Showing posts with label jururawat. Show all posts

SERAM! JELMAAN IBU YANG MENINGGAL DUNIA DI WAD BAYI

SERAM! JELMAAN IBU YANG MENINGGAL DUNIA DI WAD BAYI. Tu dia.. Dia mai dah.. siang siang hari segmen seram serik lekatlekit bersiaran ni. Bukan apa.. hari2 kami dok tengok ada ja keywords kisah seram lekatlekit melekat kat blog kami ni. Hangpa rindu dengan kena momok dengan kisah seram ka.. Maaf la kami bukan nak buat hangpa semua tertunggu tunggu update terkini kisah seram kat blog puaka ni.. Tapi Almaklum la kami la bergelut dengan perkara yang lebih serius. So, kami terpaksa buat banyak kerja sikit nak cari side income bagi menampung kos guaman. Mohon doa dari semua juga.. Semoga Allah permudahkan segala urusan..


Kes tu kita letak tepi sat na.. Ni kami nak share dengan hangpa 1 kisah seram yang berlaku kat seorang nurse baru yang di tugaskan kat wad baby. Misi ni dia memang tak ada masalah nak jaga baby sebab dia memang sukakan baby. Di tambah lagi dia pun ada anak yang usia dalam setahun.. So, tak kekok sangat la dia dengan baby. Dah jadi mak mak gitu la.. dah expert macam mana nak handle baby ye dak.

Setakat baby meraung bagai.. takde masalah la bagi misi ni walau mula2 dulu memang benda tu agak merimaskan tapi bila dah lama dia dah biasa so tak ada apa yang membingitkan telinga dia lagi. Nak jadi misi kena lagu tu la.. Bukan setakat jaga anak orang tapi juga berkaitan dengan amanah & tanggungjawab pikul tugas tu. So,misi - misi kena ingat memilih kerjaya sebagai misi pikul tanggungjawab yang besar. Kalau rasa tak mampu mohon pilih kerjaya lain.. Tak semua orang sanggup jadi misi. Ada yang belajar separuh jalan lari pun ramai hahahaha

Nak di jadikan kisah seramnya.. Lepas 2 bulan kerja shift siang so kena la rotate.. maka dia di tugaskan kat shift malam pulak. Tak aci la sepanjang zaman kerja shift siang ja kan. Apa ingat kerja kilang je ada shift ka. Kerja misi pun ada shift. Ingat hospital buka office hour ja ka. Hospital ni 24 jam beroperasi ok! heheheh... macam la orang tak tau kan.

Pada satu malam yang sepi.... Bukan! Bukan pakmat jual topi.. bukan juga topi pak mat koyak pak mat jual tempoyak.. Semua tu tak ada kena mengena dengan kisah ni. Pak mat punya watak tak ada dalam ini cerita ok! Kisahnya semasa misi ni bertugas night shift bersama 3 lagi misi yang lain di wad bayi. Hari pertama shift malam tu tak ada apa2 yang berlaku.. Hari kedua pun sama juga. Semuanya dalam keadaan baik tapi bila masuk malam ketiga...

Jeng.. jeng.. jeng.. sesuatu telah berlaku. Jangan buat spekulasi. Ni bukan cerita pasal lagenda hantu susu datang ketuk rumah orang sambil dukung batu nisan minta susu ok! Tu kisah dah jadi sejarah. Hantu susu pun dah pencen gamaknya. Sekarang lepak dalam dalam hutan makan duit pencen dah gamaknya dia. Lama sangat berkhidmat sebagai hantu untuk memomokkan orang awam.

Nak di jadikan cerita masa tiba giliran misi ni bagi susu kat baby yang terjaga pukul 2 pagi. Almaklum la baby kan.. memang setiap sejam dua mesti bangun nak menyusu. Sapa pernah beranak pinak tahu la.. Termasuk la aku. Mencabar kesabaran beb.. baru terlelap sejam anak dah bangun nak menyusu...

Dalam celah2 kesunyian malam ni tiba2 ada seorang bayi lelaki menangis bagai nak rak.. Terkejut jugak la misi tu. Nak nak lagi sepanjang dia bertugas memang tak pernah dengar tangisan baby senyaring & sekuat tu.

Apa lagi kelam kabut la si misi ni pergi ke bilik yang menempatkan katil baby tu. Dalam celah celah tu dia dengar  pulak suara seorang wanita yang minta dia cepat ke katil baby tu. Sekali lagi dia terkejut sebab mana ada ibu ibu yang terjaga atau masih berjaga dia wad. Tapi dia anggap mungkin cuma mainan perasaan dia jer. Yelah tengah2 malam ni.. bunyi angin pun kadang2 dengar macam orang tengah menyembang ye dak..

