Showing posts with label kereta. Show all posts

CARA PALING MUDAH & SENANG RENEW ROADTAX & INSURAN KENDERAAN

CARA PALING MUDAH & SENANG RENEW ROADTAX & INSURAN KENDERAAN. Akhir zaman ni ramai manusia dah jadi pemalas nak bergerak tapi jalan tetap la Jam juga kan. Ingat semua jenis settle kan urusan hanya duduk satu tempat tekan tekan kebot boleh la kurangkan kesesakkan lalulintas rupanya tak juga. Sebab Malas macam mana pun orang tempat memerlukan kenderaan untuk bergerak walau hanya untuk ke satu lokasi setiap hari. Contoh macam nak ke pejabat. Selain nak balik kampung atau ke destinasi percutian. Semua kena guna kenderaan. Apa kau ingat kau superman boleh terbang. Nak terbang pun kena naik kapal terbang ok!


Sebab takde lagi kita boleh ke lokasi mana mana hanya dengan 1 clik. tetap la kau kena ada kereta/motor atau naik transport awam juga kan.. Bila dah pakai transport sendiri ni.. kau tak boleh la buta2 jer tunggang dia. Kat jalan raya ni macam macam boleh jadi.. tak kena saman sebab tak ada roadtax atau roadtax mati lupa nak renew.. Berlakunya kemalangan. Kemalangan ni tak semestinya kita tak pandu dengan berhati hati.. Kadang2 kita dah cukup ikut undang2 jalan raya tapi di sebabkan kecuaian orang lain maybe menyebabkan kita juga boleh terlibat dalam kemalangan. Sebab tu pentingnya Insuran kenderaan ni.. Sekiranya berlaku apa2 tidak di ingini boleh claim insuran, ye dak?? Lagipun memang wajib ada pada setiap kenderaan.. So tak adA excuse ok!

Tapi tu la.. Dah ada roadtax.. ada insuran semua tapi Ya Allah.. Bila tiba masa perlu renew ni yang jadi masalah sikit kalau nak kena pergi kaunter pejabat pos atau JPJ bagai.. Rakyat malaysia ni bukan rajin sangat nak bergerak kesana sini, nak menunggu lama atau nak berbaris panjang kecuali iPhone Offer RM200 seunit.. Sampai luar Mall depa sanggup berbaris. Tapi setakat nak renew insuran & roadtax kenderaan ni.. Kalau boleh nak skip je. Tu yang kadang2 sampai lupa sebab asyik delay je nak renew.

Tapi jangan risau.. Zaman sekarang setakat nak renew2 ni bukan masalah besar sangat. Rasa berat sangat bontot macam ada seketol gunung tumbuh kat situ.. Hangpa duduk la mereput kat situ. Nak review Insuran/Takaful atau roadtax boleh je guna servis dari Agent insurans am/general, Insuran/Takaful & Roadtax Renewal By ASE..Yang berdaftar sebagai agent dengan etiqa dan liberty.

Jangan risau mereka ada berdaftar dengan ssm. Ni buktinya..


Korang tak payah nak pergi mana mana boleh berurusan secara online (whatsapp/call) nanti Insuran & Roadtax korang yang dah renew akan sampai pada korang. Jimat masa tenaga, kos minyak, kos penat, kos makan minum.. Boleh la membawang dengan kawan kawan kan?


Antara perkhidmatan yang mereka sediakan adalah..

Perbaharui road tax kenderaan
✓➛ Hanya 30 minutes 
✓➛ Harga Berbeza bergantung kepada jenis pemilikan kenderaan dan cubic capacity(CC)
✓➛ LKM dan pelekat dari syarikat insurans..

Agen Insurans & Takaful

✓➛ Hanya 30 minutes 
✓➛ Harga berbeza bergantung kepada kenderaan.
✓➛ Perbaharui motor insurans/takaful 
✓➛ Perbaharui cukai jalan kenderaan 
✓➛ Fire Insurance 
✓➛ Houseowner Householder Insurance 
✓➛ Personal Accident 
✓➛ Takaful Domestic Servant 
✓➛ Traveller Insurance


Kelebihan korang menggunakan servis dari Agent ni adalah..

☢➛ Jimat masa
☢➛ Tak perlu nak keluar ke pejabat pos atau kaunter JPJ
☢➛ Boleh berurusan secara online untuk survey harga (dapatkan Quotation) & buat pembayaran
☢➛ Mereka akan hantar Roadtax @ Insuran terus ke tempat anda di seluruh Malaysia.

Yang best lagi free delivery bagi kawasan area sungkai,bidor,tapah & untuk renew insuran & roadtax dapat free postage seluruh Malaysia, ok. Best kan? Dapat jimat banyak benda dah ni. Boleh la kumpul2 beli kereta baru nanti. kekekeke

So yang jenis susah nak keluar atas kesempitan masa. Almaklum la korang kan busy body mengalahkan perdana menteri malaysia. Mana ada masa nak pergi pejabat pos atau JPJ ye dak. Masa itu emas. Nak scroll pesbuk lagi, mana nak siapkan kerja2. Memang sangat Afdal menggunakan servis Insuran/Takaful & Roadtax By ASE ni.

Yang mana Insuran atau Roadtax yang dah nak expired nak try servis dari mereka.. Nak tanya dulu atau nak survey survey dulu pun boleh.. Sila hubungi

 ☏☒Tel/Whatsapp 013-602 6922 / 018-572 2257 
 Facebook  Sharifah Aminah 

Sapa nak Perbaharui insurans dan roadtax dengan MUDAH & CEPAT boleh la hubungi mereka yer.

9 PERKARA YANG WAJIB TAHU SEBELUM SERVIS KERETA, TERUTAMA PEREMPUAN

9 PERKARA YANG WAJIB TAHU SEBELUM SERVIS KERETA, TERUTAMA PEREMPUAN. Zaman sekarang bersepah perempuan ada kereta & boleh drive sendiri. Adik beradik aku semua perempuan & semua boleh drive & memiliki kereta sendiri tapi kebanyakkan tahu drive je la.. Yang lain2 semua hantar kedai.. Nasib baik ada ipar sorang yang multifunction iatu suami aku. Suami aku ni memang macam MacGyver sikit. Semua benda dia tahu kalau tak banyak pun mesti yang basic2 tu dia boleh buat kadang2 dia ni jenis semua nak cuba buat sendiri. Jadi tak jadi belakang kira... Yang pasti dia cuba dulu. Dari situ la dia banyak belajar tentang sesuatu.


Berbanding kita orang perempuan ni.. Banyak takut dari nak mencuba ye dak? Nak check minyak Hitam pun kadang2 tak tahu apatah lagi yang lebih dari tu.. Yang tahu cukup masa pergi service kereta. Sampai bengkel serah je kereta bulat2 kat bebudak bengkel tu.. Tu yang kadang2 kena tipu. Asal nak service kereta tetiba banyak pulak kena tukar tu ni.. katanya rosak. Sebab memang kita jenis Zero pasal kereta yang tahu cuma drive jer.. Risiko nak kena kencing berdiri dengan orang bengkel memang 90% la.. Orang meniaga sekarang bukan semua jujur. Ikut nasib hangpa la di rezekikan berurusan dengan orang yang macam mana.. Tapi nasib boleh di ubah kalau berusaha.. Jadi Penting jugak anda usaha untuk belajar serba sedikit pasal kereta untuk elak kena tipu

Jadi pada korang nak pergi servis kereta.. terutama dekat nak raya nanti. Memang ramai orang akan berpusu mengunjungi bengkel2 atau pusat servis kereta sebab nak balik kampung kan. Yelah perjalanan jauh kena pastikan condition kereta dalam keadaan baik.. Kang breakdown tengah2 highway mau gelabah bewak. Nak2 lagi breakdown kat Gua Tempurung di malam hari... Mula la teringat langsuir la.. pontinak la.. atau entiti2 yang menyeramkan. Almaklum la kat situ salah satu port banyak kisah seramnya kan...

Untuk elakkan semua tu berlaku mak meh sini meh.. Kita belajar pasal basic2 kereta sikit. Takpe la yang belum ada kereta sekarang nak belajar. Tak semestinya kita kena ada kereta sendiri baru belajar ye dak.. Manatau tumpang kereta kawan, At Least boleh la share2 sikit ilmu tu. Kalau yang rasa ada keinginan nak belajar tu boleh baca artikel ni >> Ini Dia 9 Perkara Paling ‘Basic’ Anda Kena Tahu Bila Pergi Servis Kereta Sebelum Raya << Sangat mudah di fahami apa yang di terangkan even aku yang tak pernah pegang stereng kereta ni pun boleh faham tips yang di tulis kat situ. Nanti boleh la buat2 pandai depan laki aku tu... hahahaha

So, lepas ni nak pergi servis kereta hangpa tau la apa yang perlu kena check, apa yang perlu kena tukar, apa yang perlu kena stanby untuk perjalanan jauh. Tak payah nak mengelabah lagi.

