Showing posts with label haiwan. Show all posts

INI YANG BERLAKU KEPADA VILLA NABILA YANG BERHANTU DI JOHOR BAHRU

INI YANG BERLAKU KEPADA VILLA NABILA YANG BERHANTU DI JOHOR BAHRU. Rasanya semua orang tahu tentang Villa Nabila yang terkenal dengan kisah seram. Villa Nabila ni adalah sebuah banglo tinggal yang masih ada pemiliknya. Pernah kecoh tak lama dulu kes seorang remaja yang kononnya hilang dalam Villa Nabila.. Alih2 di temui kat rumah keluarga kawan perempuan dia. Memang hampeh sungguh.. Hantu Villa Nabila jugak di salahkan.


Villa Nabila adalah sebuah bangunan misteri di Pantai Lido, Johor Bahru yang dah lama kisah seram yang berkaitannya menjadi bualan orang setempat. Bermula kisah seram di banglo tu adalah.. Seorang gadis bernama Nabila, anak kepada pemilik Villa tersebut dibunuh di rumah tersebut oleh pekerja yang dok buat renovate rumah itu dengan cara dirogol, dibunuh dan disimen didalam konkrit rumah tersebut. Dah macam cerita dalam Filem Rahsia tahun 80an dulu pulak kan? Tapi dalam filem Rahsia tu kanak2 yang menjadi pewaris harta di bunuh & di simen.. Tapi kisah Villa Nabila ni seorang gadis di rogol & di bunuh. Pada masa itu dikatakan ibu bapa Nabila keluar atas urusan kerja untuk beberapa hari.

Versi lain kisah Villa Nabila.. Nabila adalah pewaris harta kekayaan ibu bapa beliau kerana dia menjadi anak kesayangan dalam keluarga beliau. Kemudian Nabila dibunuh oleh ibu saudaranya kerana ingin merebut harta warisan ibu bapa Nabila. Di samping tu ada juga versi yang mengatakan Nabila membunuh diri kerana tekanan. Tak tau yang mana betul.. Tapi best jugak la layan kisah2 seram Villa Nabila ni. Lokasi Villa Nabila juga berdekatan dengan istana Sultan Johor.

Banyak kisah seram yang melibatkan Villa Nabila ni termasuk di jadikan port untuk aktiviti paranormal. Tapi sekarang maybe hantu2 Villa Nabila dah terpaksa berpindah sebab port depa dah di ambil alih makhluk lain. Bukan makhluk halus dah.. Makhluk yang tak berapa halus.. Nak tau makhluk asing ke apa.. teruskan membaca entri ni...


Terbaca post OhMedia kat facebook katanya Villa Nabila sekarang di jadikan pusat perlindungan anjing terbiar oleh seorang aktivis penyelamat haiwan. Dia tak mewakili mana2 kelab rasanya.. Hanya volunteer untuk buat kerja2 kebajikan jer.. Tak sure pulak aku pasal tu. Tapi yang di tulis pengasas. Maybe dia ada ahli lain lagi kot.


Apapun dia mendapat kebenaran dari pemilik Villa Nabila untuk menjadikan port berpuaka tu sebagai tempat perlindungan anjing terbiar. Bagus jugak kan di manafaatkan kepada perkara yang lebih baik.. Dari di jadikan port dok memburu hantu yang tak berapa ada pekdah tu. Jadahnya dok cari hantu.. erkk.. kalau tak cari camna la aku nak dapat stok2 cerita seram pulak kan? hahahahaha


Apapun syabas kepada Insan mulia atas usaha dia membantu haiwan haiwan terbiar macam tu. Dia rilex je dok masuk dalam Villa Nabila tu.. Takde kecoh pasal hantu ke hapa. Kadang2 benda ni berkaitan dengan apa yang kita fikir jugak. Kalau asyik fikir hantu maka hantu la kita terbayang.. Tapi kalau kita fikir perkara lain hantu datang depan hidung pun mungkin kita tak terfikir dia hantu. hehehehehe


Moral of the story.. Jangan menakutkan diri sendiri dengan berimaginasi benda2 yang menakutkan.

8 HAIWAN YANG DI KATAKAN BOLEH MENGESAN KEHADIRAN MAHLUK HALUS

8 HAIWAN YANG DI KATAKAN BOLEH MENGESAN KEHADIRAN MAHLUK HALUS. Dalam masyarakat kita memang ada yang percaya haiwan boleh nampak atau rasa kehadiran makhluk halus atau makhluk ghaib ni. Dari kecik pun rasanya kita biasa dengar orang tua2 kaitkan haiwan dengan kehadiran makhluk halus ni. Jadi kita pun membesar la dengan kepercayaan tu...


Katanya.. Kehadiran makhluk halus jugak boleh di kesan dengan perilaku atau bunyi dari haiwan yang tiba2 mungkin perangai dia jadi pelik & mencurigakan.. atau bunyi dia jadi lain macam yang boleh buat kita rasa seram. Betul tak betul.. Allah maha mengetahui segalanya..

Antara 5 haiwan yang di katakan boleh mengesan kehadiran makhluk halus ni adalah..

1. Burung hantu
mentang2 nama dia burung hantu.. hangpa pun nak kaitkan dia dengan hantu jugak. Tapi burung hantu ni rupa pun agak menyeramkan & dia pun jenis hidup waktu malam jer. Antara kepercayaan yang karut atau mitos ni adalah.. Bila dengar suara burung hantu, harus segera masuk kerumah atau menjauhi tempat burung hantu bertenggek. Kononnya kalau kita tetap berada di tempat yang berdekatan dengan burung hantu akan menerima gangguan dari makhluk halus. Katanya boleh menyebabkan histeria jugak. Menurut orang tua tua.. bila burung hantu berbunyi ia petanda ada makhluk halus disitu.

