KESAN MENGGUNAKAN OVAL BRUSH FOUNDATION YANG BERHARGA RM8
Bab size tu bukan masalah besar pun.. Ahad lepas aku sempat la try test oval brush yang baru aku beli. Normally sebelum ni sapu foundation memang aku guna berus juga tapi berus yang macam biasa tu.. macam berus cat tu kan. Bila kali pertama oval brush yang bentuk ala2 macam berus gigi menyentuh kulit aku.. Bagai di belai belai ok.. Sebabnya bulu2 dia sangat lembut berbanding berus sebelum ni sedikit kasar mungkin beli yang tak ada brand. Cap guardian jer... hehehehe. Erkk yang oval brush ni pun takde brand jugak hahahaha
Ni berus foundation yang aku guna sebelum ni. See cap guardian je ok |
Tapi oval brush yang aku beli ni even harga dia lebih murah dari cap guardian tu.. Tetap kualiti dia sangat baik. Selain bulu dia yang lembut.. bulu2 berus tu pun tak mudah tertanggal & melekat kat muka. Almaklum la kalau pakai foundation ni dia macam creamy sikit sebab memudahkan bedak melekat pada kulit nanti kan. Pernah aku beli berus yang jenis murah & tak ada brand.. bila guna bulu dia gugur & melekat kat muka. Dah satu hal nak buang bulu2 tu. Satu lagi kalau nak ratakan foundation atau concealer bahagian bawah mata pun senang.. Kalau berus sebelum ni agak kasar sapu kuat sikit akan rasa sakit mungkin melecet. Macam Oval brush ni sebab material dia sangat lembut memang tak mencederakan kulit bawah mata. Almaklum aku ni memang jenis kasar sikit sebab tu adik beradik aku meluat kalau minta tolong aku makeupkan depa. Tonyoh muka macam tonyoh bontot kuali hahahaha.
Makeup Face Powder Blusher Toothbrush Curve Black Oval Brush |
Selain berus dia yang lembut & tidak tertanggal semasa di gunakan.. Sapuan foundation & bedak compact guna berus ni serius aku sangat puas hati... Memang kat mata aku nampak cantik sangat. Tak bercapuk & nampak kesan sapuan tu lebih tahan lama berbanding sebelum ni even guna foundation & bedak yang sama.. Tak tau kenapa berus pun main peranan untuk makeup tahan lama ni.. Tapi tu la yang aku nampak. Sebab size berus dia kecik senang sikit nak sapu kat area2 dekat kening.. Almaklum la.. lepas lukis kening nak sapu foundation kena hati hati sikit supaya kening yang dah siap touch up tak ter block dengan foundation. Jadi memudahkan kerja menconteng muka hahahaha. Paling penting size dia jugak senang nak angkut kemana mana. Campak dalam handbag pun muat.
kalau korang nak beli, boleh usya2 kat lazada. clik je Makeup Face Powder Blusher Toothbrush Curve Black Oval Brush tapi yang harga RM8++ aku beli ni macam dah tak ada pulak. Tapi masih ada yang murah dalam belas belas ringgit macam tu. Kira mampu bayar untuk semua golongan lagi la kan..
Jadi sesapa yang tengah mencari berus untuk foundation.. Boleh try la oval brush ni. Kalau ada online seller yang perlukan blogger untuk review sebarang produk tak kira la skincare ke, cosmetic ke, produk kesihatan ke, perkhidmatan atau apa saja boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com. Kalau boring2 jom subcride kat channel youtube Surialekatlekitgurl. Boleh dengar cheq membebel.. hehehehe
wah 8 hinggit je satu hehe
ReplyDeleteAkak memang dah lama tahu Suria nikan Guardian Brand Ambassador ^_^ Kalau tak Guardian, BioEssence! Masih pakai lagi ke BioEssence?
ReplyDeleteHai, bila mention bulu, bulu, bulu, bulu gugur ni lain pulak yang menyerap dalam otak ni. Kuat betul serapan perkataan macam ni. Takut pulak tergoogle bukan-bukan!
Akak tak pernah lagilah guna oval brush. Biasanya guna sponge aje. Banyak kali dengar pasal oval brush ni katanya lagi senang daripada berus biasa tu. Nantilah check kat Lazada sebab nak claim kat shopback pulak!