Moga perkongsian kecil ni memberi manafaat besar kepada semua, Insya Allah.

TERBONGKAR! VIVA ADALAH ANAK KEPADA PROTON SAGA

TERBONGKAR! VIVA ADALAH ANAK KEPADA PROTON SAGA. Ni bukan entri lawak ke hapa.. Ni memang benar2 berlaku. Memang Viva anak kepada proton saga ok. Mesti ramai yang tak percaya kan? Aku mula - mula baca rasa macam kelakar.. Tapi sebenarnya benda ni bukan cerita kelakar. Nak tahu macam apa kisah anak beranak Viva & proton saga ni sila rajin membaca entri ni sampai habis. Kau jangan nak feeling macam nujum pak belalang sangat.. Baca tajuk je lepas tu claim macam kau tahu semua cerita yang aku nak tulis.. Mula la komen merapu meraban nanti.


Alkisahnya.. Suatu ketika dulu. Pada tahun 1984 di sebuah perkampungan lahir seorang bayi lelaki. Bila anak dah lahir ni.. bapak dia bawa la pergi nak daftar kelahiran. Tahun 80an ni memang kena polis yang akan isi borang pendaftaran nama bayi2 yang baru lahir. Mungkin faktor masih ramai yang buta huruf masa tu.. Tu kadang2 lain kita sebut lain yang di tulis & di ejanya. Aku ada sedara.. Nama dia sayani. Sayani ni aku panggil kak yani je anak tiri makcik aku. Kak yani tu dulu.. Bukan nak di namakan sayani tapi masa pakcik aku nak pergi daftar nama kak yani ni.. dia macam tak tahu nak namakan apa.. So dia sebut.. saya ni... saya ni... Polis tu terus tulis sayani. Tu yang ter daftar nama sayani. Tapi sekarang.. semua kena isi borang sendiri lepas tu hantar ke pejabat pendaftaran untuk di daftarkan. Jadi tak ada dah polis tersilap isi nama anak kat borang pendaftaran.

Kisah proton saga ni pulak.. Bapak dia nak pergi daftar nama anak dia tapi dia sendiri pun tak ada idea nak letak nama apa.. Masa tu proton kira baru keluarkan model kereta proton saga.. So polis tu suggest namakan anak sipolan ni dengan nama proton saga. Dia pun setuju sebab dia rasa menarik nama tu.. Sampai sekarang la nama anak dia proton saga walau kat kampung nama timangan proton saga ni lain.. Polis pun! Kau takde nama lain ke nak suggest.. Memang la unik.. Kalau letak nama saga tu ok lagi ni kau suruh letak siap proton kat depan tu dah kenapa. hahahahaha. Rasa proton kena bagi sebiji kereta kat depa ni sebagai menghargai sokongan depa pada jenama proton. hehehehe...


Tu kisah 33 tahun.. Ni kisah 10 tahun lalu pulak. Si proton saga ni berkahwin & dapat seorang anak perempuan sulung.. Sebab dia dinamakan proton saga maka anak perempuan dia di namakan Viva sempena nama kereta perodua pulak. Maka terjalin la ikatan bapa & anak antara proton saga & viva... hehehehehe....


Kisah ni berlaku kepada keluarga dari kaum orang asli yang tinggal Kampung Orang Asli Sungai Jentong, Trolak. Sebab keunikkan nama dia proton saga.. Jadi viral. Biasa la zaman viral ni yang mana unik & pelik memang senang orang share kan. Apapun tak ada apa yang mengaibkan pun dengan nama tu selain cacthy & cute sangat ok! Bila cikgu panggil nama anak dia.. Viva Proton saga confirm orang yang pertama kali dengar secara automatik akan mencari siap pemilik nama tu, kan? Tak pasal2 popular. hehehehe

Bagi golongan biasa namakan anak dengan kereta2 jenama mampu milik.. Mungkin bagi anak orang kaya namakan anak dengan jenama kereta ni pulak >> Semua orang bercakap pasal kereta baru ni.. Ini sebabnya << ada ke orang kaya nak namakan anak dengan jenama kereta tu? hehehehe

KECAM ORANG KEMATIAN ANAK, KAU PANDAI SANGAT KE JAGA ANAK?

KECAM ORANG KEMATIAN ANAK, KAU PANDAI SANGAT KE JAGA ANAK? Macam biasa la kadang2 ada isu aku lebih suka tunggu & lihat.. Tengok macam mana respond orang lain dulu terhadap sesuatu isu tu baru aku keluarkan pendapat aku pulak. Semua orang tahu kes kemalangan melibatkan sebuah kereta yang melanggar sekumpulan budak2 awal belasan tahun.. 8 daripadanya meninggal dunia. Ada la beberapa yang cedera & masih di rawat di hospital.


Bab kecam bebudak tu aku maybe boleh accept sebab memang terang terang bebudak tu salah. Salah satu kesalahan paling ketara jam 2 - 3 pagi masih dok merayap berbasikal atas jalan. Tu salah satu kesalahan dari pihak bebudak tu.. Tapi kita sedia maklum kesalahan ni bukan dari hanya satu pihak.. Bagi aku semua pihak ada salah masing - masing. Sebelum kejadian tu berlaku katanya memang dah selalu budak2 basikal dok merempit main basikal kat jalan tu. Orang awam yang tegur pun di hanjingkan balik. Lumrah budak2 yang tengah dok explore dunia. Baru kenal kebebasan.. Umur - umur macam tu dia memang rasa macam besar sangat dah. Tapi sebelum ni mungkin tiada tindakkan membenteras aktiviti mereka time2 malam macam tu sebab tu berlaku apa yang berlaku. Bila dah berlaku baru la nak kuatkuasa undang undang bagai.. Standard la tu la kan.. Sebab tu kadang2 Allah menegur manusia dengan cara yang menyedihkan sebab lagi tak tertusuk sembilu ke sudut hati yang paling dalam lagi tu manusia ni tak alert atau tak ambil kisah.

Bab tu settle.. Bagi aku semua pihak salah tak kira dari budak2 tu, ibubapa, pemandu, orang awam, pihak berkuasa semua. Takde sapa terkecuali.. semua aku sumbat dalam lokap kesalahan aku. Hahahaha... See aku lagi kejam ok! Tapi aku masih ada perikemanusiaan la dari mereka mereka yang dok kecam mak bapak budak2 tu. Konon tak reti jaga anak.. biar anak merayap tengah2 malam.. bila jadi benda2 macam tu menyusahkan orang lain bla.. bla.. bla.. bagai. Akibat dari kecaman hebat dari nitezen ni.. Sampai ada waris mangsa yang meninggal dunia tu tampil mohon hentikan kecaman & tuduhan. Bukan depa biar anak2 depa keluar merayap tapi kadang2 budak2 ni lagi di tegah lagi di buat. tak boleh keluar dengan keizinan.. dia keluar secara senyap2 di luar pengetahuan waris dia. Alah.. yang dok kecam tu pun aku yakin masa hangpa sebaya depa pun hangpa pernah buat benda2 macam tu. Mak Ayah tak bagi keluar.. kau seludup jugak keluar. Balik kang nak kena rembat secara maraton pun kau tak kisah janji boleh keluar ye dak?? So kalau hangpa tergolong spesis macam tu.. Layak ke hangpa nak kecam mak bapak orang?? Hangpa sendiri tau bukan semua sebab tidak di tegah atau di peduli mak bapak tapi sebab kedegilan seorang anak yang tak makan saman.


Walaupun semua pihak ada bahagian salah masing masing.. Tapi contohilah PDRM basikal yang salahkan sebab dah di modified katanya hahahahaha #Sarcasm. Ok.. ok.. serius balik. Sapapun salah tapi please jadi manusia yang ada perikemanusiaan sikit nak2 lagi yang ada anak2 tengah membesar tu. Belum tentu anak2 kita tak terjebak dengan perkara macam tu. Sekarang ni kadang2 bukan sebab salah didikan sangat tapi pengaruh sekeliling sangat2 mendorong seorang remaja tu terikut ikut benda yang tak baik. Bagi la ruang sikit untuk mereka2 yang baru kehilangan seorang anak.. Pergi dengan mengejut macam tu hangpa ingat simply mak bapak depa nak boleh move on.. Ambil masa juga ok nak terima kenyataan. Di tambah pulak hangpa dok kecam.. Please la wei! Rasa kesian sikit. Takkan sampai mak bapak bebudak tu jadi gila & bunuh diri baru hangpa puas hati.

