Showing posts with label muslim. Show all posts

ORANG ISLAM PERLU TAHU PERKARA NI SEBELUM KE KOREA

ORANG ISLAM PERLU TAHU PERKARA NI SEBELUM KE KOREA. Dulu jarang nak dengar orang Malaysia pilih korea sebagai destinasi pelancongan. Mungkin masa tu kpop belum berleluasa di Malaysia tapi sejak Kpop & korean drama mula masuk ke Malaysia.. Rakyat Malaysia mula berpusu pusu menempah tiket penerbangan ke korea untuk bercuti katanya.


Kita sedia maklum korea bukan negara Islam jadi mungkin sebelum kesana ada beberapa perkara yang perlu kita tahu untuk memudahkan kita sepanjang percutian. Taknak la tetiba balik Malaysia termakan kat restoran tak halal bagai kan.. Jadi sebelum korang menempah tiket flight ini yang perlu korang perlu tahu banyak perkara. Tanpa panduan kita boleh hilang arah katanya.. Jadi panduan ni mungkin membantu sedikit sebanyak anda semasa di korea.

Bagi yang muslim bukan jer panduan perjalanan malah banyak perkara lagi korang kena ambil tahu. Yelah.. kang nak makan kat mana, nak solat di mana, tempat apa yang boleh & tidak korang lawati. Semua tu berkaitan dengan kehidupan kita seorang muslim. Bukan main redah jer.. Jangan sampai orang bukan Islam salah faham dengan islam sebab kita membawa nama agama tu dengan cara salah.. ye dak? Jadi bagi membantu orang Muslim yang nak ke korea, maka korang kena baca ni >> 8 Perkara Setiap Muslim Perlu Tahu Sebelum 'Travel' Ke Korea Selatan << Penting ok korang tahu benda ni sebelum ke korea. Jadi jangan malas baca. Jangan hanya tau nak cari info tempat2 cantik yang korang dok tengok kat dalam drama korea jer.

Jadi pada yang plan nak ke korea tu hope alert la dengan perkara perkara tu yer. Jangan nak bagi alasan darurat & tak tahu pulak lepas ni. Sekarang kemudahan hujung jari. Korang dok dalam rumah pun boleh jelajah 1 dunia dengan hujung jari jadi tak ada alasan tak tahu, terbuat tak sengaja, tertinggal tak sengaja. Kalau reti login Facebook takkan tak reti nak cari info pasal benda lain kot. hehehe

LAKSA HALAL & TAK HALAL MESTI ADA TAHU

LAKSA HALAL & TAK HALAL MESTI ADA TAHU. Majoriti rakyat Malaysia memang suka makan laksa tak kira dari pelusuk mana pun. Nak2 orang utara la kan.. memang terkenal dengan laksanya. tak kurang jugak melaka, sarawak & johor.. Pun ada laksa mereka sendiri. Walaupun namanya tetap laksa tapi setiap negeri tu kadang2 cara pembuatan laksa tu tak sama langsung apatah lagi rasanya. Aku dulu agak bangang sebab tak tau macam mana rupa laksa johor ni. teringin la jugak nak rasa tapi dok anggap dah lama laksa ni mungkin tak jauh beza dengan laksa utara la. Mungkin rasa tu lain sikit biasa la.. Tapi bila sampai menu yang aku order apsal mee pulak ni. Hahahaha.. Punya cempeqa la masa tu.

Laksa ni homemade. Insya Allah halal.. Aku yang masak sendiri hahaha

Tapi zaman google ni.. Orang malas je akan sentiasa bangang. Search je bersepah dia keluar. Macam2 jenis laksa ada. Tak payah nak bayang bayang dah.. seketoi seketoi dia keluar gambar. Jamu la mata sepuas puasnya sampai kenyang. Kalau dulu aku tak tahu pasal laksa johor.. ni sekali lagi aku terkejut dengan laksa hipster.. Amboi laksa pun tak ketinggalan ikut trend sekarang. Mentang2 wak doyok terkenal dengan fesyen hipster... Laksa pun orang nak hispter kan.