Bila dia sampai je kat bilik baby tu.. terkejut beruk mak yeh kategori pop yeh yeh juga la.. Mana taknya dia nampak bayangan seorang wanita berada luar cermin bilik. Bukan apa luar cermin bilik tu memang ada ada tempat yang boleh sapa2 berpijak. Kira bukan tingkap terjun ke bawah terus la. Tapi masa tu mungkin dia tak sempat berfikir secara logik kot.. terus dia cuba menyelamatkan wanita di luar cermin tu tapi bila di buka tingkap lain pulak yang berlaku.. Mesti hangpa tak sabaq kan nak tau apa berlaku pada wanita di sebalik cermin luar tingkap tu. Adakah ia spiderman yang boleh melekat pada dinding??

Bukan... Bukan spiderman. Bila di buka saja tingkap tiba2 bayangan wanita tersebut terbang dengan pantas. Sebab terkejut.. terjerit juga la dia. Mujur tak terpengsan kat situ. Gila kau.. bukan setakat meremang bulu roma.. Bulu kening pun boleh berdiri tegak macam dengar lagu negara ku. Hantu kot nampak depan mata... Bila kawan2 si misi tu dengar dia menjerit depa pun segera la datang. Lepas dah cool down sikit, terus dia pergi ambil baby yang menangis. Mujur baby tu tak ada apa apa.

Lepas dah pastikan semua dalam keadaan selamat baru dia bagitau kawan kawan dia apa yang dia nampak. Sebab dia tak puas hati dia siasat apa kaitan baby tu dengan jelmaan wanita yang dia nampak tu. Barulah dia tahu ibu kepada bayi tu meninggal dunia selepas melahirkan anak. Walaupun cik misi tu berpendapat mungkin roh ibunya datang menjenguk anaknya.. Tapi sebagai orang islam kita kena tahu, Orang yang dah meninggal dunia takkan kembali kedunia dalam apa bentuk jelmaan sekalipun. Tu semua perbuatan jin & syaitan untuk menyesatkan manusia.

Moral of the story.. Jin & syaitan ni ada kat mana2 terutama dengan bayi yang masih kecil. Sebab tu la kalau kat rumah jangan biar bayi kecil sendirian atau ibu yang tengah berpantang tinggal sendiri. Dalam keadaan yang masih lemah.. Boleh berlaku macam macam gangguan.



PENGALAMAN SERAM JURURAWAT PELATIH DI DATANGI JELMAAN PESAKIT WAD KELAS 3 YANG DAH MENINGGAL

PENGALAMAN SERAM JURURAWAT PELATIH DI DATANGI JELMAAN PESAKIT WAD KELAS 3 YANG DAH MENINGGAL . Lamanya segmen seram serik lekatlekit bercuti yer.. Yelah.. sepanjang bulan puasa memang tak ada cerita seram. Tak sempat nak memburu hantu time tu.. dengan kes saman bagai time tu la nak sampai. Nak jadi Ghost Buster pun tak sempat. Kelam kabut kesana sini mencari misi bantuan katanya. Almaklum la orang semekin.. Terpaksa la kerja keras sikit cari bantuan. Kalau kaya raya, tak payah risau sign cek bagi je kat loyer suruh dia take over. hehehehe


Bila dah keadaan tenang sikit even kes saman tu belum settle. Untuk perlaksanaan kes di tangguhkan 20 july. Tak tau apa jadi lagi.. Tak nampak bayangan gurauan lagi ni. Kot2 ada yang bersimpati nak membantu boleh jer. Sebab masih meneruskan misi mencari bantuan. Sesambil mencari bantuan tu.. Blog tetap la kena hidup. Takkan nak down sampai tutup blog kot kan.. Hello.. dunia belum berakhir ok! Life must be go on bak kata omputih. Kalau orang sawo matang kata.. hidup mesti di teruskan macam biasa. Saman sivil bukan nak ke tali gantung. So, buat peace sudah. Janji terus usaha, doa  & tawakal Insya Allah nanti Allah bantu. Kena yakin tiada kuasa yang lebih besar melainkan kuasa Allah. Allah lebih mengetahui yang mana benar & Salah jadi dia lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

Tengah mood dok boleh buat rilex.. buat peace ni meh la aku momokkan hangpa dengan kisah pengalaman bebudak nurse practical kat sebuah hospital tempatan ni. Nurse2 practical ni aku suka sebab masing2 baik jer attitude dia. Cakap pun lembut tak macam senior depa.. ada yang macam singa hahahaha...

Alkisahnya budak misi yang di semester ke 3 ni kena practical kat sebuah hospital. Punya excited katanya di sem 3 ni sebab boleh duty malam walaupun di momokkan dengan kisah2 berkenalan dengan makhluk2 malam kat situ tetap la excited tu ada. Tak kena lagi boleh la kau buat lex, wat peace katanya...

