AWAS! LELAKI PERLU BERHENTI BUAT 11 PERKARA NI
AWAS! LELAKI PERLU BERHENTI BUAT 11 PERKARA NI. Hari ni asyik topik pasal lelaki je kan?? Ada pulak yang tanya.. ada masalah rumahtangga ke asyik dok menghentam lelaki je hari ni.. Insya Allah takde apa masalah yang besar menggugat keharmonian & kegilaan rumahtangga aku ni. Baru tadi goreng bihun & makan sama2 penuh nikmat katanya. Sempat lagi kena kutuk sebab baju lama yang dah aku buat kain buruk sebab tak muat nak sarung kat badan. Kalau boleh bergurau senda tu.. Kira bahagia lagi la. Mana ada orang tengah gaduh nak gurau2 ye dak...Nak buat macam mana sumber ilham hari ni menjurus pada topik untuk lelaki je. Lagipun entri ni berbentuk informasi yang mungkin berguna kepada lelaki. Lelaki ni almaklum la hidup depa ni semua nak simple.. Nak cepat.. nak mudah.. Benda tu kadang2 mengundang perasaan yang kurang senang oleh pasangan mereka. Tak mustahil benda tu boleh jadi penyebab hubungan boleh terputus.. Yang dah kahwin boleh bercerai. Asalnya sebab suami/pasangan pandang remeh perkara yang bagi pandangan mata seorang perempuan adalah perkara besar.
Tengahari tadi tengok wanita Hari ini topik pasal bercerai dengan alasan remeh.. Kita sendiri pun takkan sangka sebab2 macam basuh kain malam2 boleh jadi punca penceraian. Hidup berpasangan ni apa yang dulu kita buat masa zaman bujang tak semua kita masih boleh terus buat bila berumahtangga. Perkara kecil bagi kita tak semestinya kecil jugak untuk pasangan kita. Contoh 11 perkara ni yang memang lelaki suka sangat buat tanpa sedar buat perempuan memendam perasaan tak puas hati >> 11 Perkara Ni Lelaki Perlu Berhenti Lakukan. Ia Nampak Simpe Tapi Anda Mungkin Akan Kehilangan Orang Tersayang Kalau Terus Melakukannya << Mungkin bagi lelaki cuma perkara kecil yang mustahil boleh menjejaskan hubungan mereka tapi tidak bagi perempuan.
Moral of the story yang lelaki kena selalu ingat.. Perempuan memang complicated. Mood depa boleh jadi macam taufan sekelip mata hanya kerana korang terlupa something yang dia pesan je. Tapi bukan semua & aku maybe terkecuali dari perempuan yang perangai macam tu hahahaha. Perempuan memang di cipta untuk di belai sebab tu Allah ciptakan naluri & hati mereka jadi selembut kapas. hehehe