Showing posts with label cara. Show all posts

CARA SEMAK SAMADA DOKTOR/KLINIK BERDAFTAR ATAU TIDAK DENGAN KKM

CARA SEMAK SAMADA DOKTOR/KLINIK BERDAFTAR ATAU TIDAK DENGAN KKM. Sekarang ni banyak doktor mula membuka klinik sendiri. Lambakkan klinik persendirian/swasta membuatkan kadang kadang kita tak tahu samada klinik @ doktor tersebut berdaftar dengan KKM atau tak. Risiko tau kalau klinik tu tidak berdaftar dengan KKM sebab kalau berlaku apa apa susah la korang.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Dari perkongsian Laman Facebook Dr Imelda Balchin dia bagi tutorial cara nak semak samada klinik tu sah atau tak. Siap tutorial bergambar. Boleh rujuk di bawah. Jika anda mempunyai account facebook boleh masuk terus ke posting dr Imelda.

Kalau hangpa nak check sendiri, doktor yang bukak klinik sendiri ni doktor tipu kaa doktor betoi, sila ke link ini.


Type nama doktor saja pun cukup.
Lepas tu click go.
Lihat senarai yang keluar.

Saya type Imelda saja. Keluar senarai tujuh orang doktor Imelda yang berdaftar dengan MMC. Saya yang ketujuh dalam senarai tu.

Kalau tau nombor registration MMC lagi bagus. Tak payah laa cari nama kat dalam senarai yang mana satu. Boleh search guna nombor saja.

Kalau doktor tu tak ada di dalam senarai dengan tempat pekerjaannya sekali untuk tahun ini, pi laaa cari doktor lain.

Anda juga boleh buat aduan di laman mmc.gov.my jika anda terjumpa doktor tipu.

Semoga Tutorial dari Dr Imelda ni membantu anda membuat semakan sebelum menggunakan khidmat @ rawatan klinik/hospital persendirian/swasta. Bukan apa zaman sekarang banyak orang pakai title Doktor tapi title tu tidak di iktiraf, tidak bertauliah & senang cakap doktor pelesu jer. Bahaya tau berurusan dengan doktor pelesu ni.. Kang sihat jadi lesu tak tau la hangpa.

Saya kongsikan di blog supaya pembaca blog ni yang belum mengikuti Dr Imelda di Facebook atau yang atak ada acc facebook dapat juga infonya. Apa yang bermanafaat tak salah kita kongsikan.

BAYI MENANGIS TIAP KALI MANDI, INI YANG PERLU ANDA BUAT

BAYI MENANGIS TIAP KALI MANDI, INI YANG PERLU ANDA BUAT. Saya ni beranak tak ramai. Anak sorang je sejak kahwin 7 tahun lepas. Dah 6 tahun pun anak saya.. Masa dalam pantang kebanyakkan mak saya yang uruskan anak saya. Saya cuma jaga bagi susu, tukar lampin jer. Mandikan semua tu mak saya yang buat sampai la umur dia 44 hari baru la saya mula mandikan anak sendiri. Kira tu first time la mandikan baby seumur hidup.. takut ke hapa kena hadap la. Apa ingat nak suruh mak jaga anak sampai pandai mandi sendiri ke?


Anak saya ni memang kuat menangis.. Apatah lagi kalau nak bagi mandi. Dia punya meraung tu macam kena dera... 44 hari mak saya mandikan dia.. 44 hari tu la dia meraung bagai nak rak. Mula2 perangai dia macam tu.. So, biar je la nak menangis. Siap mandi diam la dia.

Mesti mak mak lain ada masalah yang sama kan? Baby menangis masa nak mandi.. Ada ke baby tak menangis masa mandi. Nak2 lagi baby yang dalam pantang ni. Tak sure pulak kan.. Ke memang wajib menangis? hahahaha..

Yang tu tak penting sangat la kita nak tau.. wajib ke tidak baby menangis masa mandi. Tapi macam mana nak buat baby tak menangis masa mandi? Ada petua atau tips ke?

Orang kata mati ja tak ada ubat tapi kalau masalah lain dalam dunia ni semua ada jalan ikhtiar & penyelesaian. Termasuk masalah baby menangis masa mandi ni. Salah satu cara untuk buat baby tak menangis semasa mandi adalah.. baca la sendiri tip kat sini >> Ini 6 Tips Yang Paling Berkesan Untuk Mandikan Bayi Tanpa Tangisan. Cubalah! <<

Yang paling penting adalah sediakan tempat mandi yang selesa & barang mandian yang selamat & sesuai dengan bayi. Sekarang Cetaphil pun dah ada keluar produk mandian untuk bayi. Tak tau la saya yang terlepas pandang atau ni produk baru cetaphil tapi memang baru tahu la. Dulu saya guna sebamed je untuk anak saya.. sebab produk baby yang wangi2 & ada perfume ni saya rasa tak sesuai sangat untuk anak saya. So, saya gunakan produk yang ada clinical approve. Tu pun habis pantang baru saya guna. Masa dalam pantang memang mandi dengan air je... Rasa nak cuci2 dengan produk mandian ni tak confident sangat. hehehehe

Moral of the story.. Apapun dengan teknik yang betul mandikan bayi confirm tak meraung. So jangan lupa try tips tu yer.

TERBONGKAR CARA NAK DAPAT PETROL PERCUMA SELAMA SETAHUN

TERBONGKAR CARA NAK DAPAT PETROL PERCUMA SELAMA SETAHUN. Isu minyak kat malaysia ni memang isu yang evergreen katanya.. Sentiasa jadi isu hangat.Nak2 lagi sekarang minyak kejab turun kejab naik... Yang pasti walau turun pun tetap minyak jadi semakin mahal dari sebelumnya.. Biasa la sebelum turun dia naik dulu. Tapi bila turun dia tak semurah sebelum naik dah hehehee


Bila harga minyak naik ni segala benda naik.. Tu yang sampai ada peniaga caj 30 sen untuk harga air yang ikat tepi katanya. Masing2 nak cari untung lebih nak cover balik harga barang yang dah naik. Semua harap dapat naik haji setiap tahun hehehehe.

Walaupun harga minyak mahal tapi kat jalan raya tetap la bersepah kenderaan terutama kereta. Sebab kereta sekarang dah menjadi satu keperluan untuk rakyat malaysia. Takde kereta pun susah juga zaman sekarang nak2 lagi yang dah berumahtangga.. Tak kisah la kereta buatan malaysia atau buatan luar negara. Janji ada kereta untuk bergerak kemana mana. jadi bila dah masing masing pakai kereta confirm la minyak kena isi sebab belum di ciptakan lagi kereta bergerak pakai air je. Kalau ada kereta boleh isi air je untuk bergerak tak mustahil harga air pulak naik macam harga petrol hehehehe

Tak salah pun kita cari alternatif lain untuk berjimat terutama petrol ni kan.. Mana tau rezeki dapat percuma minyak petrol setahun. Setahun ok! Bukan sebulan.. Tak nak ke? Yang tak pi dok tepi tepi bagi yang nak mai sini dekat sikit cheq nak bagitau macam mana hangpa boleh dapat percuma petrol setahun. Kalau nak mai tengok kat sini >> Korang Nak Tahu Tak Macam Mana Nak Dapatkan Minyak PERCUMA Selama Setahun? Ini Caranya! << Setahun ok.. Fikir balik kalau rasa tak nak. Mungkin kos minyak untuk setahun tu hangpa boleh simpan buat downpayment beli aset sapa tahu.. hehehehe

Apapun... Semua kena usaha juga. Pokok pangkal kena rajin untuk dapat sesuatu. Kalau malas terpaksa mereput la sampai liang lahat. Setakat menyalahkan pemimpin sekarang memang takkan mengubah apa apa.. Di samping menyalahkan pemimpin kita tetap kena cari jalan untuk meneruskan hidup di bumi Malaysia ni. Nak ubah kerajaan kena tunggu la PRU nanti.

Moral of the story... Rezeki di bumi Allah ni luas.. Maka berusahalah yer. Rezeki ni dalam berbagai bentuk bukan hanya duit semata mata. Dapat percuma petrol setahun tu pun rezeki jugak ok.. so jangan lupa cuba ok! hehehehe



MENAKUTKAN.. BILA KENA KENCING KOTOR! INI YANG PERLU ANDA BUAT

MENAKUTKAN.. BILA KENA KENCING KOTOR! INI YANG PERLU ANDA BUAT. Rasanya ni la kali pertama aku kena kencing kotor. Sebelum ni kerap berlaku kencing tak lawas je sebab kurang minum air atau cuaca terlalu panas. Tapi kalau kencing tak lawas biasa lepas mandi dia akan ok dah. Tapi bila kena kencing kotor serius agak menakutkan. Berhari hari jugak la. Nak tau kenapa aku takut? Meh la baca...


Start kena masa hujung2 puasa haritu. Faktor cuaca panas & kurang minum air jugak. Mula2 ingat kencing tak lawas tapi rasa lain macam je sampai la.. Bau air kencing tu lain macam jer. Memang bukan bau kencing biasa. Air kencing pun nampak lebih pekat/keruh & jadi kerap kencing. Sampai la kencing tu bercampur sedikit darah aku dah mula cuak. Gila kau!! Darah kot keluar kat saluran kencing tu.. Kau tak cuak memang kau kental la kan. Time tu memang terbayang macam macam penyakit dah. Semua aku google.. sampai kanser servik pun aku google juga nak tengok samada ada simtom ke tidak.

