Showing posts with label lazada. Show all posts

ACNE AID KECUTKAN JERAWAT SECEPAT 24 JAM

 ACNE AID KECUTKAN JERAWAT SECEPAT 24 JAM. Masalah jerawat ni kalau orang yang jenis memang kulit mudah berjerawat sampai menpous la gamaknya kena hadap. Walau terkawal ada masa masa tertentu dia akan muncul juga sebiji dua masih ada dalam hidup kita, Kan? entah sapa la suka nak berdamping dengan dia macam Qarin. Tak malu dok mai menempek kat kulit muka kita ni. Tapi tu la.. Kau hamun la secukup rasa sekalipun sampai masa dia datang juga. Betul betul spesis persona non grata.

Tapi sebenarnya tak ada perkara berlaku tanpa sebab. Mesti ada sebab munasabnya termasuklah kehadiran seketol jerawat di muka kita. Antara punca punca jerawat ni adalah..

👉Alahan Kepada Makanan. Terlalu banyak makan makanan yang bergoreng, pedas, kopi, coklat dan kekacang yang boleh memburukkan keadaan kulit yang berjerawat.

👉Tidak cukup tidur

👉Salah guna Produk 

👉Bakteria

👉Hormon Tidak Seimbang

👉Penjagaan Muka Yang Tidak Berterusan

👉Terdedah Dengan Persekitaran yang tidak bersih

Di sebabkan itu juga la aku sentiasa la simpan acne gel (gel jerawat) tak kisah la apa brand yang aku rasa nak cuba. Aku biasa suka tukar tukar untuk merasai pengalaman tu. Boleh buat perbandingan yang mana lebih memberi kesan. Jadi baru baru ni aku cuba produk dari jenama yang memang aku tak berapa kenal sebelum ni. Tak pasti samada jenama baru di pasaran atau aku yang baru tahu pasal jenama ni. Sebab di jual di drugstore jadi aku tak rasa was was sangat nak mencuba tapi aku beli secara atas talian la. Dah lama rasanya tak menagih di kedai dadah. Semua beli online sahaja. Aku sekarang memang jarang keluar. Kalau keluar pun rasa macam dah tak ada apa nak di beli sebab kebanyakan aku beli online je.


Berbalik pada cerita gel jerawat tadi.. Baru baru ni aku mencuba gel jerawat dari produk Acne aid. Acne Aid ni ada lagi siri produk penjagaan kulit lain macam pembersih muka dan ada beberapa item lain. Tapi aku cuma beli gel jerawat sahaja. Aku main beli je tak ada search review ke apa. Bila dah beli tu tiba masa di perlukan mesti la kita guna. Aku ni ada makanan tertentu yang akan mencetuskan jerawat jadi kalau nak makan juga lepas tu kena hadap juga la kesan dari makanan tu. Bila tercetusnya gunung gunung jerawat kat muka aku yang sedia berpuaka ni maka aku pun melakukan ritual membunuh jerawat jerawat tersebut.

Makin teruja bila kita ada produk baru nak cuba kan. Testur dia macam biasa la gel yang putih sikit dan tak jernih. Tidak melekeit dan ada sedikit bau dari mungkin bahan yang di gunakan cuma tak kuat. Bila kita sapu cuma rasa sejuk gel. Tak ada rasa panas atau membahang di kulit. Cara penggunaan macam biasa sapu pada jerawat. Boleh di gunakan untuk jerawat yang jenis timbul tapi tidak bernanah, atau yang bernanah, jerawat jenis rata cuma timbul kesan kemerahan pada kulit.. Alah panjang pulak ceritanya. Pendekan asalkan namanya jerawat kau sapu je la enon Ooi.. Tak kira la apa spesis jerawat tu. Letih pulak aku nak menaip panjang panjang ni.

Kali pertama cuba jerawat yang manja manja ni dia akan surut seawal 24 jam.. Yang monster sikit dia ambil masa 2-3 hari. Kalau merah merah tu dalam 1-2 hari hilang la. Bagi aku kesan agak cepat berbanding gel jerawat yang pernah aku gunakan sebelum ni. Tak ada kesan iritasi atau apa apa kesan buruk yang berlaku kat muka aku bila guna gel jerawat ni. Muka hangpa tak tau la. Hangpa kena cuba dulu la. Bagi yang tak ada masalah dengan kandungan salicylic acid mungkin boleh cuba. 

Harga dia tak la semahal rumah sewa pprt walaupun ppr singkatan dari projek perumahan rakyat termiskin tapi bila pemilik sewakan balik kat 3rd party harga dah jadi bukan harga orang miskin. Gitulah perumaan yang saja di buat bagi tujuan sindiran. Harga dia murah je. Penganggur pun mampu milik tapi kena la pepandai pow duit mak bapak nak beli.

Kandungan untuk 1 tube 10g. Tapi kalau jenis jerawat yang datang waktu waktu tertentu tu tak la sebulan tu habis guna satu tube. Melainkan kau buat mask guna gel jerawat tu bukan kata sebulan.. sekali pakai pun dah kerahmatullah. yang jenis tube ni sesuai untuk masalah jerawat yang tumbuh sebiji sebiji bukan jenis yang berjemaah satu muka. Yang tu mungkin kena rujuk pakar kulit untuk dapatkan rawatan dan ubat yang bersesuaian untuk mematikan jerawat.

Bagi yang nak cuba samada hangpa boleh walk in ke mana mana watsons, guardian atau farmasi. Atau malas boleh dapatkan secara atas talian kat sini 

Shopee 👉 https://shope.ee/1fuBQ6w03t

Lazada 👉 https://s.lazada.com.my/s.i9mmM?cc


INI CARA DAPAT DUIT SEMULA SELEPAS MEMBELI BELAH.

INI CARA DAPAT DUIT SEMULA SELEPAS MEMBELI BELAH. Kita masih di fasa pandemic di mana masih perlu mengamalkan norma baharu, masih perlu ikut SOP dan masih di galakkan untuk menghadkan atau mengawal pergerakkan untuk membantu memutuskan rantaian jangkitan covid. Di tambah lagi virus bermutasi dan muncul varian varian baru yang lebih cepat menjangkiti, antara sebab kita masih di jajah virus covid19.

Di sebabkan itu pembelian secara atas talian masih rancak berlaku. Tak menang tangan syarikat courier nak hantar barang sampai berlaku overload di gudang penyimpanan barang mereka. Terutama jika ada berlangsung sale. Maka makin meriah masyarakat membuat pembelian di atas talian melalui platform seperti shopee, lazada dan sebagainya.

Bukan sahaja barang barang tidak basi seperti pakaian, peralatan rumah dan lain lain di jual atas talian, malah produk makanan seperti menu harian pun boleh di pesan melalui atas talian. Contoh foodpanda, grabfood, lalamove..mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan setiap hari.

Jika anda salah seorang yang banyak membuat pembelian atas talian.. Jangan biar anda terus hidup dalam kerugian. Tahukah anda.. anda boleh mendapat pulangan wang tunai dengan setiap pembelian di atas talian melalui platform yang saya sebut tadi. Nak tahu macam mana caranya.

Kalau korang pernah dengar pasal shopback mesti tahu apa fungsi aplikasi shopback. Tapi bagi mereka yang baru pertama kali dengar pasal shopback ni meh sini saya intro sikit apa itu shopback.

ShopBack ialah platform Cashback terkemuka di APAC yang menawarkan pilihan pembelian yang lebih bijak kepada pengguna.

Di ShopBack, "Cashback" bermaksud wang yang dikembalikan.
Shopback memulangkan sebahagian daripada jumlah perbelanjaan anda apabila anda membuat pembelian dalam talian melalui mereka.

ShopBack berfungsi sebagai perantara untuk peniaga dalam talian, di mana mereka akan mendapat komisen untuk setiap pembelian yang dibuat melalui ShopBack, dan jumlah komisen itu dipulangkan kepada pelanggan mereka dalam bentuk Cashback

ShopBack juga menyediakan kupon diskaun, kod baucar, dan juga ciri perbandingan untuk pembelian dalam talian, tempahan percutian dan penghantaran makanan. ShopBack kini bekerjasama dengan lebih 500 jenama di Malaysia.

Mudah sahaja! Anda mendapat wang hanya dengan membeli-belah melalui ShopBack

Nak tahu macam mana nak dapat kembali duit selepas anda membeli belah?

Pertama sekali korang kena sign up dulu kat sini. Jangan risau tiada sebarang bayaran di kenakan. 


Kemudian setiap kali ingin membuat pembelian korang kena buka aplikasi shopback dan dan boleh membuat pembelian. 

Jangan risau jika anda membeli melalui shopee sama saja proses pembelian. Tetap di buat melalui shopee cuma beza korang akan dapat cashback kalau sign up dengan shopback.

Konsep dia.. lagi banyak anda membeli lagi banyak la cashback anda dapat. Boleh withdraw ke akaun bank selepas earning melebihi RM10 keatas.

