Showing posts with label pocong. Show all posts

HOUSEMATE POCONG FIKSYEN ATAU BENAR?

HOUSEMATE POCONG FIKSYEN ATAU BENAR? Masih hangat di media sosial isu kisah housemate pocong di salah sebuah rumah sewa jalan kebun shah alam tu. Ada yang percaya dan ada yang pertikaikan kesahihan cerita tu. Masing masing mula berhujah dengan pendapat sendiri. Begitulah kehidupan di media sosial ni kan tak pernah sunyi dengan isu isu hangat. 

Aku pun ada baca dan kongsi kisah tu di blog ni. Kalau dah lama ikuti blog aku memang aku antara blogger yang suka & minat dengan cerita cerita seram ni. Tak kira filem je, kisah kisah di ceritakan dari mulut ke mulut ke aku suka baca & tonton. Aku pun ada koleksi dvd filem seram yang sampai hari ni aku simpan. Anak anak pun  tak boleh sentuh tau. Ada sebakul aku simpan semua original bukan pasar malam. Kat situ pun boleh nampak minat aku pada cerita cerita seram ni. 


Taksubkah aku dengan dunia mistik ni? Tak juga. Aku bukan pentaksub dengan perkara perkara macam tu. Aku cuma suka membaca, menonton & mendengar lebih kepada hiburan. Yer.. Kita kena percaya memang wujud makhluk makhluk alam ghaib. Aku pun percaya mereka wujud dalam dimensi yang berbeza. Dengan izin Allah mereka boleh menjelma dalam bentuk apapun. Semua tu boleh berlaku dan biasa berlaku. Tapi manusia yang taksub ni kadang kadang ambil kesempatan secara berlebihan dalam mengambarkan kewujudan makhluk makhluk halus ni. Itu yang jadi salah. 

Kisah housemate pocong tu.. Ramai meragui kesahihan cerita tu. Kalau betul mereka harap wakil dari keluarga cikgu nina akan tampil bagi penjelasan. Sampai sekecil perkara pun ada pertikaikan.. Hantu boleh jawab salam ke? Aku baca pun rasa kelakar juga. Ramai merasakan cerita tu cuma fiksyen yang di ceritakan seolah olah benar benar berlaku. Ada juga yang percaya cerita itu benar. Dan aku macam biasa baca sekadar hiburan. Apa yang baik kita ambil sebagai pengajaran yang buruk jadikan sempadan. Kesahihan cerita tu setakat ni tiada siapa boleh buktikan. 

Banyak je cerita cerita seram yang menjadi lagenda sesebuah negara atau kaum yang sampai hari ni tiada siapa tahu sejauh mana peristiwa seram tu pernah berlaku. Bukan perkara baru yang berlaku dalam kehidupan kita malah dari zaman dulu lagi. Dulu pernah hangat cerita hantu kumkum, orang minyak.. Sampai kat kampung aku masing masing pasang buluh kuning padahal tak ada siapapun yang di serang atau di ganggu. Cerita tu di sebarkan dari mulut ke mulut ja tapi seorang mangsa pun aku tak pernah tengok kena. Kita pun jadi takut sebab percaya dengan apa yang kita dengar. Lebih lebih kanak kanak kan. 

Jadi bagi aku benar atau fiksyen kisah housemate pocong tu.. Biarlah. Sebab aku tak ambil berat sangat. Dalam perkongsian aku tentang kisah tu pun aku dah mention jangan taksub. Baca sekadar untuk hiburan. Kita masing masing dah dewasa. Bukan lagi di zaman filem sundelbolong yang lepas tonton filem tu nak pergi tandas pun kita jadi takut. Waktu tu masih budak budak tak pelik la mudah di pengaruhi. Tengok filem hantu cina lompat lompat pun kita boleh ikut tahan nafas. Betul tak Gen Y sekalian? Tapi sekarang masing masing dah dewasa takkan la mentaliti kita masih sama. Tolong la dewasa.. 


HOUSEMATE KU POCONG,RUMAH SEWA JALAN KEBUN, SHAH ALAM

HOUSEMATE KU POCONG,RUMAH SEWA JALAN KEBUN, SHAH ALAM. Kecoh kat threads sekarang kisah seseorang yang tak sedar teman serumah sewanya rupanya pocong. Ada yang cakap cerita lama yang di viralkan semula. Tapi aku tak pernah terdengar atau terbaca jadi boleh la kita share di blog lekatlekit ni kan


Alkisahnya seorang wanita ni yang di namakan sebagai Nina baru menyewa sebuah rumah di jalan kebun shah alam selepas mendapat tawaran kerja kat area situ. Sebelum masuk menyewa kat situ dia dah di maklumkan oleh tuan rumah berapa orang akan tinggal bersama dia kat rumah tu. Tuan rumah bagitahu cuma ada seorang je menyewa kat situ setakat ini tapi waktu tu katanya penyewa tu balik kampung. Tapi katanya lagi 2 hari akan masuk lagi seorang penyewa baru. Jadi mereka akan bertiga la di rumah tu. 