2. Ayam Jantan
Mitos tentang ayam jantan yang boleh mengesan kehadiran makhluk halus ni adalah.. Katanya kalau ayam jantan ni berkokok di waktu tak sepatutnya macam malam hari tu petanda kehadiran makhluk halus kat situ. Ni kira greeting la kot.. nak menyambut makhluk halus yang datang bertandang hahaha...

3. Anjing
Yang ni ramai orang percaya. Tapi bunyi anjing ni ada macam2 tone tau. Kalau tone dia nampak makhluk halus tu dengar macam sayup sayup jer... Kalau kita dengar pun meremang bulu roma. Kalau setakat dia menyalak macam menyampah tengok muka kita lain bunyinya. Ada mitos yang mengatakan anjing dapat berinteraksi dengan makhluk halus.

4. Burung Gagak
Menurut kepercayaan sesetengah orang kalau burung gagak tiba2 berbunyi riuh berdekatan dengan rumah menandakan ada orang yang meninggal dunia. Selain boleh mengesan kematian, burung gagak jugak dia anggap haiwan yang sial. Sampai hati tau labelkan burung gagak macam tu walau dia agak pengotor. Ada orang percaya kalau burung gagak banyak di kawasan rumah mereka penghuni rumah boleh terkena sihir. Selain tu burung jugak di percayai sesetengah orang menjadi tumpangan atau tunggangan makhluk halus untuk datang mengganggu manusia.

5. Kucing Hitam
Sebagai pencinta kucing.. yang ni paling aku rasa mengarut. Selama dok bela kucing berbagai warna termasuk kucing warna hitam pekat melekat ni memang tak ada pun rasa ia ada kaitan dengan makhluk halus. Tapi kalau di eropah.. kucing hitam di percayai ada kaitan dengan makhluk halus sebab mereka percaya kucing hitam tu jelmaan ahli sihir. Yang biasa kita dengar mitos kalau kucing hitam langkah mayat.. adalah petanda tidak baik. Selain tu kalau kucing hitam mengiau bunyi macam sedih jer.. petanda kehadiran makhluk halus. Ada orang percaya.. setiap langkah kucing hitam tu sebenarnya dia ikut makhluk halus.

6. Cicak
Ada orang kata kalau cicak bunyi tu tempat tu ada la sesuatu yang menumpang atau tinggal terutama rumah la. Ni kira mitos yang agak popular jugak la...

7. Ikan Puyu
Ikan puyu di memang terkenal dalam kepercayaan mitos orang2 melayu. Ada orang percaya selain ikan puyu mampu melindungi rumah dari di masukkan pencuri atau orang yang cuba nak guna ilmu pukau sebab katanya pukau takkan berjaya selagi ada benda hidup di dalam rumah yang masih berjaga. Kalau malam2 ni rasanya bukan ikan puyu je berjaga.. lipas pun banyak suka berjaga malam hahaha. Jadi selamat la kot kalau rumah tak ada ikan puyu tapi banyak lipas. ikan puyu sejenis ikan yang tidak tidur malam. Tapi setakat ni kepercayaan tu masih dalam kategori mitos. 

8. Angsa
Ni samseng paling Otai dalam kampung zaman aku kecik kecik dulu. Dia tak kira kau jahat ke baik ke hantu ke manusia.. semua dia kejar lepas tu dia sudu. Angsa di katakan haiwan yang sangat peka melihat daripada sudut jauh & dapat mengesan kehadiran makhluk halus atau jin khadam seseorang. Tapi macam biasa.. sejauh mana kebenarannya tidak dapat di pastikan.

Itulah 8 haiwan yang di kaitkan dengan makhluk halus bersama kisah kisah mitosnya tersendiri. Info ini sekadar hiburan bukan untuk menjadi kepercayaan. Kalau dah mitos tu bermakna ia tidak ada fakta atau rujukan sahih dari mana2 bagi membuktikan kebenarannya. Apapun tanpa makhluk halus ni kat mana2 pun ada.. cuba check atas kepala. mana tau ada makhlus halus.. petanda atas kepala anda makhluk halus adalah anda sering rasa gatal2 & terasa sesuatu yang sedang merayap di atas kulit kepala anda. hehehehe...

Tapi kalau anda peminat cerita seram.. rasa boring la blog lekatlekit.com ni.. kata blog seram tapi tak seram pun cerita2 dia. Ok ok.. ada lebih seram korang boleh tengok kat sini >> Apabila Pelawat misteri Memasuki kampung yang tenang ini ... satu persatu hilang nyawa << Ada berani? Kalau tak berani tak payah gebang sangat la.. hahahahhaa

PEMBUNUH PALING KECIL YANG NAMANYA BERMULA DENGAN HURUF M

PEMBUNUH PALING KECIL YANG NAMANYA BERMULA DENGAN HURUF M. Zaman sekarang pembunuh dalam macam2 rupa & bentuk. Ada yang kita boleh nampak ada yang tidak. Ada yang kita boleh dakwa kat mahkamah & di jatuhkan hukuman dan ada yang kita tak boleh heret dia ke mahkamah. Kita cuma mampu membenteras aktiviti dia jer.