Yang terbaik Jadikan trajedi tu sebagai peringatan untuk kita semua. Ingat hari ni jadi kat anak orang.. esok lusa mungkin jadi kat kita sapa tahu. Takkan nak tunggu anak kita mati dulu baru kita nak faham rasa seorang ibu bapa tu bila kematian anak.. Baru nak harap orang lain akan faham perasaan kita? Jangan masa tu kau baru nak menyesal.. memang tak berguna lagi.

Moral of the story.. Kat sini aku bukan nak backup mana2 pihak cuma aku harap kita sebagai hakim2 di facebook berperikemanusiaan sikit terhadap mereka2 yang di uji dengan kehilangan anak dalam sekelip mata macam tu. Tak payah bajet macam kau pandai sangat didik anak la sangat.

JELMAAN GADIS MATI KEMALANGAN TUMPANG KERETA UNTUK KE HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU

JELMAAN GADIS MATI KEMALANGAN TUMPANG KERETA UNTUK KE HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BAHRU. Dua tiga hari lepas perasan ada kawan yang share gambar semasa Hospital Sultanah Aminah terbakar.. Ada satu makhluk katanya.. ternampak dalam gambar tersebut. Entah kenapa aku tak nampak apa2 pun yang menyeramkan dalam gambar yang tersebar.. Yang jadi mangsa blog aku la asyik tersangkut je keywords orang cari cerita mistik di sebalik kejadian terbakar tersebut. Tapi maaf la.. aku rasa tak ada apa cerita di sebalik tu untuk di jadikan kisah seram.. Cuma masa aku google aku terjumpa satu kisah ni yang ada kaitan dengan Hospital Sultanah Aminah.


Alkisah seorang bro ni katanya janji nak jumpa kawan2 dia di sebuah restoran kat danga bay. Maka dia pun drive la kesana. Time tu jam dah pukul 7.30 malam.. Memang waktu2 jin & syaitan berpesta la kan.. Sampai kat pertengahan jalan lingkaran yang katanya sekarang dah di bina stesen petronas dia ternampak seorang wanita berjalan seorang diri. Atas perikemanusiaan dia pun berhenti la bertanya destinasi wanita tu. Wanita tu katanya nak ke perhentian bas Hospital Sultanah Aminah. Jadi di tumpangkanlah perempuan tu tanpa was was. Yelah.. perempuan kot. Dah tu jalan sorang2 maghrib2 macam tu. Bahaya jugak. Tapi perempuan tu pun tanpa was was juga berani menumpang kereta lelaki tak di kenali. Peringatan penting untuk Wanita2 di luar sana.. Jangan tiru aksi tu yer! Bahaya... Jangan jalan seorang diri di laluan yang sunyi & jangan tumpang kereta orang yang tak di kenali lebih2 lagi lelaki.

Masa perempuan tu naik kereta.. dia minta la Bro ni jangan on aircon, suruh buka tingkap. Bro ni pun ikut jer.. Lagipun permintaan dia bukan la susah sangat nak buat kan? Dah tu jimat tak payah aircon. Dalam perjalanan ke destinasi di tuju, perempuan tu cerita la sepatutnya boipren dia yang datang ambil tapi sebab ada sedikit masalah yang tak dapat di elakkan dia terpaksa jalan kaki ke sana. Perempuan tu pun bagitau dia dah bagitau pakwe dia ni jangan bawa motor sebab dia dah serik naik motor suruh bawa kereta.

Mungkin Bro ni rasa perempuan ni high demand kot.. dia pun pujuk la. Konon naik motor lebih romantik, jimat minyak & kalau jam boleh je menyelit celah2 kereta. Tapi perempuan tetap berkeras dah tak nak naik motor lagi selepas satu kejadian ni. menurut cerita dia.. Pernah satu hari dia membonceng motorsikal dengan pakwe dia. Nasib tak baik haritu ada kereta yang tengah racing menyondol belakang motorsikal yang mereka tunggang.

Dengar cerita perempuan tu, si bro ni pun saya excited nak tahu apa yang terjadi seterusnya. So dia pun tanya la. Sambung perempuan tu lagi sambil menunjuk satu divider pada bro ni & memberitahu kat situ la mereka tercampak & di seret 50 meter.. Dan.... Jeng jeng... jeng.. jeng...

Tahu tak apa berlaku seterusnya... Kata perempuan tu mereka bagaikan romeo & juliet mati bersama di tempat kejadian. Apa lagi si bro ni mula la mengaji kuat2 apa yang patut. Waktu tu tiada apa kedengaran selain hilai tawa yang menyeramkan seterusnya dia terbang keluar melalui tingkap kereta. Niat yang nak lepak2 dengan kawan kawan dia tadi.. terus terbantut & dia kembali ke pangkal jalan. Balik rumah la apa lagi. Bila dia cerita kat pakcik dia yang dah masuk zon warga emas.. pakcik dia cuma tersenyum & menurut pakcik Bro ni kat situ memang dah biasa pemandu2 kena sakat. So, bukan sesuatu yang pelik lagi kalau anak buah dia pun kena sakat jugak.

Moral of the story.. sebab tu orang2 tua suruh duduk kat rumah time maghrib.. Sebab time tu jin & syaitan berkeliaran. Bila kau pun nak keluar jugak time tu.. memang la dia ambil kesempatan tumpang kau. hehehehe. Tapi yang tumpang kereta Bro tu maghrib2 bukan la orang yang dah mati yer.. Tu semua jelmaan jin & syaitan je nak menyesatkan manusia.

TREND PERANGAI BUDAK SEKARANG SUKA BALING BATU PADA KERETA ORANG

TREND PERANGAI BUDAK SEKARANG SUKA BALING BATU PADA KERETA ORANG. Rasa macam trend pulak perangai budak budak sekarang yang suka baling batu pada kenderaan atau kereta orang yang lalu lalang kat kawasan dia bermain. Sebelum ni pernah jadi viral pasal seorang lelaki dewasa yang marah2 kepada seorang budak & mak budak tu sekali sebab anak dia yang rasanya umur 4 tahun ke berapa baling batu kena cermin kereta pakcik tu. Marah sungguh pakcik tu sampai ada paparazi tersembunyi record kejadian tu kemudian viralkan.

Gambar Sekadar Hiasan. Sumber Google

Masa benda tu viral memang aku sendiri tak salahkan orang yang marahkan budak tu walau cara dia marah tu macam marah budak yang dah cukup akal fikiran. cara dia membebel tu je aku rasa tak sesuai untuk budak umur macam tu tapi aku tak salahkan dia 100% bila dia naik angin tentang perkara tu sebab siapa2 pun akan naik angin.. Walau anak kita sendiri buat macam tu pada kereta kita pun kita akan marah jadi tak ada beza anak siapa yang buat. Sapa2 buat pun benda tu akan mengundang perasaan marah orang lain.

2 hari lepas (ahad) masa nak pergi rumah In law.. Kira dah dekat la dengan rumah in law aku tu ada seorang budak umur maybe 2 - 3 tahun atau 2- 4 tahun aku pun tak sure sangat. Main dengan kakak dia maybe umur dalam 6 - 7 tahun tepi jalan. Bila kereta husband aku lalu dia baling batu terkena cermin tingkap. Memang tak pecah tapi jadi berserpih jugak la bekas kena batu tu. Nasib baik tak pecah kalau pecah.. time tu pulak anak aku duduk kat seat belakang. Kalau kena anak aku dah jadi 2 hal.. cermin pecah satu hal.. anak aku mungkin tercedera pun satu hal. Jangan ingat balingan budak kecik tak mampu pecahkan cermin kereta kalau batu yang di baling tu agak besar. Sampai berserpih jugak la cermin kereta laki aku tu.

Budak memang la budak.. Memang la dia tak fikir benda yang dia buat tu boleh mengundang kemudaratan pada orang lain tapi kalau di beritahu rasanya budak normal dalam usia macam tu dah cukup faham benda tu salah & orang akan marah. Betul la benda tu dia buat di luar pengetahuan mak bapak dia..malah mak bapak dia pun tak nampak dia buat sebab mak bapak dia biar je dia pergi main jauh dari rumah dengan kakak dia. Tu kalau kena culik tu baru nak meraung minta tolong kat semua orang. Bila tak jadi apa - apa dok rasa selesa & dok rasa semua tempat masih selamat dia lupa kot kat Malaysia sekarang ni kat kampung pun dah tak ada jaminan selamat nak lepas bebas anak2 sekecil tu main tanpa pengawasan orang dewasa inikan bandar.