Lepas tuan rumah dah jelaskan, esoknya Nina ambil kunci & berpindah masuk la kerumah tu. Masa dia sampai kerumah tu tiada apa yang pelik & aneh. Semuanya nampak normal & baik baik sahaja. Rumah tu ada 3 bilik. Bilik yang pertama milik teman serumah yang katanya balik kampung tu jadi nina duduk di bilik kedua. Macam biasa la nina masuk bilik kemas kemas semua barang dia lepas tu tertidur. 

Dia tertidur sampai petang dan bila terbangun dia macam terdengar ada orang buat kerja di dapur. Jadi bangun & pergi la meninjau di bahagian dapur. Masa tu dia nampak ada seorang tengah basuh tangan. Dia pun menegur dengan salam. Selepas tu dia pun tanya samada wanita itu housemate dia yang tuan rumah beritahu balik kampung haritu. Nina hulur tangan nak bersalam. Salam bersambut & dia mengaku dia la penyewa yang tuan rumah kata balik kampung tu. Nina perasan yang bau housemate dia ni wangi sangat. Bau bau bunga. Mereka pun borak borak la. Baru kenal kan? Tapi borak borak kosong je la. 

Tapi Nina rasa sedikit pelik dengan housemate dia ni sebab lain di tanya tapi lain di jawab. Contoh bila tanya nama, kerja kat mana, student ke apa semua dia cuma jawab saya dah lama duduk sini. Saya tak ada siapa siapa kat sini. Bila tanya umur dia cuma diam. Kebetulan masa nina datang tadi ibu dia bekalkan makanan jadi dia pelawa la housemate dia ni makan. Jadi mereka pun makan la sama sama. Nina mula pelik bila tengok housemate dia tu makan dengan gelojoh macam terlalu lapar sangat. Macam orang tak makan berhari hari tapi nina berbaik sangka la mungkin cara dia macam tu. Dia makan licin. Lepas habis makan dia pergi cuci tangan. 

Malam tu nina bagitahu housemate yang esoknya dia kerja. Dia dah masak nasi nanti tolong panaskan je. Lauk nanti dia balik kerja dia belikan kat luar. Boleh makan sama sama nanti. Lepas tu nina masuk bilik sambung kemas kemas barang. Tapi malam tu dia rasa panas sangat jadi dia keluar bilik untuk minum air. Dia nampak housemate dia termenung di meja makan seorang diri. 

Nina agak pelik dengan housemate dia ni sebab dia suka menyendiri & termenung. Tak ada nak main phone ke apa macam orang normal zaman sekarang.. Hanya duduk & termenung je. Rumah tu kebetulan memang belum ada tv. Kalau orang mungkin sesekali akan pegang phone juga tapi tidak housemate dia ni. 

Keesokan harinya sebelum pergi kerja nina masak nasi dulu. Tapi pagi tu dia tak nampak housemate yang dia jumpa semalam. Dia masih bersangka baik mungkin housemate dia dah keluar pergi kerja. Selepas habis kerja & sebelum balik rumah nina singgah dulu kedai untuk beli makanan. Nina sampai rumah dalam pukul 7 malam. Masuk je rumah dia nampak housemate dia tengah termenung di meja makan sama macam semalam. Nina tegur la dah lama ke balik. Dia cakap dah lama. Jadi nina tak syak apa apa lah. Nina masuk bilik mandi dulu selepas tu dia keluar balik untuk makan dengan housemate dia. 

Tapi bila nina ke dapur buka periuk nasi dan tengok nasi dah basi. Rasa nak marah juga la sebab dia dah pesan pada housemate dia minta tolong panaskan sebab dia dah masak. Dia ingat housemate dia akan tolong panaskan rupanya tidak. Sebab dah penat dia malas nak masak nasi lain dia makan je lauk lauk yang dia tapau tadi. Pada malam tu nina jadi malas nak bersembang dengan housemate dia. Mungkin sebab masih marah la dengan kejadian nasi basi tu. Selain sebab nasi tu nina jadi tak selesa sikit dengan housemate dia tu. Katanya bila berborak dengan dia.. Dia akan pandang dengan renungan yang tajam & senyuman pendek tapi seram. Tak kira apapun nina cerita dengan dia reaksi dia tetap sama. Macam tak ada emosi. 