Tak tau apa rasa laksa hispster ni. Rasa macam hispter jugak ke. Tapi tu la kena hati hati jugak nak makan laksa ni. Laksa ni bukan makanan tradisi orang melayu je malah cina pun antara penggemar & peniaga laksa yang popular kat Malaysia ni. Kadang2 aku tengok rancangan kat tv yang berunsurkan travel atau makan makan2 ni.. Main makan je. Kita sendiri tengok orang yang jual tu macam tak confident je macam mana depa boleh selamba makan.

Walaupun pork free (bebas babi) tak semestinya halal selagi tiada pengesahan JAKIM kedai/gerai/restoran tu halal. Kat sini korang boleh tengok menu2 laksa yang halal & tak halal walau dinyatakan 'pork free' tapi tidak ada pengesahan halal >> 9 Laksa Paling Popular Seluruh Negeri Di Malaysia << Jadi senang anda membuat rujukan. Manalah tau tetiba tersinggah at least tahu la kan..

Moral of the story.. yelah, walau tak semua peniaga Islam tu apply certificated halal JAKIM at least sesama islam ni takde la meragukan sangat penggunaan ramuan tu walau halal bukan sahaja dari bahan & ramun malah faktor kebersihan juga di ambil kira
. cuma tu la kalau masakan dari restoran non-muslim ni kalau hanya 'Pork Free' ramuan lain belum tentu halal even hanya menu laksa. ye dak.

HUKUM MEMBOIKOT SESAMA ORANG ISLAM

HUKUM MEMBOIKOT SESAMA ORANG ISLAM. Sekarang zaman ramai orang berpengaruh gunakan kuasa untuk memuaskan hati sendiri. Jika dia tak suka seseorang yang bagi dia penentang dia.. Dia akan ajak pengikut dia yang umpama dah terkena nasi kangkang untuk memboikot individu tersebut walau sebenarnya pengikut dia yang lain tiada masalah dengan orang yang di ajak boikot tu. Biasa la bila berlaku perselisihan faham antara dua orang individu maka yang ada kuasa, guna kuasa veto untuk menunjukkan kekuasaanya. Tu sebagai contoh la.. mengajak orang yang tak ada kena mengena memboikot individu yang kita tak suka.

Kita ni manusia memang tetap la manusia. Ada kurang & silap sana sini. tak semestinya aku tulis entri ni aku auto seorang yang baik & tak melakukan kesilapan yang sama. Sebab aku tahu aku cuma seorang manusia bukan malaikat jadi tak mustahil aku juga sentiasa melakukan kesilapan. Sebelum ada yang salah faham baik la aku jelaskan entri ni sekadar berkongsi ilmu yang sedikit untuk peringatan kita bersama.

Hukum memboikot sesama orang islam ni sama la macam memutuskan silaturrahim. Dari apa yang aku baca...

Untuk artikel penuh baca kat sini >> Hukum Boikot sesama Islam <<

Jadi pada mereka yang ada membuat kempen memboikot orang tu walau secara umumnya orang nampak macam baik je. Macam tak ada apa2 jer... Tapi di sebaliknya dia sedang mengadakan kempen memboikot orang yang dia tak suka, ketahui mungkin sesama manusia ada yang tak nampak tapi Yang Maha berkuasa sentiasa nampak. Kalau macam aku ni kecoh semua orang boleh nampak buruknya perangai.. Tapi yang diam jangan fikir keburukkan itu dapat di sembunyikan. Kadang2 pengikut sendiri pun tak setuju dengan cara kita maka mereka akan cuba luahkan benda tu pada seseorang. Tu mungkin cara Allah nak bagitahu ada orang tak setuju dengan cara kita yang salah. Umpama Bangkai yang di simpan dalam almari akhirnya terbau juga. Jadi sama2 lah kita perbaiki kesilapan masing2. Samada pihak yang memboikot atau di boikot. hehehe

