AMRAN FANS UMPAMA KAPAL TITANIC
AMRAN FANS UMPAMA KAPAL TITANIC. Sebab isu lawak tak kena tempat pasal perempuan & cangkul tu aku tengok Amran fans sekarang dah semakin suram. Lawak2 sarcasm dia semakin tak menjadi. Mungkin stress di hentam kiri kanak depan belakang kot. Page dia pun haritu dah hilang dari mukabuku sekarang ni tengok dia dok update kat Page backup je tapi post2 dia nampak hambar sikit. Dah ramai orang makin tak layan lawak lawak sarcasm Amran.Aku still follow lagi tapi kalau isu2 tak best dia tulis memang tak minat la aku nak komen. Tengok Amran makin tenggelam akibat buat lawak pada isu yang orang tak rasa patut jadi bahan lawak. Teringat aku filem Titanic. Kapal Titanic besar & bongkak menyusuri laut dalam dengan bangganya akhirnya perlahan lahan tenggelaman selepas terlanggar bongkah ais. Kapal yang pada permulaannya tiada siapa sangka mampu tenggelam pada kali pertama memulakan pelayaran, akhirnya terkubur di dasar laut.
Bangkai titanic di dasar laut |
Macam tu la aku nampak Amran Fans sekarang. Simpati jugak la.. Amran Fans yang dulu teguh berdiri terus menerus troll & sarcasm ramai individu kat page dia, seolah olah kental. Tiada siapa sangka dengan hanya satu kesilapan membuat dia semakin hilang penyokong & follower. sekarang Amran Fans macam terkapai kapai mencari arah untuk terus bergerak.
Mungkin dah tiba zaman kejatuhan Amran Fans.. Tak tau la samada dia mampu berdiri semula. Atau Amran Fans akan berkubur. Lagipun dah lama Amran Fans hidup di dunia maya dengan menggunakan Identiti orang lain. Hasil keuntungan yang dia dapat pun guna muka & nama orang lain. Ye betul.. Mula2 tu cuma sekadar Troll. Dulu cuma sebab perbezaan pandangan politik je sekarang Amran Fans.. Dah tukar konsep. Troll sesiapa sahaja yang dia rasa ada pontensi untuk di viralkan.
Biasa la Amran Fans.. Lumrah kehidupan setiap manusia ada zaman kegemilangan & zaman kejatuhan. Cara Amran Fans memang salah satu cara berisiko. Dia boleh naik dengan cepat & jatuh tersungkur dengan sekelip mata.
Moral of the story... Amran Fans mungkin patut berehat & kembali dengan konsep lain pulak. Manalah kemunculan kedua dengan watak & konsep yang berbeza mengembalikan kegemilangan yang pernah di kecapi sewaktu menggunakan identiti Amran Fans. hehehee