Di jadikan malam tu tiba tiba housemate dia ketuk pintu bilik nina & minta nak tidur bersama. Tak sempat nina cakap apa apa housemate dia terus masuk & baring di atas katil nina. Sepanjang malam tu juga bilik nina berbau wangi macam bunga. Nina mula pelik sebab dalam bilik air tak ada pulak barang mandian housemate dia. Yang ada semua nina punya tapi housemate dia ni tetap berbau wangi sangat. 

Esok harinya berlaku lagi perkara yang sama. Balik kerja buka periuk nasi basi. Jadi dia ambil keputusan beli je nasi goreng tapau balik makan. Sambil makan macam biasa nina borak borak dengan housemate dia. Terdetik di hati nina bila tengok housemate dia cantik & ayu tapi perangai agak pelik. Nina fikir mungkin dia ni ada masalah lain yang menyebabkan dia jadi macam tu. Tapi kalaupun ada masalah kenapa malas sangat. Nak panaskan nasi yang siap masak pun tak boleh buat. Dan malam tu housemate dia masih nak tidur dengan dia. 

Keesokan harinya housemate yang baru masuk. Nina balik kerja baru berkesempatan jumpa housemate baru ni. Housemate baru ni tegur la nina. Tanya dah lama ke tinggal sorang sorang & cakap berani nina duduk sorang sorang. Nina nafikan la dia duduk sorang sorang sebab selama dia berpindah masuk kerumah tu memang dah ada housemate dengan dia. Dia tanya housemate baru tu takkan tak nampak ada lagi sorang housemate yang tinggal kat situ. Housemate baru tu ingat sengaja nina nak takut kan dia. Jadi dia bersangka baik saja. 

Biasa lepas makan malam nina & housemate pelik dia tu akan keluar jalan jalan kaki ambil angin luar. Dah penat dorang akan balik tidur keesokan harinya macam biasa pagi nina akan pergi kerja. 

Hari ketiga baru housemate baru tegur lagi sekali tanya tak takut ke tinggal sorang. Dan tanya pulak hari hari nina bercakap dengan siapa. Dan kenapa beli makan tiap hari sampai tiga bungkus. Padahal yang ada di rumah tu hanya mereka berdua pada pandangan housemate baru dia. Nina tanya lagi pada housemate baru dia.. Takkan tak nampak ada lagi sorang housemate tinggal bersama mereka? Nina bersungguh bagitau yang mereka tinggal bertiga dalam rumah tu. Dan malam tu masih housemate pelik nina masih tidur di biliknya. 

Hari keempat lepas maghrib nina turun kebawah untuk buang sampah. Terserempak dengan makcik makcik yang tinggal kat area situ. Makcik makcik tu bagitahu la yang budak budak lelaki kat situ kerap nampak nina bercakap sorang sorang. Nina mula rasa tak sedap hati. Sebab semua orang tak nampak housemate dia. Dia pun call tuan rumah bertanya & bercerita tentang apa berlaku. Tuan pun terkejut dan tanya balik dengan siapa dia bercakap. Sememangnya hanya dia sorang je dalam rumah tu sebelum ni. Nina bagitahu dia bukan sorang sorang tapi housemate yang tuan rumah kata balik kampung haritu ada kat rumah tu dengan dia. Lepas tu tuan rumah terus tak balas chat. Housemate yang baru pindah tu pun dah keluar macam tu je tak jadi tinggal kat situ. 

Tiba tiba nina rasa nak terkencing dia ke bilik air. Ada pulak housemate dia yang misteri tu depan tu. Nina minta housemate dia ketepi sebab dah tak tahan nak terkencing. Terselisih la lengan dengan dia. Nina dapat rasakan lengan dia sejuk sangat. Sejuk macam ais. Nina jadi kaku dalam bilik air sampai pagi buta. Kaki dia rasa tak boleh nak melangkah. 

Keluar je dari bilik air nina ambil phone dan tengok banyak kali tuan rumah call & cuba hantar chat bagitau housemate dia masih di kampung. Belum balik kerumah tu. 

Nina mula takut terus call mak ayah dia untuk datang ambil dia waktu tu juga. Kebetulan mak ayah dia ada di seksyen 30.sementara tunggu mak ayah dia sampai nina tidak berhenti berdoa. Sampai je mak ayah dia nina berlari dengan keadaan mengeletar satu badan. Dalam kereta dia cerita semuanya dan terus di bawa pergi kerumah perawat. 

Sampai di sana dia cerita balik pada perawat tu apa berlaku. Perawat tu ada bertanya bau wangi tu bau yang macam mana. Nina bagitau la bau seakan bunga melur & bunga cempaka. Kemudian perawat tu hulur kapur barus & tanya nina ada terbau macam tu tak. Nina bagitau ada terbau juga. Kemudian perawat tu bagitau itu adalah pocong yang sebenarnya minta supaya ikatan di kepalanya di buka. Dia dah lama tidak bertuan dan terseksa turun temurun akibat dari perbuatan syirik & khurafat yang manusia buat untuk sesuatu tujuan. 