Sebab tu akhir zaman sekarang macam2 makhluk boleh menjadi amat menakutkan bukan hanya manusia. Sifat dia kecik jer.. tapi impak dia sangat besar. Mudah membiak tapi susah nak pupus. Semua berlaku adalah di sebabkan kelalaian & kerosakkan yang manusia tu sendiri lakukan. memang apa2 kemudaratan yang berlaku dalam dunia ni puncanya adalah manusia. Tu kita tak boleh nafikan.

Tapi pembunuh yang namanya bermula dengan huruf M ni memang sedang menghantui kita sekarang. Dia tak boleh di hapuskan kalau tak ada kerjasama dari semua pihak. Kalau sorang je cuba membenteras memang tak jadi.. Sebab kita hidup berkongsi bumi yang sama.

Makhluk M ni memang kecik jer.. Tak pernah besar tapak tangan pun badan dia. Besar kuku pun susah nak jumpa. Memang spesis dia semua kecik kecik tapi bak kata pepatah kecik kecik cili padi. Tentu korang tertanya tanya apakah spesi makhluk pembunuh paling kecil yang namanya bermula huruf M ni. Kalau nak tahu sila baca kat sini >> Inilah Makhluk kecil Paling Dahsyat & Mampu Membunuh Yang Namanya Bermula dengan huruf M <<

Jadi berhati hatilah dengan makhluk M ni. Siapa sahaja boleh jadi mangsa dia. Jadi ambil langkah pencegahan awal la sebelum makhluk M membunuh anda, Ingat cegah itu lebih baik dari merawati

KISAH MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI PETROSAINS KLCC

KISAH MISTIK & SERAM YANG PERNAH BERLAKU DI PETROSAINS KLCC. Sedang asyik menggoogle pasal petrosains yang terletak di bangunan KLCC yang menjadi kebanggan orang2 kl katanya tetiba terserempak pulak dengan satu kisah seram,misteri lagi mistik yang pernah berlaku di Petrosains awal pembukaannya dulu. Maka secara rasminya segmen seram serik lekatlekit kita akan membongkar satu kejadian misteri yang pernah berlaku kat situ.


Dari sumber yang aku baca katanya Tapak KLCC sekarang adalah bekas tapak tempat perlumbaan kuda. Tempat judi & maksiat macam tu apa nak pelik kan kalau banyak jin, syaitan & manusia yang perangai macam setan. Normal la tu.. Mana ada orang baik main judi, ye dak? Orang jahat memang BFF setan. hahaha.


Nak dijadikan kisah seram.. Pada satu malam yang sepi pi pi.. Seorang ustaz di jemput untuk membantu memulihkan kejadian2 mistik,pelik & seram yang berlaku kat situ. Kalau korang pernah ke petrosains mesti korang tahu satu tempat dimana ada pameran haiwan2 pra sejarah & replika gunung berapi. Suasana dalam tu agak suram.. Ditambah dengan sound effect bunyi bunyian haiwan purba & letusan gunung berapi.. Mungkin agak menyeramkan bagi sesetengah orang. Pada malam ustaz tu di jemput untuk menghalau makhluk ghaib yang masih bermastautin kat situ.. Ada kejadian misteri berlaku di bahagian pameran haiwan purba tersebut. Sebaik dia melangkah masuk ke tempat tu.. tiba2 lampu terpasang & haiwan kat situ mula bergerak. Sound2 effect jugak tiba terpasang seperti pameran tu beroperasi semasa kehadiran pengunjung. Walhal masa tu dah pukul 1 pagi. Sebab ia menganggu fokus ustaz tersebut untuk berzikir & membaca ayat2 suci al quran yang kebiasaannya dia buat untuk merawat gangguan jin dia meminta petugas petrosains yang mengiringi dia tutup semua lampu & mematikan semua alat audio visual yang sedang di mainkan. Malangnya bilik kawalan tersebut di kunci & pegawai yang pegang kunci bilik tersebut tak ada pada malam tu. Semua jadi pelik kalau bilik kawalan tu di kunci siapa yang mengaktifkan semua audi visual & lampu sejurus mereka masuk. Ternyata ia memang perbuatan makhluk ghaib yang cuba menganggu fokus ustaz tu untuk menghalau mereka dari situ. Selepas pertempuran antara ustaz & makhluk ghaib kat akhirnya semua penghuni ghaib kat situ berjaya dia keluarkan dengan izin Allah. Yang pelik selepas semua makhluk ghaib yang ada disitu di keluarkan lampu, audio & visual serta merta terpadam. - sumber Pemindahan jin di Petrosains -

Sumpah aku tak pernah tahu tapak klcc asalnya tapak lumba kuda. Mungkin kassim selamat & sabariah pernah main kuda kat situ jugak. Mungkin pernah di miliki oleh Ismet Ulam Raja.. siapa tahu. Hahahahaha... Tapi cerita seram yang berlaku kat petrosains tu tak berapa buat jiwa kita meracau sangat memikirnya sebab kita tahu ia perbuatan jin & syaitan.. Ada yang lagi menguji mental & fizikal sampai sekarang masih berlaku kat petrosains. Nak tau meh tengok kat sini >>  Ilusi Paling Gila Yang Berlaku Di Petrosains <<

Moral of the story.. kesahihan cerita ni memang tak dapat di pastikan. Mungkin orang yang pernah bekerja di petrosains sekitar tahun 2004 boleh sahkan samada pernah berlaku kejadian mistik atau tidak. Tapi cerita ni aku dapat dari blog pusat rawatan alhidayah. Diceritakan oleh pengasas pusat rawatan Alhidayah, Hj Lokman. Alah bapak kepada Dr Dayana Isteri pertama Pelakon Ashraff Muslim tu. Cuma kita perlu tahu tempat banyak replika dari makhluk bernyawa ni apa nak pelik tetiba ada yang menumpang di sudut kamar hati kat situ, kan? Tambah2 tempat yang di ceritakan tu.. aku pernah masuk petrosains beberapa kali memang kat tempat pameran tu suasana dia agak gelap.. lampu samar2.. sound effect bunyi haiwan2 purba tu agak menyeramkan. Kalau tengah malam kesitu memang la seram walau tak ada jin pun.

