Showing posts with label produk skincare. Show all posts

PRODUK TERKENAL DARI MALAYSIA ANTARA 113 PRODUK KOSMETIK DI KESAN BERACUN OLEH BPOM INDONESIA

PRODUK TERKENAL DARI MALAYSIA ANTARA 113 PRODUK KOSMETIK DI KESAN BERACUN OLEH BPOM INDONESIA. Kembali memeriah karipapusing blog melekit dengan pendedahan produk produk beracun. Kali ni nak share 113 Produk kosmetik beracun yang baru baru ni kena banned di Indonesia Oleh Badan Pengawas Obat & Makanan (BPOM). Ia termasuk produk produk terkenal dari Malaysia.

Produk produk tempatan ni kebanyakkan memang kat Malaysia, Brunei & singapore memang dah kena banned.. So tak pelik Indonesia pun banned jugak. Kalau ada masih yang menggunakan mohon berhenti la. Bukan apa mungkin kesan kemudaratan tu tak nampak di masa sekarang.. Tapi di masa akan datang.


Dari Posting Public Health Malaysia di Laman Facebook mereka

Produk Jenama Terkenal Antara 113 Produk Kosmetik Disahkan Mengandungi BAHAN BERBAHAYA

Fast Fact

➧ Badan Pengawas Obat & Makanan (BPOM) Indonesia telah mengeluarkan senarai produk yang telah dikesan mengandungi racun
➧ Produk kosmestik tersebut telah dikesan mengandungi RACUN seperti hydroquinone, tretinion, merkuri dan lain-lain.
➧ Peniaga di minta menghentikan jualan produk.
➧ Pengguna di sarankan untuk menghentikan penggunaan.
➧ Dapatkan pemeriksaan lanjut.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

HYDROQUINONE
- Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.

- Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

- Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

TRETINION
- Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

- Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

MERKURI
- Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan.

- Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

- Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

- Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.

- Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. Selain itu pastikan juga menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik sebelum membeli atau menggunakkannya. Korang boleh semak semua 113 produk yang di kesan beracun pada gambar di bawah..














Untuk mengikuti info info kesihatan sila follow Public Health Malaysia

Moral Of the story.. Cantik itu bukan putih gebu macam kapas, kulit licin berkilat macam cermin atau putih sampai nampak urat hijau. Cantik itu apabila anda memiliki kulit yang sihat & bebas dari sebarang penyakit bahaya. Tak kisah la apapun warna kulit anda.

CARI LOCAL SKINCARE YANG SELAMAT & DI UJI DI MAKMAL SIRIM, TRY LA BLUEBELL SKINCARE

CARI LOCAL SKINCARE YANG SELAMAT & DI UJI DI MAKMAL SIRIM, TRY LA BLUEBELL SKINCARE. Bila kita mula menulis & berkongsi dengan lambakkan produk produk kosmetik & kecantikkan tempatan yang di campurpalsu bahan terlarang untuk memberi kesedaran pada orang awam bahaya kosmetik/skincare mengandungi racun seperti merkuri, hidrokinon, tretinion bagai.. depa tuduh kita anti local product. Tak support bisnes orang melayu bagai.. Nak jatuhkan bangsa sendiri bla.. bla.. bagai. Sedangkan apa kita tulis untuk memberi info kepada pengguna agar mereka alert dengan lambakkan produk yang tidak selamat di pasaran.

Tak semestinya Anti local product dik non Ooi.. Ahkak pun pengguna local product tapi di sebabkan akak ni belajar tak tinggi, bukan chemist & tak pandai nak baca ingredient sangat.. Baca jer tapi sebab saintifik sangat kekadang ahkak memang tak paham pekebenda menatang yang depa list kan ada dalam produk tersebut. Sebab tu la ahkak ambil keputusan mencari produk drugstore/farmasi jer. Sebab nak di pasarkan di farmasi & drugstore ni tak semudah kau letak produk kat kedai jamu. Perlu memenuhi kriteria keselamatan yang di tetapkan.. So, agak terjamin keselamatannya.