Pendekkan cerita kisah ni berlaku pada 2 budak misi perempuan sem 3 ni. Malam tu depa kena jaga wad lelaki kelas 3. Kat situ memang sibuk sikit katanya sebab ramai pesakit. Wad kelas 3 pepaham je la.. Orang kaya kebanyakkan tak pi spital gomen ye dak. Depa boleh claim insuran duduk spital swasta. Wad kelas 1 & 2 pulak.. kebanyakkan kakitangan awam sebab depa boleh check in secara free.. Jadi golongan berpendapatan rendah & miskin ni kebanyakkan kelas 3 la kan. Kelas apapun takpe.. Janji kat spital ada nurse jaga & bagi ubat ye dak..

Sebab wad kelas tiga ni memang busy.. Penat jugak la bebudak misi tu sampai tak menang kaki tangan la depa. Pesakit berbaris atas katil sampai depan pintu. Bayangkan macam mana sesaknya wad tu.. Nak2 lagi time tu tengah musim denggi. 70 pesakit tapi staff yang bertugas cuma 5 orang campur dua misi pratical tu jadilah 7 orang kesemuanya anggota wonderpets untuk menyelamat malam tu. Dua misi tu katanya di tugaskan kat cubicle yang menempatkan pesakit HIV/AIDS yang memang semua tengah nazak dah. Menunggu di jemput pulang kerahmatullah jer. Kebanyakkan tak ada waris atau sedara mara. Fizikal masing2 dah sama leper dengan tilam katanya. So boleh bayangkan la keadaan pesakit kat situ.. Ada yang senyap2 habis nafas tup tup tengok kejung je pun ada. Yelah.. mungkin dia pergi dengan tenang takde sapa perasan kan..

Dalam pukul 3.30 pagi macam tu, kebanyakkan semua pesakit memang dah lena di ulit intan. So dua misi ni ambil masa la sekejab duduk nak meluruskan pinggang yang dah kejung sejak tadi kerja non-stop. Katanya kentut pun boleh terlupa.. Ni kalau lupa kentut tup tup keluar bau je pun bahaya jugak ni. hahahaha. Sambil duduk tu memasing semak balik rekod pesakit yang dorang dah periksa tadi. tetiba dengar bunyi orang seret drip stand.. alah tiang hat dok gantung air kat spital tu. Bunyi agak nyilu seolah tiang drip tu di seret dengan roda yang takde minyak pelincir. Bunyi macam besi bergesel dengan lantai. Bila dengar bunyi macam tu time sunyi basi confirm la panjang leher depa mengintai dengan perasaan cuak. Siapa gerangan tetengah malam dok seret drip stand tu..

Nampak seorang pesakit yang kurus kering sedang berjalan menuju kearah depa. Masing masing pelik juga sebab rasanya tadi tengok pesakit tu memang dah tenat sangat. Ni siap boleh bangun & berjalan.. produk apa gamaknya dia ambik. Produk perof yang tengah jadi kontroversi kat Page Pseudosciene Watch ke hapa tak tau la kan. Hahahaha.. Depa pun tak nak fikir bukan - bukan tanya la.. ada apa sipolan tu bangun berjalan & tak tido lagi time2 cenggini.

Sipolan tersebut bagitau tujuan sebenar dia.. Nak bagitahu katanya ada pesakit kat katil hujung dia syak dah kembali kerahmatullah. Kelam kabut la dua misi ni pi check pesakit yang di maksudkan.  tengok pesakit tu terlentang & kepala dia mengiring ke arah tepi tingkap. Masa tengah periksa tu tetiba depa terpandang rupa pesakit. Masing masing jadi pucat lesi.. Nak tau sebab apa.

Muka dia sama dengan pesakit yang kurus kering datang kat depa sambil tolak drip stand & bagitau tentang keadaan pesakit yang depa tengah periksa sekarang. Kau rasa apa berlaku selepas tu.. Nak2 lagi depa tau pesakit yang depan depa tu dah Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Dua2 padam kat situ jugak ok! Sedar2 dua2 kat dalam bilik rehat asrama. Pitam beb! terkejut, seram, sejuk takut, terkentut semua ada. Bukan takat tu jer.. dua2 kena demam teruk sampai kena hantar balik kampung berubat secara alternatif. Tu dia penangan jaga orang sakit tenat malam hari kat wad katanya. Ni kalau orang kampung kata kena badi mayat la kot.. 

Yelah.. kerja kat hospital gitu la kan. Nak tak nak kena hadap juga pengalaman mistik macam tu. Pengalaman pertama mungkin pengsan tapi lepas tu maybe depa dah lali kot. Kental tak kental golongan misi ni.. Bukan je terpaksa berhadapan dengan pesakit yang antara hidup dengan mati malah terpaksa hadap jugak penyibuk yang nak jugak attention dari nurse even depa tak sakit tang mana mana pun.. Saja ja nak memeriahkan majlis kat hospital. Bukan dia tak tau kehadiran dia tu boleh buat orang sihat pun jatuh sakit. Silap haribulan kena heart attact.

