Showing posts with label solekkan. Show all posts

KESIAN PENGANTIN.. MAKEUP CAIR LEPAS 15 MINIT ATAS PELAMIN

KESIAN PENGANTIN.. MAKEUP CAIR LEPAS 15 MINIT ATAS PELAMIN. Dok cerita pasal skincare ja kan.. Tup tup sampai surat cinta kat rumah. Tu dia.. ketaq lutut sampai terkencing baca surat cinta tu.. Makan tak lalu, tidoq tak lena katanya. Tapi sempat la mimpi kena ligan dengan zombie dalam tak lena tu.. Sebelum tidoq sempat masak & makan jugak siakap 2 rasa dalam tak lalu makan katanya.. So, sebab hati tak berapa tenteram ni kita cerita pasal isu mak andam, pengantin & makeup pulak la kan.. Pasal skincare tu.. Kita tunggu masa yang sesuai untuk cerita na.. hehehehe


Tadi terbaca kisah seorang pengantin perempuan yang duka nestapa selepas makeup dia cair macam hati dia cair tengok suami dia yang ensem kat sebelah katanya.. Hati cair takpe sedap je rasanya.. Makeup cair masa tengah bersanding kau bayangkan la tijah.. betapa luluh jiwa & raga si pengantin tu. Dah la makeup bukan free. Upah MUA kena bayar. tetiba cair makeup sampai bercapuk la foundation kat muka. Time tu kalau sapa2 pun kena.. Hari bahagia jadi hari paling malang dalam hidup. Tak terasa macam raja sehari dah.. Rasa macam kak limah jer rupanya.

Terpaksa la beliau larikan diri buat sementara waktu menyembunyikan wajah yang bagai kena simbah asid sebab makeup cair kan. Muka kalau makeup cair ni lebih hodoh dari muka tak makeup tau. Kalau aku pun lari nyorok bawah katil jugak ok!

Inilah wajah pengantin malang yang makeup cair masa bersanding. Kesian dia kan?

Nasib baik la kawan2 ada tolong touch up balik muka dia bagi elok walau makeup kawan2 dia bukan level pro MUA la tapi tetap nampak seri pengantin. Better la dari nak tadah muka dengan makeup cair depan orang kan.

Rupa pengantin & suami

Kesian kan.. Tak kira anda MUA yang pro atau tak tapi kalau ambil tanggungjawab mencantikkan muka orang make sure hangpa ada kepakaran dalam bidang tu. Guna makeup hat elok2 sikit nak tenyeh kat muka orang. Jangan main tempek ja asal siap. Kesian wei.. Orang bayar bukan free.

Tapi pengantin tu tak ada la dedahkan MUA mana dia ambil.. cuma dia nasihatkan kat orang lain kalau nak ambil MUA carilah yang berkualiti. Better ambil MUA dari rekemen kawan2 atau sesiapa yang pernah guna khidmat dia la. Atau MUA yang memang orang dah kenal & tahu hasil kerja dia macam mana kan? Ambil yang ntah dari mana2 datang ni kadang2 dia baru belajar makeup jadikan muka hangpa eksperimen pun kadang bala jugak tu. hehehehe

Moral of the story.. Tak kira la anda menjalankan perniagaan jenis perkhidmatan atau apa tapi please tolong amanah & jujur dengan kerja anda sebab ia berkaitan dengan sumber rezeki yang anda dapat. Memang Allah dia bagi je rezeki tak kira hangpa guna cara betul atau salah tapi kena ingat.. Apa dia bagi bersama ujian. Bukan kata hangpa buat kerja menipu tapi tetap rezeki melimpah ruah sampai boleh buat umrah setahun 5 - 6 kali tu Allah redha dengan jalan hangpa cari rezeki. Orang jahat pun Allah bagi rezeki.. Jadi renung renungkan.