Yang penyokong produk tempatan ni.. Jangan risau tak semua local skincare tu bahaya. Masih banyak kot local skincare yang selamat & berjaya menempatkan diri di farmasi/drugstore ni. Salah satu produk yang ada di jual di sesetengah farmasi adalah produk BlueBell Skincare. Walaupun nama skincare ni macam eklusif & internation brand kan.. Tapi jangan tak caya pulak. Memang dia produk tempatan ok!


Pengasas produk ni adalah Puan Mek Yam anak kelahiran Kelantan mempunyai kelulusan Bachelor of Technology, Brunel University, England dan kemudian melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi iaitu MBA, Cranfield Institute of Technology, England pada tahun 1992.

Pengasas bersama Bluebell Skincare ialah Puan Aliaa Zawani Mohd Rasid. Bekas pelajar Universiti Teknologi Mara Malaysia dan juga Pegawai Strategic Communications di Bank Simpanan Nasional (BSN) ini kemudiannya menyertai pada tahun yang sama (2015) dan menubuhkan syarikat iBluebell Cosmeceuticals (M) Sdn Bhd.

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 2014 dan beroperasi di Plaza Azalea Seksyen 14, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Mempunyai lebih 10 orang pekerja dan lebih 10,000 pelanggan di seluruh Malaysia, Brunei, Indonesia & Singapore.

Pengalaman selama 40 tahun menggunakan perbagai produk produk kecantikan, dalam dan luar negara dijadikan landasan untuk mengeluarkan formula kecantikan yang sesuai untuk semua peringkat umur, lelaki dan perempuan.

Selama ini kita sangat bergantung pada kelulusan KKM kepada sesuatu produk kosmetik/skincare ni walhal kelulusan KKM pada produk kosmetik/skincare ni sebenarnya nothing pun. Sekadar kelulusan untuk di pasarkan bukan bukti produk tu selamat ke apa. Kalau NOT KKM bukti sesuatu produk tu selamat, takde la isu lambakkan produk yang di tarik balik Notifikasi (NOT KKM). Kat situ hangpa kena la bijak sikit. Tapi memang wajib kena daftar dengan KKM kalau sesuatu produk tu nak di pasarkan di Malaysia.

Macam BlueBell ni dia memang ada NOT KKM yang sah.. Tapi yang sangat penting kat sini produk Bluebell ni Semua produk Bluebell Skincare telah diuji di makmal SIRIM QAS International dan lulus ujian. Yang ni sebenarnya menentukan sesuatu produk tu ada bahan terlarang seperti merkuri, hidrokinon, tretenion atau tidak. Kalau lulus ujian lab macam lab SIRIM ni hang tak payah nak pertikai. Tapi setakat lab kat dapur bakar atas sudu tu.. hang kuis kuis dengan hujung kaki jer. memang test test mengarut macam tu tidak boleh di guna pakai untuk menentukan sesuatu produk itu selamat atau tak.


Untuk umat Islam.. Ni pun penting jugak. Untuk produk Bluebell skincare ada kelulusan halal dari JAKIM. Kena bagitau jabgi ada je yang nak pertikai.. katanya produk yang tak mengandungi bahan terlarang belum tentu halal. Ni JAKIM dah tempek logo HALAL hang tak payah memekak lagi tanya halal ke tidak.


Set Produk Bluebell skincare ni ada 4 item iatu terdiri daripada

1. Cleanser

2. Daily Defence Moisturizer

3. Serum

4. Night Moisturizer

Bahan yang di gunakan dalam produk Bluebell skincare ni kebanyakkan dari bahan bahan semulajadi yang selamat & mempunya khasiat pada kecantikkan kulit. Antara bahan yang di gunakan adalah ;

➠Argan Oil

➠Citrus Aurantium Dulcis
↷minyak dari buah oren manis)

➠Propylene glycol

↷bahan cecair sintetik yang menyerap air. FDA telah mengklasifikasikan bahan ini adalah selamat dan boleh digunakan dalam bidang perubatan, kecantikan dan pemakanan. Ianya menyerap lebihan air dan mengekalkan kelembapan pada kulit)

➠Menthol
↷adalah organic compound yang diperbuat melalui sintetik atau boleh diperolehi dari pokok Mentha arvensis corn mint & pokok peppermint)