Maka Doktor Google bantuan pertama aku cari. Bila aku baca simtom2 yang ada tu menandakan aku kena kencing kotor takde la cuak sangat tapi bukan bermakna boleh rilex tak buat apa - apa ok. Walau dari pembacaan aku kencing kotor ni kalau tak serius boleh je kita rawat dengan cara minum air kosong secukupnya tapi kalau di biarkan tak di rawat dia boleh effect organ lain terutama buang pinggang. Ada orang bagitau aku boleh menyebabkan maut jugak ok. Kencing kotor pendek kata kalau dok buat rilex.. buat peace bagai.. Akan menyebabkan penyakit lain yang lebih bahaya. Jadi memang perlu di rawat dengan segera. Salah satu sebab berlakunya kencing kotor adalah sebab kurang minum air kosong.

Kalau hangpa nak tau petanda hangpa kena kencing kotor ni adalah..

1. Kerap rasa nak buang air kecil (kencing)
2. Kencing rasa tak puas (kencing tak lawas)
3. Air kencing sedikit setiap kali buang air
4. Tidak dapat menahan kencing
5. Air kencing berbau busuk
6. Air kencing berwarna keruh atau mungkin bercampur darah
7. Sakit di bahagian ari ari atau bawah abdomen

Tu antara tanda yang biasa di alami bagi mereka yang terkena kencing kotor ni. Antara simtom lain yang mungkin sesetengah orang alami & sesetengah orang tak alami adalah

1. sakit atau rasa pedih ketika membuang air kecil
2. sakit di bahagian pelvis, bahagian bawah abdomen, bahagian bawah belakang anda atau di bahagian sisi badan (kebiasaannya hanya sebelah)
3. menggeletar
4. kenaikan suhu badan
5. rasa sejuk dan panas berselang seli
6. loya dan muntah
7. sakit ketika bersetubuh
** Simtom di atas aku tak alami semasa terkena kencing kotor **

Tapi yang paling menakutkan bila ada yang kata boleh menyebabkan maut & effect kat buah pinggang tu memang cuak juga mula - mula. Pulun minum air tak henti henti la semalam untuk membersihkan kembali part yang terkena jangkitan kuman tu. Nasib baik la sejak semalam kencing dah putih suci murni. Tiada lagi rasa macam kencing tak lawas atau kencing bercampur darah.

Apa yang perlu hangpa buat kalau terkena kencing kotor ni selain mengambil air putih secukupnya?

1. Pi Farmasi beli Ural Salt. Ni ada misi gomen suggest kat aku. Ni untuk rawatan awal la.. Kalau tak ok make sure pergi klinik untuk pemeriksaan & rawatan lanjut

2. Elak mengambil minuman berkafein &bergula. Pendek kata tak payah minum air berperisa yang manis manis tu la. Minum air kosong sudah

3. Elak guna pencuci/sabun yang jenis berbuih terutama pencuci untuk bahagian Intim tu. Skip la dulu guna. Cuci dengan air suam sudah.

4. Pakaian dalam tu pun main peranan jugak. Masa terkena kencing kotor elakkan pakai seluar atau pakaian yang ketat. Seluar dalam tu elok guna yang jenis cotton ok! Pastikan jangan pakai spender yang sama lebih dari 1 hari ok! hehehehe

Semua tu memang membantu jugak la masalah kencing kotor yang aku hadapi. Alhamdulillah sejak semalam & hari ni kencing dah normal. Air kencing dah jernih sejernihnya.. tiada lagi rasa kencing tak puas, tak lawas bagai. Kuantiti air kencing pun dah ok. Takde lagi kencing berdarah bagai. Kesimpulannya nampak dah semakin ok la.

Cara nak ambil Ural ni macam minum Eno tu. Campur dengan air kemudia dia akan berbuih minum je. Rasa dia tak la teruk sangat. Ok jer

Nak elakkan terkena kencing kotor selain mengambil air kosong yang mencukupi adalah

1. Jaga kebersihan di bahagian sulit kita terutama wanita. Nak2 lagi masa period. Pastikan kerap tukar pad

2. Pastikan pada pasangan yang dah berkahwin sebelum & selepas bersama tu pergi kencing dulu.

3. Selepas membuang air tak kira besar atau kecik pastikan cuci dengan bersih sebab kuman pada dubur selalunya akan menyebabkan jangkitan pada bahagian intim. Selepas cuci jangan lap dengan cara dari belakang ke depan takut kuman di bahagian dubur akan berjangkit ke bahagian intim sebaliknya lap dari depan dulu.

Moral of the story.. Kencing kotor ni sebenarnya tak bahaya sangat berbanding kena kencing dengan kawan atau client yang ambil review kat blog. Paling sadis kena macam aku bukan takat kencing dia hantar bala lagi. Peace Yo!

RESEPI KARI IKAN SALMON MENU IFTAR MUDAH & SEDAP (Lazada Blogger Contest)

RESEPI KARI IKAN SALMON MENU IFTAR MUDAH & SEDAP (Lazada Blogger Contest). Minggu ni minggu menghitung hari detik demi detik.. Masa ku nanti apa kan ada. Tu dia tetiba lagu kriss Modenas dah keluar hahahaha. Tak berapa hari lagi kita akan menyambut bulan ramadhan Al Mubarak katanya. Bulan penuh keberkatan & makanan jugak. Tapi harus di ingat dalam mencari keberkatan ramadhan ni jangan sampai kita melakukan pembaziran takut hilang keberkatan dosa pula kita dapat.


Memang la bulan puasa ni kita terpaksa menahan lapar & dahaga dari terbit matahari sehingga terbenam matahari so bila nampak makanan macam singa nampak kijang. Semua kita rasa nak makan & semua kita rasa boleh makan. Walhal kadang2 masa berbuka kita cuma minum air & makan sepinggan nasi berlauk je. Lepas tu kenyang, betul tak? Jadi untuk elakkan pembaziran kena juga mengelak mengunjungi bazar ramadhan. Yang lebih Afdal adalah memasak sendiri kat rumah. Bukan banyak pun nak makan. Tak sampai sekawah pun nak kena masak, ye dak.

Bulan puasa ni kita sedia maklum orang berpuasa kadang2 makanan yang di beli kat luar ni ada yang kurang rasa & ada terlebih pulak rasanya. Sebab tu kena masak sendiri kat rumah. Antara menu yang boleh masak adalah Kari Ikan Salmon. Yer.. Ikan salmon ni bukan ikan yang menjadi makanan rutin orang melayu kat Malaysia ni. Tapi tak salah sekali sekala kita masak menu special sikit guna ikan yang special macam salmon. Kari ikan ni antara lauk kegemaran saya juga yer tuan tuan & puan puan. Dapat semangkuk kari & sepinggan nasi panas panas.. Tambah kicap sikit, Memang nikmat dia 5 star ok! Cukup la hidangan kari ikan yang menjadi menu berbuka puasa. Tak payah lauk pauk lain lagi.

Susah ke nak masak kari ni? Sapa kata susah.. Tak susah pun. Macam masak kari ikan lain jugak. Ada banyak versi.. Versi baru belajar dengan versi expert. Tapi takpe la saya share resepi masak kari yang paling basic supaya yang baru belajar tu tak rasa stress sangat nak belajar masak ye dak. Maybe boleh jadi menu berbuka puasa hari pertama anda nanti.

Untuk resepi kari ikan salmon ni, bahan bahan yang di gunakan adalah..

1. Ikan salmon. Ambil la bahagian mana mana pun semua boleh di karikan
2. Serbuk rempah kari ikan
3. Daun kari
4. Bawang merah
5. Bawang putih
6. Halba campur
7. Air asam jawa
8. Santan
9. Terung/Bendi/Tomato (Pilih la yang mana anda suka. Nak masuk ketiga tiga pun boleh)
10. Minyak masak
11. garam sebagai perasa

* Kalau tak ada masa nak beli serbuk perasa macam rempah kari semua anda boleh beli secara online jugak di lazada Ramadan Bazar

Cara untuk memasak

1. Bancuhkan rempah kari sehingga menjadi pes & letak di tepi
2. Cuci ikan, sayur sayuran (Terung/Bendi/Tomato) & letak tepi
3. Potong bawang merah & bawang putih
4. Panaskan minyak & tumis bawang merah, bawang putih,daun kari, halba campur sehingga naik bau
5. Masukkan rempah kari yang telah di bancuh tadi & masak sehingga pecah minyak
6. Masukkan ikan salmon & biar masak sekejab
7. Masukkan Terung/Bendi
8. Masukkan santan & air asam jawa (Tambah air sekiranya pekat)
9. Biar masak sekejab & sekiranya ada tomato masukkan tomato.
10. Masukkan garam secukup rasa
11. Jika semua bahan dah masak tutup api.

* Nak masak menu berkuah macam kari ikan ni elok gunakan periuk yang jenis dalam sikit macam Tefal Comfort Max Stainless Steel Saucepan 18cm/lid. Sebab senang bahan bahan macam ikan & sayuran dia nak terendam dalam kuah bagi memastikan rasa di serap dalam ikan/daging atau sayuran tersebut. Jangan guna kuali jenis leper tak sesuai ok untuk masak kari. Periuk Tefal ni kelebihan dia boleh memasak makanan tu dengan baik & tahan karat.