Balik je rumah mak ayah dia, terus nina mandi & bersihkan badannya. Bila dia nak baring dia masuk bilik. Dalam bilik dia ada satu bantal peluk panjang sebab nina suka tidur mengiring & peluk bantal. Biasanya boleh peluk penuh bantal tu tapi tiba tiba malam tu tangan dia tak dapat capai pelukan tu. Bantal peluk tu seolah olah makin besar dan tinggi. Di tambah lagi ada bau busuk macam bau bangkai cicak. Bau tu di rasa terlalu dekat seolah didepan muka. Tiba tiba tubuhnya jadi kaku hanya mata sahaja terbuka. Nina dapat rasakan benda tu ada betul betul depan muka dia. Dengan bau yang sangat busuk. Dia tak boleh lari sampai ke pagi nina terkaku. 

Tiada lagi jelmaan cantik, ayu & wangi dia tunjukan pada nina bila dah terbongkar siapa dia sebenar. Dia datang dengan rupa & bentuk sebenar. 

Sejak hari tu katanya nina terus buat rawatan untuk atasi masalah gangguan mistik tu. Tapi yang sedihnya.. Khabar yang aku baca katanya nina dah meninggal dunia. Tapi tak pasti adalah sebab gangguan tu atau masalah kesihatan yang lain. Innalillahhiwainnalillahhirajium. Salam takziah. 

Sejauh mana kebenaran cerita ini aku tak dapat pastikan cuma aku harap jangan la hangpa terlalu taksub yer. Makhluk makhluk halus ni memang wujud tapi dia pun makhluk Allah yang tiada kuasa. Ingat tu!! 

INFLUENCER TIKTOK TAK JADI REVIEW BILA NAMPAK POCONG DI RESTORAN

INFLUENCER TIKTOK TAK JADI REVIEW BILA NAMPAK POCONG DI RESTORAN. Rakyat malaysia ni kalau baca je tajuk berunsurkan seram & mistik laju je kan clik tapi bila artikel yang berilmiah ni depa kurang sikit berminat. Takpa hangpa baca blog lekatlekit ni macam macam ada. Memandang segmen seram serik lekat lekit ni dah lama tak bersiaran elok juga la kita menyambung episodnya.

Bukan apa tadi dok scrooll konten konten yang fyp kat tiktok tertengok konten seorang Influencer ni. Tak boleh sebut nama dia sebab cerita ni mungkin melibatkan perniagaan dan reputasi orang lain jadi kita cerita secara general sahaja tanpa menyebut nama sesiapa.

Al kisahnya Influencer ni dapat satu offer untuk review sebuah restoran ni. Paid review bukan free review yer. Pada hari kejadian tu dia pergi la ke restoran tersebut untuk cuba makanan kat situ bersama ibu dan anak saudara dia yang masih budak.

Katanya masa sampai ke kedai tu tak ada apa yang pelik. Kedai pun ramai pelanggan. Tak ada apa apa yang mencurigakanlah.Semua baik sahaja dari pandangan pertama dia bila sampai.

Nak di jadikan cerita seram.. masa nak masuk ke restoran tu.. Dia nampak kelibat pocong dekat pintu masuk kedai tu. Dia je yang nampak orang lain tak nampak yer. Mungkin dia ada kelebihan istimewa yang di anugerahkan Allah boleh nampak makhluk halus ni tak tahu la kan. Wallahualam.. tapi yang saya kongsi ni cerita yang di kongsikan Influencer tu la.

Mula mula tu dia bersangka baik, mungkin jelmaan pocong yang dia nampak tu dari orang lain yang mungkin berniat tak baik kat restoran tu. Jadi dia masuk juga bersama ibu dan anak saudara dia.

Masa nak ambil makanan sekali lagi di ternampak makhluk tu dekat tempat makanan. Time tu dia mula rasa tak sedap hati la. Sebab mungkin kali pertama nampak dia bersangka baik, kali kedua nampak lagi dia mula rasa ada perkara tak baik kat situ. Memandangkan dia bawa ibu dan anak saudara yang masih kecil jadi dia batalkan niat untuk mencuba makanan kat situ dan terus ajak mak dia balik. Kebetulan masa dia datang pemilik kedai tu tak ada.

Keesokan harinya tu.. pemilik kedai tu mesej si Influencer ni untuk tanya kenapa dia balik tanpa mencuba makanan kat situ. Dia bagitau la apa dia nampak dan dia tahu apa yang pemilik kedai tu buat. Biasa la orang berniaga. Jadi dia nak batalkan kerjasama dengan pemilik kedai makan tu. Mula mula memang la ada perasaan tak puas di pihak pemilik kedai tu sampai ugut nak viral bagai. Tapi si Influencer ni warning kalau dia viralkan si Influencer ni..Dia pun boleh buat perkara yang sama. 

