Showing posts with label product. Show all posts

PULUZ PHOTO STUDIO BOX PALING MURAH UNTUK AMBIL GAMBAR GUNA SMARTPHONE DIRUMAH

PULUZ PHOTO STUDIO BOX PALING MURAH UNTUK AMBIL GAMBAR GUNA SMARTPHONE DIRUMAH. Sat na.. sebelum kita meneruskan acara review izinkan saya menyapu sawang sawang yang mula memenuhi blog lekatlekit ni almaklum la sejak serius menjadi penentang produk beracun, overclaim & sampah ni kurang aktif sikit di blog. Bukan dah lupa diri tu blogger cuma kadang kadang kekangan masa tu buat saya susah nak tulis entri. Almaklum baby hud sekarang tengah membesar dah masuk fasa melasak ni focus lebih kepada dia la.

Tapi tetap blog ni masih aktif selain artikel artikel di blog ni masih aktif di curi oleh blog blog lain. Takpe la dia bagi credit yang memang tak untung apa apa pun ke blog den. Yelah.. kalau kau dah copy 99% artikel den memang la backlink ko bagi dah tak ada sapa nak clik kan? takpe.. takpe.. kita tak payah marah moh kita ke acara mereview..

Zaman sekarang masing masing ada smartphone. Teknologi telefon pintar sekarang nampak memasing tengah berlumba lumba nak tunjuk kehebatan fungsi camera. Even telefon pintar bajet bawah RM500 pun fungsi camera dia not bad. Contoh untuk Brand Realme C2 yang den gunakan ni. Ni suami den belikan bersempena Samsung S4 Zoom den dah melingkup. Tu pun 4 - 5 tahun juga guna sampai memang dah out of date. Tapi kalau tak rosak gamaknya guna lagi enpon tu. Sebab fungsi camera dia memang Thorbaik la. Yelah S4 zoom tu memang telefon camera pun. Tapi sebab lens dia totally dah rosak.. Suami surprise kan dengan Realme c2. enpon rega dalam RM400 gitu la. Tak mahal sebab tapi bagus la suami den ni.. sebab dia tahu bini dia gila ambil gambar kan? Bini dia lebih teruja dengan camera yang gambar dia cantik so dia cari hp bajet yang ada fungsi camera yang cantik. Ada je brand lain yang lebih di kenali dengan harga bajet macam tu tapi mungkin camera dia tak menepati apa yang si bini ni suka. Apapun terima kasih wahai suami ku. Semenjak kawen memang den tak pernah beli hp dengan duit sendiri pun. Cuma den ni bukan sejenis tiap tiap tahun tukar smartphone. Selagi tak rosak.. selagi tu la guna. Even S4 Zoom sebelum ni pun beli yang 2nd hand jer.

Bila dah Takde S4 Zoom ni rasa macam alah.. nak ambil gambar kena tunggu lighting cantik time matahari naik baru gambar cantik terang & sharp. Kalau malam bukan tak cantik cuma tak mencukup kriteria gambar yang den nak so solution dia.. Den cari photography lighting box. Kebetulan ada voucher lazada kan.. Apa lagi redeem la. Jangan tunggu sampai expired.

So sempat rembat 1 photography lighting box jenama PULUZ sebab review dia bagus. Taknak la lepas sampai condition barang tak memuaskan. So tip membeli online di lazada, shopee sila baca review. yang tak ada review even murah nak mampus pun better jangan ambil risiko. Pilih yang ada banyak good reviews Insya Allah barang yang sampai tu dalam keadaan baik seperti yang kita harapkan. Paling penting pilih yang banyak review berserta gambar barang tersebut. Baru kita boleh nampak gambaran sebenar produk atau barang yang kita nak beli tu.


Untuk PULUZ photo studio box yang saya beli kat lazada (redeem voucher) bersize 22cm x 23cm x 24cm. Tak besar sangat kalau nak photoshoot produk tu boleh la kalau makanan yang portion kecik kecik muat lagi kalau besar korang kena ambil size box yang besar & harga dia pun besar juga la. Untuk yang size saya beli ni harga dia RM17.50. Campur shipping kos semua RM22.00++.. sampai dalam masa 2 hari selepas order.


Di datangkan dengan 1 box studio siap dengan 20 led lighting yang guna usb cable. Connect terus ke port yang dok guna charge enpon tu boleh atau ada power bank lagi senang boleh je nak guna kat mana mana saja. Selain box studio include sekali dengan 6 warna kain latar (hitam, putih, merah, biru, oren, kuning & hijau).


Tapi kalau hangpa kreatif latar tu hangpa boleh guna prop sendiri.. beli kat kedai eco. Macam lapik bulu & rumput tiruan ni saya beli kat kedai eco je dengan tujuan memang untuk ambil gambar.


studio box dia boleh buka & lipat dengan mudah. Walau ada manual di sertakan sekali tapi rasanya tak perlu pun sampai nak tengok manual. Mudah ya amat nak pasang. Beg pun ada so tak payah risau. Lepas guna lipat & simpan. Nak bawa pun senang sebab ringan. boleh lambung lambung la dia punya tahap ringan tu. Nama pun plastik kan? bukan batu bata ye dak?