Ni kira cara memasak kari ikan paling basic la. Kalau versi expert sikit ada kelainan cara penyediaan bahan termasuk cara nak masak rempah kari tu. Tak susah kan? Anda boleh cuba memasak sendiri kari ikan salmon ni di rumah nanti. Jangan takut tak menjadi.. Kena cuba dulu baru boleh belajar, ok!

Kari Ikan Salmon

Alang alang dah cerita pasal masak memasak ni, saja la nak bagitau korang kalau korang nak membeli belah peralatan memasak macam kuali periuk atau apa saja korang boleh membeli sekarang di lazada malaysia sebab sekarang lazada tengah mengadakan Marhaban Ya Ramadhan & Riang Raya Sale. Diskaun sehingga 90% bermula 19 mei - 30 jun 2017. Sedang elok la bagi korang nak membeli peralatan dapur  Bagi memudahkan aktiviti memasak anda sepanjang ramadhan & hari raya nanti.

Apapun selamat mencuba resepi kari ikan salmon. Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak. Semoga ramadhan kali ini memberi seribu makna kepada kita semua.

ANAK MERAUNG BILA MANDI MACAM KENA DERA, INI YANG IBU BAPA KENA TAHU & BUAT

ANAK MERAUNG BILA MANDI MACAM KENA DERA, INI YANG IBU BAPA KENA TAHU & BUAT. Budak shahila sejak lepas demam haritu tiap kali suruh mandi, tiap kali tu jugak melalak. Tak tau la kenapa dia jadi tak suka mandi. Tapi kalau umpan nak pergi kedai laju la sikit dia masuk bilik air. Kalau pagi2 tu nak pergi sekolah memang dengar dulu la suara menangis masa kali pertama di simbah air ke badan dia. Sebelum demam 2 minggu lepas memang tak ada masalah macam tu. Maybe masa demam tu kena mandi & rasa sejuk sangat kot dia jadi fobia so kena ambil masa sikit la untuk dia kembali seperti sediakala.


Tu budak shahila punya hal.. Anak hangpa ada tak yang jenis memang tak suka mandi. Nak2 lagi yang masih kecik.. Asal mandi dia punya meraung macam kena dera. Apa ingat semua bayi & kanak kanak suka air ke? Main air maybe depa suka tapi kalau mandi ni seolah olah macam satu tanggungjawab besar depa nak kena buat hari hari. Tu yang ada meraung macam kena dera walhal mandi je. Jiran2 yang dengar suara anak kita pun mungkin terfikir apa la mak dia buat sampai macam tu dia punya meraung.

Ada budak tiap kali mandi mesti meraung & meronta ronta sampai besar. Setiap kali air singgah kat badan dia dia punya reaction tu macam kena api.. Memang pening kepala jugak la kan dengan anak yang tak suka mandi ni. Takkan nak lap2 macam kucing jilat2 badan tu je. Mau kepam baunya. Kot mana pun tetap kena mandi sebab mandi ni banyak kebaikkan. Antara kebaikkan mandi ni adalah, dia mampu mengeluarkan racun dari badan.

Mandi dengan berendam dalam air panas sekitar 32 - 35 darjah Celsius selama 10 hingga 20 minit dapat membuka ruang kulit yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan kadar kandungan gula dalam darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik.

Selain dari mengeluarkan toksin mandi ni pun membantu untuk masalah jangkitan kulit. bayi & kanak kanak ni memang terdedah dengan jangkitan kulit macam ruam & gatal gatal. Dengan mandi juga boleh mengurangkan masalah tersebut..

Penyakit kulit seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan kacau sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Walaupun mandi ni banyak manafaat tapi tu la nak terangkan kat budak2 kecik ni bukan mudah. Kalau dia tak suka tetap la dia tak suka kan.. Jadi kalau ada anak anak hangpa yang memang tak suka mandi hangpa boleh try cuba buat benda ni >> Susah nak suruh anak anda mandi? Ikuti 4 tips mudah ini, Si Manja pasti suka! < Insya Allah akan buat anak anda lebih enjoy menikmati masa mandi. Mungkin boleh mengurangkan tantrum tiap kali nak mandi juga. Yang penting kena usaha ok! Jangan hanya duduk & berharap tapi tak buat apa apa memang mereput la kau kat situ... hehehehe

Moral of the story.. Budak - budak nak mendatangkan minat dia untuk sesuatu cuma kena perlu buat dia enjoy jer termasuk mandi. Fitrah budak budak memang suka bermain & dengan bermain buat mereka happy so, adaptasikan bermain dalam aktiviti mereka termasuk la mandi.

RESEPI PERIA GORENG TELUR MELEKAT LEKIT

RESEPI PERIA GORENG TELUR MELEKAT LEKIT. Jarang aku nak masak sayur peria ni ok. Kecuali ada permintaan la. Di sebabkan hari ni ada permintaan dari suami yang suruh masakkan peria goreng telur untuk mak mertua yang masih uzur akibat mild strok so berasap awal sikit la dapur lekatlekit. Kalau tak ada request memang jarang nak masak pepagi.. Bukan ada sapa nak makan pun awal2. Selalunya petang & malam je aku masak.

peria

Walaupun jarang masak peria ni.. Tapi confident tu kena ada untuk masak sesuatu masakan yang memang bukan dalam kepakaran kita. Lagipun apalah sangat kan nak masak peria goreng telur ni.. Mungkin bagi aku antara masakan tak mencabar sangat tapi bagi orang tang baru belajar pegang sudip & senduk ni maybe antara perkara yang mencabar nak buat bila masuk dapur..

Takpe.. takpe.. Sebagai blogger yang prihatin.. Acik boleh share cara nak masak peria goreng telur ni. Manatau akan datang mak mertua hangpa request nak makan kan. Takde la kau mengelabah bewak kabok sangat kat dapur tu. Jom la kita terus ke segmen senduk sudip lekatlekit.. tu dia dah ada nama segmen kau! Jangan tak tau hahahaha

Bahan bahan

1. Peria
2. Bawang besar
3. Bawang putih
4. Telur ayam
5. Minyak masak
6. Garam
7. Serbuk kunyit

Cara nak memasak

1. Kau potong & cuci bahan bahan ni
    a. Potong bawang merah & putih
    b. Potong Peria
Rujuk gambar kat bawah

Peria, Bawang Besar & bawang putih

2. Bila semua dah potong & cuci bersih.. Panaskan minyak dalam kuali & tumiskan bawang besar & bawang putih.
3. Bila bawang dah naik bau.. Masukkan peria & goreng sekejab bagi lembut
4. Masukkan sedikit serbuk kunyit & garam secukup rasa. Gaul sehingga sebati
5. Masukkan telur & kacau sehingga seia sekata semuanya.
6. Dah masak tutup api & hidangkan jer


Senang kan nak masak peria goreng telur ni. Yang jadi susah mungkin tak tahu nak masak je. Tapi kalau ada keinginan nak masak, Insya Allah boleh. Jangan la sampai tak tau masak langsung even bukan kewajipan seorang perempuan memasak tapi kita dah di besarkan dengan adat yang paling tidak perempuan ni kena juga reti buat kerja dapur. Jangan sampai.. bila dah kawen lepas tu duduk dengan mertua kau cuma reti belek laki jer. Satu hapa kerja rumah kau tak reti & malas nak buat. Kesian mak bapak kau.. mesti terpalit noda atas kemalasan anak dia tu. Aku dulu masa duduk dengan mak bapak pun malas jugak masuk dapur.. tapi dah kawen ni memang berubah 360 darjah la sampai balik kampung sekarang tugas memasak dah jadi tugas aku. Sekali sekala bagi mak kita rilex sekejab la dari memasak. takkan sepanjang hidup dia nak jadi tukang masak kita je kan..

CARA RAWAT PARUT JERAWAT BERLUBANG TANPA MENGGUNAKAN PRODUK

CARA RAWAT PARUT JERAWAT BERLUBANG TANPA MENGGUNAKAN PRODUK. Mesti ramai yang semakin fobia nak guna produk bila semakin banyak produk dari krim timbang kilo di jual dengan jenama2 tempatan berleluasa. Siap ada yang cop KKM bagai.. Packaging pun kemain lawa tak nampak macam produk low class. Tapi di sebalik keindahan packaging & label dia.. Rupanya dia adalah produk krim timbang kilo je yang boleh beli secara borong. Dengan modal 2 - 3 ribu dah boleh jadi pengasas produk. Seram kan? Kalau kita antara mangsa penipuan orang2 macam ni.. mesti fobia juga dengan produk skincare ni.


Maka orang pun mula la nak cari cara atau petua nak merawat masalah kulit terutama muka la kan.. dengan kaedah alami atau semulajadi dengan menggunakan bahan dari tumbuhan atau herba. Salah satu masalah manusia ni.. Masalah parut jerawat. Kalau parut jerawat yang jenis hitam tu.. senang la hilang sebab dia cuma macam atas kulit tapi kalau yang jenis berlubang.. Tak mudah ok malah ada yang sampai mati pun tak hilang.