➠Akar Manis
↷adalah akar dari pokok Glycyrrhiza glabra

Kojic acid
↷berasal dari negara Jepun. Ianya menjadi salah satu bahan yang banyak digunakan untuk mencerahkan kulit. bahan berwarna putih seperti tepung & boleh diperoleh dari cendawan jepun, maka bahan ini adalah selamat digunakan kerana ianya semulajadi dan tidak berbahaya
Stem Cell (Berfungsi menghilangkan parut

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang semua bahan yang di gunakan dalam set Bluebell skincare anda boleh membaca sendiri di sini ☛ Ramuan Produk

Kau kemain kompang produk Blubell ni.. dah try ke? Mesti la dah jemah Ooi.. Tapi kau jangan tanya muka aku dari beast bertukar beauty ke lepas guna produk Blubell skincare ni. Baru try lebih kurang seminggu mustahil la muka jemah bertukar rupa emma maembong yang putih gebu bagaikan kapas tu.

Tapi pernah dengar seorang panel jemputan dalam satu rancangan talk show. tak ingat siapa.. Untuk topik pasal produk skincare juga. Nak tahu produk tu sesuai dengan kita atau tak.. Try la dulu seminggu. Kalau tak ada kesan negatif macam ruam ke, jerawat ke hapa bermakna produk tu sesuai dengan kita la. Produk yang selamat pun belum tentu sesuai dengan semua orang Ok! Sebab tu kita kena tahu keperluan kulit kita sebelum membeli sesuatu produk.

Selepas seminggu try tu.. Alhamdulillah takde kejadian yang tak di ingin. Nak apply pun mudah.. Macam mositurizer dia pun tak melekit. Kita apply terus rasa meresap & kering di kulit tanpa meninggalkan kesan berminyak atau belengas. Tu dah kira bagus la kan.


Cara menggunakan produk ni pun takde la rumit. Alah lebih kurang macam guna produk skincare lain juga rutin dia..

Untuk siang

1. Cuci muka dengan cleanser

2. Untuk siang gunakan Daily Defence Moisturizer sebab dia ada SPF 30 PA++ untuk melindungi kulit korang dari sinar uv.

Penting ok untuk mengekalkan kulit awet muda kena la yang ada uv protecter. Yang best Daily Defence Moisturizer ni dia macam foundation tapi tak heavy sangat. Ringan je bila sapu kat kulit & bagi sedikit effect segar & cerah pada kulit tanpa buat kulit kita nampak kontra sangat dari warna kulit asal.

Untuk malam..

1. Macam biasa cuci muka dulu dengan cleanser

2. Titiskan serum atas jari lepas tu sapu & urut seluruh muka hingga leher

3. Apply Night moisturizer

Jangan risau Blubell skincare ni sangat selesa bila apply pada kulit. So, bila pakai sebelum tidur pun kita tak rasa macam muka kita tengah pakai something. Rasa dia natural je ok! Tu yang best.

Kesan dia tak boleh la nampak dalam masa seminggu. Apapun produk kena pakai secara rutin dalam jangkamasa yang panjang untuk mendapatkan kulit yang bersih, sihat & cantik. Sekurang kurang try dulu lebih dari sebulan.. Insya Allah akan nampak kesan positif kalau produk tu memang sesuai dengan keperluan kulit kita.

Blubell skincare ni sesuai untuk semua jenis kulit. Setakat ni tiada spesifik untuk kulit yang tertentu cuma kena try baru tahu sesuai tak dengan keperluan kulit korang. Ada yang saya baca kat posting facebook saya bila share berkaitan bluebell skincare katanya mereka yang pernah guna.. jerawat cepat kecut bila amalkan produk ni sebagai set penjagaan kulit secara harian. Kalau nak tengok atau baca testimoni boleh rerajin singgah kat sini ☛ testimoni


Macam mana nak dapatkan produk ni. Kalau nak dapatkan di farmasi ada di jual di Cawangan Constant Pharmacy Terpilih.