Lighting dia memang terang sebab dia guna 20 led yang high lighthing. Siang malam tak ada masalah dah nak ambil gambar. Pencahayaan Insya Allah cukup.

Ada yang tanya kalau guna digicam atau DSLR ambil gambar boleh ka? Awat pulak tak boleh.. apa ja namanya camera boleh sangat.

untuk Brand PULUZ ni pun ada pelbagai size studio box dia pepandai la hangpa cari kat lazada atau shopee. Ada brand lain tapi perbezaan dia harga. Memang ada yang murah tapi no brand. Cuma tu la bila baca review kurang memuaskan kualiti produk dia so dari sakit hati beli tapi dapat barang cincai adalah lebih baik tambah sikit 2 - 3 ringgit beli yang ada brand & review yang bagus kan?

Ada juga jual brand PULUZ ni dengan harga yang lebih tinggi tu pun hangpa kena pepandai survey & pilih seller. Tapi yang saya beli melalui seller ni https://www.lazada.com.my/products/4gl-puluz-20cm-2-leds-light-portable-photo-studio-box-6-colors-backdrops-i306768680-s415156955.html So far barang yang sampai sangat memuaskan hati & penghantaraan pun cepat.

Bagus juga yang mana jual produk nak ambil gambar supaya nampak cantik tanpa perlu upah photographer. Selain hangpa perlu guna kreativiti je nak serlahkan daya tarikan pada gambar dengan menambah prop semua tu. Studio Box ni cuma membantu dari segi pencahayaan pada gambar.

Untuk kita yang bukan profesional photographer sekadar ambil gambar syok sendiri atau review barang barang kita guna.. So far benda ni best juga la. Satu kepuasan bila kita ambil gambar & nampak cantik. Benda tu macam satu terapi untuk kita juga. Qualiti gambar memang bergantung juga pada kualiti camera tapi lighting juga salah satu faktor gambar tu cantik. Kadang kadang camera sampai 20mp pun kalau lighting tak lawa.. kurang menarik juga kan?


Jadi sapa nak beli boleh beli dari seller yang saya rekemen even dia tak bayar pun saya untuk review ni tapi benda best apa salahnya kita share.

CLEAR DERMAROLLER BANTU SERAP SKINCARE YANG ANDA GUNA DENGAN LEBIH CEPAT

CLEAR DERMAROLLER BANTU SERAP SKINCARE YANG ANDA GUNA DENGAN LEBIH CEPAT. Ada yang tahu kewujudan gadget kecantikan ni & ada yang masih tak pernah dengar benda alah ni. Saya sebelum ni pun tak pernah tahu & ambil tahu sangat pasal dermaroller ni sebab saya tak suka jarum katanya. Hahahaha.. Tapi bila di beri peluang mencuba gadget kecantikan ni baru saya tau akan kehadirannya dalam dunia kecantikan manusia.


Mula mula di tawarkan dermaroller ni.. Bila saya google info dia serius saya cuak nak cuba. Gila kau nak cucuk cucuk muka dengan jarum. Ada saya tengok sampai berdarah. So saya bagitahu la saya takut nak cuba benda benda macam ni. Saya tak berani nak roll muka dengan jarum jarum halus sampai berdarah tu. Tapi bila di terangkan baru saya faham. So saya minta

Sebenarnya Dermaroller ni ada beberapa size jarum mengikut fungsi dia. Ada 3 size jarum iatu (rujuk pada gambar)


Saya kalau berurusan dengan jarum ni memang seriau sikit so saya pilih yang paling kecik la size 0.22mm. Lebih kepada untuk menyerap skincare tapi membantu juga untuk masalah ringan kat kulit macam parut parut hitam bekas jerawat tu. Maybe sebab dia membantu penyerapan skincare lebih cepat ke dalam kulit.. Sekaligus benda tu membantu juga skincare tu untuk merawat masalah kulit kita.

Add caption

Pengalaman pertama kali nak roll jejarum halus (dermaroller) tu kat muka.. Allahu.. Mengucap dua kalimah syahadah juga la. Sebab macam den kata.. den ni seriau dengan objek bernama jarum. Selepas buat step bersihkan muka tu.. Roll pelan pelan. Jangan tekan kuat sangat dermaroller kat muka.. just roll ringan ringan ke seluruh muka.  Lepas dah gelek muka dengan dermaroller tu korang akan rasa pedih sikit sikit la tapi tak la sakit macam kena injection tu. Alah rasa macam main cubit cubit manja dengan kekasih hati je. Lepas Roll tu muka akan jadi merah merah umairah sikit. Rekemen pakai serum dulu sebelum roll.

