AKU BUKAN AHLI UMNO,PAS ATAU PKR AKU CUMA SEORANG IBU
Semalam aku ada buat entri pasal ada peserta perhimpunan membantah cukai GST membawa bersama bayi dalam perhimpunan tu. Walau ia perhimpunan Aman.. Alhamdulillah setakat ni aku tak dengar lagi berlaku apa2 perkara buruk dalam perhimpunan semalam tapi sebagai seorang ibu yang mengambil iktibar dariperhimpunan2 yang pernah di buat sebelum ni aku memang la sedikit rasa risau, marah & macam tak puas hati pulak tengok tindakkan segelintir mak bapak yang bawak anak kecil dorang ke tempat tempat macam tu walau bukan bawak anak aku tapi bawak anak dorang sendiri.Ada yang kata... bawak anak pergi tengok konsert, pergi jom heboh, pergi tempat hiburan yang sesak dengan orang boleh tapi bawak pergi tempat perhimpunan macam tu nak tegah sangat konon bahaya. Ni jawapan dari aku lah yer.. Pun tak berapa cerdik kalau ada mak bapak bawak anak2 kecil kat tempat2 macam konsert bagai tu. Tapi semalam tu aku cakap pasal perhimpunan membantah GST jadi aku tak list la semua tempat2 yang tak relevan nak bawak anak. Kenapa tak boleh?? Sebabnya perhimpunan2 yang lepas.. kita sendiri tahu bila berlaku kekecohan.. datang FRU bagai sembur air... sembur gas tak sure pulak. Ada budak2 sampai menangis.. Bahaya jika dalam sesak2 orang berlari selamatkan diri.. kita dok kendong baby atau pimpin anak kecik.. terjatuh ke, di pijak ke.. sapa tahu. Benda nak jadi kita tak boleh jangka jadi sebelum berlaku la kena ambil langkah berjaga jaga.
Aku suka dengan pendapat GH Syukri bukan sebab dia sokong pendapat aku yer..
Gambar ni merujuk dari entri ni >> Peserta perhimpunan bantah GST bawa bayi <<
P/S : Jangankan konsert.. nak bawak anak aku pi pasar malam Jalan TAR tu pun aku tak berapa ada kuasa sebab terlalu padat dengan manusia. berjalan pun berlaga bontot.
P/S : Aku tak pandai membodek even siapapun korang. Kalau aku rasa tak betul pada pandangan aku.. aku akan cakap tak betul. Harap perbezaan pendapat tak buat siapa2 memusuhi aku. Peace! kekekeke