INILAH RUPA KENING LEPAS GUNA MAYBELLINE FASHION BROW DUO SHAPER

INILAH RUPA KENING LEPAS GUNA MAYBELLINE FASHION BROW DUO SHAPER. Sebagai tipikal perempuan bab bab makeup ni aku tak terkecuali terjebak dalam trend lukis kening tanpa perlu di cukur. Bermakna just guna eyebrow & concealer je nak membentuk kening tu. Gigih tau aku belajar sendiri kat rumah berpandukan video2 tutorial kat online ni. tu pun belum tahap cantik sangat cuma boleh la.. Nampak la sikit bentuk dari kening asal yang memang takde shape. Bukan semua orang di lahirkan dengan bentuk kening yang tak makeup pun dah cantik & lentik. Aku kategori jenis kening yang memang tak ada bentuk.


Sebab aku agak obses dengan kening sekarang.. so aku dah ada koleksi eyebrow pencil & eyebrow jenis powder. Kalau dah nama koleksi of course la lebih dari satu. Berapa banyak tu tak sebanyak la orang lain. Ada 3 - 4 gitu katanya. Semua berlainan jenis & warna. Terbaru aku beli Maybelline Fashion Brow Duo Shaper, gray color. Sebab color gray memang aku belum ada. Tengok orang pakai gray color ni kening nampak natural macam lawa pulak. Sebab aku memang suka jenis natural makeup.. Jadi aku pun tak nak kalah jugak. Nak jugak kening kaler gray katanya... hahahaha

Maybelline Fashion Brow Duo Shaper

Yang jenis Duo Shaper ni dia ada dua mata la. Satu eyebrow jenis pensil tapi pensil yang jenis crayon tu. Bukan cream pensil jenis kayu. Yang satu lagi mata dia jenis powder. Dia ada span hujung dia.. Sebab jenis pen takkan la dia nak letak macam dalam palette tu kan.. So, agak practical bila dia buat span ala2 bentuk oval kat hujung memudahkan kita nak pakai.


Aku sebenarnya tak reti nak lukis bentuk kening guna eyebrow pen yang jenis crayon macam tu. Serius sampai sekarang jadi buruk giler.. So rasa macam tak berapa berguna pulak fungsi eyebrow pencil untuk duo shaper ni. Lagipun kalau lukis kening dengan warna gray & warnakan dengan gray rasa macam pelik pulak dengan warna kulit aku yang sawo matang jadi apa aku buat.. Aku lukis bentuk kening menggunakan fashion brow yang jenis cream pensil warna hitam & aku warnakan dengan fashion brow powder gray color tu.

Maybelline Fashion Brow Duo Shaper gray color & cream pencil black color

Pada pandangan mata aku.. Gabungan warna tu kening aku nampak natural & sesuai la dengan kulit aku yang sawo matang. Warna hitam tu tak pekat sangat sebab aku guna gray color untuk warnakan. Cuma guna warna hitam tu lukis bentuk kening. Takde la nampak janggal sangat kening aku.

Ni la hasil menconteng arang di kening aku guna Maybelline Fashion Brow Duo Shaper & cream pencil. Tak payah la nak kira garis garis halus bawah mata tu.. Dah masuk zon makcik makcik ni katanya hahaha. Otai tak otai tengok la fesyen kain batik tu ok! Feeling mahsuri nak menyumpah sesapa je yang mengumpat lepas tengok gambar puaka ni.. hahahaha

Walaupun aku rasa rugi juga salah satu fungsi fashion brow duo shaper sebab yang pencil dia aku tak reti guna tapi aku rasa berbaloi sebab yang eyebrow powder dia di buat dalam bentuk pen ber span macam tu. Lagi senang nak apply & senang nak bawa kemana mana. Kalau jenis eyebrow powder dalam palette tu.. nak kena guna berus kan.. Yang ni tak payah.. terus sapu je settle.

Sangat practical untuk guna bila dia di datangkan macam ni. tenyeh terus tak payah nak pakai berus bagai lagi

Harga dia maybelline fashion brow duo shaper gray color ni RM27.90 & yang maybelline Fashion Brow Cream Pensil Black color tu RM8.90. Maybelline ni banyak boleh dapat. Yang ni aku beli kat guardian je. Not bad bagi aku hasil menconteng eyebrow guna maybelline fashion brow duo shaper ni.