Moral of the story.. Kejadian seram di hospital ni memang bukan sesuatu yang mustahil. Semua orang tahu kat hospital ni macam2 kes ada. Setakat kes kematian rasanya hari hari ada. Jadi memang tempat tempat macam tu jin & syaitan suka. Almaklumlah.. orang sakit ni lemah zahir & batin kan.. Jadi mohon la perlindungan dari Allah & amalkan ayat ayat pendinding yang terdapat dalam Al Quran.

JIKA KITA NAMPAK MAKHLUK NI, PASTI TAK RAMAI BERANI KE HOSPITAL SEBAB TU PENTING AMALKAN AYAT QURSI

JIKA KITA NAMPAK MAKHLUK NI, PASTI TAK RAMAI BERANI KE HOSPITAL SEBAB TU PENTING AMALKAN AYAT QURSI. Hospital kita sedia maklum tempat yang ramai orang sakit, orang sedang nazak & tempat yang ramai orang menghembuskan nafas terakhir. Tempat - tempat macam ni tak pelik la kalau banyak makhluk2 ghaib yang kita tak nampak dengan pandangan mata kasar. Mungkin yang di beri kelebihan oleh Allah SWT sahaja dapat melihat untuk memberi pengajaran pada orang lain.


Terbaca satu perkongsian di media sosial tentang pengalaman seseorang yang mungkin di buka hijabnya boleh melihat makhluk ghaib ni. Dia nasihatkan la supaya sesiapa sahaja keluar dari hospital tak kira la selepas discharge dari wad, atau datang sekadar melawat orang sakit mengamalkan membaca ayat Qursi kemudian hembuskan di kiri, kanan, depan & belakang sebelum pulang kerumah. Sebab kita tak tau apa yang ikut kita balik dari hospital. Jangan ingat benda ni tahyul bagai yer.. Dari pengalaman aku sendiri anak aku pun pernah terkena baru2 ni selepas hampir seminggu dok ulang alik dari hospital sampai malam sebab mertua masuk wad.. Sampai kena merujuk dengan pusat rawatan Islam. Sepupu dia yang umur 2 tahun pun sama juga tapi depa rawat cara kampung.. Aku tak sure la kan dengan siapa.

Menurut hamba Allah yang berkongsi cerita sepanjang dia dok masuk mana2 hospital kat Malaysia ni.. Dalam wad tu katanya dia nampak macam2 jenis makhluk dok merayap kat siling. Satgi ada loyar buruk cakap cicak pulak. Ni bukan cicak mahupun cicakman yer.. Makhluk tu memang kita orang2 tak ada ilmu ni tak nampak. Kalau semua orang boleh nampak dah tak rare & seram pulak la kan? Kita masuk wad nampak orang jer.. Yang di buka hijabnya dia nampak lebih dari manusia dalam tu.

Dari pengalaman dia sendiri.. katanya di sebuah hospital besar .. dot... dot.. dot.. Bila dia dongak atas siling terlampau banyak makhluk merayap. Ada mata bulat, mata panjang, telinga panjang, muka seram & ngeri seolah olah tunggu masa nak terjun ke bawah. Paling menakutkan.. dia nampak seorang lelaki yang berjalan sambil pegang kepala dia sendiri dalam keadaan darah yang masih memancut keluar dari tengkuk. Hanya dia je yang nampak.. sebab yang lain tengok melakukan rutin seperti biasa seolah2 tiada apa yang aneh berlaku


Bila di pandang bawah katil.. dia nampak ada mayat sedang di tidur pula. Kemudian ada seorang kanak kanak menarik tangan ibunya cuba menunjukkan kearah lembaga bawah katil tapi mak dia pulak marah. Biasa la mak mak kan.. dia rasa anak dia mengarut jer. Sebab tu.. Jangan ambil mudah kalau anak anak kecil bagitahu sesuatu yang pelik yang mereka nampak.


Pengalaman kedua katanya dia nampak ramai orang datang melawat ahli keluarga mereka yang sakit.. dalam celah2 tu dia nampak seorang wanita yang berjalan perlahan sangat. Di atasnya ada seekor beruk sedang bertenggek. Tapi bukan beruk biasa.. Mata beruk tu merah menyala. Bila dia ceritakan pada isteri dia, isteri dia terdiam. So, dia terus membaca ayat2 Al Quran lalu di hembus kepada makhluk tersebut.