GAMBAR REPLIKA HAIWAN PRA SEJARAH DI MIMALAND YANG SERAM

GAMBAR REPLIKA HAIWAN PRA SEJARAH DI MIMALAND YANG SERAM. Mimaland.. aku sendiri tak pernah jejak kaki kesitu semasa pusat rekreasi tu masih beroperasi. Almaklum la aku orang kampung nun jauh di kedah sana.. Dulu dengar tempat nama kl ni rasa macam jauh sangat dah. Orang kampung merasa jenjalan kl pun kalau ada buat rombongan je. Tak macam sekarang Kl & kedah.. dah tak rasa jauh sangat. Setakat Kl dah tak ada apa sangat la bagi orang kedah. Tiap2 bulan depa nak mai shopping pun boleh katanya..

Gambar Sumber Google

Mimaland ni kalau yang tak tahu mula di buka pada tahun 1971 & di tutup pada tahun 1994 setelah berlaku kemalangan maut akibat lemas kat situ. yelah situ kat macam taman tema air.. Atas faktor keselamatan ia tutup selama lamanya. Dan sekarang dah jadi tempat yang menyeramkan. Nak2 lagi ada bekas2 tinggalan dia yang masih tak mereput sampai sekarang kan. bayangkan tempat tu dah jadi hutan tapi Replika haiwan2 pra sejarah macam spesis dinasour masih teguh terpacak kat dalam hutan belantara macam tu. Memang la suasana dia nampak menyeramkan. replika haiwan2 tersebut bukan kecik2 anak dik Ooi.. sebesar2 bapak dinasour dia. Ni kalau geng2 paranormal terserampak tengah malam pun mau tercirit jugak la. Suka tak suka kalau terserempak siang2 pun dalam hutan rasanya tak sempat dah nak buat aksi ni >> 5 cara Untuk Cabut Dari Orang Yang Kita Tak Suka Jumpa << confirm kencing berlari punya. hahahaha

Mana taknya kalau dah suasana dia macam dalam gambar kat bawah ni...

Sumber Siakap Keli

Bila replika patung berbentuk haiwan ni duduk tengah2 hutan macam tu mula la orang nak kaitkan dengan benda mistik. Nasib baik tak dengar pun kaki2 geng khurafat dok buat ritual mistik kat replika haiwan pra sejarah tu. Kalau tak mesti lagi banyak versi cerita seram kat Bekas tapak Mimaland ni. Gamaknya depa pun takut kot. hahahaha

Apapun semua ni peninggalan sejarah bukti kewujudan tempat tu satu ketika dulu. Tapi aku respect jugak la 44 tahun tak mereput dinasor2 tu. Ni betul2 kebal ni.. hehehehe

MANUSIA YANG DI BENCI MONYET

MANUSIA YANG DI BENCI MONYET. Setiap hari sebelum fenomena jerebu melanda Malaysia.. bangun pagi aku akan buka tingkap & jenguk kat luar. yelah.. pagi2 tengok permandangan hijau memang memberi aura positif & segar. Penting nak mulakan hari kita tengok sesuatu yang menenangkan sebab ia akan mempengaruhi mood kita hari tu. Itu dulu tapi sekarang.. permandangan hijau tu dah sedikit cacat bila buka tingkap nampak kesan tarahan hutan. Dulu nampak hutan sekarang dah nampak jalan seberang sana..


Hutan kecil sekangkang kera tu banyak beruk & monyet. Beruk2 & moenyet2 nakal yang pernah suka usik2 aku masa aku mula2 datang sini dulu. Terfikir andai hutan tu di tebang & di bangunkan.. kemana beruk2 tu akan pergi. Kawasan bandar memang tak banyak dah hutan. Yelah.. hartanah memang macam emas sekarang. Sangat2 berharga jadi manusia jadi tamak & kejam sehingga menafikan hak makhluk lain di muka bumi ni. Apa saja dalam dunia ni semua jadi milik manusia.

Kesian sangat aku fikir nasib makhluk2 hutan & rimba ni.. Sebab tu la banyak haiwan mula mengalami kepupusan semuanya sebab manusia yang melakukan kerosakkan & kemusnahan flora & fauna. Sebab tu banyak bencana alam berlaku, tanah runtuh, jerebu & macam2 lagi la akibat ketamakkan manusia.

Manusia2 macam ni memang bukan kata sesama manusia.. monyet pun meluat dengan dia. Selagi ada tempat boleh buat duit selagi tu dia akan rampas & jadikan sesuatu yang mendatangkan keuntungan besar pada dia tapi memusnahkan habitat & tempat tinggal makhluk lain. Ni kalau terserempak dengan monyet confirm monyet pun rasa nak gigit. Orang macam ni confirm monyet tak lepaskan dia untuk lari. Kalau test kat sini pun memang result dia jenis manusia yang takkan dapat lepaskan diri dari monyet punya. Kalau korang nak test korang mampu lepaskan diri dari monyet atau tak,  test kat sini kalau tak dapat lari tu maybe korang pun spesis di benci monyet hahaha >> Test! Adakah Ada Mampu Lepaskan Diri Bila Di Serang Monyet? Jom Tengok <<

Moral of the story.. kalau taknak jadi manusia yang di benci makhluk lain maka berkongsilah bumi Allah dengan seadil adilnya. Kita semua cuma menumpang tak kira dari apa spesis sekalipun. Bumi di jadikan untuk semua kehidupan bukan hanya manusia.

