Showing posts with label awas. Show all posts

AWAS! JANGAN PERGI BERCUTI DENGAN KAWAN YANG ADA 9 PERANGAI NI

AWAS! JANGAN PERGI BERCUTI DENGAN KAWAN YANG ADA 9 PERANGAI NI. Seingat aku la kan.. Aku susah nak pergi bercuti jauh2 dengan kawan kawan ni. Jenuh aku dok mengimbau kenangan semusim lalu.. Ada ke aku pergi bercuti dengan kawan kawan selain rombongan masa sekolah rendah. Tu pun melawat penang je. Balik hari. Masa sekolah menengah jangan harap la nak join rombongan sekolah.. Sekadar camping dengan kawan kawan tu pernah la. Bercuti?? hurmm.. serius aku tak pernah kot dengan kawan kawan ni. Selalunya dengan family & sekarang of course la dengan anak & suami. Maybe sebab dulu aku jenis tak suka travel kot tu yang takde memori percutian aku dengan kawan kawan.


Orang kata pergi bercuti dengan kawan kawan ni lebih happening. Tapi aku takde pengalaman tu so aku tak tau la setakat mana happeningnya. Tapi pergi dengan family rasanya lebih happening kot.. Satu kalau takde budget banyak boleh tong tong atau ada yang support. Kita nak bayar makan ke hapa pun lebih senang. Semua kira sekali. Kalau pergi dengan kengkawan ni kadang2 jadi serba salah.. Nak2 lagi yang jenis suka buat diam lepas makan. Time nak bayar masing2 tetiba kena sumpah jadi batu. Aku pernah jugak berdepan dalam situasi macam tu maka kita yang malu alah ni terpaksa la bayar. Lepas dah bayar nak minta pun segan jadi terpaksa anggap belanja kawan makan walau takde niat pun nak belanja kawan. hahahha

Sebagai kawan bila berdepan dengan kawan kawan yang perangai buat kita rasa annoying ni memang kadang2 tak sampai hati nak sound direct tapi of course la kita akan cuba mengelak dari buat sebarang aktiviti dengan dia termasuk la ajak dia join travel kemana mana bersama. Sebolehnya nak skip dia dalam apa2 acara sekalipun.. Pendek kata kalau boleh taknak kawan dengan dia tapi tak sampai hati nak terus terang. Nak2 lagi jenis kawan yang suka buat perangai macam ni kalau pergi bercuti >>Inilah 9 perangai Kawan Yang Mungkin Buat Percutian Anda Menjadi Mimpi Ngeri << Kalau kawan jenis perangai macam ni confirm spoil percutian korang. Balik dari bercuti korang akan rasa rasa duit habis, badan penat & hati sakit. Jadi kalau korang ada kawan jenis perangai macam tu, better elakkan diri dari bercuti bersama dia.

Kalau korang ada 9 perangai yang di sebut hope berubah la sebelum korang di takdirkan menjadi manusia forever alone. Sesungguhnya tiada kawan yang boleh tahan dengan perangai macam tu. Kalau depa tak sound direct pun ketahui confirm anda menjadi bahan umpatan di belakang. Mereka akan perlahan lahan menjauhkan diri dari anda dan akhirnya anda mereput sorang sorang.

Moral of the story.. Sebagai manusia memang kita ada perangai yang buat orang rasa annoying dengan kita tapi jangan la keterlaluan.Biarlah satu perkara orang annoying & 10 perkara tentang kita yang lain orang suka. Baru la orang rasa kepentingan kita dalam sesuatu suasana tu. Contoh macam aku kadang2 terlampau direct to the point tapi aku ni baik hati suka tolong kawan kawan aku... kan geng cap ayam. Hahahaha.. maafkan hamba. Sesi naik lift tekan nombor sendiri.

AWAS! ANDA MUNGKIN JADI MANGSA FESYEN WALAU TAK SUKA BERFESYEN

AWAS! ANDA MUNGKIN JADI MANGSA FESYEN WALAU TAK SUKA BERFESYEN. Dulu zaman rumaja masa masih sekolah.. Ada spesis budak2 ni suka sangat bergaya dengan headphone. Nampak ranggi katanya even headphone memang sekadar untuk bergaya padahal takde pun walkman ke discman ke dia bawak. Semata mata headphone untuk di jadikan sebagai pelengkap gaya. Zaman tu mana ada smartphone lagi.. ada la enpon tapi zaman 3310,butterfly bagai.