PERTAMA KALI GUNA MATTE FOUNDATION JENAMA MAYBELLINE

PERTAMA KALI GUNA MATTE FOUNDATION JENAMA MAYBELLINE. Dalam minggu lepas aku tersinggah ke guardian.. Memandangkan foundation yang aku order melalui website lazada tak sampai kerumah aku dengan alasan GDex tak dapat mengesan rumah aku.. Mungkin masa GDex nak mai hantar barang tu tetiba rumah aku ghaib ker camna tak tau la kan.. Rasanya bukan kali pertama apa2 penghantaran melalui GDex di buat kerumah aku tapi ni la kali pertama GDex tak dapat kesan rumah aku. So pihak lazada buat refund je..


Benda yang aku beli pun bukan tak ada jual kat luar.. Kat guardian, watson, supermarket melambak jual cuma harga kat lazada tetiba lebih murah tu yang gatai nak buat pembelian online. Alih2.. Guardian jugak yang kau pergi hadap. Hahahaha...

Yang aku beli Adalah Maybelline Dream Velvet Soft Matte hydrating Foundation (50 Creamy Natural). Sebelum ni foundation kebanyakkan aku pakai yang jenis mineral. Cair tu.. Kali ni entah kenapa sampai seru nak guna jenis matte & cream pulak kan. Dah lama rasanya tak pernah pakai foundation jenis cream ni. Maybe sebab aku yakin kulit aku dah tak berapa sensitif & berjerawat.. Boleh la guna. Rasa macam dah bosan pulak guna jenis mineral.. Kadang2 jadi berkilat muka pakai yang jenis cair tu.

Maybelline Dream Velvet Soft Matte hydrating Foundation. 50 Creamy Natural

Ada la dalam 3 - 4 kali aku guna selepas beli. So far aku selesa sebab dia jenis soft matte. Nak apply pun senang. Bila apply senang nak sekatakan seluruh muka. Takde la kepekatan dia tu buat kita terpaksa ambil masa untuk sekatakan sapuan seluruh muka. Ada jenis cream foundation yang macam tu.. Rasa nak siap sapu foundation 1 muka tu payah juga sebab pekat & melekat an.. Tapi untuk Dream Velvet Soft Matte Foundation ni, tak susah. guna oval brush lagi cantik hasilnya ok! Tak bercapuk & yang 50 creamy Natural ni serius tak nampak kontra sangat dengan kulit aku yang kulit melayu je kan.. So yang sawo matang atau cerah2 orang melayu ni memang recommend guna 50 Creamy Natural.

Untuk hasil yang memuaskan hati sendiri selepas sapu Maybeline Dream Velvet Soft Matte Hydrating Foundation aku alas dengan bedak compact juga. Atau boleh juga alas dengan loose powder. Memang cantik bila selfie katanya hahaha. Sapa minta PM tuala aku sumpah muka dia jadi mak lampir hahaha. Nak bagitau jugak.. almaklum i kan retis so memang ada haters. Macam dulu pernah kena tuduh warnakan rambut.. Sebelum di tuduh cukur kening nak habaq kening tak cukur tu teknik makeup jer

Bab cover cela tu.. Kalau parut lite2 tu Insya Allah di cover dengan elok jer. Tidak berminyak & tidak pecah minyak. Tahan lama jugak la aku pakai..  Aku tenyeh belakang tangan bila basuh tangan pun foundation tu tak luntur tapi kalau nak cuci gosok2 dia keluar la. Bermakna kalis air jugak. Setakat muka kena hujan jangan risau foundation ni tak meleleh macam cheese kena bakar ok!.  Cantik juga warna dia bila di sapu kat muka. Kalau yang jenis malas nak berbedak pun boleh nak pakai foundation ni je sebab dia dah ada warna yang cantik.

Ni contoh nak bagi nampak sikit warna foundation ni. Aku sapu belakang tangan. Ni kira tebal sapuan dia.. Soft Matte Foundation memang dia anti shinning

Kesan pada kulit.. Setakat ni tak ada apa2 kesan buruk. Jerawat ke, ruam ke, gatal2 muka ke malah Dream Velvel Soft Matte Hydrating Foundation ni walaupun jenis cream tapi tak rasa tebal di muka. Rasa ringan je. Apply nipis pun dah cantik kalau kulit korang yang jenis tak ada apa2 masalah macam parut. Setakat nak tutup pori tu takde masalah foundation ni boleh cover.