MALAYSIA MASIH KATEGORI NEGARA MUNDUR

Kita hidup berkongsi manfaat dengan semua hidupan. Saling memerlukan sebab Allah menjadikan setiap perkara, benda & makhluk semua ada fungsinya. Jika tiada salah satu, mungkin bumi ni tidak sempurna & ada cacat celanya. Tapi manusia ni bukan nak kata.. Rasanya kalau boleh semua dia nak bolot.

Terkesan dengan kata kata Mahatma Ghandi.. Kehebatan sesebuah negara & kemajuan moral di nilai dari macam mana kita melayan haiwan. Kalau kat Malaysia ada pihak yang sanggup meluluskan & mengadakan kempen RM10 untuk seekor anjing.. Dah jelas nampak moral rakyat Malaysia. Dibatalkan pun sebab kecaman dari pengguna laman sosial. Rasanya kalau zaman takde laman sosial.. maybe banyak anjing2 terbiar di bunuh dengan cara PTS dengan kempen macam ni. So dari segi moral Malaysia belum maju. Masih kategori sebagai negara mundur bagi aku.

Jika anda pencinta haiwan anda mesti tengok apa yang anda boleh bantu SPCA. SPCA adalah pusat yang menempatkan haiwan2 terbiar atau yang di hantar pemilik yang dah tak mahu menjaga. Kalau takde duit.. cukup la membantu dengan memberi suratkhabar lama & plastik sampah sebab salah satu keperluan di situ. Tak susah kita untuk menyumbang cuma mahu dengan tidak jer... Kalau korang rasa nak adopt pets pun boleh cari kat SPCA.


Nak tahu macam mana anda boleh membantu SPCA jom tengok kat sini >> 23 Things You Didn't Know You Could Give To The Selangor SPCA <<

Moral of the story.. Kita tak perlu jadi peminat haiwan untuk menjadi pencinta haiwan cukuplah kita ada sifat perikemanusiaan sesama makhluk. Aku pernah ada seorang kawan yang takut & geli dengan kucing tapi tetap bagi kucing terbiar makan cuma dia tak berani nak pegang je. Simple untuk menjadi pencinta haiwan. Tak susah untuk membuat kebajikan sesama makhluk.


JAMIL KUCING PILIH BERUK SEBAGAI PENEMAN HIDUP

Siapa Jamil? Popular ke dia? Kenapa dia pilih beruk bukan manusia? Jamil kalau siapa yang ikuti kehidupan Jamil kucing kat laman sosial rasanya kenal & tahu tahap populariti dia macam mana. Kenapa dia pilih beruk sebagai peneman hidup dia? Meh la baca dulu


Aku baru je ikuti kehidupan Abang Jamil ni kat FB. Bersama sepasang beruk comel dia yang sentiasa di pakaikan baju cecantik & di bawa kesana sini memang tengok macam best jer hidup dia dengan beruk2 dia. Telatah 2 ekor beruk jantan & betina ni kadang2 kita rasa geram macam nak bela jugak. Tapi kata abang Jamil.. Pilihan nak bela beruk ni kita kena sedia dari segi mental & fizikal. Untuk jadikan haiwan macam ni sebagai pets yang hidup bersama kita dalam rumah bukan mudah. haiwan ni mempunyai sifat cemburu yang sangat kuat sebab tu katanya abang Jamil ni tak kahwin. Dia mengorbankan hidup untuk pilihan yang dia dah buat. sikap bertanggungjawab ni patut di contohi. Apapun pasal jodoh tu, kuasa Allah.


Besar jugak la pengorbanan kalau betul2 ikhlas untuk bela beruk ni. Kebanyakkan orang bela beruk sebagai pets masa kecik jer dah besar rasa tak terkawal di lepas balik dalam hutan. Kesian pulak sebab beruk tu dah la tak biasa hidup di habitat asal dia sebab dia di besarkan bersama manusia. Makan minum di sediakan tetiba di lepas dalam hutan. Kau bayangkan la macam mana dia nak sesuaikan hidup dalam hutan. Sebab tu nak bela beruk jangan sekadar hangat2 taik ayam nanti tanpa sedar kita dah menganiaya haiwan tu.


Bukan beruk je.. Abang Jamil ni salah seorang aktivitis haiwan jugak. Sekarang tengah kumpul dana untuk pembinaan sebuat taman untuk kucing terbiar. Tak Ramai yang sanggup bersusah payah untuk kehidupan makhluk lain yang di nafikan hak di muka bumi ni. Serius aku memang kagum dengan insan2 macam ni sebab aku sendiri pun belum mampu melakukan benda yang sama macam mereka buat.