Lepas batu terkena cermin kereta tu suami aku just sergah je budak tu dari dalam kereta kemudian cepat2 kakak dia ajak balik. Habis kat situ je la cerita dia. Cuma aku terfikir kalau cermin pecah kita pergi jumpa & tegur mak bapak dia confirm la depa akan guna alasan dia masih budak tapi kalau pergi nak tukar cermin yang pecah kita cakap yang buat cuma seorang budak tak dapat free pun. Kalau mak bapak budak2 tu berduit mungkin merasa dapat ganti rugi.Tu pun kalau mak bapak budak tu jenis boleh berbincang kalau yang jenis tetap tak rasa anak dia salah.. boleh bawa bertumbuk jugak.  Tu kalau berduit.. Kalau depa pun setakat cukup2 makan.. Kita pun terpaksa berdiet nak tukar cermin kereta. Budak memang la budak tapi kos kalau rosak dia tak caj ikut harga sapa yang rosakkan. dia tak peduli pun macam mana & siapa yang buat yang dia tau kau nak tukar sila bayar je.

Bila aku post cerita ni kat FB.. memang ada dua tiga orang jugak friends kat FB mengaku berlaku jugak perkara macam ni kat tempat depa. gamaknya sekarang trend budak2 buat perangai dok baling batu kat kenderaan atau kereta orang kot. Budak2 ni fikir seronok jer.. Mak bapak la kena pantau nak2 yang kecik2 umur antara 2 - 6 tahun tu. Jangan bila orang bising sibuk nak viralkan padahal anak kau tak jaga. Tak tengok dia main apa.. buat apa.. Dah la kau salah tak jaga anak. Bila orang marah kau sibuk nak malukan orang pulak.

Moral of the story.. Pantau la anak anak anda terutama yang akal masih cetek akal tu bila bermain di luar rumah. Bukan pasal suka baling batu kat kenderaan orang yang lalu lalang jer.. Tapi untuk keselamatan anak anda jugak. Ada yang komen kat post aku semalam cakap siap budak2 kat area rumah dia suka kejar kereta yang lalu lalang sambil hambat dengan ranting kayu. Tu kalau terlanggar ke hapa.. Nak2 lagi orang yang baru dapat lesen & baru belajar memandu ni. Depa cepat gelabah sikit. Sebab bukan semua orang lepas belajar memandu terus jadi expert macam pelumba kereta. Nak jadi pelumba kereta pro pun bukan sehari dua belajar. Susah ok tak caya tengok kat sini >> Jika Anda Fikir Menjadi Pelumba Kereta Hanya Perlu Tahu Memandu Dengan Baik.. Tengok Artikel ni & Anda Akan Berfikir Semula << Jadi tolong awasi anak anak anda ok! Takut jadi perkara yang tak di ingini anda bukan sahaja kehilangan anak malah akan menyusahkan orang lain dari kelalaian anda.

PROTON PERSONA BARU MEMENUHI CITARASA ORANG MUDA

PROTON PERSONA BARU MEMENUHI CITARASA ORANG MUDA. Proton dah keluar model baru untuk proton persona katanya. Dulu masa kerja dengan proton Dealer tak pulak aku rasa nak update kereta2 proton baru ni. Malah aku jarang ambil tahu pun pasal kereta sebab aku kerja bahagian admin so aku cuma tahu kerja aku je. Pasal spec kereta ke, harga kereta ke aku memang jarang ambil tahu. Yang aku tahu kerja aku key in semua benda yang perlu aku key in.


Tapi bila dah lama berhenti kerja tetiba rajin pulak dok ambil tahu kereta keluaran proton yang terbaru. Kadang2 kereta2 baru ni buruk jugak rupanya.. Kadang2 nampak eklusif walau harga mampu milik. Proton persona ni tak tau la macam mana komen dari rakyat Malaysia. Katanya memenuhi citarasa anak muda zaman sekarang & kereta ni nampak eklusif. Harga pun dari serendah RM46K+++


Proton Persona ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard, Executive dan Premium serta didatangkan dengan ciri keselamatan terbaik. Katanya di jangka mendapat sambutan hangat. Hangat ke hangit meh la kita baca ciri2 yang best katanya ada pada Proton Persona baru ni..

Proton Persona 2016 menggunakan enjin 1.6 Liter VVT untuk semua varian, Persona yang menerima pengiktirafan 5-bintang daripada ASEAN NCAP, mampu memecut 0-100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 10.9 saat, prestasi lebih baik berbanding 12 saat untuk model terdahulu. ‎Dari sudut keselamatan, Proton Persona 2016 didatangkan dengan enam beg udara bagi varian Premium dan dua beg udara bagi varian lain, serta ciri lain termasuk Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Bantuan Brek (BA), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Anti-kunci (ABS) dan Agihan Brek Elektronik (EBD) Sementara, ruang but juga dipertingkatkan dengan kapasiti 510 liter berbanding 430 liter bagi model terdahulu, dan lebih menarik adalah sistem penjimatan bahan api yang mengagumkan iaitu kurang 13 peratus bagi transmisi manual dan 10 peratus (automatik) berbanding Persona yang dilancarkan pada 2007. Selain sistem keselamatan dipertingkatkan, PROTON juga menerapkan inovasi terkininya untuk struktur badan dengan menggunakan teknologi Hot Press Forming, yang mana kekuatannya lima kali ganda dari besi biasa Untuk varian Stan­dard, terdapat dua pilihan transmisi gear iaitu manual dan auto manakala varian Premium ialah pilihan bodykit dan tanpa bodykit Proton Persona ditawarkan dalam enam pilihan warna iaitu Car­nelian Brown, Quartz Black, Cotton White, Ruby Red, Sterling Silver dan Graphite Grey
Pautan Sumber Asal » mysumber.com

Jadi yang rasa nak beli kereta baru tu mungkin menepati citarasa & keperluan anda boleh la survey Proton Persona ni kan. Apa salahnya support buatan tempatan. Siapa lagi nak pakai kereta proton kalau bukan rakyat Malaysia. hehehe

Proton adalah satu lambang kejayaan Malaysia.. Kalau orang Malaysia tak kenal kereta proton tu memang pelik la. Kalau kereta proton pun tak kenal.. Apatah lagi perkara perkara lain pasal malaysia. Jadi kalau orang Malaysia mesti tahu kereta buatan Malaysia paling popular di Malaysia ye dak. hehehe

INI YANG BERLAKU SELEPAS PROTON DI KRITIK OLEH PENGGUNA SEBAGAI KERETA TIN ALUMINIUM

INI YANG BERLAKU SELEPAS PROTON DI KRITIK OLEH PENGGUNA SEBAGAI KERETA TIN ALUMINIUM. Last aku sebagai wanita bekerjaya aku bekerja kat sebuah branch proton dealer. Memang tak di nafikan banyak komplen pasal kereta proton ni. Aku selalu di kambing hitamkan untuk menjawab call customer bila semua menolak untuk jawab sebab customer asyik dok push. Yelah.. customer kalau beli dengan kita walau kesalahan tu bukan di sebabkan kita tetap depa nak kita yang solve walau kita cuma jual jer. erkk.. aku bukan sales advisor proton ok! aku tak pandai jual aku kerja bahagian admin je hahahha... Macam2 jenis complaint la boleh dengar. Yang berhemah dia akan cakap penuh protokol & adat istiadat katanya.. Yang kurang sabar dia sembur kita macam machine gun la. Normally aku cuma jawab.. ok cik/puan/encik.. ye ye saya tahu. Nanti saya bagitahu pihak yang sepatutnya... Tu la tugas aku bila di kambing hitamkan katanya. Hahaha

Gambar proton Iriz yang remuk. Sekadar hiasan. Sumber Google

Sebelum ni pun kita tengok banyak viral kereta2 proton yang accident remuk macam tin aluminium. Memang teruk la.. Jadi macam2 la kutukkan, kritikan terhadap kualiti kereta proton. Ada yang kata asal boleh jual jer.. Ada jugak yang berpendapat beli kereta proton macam jual nyawa kat jalan raya. Kalau nak tulis segala caci maki & penghinaan terhadap kereta buatan Malaysia berjenama proton ni memang banyak la walau masih ramai rakyat Malaysia yang memilih kereta proton sebab mampu milik. Tin aluminium ke hapa.. Sebab tu je mampu beli.. Jadi asalkan boleh bergerak terlindung dari hujan panas sepanjang perjalanan & boleh bawa seisi keluarga pun dah syukur. Nak demand kena la tengok kemampuan diri.. Kalau dah hanya mampu pakai proton tak payah selera ferari sangat la kan. Ferari kereta mahal pun bukan boleh bawak ramai. Anak kau berderet macam itik pulang petang.. Beli MPV exora sudah la. hehehehe