Bila fikir kelakar jugak la kan.. Tapi serius masa tu aku pun nampak wah.. memang trendy, style,mutu & keunggulan sangat. Almaklum la budak budak katakan. Apa saja yang jadi trend cantik di mata dia. Zaman sekarang pun nampak headphone bukan berfungsi untuk mendengar music pada gadget malah di jadikan sesuatu sebagai pelengkap gaya. Orang panggil apa tu.. OOTD katanya. Almaklum la dah masuk zon makcik makcik ni.. bukan reti sangat OOTD bagai hahaha

Tapi awas kadang2 tersalah pakai aksesori even nampak kecil & simple je boleh buat gaya kita nampak pelik & macam tak kena gaya. Walau niat kita bukan nak bergaya pun sekadar melengkapi keperluan diri bila berada di luar. Silap pakai jam pun boleh nampak gaya kita jadi pelik apatah lagi silap pakai aksesori lain. Jangan pelik gadget2 kita pun boleh buat penampilan kita jadi cacat kalau tak kena gaya. Kalau dah jadi mangsa dengan fesyen ni serius bukan setakat tak cantik malah nampak kelakar & buruk. Nak nampak style pun bukan main letak je kat badan..

Moral of the story.. Bukan orang yang suka berfesyen je boleh jadi mangsa fesyen kadang orang yang tak suka berfesyen pun boleh nampak macam mangsa fesyen sebab setiap apa yang kita pakai tu tetap di namakan fashion walau tak up to date. Jadi penting sangat kita tahu cara nak gayakan sesuatu atau nak padankan sesuatu di badan kita.

HATI HATI BILA UPLOAD GAMBAR WELFIE BERAMAI RAMAI

HATI HATI BILA UPLOAD GAMBAR WELFIE BERAMAI RAMAI. Ada orang jenis gila selfie setiap hari tak kurang dari 100 gambar dia snap. tak kurang dari 10 gambar dia upload. Maybe dia confident gambar dia menarik.. Tipu sangat la orang suka tunjuk gambar hodoh dia kalau dia sendiri jijik tengok kan? hahahaha... Kebanyakkan dari kita memang akan upload gambar yang kita nampak rupa kita elok je even ada muka orang lain dalam gambar kita dalam keadaan yang sangat memalukan.. kita dah tak kisah. Spesis jaga muka sendiri memang macam tu.. Tak fikir aib orang lain yang penting dia nampak cantik & menyerlah dalam gambar tu. Orang lain nampak buruk lagi bagus...

Gambar sekadar hiasan. Carian Google

Kadang2 pergi tag pulak gambar kawan yang dalam keadaan dia tak bersedia, muka nampak buruk.. Malu sang kawan tu tetiba gambar hodoh muncul kat wall dia & orang lain boleh tengok. Nak Untag kang terasa.. Tapi dia sendiri rasa malu dengan gambar tu. Kadang2 terpaksa biar jugak benda tu menjadi kemaluan paling besar sebab nak jaga hati kawan. Sebab tu aku setting gambar2 yang di tag tak appear kat timelines aku. Tapi even tak appear kat timelines pun bila tag rasa tetap keaiban tu ada sebab tetap appear kat timeline orang lain kan.

Wahai kawan..jangan terlalu selfish sampai tak jaga maruah & aib orang lain semata mata untuk nampak diri lebih menyerlah & cantik berbanding kawan kawan lain. Sebelum upload tu fikirkan la perasaan tuan punya gambar. Letak sekejab diri anda dalam diri dia.. Kalau hangpa pun tak sanggup nak tayang gambar buruk macam tu apatah lagi orang lain. Kadang2 lucu bagi kita tapi mengaibkan bagi orang lain.

Tapi Walaupun macam2 persepsi masyarakat & pakar pada mereka yang suka berselfie & welfie ni tapi kita tak boleh nak nafikan selfie sekarang bukan benda yang sia2 atau sebab mental problem kalau selfie/welfie di salurkan di tempat & cara yang betul. Kalau dah sampai dalam jamban nak selfie tu memang betul2 mental la.. Tapi kalau selfie untuk memberi pulangan pada diri sendiri tu namanya bijak mengambil kesempatan.

Moral of the story.. Nak selfie.. welfie tak salah. Cuma jangan sampai kita terlalu obses sehingga benda tu memudaratkan mengundang persepsi buruk orang pada kita. Buat apapun biarlah berpada pada. Nak upload gambar yang ada orang lain pun perlu fikir banyak perkara. Hormati privacy & hak orang lain walau gambar tu milik kita tapi kalau ada muka orang lain tetap muka depa tu hak depa jugak. Maruah orang adalah milik tuan punya badan walau dalam gambar orang lain punya.