Benda ni sebab mudah. Tak perlu nak menjual barang, cari orang bawahan. Sambil membeli sambil menabung katanya. Tak salah pun kita kumpul duit sikit sikit dari hasil pembelian kita kan? Tak rugi kalau anda cuba.

TIP MEMBELI KASUT SECARA ONLINE SUPAYA TIDAK SALAH SIZE

TIP MEMBELI KASUT SECARA ONLINE SUPAYA TIDAK SALAH SIZE. Dalam hidup saya perkara paling bermasalah saya nak beli adalah kasut. Dari kecil saya ada masalah nak beli kasut terutama kasut kasut tertentu. Teringat masa nak masuk darjah satu.. kasut sekolah masa tu bukan macam sekarang. Size dari sekecil kecil anak ada. Di sebabkan kaki saya ni size tak ikut standard umur jadi susah nak beli kasut. Masa masuk darjah satu terpaksa saya pakai kasut raya.. maksudnya kasut casual yang di pakai untuk berjalan jalan ke sekolah. Darjah 2 baru ada size kasut sekolah saya.

Masa remaja pun sama.. susah saya nak dapat kasut kasut yang tengah in-trend remaja waktu tu sebab kaki saya ni kecil. Yang ada kasut budak. Kadang kadang terpaksa beli kasut besar & sumbat la apa apa dalam kasut tu bagi ketat sikit supaya tak tertanggal masa pakai.

Dah beranak pinak pun masalah size kasut masih tak habis habis. Sebab tu saya tak banyak koleksi kasut. Jangan pelik kalau nampak saya pakai kasut yang sama. Kalau nak walk in pergi beli kasut kasut kat luar tu.. memang susah nak jumpa size. Ada pun kasut budak.

Tapi sekarang sebab kita membeli secara online sedikit sebanyak benda tu membantu saya untuk cari kasut terutama kasut dari china la. Biasanya kasut dari china ni size lebih kecil berbanding standard size. Jadi yang mempunyai kaki yang standard size kena tahu juga macam mana nak dapatkan size yang betul bila beli kasut secara online.

Dari pengalaman saya selalu beli kasut secara online dari platform macam shopee, lazada & ezbuy jadi ramai yang saya tengok masih tak tahu nak ukur size kasut bila beli online. 

Antara kesalahan yang selalu di buat adalah tak baca ukuran. Mungkin selama ni dia beli kasut secara walk in boleh cuba dulu dan kasut kasut tu biasanya ikut standard size so kasut dia size sama sahaja. Bila dia nak beli online so dia buat kesimpulan size confirm sama tak payah baca ukuran & ukur dulu panjang tapak kaki.

Please jangan buat macam tu bila beli online. Setiap penerangan & ukuran yang di beri baca & ukur dulu pada kaki supaya tak tersalah pilih size.

Cara nak ukur size kasut yang betul.. biasanya ukuran (dalam cm) di beri untuk panjang tapak dalam kasut bukan tapak luar kasut yer. Jangan ukur dari tapak luar/bawah kasut tapi ukur dari tapak dalam kasut.

Ukuran panjang tapak dalam kasut kena lebihkan 1 - 1.5cm dari ukuran tapak kaki. Contoh kaki saya panjang 21.5cm.. jadi size kasut saya mestilah ukuran tapak dalam kasut dia 22cm. Sebab kena ambil kira ketebalan material kasut tu juga. Kalau ambil ngam ngam ukuran tapak kaki mungkin bila sarung kasut.. jadi ketat. Sebab material kasut tu dah ambil ruang dalam kasut tu.

Bila dah ukur semua.. untuk lebih kepastian double confirm dengan seller. Sebab kasut ada pada seller jadi dia boleh sahkan samada ukuran yang di beri tu muat dengan kaki anda atau tidak.

Selain itu membaca review dari pembeli sebelum ini juga anda boleh mendapat bayangan tentang size, material, customer service. Biasanya pembeli akan memberitahu tentang size, material & layanan seller. Perkara tu juga penting untuk membantu anda untuk memilih kasut seperti yang di inginkan.

Dulu mula mula beli kasut secara online memang ada beberapa kali juga tersilap. Ada terlebih kecil sebab saya ikut ukuran size tapak kaki. Tapi selepas tu saya mula belajar cara betul untuk ukur size kasut. Alhamdulillah dah jarang sangat beli kasut tersalah size.

Bagi anda yang mula nak berjinak jinak beli kasut secara online boleh cuba tip yang saya kongsikan. Semoga perkongsian ini memberi manafaat kepada semua yang membaca blog lekatlekit.com

INI SEBAB KENAPA WAJIB BACA REVIEW SEBELUM MEMBELI BELAH SECARA ONLINE

INI SEBAB KENAPA WAJIB BACA REVIEW SEBELUM MEMBELI BELAH SECARA ONLINE. Tu dia mentang mentang la blog dia ada buat servis penulisan review kan.. tetiba suruh orang baca review sebelum membeli. kata Nur Netizenia Farisya Marissa Athalia begum kepada blogger.

Amboi.. Sabaq sat na sebelum nak serbu tak pakai helmet. tak semestinya review di blog. Review di blog ni ada dua jenis review..  Satu review yang di sponsor/ review berbayar atau review dari pengalaman menggunakan. Tapi kebanyakan blogger tak mention kalau buat sponsor review atas kehendak client yang nak nampak review tu macam natural. Dak aih.. tak salah pun. Review di blog lebih kepada memperkenalkan sesuatu pada pengguna. Pilihan tetap di tangan pengguna untuk beli atau guna sesuatu barang/perkhidmatan tersebut.

Yang den nak cerita ceriti ni pasal membeli belah secara online di website seperti Lazada, shopee, ezbuy etc.. Saya antara yang menggunakan kemudahan tersebut untuk membeli belah. Di Tambah sekarang kita masih berperang untuk memutuskan rantaian jangkitan covid-19 & aktiviti luar tu terpaksa di kurangkan. Tapi bukan la tak keluar langsung kan? PKPP ni dah boleh keluar even masih kena follow SOP cuma dengan buat pembelian secara online kita kurangkan kesesakkan tempat tempat shopping. So, antara sebab kenapa saya sekarang pun memilih buat pembelian secara online selain.. payah lahai dengan anak kecik ni nak pilih barang kalau kat luar. Tu pun salah satu faktor juga hehehehe


Selalu kita nampak viral orang tersalah beli barang yang sebenarnya mainan cuma sebab dorang tak alert dengan description yang di tulis seller hanya tengok gambar & harga murah terus buat pembelian. Bila sampai.. tak seperti yang di jangka. Mula la nak viral padahal salah sendiri. Sebab tu penting ok baca description, semak semua ukuran yang di beri bagi memastikan kita tak salah faham dengan gambar. Memang la gambar tu nampak besar, nampak cantik semua. Dah nama pun gambar kan.. Tapi size sebenar kena la refer dari ukuran yang di beri.

Kadang kadang ada juga yang keterangan produk tu di beri tak sama macam apa yang di jual. Contoh size la.. kadang kadang ada size tu tak ikut standard size. Kita refer base on standard size kan.. bila sampai ada yang terlebih besar atau terlebih kecil. Tapi nak salahkan seller pun memang size dia macam tu. Ada yang seller alert sikit dia akan mention siap siap.. yang ni jenis cutting kecil ke besar ke. Tapi kadang kadang benda tu pun tak membantu bagi saya. Sebab tu saya lebih suka refer pada review. kalau membeli di shopee atau lazada saya skip seller yang tak ada review. Sebab review bagi saya sangat penting bagi memastikan saya dapat barang seperti yang saya harapkan selain tak kena tipu dengan scammer.

Contoh kasut.. Saya memang ada masalah dengan kasut sebab kaki saya size 3 1/2. Untuk adult size memang susah nak cari. Normally size tu size kaki kanak kanak tapi di sebabkan dari pengalaman saya membeli belah barangan china ni.. Size dari china lebih kecil. tak sama macam standard size. Pun macam tu saya tak la ambil pendapat tu bulat bulat. Saya tetap refer dari review. Normally buyer sebelum ni akan mention size tu lebih kecil atau lebih besar dari size biasa. Ada juga akan bagi ukuran macam.. berat & tinggi dia berapa & barang yang dia beli size apa. So dari situ kita boleh buat keputusan untuk dapatkan size yang tepat. kalau jenis cutting kecil.. so adult size (untuk kasut) yang paling kecil (size 4) normally saya boleh pakai. Kalau standard size, memang size 4 pun masih besar untuk kaki saya. Sebab tu saya suka refer review. Buyer sebelum ni akan ada mention samada size tu lebih besar atau lebih kecil. Tu antara kebaikan review.