Moral of the story.. Apalah sangat di boikot sesama manusia kan. jangan Allah boikot kita sudah. Selagi Allah sayang kita dia akan sedarkan kita dengan macam2 cara bila kita membuat kesilapan. Terima kasih Allah kerana sentiasa memperlihatkan kesilapan aku bila aku melakukannya cuma kadang2 tetap terbuat jugak sebab ikut perasaan. Itulah manusia perkara yang sering gagal adalah mengawal perasaan.

GADIS BERTUDUNG DENGAN FESYEN ANIME LOLITA JEPUN

Bila dah ada slogan.. Bertudung tidak menghalang untuk perempuan berfesyen kadang2 fesyen tu sampai jadi pelik & tak sesuai dengan imej muslimah & bertudung. Walau ada yang rasa nampak comel tapi entah kenapa aku rasa tak sesuai fesyen Anime jepun ni untuk golongan perempuan bertudung. tetap tak nampak fungsi tudung tu untuk tutup aurat tapi lebih kepada berfesyen. Nak cakap pasal aurat bagai.. Rasa macam tak layak pulak cuma.. Nak cakap fesyen Anime jepun ni dari pandangan mata aku memang tak sesuai untuk perempuan berhijab.


Tak di nafikan comel jer fesyen ni.. Tapi biarlah jadi fesyen kanak kanak sudah.. Yang dah masuk zon akil baligh tu tak payah nak fesyen Anime sangat la. Kadang2 simple itu lebih terserlah kecantikkan seorang wanita berhijab ni. Kalau terlebih fesyen sangat pun serius nampak janggal & hilang terus imej muslimah tu.


Dah di lahirkan manusia tak payah jadi kartun sangat la kot... hahahaha... kalau dah memang comel dari dalam ko pakai purdah pun even nampak bijik mata terkebil kebil je pun tetap nampak comel katanya.

Tapi aku rasa fesyen ni maybe tak lama lagi jadi trend kat Malaysia kot. Serius memang comel cuma aku rasa tak sesuai sangat untuk di label sebagai fesyen muslimah. Dia lebih kepada fesyen jer...

Moral of the story.. bayangkan kita yang beranak pinak pakai fesyen ni, gamaknya berapa bakul kena maki?? hahahahaha

Sumber : Muslim Lolita fashion trend


BILA SALIB TERPACAK DEPAN RUMAH AKU

Tu dia apa kes tetiba cerita salib terpacak depan rumah pulak. Jangan nak fitnah2 apa2 yer.. Aku masih Islam kalau nak tahu macam mana salib boleh terpacak depan rumah aku meh baca dulu yer jangan nak buat spekulasi

Buka2 pintu je terus nampak salib terpacak depan rumah. Dengan size agak besar & memang jelas la mata memandang rasa macam tak sedap pulak. Yelah.. memang tak boleh nak elak dari tengok sebab buka je pintu memang auto nampak. Almaklum la rumah jenis buka pintu nampak pintu rumah orang la katakan..

Ni bukan carian google tapi aku gigih snap sendiri tapi pandang kiri kanan jugak la takut jiran2 lain nampak kang pelik pulak depa. hahahaha

Actually owner rumah depan rumah aku ni memang melayu Islam tapi sejak 2 hari lepas ada penyewa baru masuk. Orang india tapi penganut agam kristian la kot sebab dia pacak salib tepi pintu dekat dinding luar rumah dia. Aku perasan dia pacak salib tu semalam masa buka pintu. Takpe hak beragama dia kan, kita tak boleh nak halang selagi dia tak ganggu sensitiviti agama kita tapi aku tertanya tanya.. sebab owner rumah tu kan orang Islam.. so, rumah dia di sewa bukan orang Islam lepas tu letak tanda keagamaan macam tu.. Boleh ke? Aku try la google info berkenaan.. ye ye aku tahu yang lebih baik bukan mengaji dengan google tapi mengaji dengan tok guru agama tapi dah ada kemudahan hujung jari.. So, boleh jugak gunakan. Tak semua info dalam ni tak betul ye dak?