Punca parut jerawat jadi berlubang macam tu.. Salah satu sebab kita suka picit & garu tempat berjerawat semasa jerawat tengah aktif di muka. Sapa2 yang pernah jadi jurujerawat faham la.. Tengok jerawat tu macam geram je kan.. Dia tak boleh tengok.. mula picit lepas tu jadi ketagih & asyik nak picit... kesudahnya bila jerawat tu dah kecut akan meninggalkan kesan parut yang berlubang & berlobak kat muka. Aku kalau muka naik jerawat sekarang untuk elak dari picit aku tempek bedak sejuk.. Tak tau kenapa kalau tempek bedak sejuk, tangan aku jadi auto tak picit jerawat mungkin sayang takut bedak sejuk tu terhakis kalau dok garu2 kot. hahahaha

Kalau hangpa mengalami masalah parut jerawat berlubang ni.. Tapi takut nak rawat guna sebarang produk.. ada petua menggunakan bahan2 semula jadi anda boleh amalkan. antaranya..

1. Masker Tomato
Seperti yang kita sedia maklum.. Tomato memang sangat baik untuk kulit sebab tomato Tomato mengandungi banyak vitamin dan nutrien yang boleh mengecutkan liang, jadi ia mampu menutup parut jerawat berlubang. Tomato boleh membaiki kerosakan kulit ke tahap selular. Jadi Tomato sangat berkesan untuk hilangkan parut jerawat berlubang dengan lebih cepat cuma kena consistent la amalkan benda ni.

caranya
Hiris buah tomato nipis nipis, kemudian letakkan kepingan tomato yang di hiris ke bahagian kulit anda yang berparut. Boleh jugak hancurkan tomato kemudian sapu di bahagian parut macam pakai mask. Biar lebih kurang 20 minit kemudian cuci dengan air bersih. Amalkan sekali sehari, Insya Allah parut jerawat yang berlubang akan semakin pudar & rata.

2. Timun
Timun pun antara bahan yang sangat berkesan merawat parut jerawat berlubang ni sebab khasiat dia lebih kurang sama macam tomato jugak. Timun ni mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat, membuang sel sel kulit mati, membersihkan habuk & kotoran & membersih sisa sisa makeup. Selain tu timun juga mampu menegangkan kulit & menanggalkan sel sel kulit mati.. so dia mampu memudarkan jerawat & parut.

caranya :
Potong timun nipis nipis kemudian letak kepingan timun di bahagian parut. Biar sehingga 15 - 20 minit selepas tu baru cuci dengan air. Untuk kesan yang cepat lakukan sehari sekali sehingga parut jerawat hilang

Sebenarnya tak susah cuma yang jadi susah tu sebab tak rajin je. Macam aku dulu rajin jugak buat ikut petua orang dulu dulu guna bahan semulajadi ni.. Memang berkesan tapi lama2 jadi malas. Macam nak cerahkan kulit,licinkan kulit & pudarkan parut jerawat ni boleh juga guna beras yang di sangai kemudian di blend halus.. Campur dengan telur putih & sapu kat muka macam masker. Amalkan setiap hari serius tak sampai sebulan boleh nampak hasil. Malah kesan drastik pun boleh rasa selepas pakai masker beras & telur ni tau. Rasa kulit hangpa macam kulit telur gitu. Licin baq hang!! hehehehe

Apapun semoga perkongsian kecil ni memberi manafaat besar kepada orang lain. Yang mana rajin cuba la kan.. Guna bahan2 semulajadi ni tak ada risiko kalau pun mungkin kesan dia lambat. Nak cepat memang kena guna produk tapi kena hati hati la pilih produk jangan sampai hangpa tenyeh racun kat muka sudah.

PERHATIAN! PENIAGA ONLINE PERLU TAHU APA ITU COPYWRITING

PERHATIAN! PENIAGA ONLINE PERLU TAHU APA ITU COPYWRITING. Sekarang ramai orang buat perniagaan secara online.. Jenglot pun orang jual online ok apatah lagi benda2 yang dulu kita tak terfikir untuk di pasarkan secara atas talian kini dah ada orang buat. Sekarang ni segala mak nenek boleh beli secara online ni.. Nak beli barang basah macam kat market tu pun ada. Pendek kata kalau berat sangat bontot hangpa nak keluar boleh order je online satgi depa mai hantaq depan batang hidung hangpa.


Bila berniaga secara online ni.. Salah satu perkara yang sangat penting adalah copywriting. Kalau tak faham copywriting tu macam mana.. Lebih kurang macam ayat2 iklan untuk menarik minat orang membeli produk atau jualan anda. Lagi menarik ayat yang korang guna makin senang produk anda di kenali seterusnya mampu menarik pembeli untuk membuat urus niaga dengan anda.

Kalau korang seorang yang kreatif jadi tak perlu nak guna khidmat orang lain untuk mencipta ayat copywriting untuk anda.. Macam blogger pun kena pandai jugak buat copywriting ni sebab kebanyakkan blogger memang buat service review berbayar. So tajuk entri tu bagi aku macam copywriting jugak la untuk menarik minat orang lain membaca review yang aku tulis. Kalau baca tajuk pun boring.. Macam mana depa nak tahu apa produk yang kita tulis tu kan? Sebab tak ada tarikkan langsung untuk orang membaca. So bagi aku seorang blogger, tajuk entri umpama copywriting sesuatu artikel yang aku tulis untuk menarik minat orang lain membaca. Tu pendapat aku la kan.. kalau salah tolong tunjukkan. hehehehe

Kalau lahir dari kepala hotak & idea sendiri tu memang la free of charge. Sebab keuntungan tu nanti kau juga yang kaut kan.. Tapi kalau nak minta orang lain buat copywriting untuk anda jangan la harap percuma sebab benda ni sekarang ada rate dia. Ada kawan aku mesej minta tolong aku buat copywriting satu produk client dia.. Sebab sekarang dia bekerja dalam satu team viral. Kalau hangpa nak viralkan produk atau jualan hangpa boleh PM dia kat facebook Azie Zah. Dia memang baru belajar so banyak yang dia tak tau pasal copywriting. Kerja dia bukan dok buat copywriting pun. Kerja dia cuma memviralkan produk atau perkhidmatan anda bersama team dia la. Terpaksa aku explain kat dia benda ni bukan boleh main minta2 jer orang buat. Benda ni salah satu service yang kena bayar bukan percuma. Terpaksa aku explain even nampak macam simple tapi bukan mudah sebab ia berkaitan dengan idea & kreativiti. Konsep dia bukan sekadar tolong menolong. Baru la dia faham benda tu ada harga yang perlu di bayar. Win win situation la kan.. customer nak produk dia terjual & dapat untung takkan kita yang buat kerja untuk dia pakai modal air liur je kan. Aku buat kerja kerja amal jugak kat blog ni.. Tapi syarat bukan untuk keuntungan mana2 pihak & benda tu memang semata mata untuk charity.

Nak buat copywriting ni kena tengok produk apa yang hangpa nak jual & target pembeli. Contoh macam nak jual produk buang bulu macam pernah aku buat untuk kawan aku yang jual produk wax tu.. Aku fokus pada bulu apa yang nak di buang. Bila kita highlight bulu jer.. Kadang2 orang tak tahu.. Misai, janggut semua tu pun dalam kategori bulu jugak. Jadi kadang2 kena highlight benda tu supaya dalam satu iklan dapat menyampaikan info yang buat semua orang faham fungsi sesuatu produk tu secara ringkas. Contoh ayat aku guna.. Produk penanggal bulu ketiak,kemaluan,misai,bulu roma paling berkesan. Bulu roma ni orang tak heran sangat sebab biasa jer... Orang akan tertarik tang bulu celah bedah tu je macam ketiak & kemaluan. Ternyata memang berjaya buat kawan aku meraih sale yang berpanjang dari review tu. Sebab tu penting buat copywriting yang memang mampu menarik orang untuk berkenalan dengan produk yang anda jual. Kalau setakat tulis wax penangal bulu.. boring sangat. So kena ada ayat2 yang mampu buat orang nak tahu lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan anda.

Jangan la nak cebik - cebik dok cakap.. macam aku terer sangat nak bagi tip kat orang. Aku bukan pakar tapi just berkongsi je apa yang aku tahu & aku buat. Tapi kalau nak guna service aku untuk review produk, jualan atau perkhidmatan hangpa boleh ja email ke lekatlekitgurl@yahoo.com. Yang tu memang dalam kemahiran aku nak buat. hehehehe Kita boleh bincang dari hati ke hati tapi jangan sampai jatuh cinta pulak. hahahahaha

Moral of the story.. Tiada yang percuma zaman sekarang. Sekarang ni kreativiti tak kira hanya dengan penulisan santai macam blog aku pun ada harganya. Orang sekarang kadang2 kita guna konsep tolong bila dah berjaya lupa orang yang pernah tolong tu. Sebagai manusia kadang2 akan timbul rasa terkilan & kesalan kat situ. Jadi zaman sekarang kena guna konsep berniaga jer.. Kau bayar, aku buat kerja. So tak ada sapa terhutang budi atau tak kenang budi sesiapa, kan? hehehehe

CARA MEMBELI BELAH DI WEBSITE LAZADA GUNA DEBIT CARD

CARA MEMBELI BELAH DI WEBSITE LAZADA GUNA DEBIT CARD. Ada antara kawan kawan aku yang tak terjebak dengan pembelian online ni sebab dia tak ada online banking katanya. Kalau beli dari direct seller tu biasa la.. Depa pi mesin deposit terus bank in jer duit. Kalau membeli melalui website ni..depa kata tak ada online banking jadi susah nak buat pembayaran walau sebenarnya pembelian melalui website macam lazada ni.. Banyak kaedah pembayaran di sediakan termasuk cash & carry bagi certain barang la.. Yang cash & carry tu aku sendiri pun tak pernah buat lagi.. Selalunya aku buat pembayaran transfer direct terus dari online banking jer.. sonang kojo den & sonang jugak duit den habis. hehehehehe


Tapi ceritanya tadi.. Aku nak beli satu barang guna voucher yang aku dapat dari lazada tapi di sebabkan nilai barang tu lebih sekupang dari nilai voucher tetap la aku kena bayar. Apa ingat lazada nak bagi diskaun ke walau 10sen je katanya. Tak ada sposen dia tak hantar barang ok! Order pun dia tak terima. So, jangan pandang kecil pada nilai sekupang tu. Orang tua tua kata.. tak dak sekupang tak cukup sejuta ok!