Contoh kasut yang saya beli di lazada ni. Kalau ikut size chart dia.. size 35 ukuran cm dia 22.5. tapi kaki saya cuma 21.5cm. Base on review dari buyer yang bagitau kasut ni lebih kecil 1cm dari size biasa so saya boleh la pakai. Alhamdulillah dengan berpandukan review kasut ni sampai memang ngam dengan size kaki saya 21.5cm ni. tak kecil & tak besar. Tu antara kelebihan review bagi saya. (Ni birthday gift dari someone. Dia sponsor hikhikhik)

Selain tu review juga main peranan untuk kita tahu samada servis dia bagus atau tak. Seller tu jenis hantar cepat atau tak. Cepat respond chat atau tak. Senang di bawa berbincang atau tak. Semua tu penting sebelum kita memilih nak beli sesuatu dari seller yang ada. Kita tak tahu semasa proses pembelian akan berlaku masalah atau tak.. Jadi benda tu antara faktor penting kena di ambil kira.

Review juga main peranan. kalau banyak orang bagi review yang baik, Insya Allah barang yang kita beli tu akan dapat dalam keadaan yang baik & seperti yang di harapkan.

Sebab tu selain membaca penerangan tentang sesuatu produk/barang yang di jual secara online seperti di lazada, shopee & sebagainya.. review ni bagi saya sangat penting untuk kita buat rujukan. Hanya review dari pembeli sebelum ni je kadang kadang kita boleh mendapat gambaran tepat tentang material, ukuran & customer service dari seller tersebut.

Setakat ni saya buat semua tu jarang la dapat barang yang saya beli dalam keadaan kecewa berbanding sebelum ni mungkin saya tak mengamalkan budaya membaca review. So ada yang sampai tak seperti kita harapkan. Pada korang yang nak membeli belah secara online boleh la follow tips ni.

AWAS SEMASA MEMBELI SEMPENA SALES 11.11.. ANDA MUNGKIN DI TIPU

AWAS SEMASA MEMBELI SEMPENA SALES 11.11.. ANDA MUNGKIN DI TIPU. Tu dia hari ni kemain kan semua pakat bersantai santai depan enpon/pc/labtob/tablet memasing dok shopping sakan sempena sales besar besaran yang dia adakan di portal membeli belah online sempena 11.11. Sejak semalam peuh news feed fb den dengan update pasal sales 11.11. Den seperti biasa seperti tahun tahun sebelumnya memang tak excited dengan apa2 sales besar besaran ni. Cuma ada la.. draft barang2 yang nak beli kalau murah sempena sales 11.11 ni.

Sumber Google. Sekadar hiasan

Pagi ni try la buka.. kat salah satu website membeli belah terkenal ni.. Mak Aii.. kenapa harga masa sales lagi mahal pulak dari sales? Sales celah mana.. Ok.. bukan jiran dia satu lagi website. Tengok Item item dalam draft (ni perangai den suka add cart tapi beli belum tentu) pun sama. Kalau pun tak mahal harga dia sama je sebelum sales besar besaran. Tapi claim potongan harga dari 50% - 70% tu. dia potong celah mana kalau harga sama je sebelum sales atau lagi mahal dari sebelum sales.

Saya percaya ramai hari ni akan berbelanja sakan.. Sebab mentaliti pembeli ni asal sales murah dia tak survey dah harga sebelum ni macam mana. Time sales macam ni memang ramai seller akan manipulasi harga untuk menampakkan sesuatu barang tu nampak murah & ada potongan harga yang banyak padahal sebenarnya kadang2 tak ada apa2 diskaun malah ada yang markup harga lagi mahal dari sebelum sales sebab depa tau dengan promosi kononnya sales besar besaran pembeli akan percaya harga barang tu jadi murah. Walaupun bukan semua seller di portal membeli belah macam tu tapi percayalah ramai yang macam tu.

Sebagai pengguna penting kita survey.. Cara tu je kita tak mudah di tipu. Memang la nampak urusan jual beli tu sah.. Kau bayar aku hantar barang kau tapi secara halusnya anda di tipu dengan promosi 'Sales' tu. Tetiba masa sales korang bayar harga lebih mahal dari harga biasa. Tak ke rugi. Nak jimat konon beli masa sales.. alih alih.. krik krik je.

Tip dia mudah.. Kalau korang nak tahu barang yang korang nak beli tu betul  betul ada potongan harga yang banyak semasa sales besar besaran di adakan macam hari ni.. Sehari dua sebelum sales bermula survey siap2 barang yang korang nak beli. Add dalam draft atau cart shopping tu. Bila hari sales bermula tengok harga balik dalam draft. Adakah sama atau lebih murah atau lagi mahal. Kalau murah berganda ganda boleh la beli.. kalau harga sama atau lagi mahal.. lupakan je. Sia sia berebut2 nak beli time sales. Time sales ni tahu tahu la ramai yang membeli.. akan jadi masalah penghantaran. Memang lambat.. barang hilang.. bla.. bla... tak berbaloi membeli time sales tapi bayar harga mahal & terpaksa tunggu lebih lama dari hari biasa barang tu untuk di hantar.

 Kesimpulannya.. Korang beli apa hari ni? Semoga tak kena klepet (tipu) dengan seller yang ambil kesempatan dengan perkataan 'sales' yer.. Den memang tak membeli apa2 lepas tengok rega semua tak ada yang murah dari sebelum sales. Sampai hati mainkan hati I macam ni tau hahahhaa

RANCANGAN REALITI TV LAZADA STYLE BERI ILHAM UNTUK BERGAYA DI HARI RAYA

RANCANGAN REALITI TV LAZADA STYLE BERI ILHAM UNTUK BERGAYA DI HARI RAYA. Lazada satu protal membeli belah yang memang tidak asing lagi di dunia maya. Sapa yang tak kenal lazada maybe dia baru celik IT. Lazada ni platform yang menjual pelbagai barangan termasuklah fesyen pakaian terkini.

Fesyen2 di lazada juga tak kurang cantik & trendy. Sebab tu Lazada antara website yang menjadi pilihan ramai untuk membeli belah terutama menjelang hari perayaan. Mudah membeli secara atas talian ni.. Jimat masa, jimat kos & boleh di lakukan kat mana mana saja tanpa perlu bersesak sesak macam di Mall.


Baru baru ni Lazada melancarkan satu rancangan realiti TV, LazAda Style. Ia merupakan rancangan realiti TV fesyen pertama di Malaysia bersempena Hari Raya Aidilfitri di mana memberi peluang kepada peserta yang terdiri daripada Fashionista & pereka fesyen tempatan untuk menunjukkan bakat masing masing memperagakan fesyen dari Lazada. Seramai 8 peserta di pilih dalam rancangan ini dari ujibakat yang di adakan. Juga menampilan ramai selebriti seperti RizmanRozaini, Wirda Adnan, Nana Mahazan & ramai lagi.

Dengan kerjasama rangkaian televison Media Prima, Ia bertujuan untuk menjadikan Lazada sebagai destinasi membeli-belah secara atas talian rakyat Malaysia bagi produk fesyen dan kecantikan.

Rancangan LazAdaStyle di hos kan oleh Artis tempatan Iatu Nana Mahazan & bersiaran setiap Ahad jam 3 petang di TV3. Dah pun bermula tayangannya sejak 6 Mei sehingga 27 mei 2018.

Bagi yang terlepas menonton episod sebelum ni boleh la menonton di :

Episode 1: Hijabista Collection – Full episode


Episode 2: Mother & Me Collection – Full episode


Episode 3: Bold & Curvy Collection (Plus Size) 


Episode 4: Raya Couple Collection 

Terdapat empat episod yang akan di siarkan, LazAdaStyle mengabungkan lapan pereka tempatan yang akan mempamerkan pakaian terbaik mereka mengikut tempoh masa, bahan & tema yang di berikan pada setiap tugasan. Gaya yang di Reka bentuk mereka akan dinilai oleh personaliti terkenal dalam industri fesyen termasuk Rizman Rozaini dan Wirda Adnan manakala para peserta akan di beri bimbingan oleh usahawan fesyen popular seperti Min Luna, Syed Faizal dan Bustaman Mokhtar sepanjang pertandingan ini. Untuk melihat peserta yang bertanding boleh rujuk pada pautan ini ☛ Lazada Style

Ia juga akan menampilkan selebriti jemputan untuk memperagakan rekaan setiap peserta. Antara selebriti yang terlibat adalah seperti Elfira Loy, Siti Sarah Raisuddin, Sherry Alhadad, Yasmin Hani, Sha'rin Razali dan root. Setiap minggu akan ada peserta yang akan di singkirkan bagi mencari pemenang utama pada episod akhir nanti. Pemenang pada peringkat akhir bakal memenangi hadiah utama yang berupa barang & wang tunai bernilai RM100,000.00.

Setiap minggu fesyen yang di peragakan mungkin boleh memberi idea untuk korang bergaya di hari raya. kadang - kadang kita tak tahu nak mix & match macam mana.. So rancangan LazAda Style ni selain mempertandingkan ramai peserta ia juga memberi tips untuk memilih fesyen yang sesuai mengikut size & bentuk badan. Selain tu banyak tawaran yang di berikan oleh lazada sempena menyambut hari raya aidilfitri melalui rancangan LazAda Style ni. Kalau korang nak tengok & beli pakaian yang di peragakan setiap minggu dalam rancangan LazAda Style boleh layari Lazada.com.my.