Harga dia.. Masa order dari website lazada under seller L'Oreal Malaysia.. cuma RM29.93 tapi sebab GDex tak jumpa rumah terpaksa la beli kat guardian. Beli kat guardian masa ada sale harga dia RM31++... Kalau sebelum ni aku tengok harga dia RM39.90. Kandungan dia 30ml.

Jadi kalau rasa tengah cari foundation yang harga mampu milik & senang nak dapat stok.. Boleh la try Maybelline Dream Velvet Soft-Matte Hydrating Foundation ni. Dia ada macam2 warna.. Boleh pilih ikut kesesuaian warna kulit korang la. Macam kulit aku nampak memang matching dengan 50 Creamy Natural.

Sekiranya anda berminat untuk memperkenalkan/review produk kosmetik, skincare, atau apa saja melaui blog lekatlekit.com boleh email ke lekatlekitgurl@yahoo.com

KESAN MENGGUNAKAN OVAL BRUSH FOUNDATION YANG BERHARGA RM8

KESAN MENGGUNAKAN OVAL BRUSH FOUNDATION YANG BERHARGA RM8. Baru baru ni aku ada beli satu cosmetic stuff iatu Oval brush. Fungsi oval brush ni adalah untuk di gunakan ketika nak pakai bedak atau foundation. almaklum compact powder sekarang memang banyak yang 2 in 1. Powder + Foundation.. Aku beli di website lazada. Walaupun beli dari seller oversea barang sampai seperti yang di janjikan. Sesampai barang tu cuma terkejut sebab size dia comel jer.. Ingat besar macam aku dok tengok orang jual kat luar... Biasa la gambar kan susah kita nak kenalpasti size sebenar dia kecuali ukuran size di sertakan sekali.

Walaupun ada koleksi 3- 4 brand compact powder.. serius akhirnya kembali kepanggal miyami jugak. Yang lain2 simpan buat backup.. kot2 stok habis time takde budget hahaha. Tak payah tanya la.. aku guna brand mampu milik je semua. hahaha

Bab size tu bukan masalah besar pun.. Ahad lepas aku sempat la try test oval brush yang baru aku beli. Normally sebelum ni sapu foundation memang aku guna berus juga tapi berus yang macam biasa tu.. macam berus cat tu kan. Bila kali pertama oval brush yang bentuk ala2 macam berus gigi menyentuh kulit aku.. Bagai di belai belai ok.. Sebabnya bulu2 dia sangat lembut berbanding berus sebelum ni sedikit kasar mungkin beli yang tak ada brand. Cap guardian jer... hehehehe. Erkk yang oval brush ni pun takde brand jugak hahahaha

Ni berus foundation yang aku guna sebelum ni. See cap guardian je ok

Tapi oval brush yang aku beli ni even harga dia lebih murah dari cap guardian tu.. Tetap kualiti dia sangat baik. Selain bulu dia yang lembut.. bulu2 berus tu pun tak mudah tertanggal & melekat kat muka. Almaklum la kalau pakai foundation ni dia macam creamy sikit sebab memudahkan bedak melekat pada kulit nanti kan. Pernah aku beli berus yang jenis murah & tak ada brand.. bila guna bulu dia gugur & melekat kat muka. Dah satu hal nak buang bulu2 tu. Satu lagi kalau nak ratakan foundation atau concealer bahagian bawah mata pun senang.. Kalau berus sebelum ni agak kasar sapu kuat sikit akan rasa sakit mungkin melecet. Macam Oval brush ni sebab material dia sangat lembut memang tak mencederakan kulit bawah mata. Almaklum aku ni memang jenis kasar sikit sebab tu adik beradik aku meluat kalau minta tolong aku makeupkan depa. Tonyoh muka macam tonyoh bontot kuali hahahaha.