Jawapan yang aku dapat adalah...

Ni penjelasan dari video ceramah Ustaz Azhar Idrus

Sumber Al-ahkam

Ni sekadar info hujung jari selebihnya rujuklah pada guru agama masing masing.  tak kira apapun bangsa & agama jiran baru depan rumah aku hope mulut dia tak tak tahap logi sangat macam jiran veteran sebelah rumah aku ni. Setelah semua ahli mensyuarat tembok dia dah pindah.. lama jugak aku tak dengar suara dia riuh rendah sembang luar rumah atau bertenggek kat depan pintu rumah orang.. semalam dah mula kedengaran suara merdunya bertenggek depan pintu rumah jiran baru aku tu. Hope dia dah insaf & tak ajak jiran baru mengumpat pasal family aku la.. bukan apa2 tup2 jiran nak pindah tetiba datang minta maaf cakap selama ni dok mengumpat family kecik aku ni.. hahahaha.. lawak jugak sebab aku tak pernah ambil kisah pun. Nak mengumpat pun takpe.. lantak la. Kalau dah hobi dia.. biar je la, kan? kekekeke


TAK SEMUA PRODUK ORANG MELAYU ISLAM TU BERSIH DAN HALAL

Kita manusia ni kadang2 nak judge sesuatu suka sangat ada unsur2 racist. Yang non muslim punya produk semua di ragui kehalalan & kebersihan. Semua produk keluaran orang melayu beragama Islam macam confirm 100% halal & terjamin kebersihan semasa penghasilan produk tu. Ye ke? Tiada keraguan langsung produk hasil tangan orang melayu Islam ni??

Sumber gambar google. Sekadar hiasan

Kita cakap soal bersih dulu.. Selama korang dok makan kat gerai, restoran, cafe bagai milik orang melayu Islam ni korang langsung tak pernah alami atau dengar dari cerita orang lain.. makan jumpa serangga macam lipas, cicak, semut bagai tu? Asal masuk premis atau gerai atau restoran orang melayu jer lantai boleh cermin muka? Kat dapur macam dapur Istana. Lip lip lap anak mami... Banyak kot premis perniagaan orang melayu Islam ni tak jaga kebersihan. Dari pengalaman aku sendiri pun.. pernah jumpa tengok restoran2 yang depan je cantik tapi bahagian belakang & dapur tikus2 berlari2 di bawah kaki.

Yang frozen food, fast food.. atau produk2 perasa yang di tin kan & di botolkan pun kita tak tahu tempat pemprosesannya macam mana. Tak payah confident sangat semua terjamin bersih sebab dalam 10.. mesti ada setengah darinya tak ikut standard kebersihan yang di tetapkan. Yelah konon.. produk orang melayu Islam kat Malaysia ni takde KKM,GMP Halal bagai pun takpe kita tahu confirm halal. Yelah.. dari tangan2 mereka yang memang lahir sebagai Islam kan.

Sumber gambar google. Sekadar hiasan

Yelah kau.. confident sangat la tu. Daging mentah yang jual tepi2 jalan oleh orang melayu Islam pun kadang2 boleh jadi tak halal. Nak tau sebab apa?? Meh ni nak share satu story.. ni masa aku dok kat kampung dulu. Ada la geng2 curi lembu ni.. Depa kalau curi lembu terus sembelih dalam hutan lapah daging bagai.. kemudian jual. Curi dah tentu jadi haram sumber tu.. kemudian sembelih tak tau la macam mana.. pencuri sembelih lembuh cepat2 nak bagi mati nak ambil daging nak jual. Korang tak was was ke cara lembu tu mati?? Kalau aku was was jugak. Jangan ingat daging babi jer haram.. daging lembu, ayam, kambing pun boleh jadi haram kalau tak kena cara penyembelihannya.