Untuk memudahkan korang membeli belah korang boleh memuat turun aplikasi LazadaApp di playstore. Dengan muat turun aplikasi Lazada korang juga berpeluang untuk menyertai contest 'shake shake' di mana korang berpeluang untuk memenangi voucher membeli belah di lazada.

Sekiranya anda ingin memasarkan sebarang produk anda di lazada.. Cuma perlu login ke LazadaStyle sebagai Seller untuk kempen #everyonecansell

Selain tu kalau korang nak menang hadiah, boleh jugak share OOTD anda di instagram dengan hashtag #mylazadastyle. 

Untuk mengetahui update fesyen fesyen terkini Lazada anda juga boleh mengikuti  
Instagram : lazadafashion_my 

SENARAI BLOG YANG MENANG LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST

SENARAI BLOG YANG MENANG LAZADA RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST. Kalau ada blogger yang masih ingat.. Sepanjang bulan puasa hari tu Lazada ada menganjurkan ramadhan raya blogger contest. Aku pun ada join untuk task minggu pertama. Resepi Iftar yang di pertaruhkan adalah Resepi Kari Ikan Salmon. Ha.. kau kaya sangat mak jemah makan ikan salmon katanya. Actually setakat beli seketul dua mampu la.. Kalau nak beli sekor dua pitam jugak kat kaunter cashier tu nak membayar. Sebab family kami kecik. Yang makan cuma 2 mulut. Maka seketoi pun dah cukup. lagi sorang tu jangan harap nak makan ikan padahal masa kecik2 mak dia dah sumbar segala macam ajar dia makan.. Nak buat macam mana dia tetap jadi picky eater.


Alhamdulillah.. resepi yang di pertaruhkan untuk task minggu pertama ramadhan raya blogger contest tu terpilih sebagai salah satu pemenang. Sebenarnya join pun sekadar suka suka.. Tapi tetap la buat sehabis baik katanya. Kalau dah rezeki.. ye dak. Tetap la milik kita. Ada 3 segmen untuk contest ni. Blogger memang boleh join lebih dari satu. Tapi di sebabkan sepanjang bulan puasa aku memang sibuk ke hulu hilir.. Masa tu mood pun tengah up & down. Yelah.. susah hati kena saman. Sementara nak pulihkan semangat yang hilang tu ambil masa jugak la kan.. Sekarang Alhamdulillah.  Emosi tu dah stabil. Dah boleh terima hakikat & kemungkinan cuma usaha masih di teruskan. Selagi ada daya untuk berusaha.. usaha je la. Manatau ada yang nak membantu kan. Tak usaha kita takkan dapat apa apa..

Dalam celah - celah dilanda musibah tu.. tup tup ada orang tag bagitau menang contest lazada tu. Time tu tak silap aku ada kat PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia) nak jumpa ketua aktivis dia Dato Nadzim untuk kes saman sivil aku ni. Rasa terkejut juga la kan.. Aku ni bukan selalu sangat join apa2 contest.. Bila join dah menang tu, Allahu dia punya excited macam dapat ferari sebiji pulak hehehehe

Tu la Allah tu maha adil.. dalam tengah berduka di timpa musibah di hadirkan juga kegembiraan kecil untuk buat kita tersenyum. Tak kisah la.. senyuman tu sementara At least dalam celah2 dok berduka lara Alana tu ada juga datang berita gembira. Ye dak.. Kita kena muhasabah diri & selalu bersyukur. Jangan banyak merungut, Insya Allah orang bersyukur ni even di uji dengan musibah pun dia mampu ambil dari sudut yang positif. Ni semua aku belajar sepanjang aku hadap musibah kena saman ni la.. Kau ingat senang ke kena saman, takde duit & nak senyum.. Time tu memang rasa ketat mulut ok nak senyum tapi bila motivasikan diri balik, solat, doa, Isgtifar & baca Al Quran.. Insya Allah, Allah tu bagi jalan, bagi kekuatan & bagi ketenangan.. Seterusnya mulut yang ketat tadi seolah olah dapat minyak pelincir & mampu tersenyum kembali hehehehe.

Membebel dah macam cerpen senarai pemenang Ramadhan raya blogger contest tak jugak tunjuk tunjuk.. Sabaq na.. tunjuk awai2 satgi hangpa tak baca tak bebelan kami yang panjang lebar tu.. kena tunjuk hujung baru hangpa sabaq sikit untuk sampai ke destinasi hehehehe..

Sebelum tu... Drumm please!! Pemenangnya adalah... tengok sendiri senarai blog yang menang kat bawah ni yer hehehehe..

clik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Tahniah kepada semua blogger yang menang. Yang tak menang jangan sesedih.. Lazada ni banyak anjurkan contest untuk blogger. Next time boleh cuba lagi ok! Tak payah nangis bawah bantai sangat la.. berpeta pulak bantal hangpa tu nanti. Dah dah.. lap hingus. Kalau tak menang lazada contest tu try cabutan bertuah ni pulak manatau ada rezeki kan >> 4 Step Mudah Untuk Honda-Nators Menangi Ganjaran Bernilai Sehingga RM30,000 Raya Ni <<

GOO.N LAMPIN PAKAI BUANG ANTI RUAM & MAMPU MENYERAP DENGAN BAIK TANPA KEBOCORAN

GOO.N LAMPIN PAKAI BUANG ANTI RUAM & MAMPU MENYERAP DENGAN BAIK TANPA KEBOCORAN. Zaman sekarang memang boleh kira sebelah jari tangan je berapa kerat yang masih pakaikan anak dengan lampin kain tu.. Jangan terkejut kalau ada ibu ibu zaman sekarang yang tak pandai pun nak lipat lampin kain.. Tapi aku masih reti ok! Cuma sejak jadi mak mak ni memang anak sendiri pun tak pakaikan lampin kain. Semua pakai lampin pakai buang jer. Almaklum.. tak berapa rajin nak memberus lampin kain nak2 lagi kalau baby yang baru lahir tu. Najis kuning dia tu melekat ok kat kain. Susah tanggal pulak tu. Jadi memang solution dia lampin pakai buang la lebih senang & mudah katanya hehehe.


Kat pasaran memang macam2 jenama lampin pakai buang ni.. Ada yang murah, ada yang mahal.. Ada yang berkualiti anti bocor, ada yang setakat boleh menampung sekali kencing jer.. ada hampeh jugak. Sekali kencing pun banjir terus macam musim tengkujuh kat pantai timur. . Sebab tu penting untuk kita pilih lampin pakai buang yang sesuai & baik untuk anak anak kita supaya pelaburan kita tu berbaloi. Jangan tak tahu ada jenis lampin pakai buang ni jadi penyebab ruam & jangkitan kulit pada baby juga. Atau material dia yang kasar pun boleh menyebabkan jadi macam line merah kat sekitar celah kangkang tu. Aku cakap base dari pengalaman sendiri dulu. Jadi memang bab lampin pakai buang ni aku memilih jugak la...

Jadi sukacitanya aku nak rekemen pada korang 1 brand diapers ni yang bagi aku kualiti dia bagus, material dia lembut & selesa, design dia pun comel memang di sukai anak anak kecil ni.. Pernah dengan brand Goo.N? Tak pernah takpe meh sini aku nak perkenalkan..


Goo.N diapers ni produk yang berkualiti Jepun. Kita sedia maklum kalau qualiti standard jepun ni memang berkualiti. Dia mempunyai fungsi mengurangkan risiko ruam.. Baby atau kanak kanak kecil ni memang mudah terkena jangkitan ruam jadi Goo.N diapers membantu mengurangkan gejala ruam terutama di bahagian tertutup tu.


Goo.N diapers ni jugak tak panas sebab dah di intergrasikan dengan lapisan kelembapan & wap boleh keluar menebusi lapisan lampin dengan mudah. So ada ruang2 udara yang boleh menyahkan wap panas tu keluar la. Penting juga benda tu.. Kalau berkuap kat dalam tu yang menyebabkan ruam  atau jangkitan kulit bagai. Nak nak lagi anak anak kecil ni.. Paling mudah nak kena gatal2, eczema bagai kan.

Ni paling semua parents sangat cerewet bila memilih diapers untuk anak anak.. Kuasa serapan untuk elak kebocoran... Goo.N ni dia perbuatan daripada bahan yang memang mampu menyerap dengan baik & tidak basah sebab material dia menyerapkan & menyimpan cecair tu di bahagian bawah dengan sangat baik tanpa menyebabkan kebocoron. bukan apa.. beberapa tahun dulu la.. aku pernah guna satu brand diapers ni.. Pergi pulak melancong ke Thailand. Kebetulan memang baru try 1 brand ni.. Tak tau jenis bocor tak ingat.. kau bayangkan.. lencun laki aku yang dukung anak aku masa tu bila anak aku kencing. Sampai 2 3 kali bocor beb..setiap kali kencing bocor. So, better korang cari diapers yang memang boleh menyerap dengan baik supaya tidak menghadapi pengalaman macam aku ni. Try la Goo.N hehehehe


Yang jenis pants jangan risau sebab jenis elastik yang lembut tidak menyebabkan pinggang anak kita terjerut sehingga meninggalkan kesan garisan merah tapi tetap dia melekat elok tak terlondeh even menampung berat air di bawah.