Lepas di hembus ayat ayat Al Quran pada beruk tu.. wanita tu terhuyung hayang & sempat dia pegang keluarganya yang ingat dia nak pitam. Beruk tadi terjatuh & bangun semula dengan muka yang marah sambil mencari siapa yang buat dia jatuh & akhirnya matanya terpana pada lelaki yang menghembuskan ayat ayat Al Quran tadi. Sekali lagi lelaki tu bacakan Ayat Qursi lalu di hembuskan pada beruk tu.. Akhirnya benda tu hilang. Isteri dia tegur perbuatan dia menghembus  macam tu risau jadi kecoh sebab orang salah sangka. Bila dia explain kat isteri dia.. Isteri sekali lagi cuma terdiam

Pengalaman ketiga katanya dia nampak ramai orang mengelilingi seorang lelaki yang rupa rupanya dah sangat nazak & sedang menghadapi sakaratul maut. Anak2 dia nampak masih sibuk dengan handphone mungkin sedang menghubungi sedara mara untuk maklumkan keadaan ahli keluarga mereka yang sedang nazak. Tapi ada satu makhluk bertelinga & tanduk panjang nampak lebih sibuk dari semua yang ada kat situ. Dia sibuk menganggangu lelaki yang sedang nazak tu. Saat itulah.. perlu di ajarkan kepada mereka yang sedang nazak untuk mengucap dua kalimah syahadah sebab dalam keadaan matanya mula memandang keatas.. sebenarnya dia sedang di ganggu syaitan. Tak payah time tu nak sibuk dengan handphone..

Pengalaman ke empat.. Lelaki ni pernah masuk ke bilik mayat untuk dapatkan surat kematian ibunya. Dia nampak ada beberapa makhluk yang sedang berdiri berhampiran peti mayat cuma dia tak pasti adakah makhluk yang dia nampak berdiri di sisi peti mayat tu.. mayat di dalamnya milik mereka. Mereka nampak seperti manusia biasa.. tapi ada berwajah hodoh dengan muka pecah, lidah terjelir keluar. Sebab tak tahan nak tengok lama lama dia cepat2 jumpa person in charge untuk dapatkan surat & terus kepejabatnya.

Pengalaman kelima.. Dia masuk ke wad jantung semasa menziarahi ibu mertua dia. Dia nampak seorang jurujarawat tekun membantu seorang pesakit tanpa sedar sebenarnya dia di ekori sesuatu.. Sesuatu tu berupa.. wanita berambung panjang berjalan ikut dia dari belakang. Kemana je nurse tu pergi, dia akan ikut sambil matanya memandang ke bawah. Sesekali rambut dia yang panjang tu tersangkut atas bahu nurse tu.. nampak nurse tu macam menguis seolah olah macam rasa gatal. Dia cuma tengok tanpa buat apa apa pada nurse tersebut. Sebab tu yang bekerja di hospital ni bagus amalkan ayat Qursi untuk mengelak gangguan makhluk halus.


Jadi.. Petua kepada semua tak kira yang datang menziarah atau yang bertugas dalam hospital ni. Amalkan ayat Qursi.. sebab di sebalik apa yang kita tak nampak ada sesuatu yang sedang memerhatikan kita. Memang yang jadi mangsa kebanyakkan kanak kanak.. Jadi untuk elakkkan kita atau anak kita menjadi mangsa gangguan makhluk ghaib ni amalkan ayat ayat Al Quran sebagai pendinding. Samada kita percaya atau tak.. Ia memang wujud. Di bumi Allah ni bukan hanya wujud hidupan yang kita nampak.. Malah ada alam ghaib yang ada penghuninya. Wallahualam...

MALU BULU KEMALUAN DI CUKUR JURURAWAT HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM

MALU BULU KEMALUAN DI CUKUR JURURAWAT HOSPITAL SULTAN ABDUL HALIM. Nak tergelak pun ada baca screen shoot yang mula di viralkan pasal seorang lelaki yang nak jalani pembedahan di bahagian peha cela kangkang yang terasa macam di aibkan bila jururawat wanita mencukur licin bulu kemaluan dia sebelum operasi pembedahan berlaku.


Dia katanya tak puas hati sebab pembedahan tu bukan di kemaluan tapi di bahagian peha. Dia terasa macam orang ambil kesempatan keatas dia. Nak tergelak aku baca.. Aduhai! Nurse pun tak kuasa la nak pegang orang punya apatah lagi sesaja nak tolong cukur bulu kat tempat tu. Sebab tu procedure sebelum lakukan pembedahan terpaksa la jugak depa buat. Mungkin depa gelak2 tu sebab cover malu kot... atau depa memang rasa kelakar kena cuku bulu orang punya.


Kita tak boleh la nak gelakkan pesakit @ mangsa tu.. Bukan semua orang awam faham procedure sebelum lakukan pembedahan kat tempat berdekatan dengan alat sulit. Benda tu perlu di terangkan oleh doktor atau orang yang sepatutnya supaya mereka tak pertikaikan kenapa & mengapa sehingga berlaku salah faham. Jangan la gelakkan pesakit akak nurse Ooi.. Manusia ni ada perasaan malu. Nak2 melibatkan kemaluan ni. Dah nama kemaluan confirm la tempat tu la menjadi tempat yang paling malu kalau orang tengok.