Nak tak nak kena la jugak bayar.. Macam biasa nak transfer guna online banking je la even sekupang pun. Tapi dua tiga kali dok try asyik error je naik fed up jugak. Dari skrin pc aku retak seribu sebab naik angin adalah try bayar guna kaedah lain.. Tengok ada pilihan guna debit card. Sedang elok la aku pun ada ATM debit card katanya. Memang aku jarang simpan cash.. Nak beli apa kebanyakkan swap2 jer.. Kalau yang pakai cash confirm la duit laki aku. hahahaha

Kali pertama ok try guna Maybank ATM debit card bayar pembelian kat lazada. Rupanya senang jer.. lepas dah add cart barang anda nak beli tu lepas tu clik kat proceed to check out. Lepas dah clik kat situ kat ruangan choose payment option tu korang just tick kat bahagian credit or debit card kemudian clik Place your order.


Lepas dah clik Place your order tu nanti dia ada satu ruangan korang kena masukkan nombor debit card & 3 nombor di belakang debit card korang tu. Lepas tu kena verify dengan MSOS code. Yang tu depa akan sms kat nombor telefon korang la. Lepas dah masukkan MSOS code tu order korang akan di proses. Selesai masalah.. Senang kan? aku dah try tadi.. tak ada sebarang caj tersembunyi. Aku bayar sposen dia potong sposen jugak la dalam account. hehehehe


Jadi pada korang yang ada debit card nak shopping kat lazada.. Tak perlu risau. Majoriti ramai yang ada debit card sekarang ni. Senang nak beli tak payah nak beratur kat mesin ATM keluarkan duit. Nak isi minyak kat stesen minyak pun boleh guna debit card. Zaman sekarang bukan secure sangat nak bawa cash banyak banyak ni.

Selamat bershopping you uolls...

9 CARA UNTUK JIMAT ELEKTRIK SEMASA MENGGUNAKAN MESIN BASUH

9 CARA UNTUK JIMAT ELEKTRIK SEMASA MENGGUNAKAN MESIN BASUH. Zaman sekarang agak susah nak jumpa rumah yang tak ada mesin basuh.. Nak2 lagi rumah orang yang dah berkeluarga la. Mesin basuh sekarang bukan lambang kemewahan dah.. melainkan mesin basuh anda harga sama dengan sebiji rumah la kan.. Tu memang menjadi lambang kemewahan. Tapi mesin basuh sekarang menjadi satu keperluan nak2 lagi untuk orang macam aku yang duduk rumah atas kayangan ni. Tempat ampai memang tak ada cahaya matahari.. Keringkan baju harapkan angin sepoi sepoi bahasa yang minta kena sepak je hahaha


Sebab dah jadi keperluan ni.. Nak guna mesin basuh kena la guna tenaga elektrik. Memang mesin basuh tak guna magic atau ilmu hitam untuk berfungsi.. kot mana pun hangpa kena guna tenaga elektrik jugak. Bila dah guna tenaga elektrik ni.. Maka kena la bayar bil elektrik dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kan... Kalau tak bayar dia potong la bekalan tenaga elektrik yang di sambungkan kerumah anda.. Memang tak ada tenaga elektrik free dalam dunia ni kecuali anda membuat penyambungan arus eletrik secara haram jer. Tu pun ikut nasib.. kalau tak kantoi dengan TNB boleh la guna tenaga elektrik haram tu.. Atau kalau nak azab dari Allah sebab mencuri tenaga elektrik dia bagi kena kejutan elektrik.. rumah terbakar panggil bomba.. bomba datang berlumba - lumba.. Sebab buat penyambungan tak mengikut spesifikasi yang di tetapkan nasib la kan. Sapa suruh buat benda haram..

Nak jimat elektrik ni tak perlu sampai mencuri macam tu.. bukan je berdosa malah berisiko. Ada je cara korang boleh buat untuk jimat elektrik. Tak payah nak lekat pantyliner kat kotak suis box elektrik tu jugak. Pantyliner pun kena beli.. hahahaha. Salah satu nak jimat elektrik adalah ketika mendobi menggunakan mesin basuh.. Benda ni memang rutin harian kita kena buat. Jadi penting jugak korang tahu tip yang boleh mengurangkan bil bulanan anda ni.. meh la kita ramai2 dapatkan tip jimat elektrik semasa mendobi kat sini >> 9 Cara Untuk Jimat elektrik semasa menggunakan mesin basuh << Salah satu dari tip tersebut adalah basuh baju dengan air yang sejuk. Kadang2 air paip ni pun suam ikut cuaca jugak kan.. So nak sejukkan dia.. tadah dulu dalam baldi ke hapa & tutup.. nanti dia akan sejuk hehehehe. Tapi macam banyak kerja la pulak nak sejukkan suhu air semata mata nak jimat eletrik semasa cuci baju kan. Ada ke orang nak buat? hahahaha

Apapun.. Semoga tip ni mampu membantu ada mengurangkan bil elektrik anda setiap bulan. Almaklum la sekarang ni semua naik harga termasuk la bil elektrik kan.. KIta nak merungut pun memang tak ada apa akan turun jadi kita terpaksa lebih bijak & kreatif mengurangkan perbelanjaan & menambah pendapatan.

UNTUK MEREKA YANG BERKENING NIPIS & BERSEPAH

UNTUK MEREKA YANG BERKENING NIPIS & BERSEPAH. Sekarang ni tengah trend orang mencantikkan kening dengan teknik makeup.. Rata2 kaum wanita sekarang gigih belajar lukis kening.. Erkk.. aku pun sama. Berkat berguru dengan video2 tutorial makeup ni.. Reti la sikit2 nak melukis kening aku yang jenis bersepah ni. Memang aku sejenis manusia yang berkening tak ada bentuk yang cantik.. melentik2 gitu. Terpaksa di bentuk menggunakan teknik solekkan sebab untuk elak dari membentuk cara mematih atau mencukur kening...


Ada orang jenis kening dia sangat nipis sampai tak nampak macam ada kening.. Kalau dia tak touch up bahagian kening.. serius jadi macam burung hantu je rupanya. Sebab kening dia memang tak nampak sangat.

Jadi yang ada masalah kening nipis & kening spesis bersepah merata rata macam aku ni.. Ada petua yang boleh anda amalkan untuk mendapatkan kening yang lebat & cantik.. Petua ni tak guna sebarang produk di pasaran tapi menggunakan bahan2 semulajadi sahaja.. Jadi selamat & bebas dari sebarang bahan kimia yang merbahaya...

Cara nak lebatkan kening & dapat kening yang cantik adalah...

1. Guna buah keras

Caranya sagat buah keras tu lepas tu campur air kemudian air buah keras tu di sapukan pada kening. Amalkan setiap malam.. Insya Allah dengan berkat usaha yang berterusan anda akan dapat kening yang cantik & lebat

2. Kelapa Tua

Ambil minyak buah kelapa tua & sapukan pada kening. Amalkan selalu ia juga membantu anda mendapat kening yang lebat.