Selain tu sekarang design dia sangat comel ok! Ada watak2 animasi doremon gitu. Tak terlalu tebal & tak terlalu nipis diapers dia. Bila pakai nampak ngam - ngam & comel jer. Size macam biasa dari new born sehinggalah size XXXL.


selain diapers Goo.N juga ada baby wipe. Alah tisu basah tu.. Yang best Goo.N baby wipes ni dia 99% adalah air tulen.. memang aku dah try. Betul2 air.. tak ada rasa melekit atau berbau pewangi. Sebab yang jenis ada pewangi & bila kita guna rasa kesan macam melekit tu kadang2 kulit yang ada masalah alergik boleh menyebabkan kesan tak berapa elok jugak. Tapi Goo.N baby wipes ni.. nak lap kat muka pun tak ada masalah sebab dia berasaskan air. Selain tu sangat lembut.. sesuai untuk bayi.


Selain boleh beli kat luar korang boleh jugak beli produk Goo.N ni secara online di lazada kat sini >> Goo.N <<. Lagi senang & kadang2 boleh dapat harga lebih murah kalau ada promotion atau sale. Harga dia tak la mahal mana.. Harga2 mampu milik macam diapers lain jugak.


Jadi kepada ibu bapa atau bakal ibu bapa yang tengah dok prepare kelengkapan untuk sambut kelahiran baru tu boleh la try Goo.N diapers ni. Selain berkualiti, design dia pun sangat cantik. Comel je kalau pakaikan untuk anak korang. hehehehe

CARA MEMBELI BELAH DI WEBSITE LAZADA GUNA DEBIT CARD

CARA MEMBELI BELAH DI WEBSITE LAZADA GUNA DEBIT CARD. Ada antara kawan kawan aku yang tak terjebak dengan pembelian online ni sebab dia tak ada online banking katanya. Kalau beli dari direct seller tu biasa la.. Depa pi mesin deposit terus bank in jer duit. Kalau membeli melalui website ni..depa kata tak ada online banking jadi susah nak buat pembayaran walau sebenarnya pembelian melalui website macam lazada ni.. Banyak kaedah pembayaran di sediakan termasuk cash & carry bagi certain barang la.. Yang cash & carry tu aku sendiri pun tak pernah buat lagi.. Selalunya aku buat pembayaran transfer direct terus dari online banking jer.. sonang kojo den & sonang jugak duit den habis. hehehehehe


Tapi ceritanya tadi.. Aku nak beli satu barang guna voucher yang aku dapat dari lazada tapi di sebabkan nilai barang tu lebih sekupang dari nilai voucher tetap la aku kena bayar. Apa ingat lazada nak bagi diskaun ke walau 10sen je katanya. Tak ada sposen dia tak hantar barang ok! Order pun dia tak terima. So, jangan pandang kecil pada nilai sekupang tu. Orang tua tua kata.. tak dak sekupang tak cukup sejuta ok!

Nak tak nak kena la jugak bayar.. Macam biasa nak transfer guna online banking je la even sekupang pun. Tapi dua tiga kali dok try asyik error je naik fed up jugak. Dari skrin pc aku retak seribu sebab naik angin adalah try bayar guna kaedah lain.. Tengok ada pilihan guna debit card. Sedang elok la aku pun ada ATM debit card katanya. Memang aku jarang simpan cash.. Nak beli apa kebanyakkan swap2 jer.. Kalau yang pakai cash confirm la duit laki aku. hahahaha

Kali pertama ok try guna Maybank ATM debit card bayar pembelian kat lazada. Rupanya senang jer.. lepas dah add cart barang anda nak beli tu lepas tu clik kat proceed to check out. Lepas dah clik kat situ kat ruangan choose payment option tu korang just tick kat bahagian credit or debit card kemudian clik Place your order.


Lepas dah clik Place your order tu nanti dia ada satu ruangan korang kena masukkan nombor debit card & 3 nombor di belakang debit card korang tu. Lepas tu kena verify dengan MSOS code. Yang tu depa akan sms kat nombor telefon korang la. Lepas dah masukkan MSOS code tu order korang akan di proses. Selesai masalah.. Senang kan? aku dah try tadi.. tak ada sebarang caj tersembunyi. Aku bayar sposen dia potong sposen jugak la dalam account. hehehehe


Jadi pada korang yang ada debit card nak shopping kat lazada.. Tak perlu risau. Majoriti ramai yang ada debit card sekarang ni. Senang nak beli tak payah nak beratur kat mesin ATM keluarkan duit. Nak isi minyak kat stesen minyak pun boleh guna debit card. Zaman sekarang bukan secure sangat nak bawa cash banyak banyak ni.

Selamat bershopping you uolls...

KISAH SUKA DUKA BELI BEG SEMPENA LAZADA 5TH BIRTHDAY SALE

KISAH SUKA DUKA BELI BEG SEMPENA LAZADA 5TH BIRTHDAY SALE. Baru je habis sale sempena lazada 5th birthday haritu.. Selain aku dapat surprise box dari lazada yang ada 10 barang berjenama dalam tu termasuk 1 handbag berjenama carlo rino, aku tak lepaskan peluang juga bershopping sempena lazada 5th birthday sale ni. Tapi tak ada la bershopping sakan kan.. Cuma beli barang2 yang perlu sahaja..

Trolley Travel Mate

Antara barang yang aku beli masa lazada 5th birthday sale tu.. satu bagpack untuk anak aku.. Macam hampeh beg tu. Siap ada stapler kemudian cover dengan pekat hitam.. Aku call seller dia tanya. Dia cakap beg dia semua memang ada stapler. Macam hampeh.. konon harga selepas diskaun RM35 padahal kualiti barang dia memang jenis barang murah punya. Siap seller GTE shop tu cakap.. Beg RM35 include postage memang kualiti dia macam tu.. lain la beg harga RM350.. Boleh la dapat handmade yang mata cantik katanya. Yang kau letak harga konon beg tu macam mahal sangat sebelum diskaun & selepas diskaun murah yang amat memang la orang expect barang tu kualiti dia sama harga macam barang mahal tapi sebab ada diskaun dapat harga murah. Hangpa menipu tak mau ngaku!! Kebanyakkan seller memang macam tu suka manipulasikan harga konon after discount murah la padahal barang tu sebenarnya tak ada diskaun pun. Malas aku nak review beg dari seller GTE shop kat lazada tu. Tak best langsung hahahaha. Nasib baik Lazada Malaysia sentiasa berjaya pujuk hati aku. Lepas komplen dapat vocuher membeli belah.. Lazada Malaysia memang terbaik sebab sentiasa pantas mengambil tindakkan setiap aduan pengguna.

Barang kedua.. Shimmer powder. Yang tu nanti aku review untuk next entri. Hari ni aku nak review barang ketiga iatu Trolley Travel Mate. Bag trolli untuk isi pakaian kalau nak travel kemana mana la. Memandangkan beg pakaian aku tu rasa uzur sangat kot. Aku beli murah je sebelum aku kawen lagi. Sedang elok la dia pun dah uzur harus la kembali kerahmatullah dah tu. Sebab aku ni duduk rumah puncak kayangan.. Sementara nak turun berpijak di bumi yang nyata ni.. nak kena usung beg bagai jugak la kan.. So aku rasa lebih pratikal guna jenis bag troli ni. Sebab ada roda. Aku ada travel Luggage yang jenis hard cover tu tapi macam tak sesuai pulak nak usung bawak balik kampung beg tu sebab besar sikit. Penuh bonet kereta pulak. Beg tu aku bawak masa mula2 nak berhijrah kat sini katanya.. Tentu la besar sikit. Aku selalu balik kampung bukan berbulan pun.. paling lama 4 - 5 hari jer. Jadi tak perlu la nak bawak beg besar macam nak lari dari rumah sebab tak bayar sewa pulak kan. Nanti boleh mengundang fitnah dari jiran puaka sebelah rumah ni.. hahahaha


Sempena ada sale kat lazada haritu jadi terbeli la Trolley Travel Mate warna dia biru. Stok dia memang biru je. Biru gelap. Harga masa aku beli tu RM44 tapi tadi tengok dah habis sale harga dia RM55. Bersize L: 56cm x W: 23cm x H: 35cm. Sama size dengan bag travel aku sebelum ni. Memang aku dapat pun ngam2 sama besar jer.