Jadi si pemilik ni cuba berbincang.. katanya dia saja letak benda tu untuk uji betul ke Si Influencer ni boleh nampak. Dia cuma letak sehari tu je. Dia offer lagi untuk si Influencer datang sekali lagi kesitu dan bagi jaminan benda tu dah tak ada tapi Influencer ni tetap dengan pendirian dia takkan bekerjasama dengan orang orang macam tu.

Moral of the story.. Dalam mencari rezeki satu je kita kena yakin. Setelah berusaha, berdoa kena tawakal. Kena yakin rezeki semua dari Allah. Jangan buat perkara yang syirik & khurafat. Kot mana pun yang bagi kita rezeki tetap Allah. Hangpa letak la pelaris ke apa.. Takkan berlaku sesuatu perkara tanpa keizinan Allah. Jadi untuk apa kita nak buat benda syirik sedangkan benda tu pun tak ada kuasa apa apapun sebenarnya. Hanya di tugaskan untuk menyesatkan manusia yang lalai.

KECOH KAMPUNG LAPAN,TANGKERA MELAKA DI GANGGU MAKHLUK HALUS

KECOH KAMPUNG LAPAN,TANGKERA MELAKA DI GANGGU MAKHLUK HALUS. Aku sendiri tak tau kat mana letaknya kampung ni maybe orang orang melaka tahu la kot. Kalau kampung naga lilit kedah darulaman tu aku tau la.. Tapi setakat ni rasanya kampung naga lilit tu masih aman damai tanpa gangguan mistik dari makhluk halus. Gangguan dari makhluk besar banyak la.

GAMBAR jelmaan makhluk halus di atas pokok pisang. Gambar kanan, Ng Mow Mok menunjukkan lokasi didakwa penduduk pernah melihat makhluk halus di Kampung Lapan, Tengkera. -

Kesian penduduk kampung lapan ni, katanya sejak 3 minggu lalu hidup mereka di hantui kelibat makhluk halus dalam jelmaan pontianak, pocong & toyol. Ni kira family hantu la kot.. Pontianak selaku isteri & ibu, Pocong selaku Suami & Ayah & Toyol selaku anak. Gamaknya depa ni satu keluarga kot menumpang tinggal di kampung lapan. Almaklum la penempatan mereka mungkin dah di rampas oleh manusia katanya.

Tu teori merepek aku jer.. Tak tau la gangguan tu ada kaitan dengan dengki khianat manusia lain yang menggunakan khidmat jin untuk menakutkan penduduk kampung atau secara kebetulan makhluk tu tersadai kat situ. Apapun setiap perkara berlaku pasti ada sebab. Mustahil ia boleh berlaku tanpa ada punca & penyebabnya.

Sumber Harian Metro

Akibat dari gangguan jelmaan seram tu penduduk kampung tak berani lagi nak keluar malam & membuatkan kampung tu jadi sunyi selepas pukul 6 petang. Masing2 berkurung dalam rumah selepas jam 6 petang. takut bebenor orang kampung yer.

Jin & syaitan juga makhluk. Dia tak ada kuasa melebihi kuasa Allah. Jadi setiap masalah ada penyelesaiannya. Cuma kita perlu kembali kepada Allah. Insya Allah nanti ada la pengamal perubatan Islam datang membantu. Mohon penduduk kampung banyakkan buat amal ibadat.

Tapi cerita kampung lapan di ganggu makhluk halus ni takde la hot isu sangat macam isu ni >> 5 ‘Hot’ Isu tentang anak muda zaman sekarang<< Isu ni patut jadi berita paling hangat sebenarnya tapi tu la sekarang ni Value cerita seram ranking tengah naik katanya. Ramai orang suka tengok & baca cerita seram macam aku jadi yang patut jadi hot isu.. memang jadi isu frozen sikit la. hehehe

Moral of the story.. Jin & syaitan memang wujud & boleh menganggu manusia. Kita wajib percaya tapi bukan taksub sehingga merasakan mereka lebih berkuasa dari Yang Maha Kuasa.

