CIUM DAHI AWEK SAMBIL SELAWAT & NIAT PETUA HUBUNGAN KEKAL
Terjumpa satu post yang mula di viralkan seorang budak perempuan belasan tahun bagi petua hubungan kekal. Mula2 memang rasa nak gelak tapi bila terfikir sejenak bahaya jugak post dia ni. Boleh memesongkan rakan sebaya. Dari mana dia dapat petua sesat macam ni gamaknya. Mencampur adukkan yang betul dengan yang salah. Selawat tu bagus tapi bukan la di susuli dengan perbuatan yang salah macam mencium dahi awek. Nama pun awek confirm la tak ada hubungan yang sah & halal untuk bercium macam tu.
Tak tau la apa yang mendorong dia confident sangat post benda benda macam tu. Ni kalau mak dia baca confirm berbirat kaki kena sebat ke mak dia tak kisah tak tau la. Sebab mak bapak sekarang dah open minded katanya. Apadahal anak2 cium dahi dengan couple memasing.
Cuma tu la akak nak pesan pada hadik2 yang comel... Sebelum percaya ajaran2 atau amalan2 pelik yang di sampaikan oleh rakan sebaya sila rujuk ustazah dulu. Kalau dah budaya bercouple pun tidak di galakkan apatah lagi petua bercium dahi sambil selawat & niat. Umur muda takpe tapi jangan otak jadi terencat yer percaya benda2 mengarut macam tu.
Apa yang berlaku mungkin salah didikan jugak sebab tengok dari perwatakkan macam budak sangat minah ni. Sebab tu pentingnya kita tahu cara yang betul untuk membetulkan atau memberitahu sesuatu pada anak anak dari peringkat kanak kanak lagi untuk mendidik mereka cara berfikir dengan betul. Tapi jangan kata orang lain aku sendiri pun banyak buat salah bila bercakap dengan anak & aku yakin 100% semua kita memang buat kesilapan yang sama bila menjawab atau memberitahu sesuatu pada anak walau kita anggap cara kita selama ni dah betul.
Moral of the story.. Mungkin budak ni dapat petua mengarut dari kawan kawan dia sendiri & tak mustahil dia sendiri yang ciptakan petua tu berdasarkan logik akal dia sendiri. yelah.. maybe dia fikir kalau niat yang baik di sertakan dengan bacaan selawat tu Allah perkenaankan hajat mereka kot untuk kekal couple. Yelah.. boring2 tak tau nak buat apa mula la dia mengarut bukan bukan.
Ajaran sesat betul lah budak nih. Nak gelak guling2 baca. Adoiiiii lah budak jaman skang nih.
ReplyDeleteYang dosa tetap dosa. Itulah antara fitnah akhir zaman yang sangat nyata.
ReplyDeleteMohon adeq-adeq itu sedar dan bertaubatlah. Buatnye ada org lain follow apa yang di-tip-kan tu, percuma sahaja dosanya.
Hadoiii...adik..belajar agama bg habis dulu..haishh
ReplyDeleteajaran maa plak la ni..huhu
ReplyDeleteRisau juga jadi ikutan para remaja.. :(
ReplyDeleteHaru biru jadinye....takut seh bebudak sekarang ni langsung takde segan silu
ReplyDelete