Kemaluan ni bukan tempat untuk di tunjukkan pada umum macam kita tunjuk fesyen yang nampak trendy macam ni >> Tips Nampak Simple tapi stylo & trendy << Jadi bila terpaksa kangkang untuk orang lain buat sesuatu memang la tahap ke'malu'an tu tak dapat di ceritakan. Kita bersalin pun walau doktor perempuan yang sambut pun malu tu ada.

Moral of the story.. aku nampak kesilapan ni pada kedua dua belah pihak. Pihak petugas hospital yang mungkin tak jelaskan secara terperinci kepada pesakit kenapa perlu buat macam tu & pesakit tu sendiri tak tanya sampai faham kenapa perlu buat macam tu. Hanya serah diri lepas tu up kat media sosial.

INGAT NURSE SUKA KE TENGOK KEMALUAN LELAKI

INGAT NURSE SUKA KE TENGOK KEMALUAN LELAKI. Terbaca kat beuatifulnara pepagi tadi pasal apa kes ntah beberapa individu berjantina lelaki dok mengutuk golongan nurse katanya suka tengok kemaluan orang lelaki. Kemain statement yakin & berani tu buat tuduhan macam tu. Ingat sangap sangat golongan nurse2 ni sampai excited tiap kali tengok kemaluan lelaki. Pendek kata macam depa ni nak gambarkan memang golongan nurse cari peluang je nak tengok.


Apa hangpa ingat golongan nurse kemaruk sangat nak tengok. Kalau tak kerana kerja depa pun tak hingin nak hadap. tak selera depa nak tengok orang punya. Habis kalau waris semua serahkan bulat2 tugas jaga mak bapak depa kat nurse bila check in kat hospital sampai berak kencing pun nurse kena uruskan macam mana depa tak tertengok. Lepas tu nak tuduh nurse suka tengok kemaluan lelaki.


Depa pun rasanya tak teruja la sangat dengan kemaluan orang. Tapi tuntutan kerja nak tak nak kena jugak tengok. Tak elok la nak judge golongan nurse ni macam perempuan sangap sangat nak tengok kemaluan orang. Sepatutnya berterima kasih la sikit depa rela cuci berak kencing pesakit.

Moral of the story.. Zaman viral ni berhati nak komen. Silap komen jadi viral keluar rumah pakai topeng Anonymous la kau.

KISAH SERAM HANTU AKAK LIMAU WAD BERSALIN

 Mummydearie dok tanya kemana pulak episod memburu hantu lepas ni. Letih dok travel jejauh kita jenjalan kat hospital pulak la. Kat Hospital Malaysia ni pun ramai lagi hantu yang belum di ketengahkan bakat berhantunya.  Jadi bagi memartabatkan hantu2 Malaysia marilah kita memberi publisiti hantu tempatan .MD dah siap packing moh ler kita pergi memburu katanya.. hehehehehe. Memalam jumaat ni share cerita hantu feel seram sikit katanya.

Ni kisah hantu hospital lagi tapi kat ward bersalin pulak. Tak tau la ada antara korang pernah baca kisah ni atau tak tapi yang pasti best pulak nak share kat blog puaka melekat lekit ni. Patutnya aku post petang tadi tapi petang tadi ada appointment dengan hospital so postpone ke malam la. Di nasihatkan yang mempunyai tahap keberanian yang kurang tapi imaginasi yang tinggi jangan la baca time sorang2 atau tengah malam buta. Risau pulak aku tetiba kena histeria.

Sumber google

Alkisah di sebuah wad bersalin yang nama hospital terpaksa di rahsiakan oleh si pencerita. Katanya takut kena saman. Yelah.. zaman orang sekarang memasing ada lawyer ni kan.. Malam tu katanya dia di tugaskan di wad kelas 1 & 2. Malam tu dia shift malam. Masuk pukul 8. Lepas briefing & check semua pesakit, dia pun meronda ronda la kat kawasan sekitar. Terserempak dengan seorang pesakit ni yang memang suka berjalan. Dia pun tegur. Suruh rehat & tak elok jalan jauh2. Nak2 lagi pesakit tu memang dah tengah sarat sangat. Pesakit ni memang rajin berjalan & berbual dengan nurse kat situ. Akak ni suka makan limau katanya. Dipendekkan ceritanya.. Tibalah hari dia bersalin, nurse yang selalu borak dengan dia kebetulan bercuti sebab abang dia kawen. Bila dia balik bertugas, macam biasa selepas abis rutin dia check up pesakit semua. dalam pukul 12 malam tu dia duduk lepak2 dengan kawan dia kat bilik rehat untuk bagi hilang mengantuk. Tiba2 dia di datangi si akak yang selalu dia tegur & suka bersembang dengan nurse kat situ sambil pelawa limau. Walau di tolak tetap di pelawa sampai 3 kali. wajah akak tu katanya pucat sikit. Di tanya pengalaman bersalin akak tu cuma senyum & tak banyak berbual macam selalu. Tengah lepak tu ada baby menangis & kawan dia memang di tugaskan untuk bagi baby susu so kawan dia pun bangun pergi buat susu baby. Perangai akak tu tak seramah selalu dah.. Yang si kawan nurse tadi dah pelik tengok dia sembang sorang2. Lepas akak tu berjalan pergi sambil lambai tangan kawan di nurse ni tegur & tanya dengan siapa dia cakap. Bila dia bagitau dengan akak suka makan limauyang selalu dok sembang dengan diaorang terus kawan dia pucat. Serentak 4 bayi kat situ semua menangis. Bila di beritahu akak tu sebenarnya dah meninggal dunia masa bersalin. Uri dia tersangkut kat dalam. korang rasa apa dia rasa? Kalau korang apa korang rasa? Kalau rajin meh baca full version kat sini > Hantu wad bersalin <