GEMPAR! JELMAAN LEMBAGA PUTIH DI RUMAH WARISAN TOK SU ALOR SETAR

GEMPAR! JELMAAN LEMBAGA PUTIH DI RUMAH WARISAN TOK SU ALOR SETAR. Segmen seram serik malam ni balik kedah sat noh.. selama ni merantau jauh sangat cari hantu. Hantu2 kat kedah dah kecik hati sebab jarang2 di beri publisti kat blog puaka lekatlekit ni. Satgi kata tak support hantu2 senegeri pulak kan. Ok ok.. walaupun hantu kita tetap makhluk sekedah katanya jadi marilah kita bagi publisiti sikit kat hantu2 kedah ni. Ni kejadian baru lagi berlaku. Kira bukan cerita cerita seram dalam arkib macam selalu aku dok up kat blog. Ni kira fresh from alam jin la.. hahahaha

Antara rumah idaman aku ni. Kalau balik kampung aku suka ikut jalan kampung kat bota, perak sebab banyak rumah2 tradisional yang cantik2 kat situ.

Alkisah pasal seorang lecturer sebuah kolej swasta snap gambar kat sebuah rumah warisan melayu yang di kenali sebagai Rumah Tok Su ni. Rumah tu sememang menjadi tempat tarikan pelancong. Masa ambil gambar tu dia tak perasan apa2 sangat la tapi bila balik rumah tengok balik gambar tu baru dia perasan tepi tingkap dalam rumah tu ada sesuatu serba putih yang seolah2 menyerupai pocong photobomb gambar dia. Terus kau tak boleh tidur. Takut le tu...


Sumber Harian Metro

Gambar tu katanya di ambil pada jam 12 tengahari. Pocong sekarang pun dah muncul lunch time yer..  Tak tau sejauh mana kebenaran hantu dalam gambar tu tapi menurut cerita orang la kan.. Katanya memang banyak kejadian pelik & mistik berlaku di sekitar rumah kosong tu. Pernah berlaku satu kejadian dimana pasangan pengantin yang buat photoshot kat kawasan rumah tu.. Bila tengok gambar hanya ada gambar rumah tapi gambar pengantin tak lekat. Misteri sungguh.. teknik apa photographer tu pakai hahahaha..

Bab nampak kelibat makhluk halus dalam gambar ni aku tak berani komen sangat la sebab kesahihannya sangat2 susah untuk di buktikan tapi kewujudan makhluk bernama jin dalam pelbagai jelmaan memang kita tak boleh nafikan benda tu boleh berlaku dengan izin Allah.

Moral of the story.. Hangpa ja dok selfie dia tumpang photobomb sikit dah kecoh keluar harian metro katanya. Hahahaha...

Sedikit info tentang rumah warisan melayu ni. Lokasi Rumah Tok Su sekarang adalah berhadapan dengan Wisma Darul Aman tapi Rumah Tok Su ni bukan Asal dari situ tapi di bawa dari Kampung Permatang Kerat, bandar Baharu kemudian di tempatkan kat situ. Susah jugak nak pasang rumah Tok Su ni. Lebih kurang 4 bulan baru siap. Rumah Tok Su ni di beri nama sempena nama anak bongsu pemilik rumah ni.

JELMAAN POCONG DALAM LRT TERAKHIR DARI KLCC

JELMAAN POCONG DALAM LRT TERAKHIR DARI KLCC. Malam ni segmen seram serik lekat lekit memburu hantu yang suka naik transport awam pulak. Dah tak rare la baca cerita hantu asrama, banglo, tepi highway,atas pokok bagai. Apa ingat hantu sekarang tak up to date ke? tak reti naik LRT.. sorry ok! Kisah ni membuktikan hantu jugak pandai naik public transport berbanding aku yang tak reti nak naik pengangkutan awam kat KL ni.

Gambar rembat Google Punya.. Ada Google kesah???

Dah kawen lagi la susah nak naik publick transport.. Ada la pernah sekali dua bawak anak bagi merasa naik LRT. Erkkk... kenapa aku cerita pasal aku yang tak reti naik publick transport ni?? Seram sangat ke?? hahahaha... Tu la bia MummyDearie datang menyerang aku pun kena penyakit 'konar baring' bila tulis entri. Ok.. ok.. kembali ke mood seram..

Alkisahnya pasal seorang ibu bersama seorang anak yang umur dalam lingkungan 4-5 tahun naik LRT terakhir dalam pukul 11.30 malam gitu la dari KLCC... kemana tak tahu la pulak. Sebab cerita dia camtu je. Alkisah dalam LRT waktu tu ada 3 orang lain wanita yang duduk berasingan. Bila sampai stesen pertama.. ketiga tiga perempuan tu turun tapi sebelum turun salah seorang perempuan tu datang kepada budak yang umur 4-5 tahun tu & bagitau jangan duduk berjauhan dengan mak dia.Jangan biar orang lain duduk dekat dengan mak dia. Lepas di pesan macam tu budak tu pun lari la duduk sebelah mak dia. So, mak dia pun tanya apa yang perempuan tu cakap pada anak dia tapi anak dia tak menjawab cuma sesekali dia menoleh ke sebelah lepas tu pandang mak dia sambil geleng geleng kepala.