Makeup Face Powder Blusher Toothbrush Curve Black Oval Brush

Selain berus dia yang lembut & tidak tertanggal semasa di gunakan.. Sapuan foundation & bedak compact guna berus ni serius aku sangat puas hati... Memang kat mata aku nampak cantik sangat. Tak bercapuk & nampak kesan sapuan tu lebih tahan lama berbanding sebelum ni even guna foundation & bedak yang sama.. Tak tau kenapa berus pun main peranan untuk makeup tahan lama ni.. Tapi tu la yang aku nampak. Sebab size berus dia kecik senang sikit nak sapu kat area2 dekat kening.. Almaklum la.. lepas lukis kening nak sapu foundation kena hati hati sikit supaya kening yang dah siap touch up tak ter block dengan foundation. Jadi memudahkan kerja menconteng muka hahahaha. Paling penting size dia jugak senang nak angkut kemana mana. Campak dalam handbag pun muat.

Gigih menconteng muka semata mata nak buat review ni je tau. Jadi hargailah segala penat lelah aku hahahaha. Gambar tu kalau cantik pun sebab makeup & kalau buruk pun sebab makeup juga ok! hahahaha. Amaran!Tak payah pm tudung sangat ok.hahahaha (review tertentu je expose muka sendiri hahaha)

kalau korang nak beli, boleh usya2 kat lazada. clik je Makeup Face Powder Blusher Toothbrush Curve Black Oval Brush tapi yang harga RM8++ aku beli ni macam dah tak ada pulak. Tapi masih ada yang murah dalam belas belas ringgit macam tu. Kira mampu bayar untuk semua golongan lagi la kan..

Jadi sesapa yang tengah mencari berus untuk foundation.. Boleh try la oval brush ni. Kalau ada online seller yang perlukan blogger untuk review sebarang produk tak kira la skincare ke, cosmetic ke, produk kesihatan ke, perkhidmatan atau apa saja boleh email lekatlekitgurl@yahoo.com. Kalau boring2 jom subcride kat channel youtube Surialekatlekitgurl. Boleh dengar cheq membebel.. hehehehe

MENCUBA FOUNDATION ATAS KULIT TANGAN ADALAH CARA YANG SALAH

MENCUBA FOUNDATION ATAS KULIT TANGAN ADALAH CARA YANG SALAH. Di sebabkan entri pasal ni yang aku update tetiba hilang & ghaib dari blog. Tak tau la anak aku terdelete ke hapa.. Tapi memang untuk langkah keselamatan aku tukar la pasword blog. Manalah tau kan.. Ada orang yang dengkikan blog tak seberapa ni.. Jadi bagi yang tak sempat nak baca entri yang hilang dari radar tu maka aku tulis semula..

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Kebiasaannya bila kita nak beli foundation (bedak asas) atau bedak compact pun kebanyakkan orang akan mencuba di atas tangan. Memang benda tu dah jadi macam satu amalan yang di pratikkan sejak turun temurun katanya. Tapi pernah tak kita terfikir kulit bahagian atas tangan tu memang berbeza dengan kulit muka kita kenapa kita tetap confident guna cara tu untuk memilih foundation yang bersesuaian dengan warna & tona kulit kita. Jangan salahkan produk tetiba kau dah beli kemudian balik rumah pakai baru nampak sebenarnya warna bedak asas (foundation) tu tak matching dengan kulit muka korang.

Cara yang selama ni orang amalkan tu memang salah.. Sebenarnya kalau nak beli apa2 jenis foundation (bedas asas) ni bukan test bahagian atas kulit tangan tu.. Tapi sepatutnya di cuba bahagian rahang wajah. Kat situ paling sesuai kalau nak tentukan samada warna foundation tu sesuai atau tak dengan warna kulit kita. Paham la.. kalau nak tenyeh kat satu muka.. Macam aku ni selangkah keluar rumah muka dah penuh warna warni di aidilfitri. Mustahil sangat aku nak mencacatkan solekkan nan cantik semata mata nak try foundation baru kan. Of course la test kat tempat2 yang tak terlibat dengan muka aku. So, di bahagian rahang wajah adalah tempat yang takkan kacau makeup kat muka korang. hehehehe

Pemilihan foundation jugak penting.. sebab foundation ni ada jenis creamy & mineral (cecair). Dari pengalaman aku la.. Kalau jenis kulit sensitif berjerawat atau mudah berjerawat lebih sesuai guna produk jenis mineral tak mengalakkan lagi jerawat tu tumbuh. Selain tu kena kenalpasti jugak jenis kulit korang samada berminyak atau kering. Kalau berminyak elakkan cari foundation yang terlampau lembab mungkin boleh menyebabkan kulit korang nampak lebih berminyak. Kalau kering samada apply moisturizer dulu sebelum alas dengan foundation atau cari foundation yang mempunyai pelembab.