Kualiti kain dia memang nampak tebal. Insya Allah tak mudah koyak. Tahan la kot 10 tahun lagi haahahaha. ada dua zip. Zip pun tak nampak macam cap ayam sangat. Ada dua roda, satu pemegang tangan & satu pemegang yang boleh laras untuk troli. Kalis air. Warna dia memang cantik jugak la walau plain color jer. Aku memang suka kalau bag ni warna2 gelap.. kalau terkotor sikit pun tak nampak comot. Jenis2 travel bag ni.. Kita nak bawa sana sini memang aku rasa better jenis warna gelap ni. Bagi aku besar juga la. Setakat nak isi kain baju kami 3 beranak untuk seminggu balik kampung tu cukup la kot.. Beg sebelum ni pun muat jer...

delivery dia tak lama pun.. Tak sampai seminggu. Kalau hangpa minat nak beli boleh clik kat Trolley Travel Mate. Memang satu design & satu warna jer. Tak payah nak pilih2 dah. Kalau berkenan clik & beli jer katanya hahahaha... Harga dia bagi aku tak ada la mahal. Kat luar sana jenis trolli bag ni memang agak mahal harganya. Yang jenis macam ni ada yang sampai RM70++ Ni aku beli dengan harga RM44 memang tak la mahal mana berbanding bakal di lenjan tanpa belas kasihan nanti. hahahaha. Atau nak cari apa2 beg untuk travel boleh tengok kat sini >> Travel & Laguage <<

Sekian je review dari aku. Pada mereka yang tengah survey boleh la usya2 trolley bag ni. Nak membeli belah di website macam lazada ni.. Please baca review dari pelanggan sebelum ni. Memang ada yang tak ada review.. Kalau ada kontroversi pasal seller yang menjual kat situ better elakkan membeli. Bukan apa kadang2 ikut nasib.. Nasib baik dapat barang yang baik. Nasib tak baik.. Dapat barang kualiti stapler hahahaha.

Alang - alang tulis pasal lazada ni jangan lupa sekarang Lazada tengah mengadakan Lazada Big Baby Fair sehingga 2 April 2017, dimana korang boleh membeli belah banyak barang keperluan bayi & kanak kanak dengan harga diskaun sehingga 85%. Banyak jenama terkenal yang terlibat dalam kempen ni. Cepat tengok kat Lazada Big Baby Fair

KESAN MENGGUNAKAN OVAL BRUSH FOUNDATION YANG BERHARGA RM8

KESAN MENGGUNAKAN OVAL BRUSH FOUNDATION YANG BERHARGA RM8. Baru baru ni aku ada beli satu cosmetic stuff iatu Oval brush. Fungsi oval brush ni adalah untuk di gunakan ketika nak pakai bedak atau foundation. almaklum compact powder sekarang memang banyak yang 2 in 1. Powder + Foundation.. Aku beli di website lazada. Walaupun beli dari seller oversea barang sampai seperti yang di janjikan. Sesampai barang tu cuma terkejut sebab size dia comel jer.. Ingat besar macam aku dok tengok orang jual kat luar... Biasa la gambar kan susah kita nak kenalpasti size sebenar dia kecuali ukuran size di sertakan sekali.

Walaupun ada koleksi 3- 4 brand compact powder.. serius akhirnya kembali kepanggal miyami jugak. Yang lain2 simpan buat backup.. kot2 stok habis time takde budget hahaha. Tak payah tanya la.. aku guna brand mampu milik je semua. hahaha

Bab size tu bukan masalah besar pun.. Ahad lepas aku sempat la try test oval brush yang baru aku beli. Normally sebelum ni sapu foundation memang aku guna berus juga tapi berus yang macam biasa tu.. macam berus cat tu kan. Bila kali pertama oval brush yang bentuk ala2 macam berus gigi menyentuh kulit aku.. Bagai di belai belai ok.. Sebabnya bulu2 dia sangat lembut berbanding berus sebelum ni sedikit kasar mungkin beli yang tak ada brand. Cap guardian jer... hehehehe. Erkk yang oval brush ni pun takde brand jugak hahahaha

Ni berus foundation yang aku guna sebelum ni. See cap guardian je ok

Tapi oval brush yang aku beli ni even harga dia lebih murah dari cap guardian tu.. Tetap kualiti dia sangat baik. Selain bulu dia yang lembut.. bulu2 berus tu pun tak mudah tertanggal & melekat kat muka. Almaklum la kalau pakai foundation ni dia macam creamy sikit sebab memudahkan bedak melekat pada kulit nanti kan. Pernah aku beli berus yang jenis murah & tak ada brand.. bila guna bulu dia gugur & melekat kat muka. Dah satu hal nak buang bulu2 tu. Satu lagi kalau nak ratakan foundation atau concealer bahagian bawah mata pun senang.. Kalau berus sebelum ni agak kasar sapu kuat sikit akan rasa sakit mungkin melecet. Macam Oval brush ni sebab material dia sangat lembut memang tak mencederakan kulit bawah mata. Almaklum aku ni memang jenis kasar sikit sebab tu adik beradik aku meluat kalau minta tolong aku makeupkan depa. Tonyoh muka macam tonyoh bontot kuali hahahaha.

Makeup Face Powder Blusher Toothbrush Curve Black Oval Brush

Selain berus dia yang lembut & tidak tertanggal semasa di gunakan.. Sapuan foundation & bedak compact guna berus ni serius aku sangat puas hati... Memang kat mata aku nampak cantik sangat. Tak bercapuk & nampak kesan sapuan tu lebih tahan lama berbanding sebelum ni even guna foundation & bedak yang sama.. Tak tau kenapa berus pun main peranan untuk makeup tahan lama ni.. Tapi tu la yang aku nampak. Sebab size berus dia kecik senang sikit nak sapu kat area2 dekat kening.. Almaklum la.. lepas lukis kening nak sapu foundation kena hati hati sikit supaya kening yang dah siap touch up tak ter block dengan foundation. Jadi memudahkan kerja menconteng muka hahahaha. Paling penting size dia jugak senang nak angkut kemana mana. Campak dalam handbag pun muat.

Gigih menconteng muka semata mata nak buat review ni je tau. Jadi hargailah segala penat lelah aku hahahaha. Gambar tu kalau cantik pun sebab makeup & kalau buruk pun sebab makeup juga ok! hahahaha. Amaran!Tak payah pm tudung sangat ok.hahahaha (review tertentu je expose muka sendiri hahaha)

kalau korang nak beli, boleh usya2 kat lazada. clik je Makeup Face Powder Blusher Toothbrush Curve Black Oval Brush tapi yang harga RM8++ aku beli ni macam dah tak ada pulak. Tapi masih ada yang murah dalam belas belas ringgit macam tu. Kira mampu bayar untuk semua golongan lagi la kan..

Jadi sesapa yang tengah mencari berus untuk foundation.. Boleh try la oval brush ni. Kalau ada online seller yang perlukan blogger untuk review sebarang produk tak kira la skincare ke, cosmetic ke, produk kesihatan ke, perkhidmatan atau apa saja boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com. Kalau boring2 jom subcride kat channel youtube Surialekatlekitgurl. Boleh dengar cheq membebel.. hehehehe

INI YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMBELI PRODUK DI GUARDIAN MELALUI WEBSITE LAZADA

INI YANG PERLU ANDA TAHU SEBELUM MEMBELI PRODUK DI GUARDIAN MELALUI WEBSITE LAZADA. Buat pertama kali aku membeli belah di guardian melalui website lazada.. Erkk.. kang ada yang pening pulak kan. Alah.. produk yang normally aku walk in je kat guardian bila nak beli tapi kali ni aku tak keluar just duduk rumah buka website lazada clik & buat bayaran melalui online banking kemudian tunggu je posmen hantar barang. Macam tu la kaedahnya yer semah.. Jangan nak pening2 sangat.. Kang orang ingat gejala mengandung pulak. hehehehehe


Ahad lepas di mana orang bercuti sempena hari Natal (chrismas) aku duduk kat rumah je asben aku kena kerja. Tak kisah la.. Cuti2 duduk rumah pun banyak benda aku boleh buat untuk tambah pendapatan. Siapkan review2 kat blog salah satunya... Review berbayar harus la kena tulis elok - elok ok! Sebab tengok pencuci muka aku macam jangka hayat tak sampai minggu depan je maka sesaja la.. Godek2 kat lazada sebab aku tau Guardian pun ada jual barang kat lazada. Sebab aku ni peminat setia Guardian Farmasi kan.. So, aku tengok la apa ada kat guardian yang menumpang jual kat website lazada tu. Hampir semua benda yang jual kat Guardian Farmasi ada je kat website lazada tu.

Salah Satu produk yang di jual di guardian farmasi yang ada boleh beli melalui website lazada. Masa aku beli masih free shipping (tak perlu bayar pos). 

Pilih2 dalam 3 barang.. Satu Seller dari Guardian iatu produk Garden Of Eden Rosa T mild Cleanser, Seller dari L'oreal Malaysia foundation jenama maybeline (belum sampai) & Seller dari oversea untuk Oval Brush.. Yang tu pun belum sampai sebab shipping oversea kan. Tunggu la sekejab.