3. Daun lidah buaya

Ramas daun lidah buaya. Ambil gel dari daun lidah buaya tu sapu pada kening pada setiap malam. Boleh membantu melebatkan kening anda

Jadi yang rasa bermasalah dengan kening nipis & bersepah try la amalkan petua2 di atas tu yer... Mana tau lepas ni hangpa tak payah susah nak lukis kening la. Kening anda dah semulajadi kelihatan cantik berseri. Kening dah cantik kulit wajah kusam & nampak tua sebelum usia pun tak best jugak kan.. Jadi ni petua nak dapat wajah sentiasa cantik & awet muda >> Inilah Rahsia 4 Wanita Malaysia Sentiasa Cantik & awet muda termasuk blogger terkenal Namee Roslan << Bila semua dah cantik.. Barulah keyakinan kita pun semakin meningkat. hehehehe

YANG TAK MINAT DENGAN APLIKASI NI MUNGKIN NAJIB RAZAK JE

YANG TAK MINAT DENGAN APLIKASI NI MUNGKIN NAJIB RAZAK JE. Zaman sekarang bukan je nak makan Nasi Kak Wok kita kena fikir 18 kali.. Nak minum air kosong kat luar pun pat lima kali jugak fikir. Sebab kalau kat kedai makan, restoran mahupun kafe memang air kosong tak banyak dah bagi percuma. harga air kosong antara 30sen - 50sen. Katanya bill tetap kena bayar walau  air berperisa klorin, inikan dah siap dia tapis atau di masak. Jadi tak relevan katanya nak bagi percuma.. Tu dia.. memang zaman sekarang setiap sen tu ada nilai dah. Takde 1 sen tak cukup sejuta jugak hahahahaha


Jadi masing masing berlumba mencari yang paling murah even nak mengisi permintaan anak tekak sekalipun. Sapa tak nak bayar murah beb! Najib je suka bayar mahal.. Rakyat Malaysia yang lain majoriti lebih suka harga murah ok! Sebab tu sekarang macam2 protes jalanan di buat sebab tak tahan dengan kos sara hidup yang semakin tak masuk akal dengan gaji yang di terima. Kenapa Najib je suka yang mahal - mahal.. Alahai bukti dah nampak terang terangan. Sejak pemerintahan dia jarang yang turun semua naik jer. Turun sposen.. Naik doploh sen katanya. Hahahahahaha. Jadi kat situ Najib je suka benda mahal sebab tu semua benda dia nak kenakan cukai & naikkan harga. hahahaha

Jadi mungkin Najib je tak suka benda ni sebab dia tak memerlukan.. Rakyat Malaysia yang lain mungkin sangat sangat memerlukan sebab boleh jimat belanja katanya. Najib buat apa la dia nak guna semua benda2 ni kan.. Duit dia berkepok kepok lagipun dia guna highway bukan kena bayar tol.. Dah jimat tang tu. Dia pergi makan kat mana2 mungkin tak payah bayar duit poket sendiri.. Kita ni rakyat marhaen katanya.. Nak berak pun kena bayar apatah lagi nak menghasilkan taik.. Harus la kena bayar. Apa ingat ada ke orang nak bagi makan free. tak makan macam mana nak terhasilnya tahi, kan? hahahahaha

Pejadah pulak cakap pasal taik... Ok.. Ok.. kembali kepada topik sebenar. memandangkan zaman sekarang serba serbi mahal jadi atas keprihatinan aku yang juga tergolong dalam golongan rakyat yang terbeban dengan kos sara hidup yang semakin tinggi.. Maka meh aku perkenalkan kat hangpa satu aplikasi ni yang boleh jimat belanja hangpa. Tak caya ada aplikasi boleh jimat belanja? tak caya tengok kat sini >> Macam macam benda boleh Jimat dengan hanya guna Aplikasi ni sampai nak makan nasi kak wok pun anda boleh guna jugak <<

Jadi.. Kalau rasa nak kurangkan kos belanja boleh la guna aplikasi ni. Mana tau lepas guna aplikasi ni boleh menabung seterusnya beli banglo Dato Aliff Syukri.. Tu dia.. Dia punya perancangan masa depan. Orang kata impian tu langkah pertama sebuah kejayaan. So tak salah ber impian besar. hehehehehehe

Moral of the story.. Jimat cermat amalan mulia. Ok Bai..

AWAS! INI SEBAB TIDAK BOLEH SIMPAN TOMATO,BAWANG & UBI KENTANG DALAM PETI SEJUK

AWAS! INI SEBAB TIDAK BOLEH SIMPAN TOMATO,BAWANG & UBI KENTANG DALAM PETI SEJUK. Rumah sapa yang tak ada peti sejuk zaman sekarang.. Majoriti setiap rumah pasti ada peti sejuk sebab dah jadi keperluan bukan lagi lambang kemewahan cuma membezakan peti sejuk orang susah, golongan sederhana & golongan kaya berbeza jenama & saiz je la. Macam aku ni golongan sederhana jadi peti sejuk pun sederhana la jenama & size dia. Ok la tu kan.. Asalkan beli cash bukan hutang. Kau nak peti ais sama besar dengan almari dua pintu.. Make sure pendapatan kau pun kena setaraf juga la dengan selera kau. hehehehe


Taki kisah la berapa pintu peti sejuk kat rumah kita kebanyakkan fungsi dia sama jer. Untuk simpan bahan bahan mentah & banyak lagi la fungsi lain. Malas pulak aku nak senaraikan satu persatu.. Pepaham sendiri je la.. Tapi yang penting bahan mentah tu la. Nak2 lagi bahan basah ni.. Untuk pastikan dia tahan lama kena la letak dalam peti sejuk. Boleh la tahan seminggu.. ye dak.. Dulu masa aku & adik beradik masih bawah tanggungan mak ayah.. Setiap seminggu sekali mak & arwah ayah akan keluar pergi beli stok lauk & sayur untuk seminggu sebab mak ayah aku kerja. Bila balik kerja atau sebelum pergi kerja boleh masak siap siap.

Walaupun peti sejuk ni untuk menyimpan bahan bahan basah & bahan mentah tak semua benda kau boleh sumbat dalam peti ais. Peti kau bukan perigi buta ok! Ada benda yang kita tak di galakkan untuk simpan dalam peti ais. Tapi ada bahan bahan mentah yang kita biasa simpan dalam peti ais tapi sebenarnya tidak di galakkan & tidak sesuai di simpan dalam peti ais. Contoh Buah tomato, bawang & ubi kentang.. Ubi kentang & bawang tu mungkin tak ramai yang simpan dalam peti ais tapi tomato.. Rasanya majoriti suka simpan dalam peti ais. Betul tak? Nak tau kenapa tak boleh simpan dalam peti ais meh baca kat sini >> 7 Kesilapan Yang Anda Buat Ketika Menyimpan Bahan - bahan mentah dalam Peti Sejuk << Baca yang nombor dua tu yer kalau nak tahu kenapa tak boleh simpan buah tomato, bawang & ubi kentang.

Lepas dah baca info pasal peti sejuk tu korang tahu la kan nak manage peti sejuk sendiri. Tak semua benda boleh sumbat dalam peti sejuk tu.. Peti sejuk kita bukan mini market ok! hehehehe..

MAID AGENCY MALAYSIA ADA 6 BULAN JAMINAN SEKIRANYA ORANG GAJI LARI

MAID AGENCY MALAYSIA ADA 6 BULAN JAMINAN SEKIRANYA ORANG GAJI LARI. Sekarang ni orang gaji dah jadi satu keperluan bagi golongan yang bekerjaya. Lebih lebih lagi yang mempunyai lebih dari seorang anak untuk di jaga. Kos taska pun sekarang semakin tinggi.. Kalau dua tiga orang anak hantar taska untuk 1 hari kos dia memang dah boleh bayar seorang pembantu rumah. Sebab tu ada yang memilih untuk mengajikan pembantu rumah dari menghantar anak ke taska.


Tapi tu la.. Kadang2 ambil pembantu rumah ni jadi macam macam masalah pulak. Pernah jugak aku dengar luahan perasaan mereka mereka tentang masalah pembantu rumah warga asing yang tak dengar arahan, melawan, tak tahu buat kerja rumah, tak ada etika bekerja, menganiaya majikan, berlaku kasar dengan anak anak majikan ketika ketiadaan ibu bapa mereka & macam - macam lagi la masalah. Benda - benda macam ni sememangnya merisaukan sesiapa saja. Bila di tegur terus lari dari rumah majikan. Walau ada yang kerja tak sampai 6 bulan pun. Ada juga yang sebelum melarikan diri habis di curi barang2 berharga di rumah majikan. So, nak cari pembantu rumah ni jangan main ambik je sebarangan. Nak - nak lagi yang jenis ambil dari kawan la.. ambil warga asing yang datang ke Malaysia tanpa melalui apa2 Agent yang sah. Sangat berisiko. Jangan nak jimat dua tiga ringgit kita menyesal seumur hidup. Sebab tu penting kalau nak ambil pembantu rumah kena melalui Agent yang sah & berlesen supaya sekiranya berlaku apa - apa.. Kita boleh merujuk dengan pihak Agent tersebut.

Nak cari orang tempatan untuk di jadikan pembantu rumah bukan senang nak dapat. Mana ada orang tempatan nak kerja jadi orang gaji kat rumah orang dah zaman sekarang. Kebanyakkan pembantu rumah adalah di kalangan warganegara asing. Tapi tu la.. Bila terbaca berita tentang kejahatan pembantu rumah warga asing ni.. Kita pun rasa cuak. Kalau tak jahat pun takut kerja tak sampai sebulan dua lari pulak. Dah la bayar agent mahal2.. Rugi la kalau tetiba orang gaji lari kan.


Nak ambil orang gaji ni kena teliti supaya kita tak rugi. Kalau ambil yang tak reti buat kerja pun susah jugak. Dah satu hal kita pulak nak kena ajar semua perkara. Jangan sebab orang gaji tak tau buat kerja kita pulak jadi lebih penat dari sebelum ada orang gaji kat rumah. Yelah.. semua benda dia buat tak betul & kita nak kena betulkan balik. Tu pun salah satu masalah besar jugak. Sebab kita ambil pembantu rumah untuk membantu ringankan kerja kita kat rumah.. Kalau menyusahkan lagi tak ada fungsi la pembantu rumah tu.

Satu lagi.. tentang kesihatan. Yang ni sangat penting. Sebab dah banyak kes kat Malaysia ada majikan terambil pembantu rumah yang ada mental problem walau secara fizikal & mata kasar nampak normal. Maka berlaku bila di tinggalkan anak pada mereka.. anak tu di lambung lambung macam bola. Di campak campak macam bantal. Sebab tu penting mencari Agent pembantu rumah yang bagi jaminan pembantu rumah yang mereka bekalkan sihat mental & fizikal.


