Showing posts with label Badan Pengawas Obat & Makanan. Show all posts

PRODUK TERKENAL DARI MALAYSIA ANTARA 113 PRODUK KOSMETIK DI KESAN BERACUN OLEH BPOM INDONESIA

PRODUK TERKENAL DARI MALAYSIA ANTARA 113 PRODUK KOSMETIK DI KESAN BERACUN OLEH BPOM INDONESIA. Kembali memeriah karipapusing blog melekit dengan pendedahan produk produk beracun. Kali ni nak share 113 Produk kosmetik beracun yang baru baru ni kena banned di Indonesia Oleh Badan Pengawas Obat & Makanan (BPOM). Ia termasuk produk produk terkenal dari Malaysia.

Produk produk tempatan ni kebanyakkan memang kat Malaysia, Brunei & singapore memang dah kena banned.. So tak pelik Indonesia pun banned jugak. Kalau ada masih yang menggunakan mohon berhenti la. Bukan apa mungkin kesan kemudaratan tu tak nampak di masa sekarang.. Tapi di masa akan datang.


Dari Posting Public Health Malaysia di Laman Facebook mereka

Produk Jenama Terkenal Antara 113 Produk Kosmetik Disahkan Mengandungi BAHAN BERBAHAYA

Fast Fact

➧ Badan Pengawas Obat & Makanan (BPOM) Indonesia telah mengeluarkan senarai produk yang telah dikesan mengandungi racun
➧ Produk kosmestik tersebut telah dikesan mengandungi RACUN seperti hydroquinone, tretinion, merkuri dan lain-lain.
➧ Peniaga di minta menghentikan jualan produk.
➧ Pengguna di sarankan untuk menghentikan penggunaan.
➧ Dapatkan pemeriksaan lanjut.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

HYDROQUINONE
- Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.

- Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

- Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

TRETINION
- Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

- Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

MERKURI
- Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan.

- Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

- Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

- Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.

- Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. Selain itu pastikan juga menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik sebelum membeli atau menggunakkannya. Korang boleh semak semua 113 produk yang di kesan beracun pada gambar di bawah..














Untuk mengikuti info info kesihatan sila follow Public Health Malaysia

Moral Of the story.. Cantik itu bukan putih gebu macam kapas, kulit licin berkilat macam cermin atau putih sampai nampak urat hijau. Cantik itu apabila anda memiliki kulit yang sihat & bebas dari sebarang penyakit bahaya. Tak kisah la apapun warna kulit anda.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com