Sebenarnya aku tengah survey foundation/moist cake powder yang baru.. Jadi sesiapa yang berminat nak berkolabrasi dengan blog aku untuk review produk ni boleh email ke lekatlekitgurl@yahoo.com. Untuk produk ni aku bagi free review cuma korang perlu bagi aku produk percuma untuk aku cuba & bagi testimoni nanti. Hanya untuk pengedar atau seller yang jual foundation/ moist cake powder atau perkara2 yang berkaitan dengannya sahaja offer ni di buka yer. Untuk produk lain.. Boleh je nak review di blog lekatlekit.com cuma macam biasa la ada bayaran di kenakan kecuali saya membuka tawaran review percuma untuk mana2 produk yang saya berminat ingin mencuba.

Moral of the story.. Foundation/bedak asas ni untuk menutup cela atau meratakan solekkan tapi kalau tersilap pilih mungkin anda akan kelihata seperti pelakon opera cina.. hehehehe

7 MITOS TENTANG PENJAGAAN KULIT WAJAH YANG KITA PERCAYA SELAMA INI

7 MITOS TENTANG PENJAGAAN KULIT WAJAH YANG KITA PERCAYA SELAMA INI. Manusia ni memang suka mencipta mitos. Semua ni berlaku sebab manusia suka buat andaian & anggapan sendiri tanpa mengkaji. Dia rasa apa boleh terima logik akal dia.. maka jadi betul la semua. Lepas tu di kongsikan dengan orang lain..


Macam tu jugak dengan penjagaan kulit wajah. Almaklum muka adalah aset penting pada seorang manusia. Kalau dok ikut panduan yang berunsur mitos ni takut kita tak dapat hasil yang memuaskan malah mungkin memberi kesan buruk pulak pada kulit wajah kita. Benda ni paling di takuti manusia.. Bila muka jadi buruk. Jadi meh sini kita semak apa 7 mitos yang mungkin menjadi amalan & kepercayaan kita selama ni dalam penjagaan kulit wajah..

1. Cukup sekadar membersih muka 2 kali sehari
Memang membersih muka memang sebaiknya di lakukan malam sebelum tidur & waktu pagi selepas bangun tidur. Tapi kalau anda seorang yang aktif bersukan atau bekerja yang banyak mengeluarkan peluh ni adalah lebih baik membersih wajah selepas beraktiviti.

2. Mencuci muka menggunakan span/kain
Benda ni selalunya kita tak buat kat rumah tapi kat spa2 atau salon kecantikkan suka la guna span atau kain bagai bagi membersih kotoran yang melekat di kulit wajah kita. Sebenarnya kaedah paling terbaik adalah menggunakan tangan sendiri macam kebiasaan kita buat tu. Kalau gunakan kain/span mungkin gosokkan tu terjadi sedikit kuat. Kalau guna tangan seeloknya cuci tangan dulu sebelum menggosok muka. Kebanyakkan orang dia terus basahkan muka pakai face wash terus gosok je muka. 

3. Guna air panas membersih wajah
Sebenarnya menggunakan air panas boleh menyebabkan kulit jadi kering tapi kalau guna air sejuk pulak tak mampu untuk membersihkan kesan kotoran,minyak & kesan makeup pada kulit. Yang terbaik adalah guna air suam suam kuku katanya.

4.  Mengecilkan Pori menggunakan ais
Memang masa kita mencuci wajah dengan air ais pori pori akan mengecil. Macam tu jugak bila kita mencuci guna air panas pori2 akan terbuka tapi sebenarnya benda tu berlaku hanya pada waktu tu je. Cuma kesan jangka masa pendek. Jadi sebaiknya untuk merawat masalah pori ni gunakan masker atau scrub untuk membuang sel sel kulit mati & menjadikan kulit wajah menjadi lembut & cerah

