Showing posts with label wajar. Show all posts

WAJAR TAK WAJAR PERAGUT DI BOGELKAN?

Baru kena bogel jer... bukan kena sunat sampai kudung pun. Ye dak?? Apalah sangat dengan jenayah yang dia buat tu.. Aku terus terang memang sebagai manusia yang iman bukan kuat sangat aku memang tak mampu bersimpati dengan mana2 peragut. Bagi aku peragut ni manusia yang jenis takde perikemanusiaan. Tak kira budak, orang tua atau sesapa saja.. dia tak fikir. Yang dia fikir cuma rezeki haram untuk dia jer.


Kat Page PenMerahDotCom aku ada nampak perbincangan pasal peragut di bogelkan.. Wajar ke tidak?? Biasa la.. ada yang sokong & ada yang menegah dengan hujah2 berkaitan hukum hakam. Aku memang tak berani nak bangkang hujah2 yang berlandaskan hukum hakam ni.. yelah betul la tu cuma aku suka memberi pendapat berdasarkan pandangan peribadi aku seorang manusia biasa jer...

Kalau aku.. bukan setakat bogel aku rasa nak buat lebih dari tu. Aku pun pernah jadi mangsa ragut even tak mendatangkan apa2 kecederaan kat aku cuma kerugian sebiji enpon yang masa tu aku baru je beli tak sampai sebulan. Takpe la.. time tu aku ada rezeki lebih. Tengahari kena ragut petang dah pergi beli handphone baru. Tapi aku memang tak boleh nak hadam bila aku tengok atau baca mangsa ragut cedera parah atau mati.. hanya kerana kadang2 handbag yang ada beberapa ringgit jer.Sebab tu aku benci sangat peragut..  Perompak kita tahu dia target orang2 yang berharta tapi peragut ni dia target semua orang tak kira tua atau muda tanpa tahu orang tu berduit atau tak.

Tahap hati kering peragut ni aku rasa lebih kejam dari pembunuh sebab takde budi bicara apa2 dah.. Kalau perompak dia bagi pilihan jugak. Kau bagi harta kau atau kau di cederakan? Peragut takde warning2 dah.. datang terus sambar. Dan kerana tu aku boleh rilex makan kacang kalau tengok video2 peragut kena belasah tahap separuh nyawa pun apatah lagi setakat kena bogel.. aku tak nak hipokrit memang aku takde rasa simpati pada peragut. Golongan mereka terlalu kejam bagi aku. Wajar tak wajar kalau ikut hukum hati & emosi aku memang aku kata.. lantak la. Bukan takat ko nak bogelkan.. ko nak sunatkan dia kat situ pun aku takde pertikaian.

Tapi kita tak boleh menolak hukum Allah yang mana hukuman tu sememangnya tak boleh tapi sebab kat Malaysia ni memang undang2 pun banyak tolak hukum Allah jadi.. krik krik krik.. sendiri mau ingat la. Pernah dengar ke mahkamah jatuhkan hukuman potong tangan kat peragut,perompak atau pencuri kat Malaysia ni even berkali kali keluar masuk pagar besi dengan kesalahan yang sama, tak kan? jadi fikir fikir kanlah..

P/S : Pandangan aku berdasarkan nafsu & emosi semata mata yer..
*aku mangsa ragut even tak cedera tapi serius trauma tu susah nak hilang sampai nampak mat2 motor pun dah cuak. Trauma tu adalah kecederaan emosi yang sangat dalam, ok jangan ingat tak nampak luka di tubuh tak serius*
 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com