Jangan risau yang hanya mampu beli kereta berjenama proton sebab selepas di kutuk,hina & keji atas kualiti & tahap keselamatan kereta proton kini proton dah upgrade sistem keselamatan dia ke tahap yang lebih membanggakan rakyat malaysia. Korang mesti tak percaya sekarang ni kereta proton dah ada semua ni >> Inilah Yang Proton Buat Untuk Tingkatkan Sistem Keselamatan Pada Kereta Keluaran Mereka << Jadi lepas ni pengguna kereta proton tak payah rasa rendah diri lagi la kan. Kereta proton sekarang pun boleh jadi lambang kemewahan dengan harga yang mampu milik... erkkk... mampu milik ke? mampu milik la bagi yang berduit. hahahaha


Apapun tak salah mengkritik untuk meningkatkan kualiti barangan keluaran tempatan cuma kritikan jangan la sampai menjatuhkan produk buatan Malaysia. Tapi kadang2 teruk sangat kualiti tu..sampai rasa tak layak di jual pun memang kita rasa adalah lebih baik jangan jual. hahahaha.

KEKASIH BUAT KEJUTAN BAWA NAIK VESPA LAMA PERGI DATING

KEKASIH BUAT KEJUTAN BAWA NAIK VESPA LAMA PERGI DATING. kecoh la isu pasal ada pasangan kekasih ni yang pakwe dia buat kejutan bawa naik limosin. Kereta orang kaya katanya. Maka ramailah orang tag pasangan masing masing dengan harapan dapat kejutan yang sweet like kencing manis macam tu. Tetiba teringat jugak la kisah cinta jahiliah aku dengan suami dulu..

Gambar sekadar hiasan. Sumber google

Kami dating takde la naik limosin.. naik satria jer masa tu. Tu pun satria laki aku beli sendiri dengan duit dia masa umur 18 tahun. Masa tu kagum jugak la.. dia 18 tahun dah mampu beli kereta walau second hand tapi beli secara cash. Sebab time tu dia nak ambil kereta baru nak buat loan tak lepas lagi. Takpe la 2nd hand pun.. Yang penting dia tak guna duit mak bapak dia nak beli apa dia nak. Dia kerja cari duit sendiri.

Sampai la kenal dengan aku dia still pakai satria tu. Aku pun bukan meterialistik sangat. Kau pakai kereta apapun masa tu bagi aku kereta kau. Aku tumpang duduk sebelah jer.. Tu pun syukur la tak kena bersesak dengan mat bangla naik bas. Dalam sepanjang cinta jahiliah yang tak sampai setahun tu aku pernah la suarakan teringin nak naik vespa. Serius memang time tu aku teringin sangat nak merasa naik vespa. Aku rasa macam retro itu sweet pulak.

Tak sangka wei.. kekasih jahiliah aku masa sanggup pi cari vespa 2nd hand & beli semata mata nak tunaikan impian aku nak naik vespa. Sempat la merasa dating naik vespa sekali dua.. Yang tak tahan tu siap dressing ala2 retro jugak. Punya la nak bagi kena dengan tema vespa tu. Vespa tu memang vespa lama bukan vespa jenis yang baru.. banyak jugak ragam dia. Selalu kena repair.. Dah malas nak jaga maintenance dia laki aku jual balik. Tapi takpe.. aku dah merasa dating naik vespa, cukup la. Jadi kembali la kami naik satria.

Semua orang ada cerita sweet zaman jahiliah dia.. Tapi cuma buat kejutan dengan limosin tu. Kereta tu confirm sewa mahal.. bagi hadik2 yang masih dok seluk poket mak bapak tak payah nak tiru sangat la kan. Belum kawen memang semua sweet like kencing manis.. Kau naik angin pun pasangan kau masih nampak kau sweet. lepas kahwin kau belum naik apa2, dia nak mula naik marah masa tu kau akan sedar, naik limosin tak menjamin dia akan kekal sweet sampai beranak cucu. Sebab hidup kita ni ada fasa.. setiap fasa tu mesti ada perubahan. Ini realiti. Hidup bukan macam drama pukul 7 kat TV3. Lepas kawen baru kau tahu betapa struggle nya kau nak pikat hati suami supaya kembali ke zaman sweet dulu. tak macam zaman bercinta dia yang struggle pikat kau. hehehe

Apapun aku tak rasa isu besar sangat pasal kejutan naik limosin cuma yang tak elok benda tu kalau jadi trend. Yang mampu tu ok la.. takut yang tak mampu, mampus pulak bila awek request nak naik limosin. Almaklum la tak nak kalah.. hehehe

Moral of the story.. Mungkin bagi orang sweet dapat kejutan macam tu tapi bagi aku sekarang paling sweet adalah tiba2 laki aku suruh pakcing baju nak balik kampung. kejutan macam ni tiap2 tahun berlaku ok! Selalu dia buat kejutan sampai kejung aku nak packing last minute. Bukan je balik kampung malah kemana mana pun selalu macam tu. sweet tak laki aku yang selalu buat kejutan. hahahahaha

P/S : ni kisah zaman jahiliah.. apa yang baik ambil sebagai teladan yang buruk jadikan sempadan

ADAKAH ANDA PEMILIK KERETA YANG MEMPUNYAI 12 CIRI NI?

ADAKAH ANDA PEMILIK KERETA YANG MEMPUNYAI 12 CIRI NI? Kereta normally kalau baru dapat memang tahap dia jaga kereta tu lebih dari dia jaga diri sendiri apatah lagi jaga orang yang dia sayang. Tapi bila lama lama.. Asal boleh start enjin & bergerak ke destinasi dia tuju dah cukup. Kau kepam ke, body kereta sampai dah tak nampak warna asal sebab penuh kotoran degil.. Dalam kereta tahap tandas awam pun dia dah tak kisah. Almaklum la dah lama lenjan sampai lunyai. Dah taknak manja manjakan lagi kereta.


Tapi ada spesis yang dari beli sampai 10 tahun guna pun condition kereta still cantik lagi. Dia punya jaga kereta macam jaga hati bakal bini. Tersepak rim kereta dia pun dia punya mengamuk mengalahkan orang cabul bini dia. Tu baru tersepak rim. Tak jejas kat mana2 pun.. malah kesan tapak kasut pun tak melekat dia punya marah macam orang kena histeria. Bayangkan kalau kereta dia tercalar. Tak mustahil ada yang berbirat kena libas dengan viper katanya. Tu baru calar sikit dah berbirat badan orang kena libas. Bayangkan pulak kalau kemek kat mana2 part kereta dia.. Rasa mati berlipat jugak la orang tu.

Kalau spesis macam tu bukan tahap sayang.. tahap obses & taksub dah. Dia sanggup hilang nyawa dari hilang kereta jugak la. Mungkin kereta tu ada sentimental value sapa tahu. Sebab tu dia still sayang walau dah masuk zon old skool punya kereta.

Kadang2 ada orang tak sedar yang diri dia lebih sayang kereta dari orang2 sekeliling dia. Dia anggap benda tu cuma perkara biasa dia  buat untuk pastikan kereta dia sentiasa berada dalam keadaan baik & cantik sama seperti mula2 baru beli dulu tapi orang lain pandang dia memang dah masuk kategori obses dengan kereta sampai orang nak tumpang kereta dia pun jadi tak selesa. Kira kalau naik kereta dia kena duduk tegak macam tiang bendera je la. Mungkin anda pun ada ciri2 ni yang anda tak sedar ia masuk dalam kategori over sayang kereta. Kalau nak tahu samada anda dalam kategori tu atau tidak meh baca kat sini >> 12 Tanda Anda Terlalu Sayangkan Kereta Lebih Dari Sayangkan Orang2 sekeliling anda <<

Dah baca ciri2 tu? Ada tak ciri2 tu pada diri korang. Majoriti mesti ada kalau tak semua 12 ciri.. satu dua ciri mesti ada pada yang pakai kereta ni. even suami aku pun ada ciri2 tu. Nak2 lagi suami aku ni bab kebersihan kereta memang dia jaga. Dia akan pastikan kereta dalam keadaan kemas. Nak lekat sticker merepek2 tu jangan harap la.