AWAS! JANGAN KUMPUL EARNING 8SHARE LEBIH DARI RM50

AWAS! JANGAN KUMPUL EARNING 8SHARE LEBIH DARI RM50. Tu dia tajuk entri memang warning kaw kaw punya. Memang bahaya sangat katanya. Sebelum 8sharer lain terkena adalah lebih baik aku bagitau kat hangpa siap2 sebelum hangpa menanggung rugi & sakit hati yang tiada sempadan. Permainan 8share memang licik, hokay! Dua kali aku terkena memang rasa nak menyumpah seranah je tapi kali kedua ni rasa lebih tenang sikit berbanding kali pertama kena. Sebab rasanya aku dah boleh baca trick 8share so bukan sesuatu yang mengejutkan sangat la.


Dulu earning aku pernah kena reject & hampir2 di rampas 8share dengan alasan fraud. cara perkongsian aku katanya melanggar syarat & peraturan 8share biarpun tak di beritahu secara jelas kat ruangan do & don't. Aku fight jugak la.. penat2 aku kumpul earning 8share tetiba kau nak ambil camtu je. Pantang berundur kecuali mak panggil balik katanya.. Aku tetap pertikaikan semua tuduhan 8share dan akhirnya 8share mengalah mengaku kelemahan mereka & bagi balik earning aku yang kena hold sekejab tu.



Lepas tu aku pun share la macam yang di bolehkan. Aku ni gigih la buat post iklan 8share.. alih2 nak cashout reject alasan fraud buat kali kedua. Bukan aku sorang je kena macam ni malah ada blogger lain yang kena perkara yang sama. Normally yang earning beratus la. Bawah pada seratus kebanyakkan selamat.


8share punya term & condition.. dorang akan bagitau cara perkongsian korang salah bila korang request cashout je. Sebelum tu memang dia buat rilex.. wat peace kata bebudak zaman sekarang. berbanding chrup2.. dia detect korang salah terus email bagitau. 8share memang dia punya trick paling keji bagi aku.. Sebabnya dia tunggu je kita kumpul sebanyak yang boleh dah request cashout masa tu la kita akan tahu samada cara perkongsian kita salah atau tidak pada mereka. Selagi kau tak tekan butang cashout selagi tu kau takkan tahu cara kau berkongsi iklan tu salah atau betul. earning kau terus naik & naik sampai kepuncak lepas tu hati kau akan hancur bila tahu cashout kau kena reject.

Jadi pada korang yang masih nak mencuba cari side income dengan 8share jangan kumpul banyak2 sangat earning korang. Cukup RM50 cashout. Kalau korang tengok earning korang dah cukup RM50 tapi belum sampai tarikh cashout stop la dulu share iklan 8share. Takut nasib tak baik tetiba cashout 8share cakap reject sebab fraud clik. At least kalau reject setakat RM50 tu tak la rasa meraung sangat. Tunggu cashout dah verify baru share balik iklan. 8share memang dok target golongan earning yang lebih dari RM100 sekarang. 8share buat duit topup je. Tak payah berangan sangat nak kumpul banyak2 nanti ada je alasan depa nak reject.

Moral of the story.. ambil langkah selamat jangan jadi macam aku hanya dapat penat.

P/S : Zaman ringgit jatuh nilai ni semua orang nak save budget. Even kena reject tapi earning still naik. Yelah.. kan aku buat post entri iklan 8share. Selagi orang baca & clik link iklan tu selagi tu la 8share dapat benefit aku dapat tengok je la. Habis tu je cara yang di bolehkan berkongsi iklan 8share kat blog tapi tetap la kena reject dengan alasan fraud. Macam review produk @ service jugak la orang bayar sekali tapi post kekal dalam blog. Untung tak? So sesapa berminat nak beriklan,review di blog lekat lekit mai PM kat FB atau email je.


AWAS! FLASH CAMERA MENYEBABKAN BAYI JADI BUTA KEKAL

 Kita sekarang dari umur 1 hari anak kita.. keluar je dari perut terus hala camera nak snap pic. Yelah.. nak simpan moment tu untuk depa tengok besar nanti kan. Tak salah niat kita tu tapi jangan salah cara sebab kalau salah cara mungkin memudaratkan bayi yang masih kecil.

Serius seriau aku baca berita seorang bayi berusia 3 bulan yang buta akibat flash dari kamera. Selama ni kita tak rasa benda tu serius.. Mungkin kita anggap kalau buat kerap2 baru bagi kesan buruk pada anak. Tak terfikir mungkin sekali kita buat memberi kesan buruk pada anak anak kita terutama masih bayi.