Jadi sesiapa sahaja yang sudi menderma tak kira untuk dana pembinaan taman kucing terbiar, untuk kos pembiayaan penjagaan semua makhluk2 comel abang jamil. Nak hulur sumbangan berbentuk material @ makanan pun boleh atau nak sumbang baju cecantik untuk JK & shaki pun boleh. Sumbangan boleh di buat melalui

TRU PAYPAL:
Pay pal ( Jamilismail54@yahoo.co.uk )
TRU BANK :
Bank Islam Malaysia Berhad
JKCR Animals Care
( 12-122-01-001867-2 )
Maybank Berhad
Jamil Bin Ismail
164016046536

Atau korang boleh contact sendiri abang Jamil kucing kat FB untuk maklumat lanjut. Bumi ini bukan milik manusia malah seluruh hidupan yang ada. Jadi berilah ruang & hak mereka kerana mereka adalah sebahagian dari kehidupan di muka bumi ni.


PRODUK PENJAGAAN KULIT BERASASKAN URI @ PLACENTA

Benda ni bukan perkara baru tapi cuma semakin berleluasa pulak produk yang berasaskan Uri tapi depa tak tulis URI Skin care bagai.. Depa guna nama saintifik sikit Placenta Skin care bagai gitu la. Kadang2 ada orang tak paham apa tu Placenta.. ingat jenama produk je. Yelah, kita biasa sebut Uri kan.. Sesetengah orang tak tahu Placenta tu adalah uri.

Sekadar hiasan

Semalam terserempak kat News Feed aku produk korea kalau tak silap berasaskan Placenta @ Uri @ tembuni ni.. Aku tak siasat sangat la Uri makhluk apa dia guna untuk hasilkan produk tu.. Haiwan atau manusia tapi dari apa yang aku baca kalau berasaskan Uri manusia ni memang haram untuk kita pakai manakala haiwan pulak Harus tu pun kalau haiwan tu di sembelih. Tak sembelih jadi haram jugak. Tapi kalau produk buatan luar oleh orang bukan Islam.. hangpa tak was was ka status haiwan tu? Sembelih ka atau main pancung kepala jer..

Sumber Islam.gov.my

Ada juga aku search kat Fb yang di jual nampak macam orang melayu Islam sebab bertudung bagai.. berasaskan Marine Placenta.. Mungkin placenta haiwan laut. Yang haiwan laut ni aku sendiri pun tak sure... Tapi kalau jenis2 macam ikan takde kena sembelih kan. Jadi haiwan laut rasanya bukan kategori haram la kot selagi ikan2 tu halal di makan. Selebihnya korang rujuk sendiri la guru agama masing2.

Apapun berhati hanti dengan apa2 produk yang yang berasaskan placenta ni.. Kalau tak paham better selidik dulu. Jangan main serbu je nak cantik. Sebab memang ada produk berasaskan placenta @ uri manusia & haiwan. Hope pengedar2 produk kecantikkan tak fikir keuntungan sangat la.. Periksa dulu kehalalan sesuatu produk sebelum di jual. Make sure ramuan dalam produk tu selamat & halal.. Ia berkaitan dengan keberkatan rezeki yang kita dapat jugak.


BILA ADA MANUSIA LAGI BODOH DARI ANJING

Serius.. aku memang tak boleh terima atau tengok manusia mengejami haiwan tak kira haiwan yang haram di sentuh umat Islam dalam keadaan tertentu macam anjing ataupun babi sekalipun. Mungkin sebab aku membesar dengan berkongsi hidup dengan haiwan even aku takde la bela babi @ anjing dalam rumah.. aku bela kucing yang ramai jer. Boleh tidur satu tilam.. satu selimut bagai.

Hari ni terbaca satu isu kat Beautifulnara pasal petisyen yang di buat lebih dari 100,000 pencinta haiwan yang nak hamba Allah yang memanah anjing buta tanpa sebab musabab tu di ambil tindakkan. Macam biasa la kita boleh jumpa macam2 komen bijak jugak tak kurang komen terbodoh untuk cuba membetulkan apa yang salah. Standard la kalau dia dah tak suka haiwan tu... baik macam mana pun takkan mampu buat dia rasa sayang apatah lagi bersimpati. Biasa la jenis manusia yang rasa Bumi Allah ni macam milik dia yang bernama manusia jer.


Komen terbodoh aku baca hari ni adalah komen dari sorang mamat ni tentang isu tu. Apa ke bodoh kau dah nampak anjing nak serang budak kau boleh tunggu sampai dia serang. Banyak kaedah kau boleh guna.. kalau ko was was sangat even anjing tu cuma tumpang lalu depan pintu pagar umah ko.. ko halau je lah. Confirm dia lari. Tak perlu kot kau jumpa anjing terus nak siksa atau bunuh dia tanpa sebab. Haiwan ni kebanyakkan takkan menyerang kalau dia rasa tak terancam. Lagipun dalam Islam pun tak kata jumpa anjing terus bunuh kot. Malah kita patut mengasihi sesama makhluk even kita tak boleh sentuh dia dalam keadaan tertentu tak bermakna kita boleh aniaya apatah lagi membunuh dia sesuka hati atas alasan dia haiwan yang berisiko bertindak ganas. Bergantung pada keadaan untuk kita bertindak. Samada perlu menyakiti dia atau membunuh dia untuk melindungi diri atau sekadar menakutkan dia supaya dia jauhkan diri dari kita. Tu pun sebagai manusia berakal kau tak boleh fikir ker??