5. Bertukar tukar produk supaya kulit semakin jadi cantik
Produk ni kadang2 walau kita guna terus menerus dalam masa yang lama, dia akan semakin berkesan pada kulit sebab kulit kita akan secara semulajadi meneutralisasi bahan tersebut. Tapi kalau rasa produk tu serasi dengan kulit kita & kita nampak keberkesanannya tak perlu nak tukar produk lagi. Yang ni aku susah nak follow sebab bab setia pada 1 jenama produk aku memang tak berapa kuat iman. hahahah

6. Pakai krim antipenuaan malam hari kerana waktu malam waktu terbaik merawat kulit 
Waktu malam, sirkulasi darah di bahagian kulit meningkat & level PH kulit akan menurun sehingga krim rawatan mampu di serap kedalam kulit lebih mudah. Tapi bukan semua krim antipenuaan di formulasi sebagai krim malam. Ada jugak krim antipenuaan dalam bentuk day cream yang mengandungi antioksidan & SPF tinggi bagi melindungi kulit dari sinaran matahari. Jadi lebih sesuai pakai krim antipenuaan yang berbentuk krim siang ni supaya boleh di pakai waktu pagi & siang.

7. Semakin banyak memakai produk antipenuaan semakin awet muda & cantik
Memakai banyak produk rawatan kulit sebenarnya tidak menjadikan kulit anda semakin cantik atau memberi banyak manafaat. Jadi tak payah berabih duit sangat la. Yang penting sebenarnya adalah memilih produk yang menepati keperluan kulit anda & memakai dengan cara yang betul sahaja. Selain tu memakai krim wajah terlalu tebal akan menutup pori wajah sehinggan menyebabkan blackhead. Yang ni aku setuju dulu aku suka pakai macam2 produk tak cantik mana tapi bila aku dah malas pakai milk cleansing & cleanser eucerin ni kulit jadi makin elok la pulak. Jerawat pun malas nak hinggap. Maka pemilihan produk yang betul sebenarnya sangat penting bukan memakai produk yang banyak.

Cukup la 7 mitos aku share. sebenarnya ada lagi cuma malas nak taip panjang panjang.. hahaha.. Boleh gitu! Boleh jer. Nak tau selebihnya try la google. hehehe. Apapun gunalah produk yang selamat ada pengesahan kementerian kesihatan malaysia. Nak lagi baik cari produk yang ada kelulusan klinikal macam produk eucerin yang aku sedang pakai. Serius.. memang berkesan & tidak menyebabkan kesan sampingan.

INILAH WAJAH SEBENAR SHILA AMZAH BILA TANPA MAKEUP

INILAH WAJAH SEBENAR SHILA AMZAH BILA TANPA MAKEUP. Shila Amzah ni aku kenal suara dia dari dia kecik lagi. Masa tu dia masuk pertandingan nyanyian anjuran radio.. Dia nyanyi lagu ciptaan bapak dia bertajuk Ibu. Walaupun masa tu dia masih budak budak aku pun masa tu budak baru nak masuk alam remaja katanya.. Suara dia memang buat aku terkesima. Sampai la dia mula buat album masa tu dia belasan tahun kot.. Pun aku masih suka lagu2 & suara dia. Dia mula menyerlah lepas join One In A Million & dapat Naib Juara. Kalah Dengan Ayu OIAM... Tapi lepas pertandingan tu Shila lebih kedepan berbanding Ayu sehingga mencipta nama di negara China. Walaupun dia menyanyi sampai ke negara China dia tak bertukar dari pakai tudung ke Turban la.. Yang tu aku respect jugak. Istiqomah dia dengan imej bertudung tu.

Shila Amzah dalam solekkan. Cantik kan? Sumber Google

Kehebatan bakat shila Amzah bukan sekadar dari vokal malah dia juga berbakat dalam mencipta lagu. Ni betul2 darah seni bapak dia mengalir dalam diri dia, kan? Bukan setakat boleh menyanyi dengan baik malah lagu hasil ciptaan dia jugak tak kurang hebat. Bakat kurniaan Allah untuk dia.. Alhamdulillah.