Apa yang best perlu korang tahu bila Membeli belah kat barang yang jual di Guardian melalui website lazada ni.. Penghantaraan dia cepat jugak la.. sebab aku order ahad. Hari cuti.. Isnin pun cuti ganti untuk chrismas. So selasa order tu maybe baru proses pengeposan & rabu sampai la. Kalau Isnin tu tak cuti.. Selasa maybe dah sampai. So penghantaran dia cepat. Lagi satu jimat sebab free shipping. Bermakna kos pos tak perlu bayar. Harga barang macam Garden Of Eden Rosa T Mild Cleanser ni memang sama je macam beli kat Guardian Farmasi RM18.50.. Kadang2 harga cecah RM20 jugak kat guardian tu. So jimat kat situ.. Tak perlu keluar Kos duit minyak ke, tambang bas ke semua tak perlu. Masa pun jimat jugak. Duduk rumah clik clik bayar & tunggu je. So kalau korang busy mengalahkan Ayahanda Rani Kulup tu.. Boleh la membeli skincare ke kosmetik atau apa2 melalui Guardian di website lazada. Jimat segala sudut katanya. Produk ni pun ada jugak jual kat Lazada kalau korang nak beli >> jangan Jeles Tengok Orang Lain Nampak Muda Secara Semulajadi, Mungkin Mereka Pakai Produk ni <<  So, tak payah susah2 sangat nak menapak jejauh cari guardian ke hapa. Online je sekarang. hehehehe

Moral of the story.. Tiada alasan lagi nak beli produk sebab tak ada Guardian berdekatan dengan anda. Penyelesaian yang anda boleh buat di lazada maka guardian akan berada di mana mana sahaja selagi ada access internet. hehehehe

TINDAKKAN YANG PERLU DI AMBIL JIKA BARANG YANG ANDA BELI DARI LAZADA ROSAK

TINDAKKAN YANG PERLU DI AMBIL JIKA BARANG YANG ANDA BELI DARI LAZADA ROSAK. Baru - baru ni aku terjebak la dalam online revolution Lazada 11.11 Tu. Yelah.. diskaun gila - gila beb! Memang la niat mula2 sesaja nak tengok je. Tapi dasar perempuan kan.. Kalau tengok tu takde la nak tengok saja tanpa merembat apa - apa. Nak2 lagi memang dalam account tu berduit. Tapi Alhamdulillah aku berjaya control nafsu syaiton nirrojim sebab aku hanya belanja RM50++ untuk 2 barang.


Sepatutnya delivery di buat antara 21 - 30 Nov tapi tak sangka pulak salah satu barang yang aku beli sampai awal. Pagi2 lagi abang GDEX ketuk pintu rumah. Happy la kan dapat barang yang di beli. Alah.. bukan apa sangat pun aku beli. T-Shirt putih jer. Rasa macam dah takde stok T-Shirt putih sekarang. Haritu cari kat The Store macam takde & takde yang berkenan je. Alang2 tengah murah aku rembat la sepasang T-Shirt murah kat lazada. Seller dia dari Shenzen, China. Barang tu direct di pos dari china. Bukan melalui lazada.

Bila dah dapat maka dengan rakusnya aku pun mengoyak parcel. Tu dia.. tetap tu nak ada adakan cerita. Aku guna gunting je potong hujung plastik bungkusan tu je hehehe.. Nak try la kononnya. Almaklum baju baru. Boleh la melenjan weekend nanti. Belek2 tengok ada kesan koyak kat tepi baju.. Boleh rujuk gambar kat bawah..


Kang ada kata.. alah koyak sikit. Boleh jahit koyak macam tu. Aku nak tanya kalau korang nak beli pakaian kalau nampak ada koyak korang beli tak? Mustahil la korang nak bayar baju koyak walau koyak tu boleh di jahit sekalipun.. sebab kita beli barang baru so condition dia pun nak dalam keadan baik la. Jadi bila terima barang yang dalam keadaan macam ni mesti la kurang berpuas hati kan. Jadi Apa aku buat.. aku hantar mesej kat website,bahagian Help & support lazada. Boleh rujuk tutorial di gambar kat bawah..

Ni tutorial bergambar macam mana korang nak hantar sebarang pertanyaan atau complaint kepada lazada melalui website. Sila isi form contact us tu yer

Aku ada hantar jugak complaint kat twitter lazada untuk tunjuk bukti bergambar. Kalau korang ada sebarang complaint, pertanyaan atau apa2 berkenaan barang yang korang beli kat lazada boleh jugak report kat twitter >> https://twitter.com/asklazadamy lebih cepat sikit dorang terima report korang tu.

Kalau tak pandai speaking london boleh je guna bahasa melayu. Jangan risau.. Bukan macam Ezbabai (bukan nama sebenar). Depa tak paham bahasa melayu. Kau kutuk pun depa still rasa bangga macam kau memuji. Jadi kalau ezbabai baru kau wajib speaking london. Tapi dengan lazada Malaysia boleh guna Bahasa kebangsaan.

Dalam pukul 1.45 tadi wakil lazada call untuk selesaikan masalah ni. Mula2 dia minta aku post semula item tersebut untuk buat penukaran.. tapi aku pertikai la. kalau aku nak kena keluar aku takkan membeli online. Sebab aku susah nak keluar aku membeli secara online. Lagipun kos postage semua siapa yang akan tanggung. Sebab tak ada sebarang slip post di sertakan pada parcel aku. Jadi solution nya.. T-Shirt tersebut aku dapat & lazada akan refund semula harga baju yang aku dah beli sebagai gantirugi. Apa lagi lompat bintang la. Dapat refund kan? hehehehe. Bukan macam ezbabai tu.. meluat aku. Sampai sekarang ada lagi barang aku yang belum sampai.

Apapun.. Biarpun berlaku perkara2 macam ni aku tetap puji dengan layanan & tindakkan pantas lazada menyelesaikan masalah pelanggan. Tak sampai 1 hari pun semuanya dah di selesaikan. Patut la ramai memilih membeli belah di lazada. Memang terbaik perkhidmatan mereka. Jadi kalau nak membeli belah secara online boleh la membeli di lazada untuk memastikan semua urusan anda berjalan lancar. Delivery pun cepat.

CEPAT! LOGIN MAYBANK2U ANDA SEKARANG. ADA SESUATU YANG MENARIK

CEPAT! LOGIN MAYBANK2U ANDA SEKARANG. ADA SESUATU YANG MENARIK. yang belum login maybank2u hari ni kena login cepat. Kalau lambat nanti takut terlepas peluang ni. Sebab peluang ni memang menarik sangat semudah login je. Nak tahu apa yang best? Meh baca entri ni sampai habis..


Sapa perasan contest yang di anjurkan maybank2u? Aku baru je perasan benda ni.. Almaklum la blogger nak check gaji dah masuk ke belum. Gaji blogger ni mana ada tarikh tetap kan.. kalau ada kerja ada gaji katanya. Jadi aku pun login la maybank2u nak check cashout 8share dah masuk ke belum..


secara tak sengaja ternampak maybank2u challenge yang best & menarik kat maybank2u. Dah la hadiah best.. syarat pun tak perlu buat task2 yang rumit cuma login sebanyak 5 kali je untuk menang hadiah2 menarik macam voucher diskaun membeli belah kat lazada, gadget2 elektronik macam smartphone samsung.


Syarat dia mudah.. Login sebanyak 5 kali selama contest masih berlangsung.. 1 login di kira untuk sekali login dalam 1 hari. Kiranya kalau hangpa login 10 kali sehari pun dia kira 1 point je. Bermakna kena login 5 hari la untuk dapat 5 point tu. Lepas tu tunggu je apa seterusnya...


Alah.. login je apa susah kan? Kalau tu pun susah pergi tidur je la layan mimpi indah dapat Huawei P9.. atau duduk atas sofa berangan sambil makan kuaci dah ler. hehehehe

Jadi mana2 yang ada account maybank2u tu jangan lepaskan peluang menarik. Mana tau rezeki korang kan..

YANG BERLAKU BILA ANDA TERBELI BARANG YANG HABIS STOK DI LAZADA

YANG BERLAKU BILA ANDA TERBELI BARANG YANG HABIS STOK DI LAZADA. Sejak bulan lepas aku rasa aku kurang bernasib baik lepas buat pembelian online. Paling teruk aku kena dengan ezbuy. Kau bayangkan berganti ganti barang aku kena reject lepas buat payment sebab tak ada stok. Yang terbaru alasan depa cancel order aku sebab item yang aku order hilang kat gudang depa. Menjadikan dalam tempoh sebulan 4 barang aku order reject. Sampai sekarang semua barang yang aku order belum sampai. Aku pun dah malas nak tanya progress.. Tapi aku akan sentiasa bagitau semua orang yang service ezbuy memang teruk supaya orang lain tak terkena. Bukan aku sorang je terkena, ramai yang terkena. Tapi semua komen2 kat Fb page ezbuy malaysia yang tak puas hati dengan service mereka di delete admin page tersebut. Nampak sangat mereka cukup menutup kelemahan mereka tu.