Satu lagi kalau jenis makanan.. kau pergi semua pengusaha melayu Islam jenis fikir halal sangat ke? Sumber bahan mentah.. serbuk perasa & bahan2 lain yang di gunakan kadang2 depa cuma fikir untung bukan fikir halal & berkat hasil jualan dorang tu.

Kang ada pulak mencebik.. kalau semua dah tak halal & tak bersih, masak sendiri, tanam sendiri, sembelih sendiri la. Bukan cakap semua.. ni merujuk kepada sesetengah orang sahaja. Bukan kata semua benda aku was was cuma nak bagitau kita jangan rasa apa jer produk keluaran orang Melayu Islam tu semua terjamin halal & bersih.. Orang melayu Islam pun kadang2 ada yang tak fikir hukum hakam bila di kaburi dengan duit jadi tak semestinya produk non muslim tu haram & tak bersih & yang muslim tu ada jaminan halal & bersih.

P/S : entri terilham bila aku buat isu pasal kicap ABC ada yang komen katanya lebih baik beli produk keluaran orang Islam.. yer betul lebih baik support produk muslim tapi belum tentu terjamin jugak tahap kebersihan walau halal, kan??


PERTANDINGAN RATU CANTIK MUSLIMAH BERUNSUR ISLAMIK

Masa duduk2 di tengahari sambil fikir nak masak apa petang ni untuk makan malam nanti tengok la berita tv9. Sebagai manusia kena jugak tengok berita untuk tahu isu2 semasa & perkembangan terkini dalam & luar negara. Tertarik pula dengan satu berita pasal pertandingan ratu cantik muslimah yang berunsur islamik yang di adakan di indonesia & di sertai ramai muslimah dari seluruh negara. Tak tau berapa buah negara yang menyertai pertandingan ni tapi yang dengar dari Malaysia & brunei pun ada.

Memang konsep dia ada islamik sebab perserta semua bertudung & harus kena pandai baca Al Quran. Tak sure surah apa maybe ikut juri la kot dia nak suruh baca surah apa kan. Syarat2 lain seperti cantik, menarik & kelancaran bertutur kata macam pertandingan2 ratu cantik lain juga menjadi penilaian.


Tapi kan.. sesuai ke adakan pertandingan ratu cantik untuk muslimah ni?? Dorang kena peragakan badan & muka jugak. Kena sumbangkan suara jugak. Isk... tak berapa Islamik jugak la kan. Nak cakap lebih2 tak berani sebab den bukan ilmuan agama atau manusia yang dalam kategori warak. Den ni pun serba serbi cacat cela & tak sempurna imannya cuma tu la den sekadar nak menyuarakan pendapat jer. Kita gunakan nama Islam untuk menghalalkan sesuatu acara dengan mencampur adukkan unsur2 Islam dengan yang di tegah Islam.

Sumber di SINI

Banyak sangat dah sekarang orang gunakan nama Islam untuk meraih keuntungan.. Orang buat filem pun sekarang umpan pendakwah2 bebas yang popular untuk berlakon. Bagi dua tiga scene pun cukup la mengumpan penyokong2 pendakwah bebas ni untuk beli tiket wayang. Konon berdakwah melalui filem.. tapi kita sendiri pun tahu yang baik tu sikit.. Yang tak berapa nak baik tu lebih banyak.

Jadi terpulang pada penialaian masing2. Korang rasa sesuai ke di adakan pertandingan ratu cantik muslimah ni?? Even ada ciri2 Islamik seperti menghafal Surah dalam Al Quran. Tepuk dada tanya Iman.. sekadar berkongsi pandangan & pendapat bukan berniat nak mengondem mana2 pihak atau tunjuk baik.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com