Shila Amzah ni selain berbakat dia juga comel & cantik orangnya. Muka manis & manja jer. Kalau senyum tu nampak penuh je gigi tersusun rapi katanya. Muka dia ni lebih kepada muka mak dia. Jadi tak pelik la kenapa dia pun lawa macam mak dia jugak. Biasa la retis kita selalu nampak depa cantik dengan solekkan. Kuasa solekkan ni kita sedia maklum mampu mengubah wajah manusia yang sendu menjadi buluh perindu.. Aku pun kalau tak makeup muka kak limah jer.. Kalau makeup up sikit muka kak limah baru lepas mandi & sikat rambut. Nak kata lawa sangat macam retis tu tidak la.. Tapi cukup la aku perasan lawa hahaha

Tapi kalau muka shila amzah tanpa sebarang calitan kosmetik hatta setitik bedak pun gamaknya macam mana. Mesti semua orang teringin nak tengok. Biasanya kita tengok kulit dia licin,gebu,putih & cantik jer. Flawless, glowing tak payah cakap la. Setitik parut jerawat pun tak ada. Tapi bila dia post gambar dia tanpa sebarang makeup kat IG semalam.. boleh nampak la... sebiji dua kesan parut jerawat tu tapi still masih nampak cantik kulit & muka dia.. Tak caya? Nak tengok sendiri. Tengok gambar kat bawah ni...

Shila Amzah Tanpa Makeup. Still cantik jugak

Pun begitu aku rasa shila berani post gambar dia tanpa makeup ni sebab dia rasa gambar ni pun dia nampak masih cantik. Mustahil la dia nak upload gambar yang dia sendiri nampak hodoh. Sama la macam kita jugak.. Konon No Filter bagai.. tapi still nampak cantik padahal teknik cahaya tu dah cover part2 hodoh kat muka kita. Kalau original kadang2 geng kak limah jugak. Hahahaha... Yelah, aku sendiri pun tak tergamak nak tayang gambar muka hodoh aku. Tak boleh terima hakikat katanya. hahaha...  Nak2 lagi shila Amzah ni retis terkenal bukan je kat Malaysia malah sampai ke negeri china sana nu.. Lagi la kena sentiasa nampak cantik. Almaklum la retis.. Tapi retis2 shila amzah terkenal sampai luar negara pun tak boleh lawan populariti mamat ni. Katanya dia lagi retis dari retis. Nak tau sapa meh tengok kat sini >> Inilah Manusia Yang Lebih Retis dari retis. Populariti dia mengatasi populariti retis malaysia <<

Moral of the story.. cantik pada pandangan mata manusia ni berbeza. Kalau lelaki konon perempuan yang cantik adalah yang tanpa makeup padahal bila perempuan tak makeup dia pandang pulak perempuan lain yang makeup tebal & nampak menyerlah bila berada di public. Yang penting aku perempuan suka makeup yang bukan pandai makeup sangat hahahaha.

GAMBAR BILA LELAKI CUBA MENYERUPAI ARTIS WANITA

Ni bukan pondan atau Mak Nyah ni lelaki yang tetiba nak transform muka dia jadi macam artis perempuan. Elok2 kau hensem dalam rupa lelaki terus rasa nak muntah tengok rupa kau yang kononnya muka macam retis wanita yang top meletop kebabom...

 Sumber Google

Hope lelaki2 sejati kat Malaysia takde cuba2 nak buat benda ni.. Tak payah nak jadi attention seeker sangat dengan buat benda2 takde pekdah.. tak payah la rasa macam lawak & mampu meraih like ribu riban dengan cuba menyerupai perempuan. Banyak lagi kot cara lain... Islam pun mengharamkan Lelaki berpakaian @ bersolek menyerupai wanita walau atas niat menyampaikan kebaikkan sebab ada cara lain lagi boleh buat. Berlakon pun tak boleh ok!

Op's terbebel pulak.. lupa nak tunjuk rupa lelaki yang dah di transform dengan make up menyerupai artis wanita popular.. Meh la muntah ramai ramai..  geli pulak... hahahahha

 Elok2 kau ensem nak transform jadi Michelle Obama terus jadi huduh. hahaha

Konon transform jadi Kim Kardashian. Nak tengok banyak lagi koleksi gambar lelaki gedik yang nak jadi retis perempuan ni boleh tengok kat sini Lelaki Ini Ubah Wajah Hanya Guna 'Make-Up



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com