Macam mana kau jual insurance kalau benda2 camni pun kau tak boleh fikir. Kau patut tunjukkan perikemanusiaan kau bukan tunjukkan kebodohan yang tak sepatutnya manusia macam kau miliki.Aku pun rasanya tak jugak berapa berani nak suka2 pi beramah mesra dengan anjing. Yelah.. kita membesar dengan di ajar anjing tu tak boleh sentuh.. jadi nak dekat pun kita rasa was was tapi takde la sampai hilang perikemanusiaan aku. Masih ada simpati bila aku tengok haiwan2 ni di aniaya.. di siksa apatah lagi di bunuh. Even yang lapar pun aku masih rasa keinginan nak bagi depa makan atas rasa simpati. Susah sangat ke nak wujudkan perasaan kasih sesama makhluk?? Renung renungkan.. selamat berfikir guna akal bukan lutut.



BINTANG PALING POPULAR VS BINATANG PALING POPULAR

Semalam berlansungnya anugerah penuh gilang gemilang ABPBH yang nampaknya banyak makhluk ghaib yang datang dari manusia. Yelah.. banyak nampak kerusi kosong ye. Aku tengok la kejab.. lepas tu macam boring jer... aku dah tak continue. Aku bukan kesah sangat retis mana menang atau retis mana kalah.

Sebab aku tengok masa starting jer.. lepas tu aku mula tak tengok, aku pun terlepas tengok anugerah Bintang paling popular tapi buka FB jer jangan risau.. semua info ada. Yeahhh... abang Aaron aziz menang lagi. Tahniah la...  nak kutuk pun takde sebab. Yelah.. dia pun memang popular ye dak??

Bintang paling popular Aaron Aziz

Pun begitu walau Aaron Aziz di angkat sebagai Bintang paling popular tetap tak boleh lawan binatang paling popular sepanjang zaman iatu babi @ khinzir.hahahahaha... erkk.. ni bukan sindiran ke hapa memang kenyataan. Kalau kat negara2 bukan Islam memang babi takde la jadi binatang paling popular tapi kalau kat negara2 Islam macam Malaysia isu babi ko jangan nak buat2 lawak ok. Jangankan daging babi.. bulu babi pun kalau kau cuba menipu pengguna & kalau kantoi siap kau di kecam hingga ke urat saraf paling halus.

Bila keluar isu babi ni.. Akan muncul la status sarcasm yang konon kata Umat Islam malaysia sensitif isu babi jer.. Isu2 yang lain yang jugak hukumnya haram orang buat pejam mata. Ada yang kaitkan dengan aurat.. kaitan dengan riba... kaitan dengan macam2 perkara haram yang bagi mereka kebanyakkan orang pandang remeh. Takpe la kalau orang lain pandang remeh.. yang bercakap tu ambil berat sekadar nak sindir orang je ke? Kadang2 aku tengok yang cakap pun dalam pada masa yang sama pun buat jugak. Tapi takpe la.. sama2 ingat mengingati diri sendiri dan juga orang lain. Sekarang ni apa isu haram pun nampak semakin di pandang berat cuma tindakkan je ada yang berat & ada yang ringan. Kalau ada yang rasa orang ambil berat isu babi je gamaknya dia jarang online la kot... kalau selalu online takde dia rasa isu babi jer orang anggap haram, ye dak??

Kesimpulannya biarpun Aaron Aziz mampu meraih anugerah bintang paling popular namun populariti Aaron Aziz masih tak mampu tandingi Binatang paling popular iatu babi. Sungguh babi tak pernah kenal kita tapi kita sangat kenal babi namun apa yang berlaku bukan salah babi. Babi adalah makhluk ciptaan Allah & kejadiannya di muka bumi ni bukan takde peranan apa2 langsung even dia di pandang hina berbanding haiwan haiwan lain.

 Binatang paling popular babi


RESTORAN TAK SEDAP & BAHAYA KAT SELAYANG

Ni alkisah pasal semalam keluar cuci2 mata.. beli barang sikit kat selayang. Destinasi pertama pergi selayang Mall... Lama rasanya tak jejak kaki kat dalam selayang Mall gitu. Rasa biasa je.. takde apa menarik sangat. Tapi bukan pasal selayang Mall yang nak cerita tapi pasal 1 restoran berdepan dengan pintu masuk selayang Mall tapi restoran tu seberang jalan.

Restoran tu sebenarnya di buat dalam kawasan perumahan. Maaf yer Restoran Affendy's Cyber Cafe kena mention jugak nama nanti kalau ada kakitangan atau owner restoran tu baca dia alert sikit tentang bahaya yang ada dalam restoran dia tu.

Semalam adalah kali pertama den makan kat situ. Walaupun agak sempit ruang dalam restoran tu tapi menarik jugak la susun atur dia. Yang best pertama sekali adalah haiwan yang korang display dalam Restoran tu. dekat dengan meja den makan tu ada 1 sangkar di huni seekor beruk yang sukakan perempuan dari pandangan mata den la. Bab dia suka perempuan tu.. dia pun makhluk berperasaan takpe.. di maafkan. apa yang tak boleh di maafkan pasal kejadian semalam depan mata den sendiri.

Seorang perempuan sedang dukung seorang budak perempuan kecik lagi.. maybe muda sikit pada lala kot.  dalam setahun setengah rasanya budak tu. Mungkin jugak dia sebaya lala 2 tahun.. Lalu dekat dengan sangkar beruk tu. Ruang dalam tu sempit jadi memang la kalau lalu dekat beruk tu nescaya hampir dengan sangkar. Biarpun dia dalam sangkar tapi tangan dia boleh mencapai apa2 saja yang lalu dekat sangkar dia. Nyaris2 budak perempuan tu kena gigit dengan beruk tadi masa lalu berdekatan dengan sangkar beruk tu. Cepat sungguh kejadian tu.. beruk tu tak semena2 hulur tangan & tarik baju budak perempuan tu. Nasib baik dekat dengan meja kita & asben den sempat tepis tangan beruk tu kuat2. Kalau tak.. trajedi september jugak la malam tu.

