Showing posts with label kota bharu. Show all posts

TERLALU PERCAYA POKOK PETAI MENANGIS, SAMPAI TERMINUM AIR KENCING

TERLALU PERCAYA POKOK PETAI MENANGIS, SAMPAI TERMINUM AIR KENCING. Bukan nak kata orang melayu ni cukup senang di perdaya & terpedaya. Nak nak lagi perkara yang ada unsur mistik selain produk sampah la. Sebab tu bangsa melayu paling banyak kena tipu bukan je kena tipu sesama manusia.. dengan serangga pun depa boleh kena tipu. 


Dok baca juga la kisah tengah viral kat social media kononnya pokok petai di sebuah negeri di pantai timur mengeluarkan air & penduduk setempat menyifatkan sebagai pokok petai tu menangis. Apalah yang sedih sangat pokok petai tu yer sampai menangis tak henti henti. Sebab penduduk setempat & ada penduduk luar pun teruja dengan fenomena pelik yang berlaku kepada sebatang pokok petai ni.. Maka berpusu pusu la orang datang nak tengok. Ada yang siap tadah air & minum katanya untuk buat ubat.

KOTA BHARU: Penduduk Kampung Petani, Sering, di sini kebingungan apabila sepohon pokok petai mengeluarkan air jernih dari daunnya setiap malam sejak hampir dua minggu lalu. 
Walaupun cuaca baik dan tidak hujan, namun pokok petai berkenaan mengeluarkan air seperti air hujan pada sebelah malam bermula selepas Maghrib hingga Subuh.
Fenomena ganjil ini menyebabkan penduduk kampung termasuk penduduk dari kampung berdekatan datang dan membawa baldi bagi manadah air berkenaan.
Menurut salah seorang penduduk kampung, Khaidin Razali, air yang dikeluarkan dari dedaunan petai ini bersifat jernih dan berbau buah petai.

Ada pengunjung yang menadah dan mengambil air dari dedaun pokok petai ini untuk dibuat ubat.


Sumber : Astro Awani

Selepas di siasat rupanya air tu datangnya dari sejenis serangga yang dia panggil riang riang. Den baca terus rasa loya & pada masa yang sama rasa nak gelak terbahak bahak lebih lebih lagi yang taksub sampai minum air kencing serangga ni.

Tu la hangpa.. Tak check dulu dari mana datangnya air tu terus buat konklusi sendiri. Mujur la takde yang mati atau sakit lepas minum. Asal pelik je terus claim sebagai ubat.. ntah ntah racun ke hapa langsung tak terdetik nak fikir. 

Akhirnya misteri yang menjadi persoalan orang ramai sejak seminggu lalu terjawab jua.
Seorang individu, Wat Kamal Abas mendedahkan air tersebut bukanlah dari pokok petai menangis sebaliknya ia adalah air kencing serangga yang dikenali sebagai riang-riang.
“Air yang disangka air mata dari pokok petai tersebut sebenarnya adalah air yang terhasil dari air kencing riang-riang yang sedang bertenggek secara berjemaah di atas pokok tersebut,” katanya.
Sumber : Blog Cempedak Cheese

See.. bagaimana manusia yang di beri akal fikiran sempurna boleh tertipu dengan seekor serangga @ haiwan sekecil lebih kurang besar sikit dari ibu jari orang dewasa yang tak berakal.  Kenapa benda ni berlaku.. Sebab taksub! Taksub kepada perkara perkara yang bagi mereka misteri & mungkin mentaliti manusia macam ni fikir yang pelik & misteri ni ada keajaiban & kuasa tertentu untuk tujuan tertentu seperti perubatan.

Entah apa perasaan mereka yang sanggup tadah air kencing riang riang tu kemudian minum saat ni yer... Hope tak trauma atau mengalami kemurungan lah yer sebab tertipu dengan serangga. Takpe la.. manusia semua akan buat silap moga apa yang berlaku jadikan pengajaran dia masa akan datang. Kurangkan ketaksuban tu..

Moral of the story.. Tipah tertipu bang!!! kekekekekeke

GULI BERPUAKA PENYEBAB 30 PELAJAR & GURU SMK KEMUMIN DI RASUK

GULI BERPUAKA PENYEBAB 30 PELAJAR & GURU SMK KEMUMIN DI RASUK. Sebelum ni (SMK) Pengkalan Chepa 2 diarahkan mengambil cuti peristiwa sebab kejadian histeria yang melibatkan 50 orang pelajar & beberapa orang guru. Semalam kejadian histeria tu berjangkit pulak kat sekolah SMK Kemumin, kota bharu. Histeria ni kalau berlaku kat tempat ramai orang memang boleh berjangkit nak2 lagi sekolah. Kadang2 tekanan akibat ketakutan juga buat seseorang jadi histeria. Bila dalaman lemah memang senang la makhluk tu nak take over badan kita, ye dak? Kiranya makhluk tu memang suka buli insan yang lemah lah yer..