Mak si budak tu mula pelik sebab anak dia asyik memerhati je kat dalam train tu walau takde sesapa melainkan depa dua beranak je. Takkan la anak dia teruja dengan bangku2 kosong kot.. Tapi pandangan tu tak macam teruja dengan bangku2 kosong pun. Macam melihat sesuatu.. Mula la mak dia rasa macam tak best je dengan kelakuan pelik anak dia tu.

Lepas sampai ke destinasi mereka dua beranak ni turun.. lepas tu pak guard kat situ pulak dok terjenguk2 dalam train. double pelik jadinya si mak ni. Lepas turun dari LRT sekali lagi si mak ni tanya apa yang makcik tadi cakap pada anaknya tapi soalan mak dia tak di jawab lain pulak di tanya & di ceritakan kat mak dia... Dia tanya mak dia kenapa ada banyak orang pakai jubah putih ikat atas kepala, kat pinggang & kat kaki.. Sebab katanya selalu dia tengok orang pakai tudung ikat bawah leher. Sebab tu la makcik tadi suruh dia duduk dengan mak dia... Si mak mula cuak rupanya tadi dia travel bersama pocong dalam train. Katanya ada satu laluan bawah tanah LRT tersebut melalui kawasan perkuburan. Maybe pocong tumpang naik train nak balik kubur kot...kekekeke. Alah tumpang sekejab pun nak kecoh, kan?? Pocong pun tak larat nak melompat balik rumah dah...

Moral of the story.. Makhluk ghaib sekarang pun lebih suka naik pengangkutan awam.. maybe terbang atau lompat pun pakai minyak petrol jugak kot. Minyak naik harga maka pocong pun naik LRT. Peace Yo! hehehe

Sumber :  HANTU LRT (KUALA LUMPUR)

CERITA SERAM ORANG KAMPUNG

Aku kalau diam.. blog tak berhapdet.. Fb pun takde status baru maka ketahuilah aku berada di luar kawasan rumah aku bukan di luar kawasan liputan internet yer.. Memang perangai aku macam tu. Aku malas nak online bila aku pergi holiday ke, balik kampung ke atau sekadar aktiviti mingguan ukur Mall area KL ni. aku lebih suka online bila bersantai kat rumah. Baru feel nak menghapdet.

2 Malam di kampung halaman takde la aktiviti apa sangat selain melepak dengan adik beradik & pergi makan Mee Udang kat gerai tepi jalan Taman Mutiara sungai Kob Kulim. Tak jauh la dari rumah ahli geng cap ayam si sofea tu. Dia suruh mention nama dia dalam entri ni so kena la mention bagi publisiti. Hahahaha... pakat jadi gila glemer dah geg cap ayam. Gerai dia mengadap kedai 2 ringgit kalau dari seberang jalan. Sapa2 yang duduk area situ boleh try.. Insya Allah menjilat pinggan. Even gerai tu baru buka & takde la cantik macam restoran 5 star. Gerai pacak jer tapi kesedapan dia maybe 5 star hotel pun belum tentu boleh tandingi. Kiranya kami satu family pi makan tu takde yang bersisa sangat la dalam pinggan kecuali kulit udang jer. hahaha.. Tapi tu tak seram la..

Yang seram ni bila balik kampung ada je cerita orang kena sihir... orang nampak pocong bawah katil.. orang cerai berai. Actually aku ni memang peramah tapi aku takde la jumpa  sedara mara nak tanya sangat la pasal tepi kain orang bila sekali sekala balik tapi orang pulak suka cerita kat aku. Bila aku malas nak dengar aku buat2 sibuk kejar anak aku yang dok kejar ayam kampung sambil panggil "sang kancil". Buat malu mak je.. hahahaha. Tapi aku tak seram pun dengar cerita2 seram depa. Maybe depa tak reti nak susun jalan cerita yang sampai boleh buat bulu mata aku yang lentik jadi lurus sebab takut. Tapi makcik aku sempat jugak buka cerita seram ganas pasal jalan bukit lengkok. Katanya sekarang ni kerap sangat orang jumpa tangan la, kaki manusia la.. sebab katanya kat situ dah jadi port orang buang mayat lepas kena bunuh. tak tau la betul ke tak. Makcik aku la cerita. Lagipun jalan tu memang terkenal dengan cerita seram. Boleh baca kat entri ni >> KISAH DI GANGGU LANGSUIR JALAN BUKIT LENGKOK KULIM<<
 
Sumber Google

Yang tak boleh blah.. sempat jugak tu singgah pasaraya Giant kat kulim.. nak pergi guardian katanya. Macam KL dah pupus guardian. Nasib baik la aku rasa nak pergi guardian haritu sebab Bio Essence Bird nest nutri collagen & whitening cream offer dengan harga RM36.38 tapi hari ahad aku beli tu katanya last day offer. Lepas ni harga biasa balik RM72. Jimat banyak la.. boleh cover balik kerugian aku. Hikmah di sebalik anak aku campak Bird nest cream aku dari tingkat 9 aritu. Sebab dah offer murah alang2 masuk guardian rembat jugak toner eversoft & Tanaka white double whitening cleanser foam (bio essence). 3 barang tu baru RM70.