Moral of the story.. Yang datang kat dia bukanlah akak limau yang dah meninggal dunia semasa bersalin tapi itulah jelmaan jin yang nak menyesatkan manusia. Jadi di ingatkan, orang yang dah mati takkan kembali kedunia dengan apa cara atau rupa sekalipun apatah lagi jadi hantu.


MITOS DARI STAFF HKL PASAL BAHAYA TAMPAL COOL FEVER KAT DAHI

Alahai.. dugaan 2014 gamaknya. Anak ku ni sebelum ni cukup susah nak sakit.. demam setahun sekali tapi tahun 2014 ni rasanya dah 3 kali demam. Haritu baru je recover dari demam akibat gangguan mistik.. baru bulan lepas.. dah awal bulan ni demam pulak. Tapi ni takde la kot sebab gangguan ke hapa... maybe demam virus biasa. Panas pun tak tinggi sangat. Tapi tetap kena buat blood test & masuk ubat kat bontot even suhu 38.4 celcius menurut doktor cuma suhu demam biasa tak tinggi sangat.

Gambar carian google

 Alkisahnya semalam aku detect anak aku nafas dia ada bunyi.. bila susah nak minum susu. Asyik terbatuk.. Aku syak maybe ada kahak. Siang tu aku dah bawak pergi private clinic tapi doktor clinic tu just buat decision dari penjelasan aku jer langsung tak nak check. Aku memang tak puas hati. Berkali aku cuba tanya.. & dia kata anak aku cuma ada masalah kahak biasa jer. Memang aku tak puas hati. Dia bagi ubat cairkan kahak.


Malam anak aku demam... Doktor tak bagi ubat demam sebab dia tak check langsung tekak anak aku. Dari pengalaman aku yang lepas bila kita bawak anak jumpa doktor bila ada kaitan dengan masalah selera makan.. masalah kesihatan ni dia akan check tekak & doktor boleh detect kalau anak kita ada tanda2 nak demam melalui tekak. Sebab tu doktor malas tahap panda makan tidur jer, jadi terdemam la anak aku semalam tanpa aku tahu dia nak demam.

Sebab tak puas hati hari ni aku bawak pergi govement clinic. Lupa pulak hari cuti umum clinic tutup.. sebab kurang bijak tak tau boleh pergi hospital sg buloh sebab dok ingat hospital sg buloh takde rawatan pesakit luar.. berdesup pergi HKL sana nu. Takpe demi anak. Kalau kena pergi hospital kulim pun aku sanggup pi. Biasa la govement hospital.. kena la tunggu. Takpe at least aku yakin dengan doktor gomen ni. Yelah anak aku kan demam.. so, tampal la cool fever kat dahi untuk kurangkan suhu panas, tetiba asben aku cerita ada sorang staff HKL (lelaki) tegur kata bahaya letak cool fever kat dahi.. kena letak belakang leher. Bila asben aku tanya kenapa, dia macam nak marah tapi tak bagi tahu sebab kenapa.


Maka balik rumah tanya Doktor google. Rupanya Isu ni pernah jadi kontroversi tapi sayangnya hanya mitos berkaitan tampal cool fever kat dahi boleh membahayakan kanak kanak. Yelah.. kalau bahaya iklan kat TV pun tayang tampal kat dahi. Yang staff HKL tadi beriya sangat sampai macam nak gaduh rupanya percaya pada mitos yer..

Untuk artikel penuh pasal entri cool fever ni boleh baca kat SINI

Moral of the Cool Fever story.. sebelum kita nak canang benda tu bahaya, benda ni selamat kita kena ambil tahu dulu kenapa tak selamat. Jangan hanya dengar orang kata bahaya kita pun sibuk nak hotkan isu tu padahal bila orang persoalkan balik kenapa bahaya kita takde jawapan then nak hangin kat orang.