Apapun.. Tak salah jaga kereta macam jaga orang kita sayang tapi jangan over sampai sayang pada kereta melebihi dari segalanya. Takut nanti sebab kereta ada orang mati terbunuh pulak.

TREND MENUNJUK STERENG KERETA JADI VIRAL

TREND MENUNJUK STERENG KERETA JADI VIRAL. Manusia tagih perhatian ni macam macam cara dia buat. Jenis kaki menunjuk ni ramai kat Laman sosial. Aku pun kaki menunjuk jugak.. Tapi menunjuk makanan aku masak atau produk untuk aku review. Semua tu ada relate dengan blog jugak. Dulu aku tak berapa tau kepentingan menunjuk semua tu.. Sekarang aku dah faham kenapa blogger menunjuk jadi aku pun terpaksa menunjuk demi kelangsungan blog katanya. So ada beza blogger yang menunjuk dengan yang bukan blogger.

Ni la salah satu cara nak show off kat media sosial hahahhaa

Sebenar trend menunjuk stereng kereta ni bukan baru2 ni je berlaku.. Dah lama jugak benda ni jadi  fenomena. Yelah.. kat stereng tu la orang boleh tau kau pakai kereta cap apa. Cap kuda ke cap kancil ke.. cap huruf ke hapa. Sebab tu la orang nak habaq pasai jam kat jalan pun attach gambar stereng.. Nak habaq nak pi supermarket pun upload gambar stereng. Nak2 yang pakai kereta cap 'ABC' yang mahai tu. hahahahaha.. Kita yang pakai kereta sorong ni memang tak ada stereng la nak tunjuk katanya. Tapi kereta sorong baby pun ada cap mahal2 jugak tau. Cuma tak jadi trend lagi la orang menunjuk cap kereta sorong baby. Mungkin tak lama lagi akan ada la.

Bila dah kantaoi nak menunjuk cap kat stereng kereta mula la nak cover line konon tak ada niat pun nak menunjuk. Kebetulan jer.. Tapi yang lagi best kes yang tengah viral semalam. Dia nak sarcasm post orang lain.. alih2 dia yang jadi viral. Padahal dia nak perli sipolan yang menunjuk cap kereta dia dengan upload gambar stereng tu. Memang betul2 trajedi febuari sungguh. Tergelak aku baca.

Tapi cap apa pun kereta hangpa.. Kalau suka buat perkara karut pun tak guna. Jadi cap kereta memang tak mampu mengubah rutin yang biasa pemilik kereta ni buat. Kita semua tetap sama jer walau berbeza cap kereta katanya. Mungkin cara tu dah menjadi warisan turun temurun kot. hahaha

Moral of the story... Macam2 cara orang nak show off kat media sosial. Ada melalui gambar aset2 dia. Ada yang melalui cerita2. Tapi yang best ada sorang pengasas produk ke pengedar ke aku tak sure tapi cara dia dok show off kat media sosial memang spesis kaya raya la tapi duit upah review aku sampai sekarang dia tak ada sebut nak bayar. hahahahaha

INI YANG PERLU ANDA BUAT PADA KERETA ANDA MENJELANG 2016

INI YANG PERLU ANDA BUAT PADA KERETA ANDA MENJELANG 2016Tak kira lelaki atau perempuan ramai dah miliki kereta sendiri sekarang ni cuma aku rakyat malaysia yang masih setia dengan kereta remote control je. Kereta kena pegang stereng ni aku belum cukup matang untuk miliki katanya. Almaklum la.. bawah 18 tahun mana boleh apply lesen kereta kan. hahahaha... statement minta kena cubit beramai ramai.


Tapi kesian jugak la kan masuk 2016 semua dah naik termasuk kos maintenance kereta. Nak tak nak terpaksa hadap.. cukup tak cukup terpaksa bayar untuk memastikan kereta tu sentiasa boleh bergerak bila di perlukan. Kita memang dah takde pilihan selain hadap. Macam2 tips orang bagi untuk pastikan kita dalam jimat kos untuk kereta ada yang effective ada yang sebenarnya takde apa2 kesan pun.

Semua orang rasa apa yang anda rasa sekarang. tapi masih ada cara macam mana anda nak pastikan kereta anda tak selalu sangat minta di belai dengan duit. Dan anda kena lakukan perkara ni bila dah masuk tahun 2016. Dah tak boleh sambil lewa lagi nak buat benda ni. Kena buat secara consistent. Nak tau apa yang anda kena buat pada kereta anda bermula dari sekarang meh baca kat sini >> 6 Cara Anda Kena Mula Partikkan Pada Kereta Anda Mulai Sekarang <<

Jangan malas.. jangan tunggu2.. jangan bagi banyak alasan sebab setiap hari harga barang semua semakin naik tak ada yang turun kecuali hujan. Jadi buat persediaan awal supaya anda tak perlu keluar kos yang banyak bila kereta meragam.

ANTARA BENDA HANYA MAMPU TENGOK JER

ANTARA BENDA HANYA MAMPU TENGOK JER. Kita di lahirkan dalam background keluarga yang berbeza, taraf hidup yang berbeza, keturunan yang berbeza.. sampai la cara di besarkan juga tidak sama. Dalam hidup ni kemampuan setiap orang memang tak sama. Ada yang mampu delivery fastfood setiap hari tanpa gagal membayar.. Ada orang pulak jangan kan fastfood.. dapat makan biskut pun dah cukup mewah bagi dia.


Kadang2 ada orang yang sebenarnya dia bukan mampu sangat pun.. Kalau buat boleh ke arah 'mampus' tapi sebab tak sedar diri dia sanggup mampus untuk buat benda yang dia tak mampu. Spesis yang tak ukur baju di badan sendiri tu kadang2 tersingkat.. tersingkap.. & tersendat tu. Alih2 sesak nafas menyusahkan orang nak bagi cpr.

Banyak benda yang aku hanya mampu tengok jer.. Tapi aku ok je. Tengok pun ok what.. At least dapat jugak tengok kan dari tak tahu langsung pasal kewujudan benda tu. Aku tak nak la dok pulun sangat nak nampak macam orang 'ada ada' padahal tak berapa ada sampai nak shopping kat the store pun nanti tak ada budget. Itu mungkin akan menjadi episod paling trajidis dalam hidup aku. Nak2 lagi kalau sampai tahap aku hanya mampu pandang guardian & berlalu dengan kerinduan yang teramat. hahaha..

Antara benda yang aku hanya mampu tengok je setakat ni adalah benda ni >> BMW X1 and the new BMW 3 Series. Tak ada duit jangan clik & tengok ok! << Hanya Orang Kaya Je Mampu, Orang Miskin Mampu tengok je. Kot2 Orang Kaya Bagi Tumpang Mampu la Merasa. Tak tau la akan datang tetiba dapat title datin paduka Puan Seri Seram.. dapat Royalti & elaun sebulan ratusan ribu ringgit ke. Mungkin masa tu takde la aku nak tengok jer kan.. Rembat la sebiji dua buat hiasan depan laman rumah katanya. hahahaha... berangan sampai langit ke tujuh katanya.

Apapun.. harta dunia ni tak mustahil siapa2 pun boleh dapat kalau usaha. tapi kalau dok berangan atas katil dari pagi membawa ke pagi esoknya.. mereput la kau kat situ. hehehe

AWAS! KENA TAHU KENAPA NAJIS BURUNG BAHAYA PADA KERETA

AWAS! KENA TAHU KENAPA NAJIS BURUNG BAHAYA PADA KERETA. Sebut najis ni macam skema pulak yer.. Macam nak tulis karangan bahasa melayu kat sekolah. Senang sebut tahi je la. takde la nampak macam ikut format karangan sangat kan. almaklum la konsep entri blog lekatlekit.com ni santai2 bawah pokok jer.. kekdahnya tulis entri macam borak2 kosong. Hahaha... Awas! adik adik jangan guna format santai ni dalam karangan bahasa melayu kat sekolah ok kalau korang tak nak kurang nombor pada kertas soalan nanti.


walaupun aku ni tak pandai drive apatah lagi memiliki kereta hatta kereta mainan pun aku takde koleksi... Yang banyak koleksi skincare dengan dvd filem seram je. gamaknya akan datang benda tu sesak2 boleh jual tak? hahahaha... Tapi aku suka jugak membaca pasal kereta terutama tip2 penjagaan kereta ni. yelah.. boleh tumpang jaga kereta suami yang aku dok lenjan selalu. Jadi penumpang sebelah pemandu jer.. At least kita boleh share tips ni kan dengan suami agar kereta hak milik bersama tu kurang sikit kos nak merepair bila kita tahu macam mana nak jaga dengan baik.