Cawangan Constant Pharmacy Bandar Baru Bangi, Selangor
Cawangan Constant Pharmacy Tanah Merah, Kelantan
Cawangan Constant Pharmacy Kota Bharu, Kelantan


Atau boleh layari :

 Website : Bluebell Skincare Solution 
 Facebook : Bluebell Skincare 
 Whatsapp : 0193568850 

Pengilang Produk Bluebell Skincare
Kesemua produk Bluebell Skincare dikilangkan di Kosmetik Alwan Sdn Bhd yang beralamat Jln Permata 2B/KS9, 42500 Klang, Selangor. Kosmetik Alwan Sdn Bhd telah mendapat pengiktirafan HALAL & GMP (Amalan Perkilangan Baik). Sebarang pertanyaan dan soalan boleh menghubungi mereka di

 ☒Whatsapp : 0193568850 
 ☏Hotline : 0380841024 

20 JENIS PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL PRODUK

20 JENIS PENYAKIT YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL PRODUK. Sepanjang berkecimpung dalam dunia blog.. Bermacam macam produk saya buat review.. Memang banyak yang terlepas pandang. Dulu mungkin ikut je apa yang client nak saya tulis dalam review tu.. Tapi sekarang bukan la kata pandai cuma dah ada pendedahan tentang apa yang boleh di iklankan & apa yang tak boleh.. So, akan di perbaiki dari masa ke semasa la. Yelah.. sebagai blogger kita bertanggungjawab juga la apa yang kita tulis kan..


So untuk segmen khidmat masyarakat hari ni.. Mai la sini saya nak share dengan hangpa semua terutama seller2 produk la. Depa ni kadang2 tak tau.. Yang jahat pengeluar & founder produk la tak bagitau padahal depa tau benda ni tak boleh. Semasa depa nak berdaftar dengan KKM tak kira nak apply NOT atau MAL.. rasanya depa dah tau tak boleh buat tuntutan berlebihan (Overclaim) dalam iklan produk depa. Tapi besa la kan.. Jenis ada batu besar atas kapla punya orang dia bukan fikir dah kesan pada pengguna yang dia pikiaq (fikir) Masyuk.. Banyak Masyuk.. banyak untung. Neraka? Lambat lagi nak mati.. Dah kaya raya sampai tak tau nak buat apa dengan harta yang ada esok, taubat la. Macam confirm nyawa dia panjang kan?

Benda ni bukan je salah dari segi undang2 malah salah dari segi agama juga tapi sapa yang kesah kan? Jadi kita sebagai pengguna la kena belajar & bijak. Jangan sampai di pijak pijak oleh pengeluar & pengedar produk yang misi depa memang nak kejar syurga dunia. Macam dok kata tadi.. Nak fikir syurga neraka katanya mati lambat lagi. Sempat nak taubat..

Antara penyakit yang tidak boleh di iklankan untuk produk tak kira la produk kosmetik, supplement atau ubatan adalah..

1. Penyakit Buah pinggang
2. Penyakit Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk kering
7. Kusta
8. Kanser
9. Darah Tinggi
10. Penyakit urat sarat Yang berkaitan hubungan seks
11. Penyakit Venerus
12. Lemah Fungsi Seks
13. Frigiditi
14. Kemandulan
15. Sakit Mental
16. Ketagihan dadah
17. Pekak
18. Asma/lelah
19. Hernia
20. Penyakit Mata

Yang paling banyak produk suka claim adalah boleh sembuh kanser, darah tinggi, kencing manis, Asma/lelah & yang claim paling popular dari produk ubat/supplement tradisional macam jamu adalah memulihkan masalah lemah seksual bagai. Kat situ dah terang terang satu kesalahan depa buat cuma kita ja sebagai pengguna atau seller bawahan ni mungkin tak tahu benda tu jadi satu kesalahan undang undang.


Paling penting yang kita kena makesure kalau produk yang bernotifikasi (ada nombor NOT KKM) itu hanya untuk produk kosmetik. So dia tak boleh sama sekali claim produk dia boleh merawat sebarang penyakit. Contoh ada skincare yang berasaskan krim hormon ni. Kalau cuma ber NOT KKM dia claim boleh rawat masalah dalaman bagai tu memang dah overclaim.

Untuk produk ubat macam jamu bagai tu.. Mesti ada no MAL KKM. Tapi tetap tak boleh claim boleh rawat & sembuhkan 20 penyakit kat atas tu yer. Memang boleh jumpa bersepah pengedar produk iklankan produk depa boleh merawat penyakit bagai.. Depa nak overclaim tu depa punya pasai. Kita sebagai pengguna jangan mudah terpedaya. Kalau rasa melampau sangat sila report kat sini http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do

Jadi sama sama kita belajar. Saya pun sebelum serius banyak perkara yang tak tahu. Main review jer. Tapi bila berlaku musibah.. Secara tak sengaja saya banyak belajar tentang perkara ni. So apa saja info yang saya dapat dari mereka, Insya Allah saya akan kongsikan untuk kebaikkan bersama.