Bukan je kat ezbuy item yang aku order kena reject kebetulan waktu yang sama aku ada order sepasang baju kat lazada. sebab murah sangat. Stock pun limited sebab nak habiskan stok aku rasa. Sementara masih available tu aku pun proceed payment. Lepas beberapa hari dapat email dari lazada baju tu dah tak ada stok. So, mereka terpaksa cancel order aku. Kecewa aku.. Apsal la malang sangat nasib aku sejak bulan lepas ni. Tapi takde la sampai meroyan macam dengan ezbuy. ezbuy teruk sangat berganti ganti order aku kena reject sebab masalah tak ada stock.


Tapi di lazada even kau terbeli item yang out of stock.. dia tak macam ezbuy ok! Ezbuy dia akan refund ke account prepay... bermakna duit refund tu nak tak nak kau kena jugak membeli kat ezbuy kalau tak rugi la. Tu yang jadi lepas order, reject.. lepas order reject bagai. Sebab nak habiskan duit dalam account prepay & tak rasa macam dah tak nak membeli apa2 di ezbuy sebab website depa ni.. banyak barang yang dah tak ada stock tapi masih di jual & service penghantaran memang sangat teruk!!

Berbanding lazada.. Selepas dorang dapat detect barang tu dah out of the stock dorang akan email & minta detail account bank.. selepas 3 - 4 hari tu dorang akan transfer refund tu dalam account. Jadi kita ada pilihan samada nak buat pembelian atau tidak. Sebab duit tu dah masuk account bank kita. Kelebihan lazada.. dia akan refund amount yang anda bayar.. sebab lazada ni banyak barang yang free shipping. Dia cuma letak 1 harga.. iatu harga item yang kita beli. Kita sedia maklum shipping + delivery memang dah include dalam harga barang tu. Aku rasa better buat macam lazada sebab in case berlaku benda macam tu kita dapat refund semua sekali. So, kita tak rasa rugi sangat. Berbanding ezbuy dia dia separate harga barang + shipping + Delivery. Ada 3 perkara kau kena bayar dalam i order. Delivery dia pulak kau beli banyak pun dia kira 1 harga. So, kalau dalam banyak2 kau beli satu atau dua item yang reject dia tak refund dah delivery. Sekali ok la kan.. sampai 3 ke 4 kali kau order kemudian kena reject berturut turut macam aku kena.. dah berapa banyak kau rugi kos delivery semata mata nak habiskan duit dalam prepay account tu.

Bila aku buat survey kat facebook pun ramai yang lebih berpuas hati membeli di lazada berbanding website lain. Aku pun sebelum ni memang pernah jugak membeli di lazada.. so far memang tak ada apa yang aku rasa tak puas hati la. Mereka lebih sistematik & konsep mereka tu menguntungkan kedua dua belah pihak walau kadang2 aku dok tengok barang2 dia jual tu macam takde diskaun walau kat situ letak ada diskaun. Tu biasa la strategi marketing. Kau sendiri kena pandai2 survey la.

Tindakkan lazada juga lebih pantas berbanding ezbuy. Kadang2 sampai seminggu baru bagitau barang tak ada stock. Macam kes hilang kat warehouse tu.. dekat 2 minggu baru dorang bagitau. Kau bayangkan kau ambil shipping yang sepatutnya selepas seminggu kau dah patut dapat barang.. bila kau tunggu tak sampai sampai.. yang sampai cuma khabar yang buat kau naik angin.

Jadi.. jika nak buat pembelian secara online.. antara ezbuy & lazada. Better beli di lazada. Lebih terjamin & lebih memuaskan hati. Better jangan terjebak dengan ezbuy ni.. takut hangpa pun terkena macam aku. Lepas order kena cancel, order lagi, cancel lagi sampai kiamat duit dalam prepay account kau ada balance & kau terpaksa membeli lagi & kena bayar kos delivery lagi dan lagi. hehehehe

RAMBANG MATA BILA CLIK RIANG RIA RAYA LAZADA MALAYSIA

RAMBANG MATA BILA CLIK RIANG RIA RAYA LAZADA MALAYSIA. Dah nak masuk minggu ketiga puasa maka time ni ramai dah mula buat persiapan rumah tak kira la dari segi pakaian, peralatan nak buat kuih muih, mahupun perabot & aksesori untuk rumah. Almaklum la raya kan.. Ramai dah mula wishlist kan barang2 yang mereka harap dapat untuk kegunaan menyambut raya nanti. Nak nak lagi time ni la banyak sale & diskaun. Inilah masa paling sesuai membeli belah barang keperluan.

Aku pun manusia katanya.. Ada impian & keinginan macam orang lain jugak. Aku pun antara tipikal manusia yang ada keinginan & suka membeli. Tapi wishlist seorang isteri, ibu & anak selalunya untuk di manafaatkan seluruh isi keluarga. Biar sama2 rasa. Sepanjang puasa ni aku selalu usya barang2 kat lazada.. Sebab harga di lazada ni lebih murah berbanding portal online shopping yang lain sebab tu la aku lebih suka windows shopping secara online di lazada.

Sebab diskaun dia tak ingat punya buat aku jadi rambang mata kasar & mata hati. Kalau boleh semua nak beli tapi bila budget tu terhad ni je la antara wishlist aku untuk orang2 yang tersayang.

Mak aku adalah tukang masak setiap kali raya. Macam mak mak orang lain jugak. Jadi aku rasa kalau ada Butterfly Electric Pressure Cooker ni pun elok jugak. Memudahkan kerja kerja memasak dia kat dapur & boleh masak macam macam juadah untuk raya nanti. So ini pun antara yang aku harap dapat bagi kat mak aku untuk dia memasak untuk juadah raya nanti.

Cantik kan Butterfly Electric Pressure Cooker. Nak tahu berapa harga dia meh tengok kat sini >> Butterfly Electric Pressure Cooker BPC-5068

Mak mertua aku pernah cakap dia nak satu almari baju lagi bagi menampung muatan baju2 dia yang semakin banyak. Almaklum la perempuan tak kira tua muda.. bab baju bajan memang juara membeli la. So kalau dapat mengembirakan hati mak mertua dengan bagi dia sebuah wardrobe 2 pintu yang under budget selepas diskaun ni pun rasanya mak mertua aku dah senyum sampai telinga. Boleh la dia simpan koleksi baju2 raya dia dengan selamat

Tentu korang tak percaya harga wardrobe ni semurah ni. Meh tengok kat sini >> T.A. TKW-OS 2 Door Wardrobe with Open Shelf (Modi Oak)

Untuk anak aku mesti ada jugak. Sebab dia lahir pada 20 ramadan.. aku rasa hadiah yang paling sesuai adalah Kids Kitchen Cooking Toy Set For Role Play sebab benda ni boleh mengurangkan dia layan video kat youtube atau main game kat gadget2 elektronik yang ada. Pretend play sebenarnya membantu dalam perkembangan kanak kanak. Benda tu salah satu cara merangsang kanak kanak untuk berfikir & bermain menggunakan imaginasi. Sebab anak aku dah nampak minat main masak2 sampai sikat pun jadikan senduk jadi sedang elok la aku beli set ni untuk dia. Harga pun tak mahal malah di riang ria raya lazada selepas diskaun harga tak sampai RM60 pun. Jadi hari jadi ke 5 tahun dia.. kalau dapat bagi dia hadiah ni aku rasa mungkin hari jadi & raya paling bermakna buat anak aku.
Memang korang takkan sangka harga dia semurah ni di lazada. tak caya tengok sendiri kat sini >> Kids Kitchen Cooking Toy Set For Role Play

Untuk suami jangan risau aku tak lupa. sekarang berpantang makan. Tak boleh terlampau berminyak, tak boleh pedas & dia jugak suka makan jenis grill & bakar ni. Jangan hangpa tak tau laki cheq ni pun rajin jugak ke dapur memasak sambil menyepah. Jadi aku rasa nak beli la untuk dia Takada Double Grill Pan sementara tengah murah sempena riang ria raya lazada. Bukan apa raya nanti boleh la masak menu sihat untuk dia nikmati.. Almaklum la maybe dia tak makan rendang tahun ni. hehehehe

Di Riang Ria raya Lazada je korang boleh dapat harga ni. Nak tau berapa harga dia meh tengok kat sini >> Takada Double Grill Pan TK-DGP01 Red 2

Wishlist aku ni tak budget besar mana pun. Dalam RM500 jer.. berbaloi rasanya sebab aku dapat gembirakan semua insan insan aku sayang. Sempena raya ni dengan membeli belah di lazada anda boleh jimat sehingga 92%, jadi pastikan lazada menjadi pilihan anda membeli belah secara online untuk persiapan raya nanti..

Kalau korang ada whishlist yang korang nak bagi kat orang2 tersayang apa kata korang sertai Riang Ria Raya Blogger Contest ni.


Manalah korang orang yang bertuah menang Fujifilm Instax Mini 8 camera ni. Cuma perlu senaraikan whishlist korang jer.. Nak tau macam mana nak join meh tengok kat sini >> Riang Ria Raya Blogger Contest <<

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com