Ya Allah kesian aku tengok baby ni. Sumber ERA fm

Kisahnya seorang bayi buta sebelah mata lepas kawan parents dia terlupa nak tutup flash masa ambil gambar close up bayi tersebut. baby tersebut mengalami rabun sebelah mata kiri & sebelah kanan buta. Kecacatan tu di sahkan doktor kekal & tak boleh di rawat lagi. Flash telah merosakkan sel-sel macula yang merupakan sebahagian daripada mata di mata sinaran cahaya tertumpu masuk. Kerosakan tersebut boleh menyebabkan kehilangan penglihatan pusat yang mana kanak-kanak dan bayi sangat sensitive kepadanya.

Moral of the story.. tak kira anak kita atau anak orang jangan sesuka hati nak ambil gambar dengan flash. Nak2 lagi yang pergi melawat baby baru lahir tu. Aku kadang2 tak pegang anak orang sebab risau baby kecik2 kena effect ke bukan sebab tak sudi nak dukung. Apatah lagi nak snap gambar. Takpe la orang tengok kita macam tak mesra baby.. sebab kadang2 bukan semua mak bapak suka orang sentuh @ dok snap gambar anak dia. Jadi kita ambil langkah selamat sudah.

AWAS! YANG SUKA MINUM MILO KENA TAHU PASAL NI

Milo ni jenama yang dah lama.. Sapa tak kenal kan? Aku pun peminum milo jugak.. kenal milo dari kecik sampai sekarang even dah tua tapi tak berapa nak membesar.. erkk.. sebenarnya tak berapa meninggi bukan membesar.. hehehe

 sumber google

Ok ok.. tanpa bebel bebal bagai ni tengah kecoh sekarang produk milo ada yang tiruan pulak. Mesti orang cakap alah.. tiruan tapi kalau rasa sama apadahal kan? Ye.. takde hal kalau rasa sama jer.. Masalah takut jadi hal lain pulak la. Benda tiruan ni kita tak tahu tahap kebersihan semasa pemprosesan & pembukusan. Kita jugak tak tahu apa ramuan dia gunakan sebab yang tiruan ni mana ada pengesahan KKM ke halal ker kan. So, agak berisiko la produk tiruan ni.

Nak mengesan milo tiruan dengan original senang jer... Tengok dari packaging macam contoh gambar di bawah ni..

 Info selebihnya korang boleh tengok kat sini Awas Milo Tiruan.

Jadi.. kalau nak beli milo. Ambil masa sikit belek2 bungkusan milo tu. Jangan kita bayar harga yang sama tapi dapat yang tiruan.

P/S : even ramai dah memviralkan sejak semalam.. takpe la sebagai blogger aku nak turut serta menyampaikan informasi.



AWAS DENGAN 13 PERKARA NI KETIKA PERGI MELANCONG

Dah dekat2 hujung tahun, cuti sekolah pun tak lama lagi mesti ramai dah rancang percutian kan? Yang kaya raya tu maybe ada niat nak bercuti jauh sikit katanya.. Jadi meh sini den nak share sikit info untuk mengelakkan anda jadi mangsa orang2 jahat bila pergi bercuti...


Kat sini ada 13 jenis penjahat yang tak nampak seperti penjahat yang perlu korang hati hati..

1. Penjual gelang persahabatan yang kebiasaannya anda akan jumpa di Paris,Rom,Barcelona & kaherah
- Taktik dorang sangat simple, mereka akan datang pada anda kemudian memakaikan gelang tersebut ke tangan anda & kemudian minta anda bayar sambil mengambil kesempatan menyeluk saku anda. Hati hati.. dia cari income 2 dalam satu.

2. Penghibur Jalanan yang kebiasannya banyak terdapat di Paris, Perancis dan London, England. 
- Taktik mereka adalah mereka akan membuat persembahan silap mata sambil ahli kumpulan mereka yang lain menyamar sebagai pelancong yang menonton untuk menarik perhatian anda untuk turut sama menyaksikan persembahan mereka. Bila anda asyik menonton persembahan mereka waktu tu mereka mula mengambil kesempatan menyeluk saku/beg anda.

3. Pemuzik Jalanan di New York City dan Los Angeles, Amerika Syarikat.
- Taktik mereka, Seorang lelaki yang peramah akan mendekati anda & meminta anda untuk mendengar muziknya sebelum memberi CD seolah olah ianya percuma kepada anda. Dia akan cuba memberi tahu betapa menarik muziknya bila anda menerima CD daripadanya dia akan memaksa anda membayar dan sekiranya anda enggan membayar mereka akan mengugut anda.

