Showing posts with label didikan. Show all posts

7 PERANGAI PELIK YANG MUNGKIN ADA DALAM FAMILY ANDA

7 PERANGAI PELIK YANG MUNGKIN ADA DALAM FAMILY ANDA. Dalam satu keluarga mustahil akan dapat adik beradik atau sedara mara yang semua statik je ada satu perangai yang sama. Yang tu memang agak aneh kalau ada. Maybe keluarga tu keluarga robot yang dah di cipta & di setting dengan 1 fungsi je. Kalau manusia mustahil mampu setting semua satu kepala & satu perangai walau keluar dari 1 perut & satu laluan yang sama. Sebab yang namanya manusia ni pasti berbeza dengan manusia lain walau ada hubungan darah sekalipun.


Biasa la.. dalam satu keluarga ada perangai yang menghiburkan, ada perangai yang menjengkelkan, ada perangai yang menyakitkan hati, ada perangai yang menyenangkan orang.. Sebab tu la pepatah orang melayu ada kata.. dalam setandan pisang mustahil semuanya elok. Mesti ada jugak sebiji dua yang rosak. Sebab tu kalau tengok dalam family orang lain ada sorang yang buruk perangai jangan pukul rata mengata satu keturunan dia. Mungkin ramai yang perangai tak elok tapi percayalah bukan semua. Masih ada sorang dua yang elok kejadiannya.

Tapi dalam mana2 family pun aku rasa mesti ada 7 karektor pelik ni. Kalau tak ada 7 perangai ni.. mesti ada salah satu ada satu dua perangai yang di sebut. Yelah.. Cuma kita je kadang2 tak berapa alert so kita tak perasaan adik beradik kita yang tergolong dalam 7 karektor pelik ni. Kalau nak tahu apa 7 karektor pelik yang mungkin ada dalam family korang meh baca kat sini >> 7 Jenis Karakter Pelik Yang Confirm Korang Selalu Jumpa Dalam Keluarga Sendiri << Ada kan? Bohong la kalau tak ada langsung salah satu dari 7 perangai ni. heheheh

Moral of the story.. Perangai & karektor ni bukan lahir secara semulajadi tapi di bentuk oleh diri sendiri & macam mana cara dia di besarkan, dengan siapa dia bergaul & apa yang di dedahkan pada dia sejak kecil. Kadang2 merepek jugak aku baca info2 pasal perangai melalui bulan kelahiran la.. melalui urutan nombor dalam keluarga la.. Seolah2 perangai seseorang tu secara semulajadi lahir mengikut bulan kelahiran bagai. Sebab tu aku memang tak share sangat benda2 mengarut macam tu hahahaha.

BANGLO BERHANTU RM50 KINI JADI PUSAT ASUHAN KANAK KANAK

banglo yang terkenal dengan kisah seram sekumpulan budak Universiti yang pernah menyewa kat situ dengan sewa yang sangat murah iatu RM50 berakhir dengan trajedi seram & dari cerita yang tersebar & kesahihannya tak pasti.. ada yang mati dalam kejadian malam pertama depa tinggal kat situ. Alahai.. nak cerita panjang2 rasa ramai dah tahu kot cerita pasal banglo berhantu RM50 kat shah alam tu kalau tak tau sila guna khidmat bomoh google yer...

Wajah seram sebelum di touch up cecantik. (sumber google)

Terbaca kat Blog Hisyamuddin katanya sekarang dah di jual kepada seorang warga Mesir untuk dijadikan taman didik kanak-kanak antarabangsa. Sekarang dah tak menyeramkan & usang lagi. Segala gambaran2 misteri & mistik yang di lihat kat rumah tu pun dah di bersihkan.. di cat.. di renovate cecantik.. (boleh tengok kat blog shakiddo.com untuk lihat wajah baru banglo berhantu RM50 ni) Hantu2 yang katanya pernah ada kat situ je aku tak sure dah pindah ke belum. Maybe dah kena halau la kot.. lama tinggal kat situ tak bayar sewa, orang sewa dia menyakat.

Bagus jugak la banglo tu di beli & renovate semula.. Tempat2 yang terkenal dengan kisah seram & mistik ni selalunya jadi port kaki2 khurafat & syirik selain geng2 paranormal yang gigih cari hantu. Aku pernah la jugak lalu jalan berhampiran banglo tu dulu.. tapi masa aku lalu kat situ dok lagu tu lagi.. Baru lagi kot di bersihkan & di cantikkan.

Hope selepas di jadikan pusat untuk pelajar luar negara tu berkumpul kisah mistik & seram yang pernah di kaitkan dengan banglo tu pun tak ada lagi lepas ni. Jin & syaitan pun makhluk Alllah.. depa pun ada kelemahan so tak mustahil boleh di usir dari penempatan manusia. Jadi.. kisah hantu di banglo RM50 kini hanya tinggal kenangan...


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com