P/S : actually tadi 1st time aku ke HKL rupanya HKL dok guna sistem nombor guna cebisan kad manila lagi. kekekeke


GADIS DI TUDUH HAMIL LUAR NIKAH SEBAB DOKTOR SILAP BAGI RESULT URINE

Kelalaian memang kesilapan manusia. Kesilapan manusia ni selalunya menyebabkan manusia lain dapat susah. Kesian aku baca kisah anak dara sorang ni. Tak terbayang perasaan malu & aib dia ketika itu..

Terbaca kat Berita harian pasal seorang gadis berusia 23 tahun yang cuba mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuah, di sini, bagi merawat kesakitan dialami pada bahagian kanan perut, sebelum dirujuk kepada seorang doktor.

Lepas seminggu sakit dia tak jugak baik2 dia pergi lagi ke klinik yang sama selepas tu di transfer ke pakar sakit puan di hospital Langkawi. Esoknya tu dia di masukan ke wad tiba2 datang 3 pegawai dari Jabatan agama Islam Langkawi soal siasat dia & menuduh dia hamil anak luar nikah & tuduhan tu pesakit2 lain pun dapat dengar. Mana tak malunya si gadis tu, kan?? Sebab dia yakin dia tak mengandung.. dia minta penjelasan nurse & doktor kat situ tapi kesian takde yang layan.

 Sumber Berita Harian

Selepas dia dapat  notis supaya hadir di PAIDL untuk siasatan lanjut dia minta ujian air kencing di lakukan kali kedua & hasilnya negatif.. dia tak mengandung pun. So sekarang ni dia tengah fikir nak ambil tindakkan undang2 pada pihak hospital tersebut.

Memang manusia tak lepas buat kesilapan.. tapi kesilapan yang boleh mengaibkan orang lain macam ni rasanya tak harus berlaku. Macam mana boleh silap result urine. Buat keja sambil lena ke hapa... Op's kita kena positif.. kita tak tau apa masalah orang yang buat kerja tu sambil boleh keluarkan result yang salah & sekaligus mendatangkan malu & aib pada orang lain. Tidak pada aku dalam perkara ni. Apapun masalah dia.. setiap kerja ada etika. Kalau kita sentiasa positif & anggap sebagai suratan takdir seterusnya memaafkan tanpa sebarang tindakkan di kenakan.. Percayalah kesilapan macam ni akan sentiasa berlaku sebabnya.. apa depa nak kesah kan. Buat silap.. anggap je sebagai takdir.. benda dah tertulis akan jadi. So, semua ni ketetapan Tuhan... tak boleh nak buat apa. Sonang kojo la camtu.

Kesilapan macam ni maafkan tu kena la maafkan tapi kena juga di beri pengajaran supaya tak berulang & di menjadi ikutan pada orang lain. Tetap kena ambil tindakkan undang2. Bukan tuduhan kecil kalau sampai dah kata mengandung anak luar nikah. Pada yang positif & tak boleh terima pendapat den ni terpulang... Kita ada pandangan masing2. So,berhujah la secara berhemah.

** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BAKAL NURSE BERTUDUNG BERGAMBAR DENGAN ANU LELAKI

Manusia sekarang bila berdepan dengan laman sosial macam FB/twitter atau sebagainya macam dah takde privacy & malu dalam hidup depa. Kalau boleh semua nak tayang.. semua nak cerita.. Kalau boleh tu setiap inci apa yang ada kat badan atau ada dalam rumah atau ada dalam hidup dorang semua nak tayang. Macam tu la yang terjadi pada budak2 bakal nurse ni.

Tahulah kau bakal nurse jadi kau akan belajar & tengok semua tu. Tapi perlu ke sampai kau upload gambar macam ni.


 Sumber FB

Yang pelik ada pulak yang backing.. tapi masalahnya lecturer kau bagi markah kat korang berdasarkan jumlah LIKE @ Share kat FB ke sampai kena upload tunjuk kat orang dengan aksi tak berapa ada kemaluan sambil memegang kemaluan patung lelaki itu?? Perlu ke kau ambil gambar & upload kat FB untuk lulus exam? Kalau betul.. memang dahsyat la sebab markah berdasarkan jumlah LIKE & Share FB.

Cuba2 la buat sempadan sikit kat FB tu. Dan cuba2 la ada rasa malu sebagai seorang manusia lebih2 lagi korang tu perempuan. Mak bapak angpa tengok pun tutup mata dek non Ooi.. tolong malu dengan perangai anak2 depa. Cheq pun termalu jugak bila tengok tapi harus la berucap sepatah dua kata sebagai teguran & peringatan untuk orang lain & juga diri sendiri.

Moral of the story.. kadang2 kita je rasa benda tu kelakar tapi ramai orang rasa benda tu sangat mengaibkan & memalukan. Jadi jangan memalukan diri sendiri dengan buat kelakar yang tak kelakar macam ni.

 ** Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com