Tengah2 dok baca tips penjagaan kereta ni secara tak sengaja pulak terbaca bahaya najis burung pada kereta. Nak2 orang yang suka sangat cari port bawah pokok konon nak park kereta tempat teduh sikit. Jaga2 bawah pokok hangpa park kereta atas pokok ada burung tengah parking. Burung ni dia nak berak takde dia cari tandas awam bagai.. mana dia bertenggek situ la jamban dia. Nasib la time dia lepak2 atas dahan pokok tetiba dia rasa nak membuang hajat. Kebetulan kereta hangpa parking bawa tu.. Maka tersadai la sisa2 kumuhan burung tu atas kereta hangpa. Nak2 lagi kalau parking dekat dengan BSN sungai buloh yang terkenal tempat pengumpulan gagak hitam. Memang kalau balik tak bawa bersama cenderahati dari gagak hitam tak sah la. Hahahaha

Ada orang malas nak cuci dia biar je taik burung bercorak atas kereta dia.. Katanya.. alah taik burung je bukan ada bau sangat. tak masuk kereta pun. Tapi dia tak tau kesan biarkan tahi burung melekat kat kereta dia lama lama. tahukah korang bahaya biarkan tahi burung lebih dari 48 jam melekat pada kereta anda. Nak tahu kenapa bahaya meh baca kat sini. tentu korang tak sangka >> Ini sebab kenapa Perlu bersihkan dengan segera Najis Burung yang melekat di kereta <<

Moral of the story.. Yang bernama tahi ni tak elok la di simpan lama lama.. walaupun tahi hidung. Yang namanya tahi ni takde satu pun yang menarik lebih2 tahi burung yang melekat atas kereta. Jadi jangan malas sangat...

MESTI PASTIKAN ADA 5 BENDA NI PADA KERETA YANG NAK DI BELI

MESTI PASTIKAN ADA 5 BENDA NI PADA KERETA YANG NAK DI BELI. Hujung2 tahun ni ramai la orang nak beli kereta katanya. Tipu la semua orang terkesan dengan kenaikkan harga barang sampai sale kereta terus merundum. Masih ramai orang kaya kat Malaysia.. Sampai makan pun alas pampers.. Op's. Hahaha tak habis2 lagi isu pampers. Ok ok.. dah la tu.


Aku pernah kerja dengan company dealer kereta ni. Aku kerja kat branch proton dealer. Memang biasa sangat la berdepan dengan orang2 yang nak beli kereta tapi memang tak tahu apa2 pasal kereta. Yang dia tau jenama kereta, warna kereta & harga kereta je la. lain2 pasal kereta memang tak tahu. Apa yang perlu ada & memang ada dalam kereta tu.. dia tak berapa ambil kisah. Kebanyakkan perempuan la. Nak lagi yang baru kerja..

Aku pun bukan pandai sangat pasal kereta pun. aku kerja pun bahagian admin bukan sale. Aku buat kerja2 officer je. Drive pun tak pandai, macam mana nak jual kereta ye dak? hahaha.. Kerja aku kalau semua orang tolak jawab call customer yang mengamuk kereta dia tak keluar2 lagi.. Aku la jadi kambing hitam walaupun bukan kerja aku. Almaklum la.. aku kan insan yang lemah. hahaha

Sebab tu penting terutama perempuan kena tahu perkara ni sebelum beli kereta >> 5 Tips Membeli Kereta Yang ‘Power' Untuk Pastikan Korang Dapat Yang Paling Best! << Kalau kita tak reti pasal enjin pun at least benda2 simple macam ni kita tahu, ye dak.

Moral of the story.. Bila kita ada banyak info tentang kereta yang kita nak beli.. kurang la sikit risiko kena tipu. Apa ingat beli kat dealer2 dari syarikat besar ni takde salesman yang kaki penipu ke? Ada.. percayalah cakap aku. Sebab company aku kerja dulu pun ada spesis macam tu.

CARA NAK TAHU SAMADA ANDA PANDAI MEMANDU ATAU BERLAGAK PANDAI

CARA NAK TAHU SAMADA ANDA PANDAI MEMANDU ATAU BERLAGAK PANDAI. Ramai orang boleh gerakkan kereta & meluncur megah di jalan raya tapi bukan semua pandai memandu dengan baik. Aku pun pernah bawa kereta & bergerak jugak la kereta tu tapi sesungguhnya aku bukan seorang pemandu kereta apatah lagi pemandu kereta yang memang pandai bawa kereta. Setakat kereta bergerak tu boleh la..


walaupun aku kategori yang tak pandai drive tapi aku boleh teka orang yang dah terer drive dengan yang kurang yakin semasa memandu. Nak2 lagi perempuan.. Kalau yang jenis dada melekat kat stereng tu, jauhilah mereka sejauhnya. Satgi ada je la depa dok buat spoil atas jalan. Bukan apa takut di sebabkan kurang cekap memandu, orang lain boleh terlibat dengan masalah yang depa buat. jenis yang dada melekat kat stereng ni orang hon pun dia mengelabah cari signal tak jumpa dah. Silap2 dia melatah tertekan brek tengah kereta kat belakang laju.. Tak ke bercium kat situ. Tapi tu la.. kalau dia tak tekad untuk drive walau dia masih tahap amatur pun sampai bila dia nak cekap bawa kereta, ye dak.

Tapi manusia zaman sekarang ni sebab confident dia tinggi. Asal dia boleh gerakkan kereta pandai tekan padel minyak & pulas stereng dia dah rasa dia memang terer sangat dah drive. Drive sambil whatsapp pun boleh katanya.. tak terer lagi ke? Tu bukan kategori pandai memandu lagi ok! Jangan nak perasan. Sila malu kalau rasa anda mampu buat benda lain sambil drive tu dah cukup hebat.

Kalau hangpa rasa nak tau hangpa ni level expert ke atau amatur meh tengok kat sini >> Sejauh Mana Anda reti Memandu << Bukan apa ada orang walau skill pemanduan dia tahap amatur tapi sebab confident dia tinggi dia rasa macam expert dah. Ada orang walau skill memandu dia memang dah high level tapi sebab dia rasa kurang yakin so dia sentiasa rasa dia masih tak cekap memandu. Korang boleh test kat link aku bagi kalau nak tau samada korang ni expert atau amatur.

Moral of the story.. tak kira kau juara racing kereta ke hapa.. Kat Jalan raya tak payah nak tunjuk skill racing sangat kalau taknak kena lesinggg!!

SERIUS TAK TIPU MEMANG ADA CARA NAK DAPAT PETROL PERCUMA

SERIUS TAK TIPU MEMANG ADA CARA NAK DAPAT PETROL PERCUMA. Sapa taknak benda percuma zaman segalanya mahal ni sebab yang percuma sekarang nampak semakin pupus. Bukan takat hidup semua kena bayar malah nak masuk liang lahat pun tak free dah. Macam2 perkara nak kena bayar sebelum selamat di kebumikan.. Nak2 lagi minyak petrol ni. Dah la tadi Ikea Cheras baru bukan.. Bagi yang duduk jauh sikit dari cheras tu nak bergerak confirm la kena guna minyak kalau naik kenderaan sendiri kan. Kalau naik transport awam pun sama jugak kena bayar tambang. Tambang di kenakan sebab dia bergerak guna minyak jugak. Jadi.. Petrol & kehidupan kita ni memang saling memerlukan.


Kalau minyak petrol boleh di hasilkan macam minyak masak.. Mungkin kita nak jimat boleh la buat minyak petrol sendiri, ye dak? Malangnya.. Nak hasilkan petrol tak semudah macam buat minyak kelapa. Malah minyak dagu pun lagi senang nak buat dari minyak petrol. Maka kita memang tak ada pilihan selain membeli melainkan kita memang ada telaga minyak petrol yang keluar macam mata air tak kering kering.

Dah habis jimat pun tetap isi full tank takkan mampu tahan sebulan. Mustahil sangat kereta yang bergerak full tank tahan sebulan melainkan kau tak naik kereta tapi tolak kereta hari2. hahaha.. Tapi apa guna ada kereta kalau setakat nak kena tolak. Baik pakai kereta sorong dah sah2 la tak pakai minyak, ye dak? Jadi tak payah buat lawak ahmad maselan sangat yang buat orang rasa nak makan nasi goreng gst jer tiap kali dengar lawak dia. Mari kita membongkar macam mana cara untuk dapat petrol percuma ni. Ramai dah tak sabar nak tau kan? Aku pun sama la tak sabar nak bagitau benda baik ni dengan hangpa semua. Almaklum la aku memang suka berkongsi rezeki dengan orang lain. Baik kan aku? hahaha baik la sangat.. Baik di lempang je kata orang. Ops...