Kalau beruk tu baca blog den nak nasihat jangan gatal2 & nakal2 yer beruk. Jangan cuit2 anak dara orang lagi. -gambar sekadar hiasa. Carian google-

Pada Owner Restoran Affendy;s Cyber Cafe.. Tolong alert pasal benda ni yer kalau terbaca. Mungkin tak pernah berlaku kejadian beruk tu cederakan sesapa tapi semalam hampir2 berlaku. Jadi tak payah la nak buat restoran anda yang sangat sempit tu macam zoo.Sangat bahaya kalau ada budak2 yang dok usik2 beruk tu. Yelah budak2 kadang2 dia bukan reti bahaya ke tak. Lagi satu tolong cari tukang masak yang pandai masak sikit. Totally masakan yang kita order semalam.. nasi goreng kampung & mee goreng bukan tahap orang yang layak masak untuk di jual lagi. Tak tau la macam mana korang boleh buat catering. Memang tak sedap langsung. Mee goreng masin & lembik dengan bahan2 perasa yang tak balance.. rasa jadi entah apa2. Nasi goreng kampung... Nasi lembik. Satay je boleh tahan. Harga memang berpatutan tapi jadi tak patut sebab aku makan mee goreng tu dua tiga suap je walau sangat2 lapar masa tu tetap tak boleh telan. Husband habiskan jugak nasik goreng kampung yang lembik tu sebab dah lapar tapi dia sendiri kata memang tak sedap & den rasa pun tak sedap sebab nasi lembik sangat. Meja sebelah tengok makan bihun tomyam pun nampak tak luak.

Jadi semoga owner Restoran Affendy's Cyber cafe ni terima dengan hati yang terbuka & buatlah perubahan demi kebaikkan restoran anda.

Dok berfacebook, bertwitter sampai bosan & nak cari sesuatu yang baru. try ni.. Sambil online sambil share iklan sambil dapat duit. Jom sign up sekarang. Free je kat sini >> CARI DUIT KOPI SAMBIL ONLINE

KALAU BOLEH.. SORANG 1 GAYUNG AIR PANAS PUN CUKUP

Antara perkara yang buat sang lekit tersentuh adalah penganiayaan terhadap binatang tak kira la yang halal di sentuh mahupun tidak. Kalaupun orang islam perlu menyamak bila pegang anjing yang basah.. kalaupun babi kita tak boleh bela @ sentuh tak bermakna kita harus menganiaya mereka, kan??

Hukuman bagi mereka yang mendera @ menganiaya haiwan ni sangat2 menyedihkan. Hukuman yang di terima pada penjahat ni sangatlah bagi sang lekit tidak berbaloi dari penderitaan yang di terima haiwan tersebut. Setakat denda 1 hari penjara & rm200 ringgit.. korang sendiri mau ingat la kan??

Sang Lekit ada ikuti fanpage2 yang memperjuangkan nasib haiwan2 ni.. Dorang banyak post pasal haiwan2 terbiar & haiwan2 yang di aniaya. 1 berita menyedihkan apabila seorang manusia yang meniaga mee wantan yang di laporkan selalu menyimbah air panas pada anjing2 yang lalu di depan gerainya. Bila kes ni di hadapkan kemahkamah.. hukuman yang di terima penjahat ni cuma itulah... denda RM200 & penjara sehari sedangkan kesakitan yang di tanggung haiwan2 tersebut bukan boleh sembuh dalam 1 hari kalau hantar ke klinik haiwan untuk rawatan pun RM200 tu pun tak cukup kos. Rasanya undang2 perlu di fikirkan semula.. Haiwan juga makhluk Allah.. haiwan juga punya hak di bumi Tuhan ni tetapi hak mereka di pandang remeh & di pandang tidak penting.

Gambar di ambil dari Fanpage Kucing Terbiar & Anjing Jalanan

Kalaulah hukuman yang sama di kenakan pada kita untuk simbah balik air panas kat penjahat tu.. rasanya cukup 10 orang simbah dia dengan segayung air panas. Bagi dia rasa macam mana sakit anjing2 yang kena simbah air panas tu dengan dia. Alah.. setakat hukuman sehari penjara & denda RM200 apalah sangat berbanding hati yang sakit tengok kekejaman yang dia lakukan pada haiwan tu kan?? Tapi malangnya kalau kita la yang simbah dia dengan air panas.. Bukan hukuman sehari penjara & denda RM200.. malah lebih berat dari tu, kan??

Sebab mereka haiwankah.. undang2 tidak menyebelahi mereka?? Sebab mereka tak berakal.. tak mampu upah peguam.. tak mampu buat perhimpunan untuk tuntut keadilan.. tak mampu bersuara macam manusia.. maka hak mereka di bumi Tuhan di rampas dengan rakus oleh makhluk bernama manusia.

Sebagai rakyat yang mengecam kekejaman terhadap haiwan.. Sang Lekit bersuara dari entri ni. Suara kecil yang mungkin tak siapapun peduli tapi sang lekit tetap nak jadi salah satu suara yang bersuara untuk memperjuangkan nasib haiwan.

P/S : Cicak pun tak mampu aku bunuh atas dasar rasa simpati.. inikan pula haiwan2 yang memang di jadikan untuk menumpang kasih sayang manusia.



BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com