Tu la cerita penyepian aku 2 malam sebelum ni. Balik kampung time orang balik bandar dah so tak dapat jumpa kawan sepermainan masa kecik. Semua dah pulang ke pangkal jalan. Entri ni saja je macam nak warm up balik mood berblog katanya. So cerita la sikit pasal balik kampung.

Moral of the story.. tetap nak guna genre seram tu even entri tak seram almaklum la blog puaka kena ada relate jugak dengan 'seram' kalau tak macam tak puas nafsu serakah menulis entri katanya. hahahaha

KISAH SERAM POCONG PANGSAPURI DI SERDANG

Malam jumaat ni orang kata afdal sangat kita up cerita seram. Baru dapat feel seram tu bila baca. Almaklum la kita di besarkan dengan momokkan hantu malam jumaat kan. So, kepercayan tu sebati dalam diri kita hingga bangka. Bagi menyempurnakan Malam Jumaat, aku dengan rasa berbesar hati nak share dengan hangpa cerita pasal pocong kat sebuah pangsapuri di serdang.

Sumber Google

Alkisahnya tentang seorang perempuan yang tinggal sendirian di sebuah rumah pangsapuri di serdang walaupun dia bekerja dia kuala lumpur. Tapi dia rasa ok jer nak berulang alik dari serdang ke kl hari hari. Kat pangsapuri tu ada satu cerita seram yang popular la di kalangan penduduk setempat tapi perempuan ni tak pernah ambil serius cerita2 seram tu. Dia ok je menyewa sorang2 kat situ.

Satu hari kecoh kat pangsapuri tu cerita pasal penghuni di block kat situ terserempak dengan pocong yang melompat lompat di sekitar blok.  Pak guard kat situ pun katanya nampak benda yang sama tapi perempuan ni maybe jiwa penakut dia agak kurang so dia rasa selagi dia tak nampak selagi tu kesahihan cerita tu di ragui. Senang cakap perempuan ni jenis, kalau setakat sembang jer memang tak layan la. Kalau betul meh tunjuk mana pocong tu ada. Wah! memang kerek & kental jugak la perempuan ni, kan?

Dijadikan cerita pada satu malam ni, perempuan ni langsung tak boleh tidur. Puas la dia paksa mata dia pejam tetap tak lena. yelah esok kerja katanya, kalau tak lena camna la nak buat kerja siang hari. Sebab tak mengantuk dia pun cuba la baca buku nak mengundang rasa mengantuk tu. Akhirnya tertidur jugak dia. Tiba2 dia terbangun & rasa macam di perhatikan seseorang. Terkejut dia bila yang sedang memerhatikan dia adalah makhluk yang menjadi bualan penduduk pangsapuri tu. Tergamam & terkedu dia bila nampak makhluk tu berdiri betul2 hujung katil dia. Sebab dia tidur pasang lampu jadi dia boleh nampak dengan jelas makhluk yang berbalut kain putih dengan kesan tanah, muka dia berwarna hijau, dahi berkedut & mata terbeliak. Dia cuma terkaku tak bergerak sambil bertentang mata dengan makhluk tu. Ayat2 al quran yang di baca pun jadi tunggang langgang sebab terlalu takut. Dia macam di paksa bertentang mata dengan makhluk tu selama hampir  3 jam. Akhirnya makhluk yang di gelar pocong tu hilang perlahan lahan selepas azan subuh berkumandang.

Perempuan akui dia pun takut bila berdepan dengan makhluk seram tu tapi pada masa tu memang badan dia jadi kaku tak boleh bergerak so dia takde pilihan selain mengadap pocong tu sehingga dengan sendirinya dia pergi. Tapi perempuan ni agak kental la sebab boleh terus tinggal kat situ tanpa was was kan? Kalau kita gamaknya macam mana lah yer.

Moral of the story.. dalam apa bentuk jelmaan & gelaran ia tetap la jin & syaitan. Makhluk yang memang wujud jadi tak mustahil la dia menjelma dengan rupa macam tu. Taksub sangat pun tak boleh, tak percaya langsung pun tak boleh. Pandai2 la balance kan. Selamat malam Jumaat. Semoga tidur tak di kejutkan pocong tengah2 malam yer.. Peace!

Sumber : Berita harian katanya hahahaha


BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com