Pembantu rumah selain yang boleh buat kerja & tak gila.. Ni pun penting. Yang ada rasa perikemanusiaan tinggi & penyayang bukan saja kepada bayi & kanak kanak malah kepada warga emas nak2 lagi kita yang ada ibu bapa yang dah tua.. maybe dah uzur tinggal dengan kita. Perlukan pembantu rumah untuk menjaga sementara kita keluar bekerja. Aku pernah tengok pembantu rumah yang sayangkan anak anak majikan macam anak sendiri.. sayangkan ibu bapa majikan macam ibu bapa dia sendiri. So, dia jaga dengan baik. Ada juga yang baik kat depan.. Belakang di tunjal2nya kepala mak bapak kita yang dah tua. Di sepak2 dengan kaki. So, salah satu ciri yang perlu kita titik beratkan dalam memilih pembantu rumah.

Kadang2 pembantu rumah yang tak faham dengan tugasan mereka pun boleh menyebabkan mereka memberontak seterusnya melakukan benda yang tak baik di belakang kita. Sebab mereka tak di beritahu atau di latih buat perkara perkara tu. Yang mereka tahu.. hanya jaga rumah, kemas rumah jer.. Bila terpaksa buat kerja yang di luar jangkaan mereka itu juga menjadi salah satu punca kenapa pembantu rumah ni buat perkara perkara yang tak di ingini.

Maka sebab tu kenapa anda perlu mengambil pembantu rumah dengan Maid Agency Malaysia ni. Agensi Pekerjaan Cempaka Allied Sdn Bhd merupakan adalah agensi yang membekakan pembantu rumah terlatih secara profesional di Malaysia. Mereka melatih & menyediakan sumber pembantu rumah dari Filiphina, Indonesia & dari beberapa negara di rantau ini termasuklah orang tempatan.


Maid Agency Malaysia tak perlu di ragui kerana sebagai agensi pembantu rumah  profesional di Malaysia mereka menyediakan standard etika kerja yang tinggi & boleh di percayai. Mereka menawarkan jaminan perkhidmatan yang berkualiti. Di tubuhkan sejak 2003 & dan didaftarkan oleh Puan Siti Zarina selaku Presiden Persatuan Kebangsaan Sumber Tenaga Malaysia dan Presiden Koperasi Tenaga Kerja Wilayah Persekutuan Berhad Malaysia

Kakitangan mereka jugak terlatih sepenuhnya untuk memilih pembantu rumah yang sesuai untuk memastikan pelanggan tidak rasa was was untuk meletakkan pembantu rumah dari Maid Agency Malaysia di rumah mereka. Mereka Berpengalaman 20 tahun berkhidmat dalam bidang masing2.

Perkhidmatan yang di sediakan adalah..

☺Menawarkan pekerja asing / pembantu rumah asing dan domestik
☺Memperbaharui passport pekerja asing
☺Pemeriksaan kesihatan dan latihan pekerja asing / maid
☺Pengurusan tiket dan penghantaran pulang
☺Jaminan 6 bulan hanya untuk permohonan sah
☺Latihan dan orientasi untuk pekerja / maid dan sebagainya

Ada juga perkhidmatan peribadi yang di sediakan bagi majikan yang memerlukan khidmat untuk mengatur jadual kerja pembantu rumah. Senang kan... Kita tak payah nak pening - pening kepala nak bagi tugas apa kat pembantu rumah. Dah di sediakan senarai tugasan untuk mereka buat mengikut keperluan kita. Tak semua agensi pembantu rumah menyediakan perkhidmatan macam ni ok!

Kenapa ramai memilih Maid Agency Malaysia...

1. Pembantu rumah telah di latih untuk memahami arahan majikannya. So, tak ada masalah bila ambil pembantu rumah.. Pembantu rumah bebal, tak dengar cakap bagai.

2. Ada 6 bulan jaminan sekiranya pembantu rumah anda lari. So kat sini tak perlu risau tentang kos yang dah anda keluarkan untuk dapatkan pembantu rumah.

3. Maid Agency Malaysia syarikat yang berlesen, di percayai &Amanah. Dapat melakukan tugas baik

4. Menyediakan khidmat kaunseling percuma untuk majikan yang memerlukan nasihat & pandangan tentang cara mendapatkan pembantu rumah.

5. Menyediakan pembantu rumah yang terlatih & sihat mengikut undang undang.

6. Pembantu rumah yang di sediakan telah di latih untuk memahami keperluan majikan sebelum mereka di ambil bekerja.

Dari semua aspek nampaknya Maid Agency Malaysia memenuhi ciri ciri Agent yang membekalkan pembantu rumah yang sangat berkualiti selain ada jaminan sekiranya pembantu rumah lari. Sekiranya anda tercari cari pembantu rumah.. cuba la merujuk dengan Maid Agency Malaysia. Mana tahu pembantu rumah yang di sediakan menetapi keperluan anda. Sekiranya ingin info yang lebih lanjut berkenaan Maid Agency Malaysia anda boleh layari

Website Maid Agency Malaysia.
Instagram : https://www.instagram.com/MaidAgencyMalaysia/
Page / FB : https://www.facebook.com/cempakaalliedsdnbhd/
Hubungi : ( whatsapps) 012 6667524 
Alamat : No 12-B , Jalan Kenari 11,
Bandar Puchong Jaya, Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia


Apapun.. Bekerja dengan manusia memang ada risikonya tapi carilah yang di berdaftar & sah untuk mengurangkan risiko perkara buruk tu berlaku. At least kalau berlaku perkara tak di ingini kita ada tempat untuk mendapatkan maklumat tentang pembantu rumah tersebut untuk di ambil tindakkan.

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT PALING MUDAH

RESEPI SAMBAL TERUNG PIPIT PALING MUDAH. Kembali lagi dalam segmen Dapur sekangkang kera lekatlekit. Hari ni kita jadi chef tak bertauliah sekejab yer.. Almaklumlah housewife macam aku ni memang tak boleh lari dari buat kerja kerja kat dapur.. Tak tau la housewife lain memang tak pernah jejak dapur kecuali makan jer.. Tapi memang ada spesis macam tu tau.. Kena ingat bila jadi isteri lepas jadi ibu.. pengerat kasih sayang adalah air tangan dari seorang wanita bergelar isteri & ibu.. Tak payah la nak berkira sangat konon bukan kerja perempuan masak memasak ni.. Memasak la.. Insya Allah perkara tu mungkin menjadi asbab kebahagian rumahtangga kita.


Tak reti masak bukan alasan.. Kalau kau pandai scroll news feed FB kau boleh dapat macam - macam resepi. Siap ada tutorial dengan video lagi. Pokok pangkal kau nak buat ke tidak je. Tak cukup kat Facebook.. Kat blog melambak orang share macam2 resepi.. Ni pun aku nak share juga resepi masakan kampung.. Sambal terung pipit.. Bagi pengemar makanan jenis sambal.. Cuba la masak. Insya Allah.. berjaya menambah kilo pada berat badan anda hahahaha

Kalau tak reti masak jangan risau meh chef lekat lekit nak bagi resepi. Kita mulakan dengan bahan bahannya dulu yer tuan tuan & puan puan..

Bahan bahan

1. Terung Pipit
2. Cili kering
3. Bawang Besar
4. Bawang Putih
5. Sedikit belacan
6. Air asam jawa
7. Minyak masak
8. Garam sebagai perasa

Cara memasak

1. Buang tangkai terung pipit lepas tu cuci & toskan. Letak tepi dulu
2. Rendam cili kering dalam air panas lebih kurang sepuluh minit
3. Blend (kisar) Cili kering, Bawang Besar, Bawang putih & sedikit belacan.
4. Panaskan minyak
5. Tumiskan bahan kisar. Masak sehingga cili pecah minyak.
6. Masukkan terung pipit
7. Masukkan air asam jawa
8. Masak sekejab tambah garam.
9. Kalau dah rasa masak tutup api & hidangkan.

Boleh jugak kalau nak letak ikan bilis, ikan goreng, sotong, udang.. Tapi yang aku masak sambal kosong dengan terung pipit sebabnya takde stok bahan lauk time masak sambal terung pipit ni hahahaha. Tapi tetap sedap ok makan dengan nasi panas & ikan goreng.

Sambal terung Pipit

Jadi yang tak ada idea nak masak apa hari ni boleh cuba sambal terung pipit ni. Takpe.. diet tu postpone esok je katanya... hahahaha

DROPSHIP CARA MUDAH BERNIAGA ONLINE TANPA PERLU KELUAR MODAL ATAU SIMPAN STOK BARANG

DROPSHIP CARA MUDAH BERNIAGA ONLINE TANPA PERLU KELUAR MODAL ATAU SIMPAN STOK BARANG. Walaupun aku bukan online seller (peniaga atas talian) tapi memandangkan ada yang request aku untuk buat entri pasal dropship ni maka atas keprihatinan yang tidak berbelah bagi katanya.. Aku cuba juga karang entri pasal dropship. Sebab masih ramai yang tak tahu & tak faham apa tu dropship.


