Showing posts with label pusat. Show all posts

TASHA SHILA BARU TAYANG PUSAT BELUM TELANJANG

TASHA SHILA BARU TAYANG PUSAT BELUM TELANJANG. Kecoh isu tasya shila tayang gambar kat IG dengan pakaian tutup buah dada jer.. Yang lain2 termasuk pusat terpampang untuk tontonan umum masyarakat. Haritu ada isu dia berpakaian nampak bra jadi cover majalah.. dia cakap dont judge the book by its cover tapi cover dah terang2 tunjuk baju jarang nampak bra dia tak tau la nak berbaik sangka lagu mana lagi. ni sekali lagi dia buat kontroversi tunjuk pusat...


Alah.. baru tunjuk pusat bukan telanjang lagi. Kira ok la tu dia masih tutup kemaluan kan. Yelah bagi depa tempat2 yang patut tutup cuma kemaluan je. Yang tak di panggil kemaluan maybe tak patut rasa malu nak tunjuk. Sebab tu istilah seksi bagi depa kalau telanjang bulat je. Hahahaha.

Retis kalau dah suam suam air kencing gitu gamaknya nak cari publisiti kot. Nak sentiasa nama dia hot & spicy. Yelah.. kalau jadi retis frozen nanti susah dah nak naik balik so sementara masih suam2 tu sentiasa la adakan kontroversi. Mustahil la dia tak tahu gambar dengan pakaian macam tu kat Malaysia ni boleh jadi kontroversi. Tipu sangat la tak tau. Nak2 lagi artis. jangan cakap tak reti nak berfesyen pulak tu dia pakai je apa yang orang bagi. Kalau tak reti sangat nak bergaya meh belajar kat sini >> 9 Ideas To Help You Visualise Your #OOTD With Stylish Wearable Tech <<

Moral of the story.. sapa nak popular cepat sekarang ni buat la benda tak senonoh. Sekejab je kau terkenal seantero alam maya & alam nyata

GANGGUAN MISTERI SELEPAS KE PUSAT RAWATAN ISLAM

 Kalau dah start cerita seram... Berderet pulak entri seram kan? Bukan apa dia dah mai aura puaka ni memang susah nak stop katanya.. Nak2 lagi tetiba ada bahan cerita pulak nak share.. harus manafaatkan seseram mungkin dalam blog puaka aku ni katanya... hehehehe

Sumber Google

Aku tak tahu benda ni samada imaginasi, emosi atau gangguan perasaan tapi nak kata aku malam tu ketakutan atau dok fikir benda2 mistik pun tak jugak. Sebab takde apa benda yang mempengaruhi fikiran aku terhadap perkara - perkara macam tu. Sebab aku takde tengok cerita seram, baca cerita seram atau terfikir apa2 benda seram. Benda ni berlaku secara spontan.

Aku ke pusat rawatan Islam Alhidayah bukan la merawat atas sebab gangguan jin atau sihir.. Memang takde kena mengena langsung malah bukan untuk merawat aku pun. Just untuk anak aku ni. Tapi bukan berkaitan perkara mistik pun. Takde la apa sangat nak cerita pasal rawatan tu.. Rawatan biasa jer..

Yang jadi tak berapa biasa.. tengah malam selepas balik dari pusat rawatan Islam Alhidayah tu.. tetiba hanti aku rasa macam berdebar. Rumah semua dah gelap sebab semua dah tidur kecuali aku.. aku rasa macam tak sedap hati. Selalu bila jadi macam ni.. Mesti ada satu sudut dalam rumah yang aku rasa something even tak nampak apa2 kelibat ataupun bayang tapi terasa sesuatu yang pelik kat situ. Sebab perasaan takut tu tak seberapa.. so aku biar je la perasaan tu. Aku terus tidur.. tak sampai 10 minit terlelap rasa macam tidur aku di sentap. Aku terbangun.. lepas tu aku tidur balik. Kali kedua tidur aku macam di sentap.. aku bangun & ubah posisi tidur. Baru aku boleh tidur sampai ke pagi.

Just nak tanya pendapat korang.. korang pernah tak berada dalam situasi macam aku ni. Bukan di pengaruhi imaginasi takut ke hapa.. Tapi rasa macam ada something sedang ada dekat dengan korang. Sebab ada ustaz bagitau bila benda tu berada dekat kita kita akan rasa meremang even kita tak takut pun. Yup ada berlaku benda tu. Kalau kita terpengaruh dengan apa2 cerita seram tu boleh la jugak anggap benda tu mainan perasaan kan.. Ni secara tiba2 rasa macam tu datang & perkara macam tu berlaku agak pelik jugak la kan. Tapi takpe.. kita fight dengan ketakutan Insya Allah tiada apa yang berani ganggu emosi kita, ye dak? kekekeke


SALESGIRL PASARAYA HARI HARI BERUNIFORM SEKOLAH

Tu dia.. Save budget ka hapa pasaraya hari hari ni? ke sebab, baju sekolah depa juai tak laku maka di jadikan sebagai uniform untuk pekerja depa.. Amboi Cik Lekit melahar tak ingat nampak?? Main serkap jarang ja tuduh baju sekolah depa juai tak laku.. Apa cerita sebenarnya ni??

Sumber google

Kisahnya semalam ke selayang. Biasa la.. singgah katanya memburu dvd seram kat selayang Mall tu. Sempat la lalu depan pasaraya hari2 yang berdepan dengan selayang Mall tu... tetiba asben cakap, tengok tu salesgirl dia pakai baju sekolah. Aku pun tengok la.. Ye lah.. depa pakai baju sekolah. Alahai.. sweetnya promosi kembali ke sekolah. Rasa macam best pulak tengok depa pakai baju sekolah.

Sumber Google
Almaklumlah di pertengahan cuti sekolah ni.. Time ni la rakyat promosi pakaian & barang2 kembali ke sekolah. Tak tau la samada aku yang cempeqa tak pernah tengok, sebab baru tahun ni aku nampak salesgirl pakai baju sekolah sebagai uniform sempena mempromosikan pakaian sekolah.

Bagi aku satu strategi yang menarik dari pihak pengurusan Hari hari... Memang attract orang la dengan salesgirl berbaju sekolah. Aku nasib baik la takde anak nak masuk sekolah.. Kalau tak rasa nak masuk jugak usya2 salesgirl berbaju sekolah sesambil membelek baju sekolah untuk anak katanya.. hahahahahha

Tapi... Macam comel la pulak aku tengok bila cik2 salesgirl hari hari ni beruniform sekolah. Rasa macam nak pergi minta kerja kat situ pulak.. yelah.. dah lama tak pakai baju sekolah. Sekali sekala rasa teringin nak pakai baju sekolah even dah kertu.

Kesimpulannya.. Aku rasa promosi depa sangat comel. hahahaha..


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com