4. Menyamar sebagai Pengedar Pil Khayal @ Dadah, Koh Phangan, Thailand
- Kebanyakkannya di lakukan oleh Pemandu teksi atau tuk tuk menawarkan korang pil khayal atau dadah. Selalunya orang yang ke sana untuk tujuan berhibur menjadi target mereka. Apabila anda membeli dari mereka akan datang seseorang yang menyamar sebagai polis yang kononnya akan menangkap anda yang melakukan kesalahan meminta wang denda untuk mengelakkan di penjara.

5. Pemandu Teksi Pelancong yang biasanya terdapat di Las Vegas, Amerika Syarikat.
- Kebiasannya bila sampai di airport anda pemandu teksi yang akan menyambut anda & membawa beg2 anda masuk ke dalam bonet teksi. Apabila sampai di destinasi anda dia akan berpura2 terburu buru sambil mengeluarkan barang2 anda & cepat beredar tanpa anda sedari dia telah membawa lari salah satu beg yang paling kecil milik anda.

6. Penjual Peta yang biasanya di Eropah
- Taktik mereka simple. Datang kepada anda menawarkan peta sambil menunjukkan peta  hampir dengan muka anda sambil menyeluk saku anda.

7. Wanita Penggoda di Athens, Greece.
- Target dia selalunya lelaki yang melancong seorang diri. Dia akan hampiri anda dengan cara bermain mata dan menawarkan anda ke ke pusat2 hiburan bersamanya.. dan sekiranya anda bersetuju pada selepas berhibur dengannya dia, anda terpaksa membayar bill yang sangat tinggi

8.  Taktik Kamera Rosak yang boleh di jumpai di mana2 saja seluruh dunia
- Taktik mereka akan berpura pura minta anda tolong mengambil gambar kumpulan mereka dengan kamera mereka yang rosak. Bila anda menyerahkan kembali kamera tersebut mereka akan menuduh anda merosakkan kemudian menuntut ganti rugi daripada anda.

9. Panggilan Palsu Dari kaunter Depan Hotel ini jugak boleh berlaku di mana mana saja
- Mereka akan menghubungi bilik hotel anda & menyamar sebagai petugas di kaunter hadapan. Berpura2 seperti ada masalah & minta anda memberi butir2 kad kredit anda. Selalu panggilan yang di buat mereka adalah waktu tengah malam kerana kebiasaanya waktu itu pelanggan tidak akan turut kebawah untuk menyelesaikan sebarang masalah yang mereka cuba adakan.

10. Menu Takeaway Palsu kebiasannya berlaku di Amerika Syarikat 
- Mereka akan menghantar menu2  dengan cara menyelit di bawah pintu bilik hotel anda untuk memudahkan anda memesan makanan sekiranya anda malas untuk keluar. Setelah anda memesan bukan sahaja makanan tidak sampai tapi selepas mereka memproses maklumat kad anda akan sampai penyata bank yang mengejutkan.

11. Menyamar sebagai pelajar yang ingin belajar Bahasa Englis kebiasannya di Shanghai dan Beijing, China. 
- Lebih kurang wataknya sama macam perempuan penggoda cuma taktiknya berbeza sikit. Gadis2 ini akan datang pada anda meminta anda mengajar mereka bahasa Inggeris. Selepas tu akan mengajak anda makan bersama mereka di cafe sebagai tanda terima kasih & anda akan di kenakan caj yang tinggi selepas tu & gadis itu akan menghilangkan diri.

12. Money Changer penipu yang banyak terdapat di Bali Indonesia
- Mereka akan menawarkan padan pelancong dengan tawaran penukaran mata wang yang menarik.. bila anda meletakkan wang di atas meja kaunter dengan secepat mungkin mereka akan mencuri sedikit wang pertukaran anda tanpa anda sedari.

13. Pemandu teksi mengenakan caj berlebihan katanya kat Malaysia banyak camtu.
- Seperti kita sedia maklum kat memana jer pun pemandu teksi selalu mengambil kesempatan pada pelancong bukan je kat Malaysia. Mereka akan kenakan tambang yang tinggi atau mengambil laluan yang jauh untuk meningkatkan jumlah earning pada meter mereka. 

So, pada anda yang merancang percutian keluar negara moga info ni dapat membantu anda supaya tak jadi mangsa penyeluk saku atau penipuan lain.

P/S : Sumber dari Says tapi artikel asal dalam english. Poning jugak den nak translatekan ke bahasa melayu. Rupanya tak senang jugak nak buat entri copypaste. Erkk copypaste ke ni?? Rasanya tak copy paste sangat la.. kena menaip jugak dari awal hingga titik yang terakhir. 

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com