Showing posts with label nasi goreng laici. Show all posts

PERHATIAN! YANG SUKA MAKAN BUAH LAICI WAJIB TENGOK NI

PERHATIAN! YANG SUKA MAKAN BUAH LAICI WAJIB TENGOK NI. Sapa kat sini penggemar buah laici? tak kira la dia jadikan minuman atau apa2 dessert mesti nak ada rasa laici tu. Aku ni laici boleh la.. Kadang2 teringin nak makan tu.. makan la. tapi kalau sampai hari2 makan laici tu tak sampai la macam tu. Kategori sekadar makan bukan penggemar tegar laici. Laici ni sinonim dengan perasa minuman atau menu pencuci mulut jer.. Jarang pulak dengar orang masak kari laici kan?


Tapi jangan tak sangka.. Memang ada menu kari laici ni. Aku tak tau la macam mana rasa kombinasi kari dengan laici tu. Ngam ke tidak.. Sebab aku bayangkan macam tak matching je dengan tekak aku. Apatah lagi nak buat nasi goreng laici kan? Macam pelik pulak makan nasi goreng laici ni. Tapi tu bila manusia semakin kreatif katanya macam macam depa olah resepi jadi lain dari yang lain.

Nampak sedap tapi rak tau la kombinasi rasa dia macam mana kan? kena try masak dulu la baru tau. 

Cuma tu la.. walaupun lain dari yang lain kalau rasa dia pun pelik sangat memang tekak melayu macam aku susah jugak nak terima. Kalau nak cerita pasal menu pelik laici ni bukan sekadar kari & nasi goreng malah banyak lagi yang selama ni kita tak tahu. 

Apapun buah laici ni tetap ada khasiatnya tersendiri. Katanya khasiat buah laici tak jauh beza dengan buah longgan & rambutan. Yelah.. sifat pun nampak macam sama ye dak. Yang penting buah laici ni mampu mengawal berat badan selain menyembuhkan permukaan kulit yang terluka & tercedera.  Ia mampu memperlahankan kedutan pada kulit jugak mampu mengurangkan risiko kanser payudara & menyihatkan akar rambut. Pendek kata buah laici ni memang banyak khasiat untuk keperluan wanita la kan..

Moral of the story.. tak kira apapun makanan jika di ambil secara berlebihan yang berkhasiat pun jadi racun jadi ambil la secara sihat mengikut piramid makanan yang betul.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com