tu mengalahkan yang freehair pulak.

Aku tak mau la komen bab aurat orang lain sedangkan aku sendiri pun tak sempurna sana sini cuma kat sini aku nak bagitau.. tak kira la korang masih gadis rumaja, anak dara, mak dara atau nenek dara sekalipun hati2 dalam berkongsi gambar di laman sosial. Hari ni aku jumpa lagi satu blog yang sebar banyak gambar gadis2 bertudung yang berpakaian agak seksi. Comel comel pulak tu. Muka semua aku tengok memang melayu malaysia jer. Gebu2 sangat.

Orang kata cegah itu lebih baik dari merawati.Langkah pencegahan hanya boleh di lakukan oleh tuan punya badan

Sekarang ni kat mana2 pun ada strangers yang kita tak tahu niat mereka jadi berhati hati. Tapis sikit gambar yang nak di upload.. silap upload, tak masuk page GuaTv.Com kena troll dengan page KHK atau masuk blog2 gersang macam blog yang dok share gambar awek bertudung seksi tu. Kalau dah kena sebar tu kau maki depa pun tak berguna.

P/S : Perempuan pregnant pun ada spesis yang ghairah inikan korang size S.. pinggang macam kerengga..


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com