Dropship ni selalunya berlaku bila anda terjebak dalam perniagaan Online. Dropship ni untuk mereka yang berminat nak berniaga tapi tiada modal.. Boleh la guna cara dropship. Dropship ni konsep dia.. Korang cuma cari customer jer.. Segala urusan penghantaran semua akan di buat oleh Agent. Korang akan di beri komisyen pada setiap jualan tersebut. Memang senang sebab korang tak payah simpan stok, korang tak payah pergi pejabat pos untuk pos barang.. Kerja korang cuma promosi je kat media sosial korang.. Letak contact number korang untuk di hubungi.. ambil order & bagi pada agent detail customer. yang lain - lain pihak agent yang akan uruskan.

Memang sesuai la bagi mereka yang nak cari sumber pendapatan tambahan.. sebab benda ni boleh buat cara santai. Sambil2 dok ber facebook tu boleh la guna kesempatan tu untuk buat duit dengan dropship ni. Jangan risau segala bahan - bahan untuk korang post di media sosial selalunya pihak agent akan sediakan.. cuma kalau korang rasa korang lebih kreatif nak mengolah iklan tu.. Tu adalah lebih baik.

Tak rugi berniaga secara dropship ni sebab korang tak perlu keluarkan modal. Kalau tak terjual pun barang atau produk tu korang tak rugi apa - apa sebab korang tak perlu bayar untuk ambil stok. cuma meraih komisyen dari setiap jualan yang korang buat tapia tetap kena rajin la advertise jualan korang & menjawab segala pertanyaan customer.

Jangan tanya nak buat dropship barang apa? Apa saja barangan yang di tawarkan dropship kalau korang rasa korang mampu jual.. Try je. Banyak dah sekarang Agent bukan peluang untuk orang buat dropship. Tapi pilihlah barang yang memang senang jual.. Sebab barang2 senang jual ni selalunya mudah sikit nak dapat income kan.

Siapa yang boleh buat dropship? Sesiapa je asal ada keinginan & kesungguhan nak cari pendapatan tambahan. Depa tak minta hangpa hantar resume dengan sijil2 sekolah pun kalau nak jadi dropship ni. Asalkan korang ada account media sosial macam facebook tu pun dah cukup sebab medium tu nanti di gunakan untuk korang jual barang atau produk tu.

So, pada yang request suruh den buat entri pasal dropship moga membantu anda lebih memahami yer. Maaf den memang guna penulisan santai je. Kadang2 formal sangat orang tak faham. Almaklum la.. kita ni takde nak cakap bahasa surat rasmi kalau sembang2 santai ni. Jadi kadang2 istilah formal sangat orang tak faham. hehehehe

Moral of the story.. Zaman sekarang teknologi memudahkan kita. Kita boleh cari pendapatan hanya duduk di rumah macam aku ni. Kadang2 income tu lebih banyak dari makan gaji. Sedangkan kalau kerja makan gaji kos tinggi. Jadi manafaatkan teknologi kepada perkara yang baik & menguntungkan.

RESEPI KARI IKAN SARDIN TIN PALING MUDAH

RESEPI KARI IKAN SARDIN TIN PALING MUDAH. Baru baru ni aku ada beli sekor ikan kembong size besar.. Bila timbang.. Harga dekat RM4 sekor beb! Telan setiap titik air liur ok. Tu baru sekor boleh la makan berdua dengan asben.. Membayangkan orang anak ramai.. Paling2 kena jugak 3 - 4 ekor.. Ikan je pun menangis tepi mesin penimbang tu ok! Tak campur lain - lain lagi. Ikan pun bukan fresh sanga.. Dah bermalam dalam ais. Dah kategori mangsa Titanic dah ikan ttu tapi tetap Mahal yarabbi.


Nak makan ikan segar sekarang pun ada orang tak tau nak bajet macam mana kalau yang jenis keluarga besar alih2 sardin jugak jadi pilihan. Yer sardin pun dah mahal sekarang. Tin besar pun cecah RM8 tapi still masih ada pilihan yang murah katanya. Tak payah la beli cap chicken atau cap crown tu.. Tu memang level2 orang kaya je makan sardin tu sekarang. Beli la brand2 tak berapa popular.. ada je yang murah. Sebab ikan sardin ni pun masih boleh di pelbagaikan masakannya selain dok buat sambal sardin jer.. antaranya boleh juga di masak kari dengan ikan sardin tin ni.. Tak tau macam mana nak masak kari ikan sardin tin ni meh nak ajar...

Bahan bahan nak memasak kena tahu dulu.. Jadi semak je bahan yang di gunakan..

1. Ikan sardin tin (Tin besar ke kecik tu terpulang kepada jumlah orang nak makan)
2. Serbuk rempah kari ikan
3. Bawang besar (boleh juga guna bawang merah)
4. Bawang putih
5. Halia
6. Daun kari
7. Jintan manis
8. Air asam jawa
9. Santan
10. Minyak masak
11. Garam

Cara memasak

1. Asingkan ikan sardin dari sos. Atau buang je kuah sos dia sebab memang tak di gunakan.
2. Bancuh rempah kari dengan air jadi macam pes
3. Potong bawang besar @ bawang merah, bawang putih, halia
4. Panaskan minyak masak
5. Tumiskan bawang besar @ bawang merah,bawang putih,halia, daun kari & jintan manis sehingga naik bau
6. Masukkan serbuk rempah kari yang dah di bancuh tadi & masak sehingga pecah minyak
7. Masukkan santan
8. Masukkan air asam jawa
9. Masukkan ikan sardin & masak sekejab, masukkan garam secukup rasa & tutup api

Dah siap menu istimewa yang mudah dengan menggunakan ikan sardin dalam tin. Sapa kata ikan sardin tin tak boleh buat menu2 sedap. Boleh je bergantung pada kreativiti sendiri la. Nak buat masak lemak pun boleh ok! Cuma ikan tu perlu masuk paling akhir sebab ikan sardin tin ni tak perlu & tak boleh masak lama2 nanti hancur berkecai sehancur hatimu di tinggalkan kekasih hati katanya. hahahaha...

Kari ikan sardin tin air tangan lekatlekit katanya

Menu ni pun sesuai untuk makhluk2 di rumah bujang. Almaklum la antara menu2 rumah bujang ni sardin tin & telur dadar kan. Jadi kalau jemu masak sardin dengan sos dia tu boleh try masak kari. Manatau time jamu kawan2 makan kari sardin tetiba jodoh sampai kerana kari sardin tu sapa tahu. hahahaha.. Apapun selamat mencuba

TUTORIAL BUAT WATERMARK PADA GAMBAR GUNA APLIKASI SNAPSEED

TUTORIAL BUAT WATERMARK PADA GAMBAR GUNA APLIKASI SNAPSEED. Sejak aku guna aplikasi snapseed buat watermark pada gambar2 yang aku upload ramai juga yang tanya aku guna application apa. Seba ramai yang rasa nampak kemas & cantik watermark guna snapseed ni. Aku pun rasa macam tu jugak sebab tu aku guna. Almaklum la sebagai blogger & pengamal media sosial ni memang gambar adalah perkara penting jugak. Untuk elak gambar di curi untuk keuntungan pihak lain atau di ekplotasi untuk tujuan tak baik.. Harus kena watermark ok! Jangan fikir orang watermark gambar ni kedekut. Salah satu langkah keselamatan nak2 lagi orang yang rajin dok upload gambar selfie tu...

Sebab ada yang tanya macam mana nak guna aplikasi ni.. Dorang tak faham sangat. Mula2 korang kena la install aplikasi snapseed ni . Korang boleh cari kat playstore. Ni mobile application ok! Kalau web aku tak sure ada ke tak.. Tapi aku pun install kat smartphone.

Search je Snapseed kat Playstore akan jumpa aplikasi ni

Dah success install.. Cara nak guna, buka aplikasi snapseed & ikut arahan seperti di bawah...

Nak masukkan gambar tekan kat 'Tap anywhere to open a photo' tu

Lepas tu nak mulakan edit watermark tekan tekan simbul yang macam pensil tu

pilih bahagian 'text'

Pilih template untuk watermark. tab je mana yang kat bawah tu ikut selera orang. Lepas tu tekan dua kali (double tab) kat tulisan "double tab here to change text"
Masukkan 'text' untuk watermark anda

Yang icon macam bekas warna tu adalah untuk tukar warna background watermark atau tulisan watermark anda.

Opacity ni pulak fungsi dia nak terang atau kaburkan warna background anda jadi macam transparent tu
P/S : Nak setting besar atau kecik watermark tu cuma letak dua jari (ibu jari & jari telunjuk atas watermark tu kemudian adjust jer). Kalau nak ubah watermark pun sama.. letak jari atas watermark tu & seret je

Dah selesai edit watermark.. cik done & save sahaja watermark anda
Ni contoh watermark yang dah siap. Korang boleh edit lebih cantik ikut kreativiti sendiri

Tak susah pun nak buat watermark menggunakan aplikasi snapseed ni. Jadi online seller yang takut testimoni bergambar anda kena curi boleh la gunakan aplikasi snapseed ni buat watermark yer. Alah.. zaman sekarang tak payah nak edit guna photoshop bagai.. nak transfer gambar ke pc. Dari smartphone semua benda dah boleh buat.

Semoga perkongsian kecil ini memberi manafaat kepada orang lain. Insya Allah...

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com