Moral of the story.. Syurga dunia memang untuk orang kaya. Ada orang sanggup merisikokan kesihatan orang lain untuk meraih kekayaan maka kita yang tak kaya yang obses nak cantik & sihat la kena lebih bijak. Ubah persepsi.. Miskin tak bererti boleh di buli & di perbodohkan.

MUKA BENGKAK, KERING & KULIT KUSAM.. JOM BACA PENGAKUAN PENGGUNA PRODUK CETAPHIL

MUKA BENGKAK, KERING & KULIT KUSAM.. JOM BACA PENGAKUAN PENGGUNA PRODUK CETAPHIL. Lambakkan produk skincare di pasaran buat kita tak tahu nak guna yang mana. So kita pilih berdasarkan testimoni orang lain je kan.. Sekarang ni susah nak cari produk selamat walau bernotifikasi KKM pun belum tentu selamat. Sampai jadi takut saya kadang kadang nak mencuba apa2 produk yang client bagi untuk review. Terpaksa letakkan syarat sebelum menerima apa2 review berkaitan produk ni.


Bukan apa.. bila kita di beri satu produk untuk di cuba & menulis review sekaligus kita umpama tikus makmal jugak. Bayaran tu bukan boleh cover pun rawatan muka kalau berlaku apa2 implikasi atau effect buruk. Sebab tu sekarang terpaksa ketatkan syarat review sebab apa yang kita tulis tu 1 informasi untuk orang lain so sekaligus kena bertanggungjawab juga. Ada produk mula2 pakai memang lawa nak mati bak kata budak2 sekarang.. selepas sebulan dua atau selepas berhenti guna tu dia.. malapetaka besar dok mai. Kalau sebelum ni cantik nak mati.. selepas tu rasa nak mati je tengok muka sendiri.

Ramai pengguna yang muka breakouts pilih produk dari drugstore untuk merawat kulit mereka yang rosak. Salah satu produk yang menjadi pilihan ramai sekarang untuk merawat masalah jerawat yang serius adalah rangkaian produk Cetaphill.

Cetaphil ni produk yang selamat dan dah pun diuji secara klinikal oleh pakar dermatologi. Selain tu, Cetaphil jugak berupaya membuang kotoran dan minyak berlebihan di kulit kitaTapi ada juga yang kata tak sesuai.. muka makin teruk bagai. Kalau nak baca pengakuan pengguna produk cetaphill ni boleh baca kat sini >> Muka Bengkak, Kering & Kusam. Kini Flawless Dan Glowing. Meh Kami Bocorkan Rahsia. <<

Kadang2 bukan produk bermasalah tapi mungkin kulit kita tu perlu di rawat dulu dengan rawatan dari pakar bukan sekadar rawat dengan produk. Mungkin penggunaan produk yang mempunyai logam berat seperti merkuri dalam tempoh yang terlalu lama.. Memberi kesan macam tu. Yang jadi mangsa produk selepas tu la.. di tuduh tak berkesan, menyebabkan muka semakin breakouts bagai. Padahal kesan dia guna produk beracun sebelum ni masih belum habis.. Jadi penting kalau dah tahap serius dapatkan pemeriksaan pakar kulit. Tak tau la berapa kilo merkuri dalam kulit hangpa tu dok bertempek. Bukan boleh nampak dengan mata kasar pun.

Moral of the story.. Kecantikkan itu terlalu luas tak semestinya muka kau gebu gebas, kulit licin menqelit (glowing) macam bontot kuali baru tanda kulit hang sihat. Sekarang ni orang dah boleh tau kulit licin yang sihat dengan tidak sihat. Kalau kulit nampak nipis tu.. Insya Allah la tu.. mesti guna produk ada merkuri. Putih pun lain macam tak macam kulit orang yang sihat. So anak nampak seperti orang cantik yang sakit je hehehehe

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com