Kalau korang nak tau macam mana nak dapat petrol percuma ni meh la tengok kat sini. Manatau rezeki hangpa jugak >> Ni Cara Dapat Vocuher Petrol Percuma <<

Pendek kata nak dapat apapun bukan hanya duduk tadah tangan & tak buat apa2, hokay! Kena jugak usaha walau semudah clik link yang di beri. Kalau tak clik confirm korang takkan tau. Jadi rajin rajin la clik kalau nak tau. Peace Yo! hahaha

RUGI KALAU PEMILIK KERETA YANG TAK TAU PASAL NI

RUGI KALAU PEMILIK KERETA YANG TAK TAU PASAL NI. Kat Malaysia ni kereta sekarang bukan satu kehendak tapi satu keperluan. Cuma beza kalau kereta di gunakan untuk keperluan dia akan beli kereta ikut kemampuan dia. Kalau kereta yang kategori kehendak.. Macam biasa la yang beli kereta sport car juta ringgit tapi boleh muat untuk 2 orang je. Tu untuk orang2 yang memang duit banyak sampai melimpah ruah macam banjir kat pantai timur setiap tahun. Bagi kita yang cukup2 untuk hidup ni.. Takde makna nak beli kereta juta2 ringgit tapi boleh naik untuk dua orang je. anak pinak takkan nak ikat atas bumbung pulak kan? hahahaha


Disebabnya ramai rakyat malaysia mampu memiliki sekurang kuranya sebiji kereta dalam satu family aku nak share benda penting ni dengan hangpa. Semua orang mampu beli kereta tapi bukan semua orang tahu pasal kereta & tahu nak jaga kereta sendiri. Nak2 lagi kaum perempuan la.. Yang dia tau lenjan kereta sampai botak tayar tapi jangankan nak repair kerosakkan kecil kat kereta kadang2 nak cuci kereta sendiri pun tak reti. Semua dia campak kat bengkel @ carwash. Tu yang kadang2 bila jadi sesuatu perkara kat tempat2 yang susah nak dapat bantuan dia jadi mati akal. Jangankan nak repair benda2 remeh macam tukar viper bagai.. Kadang2 nak kemas kereta pun dia tak reti. yang dia reti campak semua benda dalam kereta.

Untuk golongan yang hanya reti pulas stereng, tekan padel jer.. Ni yang patut anda tahu & tengok. Penting ok! sekurang kurangnya tak reti benda2 berat pasal kereta at least benda2 simple macam ni dapat jugak anda buat sendiri ye dak?? Selain tu boleh jimat kos... Tak susah mana pun nak buat benda ni. Hangpa akan tau lepas tengok ni >> Ini Yang Patut Anda tahu Untuk Jaga Kereta Anda <<

Moral of the story.. Tips dah bagi terpulang la nak ikut ke tidak kan. Sebab kalau yang jenis pemalas.. Jangankan nak buat benda ni kat kereta dia sendiri nak suap makanan ke mulut pun kadang2 dia harap orang tolong buatkan. Jadi spesis macam ni perkara tu senang macam mana pun tetap dia rasa susah.

MENGEJUTKAN! DI SEBALIK PENGHASILAN 7 PRODUK HANDMADE NI

MENGEJUTKAN! DI SEBALIK PENGHASILAN 7 PRODUK HANDMADE NI. Barangan handmade atau barang hasil kerja tangan bukan guna mesin memang kadang2 harga dia mahal. Sebab penghasilannya cukup rumit. Nak siapkan satu kuantiti tu ambil masa yang lama. Bukan jenis produk yang di hasilkan dengan menggunakan mesin automatik. Satu hari boleh keluarkan dalam kuatiti yang banyak. Jadi harga dia mungkin lebih murah. Nilai seni dia jugak tak sehalus & seunik barangan handmade.


Produk handmade yang biasa kita tengok macam lukisan batik, menenun songket, menganyam beg, tikar bagai. Tu pun kita dah rasa rumit. Tak tengok lagi barangan handmade yang memerlukan ukiran halus. Rasanya kita yang tengok pun tolong rasa susah nak buat. Kerja kerja tangan macam ni bukan semua orang berkebolehan membuat. Kena ada bakat & minat semulajadi jugak. Sesaja nak buat semata mata untuk cari pendapatan memang tak mampu la kalau tak ada minat & skill.

Tu yang biasa kita tengok orang hasilkan produk handmade ada produk handmade yang kita tak pernah tengok orang buat tapi bila kita tahu cara dia menghasilkan produk tersebut tu memang sangat sangat mengejutkan macam barang2 handmade ni >> Ini Memang Kerja Gila Dalam Menghasilkan 7 Barang Handmade ni << Memang orang yang buat ni mempunyai tahap kesabaran & kesungguhan yang tinggi di luar batasan seorang manusia gamaknya. Kalau aku nak jahit butang baju pun kadang2 rasa macam malas sangat apatah lagi nak buat benda2 macam tu. Memang tak la kot. hahaha

Tu la kan kerja seni ni hanya orang yang berjiwa seni & penyabar je boleh buat. Kalau jenis yang takde jiwa seni & buat semata mata untuk keuntungan memang hasil seninya takkan memberangsangkan & hasilnya jugak hasil yang asal siap jer. Moral of the story.. Kalau nak buat sesuatu biarlah ada minat & kesungguhan bukan sekadar melepas batuk di tangga.

SATU BENDA YANG PEREMPUAN TAK BOLEH KONGSI DENGAN ORANG LAIN

SATU BENDA YANG PEREMPUAN TAK BOLEH KONGSI DENGAN ORANG LAIN. Dalam hidup kita tak kira lelaki atau perempuan walau tak kedekut tahap bakhil pun tetap ada benda yang dia tak boleh share dengan orang. Ada orang tak boleh share bantal dengan orang.. ada orang tak boleh share masalah dengan orang & ada orang pantang kalau orang share pakaian dia. Setiap orang ada la perkara yang dia tak boleh share dengan orang tapi cuma 1 perkara yang aku rasa kebanyakkan semua perempuan sama. Dia takkan boleh share dengan sesiapa benda ni. Setakat pad dia boleh lagi share dengan orang tapi benda ni memang mana2 perempuan kebanyakkan akan terus bertukar jadi macam2 watak yang bukan diri dia bila dia tahu orang lain cuba share.


Yer betul tekaan puan puan semua.. Suami! Walau bukan semua perempuan macam tu tapi kita tak dapat nafikan kebanyakkan perempuan memang takkan sanggup kongsi suami dengan orang lain. Betul la.. Islam menghalalkan poligami & Sunnah Nabi pun berkahwin empat. Tapi sebab lelaki yang kawen je dia nak ikut cara Islam & sunnah nabi membuatkan perempuan memang tak boleh terima hidup berkongsi suami.

Terbaca kat harian metro semalam pasal seorang perempuan ni amuk & pecahkan kereta BMW laki dia sebab kantoi laki dia ada perempuan lain. Nak2 masa kejadian memang perempuan simpanan lelaki dia ada dalam kereta ty. Tak kira la berapa juta kereta tu.. Bila melibatkan perempuan lain ni.. Bukan takat kereta, silap haribulan dengan laki dia sekali dia hentak. Itulah yang berlaku pada pasangan warga China ni. Memang kita tak boleh nak cakap apa.. Kita sendiri pun tak boleh terima kecurangan pasangan macam tu jugak orang lain. Curang bukan cara yang di ajar Islam. Kalau awal2 lagi dah tipu bini macam tu.. kau jangan berlagak ustaz nak cakap pasal sunnah bagai.


Perempuan bila lelaki tu dah ada ikatan perkahwinan dengan dia tetap la lelaki tu segala galanya untuk dia. Biarlah laki dia takde ciri ciri lelaki macam ni >> Seksi Sebenar Seorang Lelaki << tetaplah laki dia & kau jangan cuba2 nak try. Silap orang kau try kepala boleh bersepai.

Moral of the story.. Biarpun Islam menghalalkan poligami tak bermakna semua tindakkan anda tu betul untuk berpoligami. Niat tidak menghalalkan cara. Kalau nak buat perkara baik, cara pun kena betul baru seimbang.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com