Guli berpuaka. Tapi bukan guli ni. Ni sekadar hiasan. Sumber dari google

Terbaca kat Berita harian rupanya punca pelajar & guru kat SMK kemumin tu histeria adalah kerana Guli. Kalau setakat guli je memang takde apa apa la kan.. Mungkin Guli tu ada orang hantar something menggunakan perantaraan dia atau kat guli tu ada penunggu dia. Almaklum la guli dengan benda2 mistik memang sinonim kan. Kalau tak.. Mustahil la ada gangguan mistik dengan bunyi2 guli jatuh ke lantai kan. Mungkin guli ni antara salah satu benda yang makhluk tu suka kot.. Ni kalau ajak fight main guli confirm berbalang dia mampu bawa balik ke alam dia. Expert la katakan...

Ok.. Ok.. kita kembali ke cerita pasal SMK kemumin. Katanya sebelum kejadian histeria beramai ramai tu berlaku kemarin, ada 3 pelajar kat bilik kokurikulum nampak banyak guli berterabur atas lantai dalam bilik tu. Seolah olah macam ada orang baling atas lantai. Atas keprihatinan depa pun kutip la & simpan dalam almari. Tak lama lepas tu.. bermula episod menyeramkan di sekolah tu bila ketiga tiga pelajar untuk di rasuk kemudian berjangkit pulak dengan 17 pelajar yang lain. Sampai petang katanya acara di rasuk berganti ganti tu berlaku & jumlah yang di rasuk bertambah lagi 18 orang termasuk guru.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) SMK Kemumin,  mengambil inisiatif mengadakan solat hajat dan bacaan Yasin bagi membersihkan kawasan itu daripada gangguan. Seorang guru agama yang menyertai solat hajat malam tadi mengambil keputusan membuang guli yang dikatakan menjadi punca histeria itu ke laut di Pantai Cahaya Bulan. Jadi kalau anda yang berkunjung ke Pantai Cahaya Bulan jumpa guli jangan kutip bawak balik pulak yer.. Manalah tau kat guli tu ada yang tumpang berteduh tak pepasal korang pulak nak kena rawat. Kejadian2 histeria macam ni bukan buat buat macam filem seram je ok. So korang tak payah nak buat lawak sangat dengan kejadian histeria yang berlaku. Jangan pulak yang berpura2 kena histeria konon nak memeriahkan majlis histeria yang berlaku. Ada tau budak sekolah yang nak dapat cuti buat2 histeria bila kawan2 lain kena histeria. Tapi bukan di SMK kemumin ni la.. Ni kat sekolah tet.. (tak boleh sebut nanti mengaibkan pulak hahaha)

Benda ni tak percaya pun kena percaya sebab memang wujud cuma macam selalu aku dok cakap jangan taksub. Ketaksuban tu kadang2 menghumban kita ke kancah perbuatan syirik & khurafat. 

Sumber Cerita : Berita Harian Online

GAMBAR KEMALUAN LELAKI TERPUTUS TERSEBAR

Hari ni online je terserempak gambar yang takde sensor langsung kemaluan seorang lelaki yang di potong isterinya sebab marah laki dia nak kawen lain. Kejadian berlaku kat kota bharu kot kalau tak silap. Mak Aii.. ganas sungguh bini dia.

Sekadar hiasan

Tak tau la dari mana gambar ni dorang dapat, sapa yang bertanggungjawab sebarkan gambar kemaluan lelaki yang kena potong tu yang pasti tengok manusia2 di laman sosial mula ghairah share gambar real tanpa sebarang teknik editing atau di blurkan. Tak kira lelaki mahupun perempuan.

Serius terus jadi pink muka rentung ku ini.. hahahaha. Malu kot tertengok orang lelaki tu punya. Yang pelik ada jugak perempuan yang tanpa was was pun share. Tertengok pun rasa malu apatah lagi nak share kat wall sendiri untuk bagi orang lain tengok.

tengok gambar angry bird sudah la..

Orang yang share tu mungkin sebab yang tutt terpotong tu bukan family dorang... bukan sedara mara dorang so dorang tak rasa aib la sebab takde muka tuan empunya benda tu kan? Tapi dorang tak terfikir ke benda tu tetap mengaibkan.. bayangkan kawan2 @ orang kampung tertengok gambar tut tu tersebar & dia tahu kejadian tu berlaku pada orang yang dia kenal confirm la jadi satu aib pada family & pemilik tut tu bila orang boleh nampak tutt dia yang dah terputus tu.

Moral of the tutt story.. dalam kita dok share tut orang terputus & memalukan pemilik tut & keluarganya pada yang sama kita jugak memalukan diri sendiri dengan menunjukkan perangai tak malu kita pada orang lain. Jadi pada yang ghairah dok share gambar kemaluan orang terputus terutama perempuan. moga jadi pengajaran. Dalam kita memalukan orang lain pada masa yang sama kita juga memalukan diri sendiri. Sekian makaseh!


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com