Sebelum guna wajib bersihkan Clear dermaroller dulu. Cara saya rendam dulu dalam air dettol.. kemudian keringkan. Spray dengan alcohol yang di sediakan baru guna. Untuk muka saya buat 3 step membersih. Mula mula bersihkan dengan  MicellAir water Nivea lepas tu  milk cleanser garden of eden & cuci dengan Mild cleanser garden of eden. Baru sapu serum atau korang boleh letak pelembab pun boleh sebelum mulakan prosess roll muka dengan dermaroller ni.

Untuk redakan rasa pedih & kemerah merahan Umairah katanya... Saya sapu Aloe Vera Gel. Sebab Aloe Vera Gel tu sejuk.. Benda sejuk ni dapat la kurangkan rasa pedih & kemerahan pada kulit. Alah guna cap guardian punya aloe vera gel je.

Tapi kalau ada jerawat tengah aktif tak di galakkan untuk guna dermaroller ni. Nak nak lagi jerawat yang banyak. Setakat sebiji dua.. Boleh la. Tu pun kat tempat jerawat tu kena elak dari kena roller takut bakteria jerawat tu merebak kat bahagian kulit lain. Dari sebiji jadi sepohon kayu daunya rimbun.. lebat bunganya serta buahnya pulak.

Nak nampak hasil positif try guna sekurang kurangnya 3 - 4 kali. Tapi jangan la dok gelek muka hangpa tiap tiap hari. Memadai seminggu sekali sudah. Saya rasa lebih elok buat kalau anda tidak merancang untuk keluar sebab takut sunburn pulak. Kalau lepas roll muka tetiba ada emergency yang memerlukan anda keluar.. Make sure pakai sunblock atau sunscreen ok!

Selepas tu hangpa akan dapat rasa.. skincare yang hangpa guna cepat sikit memberi kesan positif pada kulit hangpa berbanding tak guna dermaroller ni. Saya sendiri lepas roll muka dengan dermaroller ni esok tu.. akan rasa kulit lebih halus & cerah (bukan putih yer) sedikit. Make sure skincare yang hangpa guna memang menepati & bersesuaian dengan keperluan kulit hangpa la. Saya tak rekemen sangat produk yang baru hangpa nak try & error guna bersaman dermaroller ni. Sebab tak tau produk tu samada serasi atau tak. Guna dulu kalau nampak serasi & tak bagi kesan buruk.. Baru buat dengan dermaroller ok!

Cuma yang rajin je di rekemen untuk beli & guna clear dermaroller ni. Yang rasa rasa diri tu pemalas.. Nak sapu moisturizer kat muka sebulan sekali pun payah. Cuci muka pun kadang kadang dengan sabun mandi masa mandi jer.. Tak payah la. Takut membazir je bila kau beli. Sebab nak guna dermaroller ni agak rumit penjagaan dia sebab dia kena betul betul hygine dari alat yang nak guna sampai la kulit kita yang kita nak golek golek dermaroller nanti. Kalau tak hygine takut bakteria atau kotoran yang melekat pada gadget & muka kita tu bagi kesan tak baik pulak kan.. yelah.. bila roll muka dengan dermaroller dia mempercepatkan sesuatu yang kita sapu kat muka kita meresap ke dalam kulit. Ni bahaya juga bagi yang guna kosmetik beracun tapi orang yang guna kosmetik beracun dia percaya produk dia guna selamat. Jadi nasihat saya.. Nak selamat guna produk farmasi @ drugstore la. Yang jual jual kat online berhati hati..

Cara penjagaan & cara penggunaan Clear dermaroller

Size dermaroller pilih mengikut masalah kulit & ikut keberanian hangpa juga. Macam saya.. sebab baru nak try haritu saya memang agak cuak so saya minta yang paling tak sakit jarum dia. Tapi benda tu korang boleh dapat consultant dari pihak pengedar yang sah. Dia boleh advise yang mana korang perlu guna.

Clear dermaroller ni bukan macam sudu yer boleh share share dengan orang lain. 1 dermaroller ni memang boleh di gunakan untuk seorang sahaja & tidak boleh di kongsikan. Dia macam jarum suntikan jugak la kan.. Cuma jarum suntikan lepas suntik terus buang tak boleh cuci & recycle semula. Macam Clear dermaroller ni.. Kita lepas guna boleh cuci & simpan. Lepas tu boleh di gunakan semula. Takde la lepas pakai kena buang. Bankrup tokei balak kalau macam tu. Ye dak??

Masa saya dok menayang clear dermaroller kat Facebook ramai dok tanya.. mana nak beli. Berapa harga bagai. Kalau korang berminat nak cuba boleh hubungi melalui platform media sosial dia bawah yer. Segala detail berkaitan produk boleh refer kepada pengedarnya terus.. Saya cuma blogger yang berkongsi pengalaman guna & sedikit info berkaitan produk sahaja.. Selebihnya serah pada mereka yang lebih arif untuk memberi penerangan terperinci berkaitan produk ni.


☻Instagram: @clear.dermaroller 
✎Facebook: Clear Dermaroller 
❧Twitter: DermarollerMY 



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com